PROLOG

435 41 3
                                    

Bunyi ketukan pintu yang bertalu - talu membuat gadis itu berdecit perlahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bunyi ketukan pintu yang bertalu - talu membuat gadis itu berdecit perlahan. Tak lain tak bukan yang ketuk pintu ni Airis Arilyn. Dia sorang sahaja yang ketuk pintu macam nak roboh.

Airis Arilyn. Kawan yang sudi menunjuk ajar ketika dia baru sahaja masuk ke dalam syarikat Revello Tyler's. Dia juga lah yang orang pertama merestui perhubungan antara Waiz dan Catiey. Ada juga yang tidak suka terhadap Catiey kerana bakal isteri CEO Revello Tyler's hanya mempunyai SPM. Tidak mempunyai degree mahupun master. Tapi nak buat macam mana dah jodoh siapa kita nak menidakkan perkara tersebut.

"CATIEY ALLYSHA!" jerit Airis di luar pintu itu. Sudah kali ke 5 dia mengejutkan Catiey untuk bangun. Gadis itu juga yang beria suruh Airis mengejutkannya kerana untuk berjumpa dengan Waiz di butik perkahwinan.

"Iye! Kenapa kejut aku awal - awal pagi ni ?" soal Catiey dengan separuh jerit. Mungkin kejap lagi takde suara kerana menjerit.

"Bukak pintu ni sekarang! Aku ada benda nak cakap dengan kau" jawab Airis sambil mengetuk pintu itu berkali - kali.

"Sekejap"

Klak

Bunyi pintu bilik itu dibuka dengan perlahan oleh Catiey. Catiey membetulkan rambutnya yang tidak terurus itu. Maklumlah baru bangun tidur. Catiey memandang Airis dengan wajah yang pelik.

"Ada apa kau datang bilik aku pagi pagi ni ? Nak gosip ke ? Kalau nak gosip nanti - nanti lah aku mengantuk sangat" kata Catiey sambil menuju ke katil Queen itu.

"Kenapalah mengantuk sangat harini" bisik hati Catiey. Kau lupa ke Catiey yang malam tadi kau maraton tengok cerita A Business Proposal tu. Hanya disebabkan ahnhyoseop dia sanggup maraton enam episod berturut - turut.

"Kau lupa ke yang harini kau nak fitting baju dekat butik ? Pergi siap cepat. Dah pukul 10 dah ni" bebel Airis sambil mencekak pinggangnya. Hm lupa pula yang Airis ni dah berkahwin dulu memanglah macam mak - mak. Baru umur 23 dah ada anak. Airis juga mempunyai seorang anak perempuan yang comel. Airis Farhana namanya. Kata Airis nama anak aku mesti ada nama Airis. Wajib katanya.

"Weh ! Dah lambat. Macam mana ni ? Mesti Boss tertunggu - tunggu" Kalut Catiey mengambil tuala dan baju  yang sesuai untuk dipakai. Airis yang melihat itu hanya menggelengkan kepala. Tahu sangat perangai Catiey macam mana. Suka kalut.

"Haih. Allysha Allysha. Macam mana nak jadi bini orang kalau perangai tak ubah. Suka kalut lepastu liat nak bangun awal. Harap si Waiz tu tak kisah" bebel Airis yang sambil mengemas katil Queen itu.

"Aku dengar !" jerit Catiey dari dalam bilik air itu. Ingat tak dengar ke apa yang Airis cakap. Maklumlah Airis kalau cakap macam speaker suaranya.

Tergesa - gesa Catiey
membuka kasut untuk masuk ke dalam butik Revello Tyler's (RV). Haih sebabkan ahnhyoseop dia tengok cerita A Business Proposal. Mana tak ngantuknya pukul 4 baru tidur.

"Boss, I'm sorry. I'm so sorry sebab lambat" Catiey berkali kali memohon maaf terhadap Waiz atas kesilapan yang dia buat tadi.

"It's okay. Yang penting kau pergi fitting baju dulu. Tengok sesuai ke tak. Muat ke tak" dingin sahaja Waiz memberi arahan kepada Catiey.

Beberapa minit kemudian Catiey keluar dari bilik salinan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Beberapa minit kemudian Catiey keluar dari bilik salinan. Dengan langkah yang penuh berhati - hati dia melangkah ke arah Waiz dengan lenggoknya

"Boss. Okay tak ?" Soal Catiey dengan senyuman yang manis. Perlahan - lahan Waiz mengangkat muka untuk melihat..... Waiz memandang tubuh badan Catiey dari atas sampai ke bawah. Eh astaghfirullah tengok dress ya. Tak baik scan body anak dara orang.

"Okay" ringkas sahaja jawapan dari Waiz. Mulut tu ada emas ke sampaikan nak jawab pun susah. "Lebih baik aku kahwin dengan Athiff daripada kahwin dengan Waiz kalau macam ni." Eh astaghfirullah Catiey tak baik kata macam tu. Kang jadi betul betul naya pak Karim.

"So ada nak tukar apa apa tak ?Like ada bahagian tak muat ke Cik Catiey ?" soal Aina sambil memegang buku catalog.

"Hm takde setakat ini. Cuma bahagian pinggang saya nak longgar sikit takut tak muat nanti nak pakai hehe. Kot gemuk ke macam mana kan..." jawab Catiey sambil tersengih kambing.

"Ish takkan lah Cik Catiey gemuk kan Waiz. Slim je akak tengok. Nanti akak longgar kan sikit ya. Sekarang bukak balik baju tu and then bagi je dekat Anis. Dia ada kat belakang" kata Aina dengan lemah lembut. Dengan Catiey memang dia lemah lembut kalau dengan Waiz takde maknanya nak lemah lembut. Walaupun dia bekerja di syarikat Waiz.

"Boss. Lepasni kita ada nak kemana - mana ke ?" soal Catiey yang baru sahaja masuk ke dalam  Luxury Cars.

"Rumah mummy. Mummy ajak makan tengah hari. Nanti petang aku hantar kau balik rumah. And yeah stop calling me boss. Just call me Waiz" Kata Waiz mendatar. Lalu dia mencapai airpod disebelahnya dan dipasang di telinganya.

"Okay"

Sampai sahaja di rumah banglo dua tingkat itu, Catiey terus masuk ke dalam rumah itu tanpa menunggu Waiz yang terkial kial untuk membuka kasutnya.

"Tak reti nak tunggu aku ke Allysha ?" kata Waiz perlahan tapi cukup didengari oleh Catiey.

"Dah sampai dah bakal menantu mummy ni. Sha sihat ? Macam mana Waiz bawak kereta tadi ? Laju tak ?" Bertalu talu soalan mummy bertanya kepada Catiey.

"Alhamdulillah sihat mummy. Mana ada Waiz bawak laju, biasa je mummy" jawab Catiey sambil tersenyum manis.

"Tch. Anak sendiri tak nak tanya" decit Waiz perlahan. Sebenarnya kan apa masalah si Waiz ni ya ? Dia ada berdendam ke dengan si Catiey ni.

"Jum Sha kita pergi ke dapur. Tak payah layan orang dengki. Mummy ada masak special untuk Sha sebelum Sha sampai"

"Buat susah - susah je mummy ni"

"Buat susah - susah je mummy ni"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TO BE CONTINUE ❤️

889 words,
170322.

WAIZ REVELLO [HIATUS]Where stories live. Discover now