BAB 2 - WAIZ REVELLO

249 36 9
                                    

Sliding door itu ditolaknya ketepi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sliding door itu ditolaknya ketepi. Catiey mengeluh kecil sebelum kakinya bergerak ke kolam renang itu. Lalu dia duduk diatas kerusi yang berada disitu. Angin malam yang menerpa ke tubuh badannya  menyebabkan dia tubuh badannya sedikit sejuk. Dia tersenyum manis memandang ke arah langit. Teringat pula kepada mama dan papanya yang sudah dijemput Ilahi akibat kemalangan yang dia sendiri  tidak dijangka.

Dulu dia harap sangat yang ibu bapanya hadir di majlis perkahwinannya. Mungkin sampai bila - bila ibu bapanya tidak boleh hadir. Yes, sampai bila bila memang tak boleh hadir. Kadang kadang dia merasakan kemalangan ibu bapanya itu dirancang oleh seseorang. Kerana tiba -  tiba sahaja kereta yang dipandu oleh bapanya hilang kawalan. Biasanya sebelum gerak ke mana - mana sahaja ayahnya akan cek kereta dahulu.

" Mungkin ajal mama dengan papa dah tiba masanya. Kau kena redha, Sha " kata Catiey di dalam hati. Hidupnya dulu sangat bahagia tetapi hidupnya berubah 100% apabila ibu bapanya meninggal dunia.

Pada mulanya Catiey berasa tekaknya perit menahan tangis. Nafasnya pula mula berubah tidak teratur. Dadanya sesak dengan rasa sebak. Akhirnya, cecair jernih mula berkolam di tubir mata dan cecair hangat itu mengalir turun ke pipi.

Tiba tiba dia merasakan ada orang yang memerhatinya, lalu dipusing kepalanya menghadap ke arah kanan. Mukanya sedikit terkejut apabila melihat Waiz yang sedang merenungnya dengan tajam.  Dengan cepat dia mengelap sisa air matanya menggunakan hujung lengan bajunya.

"Awak , awak buat apa kat sini ?" soal Catiey dengan polosnya.

"Memancing" jawab Waiz dengan selambanya. Mula mula dia tercari juga dimana isterinya berada. Cari punya cari tak jumpa akhirnya dia membuat keputusan untuk berenang. Setiap malam dia akan berenang untuk melepaskan beban di kepala otaknya.

"Betul - betul lah. Awak buat apa kat sini ? Cari saya ke ?" kata Catiey dengan perasannya.

"Tak. Aku datang sini nak berenang. Bukan cari kau" Waiz berkata dengan dingin. Menipu je dia tak cari Catiey. Padahal dia yang gelabah apabila Catiey tiada dalam bilik. Catiey tu bukannya biasa dengan keluarga Waiz ini. Setakat mummy , daddy , atuk , nenda , Athiff dan Fath sahaja yang dia kenal dalam rumah ini. Yang lain bukannya dia kenal pun.

"Oh okay" Mereka berdua mendiamkan diri apabila tiada apa yang hendak diperbualkan. Kedua - duanya senyap macam tiada ada apa - apa yang berlaku. Setelah beberapa mereka minit mendiamkan diri, akhirnya Waiz membuatkan keputusan untuk bertanya soalan kepada Catiey.

"Sha, kau pandai berenang ?" soal Waiz dengan lembut. Jarang - jarang Waiz nak cakap dengan lembut kepada perempuan. Biasanya mummy sahaja yang dia cakap dengan lembut.

"Tak pandai" jawapan daripada mulut Sha menyebabkan Waiz bangun dari duduknya. Lalu dia berdiri di belakang Sha dan mengangkat Sha dengan bridal style.

"Eh ! Awak ! Awak nak buat apa ni ?" jerit Catiey apabila Waiz mengangkatnya lalu menuju ke dalam kolam . Dia nak campak aku ke ? Janganlah , aku dah lah tak pandai berenang.

WAIZ REVELLO [HIATUS]Where stories live. Discover now