Mencari Jejakmu [On-going]

By ntgravity

193 4 0

Mikael merupakan seorang penulis novel yang juga anak kepada penulis novel terkemuka yang telah meninggal dun... More

Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5

Bab Satu

67 2 0
By ntgravity

Dalam kemalapan dan hanya disinari sebuah lampu meja, kelihatan seorang lelaki sedang menepuk dahinya berulang kali sebelum bangun dari tempat duduknya. Lelaki itu mula mundar mandir di sekitar kawasan itu.

"Idea!! Sampai bila ko nak sembunyi ni?? Hishhh..." Jeritnya sambil menderam kegeraman. Sudah hampir habis satu hari ini dia di hadapan komputer riba nya, cuba menaip mengenai figura - figura yang amat disanjungi dan yang disayanginya. Figura yang sepatutnya dia amat kenali dan paling mudah untuk diceritakan namun apabila dia berada di hadapan komputer ribanya - jangankan sebaris ayat, memilih satu perkataan yang betul pun dia tak berjaya. 

Lelaki ini kembali mengerang kegeraman lalu dia beralih masuk ke sebelah kamar tidur yang bersambung di pintu tengah dan berbaring di katil pula seolah mengalah. 

Berapa bulan telah berlalu sejak dia tanpa berfikir panjang memberitahu Uncle Zarif yang dia sedang dalam pembikinan dua karya terbaru. Kadang kala ada saja wartawan sanggup mencari berita tentang dirinya melalui penerbit bukunya, kadang kala agak menekan dengan soalan mereka membuatkan Uncle Zarif juga mendesaknya yang juga membuatkan dia bertindak melulu seperti itu sedangkan bertahun dia cuba dan cuba lagi mencari ayat yang sesuai walaupun bukan dua karya yang dia janjikan. Oleh sebab itu sejak akhir - akhir ini Uncle Zarif mula kerap bertanya mengenai perkembangan projek yang di war - warkan sebagai 'comeback' setelah hampir tiga tahun menghilang dalam industri penulisan kreatif. Ia cukup lama bagi seorang novelis kerana di Malaysia saja ada puluhan penulis novel dari pelbagai cerita, genre dan platform. 

Walaupun begitu dia beruntung kerana masih berada di antara barisan penulis novel yang disegani bukan saja kerana hasil nukilannya yang sentiasa 'laku-keras', dia juga semisteri genre novelnya kerana dirinya amat jarang muncul di khalayak ramai termasuk pesta buku yang diadakan membuatkan peminatnya penulisannya teruja. Oleh itu dia sentiasa mahu memberikan yang terbaik namun untuk tiga tahun yang lalu dia gagal. Dia mengeram lagi.

Muncul seseorang di muka pintu memusing tombol suis lampu di dinding yang mulai menerangi seluruh bilik tidur. Lelaki ini mengecilkan matanya cubaan menghalang cahaya sambil melihat ke arah pintu.

"Assalamualaikum... Tuan ok?," seorang lelaki berusia bersahaja menyoal sambil melangkah keluar dari bilik tidur dan meletakkan sedulang minuman petang yang ditutup rapat dengan tudung makanan. Lelaki tua itu mengambil termos yang ada di dalam troli untuk di tukarkan dengan termos yang ada di atas meja. Tuannya ini tak mahu apa - apa selain mug sahaja berada di meja tulis, sama seperti ayahnya. Kemudian lelaki lebih berusia itu kembali masuk ke bilik tidur dan mengemas apa yang matanya nampak.

Mikael yang dari tadi memerhati berkata,"Dah berapa lama saya macam ni, Pak Rauf? Satu apa pun tak dapat nak taip dah. Otak ni, otak ni dah tak keluar idea langsung, Pak Rauf. Jadi rasanya saya ok ke tak?"

Mikael bangkit dari pembaringannya lalu duduk di hujung katil sambil menghembus nafas kecewa kembali ke bilik bacaan. Selepas membuka tudung makanan dan melihat hidangan petang yang merupakan beberapa hiris kek mentega dan sepinggan mee hoon goreng yang lengkap dengan sebiji telur goreng mata dan semangkuk kecil sup di meja kecil bersebelahan dengan meja kerjanya. Lelaki ini teringat dan menuju ke komputer ribanya seperti ada sesuatu yang muncul. Tak lama kemudian dia mula perlahan mundar mandir di depan komputer ribanya, cuba memerah otaknya. Lelaki yang di panggil Pak Rauf kini mengekorinya ke bilik bacaan dengan hormat dia menjawab,"Tuan, apa kata tuan cuba keluar dari banglo ke atau dari Dark Estate ke pastu ambil udara segar, tengok dari persepsi baru, pergi ke taman ke? Duduk tepi sungai ke? Mandi air terjun ke? Jumpa pelawat kat sini ke. Mungkin dalam macam macam tu dapat jumpa idea. Dah lama tuan tak keluar rumah, kalau ada pun seminggu sekali itu pun pergi solat Jumaat dan balik."

Mikael menghembus nafas dan perlahan menjeling ke arah kepada Pak Rauf kerana memberi idea sebegini,"Pak Rauf..., tau tak selama ni semua novel saya terhasil dari dalam rumah ni... terutamanya di sini. Pernah ke saya menulis di tempat lain? Selama tu adakah saya keluar ke mana - mana? Hmm?"

"Betul tu tuan tapi mungkin, tiba masanya untuk tuan ikhtiar cara lain?"

Mikael memandang dengan rasa tak percaya dengan kata yang keluar dari lelaki tua ini lalu dia membalas,"Pak Rauf macam tak kenal dengan saya yer? Dah, balik la Pak Rauf! Tak payah hantar makan malam! Tinggalkan Dark Estate, pergi balik! Suruh semua balik! Saya taknak tengok sesapa pun lalu lalang."

Pak Rauf mahu membuka mulut mengenai penampilan diri mungkin juga mungkin antara faktor tuannya serabut namun dia menahan diri dari terus membuat tuannya marah kepadanya. Lalu dia meminta maaf dan memohon diri untuk keluar.

"Aik, muka tu kenak[kenapa] bang?" Soal isteri Pak Rauf apabila melihat suaminya melangkah masuk ke dapur. Dia baru selesai mengemas dapur menuangkan air kopi kepada suaminya, di berikan juga beberapa hirisan kek mentega yang di buat sendiri tadi.

"Apalagi Da, Abang buat tuan kita marah. Kesian pulak kat Tuan kita tu. Dia tengah serabut jadi macam biasa berangin arini, dia suruh kita semua balik jer."

"Ohh.., dia nak makan malam tak?" Tanya isteri Pak Rauf yang dikenali sebagai Mak Da.

"Dia kata tak payah hantar." Kata Pak Rauf tenang di sambut dengan senyuman dari isterinya,"Tak payah hantar bukan bermakna tak payah sediakan. Tahu jelah dia tu kalau datang anginnya tapi makan tetap makan. Takper, saya siapkan dulu la bang, bahan semua dah sedia tinggal nak masak jer. Oh ye... memandangkan kita disuruh balik awal ari ni abang boleh tolong ambik susu kat ladang kalau dah siap la. Hari ni dorang buat susu baru tapi dorang tak tahu kita kena balik awal. Nanti dorang datang kita dah balik pulak. Pastu inform dorang kat galeri la yer suruh tutup awal kalau takde orang lagi. Mesti Tuan taknak jumpa sesiapa arini."

"Yela abang pergi ni ye." Balas Pak Rauf sambil berlalu pergi. 

Hampir 30 minit kemudian dia kembali ke tempat duduknya bersama 2 botol susu sejuk yang sudah dipasteur lalu mengambil nafas seketika. Mak Da mengambil dua botol itu dan memasukkannya ke dalam peti sejuk, tanpa berkata apa - apa dia kembali selesaikan tugasnya sendiri yang hampir selesai. Pak Rauf mahu membantu isterinya namun ditolak baik lalu Pak Rauf enggan terus mengganggu isterinya perlahan membawa diri ke ruang legar banglo yang besar ini bertujuan mahu membuat pemeriksaan yang biasa dilakukan sebelum meninggalkan banglo untuk hari itu.

Setiba di ruang tamu dia memandang salah satu gambar bersaiz besar yang tergantung di dinding - wajah generasi pertama tuannya bersama keluarga. Foto ini dihasilkan sewaktu tuannya berada di England pada tahun 1894 berdasarkan tarikh yang di tulis di atas cetakan gambar itu. Mengikut cerita arwah moyangnya yang bertugas menjadi pembantu kanan pada waktu itu mengatakan Noah Elliot Adam atau dengan gelaran yang diberi Inggeris kepadanya pada masa itu ialah Lord Noah E. Adam melawat isterinya, Lady Dayangku Madihah Adam dan tiga anak mereka iaitu Osmund Isaac Adam, Ilyas Edde Adam dan Aisha Lilly Adam yang ketika itu berusia 21, 18 dan 15 tahun. Isterinya melahirkan dan membesarkan mereka bertiga di sana sehingga Noah Elliot Adam merasakan sesuai untuk membawa keluarganya pulang semula ke Sarawak kelak. England yang lebih membangun berbanding Sarawak pada waktu itu yang membolehkan anak - anaknya dibesarkan dengan lebih selesa memandangkan mereka tergolong dalam kelas atasan berdasarkan datuk mereka, Sir Adam Edward yang memegang jawatan tinggi serta memiliki beberapa bidang tanah. Dengan itu Lord Noah E. Adam merasakan perpindahan ini boleh membentuk diri anak - anaknya menjadi terpelajar dan beradab tinggi seperti dirinya waktu kecil. Pada lawatannya ini jugalah anak sulung mereka, Osmund Issac Adam memilih untuk mengikutnya balik ke Dark Estate dan bekerja di bawah seliaannya menjadikan dia generasi ke dua di Dark Estate.

Pak Rauf membersihkan debu pada gambar berbingkai keemasan ini yang jarang dialih namun masih tampak cantik walaupun sudah lebih 120 tahun berlalu bersama beberapa lagi gambar lama dari generasi ke generasi yang dibingkai dan di gantung kemas. Mungkin sudah diwasiatkan setiap generasi wajib menggantung gambar potrait keluarga di dinding ini. Pak Rauf akui dengan kehadiran gambar - gambar ini cukup menunjukkan betapa tingginya kelas keluarga ini.

Pak Rauf menyambung langkah menuju ke galeri yang berada bersebelahan saja. Kebetulan hari ini sememangnya sedikit lengang, dia melihat beberapa orang staf sedang seronok kerana ruang muzium, kedai cenderahati serta kafe akan ditutup 3 jam lebih awal sedang melambai pada pelanggan yang terakhir meninggalkan kawasan itu. Sambil menunggu, Pak Rauf berlegar ke pintu masuk muzium untuk memastikan tiada apa yang tertinggal sambil melihat poster hampir sebesar dinding yang merupakan sebahagian pekan Long Erith berserta infomasi di bawahnya. Entah untuk kali keberapa dia membacanya namun tak pernah dia merasa jemu kerana dia bagai mendengar semula bagaimana moyang dan datuknya bercerita kepadanya.

Tanah milik keluarga tuannya ini agak luas dan unik, ianya tanah warisan dari keluarga yang terawal membuka tanah atau dipanggil pengasas pekan ini, sebuah pekan kecil jauh dari bandar Miri yang memakan masa 8jam perjalanan sehala kerana keadaan topografinya. Walaupun Long Erith agak terpencil, namun kemudahan yang disediakan dari zaman dahulu terus di tambahbaik sehingga sekarang seperti sekolah, klinik, balai polis, balai bomba dan beberapa deretan kedai yang menjual barangan yang diperlukan oleh penduduk setempat. Penduduk di Long Erith pula hanyalah seramai kurang dari lima puluh ribu orang dari pelbagai kaum dan bangsa yang 70 peratusnya adalah asal dari Long Erith ini.

Tanah milik tuannya pula amat banyak namun tanah yang menjadi pilihan untuk didiami pula berada di hujung peta pekan Long Erith bersempadan dengan negara jiran dan untuk sampai ke tanah tuannya yang di kenali oleh masyarakat setempat dari dahulu sebagai 'Dark Estate' di Kampung Pehin memakan masa 3jam perjalanan sehala dari pekan Long Erith.

Tanah ini dibuka secara rahsia pada pertengahan abad ke 19 oleh keluarga nenek moyang tuannya yang merupakan keturunan dari Kesultanan Brunei, Pengiran Madehi yang merancang untuk berhijrah ke penempatan baru secara beransur - ansur. Niatnya adalah untuk mencari sebuah tempat untuk berlindung dan memulakan kehidupan baru jauh dari sebarang peperangan kerana lokasi hutan tebal yang ditemuinya ini jauh dari laut tapi mempunyai akses dengan sungai besar serta tiada kehadiran sesiapa selainnya di tanah itu. Pengiran Madehi sekeluarga berserta orang suruhan mereka berpindah sepenuhnya setelah siap mendirikan kediaman mereka dan di sini titik permulaan sebuah negeri yang dipanggil Long. Suatu hari sekumpulan kecil pegawai yang mengaku dari kerajaan Rajah Putih yang pertama sedang tercedera dan tak sengaja berlabuh dan terserempak dengan mereka lalu meminta bantuan perlindungan secara peribadi dari Pengiran Madehi untuk memulihkan diri, Penmgiran Madehi yang ketika itu sedang meneroka kawasan lain meminta kapal mereka ke kawasan yang baru itu bagi mengelakkan orang - orangnya berasa takut. Kawasan itu diberi nama sementara sebagai tempat Tapok atau bersembunyi.

Selepas beberapa minggu berlindung di negeri ini pegawai dari kerajaan Rajah Putih berbincang untuk menubuhkan satu kerjasama serta menjanjikan kehidupan mereka yang lebih baik. Pengiran Madehi memberi persetujuan bersyarat demi masa depan keturunannya dan mula menjadi penyedia pelindungan dan markas rahsia, di waktu yang sama menjadi penasihat tak rasmi dalam adat dan agama untuk Rajah Putih. Pihak Rajah Putih juga amat berterima kasih kerana mereka tahu dengan adanya usahasama dengan seseorang yang berketurunan Melayu dan fasih berbicara dalam pelbagai bahasa selain bahasa Inggeris serta mempunyai orang suruhan dari bangsa bukan Melayu amat membantu mereka memahami keadaan semasa walaupun dikawasan mereka berada jauh dari orang ramai.

Mereka menambah beberapa buah lagi kediaman tambahan serta sebuah berek tentera dan kawasan tempat Tapok untuk kapal berlabuh untuk memunggah barangan untuk simpanan dan sebagainya. Pun begitu teramat jarang ada orang yang menemui kampung ini samada dari darat ataupun melalui sungai. Jika ada yang kebetulan tiba pasti akan menganggap disini adalah kawasan kampung lalu menetap kerana mempunyai matlamat yang sama - menjauhi peperangan. Dengan kesempatan itu Pengiran Madehi dan Adam Edward menamakan semula negeri ini sebagai Long Erith, 'Long' yang bermaksud muara sungai dalam bahasa Iban yang disarankan oleh orang kanannya yang juga berbangsa Iban*. Manakala 'Erith' pula merupakan nama tempat kelahiran Adam Edward, seorang pegawai tertinggi Rajah Putih di England. Adam Edward merupakan sepupu Rajah Putih ketika itu yang dipanggil ke Sarawak sebagai perancang pembangunan. Namun Long Erith tidak dipaterikan di dalam peta negara Sarawak sehinggalah berpuluh tahun kemudian.

Dalam waktu yang sama, terletak tujuh hari perjalanan kaki dari permulaan Long Erith terdapat kawasan tanah tinggi yang seolah telah terbahagi kepada dua bahagian kerana terdapat sebatang anak sungai kecil ditengah - tengahnya membuatkan Adam Edward dan Pengiran Madehi memilih untuk dijadikan tanah mereka bagi meluaskan kawasan Long Erith. Adam Edward mengerahkan orang - orangnya untuk menyediakan landasan kayu bermula dari perlabuhan Long Erith ke kawasan baru ini untuk dijadikan laluan dua gerabak kayu yang akan membawa bahan binaan yang akan ditarik oleh beberapa ekor kuda dan kerbau yang di bawa dari China, India dan negaranya sendiri, England, ke sini. Menyiapkan landasan itu saja memerlukan dua tahun akibat hutan rimba yang terlalu tebal serta bentuk muka bumi kawasan ini yang berbukit bukau.

Di kawasan yang baru dibuka itu sebuah banglo kolonial 2 tingkat yang besar merangkap kubu rahsia Adam Edward dan para pegawainya serta isteri mereka yang juga dilengkapi pejabat, dewan sosial, dewan makan serta sebuah lagi rumah setingkat yang besar dari kayu belian untuk Pengiran Madehi sekeluarga termasuk kuarters pekerja untuk dua kawasan ini yang dipilih secara bergilir - gilir setiap bulan. Tempat ini mula dipanggil 'Kampung Pehin' atau dalam bahasa Brunei kampung orang berpangkat oleh oleh orang orang suruhan mereka. Turut didirikan beberapa buah penempatan kekal untuk orang - orang suruhan yang dipercayai untuk tinggal sekitar luar kawasan mereka ini. Keseluruhan pembinaan siap sepenuhnya dalam masa 5 tahun untuk pekan Long Erith dan Kampung Pehin. Malah Rajah Putih pertama berpeluang menggunakan banglo ini untuk berlindung  dan berehat selama beberapa bulan setelah diserang hendap di suatu kawasan pendatang dari China dan merancang semula untuk menstabilkan kembali jajahannya.

Dua tahun selepas itu Adam Edward mengerahkan gabungan pekerja - pekerjanya yang kebanyakkan di beri oleh Rajah Putih pertama dari India dan orang - orang suruhan Pengiran Madehi, untuk menanam kopi, teh, pelbagai pokok buah dan sayur serta bunga ros yang didatangkan khas dari kampung halamannya, hanya kerana isterinya dan beberapa isteri pegawai yang lain merindui tanahair mereka setelah sudah dua tahun berada di tanah ini. Terdapat juga kawasan ladang untuk menternak kambing, lembu dan ayam supaya bekalan susu segar, telur dan juga daging sentiasa ada untuk mereka yang berada di tanah itu.

Walaupun 20 tahun pertama dari mula - mula di buka hingga berada dibawah kesatuan Rajah Putih, Long Erith perlahan membangun kerana negeri itu hanya di anggap sebuah negeri 'palsu' merangkap pusat hentian untuk berlindung atau merawat kecederaan dari musuh. Kebanyakan mereka yang datang adalah yang berkerjasama di bawah kerajaan Rajah Putih. 

Walaupun perlahan, hasil gabungan Adam Edward dan Pengiran Madehi di awal 20 tahun pertama ini ada menampakkan pembangunan. Walaupun Adam Edward masih berkerja di bawah Rajah Putih untuk negeri Sarawak, dia juga dengan bijak mengenalpasti, merancang termasuk memantau melaksanakan projek-projek pembangunan yang berpotensi sesuai dengan dua negeri ini. Namun secara rahsia dia membawa beberapa lagi eskor lembu dan kerbau termasuklah bahan binaan untuk menaiktaraf banglo kolonialnya. Manakala Pengiran Madehi juga seorang yang hebat sebagai seorang pemerintah negeri. Seorang yang adil dalam menyelesaikan permasalahan yang timbul, Pengiran Madehi menitik berat semua aspek pembangunan yang dirancang oleh Adam Edward, membentuk pentadbiran dengan membuat lantikan di kalangan orang yang dipercayainya dan mengutip cukai yang disarankan. Pengiran Madehi juga memberi tanah kepada ketua agama dan masyarakat untuk yang mula berkembang dan sentiasa mengadakan mesyuarat berkala untuk menetapkan undang - undang dan juga memahami semua adat yang dipercayai oleh masyarakat negerinya. Dia juga seorang mahaguru silat yang menjadikan ruang halaman rumah mereka sebagai pusat belajar secara tak langsung kedua rumah yang besar ini mempunyai sistem pengawal semulajadi kerana kebanyakkan yang menjadi anak murid nya akan tinggal berdekatan selagi belum tamat pembelajaran mereka.

Penduduk yang asalnya orang suruhan kedua pihak mula membawa keluarga atau puak masing - masing dan meneruskan kehidupan seperti biasa di Long Erith. Malah ada yang mula membuka tanah dengan izin kini bergelar Lord Adam Edward dan Lord Pengiran Madehi untuk pelbagai keperluan. Kebanyakan kawasan bermula dengan beberapa pondok pos pengawal pemerhati yang berada di sepanjang laluan landasan gerabak dari pekan Long Erith ke Kampung Pehin. Kemudian berkembang dengan didirikan rumah untuk persinggahan termasuk sebuah rumah kecil untuk penjaga rumah persinggahan yang akan tinggal untuk bersedia setiap masa.  Begitulah munculnya kampung Limbu sebagai kawasan berteduh samada untuk para mubaligh yang menyinggah atau sebagainya alasan boleh yang diterima oleh Lord Pengiran Madehi atau Lord Adam Edward, kampung Tapok sebagai tempat persembunyian dan kampung Tabasan sebagai kawasan ladang dan kebun yang bermula dari sawah padi samada dari paya berdekatan atau padi bukit dan dari situlah penduduk serta Long Erith mula berkembang sendirinya, dari kampung yang hanya memenuhi tujuan pembukaan kawasan sehingga menjadi sebuah kampung yang boleh di diami oleh sesiapa saja.

*** end bab 1 | akan bersambung ***

Nota kaki @NTGravity :

Assalamualaikum dan hi semua!!

Read📖 | Comment 💬 | Vote 🤍 | Follow 🔁 | Share ♻ please 🙏🏽

◾◾◾◾◾

Ini first time AE reka cerita yang total fiksyen bukan based on experience or whatnot, jadi bab satu dan dua ni nanti panjang ler yer and harap korang ok...

Anyway jangan lupa baca dua novel terdahulu iaitu 3xBenci 4xCinta dan Sesat Dalam Rindu.

◾◾◾◾◾

bangsa Iban - adalah etnik kaum Peribumi asli (Orang Asal tertua) yang tinggal di pulau Borneo yang juga pada zaman dahulu merupakan peneroka terulung dalam membuka hutan rimba. Hebatkan?

◾◾◾◾◾

Hanya rekaan jer tau...

📌Long Erith

📌Kampung Limbu

📌Kampung Tapok

📌Kampung Tabasan

📌Kampung Pehin

◾◾◾◾◾

Continue Reading

You'll Also Like

508K 24.6K 74
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
44.6K 3K 56
"You drive me crazy, Yara Alyssa. Most people say that the cure for falling in love is marriage. And now I'm in love. Do you want to be the cure for...
195K 8.8K 70
"Abang...nak kahwin lagi satu" Rose sangkakan lelaki itu hanya tercipta untuknya seorang, tapi ternyata ia milik wanita lain juga. Dan mulai detik it...
19.2K 1.8K 23
Orang kata, perempuan yang masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku f...