PEWARIS SEBENAR IRIS

By Ustaz_Ruzi

6.7K 430 183

Cover Book Make By @Alquransyabila Sinopsis Selepas Ejen Ali telah disahkan tidak dibenarkan lagi menjadi pem... More

BAB 1: DJIN KEMBALI
BAB 2: UNDERCOVER FRIEND
BAB 3:DEMONSTRASI
BAB 4: CURIGA
BAB 5:EKORI
BAB 6:ISI TERSIRAT
BAB 7: KE TEMPAT TUGASAN
BAB 8: DOKTOR QARZONE
BAB 9: PERGELUTAN KECIL
BAB 10: ORGANISASI BARU?
BAB 11: MISTERI WASIAT
BAB 12: PERTEMUAN TIDAK DIJANGKA
BAB 13: BOM MASA
BAB 14: BERTEMU TAN SRI
BAB 15: PERCANGGAHAN PENDAPAT
BAB 16: RUDY MENYERANG KETUA-KETUA TERAS
BAB 17: SUASANA GETING
BAB 18: OPERASI BERMULA
BAB 20 : APA KAITAN M.A.T.A DAN BLACK HEART?
BAB 21 : WASIAT HILANG?
BAB 22 : BLACK HEART SEMAKIN AKTIF
BAB 23 : WAKIL GENG M.A.R.A MENJELMA
BAB 24 : PENYAMARAN?
BAB 25: HELAH
BAB 26: TIBA DI A.P.D.A

BAB 19: SERANGAN MENGEJUT

178 16 5
By Ustaz_Ruzi

Swush!

Dua kelibat lelaki mulai melompat ke arah Rudy dan Encron. Mereka mengajukan tendangan kaki ke arah mereka untuk memisahkan kedudukan mereka berdua.

Dush!

Tap!

Akibat daripada serangan mengejut itu, Rudy dan Encron melompat selangkah kebelakangan manakala dua kelibat lelaki itu mendarat di atas tanah dengan kemas dan selamat, kemudian, mereka berdiri serentak dalam posisi ingin menyerang sebelum menjeling sesama mereka.

"Ali? Apa kau buat di sini?" Tanya Djin sambil mengerutkan dahinya melihat kelibat Ali di sini.

"Saya pun sebahagian daripada kumpulan ni, saya bertanggungjawab untuk bantu awak semua." Balas Ali sambil merenung tajam ke arah Encron di suatu sudut.

"Ini bukan pertempuran kau. Ini hal kami berlima, jangan masuk campur..!" Marah Djin dengan nada sedikit marah sambil mula mengeluarkan pedang lalu dipegangnya dengan kemas di tangan kanannya manakala Ali memegang gasing milik mamanya di tangan kanannya.

"Awak semua juga yang bersetuju untuk terima saya sertai operasi pada malam ni, jadi semua tindakan awak semua adalah tindakan saya juga." Tanpa berlengah lagi, Ali terus meluru berlari ke arah Encron.

"Ali! Tunggu!" Djin cuba memanggil nama Ali namun, Ali sudah jauh ke hadapan dengan posisi menyerang.

"Hiyark!"

Swush!

Ting! Ting! Ting!

Ali mengajukan gasing serangan setiap penjuru ke arah Encron dengan geseran yang kuat disekeliling dinding besi di dalam bilik itu, Encron tersenyum sinis kemudian melompat ke udara sambil meninggalkan sebiji bom kecil ke bawah bagi menggantikan tubuhnya. Apabila gasing Ali mulai berada dalam lingkungan jarak 0.5 meter daripada bom kecil itu, bom itu terus meledak dengan kuatnya.

Kebabommm!!!

"Urgh!"

Satu asap debu mulai mengelilingi seluruh bilik itu, penglihatan mereka semua mulai kabur. Mereka perlu menggunakan selain daripada deria penglihatan untuk mengesan serangan musuh yang seterusnya.

Djin serta merta terus berlari ke sisi Rudy untuk melindunginya, "Rudy, kau okay?" Tanya Djin, Rudy mengangguk kecil sambil mula tersedar dari lamunannya. Dia segera mempersiapkan kedudukannya ke posisi menyerang, sama iras dengan gaya menyerang Djin.

Namun begitu, Rudy tidak dapat menumpukan perhatian 100 peratus kerana 50 peratus tumpuannya masih lagi terfikir akan kata-kata Encron sebentar tadi. "Aku masih ada ahli keluarga yang lain? Siapa mereka?" Gumam Rudy sendirian.

"Ready to fight!" Kata Djin, arahan persediaan untuk bersedia sebelum menyerang kepada Rudy.

"M.A.T.A tahu semua maklumat tentang aku, mereka tahu tentang semua orang. Tetapi kenapa mereka langsung tak bagitahu aku apa-apa tentang keluarga aku? Apa yang mereka takutkan?" Soal Rudy berbelah bahagi di dalam hati. Dia berhenti berfikir seketika, kemudian, mulai bersuara di dalam fikirannya, "Kalau betul apa yang Encron cakap... Aku tak boleh percayakan M.A.T.A lagi."

"Set!"

"Kalau mereka nak main game ni, aku pun akan main juga." Tidur berkata di dalam hatinya. Genggaman tangan Rudy semakin ketat, wajahnya menjadi ketat dengan tiada senyuman. "Let's the game, begin!"

"Go!"

Swush!

Rudy dan Djin berlari ke hadapan dengan pantas, gabungan serangan kombo daripada seorang mentor dan seorang anak murid merupakan suatu gandingan yang sangat hebat.

"Akhirnya, kau main juga permainan aku... Let's start with Level 1." Kata Encron yang sedang berdiri di atas sebuah tiang besi di atas atap bumbung. Encron meletakkan tangan kanannya di atas dada kiri kemudian tunduk kecil di hadapan Rudy dan Djin. "Serang mereka." Kata Encron perlahan.

Swush..!

10 kelibat hitam mulai melompat dari kedudukan belakang Encron lalu mengajukan serangan ke arah Rudy dan Djin.

Djin menjeling ke arah Bobby yang sedang bersedia di suatu sudut gelap, dia menunggu signal daripada Djin untuk melakukan serangan. Djin mengelipkan matanya sebanyak dua kali kemudian menjeling ke arah sisi kirinya. Bobby mengangguk kemudian bergerak pantas untuk melakukan serangan hendap. Serangan ini dinamakan sebagai 'Serangan Kijang Tiga Penjuru'. Serangan dari kedua-dua belah pihak berlaga kemudian menghasilkan satu dentuman yang kuat lalu menghasilkan sebuah bunyi yang hebat.

Debush!

*****

Tup!

"Huh?"

"Kenapa, ni?"

Tiba-tiba, seluruh bekalan elektrik di dalam pasaraya Gegamall itu terpadam, dan penggera kebakaran tiba-tiba dibunyikan lalu membuatkan semua orang mula menjadi panik.

Kring!!! Kring!!!

Kring!!! Kring!!!

"API!!!" Jeritan kuat daripada seorang wanita telah membuatkan satu dewan itu mula menjadi huru-hara. Kesemua pengawal peribadi (Bodyguard) segera menjalankan tugas mereka dengan berlari ke arah majikan mereka sambil melindungi dan memimpin mereka ke jalan keluar kecemasan.

Pengawal-pengawal peribadi Bobby, Djin, Karya, Rizwan dan Rudy segera mencari majikan masing-masing, mereka berpecah di seluruh tempat.

Tap! Tap!

Tap! Tap!

*****

"Jumpa lagi, Ali." Kata Encorn sambil melemparkan sebuah alat berbentuk diamond berwarna hitam ke udara, apabila alat itu telah mencapai had masa di udara, secara automatik, alat itu meletup dengan debu pemedih mata berwarna hitam ke seluruh kawasan itu. Ali yang baru sahaja mahu melancarkan serangan ke arah Encron terus jatuh rebah di atas tanah. Ali menggosok kedua matanya menggunakan kedua lengan tangannya untuk menahan rasa pedih yang teramat sangat.

Djin membuat signal dengan mengangguk kecil, Bobby dan Rudy mengangguk kecil kemudian, dengan serentak, ketiga-tiga mereka menyeluk tangan kanan ke dalam poket kiri blezer hitam mereka lalu mengeluarkan sebuah kaca mata istimewa yang mampu melindungi mata pemakainya daripada sebarang asap pemedih mata atau bendasing daripada mendekati mata dalam jarak kurang daripada satu meter. Kaca mata ini direka khas oleh Ejen Muda Unit Tekno kepada kelima-lima ejen INVISO yang menyertai pertandingan ini.

Kaca Mata Istimewa

"Aktifkan, Night Vision!" Arah Djin pada Bobby dan Rudy. Ketiga-tiga mereka menekan satu butang dan penglihatan mereka segera beralih ke penglihatan malam.

Kaca Mata Istimewa ini diadaptasi daripada sebuah binokular penglihatan malam iaitu, ATN PS31-3WPT 1x22.5 Gen 2+ WPT Night Vision Binocular.

Binokular Penglihatan Malam ini mempunyai kelengkapan seakan-akan seperti tiub penguat WPT Gen 2+ yang mempunyai Illuminator IR Bersepadu, Pembesaran 1x, Kanta f/1.18 dengan Medan Pandangan 50°, Cermin Mata Pemfokusan Individu yang mempunyai daya Tahan Air Berkadar IP65, serta mempunyai Pemasangan Topi keledar yang Digunakan pada Satu Bateri CR123A.

Binokular Siri ini mempunyai ciri-ciri Serbaguna dan mudah untuk dilaraskan, dengan bidang pandangan yang luas, Teropong Penglihatan Malam WPT PS31-3WPT 1x22.5 Gen 2+ WPT memberikan tentera, penguatkuasa undang-undang dan profesional keselamatan keupayaan untuk melihat sasaran dalam gelap. Pada terasnya ialah tiub penguat Gen 2+ dengan teknologi fosforus putih, diutamakan oleh banyak pengendali untuk imej hitam putihnya dengan tahap perincian dan kontras yang tinggi. Untuk keadaan di mana tiada cahaya ambien untuk dipergiatkan, unit PS31 dilengkapi dengan penerang yang memancarkan cahaya inframerah hampir tidak kelihatan, yang membolehkan tiub penguat menghasilkan imej.

Kawalan kecerahan automatik menyumbang kepada keadaan cahaya yang berbeza-beza, dan pemotongan cahaya terang melindungi tiub daripada kerosakan yang disebabkan oleh pendedahan yang tidak dijangka kepada cahaya. Kanta objektif 22.5mm dan sistem kanta f/1.18 memberikan medan pandangan 50° untuk membantu pemakainya melihat perkara di luar sana dengan cepat. Alat ini dibina untuk menahan kesukaran penggunaan dalam keadaan yang kurang ideal, keledar disertakan untuk kegunaan bebas tangan dan berfungsi dengan ciri hidup/mati flip-up dan flip-up sisi peranti.

ATN PS31-3WPT 1x22.5 Gen 2+ WPT Night Vision Binocular

Gambaran 'Night Vision'

"Rudy, you're back."

"Roger."

Swush...

Dush!

"Urgh!"

Atas arahan daripada Djin, Rudy menghadiahkan penyepak berperisa ayam madu tepat ke wajah muka musuh dibelakangnya. Terus, musuh dibelakangnya terpelanting jauh ke belakang sampai pengsan mati katak. Pergh! Bukan main kuat lagi sepakan Ayam Madu Rudy itu. Siapa nak oder Penyepak Ayam Madu Rudy, boleh roger-roger pada dia, ya. Hah, harga kita boleh bincang kemudian...

"Djin, you're left seven o'clock."

"Roger!"

Swush...

Bush!

Shreekkk..!

Gedebuk!

Sekarang giliran Djin pula menghadiahkan tendangan Ayam Tiga Rasa kepada dua orang musuh yang ingin menyerang di sisinya. Pak! Hasil daripada daya inersia itu, dua lembaga itu terbang terus ke dinding sebelah kanan jauh nun di sana.

Djin dan Rudy mula berdiri merapatkan belakang tubuh sesama mereka dan memerhatikan gelagat lagi 7 lembaga hitam yang sedang berjalan perlahan mengelilingi mereka dalam bulatan. Ketujuh-tujuh lembaga hitam itu bersedia untuk menyerang mereka.

"Hiyarkkk!!!" Ketujuh-tujuh lembaga itu menjerit kuat tanda bersemangat, namun, Rudy dan Djin hanya menguap besar. Gelagat mereka mula membuatkan ketujuh-tujuh lembaga itu berasa pelik dan memandang sesama mereka sambil berbisik.

"Wei, aku tak cukup ganas, ke?"

"Aura mengancam kita tak ada kesan ke pada mereka?"

"Aku berbau ke?"

"Engkau dari haritu lagi berbau! Dah tahu baru keluar dari longkang, teruslah pergi mandi..! Ini tak, nak juga datang sini terus."

"Allahu... Seriuslah kau baru keluar dari longkang dengan tak mandinya lagi..?"

Sedang ketujuh-tujuh lembaga itu terleka, Bobby mengambil kesempatan itu dengan mengajukan Boomerangnya ke arah mereka dengan menyasarkan titik kelemahan ketujuh-tujuh lembaga itu.

Swush...

Pak! Pak!

Pak! Pak!

Pak! Pak!

Pak!

Tap!

Boomerang itu terbang dengan kelajuan yang tinggi kemudian ditangkap oleh tangan kanan Bobby dengan kemasnya.

"Huh! Mudah..."

"Urgh... Mata aku..." Ali yang sedang terduduk di atas tanya sambil menutup kedua belah matanya tiba-tiba terkaku seketika apabila Encron tiba-tiba membisikkan sesuatu ke telinganya.

"Percayakan Pemimpin M.A.T.A, dan kau akan terima nasib yang sama seperti keluarga Rudy."

"Apa..?"

"I.R.I.S... Milik kau seorang, bukan milik M.A.T.A."

"Tunggu! Apa yang mama cakap..?"

Swush!

Belum sempat Ali menghabiskan ayatnya, Encron hilang disebalik asap disekelilingnya. "Habiskan mereka." Kata Encron, kemudian, dia membaling satu lagi alat berbentuk berlian yang berwarna Margenta ke udara. Apabila alat itu dilambung ke udara, lagi sekali seluruh bilik itu diselaputi dengan asap pengabur penglihatan.

"Aku tak nampak apa-apa." Kata Bobby sambil cuba melihat disekelilingnya menggunakan kaca mata khas itu.

"Saya pun. Dah rosak ke kaca mata, ni?" Tanya Rudy sambil menekan-nekan butang di sebelah kanan bingkai kaca mata itu.

"Ini bukan asap biasa... Jangan gunakan Night Vision, gunakan Thermal Vision." Arah Djin kepada Rudy dan Bobby, kemudian, ketiga-tiga mereka menekan satu butang kecil berwarna merah di sebelah kiri bingkai kaca mata itu. Secara automatik, penglihatan mereka bertukar dari Night Vision ke Thermal Vision.

Penglihatan Thermal Vision

Kecanggihan fungsi Thermal Vision yang terdapat pada kaca mata pasukan INVISO tersebut diadaptasi oleh sebuah alat yang digunakan oleh pihak ketenteraan dalam mengesan musuh yang sukar dilihat. Nama alat itu adalah, TMSLS Laser Rail System (Tactical Multi Sensor Laser System) - Laser Illuminator.

TMSLS Laser Rail System (Tactical Multi Sensor Laser System) - Laser Illuminator

"Wow! Gempaklah gadjet, ni! Balik nanti, ingatkan aku untuk bagi pujian pada junior-junior kita." Puji Bobby dengan keterujaannya pada kecanggihan alatan optik ini manakala Djin dan Rudy tersengih sipi melihat gelagatnya. Mereka bertiga berkumpul kembali, merapatkan belakang tubuh mereka sesama mereka dalam posisi menyerang.

"3 at 6 O'clock, 3 at west and 4 at north. All of them are 10 people, 5 of them are skinny type just like the tree branches."

"Pfftt..!" Djin dan Bobby sedang menahan gelak mendengar ayat Rudy, salah satu keistimewaan Rudy adalah, apabila dia memberikan maklumat mengenai musuhnya, dia pasti akan memberikan maklumat secara details walaupun perkara kecil seperti itu. HAHAHAHA...

Djin menyiku lengan kanan Bobby sambil menahan gelak tawanya, "Fokuslah, Bobby! Ish, profesional lah sikit, orang lembab je akan ketawa dengan kata-kata, tu..."

"Pfftt..! Eleh! Kau pun nak ketawa, kan? Hahaha..." Bobby tak dapat menahan mulutnya daripada ketawa, bunyi gelak tawa kecil mulai keluar daripada mulut Bobby namun cepat-cepat dia menekup mulutnya. Akibat bunyi gelak tawa daripada Bobby yang berbunyi seperti Hantu Langsuir, Djin tidak dapat menahan dirinya juga lalu tergelak kecil di sebelah Bobby. Rudy tidak mengendahkan mereka berdua dan fokus pada keadaan sekeliling.

*****

D

i tengah-tengah dewan bahagian, Rizwan telah berada di situ bersama-sama dengan bom nuklear itu. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya kemudian menghembus keluar dengan perlahan. Dia berjalan ke arah bom nuklear itu, sarung tangan segera dikeluarkan daripada poket suit hitamnya kaku dipakai di kedua-dua belah tangannya. Kaca mata anti radioaktif juga turut dikeluarkan dan dipakai di bahagian mata bagi menjaga keselamatan matanya daripada pancaran gelombang radioaktif daripada bom nuklear itu.

BOM NUKLEAR AKTIF

"Mari mulakan..." Apabila Rizwan batu sahaja mahu menyahaktifkan bom nuklear tersebut, tiba-tiba, seluruh badannya di tarik ke belakang oleh seseorang dan menyebabkan dirinya berganjak satu meter kebelakang.

Swush!

"Huh?"

"Sila jauhkan diri Tengku daripada bom itu."

"Hmm... "

Mereka saling berpandangan sesama mereka, Bodyguard bersuit hitam itu menghalang pergerakan Rizwan daripada terus mara ke hadapan ke arah bom itu. Rizwan masih lagi mengekalkan postur wajahnya yang tenang. Dia cuba berunding dengan pengawal peribadi yang diupah untuk menjaganya itu pada malam ini dengan baik terlebih dahulu. Rizwan menarik nafas panjang kemudian mula berbicara.

"Saya boleh jaga diri, jangan risau. Awak dah jalankan tugas awak dengan baik malam ni. Syabas, nanti saya akan maklumkan kepada boss awak supaya awak dinaikkan gaji dan pangkat." Kata Rizwan sambil melontarkan senyuman charming ke arah pengawal peribadinya itu.

"Terima kasih atas kata-kata Tengku sebentar tadi, saya terhutang budi." Kata pengawal peribadinya itu sambil meletakkan tangan kanannya ke dada sebelah kiri sambil menundukkan sedikit tubuh badannya ke bawah.

Rizwan mengangguk kecil, "Sama-sama. Awak boleh pergi sekarang, saya juga akan keluar sebentar lagi." Rizwan mula berjalan semula ke arah bom itu, namun, sekali lagi, jalannya dihalang oleh pengawal peribadinya itu.

"Maaf, Tengku. Saya diamanahkan untuk menjaga Tengku sehinggalah Tengku selamat pada malam ini."

"Haish! Budak ni... Kang ada yang kena makan kasut dengan aku ni. Tak faham bahasa Melayu ke apa?" Kata Rizwan di dalam hatinya dengan rasa sedikit marah terhadap pengawalnya itu. Namun, dia masih lagi cuba mengekalkan ekspresi wajah senyuman manisnya itu. "Alhamdulillah, saya selamat, masih lagi bernyawa. Terima kasih kepada awak." Rizwan berjalan semula, namun, sekali lagi laluannya dihalang oleh pengawal peribadinya.

"Kalau Tengku tak nak keluar cara baik, saya terpaksa paksa Tengku dengan cara kasar." Pandangan Bodyguard itu tiba-tiba menjadi seram, dia bagaikan seekor raja singa yang sedang kelaparan sedang memandang ke arah mangsanya yang berada di hadapannya. Rizwan sudah mula berasa tidak sedap hati.

"Huh?!"

"Swush!"

"Erk!"

Bodyguard itu mula menyerang Rizwan menggunakan separuh daripada tenaga badannya. Dia menumbuk betubi-tubi ke arah wajah Rizwan, sasarannya adalah di wajah, apabila Rizwan hilang keseimbangan, lebih senang kerjanya untuk membawanya keluar. Namun, Rizwan lebih tangkas daripada Bodyguard itu.

Rizwan berlari dengan pantas dan menyerangnya daripada pelbagai sudut, ketangkasannya tiada tandingan. Rizwan menyerang ke arah titik kelemahannya iaitu di belakang lehernya.

Siup!

"Argh!"

Bodyguard itu mulai hilang keseimbangan lalu terduduk di suatu sudut sambil memegang belakang lehernya yang berasa sedikit sakit itu. Rizwan mendarat di atas lantai dengan selamat dan penuh bergaya. Dia tersengih sendirian, "Maaf, tetapi saya lebih tangkas daripada awak."

Blezer hitam dan kaca mata Rizwan jatuh ke atas lantai sewaktu dia sedang menyerang bodyguard nya itu. Dia mengambil sebatang lolipop daripada poket rompinya lalu dibukanya pembalut dan dimasukkan ke dalam mulutnya.

Rizwan Tersengih Memandang ke arah Pengawal Peribadinya.

"Tch! Nampaknya... Aku terlalu memandang rendah pada kau." Kata pengawal peribadi Rizwan itu, dia muka berdiri semula dan menghadapnya.

"Huh..?" Wajah Rizwan tiba-tiba bertukar menjadi terkejut apabila dia terlihat satu simbol aneh tersemat di poket rompinya. Simbol itu sangat dikenali suatu ketika dahulu, Rizwan cuba mengingati kembali di manakah dia pernah melihat simbol tersebut, namun, gagal.

"Round 2." Kata Bodyguard Rizwan kepadanya. Dia meregangkan kepalanya ke kiri dan ke kanan, kemudian terus menyerang ke arah Rizwan dengan kelajuan penuh.

Swush! Swush! Swush!

Kali ini, kepantasan pengawal peribadinya itu lebih pantas dari sebelum ini, Rizwan hampir-hampir tidak dapat menyeimbangkan badannya.

"Kami tak akan biarkan kau orang rosakkan rancangan kami lagi!"

"Dush!"

"Hurk!!!"

Sedushh...

Pengawal itu menumbuk tepat ke dada Rizwan, tempat bekas luka lamanya. Akibat daripada itu, Rizwan terpelanting jauh ke belakang. Dia terbatuk-batuk, tangan kanannya memegang kuat ke dadanya, luka lamanya masih lagi belum sembuh sepenuhnya, itulah kelemahan terbesar Rizwan buat masa ini. Ramai musuh telah mengetahui akan titik kelemahannya. Kaki Rizwan jadi lembik, dahinya berkerut, dia tidak dapat menahan daya inersia daripada pukulan sebentar tadi.

"Huh! Sakit..? Kesian..." Kata pengawal peribadi Rizwan kepadanya sambil ketawa kecil. Rizwan cuba juga mengangkat wajahnya ke atas untuk memandang ke arah lelaki itu. Dengan perlahan-lahan, dia mulai bersuara.

"Si... Siapa kau..?"

Pengawal peribadi Rizwan melontarkan senyuman jahat dengan gelak tawa kecil, dia suka melihat Rizwan begitu, berada di dalam keadaan sakit dan lemah. Susah untuk berlawan mahupun berdiri.

Pengawal itu membuka topeng muka separanya lalu menunjukkan wajahnya kepada Rizwan. Apabila Rizwan memandang ke wajah lelaki itu, dia terkaku sebentar, tidak mampu untuk berkata apa-apa. "Mu... Muka kau..."

"Heh! Terkejut..?"

"Tak mungkin..!"

*****

"Semua, aku dah jumpa puncanya, ia adalah..."

Pak!

"Arrkkk!"

Sewush...

Belum sempat Karya menghabiskan ayatnya, terus kepalanya ditumbuk kuat oleh seseorang sehingga dia terpelanting ke belakang. Tubuh badannya terkena bucu dinding yang tajam. Belakang badannya terasa sakit, sukar untuk dia berdiri sekarang.

Seush...

"Huh..?" Mata Karya membulat, pergerakan di persekitarannya mulai menjadi perlahan. Satu tali hitam berupa tudung shawl dengan sejenis logam diikat di hujung tali itu bergerak dengan laju ke arah Karya. Karya tidak sempat untuk mengelak, besi itu menghentam kuat ke dada Karya dan menyebabkan Karya tercampak jauh ke kanan pula.

Sewush...

Debush!

Karya terduduk sambil memegang dadanya bagi menahan kesakitan yang dialami di bahagian dadanya. Darah kecil mulai keluar daripada mulutnya, segera Karya mengelap darah yang terkeluar itu dengan telapak tangan kanannya.

"Serangan itu... Hanya seorang sahaja yang mahir menggunakannya." Kata Karya dengan rasa ragu-ragu. Dia memandang ke hadapannya.

Kelihatan seorang pegawal peribadi Karya bertopeng separa dan seorang wanita berada di hadapannya dengan wajah masam mencuka.

Riaksi Wanita Yang Menyerang Karya

"Ejen... Iman?" Soal Karya apabila melihat gaya berlawan dan susuk tubuh yang sangat dikenalinya. "Kenapa kamu belot M.A.T.A?"

Wanita itu tidak menjawab pertanyaan Karya dan hanya berdiri tegak, pengawal peribadi Karya berjalan ke hadapan dengan wajah ceria. Tangan sebelah kirinya dimasukkan ke dalam poket seluar, dia tersenyum memandang Karya yang sedang mengerang kesakitan itu.

"Awak pengawal peribadi saya... Awak sepatutnya melindungi saya! Bukan musuh saya!" Marah Karya kepada pengawal peribadinya. Namun, pengawal itu hanya mengangkat kedua bahunya sedikit sambil berkata.

"Maaf, tetapi saya bukanlah pengawal peribadi awak. Saya hanya ditugaskan untuk menyamar jadi pengawal awak supaya saya dapat berada dekat dengan awak. Keselamatan awak bukanlah keutamaan saya, you're so pathethic to think that I'm on your side." Kata pengawal peribadi Karya dengan gelak tawa kecil. Karya menggetap giginya dengan perasaan marah, pandangannya beralih ke wajah wanita itu pula.

"Ejen Iman! Apa yang kamu buat, ni? Kamu dah hilang akal ke? Mereka musuh kita! Kamu sepatutnya bantu kami, bukan mereka!" Tanya Karya dengan pertanyaan marahnya kepada wanita itu, namun, wanita itu langsung tidak berkata apa-apa, dia hanya berdiam diri, kepala dilangutkan ke hadapan, mendada, tangan dikedua-dua sisi dan kaki rapat berbentuk V. Gayanya sama seperti gaya orang mahu berkawad.

"Hahahahaha... Awak sendiri tak sedar berapa ramai musuh di dalam M.A.T.A." Kata-kata pengawal peribadi itu mulai membuatkan Karya terkaku, sungguh, dia terkejut akan berita yang baru sahaja didengarinya, dia tidak mampu untuk berkata apa-apa lagi. Lelaki itu mulai membuka topeng muka separanya lalu menampakkan wajah sebenarnya kepada Karya. Karya makin terkaku apabila melihat wajah disebalik topeng itu.

"Kau! Kenapa..?" Tanya Karya dengan mata membulat terkejut. Lelaki itu hanya tersengih jahat sambil membetulkan rambut dihadapannya dengan bergayanya.

"Selamat berkenalan, Ejen Karya..." Kata lelaki itu sambil meletakkan tangan kanannya di dada kiri, kemudian, menundukkan sedikit 45 darjah ke bawah dengan gaya gentleman.

*****

Tik! Tik!

Tik! Tik!

Jam detik masa dapat didengari di seluruh kawasan bilik itu kerana kesunyian yang dapat dirasai di seluruh kawasan berdekatan itu. Rizwan menjeling sedikit, memandang ke arah jam masa yang tertera pada bom nuklear itu, masa menunjukkan tunggal 59 saat sahaja.

Masa Yang Tinggal 59 saat

Dalam masa itu, Rizwan dapat membayangkan gambaran Letupan yang bakal tercetus jika dia terlambat untuk mematikannya.

Gambaran Letupan Bom Nuklear Yang Bakal Berlaku

"Kau tahu kan betapa besarnya letupan yang kamu semua akan cetuskan?!" Tanya Rizwan dengan sedikit rasa marah kepada pengawal peribadinya.

"Aku tahu, memang itu tujuan kami datang ke sini."

"Urgh..!" Rizwan cuba berkomunikasi dengan ahli pasukannya, namun, tidak dapat. Jam tangannya menunjukkan perkataan, 'Lost Signal'.

"Nak panggil kawan-kawan kau? Mereka pun tengah strugle dengan nyawa mereka. "

"Bertenang Rizwan... Kau lebih kuat daripada dia, jangan biarkan emosi menguasai diri kau." Kata Rizwan di dalam hatinya.

"Sekarang... Tamatlah riwayat kau!" Pengawal peribadi itu melompat setingginya ke udara kemudian mengajukan kaki kanannya ke bawah dan bersedia untuk menghentak kepala Rizwan sehingga koma. Namun... Takdir menyebelahi Rizwan.

Swush!

Ching! Ching!

"Urgh!"

Dush..!

Tap!

"Huh! Lemah..."

"Lambat kau datang."

"Lebih baik daripada aku langsung tak datang, kan?"

Rizwan tergelak kecil, bantuan telah tiba, namun, bantuan tersebut bukanlah daripada M.A.T.A. Orang itu adalah... Dos, a.k.a bekas konco-konco Uno (Djin). Dia menyerang hendap pengawal peribadi Rizwan yang ingin menyerang Rizwan tadi dengan menggunakan senjatanya, Chopstick Electronics Poisonous. Akibat terkena senjata beracun itu, tidak sampai seminit, pengawal itu sudah menjadi lemah dan rebah di atas tanah.

"Kau nak tidur je ke atau kau nak pergi matikan 'benda alah' tu?" Tanya Dos sambil menghulurkan tangan kanan ke arah Rizwan. Rizwan tergelak kecil kemudian mencapai tangan Dos. Dia kemudian mampu berdiri dan menyeimbangkan badannya, terus dia berlari-lari anak ke arah bom nuklear itu.

Tidak sampai seminit, bom nuklear itu telah berjaya dimatikan. Rizwan menghela nafas lega apabila berjaya mematikan bom nuklear itu sebelum meletup, angka masa di bom nuklear itu menunjukkan tinggal 2 saat sahaja lagi sebelum bom itu meletup, Alhamdulillah, memang bernasib baik...

"Nuclear Bom is diactivated, mission completed!" Rizwan memaklumkan berita itu kepada kesemua rakan-rakan sepertandingannya.

*****

"Everyone, retreat! This is an order." Arah seorang lelaki kepada kesemua konco-konconya, lantas, kesemua konco-konconya mengangguk kecil kemudian melompat keluar daripada tingkap yang berdekatan.

"Woi! Nak pergi mana, tu?!" Marah Rudy apabila melihat kesemua musuh yang ingin menyerang mereka sebentar tadi tiba-tiba berundur untuk melarikan diri. "Urgh..! Datang sini balik!"

"Rudy, tunggu..!"

Swush!

Namun, Rudy tidak mendengar kata-kata daripada Djin dan terus berlari mengejar mereka, "Beritahu aku dulu apa yang kau orang tahu!"

"Eh?"

Dush!

"Aaaaaa..."

"Hah?!"

Debush!!!

Salah seorang daripada musuh itu menolak tubuh Ali sekuatnya apabila Ali sedang leka dengan penglihatannya, Ali terjatuh terus di atas tubuh badan Rudy dan menyebabkan kedua-dua mereka jatuh tersembam di atas lantai.

"Rudy!" Djin terus berlari ke arah Rudy dan Ali manakala Bobby cuba mengejar penjahat-penjahat itu dengan skateboard nya.

Swush...

Tap!

Skreeettttt...

"Huh?" Apabila Bobby melompat keluar daripada tingkat itu, dia memandang ke arah sekeliling, para penjahat itu telah hilang tanpa dikesan. Dia cuba mencari kesan atau apa-apa bukti yang ditinggalkan oleh mereka namun, hampa... Mereka sungguh bijak dan langsing tidak meninggalkan sebarang bukti mahupun bau minyak wangi mereka.

Bobby menghela nafas frust seketika sebelum kembali ke dalam bangunan itu, Djin, Bobby dan Ali memandang ke wajah Bobby, menunggu laporan daripadanya.

Bobby menggaru sedikit belakang kepalanya yang tidak berasa gatal dan mula bersuara, "Mereka terlepas..." Ketiga-tiga mereka menghela nafas frust serentak, "Mereka langsung tak tinggalkan sebarang bukti yang boleh kita gunakan untuk cari di mana mereka tinggal dan apa identiti mereka yang sebernanya."

"Urgh..! Ini semua kau punya pasal, Ali!"

"Huh? Apasal aku pula?"

"Kalau kau tak halang jalan aku tadi, mesti aku dah dapat tangkap salah seorang daripada mereka."

"Apa kau ingat aku suka-suka ke nak jatuh atas kau? Heh! Tolonglah..."

"Kau ni..!"

Sebelum sempat Rudy menumbuk Ali, terus Djin memegang kedua belah tangan Rudy kebelakangan untuk menghentikan perbuatannya dari menyerang Ali. "Bertenang, Rudy. Kamu mesti berfikiran rasional, tak ada gunanya kamu berbalah dengan dia, lebih baik kamu simpan tenaga kamu untuk perkara lain."

"Huh!" Rudy melepaskan dirinya daripada Djin dan memandang Ali dengan penuh kebencian. Ali memandang ke wajah Rudy dengan sedikit perasaan marah, namun, jauh di dalam hatinya, dia tidak mahu bergaduh dengan Rudy, mereka baru sahaja menjadi rapat setelah beberapa tahun dahulu, dia tidak mahu persahabatannya dengan Rudy terputus.

"Djin!" Satu suara yang memanggil nama Djin mula menarik perhatian mereka semua, semua orang memandang ke arah si penyuara tersebut.

Kelihatan Karya yang tidak berdaya untuk berdiri sendiri dipapah oleh Rizwan, kedua-dua mereka mengalami sedikit pendarahan namun, pendarahan luka pada Karya lebih serius berbanding pendarahan luka pada Rizwan. Rizwan berjalan bersama-sama Karya di sebelahnya ke arah mereka, kelima-lima Ejen INVISO telah berkumpul di dalam bilik itu.

"Apa jadi dengan kau, Rizwan? Karya?" Tanya Bobby sambil memandang ke wajah kedua-dua rakannya itu.

"Kami diserang oleh pengawal peribadi kami, kau mesti tak akan percaya apa yang jadi tadi." Balas Rizwan dengan nada lemah.

"Kenapa? Apa yang terjadi?" Tanya Djin dengan penuh rasa tanda tanya. Rizwan menarik nafas panjang kemudian menyambung kata-katanya.

"Rupa pengawal peribadi kita seakan-akan rupa kita semua, dan..." Rizwan memandang ke wajah Rudy. Rudy menunggu Rizwan menyambung kata-katanya semula. "Ejen Iman... Dia adalah pengkhianat M.A.T.A."

Semua orang terkejut, terutamanya Rudy, dia sudah cukup mendengar berita terkejut daripada Encron, tambah pula dengan berita mengejut tentang Ejen Iman.

"Mengarut! Dia tak akan buat macam, tu! Apa bukti yang Ejen Rizwan ada untuk tuduh dia macam, tu?!"

"Saya ada rakaman video dan gambar wajahnya semasa dia menyerang saya, saya akan hantarkannya kepada awak semua apabila kita dah sampai ke akademi nanti." Kata Karya dengan nada sedikit lemah.

Wajah Rudy menjadi pucat, dia tidak percaya Iman akan sanggup mengkhianati M.A.T.A, Iman merupakan seorang yang setia kepada sesebuah organisasi, dia tidak mungkin akan melakukan sesuatu perkara di luar pengetahuan M.A.T.A.

Suasana menjadi senyap buat seketika, bunyi angin dapat didengari sehingga ke seluruh kawasan, Ali memerhatikan kawasan di luar bangunan, kelihatan ramai wartawan sedang membuat liputan mengenai kejadian pada malam itu.

"Ada ramai wartawan dekat bawah, kita tak boleh keluar melalui pintu utama. Kalau tidak, pihak media akan menjadi sangsi dan membuat liputan membuta tuli mengikut kefahaman mereka." Kata Ali kepada kelima-lima Ejen INVISO itu.

"Betul cakap Ali, aku setuju." Kata-kata Rizwan mulai membuatkan wajah Ali ceria,l bersinar-sinar, jarang Rizwan bersetuju dengan pendapat Ali. "Tetapi, tiga daripada kita mesti keluar daripada pintu utama."

"Eh? Kenapa pula? Nanti pihak media akan sangsi pada kita, kita dah lah lambat keluar daripada bangunan, lepastu dengan keadaan berdarah macam ni lagi."

"Tiga daripada kita perlu back up cover kita semua, kita datang secara terang-terangan, kalau kita pulang secara senyap-senyap, nanti keadaan akan jadi lebih kecoh." Terang Rizwan kepada semua orang.

"Logik juga kata-kata kau, tu." Kata Bobby sambil membuat gaya berfikir, "Kalau macam tu... Aku, Djin dan Karya akan keluar dari pintu belakang. Kau, Ali dan Rudy akan keluar dari pintu depan. Lagipun... Kau dengan Ali kan orang penting pada malam, ni... Rudy pula orang kanan kau, kan?"

"Baik, kita ikut rancangan kau." Balas Rizwan, bersetuju dengan kata-kata Bobby, dia perlahan-lahan mengalihkan tangan Karya kepada Djin dan Bobby untuk dipimpin keluar.

"Rudy, Ali, jom."

"Baik."

"Jumpa di akademi lagi dua jam."

"Roger."

Mereka mengikut rancangan tadi dengan kemasnya, Djin, Bobby dan Karya berjaya keluar dari bangunan Mall itu tanpa dikesan oleh sesiapa, sekarang cuma tinggal Rizwan, Rudy dan Ali untuk memberikan alasan kepada pihak media. Mereka melalui pintu utama dengan pantas, apabila mereka bertiga tiba di hadapan pintu utama, Rudy membuka pintu itu dan memberikan laluan kepada Ali dan Rizwan untuk berjalan terlebih dahulu. Selepas sahaja mereka berdua berjalan melepasi pintu utama, mereka berdua digemuruni oleh sekumpulan besar pihak media dan pihak televisyen. Rudy segera menghalang pihak media dan pihak televisyen daripada mendekati Rizwan dan Ali dalam jarak dekat. Bertubi-tubi soalan diajukan kepada mereka tanpa henti dalam masa satu minit.

"Tengku Rizwan! Tengku Rizwan!"

"Encik Ali! Pandang sini!"

"Tengku Rizwan! Apa yang terjadi tadi?"

"Di mana Tengku Rizwan dan Encik Ali sebentar tadi semasa kekalutan tersebut berlaku?"

"Encik Rudy, bolehkah encik menceritakan kepada kami apa yang terjadi tadi?"

"Ada musuh menyerangkah sehingga Tengku dan Encik Ali tidak dapat keluar daripada bangunan ini dengan cepat?"

"Apakah persepsi Tengku Rizwan dan Encik Ali mengenai pembukaan bangunan ini?"

"Dimanakah pengawal peribadi Tengku dan Encik Ali?"

"Dimanakah rakan-rakan yang datang bersama dengan Tengku itu? Adakah mereka telah terkorban di dalam bangunan ini?"

"Adakah bangunan ini patut ditutup dan disita selama-lamanya atas kecuaian masalah teknikal seperti ini?"

"Bawa bertenang semua, kami akan beritahu apa yang terjadi tadi." Kata Ali dengan nada serius kepada pihak media. Mereka semua mulai mendiamkan diri dan menghalakan microphone dan telefon ke arah Ali dan Rizwan untuk merekod suara dan kata-kata mereka.

Ali memandang ke arah Rizwan, dia mengangguk tanda dia benarkan Ali untuk bercakap. Ali membalas anggukan kecil kepadanya dan mula bersuara.

"Kami tidak menyalahkan mana-mana pihak di dalam hal ini, masalah teknikal seperti ini memang biasa berlaku kepada semua orang, tidak perlu untuk memperbesarkan lagi perkara ini."

"Kami terdengar bunyi letupan kecil di dalam bangunan ini sebentar tadi sebanyak dua kali, letupan apakah itu?"

"Mesin Air Cowwamiow mengalami sedikit masalah litar pintas apabila Rudy, pembantu saya ingin mengambil air untuk saya dan Ali. Kedua-dua mesin air itu mengalami litar pintas lalu mengeluarkan letupan kecil. Nasib baik, Rudy mahir dalam bidang ini dan berjaya memperbaikinya." Kata Rizwan pula.

"Di manakah rakan-rakan Tengku lagi tiga orang yang datang bersama-sama dengan Tengku tadi? Adakah mereka tercedera? Dimanakah mereka sekarang?"

"Mereka mengalami kecederaan ringan semasa ingin keluar daripada bangunan ini, jadi, mereka terpaksa keluar melalui pintu kecemasan dan terus bergegas ke klinik yang berhampiran."

"Dimanakah pengawal peribadi yang sepatutnya menjaga Tengku, Encik Ali dan rakan-rakan Tengku Rizwan?"

"Setelah kami semua tiba di tingkat bawah dengan selamat, kami mengarahkan mereka supaya pulang ke rumah, perkhidmatan mereka sebagai Bodyguard kami sangat terbaik sangat effision! Kami sangat berterima kasih kepada syarikat Caulifousygron kerana telah memberikan kami antara pengawal-pengawal peribadi yang sangat profesional!" Balas Ali sambil memuji syarikat itu, dia tahu bahasa syarikat tersebut hanya menawarkan perkhidmatan yang terbaik buat pelanggannya. Mereka tidak akan memburukkan nama sesebuah syarikat hanya kerana konco-konco Encron.

Rizwan dan Ali memandang ke arah Rudy, Rudy mengangguk kecil tanda dia faham apa yang perlu dia lakukan sekarang, "Itu sahaja untuk malam ini, sila berikan laluan." Kata Rudy sambil memberikan laluan kepada Ali dan Rizwan untuk berjalan keluar pulang ke akademi. Walaupun mereka masih lagi dikemuruni oleh para wartawan dan pemberita, namun, mereka berjaya pergi dari tempat itu dengan selamat.

Continue Reading

You'll Also Like

398K 6.4K 79
A text story set place in the golden trio era! You are the it girl of Slytherin, the glue holding your deranged friend group together, the girl no...
368K 22.1K 79
Y/N L/N is an enigma. Winner of the Ascension Project, a secret project designed by the JFU to forge the best forwards in the world. Someone who is...
414K 12.5K 94
Theresa Murphy, singer-songwriter and rising film star, best friends with Conan Gray and Olivia Rodrigo. Charles Leclerc, Formula 1 driver for Ferrar...
187K 9.9K 44
╰┈➤ *⋆❝ 𝐲𝐨𝐮 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐤 𝐢'𝐝 𝐩𝐚𝐬𝐬 𝐮𝐩 𝐚 𝐟𝐫𝐞𝐞 𝐭𝐫𝐢𝐩 𝐭𝐨 𝐢𝐭𝐚𝐥𝐲? 𝐢 𝐥𝐢𝐭𝐞𝐫𝐚𝐥𝐥𝐲 𝐤𝐞𝐞𝐩 𝐦𝐲 𝐩𝐚𝐬𝐬𝐩𝐨𝐫𝐭 𝐢𝐧 𝐦𝐲 �...