Alexander Elite School: Girl...

Від chaoticsera-

1.1K 193 82

Alexander Elite School.Sekolah elite yang terbuka kepada mereka yang bercita-cita tinggi untuk menjadi lebih... Більше

C A S T
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 13

Bab 12

47 6 1
Від chaoticsera-


S E C O N D E N C O U N T E R
HAYDEN LEE X PUTRI RANIA

BUAT kesekian kalinya Putri melepaskan keluhan berat.

Adakah tindakan mereka untuk berpecah itu adalah tindakan yang bijak? Bukankah sepatutnya mereka bersama walau kemana jua?

Ah,salahnya juga kerana mengikut kata hati sangat. Sudahnya dia membawa diri melangkah memasuki Kedai Buku Popular dengan hati yang gundah-gulana. Begini agaknya perasaan mak-mak bila tengok anak dia tiada depan mata.

Tiba-tiba ekor mata milik Putri menangkap sesuatu yang menarik perhatiannya. Oh!

Kakinga laju mendekati rak buku yang dilimpahi cahaya terang benerang yang menempatkan buku-buku ditulis oleh Collen Hoover, penulis kegemarannya.

Matanya bersinar terang.Buku itu! Buku yang dia cari sejak berminggu-minggu lamanya kini berada dihadapan mata. Tinggal senaskah sahaja.

Oh,katakanlah... adakah ini mimpi?

Di saat tangannya mahu menyentuh buku tersebut,jari-jemarinya terlebih dahulu tersentuh belakang telapak tangan seseorang. Kedua-dua mereka tersentak tatkala tangan bertautan ketika target masing-masing adalah buku yang sama.

"Eh?"

"Ah"

Terlepas ketawa kecil dari atas.

Atas?

Kepala Putri mendongak memandang si pemilik telapak tangan yang dia tanpa sengaja tersentuh. Membulat terus matanya saat dia bertembung dengan sepasang mata indah milik seorang jejaka yang dia kenali.

"Awak buat apa dekat sini?"

Terus tawa meletus keluar dari seulas bibir merah merekah itu diapit dengan sepasang lesung pipit di kedua belah pipinya.

Wajah Putri segera bertukar warna. Adakah pertanyaannya serupa melontarkan lawak jenaka?

"Seperti awak, saya juga mahu mencari buku. Alih-alih terjumpa awak pula. Is it what people called as fate?" seloroh Hayden.

Matanya melirik tajam penuh bahagia saat memandang telapak tangan mereka berdua yang masih tidak berganjak walau seinci dari tempat asalnya.

Sengaja Hayden pura-pura tidak perasan akan kedudukan mereka yang berdiri amat dekat dengan sedikit jarak di antara mereka. Diam-diam dia berharap bahawa masa dapat dihentikan buat seketika.

Ia dia akui,memang dia seorang yang tamak. Dia tamakkan perhatian dari si gadis pujaan hati.

"Oh, umm t-tak sangka awak pun minat karya Collen Hoover jugak...saya ingat taste awak more kepada Historical or non-fiction " demi mengelakkan dari sebarang kejanggalan di antara mereka berdua, Putri membuka topik.

"Pardon me?" Hayden sedikit tersentak.Asyik sekali dia meneliti sepuasnya wajah yang sentiasa menjadi igauan siang dan malam .Dia kurang memberikan tumpuan kepada bicara gadis manis yang berdiri disebelahnya kerana seluruh fokusnya tertumpu pada wajah gadis itu.

Putri mengetap bibirnya untuk menghilangkan rasa gemuruh. Mana tak gemuruhnya bila ditenung sebegitu rupa oleh sang jejaka.

"Nothing...urm,so can you let me have the book please?"

"Sure. Tapi dengan satu syarat"

"Ah?" Terkebil-kebil mata hazel bundar itu memandang wajah Hayden.

Lah,kenapa pulak ada syarat bagai ni?

"Saya boleh mengalah,tapi biar saya yang bayarkan" laju sekali dia mengambil buku tersebut lalu dibawa pergi menujun ke kaunter bayaran.

Semuanya berlaku dengan pantas. Paper bag berisi buku direbut sebentar tadi kini dihulurkan ke arah Putri yang masih lagi tercengang-cengang.

"Nah, amiklah"

"T-thanks,I guess?"

"Baiklah sekarang ni saya akan bagitau syaratnya. Disebabkan saya mengalah, saya nak awak belanja saya makan"

"Huh? Belanja awak?" Sungguh Putri rasa harini otaknya gagal berfungsi sama sekali. Tidak mampu dia memproses maklumat tentang apa yang terjadi.

Hayden mengukir senyuman manis. Namun entah mengapa Putri seakan-akan nampak telinga dan ekor rubah bergerak-gerak teruja di atas kepala Hayden. Nick Wilde Zootopia versi manusia?

Ah,mungkin tahap rabunnya makin tinggi sebab itu dia membayangkan benda yang bukan-bukan.kedua-dua belah matanya digosok perlahan.

"Awak okey tak?"dengan cemas Hayden mendekati tubuh gadis itu.

"Saya okey. Cuma mata saya masuk habuk kot"

"Meh sini saya tengokkan" bahu Putri dipegang kejap. Jarinya menolak dagu gadis itu ke atas supaya didongakkan sedikit memandang ke arahnya. Dengan berhati-hati Hayden meniup lembut ke arah mata Putri.

"Mak,tengok abang tu dia nak cium kakak cantik"  

Seorang budak lelaki bersama lolipop ditangan menujukkan jarinya ke arah Putri dengan Hayden.

"Ish,Boboy! Jangan kacau diaorang meh sini. Ini bukan tontonan budak bawah 18 tahun Boboy!"  Wanita pertengahan umur itu menegur anaknya sambil menarik lengan budak lelaki tersebut.

Dari berwarna tomato terus bertukar warna menjadi merah menyala kalah lampu traffic lights wajah Putri dibuatnya. Dia menolak tubuh jejaka itu dengan perlahan.

"Err, terima kasih. Dah okey dah mata saya ni. Awak dah tak perlu tiup lagi"

Hayden terdiam sebentar. Hatinya sedikit pilu bila dia ditolak oleh gadis idamannya. Dalam hati sudah menyumpah seranah budak lelaki yang mengacau momen-momen indah miliknya.

Dia mengalihkan pandanganya ke arah budak lelaki yang tetap berdegil untuk tidak berganjak dari tempat dia berdiri menonton mereka berdua.

Hayden berjalan mendekati budak lelaki itu dan mencangkung sehingga menyamai paras ketinggian budak lelaki tersebut. Lalu dia berbisik perlahan,

"Adik, abang nak pesan lain kali jangan sibuk hal orang. Kalau bukan sebab kau tegur kitoarang,aku rasa Putri pun takkan tolak aku macam tadi. Kau baik ikut cakap mak kau.Berambus.Sebelum benda buruk terjadi dekat kau nanti"

Seusai mengakhiri ugutannya, budak lelaki bernama Boboy itu terus melalak berlari mendapatkan ibunya."Mak Boboy janji Boboy dengar cakap mak" terhinggut-hinggut bahunya saat dia menangis.

"Awak cakap apa dekat dia?" Tegur Putri.

Wajah suram lagi beku mengalahkan iceberg milik Hayden segera bertukar ceria seindah mentari bila dia berpaling ke belakang.

"Nothing much. Saya cuma berikan khidmat nasihat sebagai seorang yang lagi berumur. Biasalah budak-budak"

"Dahlah jom gerak? Awak nak beli apa-apa lagi ke?" Sambung Hayden.

Putri menggelengkan kepalanya." Saya ada temu janji lepasni so I can't accompany you. Maybe next time"

"Temu janji?" Suara Hayden berkata perlahan. Seakan-akan berbisik. Hampir-hampir sahaja dia tidak mampu mengawal beast yang mulai terjaga dari lena yang mendiami  dalam dasar hatinya saat dia mendengar sepatah perkataan itu.

"Haah, saya harini keluar dengan girls saya. They're probably on the way " jawab Putri bersahaja.

"Girls?" Automatik ribut taufan yang melandai hati lesap sepenuhnya.

"Yup.Ah my besties. Ellia Natasha and Amanda Batrisya"

"Oh them..." sebuah senyuman tersungging dibibir Hayden. Hatinya terasa amat lega.Syukurlah hanya bestfriends Putri sahaja.

'Kalau dia bebetul ada temu janji pun apa hak kau nak halang dia?' soal suatu suara dari dalam kepalanya.

Iya, apa haknya...

" Hayden!"

"Hmm?"

"Sorry. Saya tak berniat nak jerit nama awak tapi dari tadi saya panggil awak tak dengar"

"Tak saya yang sepatutnya minta maaf. Can you repeat again?"

"Awak nak ikut saya jumpa diaorang tak dekat Secret Recipes? It's my treat"

Mata indah milik Hayden terus bersinar." Can I really joined you girls? Tak kacau ke?"

"Ah, tu saya dah Whatsapp kat group kitorang notified pasal awak. They say they won't mind"

"Sure why not?" Dengan senang hatinya Hayden menerima ajakkan berupa peluang keemasan yang dihulurkan oleh si gadis pujaan hati.

Forget about those shit, sooner or later I'll make her mine.

Продовжити читання

Вам також сподобається

MY DARLING DARLINA (OG) Від shae

Підліткова література

116K 2.7K 11
NEW VERSION OF HENDRIYAN "Aku ni tak nampak apa-apa. Yang aku nampak cuma kegelapan..." - HENDRIYAN "Sebab tulah saya ada dekat sini. Saya ni lah ma...
HIS MAFIA WIFE. (OG) Від DevilNADeath

Підліткова література

40.2K 2.7K 40
Efrina Adleya. Gadis yang berambut perang dan memiliki mata yang unik seperti ibunya. Hazel. Gadis ini merupakan seorang ketua mafia. Dia juga amat d...
Lanets Від /zu:/

Підліткова література

2.9M 304K 86
「 completed 」 「 inspired by Ouran Highschool Host Club 」 [AMARAN: bab awal awal sedikit cringe dan karakteristik kurang konsisten. kalau nak versi y...
C | ELVIEN ANGELO R'ZEN √ Від OptimusPrime

Підліткова література

1M 115K 93
Pernah dengar nama Angelo ? Siapa dia ? Sisi jahat Tengku Azhar Azeem ? Bukan, itu lain lagi. ELVIEN ANGELO adalah jejaka yang tak kena dengan umur...