Aisera Arsalan: Bermulanya Ke...

By KudinaKufazly

37.1K 5.8K 205

Credit cover from: @MochaaQilaa_ (History only, romance around 0.00001% only) "Pemimpin yang bagus ialah pemi... More

Blurb
Bab 1
bab 2
bab 3
bab 4
bab 5
bab 6
bab 7
bab 8
bab 9: Permulaan Segala-galanya
Bab 10
bab 11
bab 12
bab 13
bab 14
bab 15.
bab 16: Royal Simple Wedding.
bab 17
bab 18
bab 19
bab 20: Palestine Talk.
bab 21: Mariam pain
bab 22
bab 23
bab 24
bab 25
bab 26
bab 27
bab 28
bab 29
bab 30
bab 31: Realiti Akhir Zaman.
bab 32
bab 33: Perang Badar
bab 34
bab 35: Matinya seorang pemimpin yang berpengaruh.
bab 36
bab 37
bab 38: Era Pemerintahan Generasi Baharu
bab 39: Razia Sultan
bab 40
bab 41
bab 42
bab 44
bab 45
bab 46
bab 47
bab 48
bab 49
bab 50
bab 51
bab 52
bab 53
bab 54
bab 55
bab 56
bab 57
Buy British Last: Boikot Terbesar Malaysia.
Bab 58
bab 59: Dawn Raid
Bab 60
Epilog: Buy British Last, Dawn Raid, Palestine Topics in PBB.

bab 43

300 60 1
By KudinaKufazly

Happy 5K!

Enjoy reading!


.

MATA Amsyar naik memandang Aisha yang daripada tadi sedang termenung. Keluar sahaja dia daripada bilik Doktor, kaki Amsyar seolah-olah rasa ingin rebah. Aisha pula, trauma. Terlalu trauma bahkan untuk melihat wajah seorang lelaki walaupun dia tidak kenal pun dia tak sanggup.

Pintu wad dibuka, Amsyar melangkah masuk ke dalam wad. Dalam hati, sudah bersedia untuk mengambil 1001 risiko jika Aisha mengamuk, membaling bantal ataupun menyalahkan dirinya sendiri. Tapi sebaliknya, Aisha cuma diam tidak berkutik.

"Dah berapa lama Aisha koma?" soal Aisha. Perlahan sahaja suaranya.

"Seminggu." balas Amsyar lalu duduk di atas kerusi yang disediakan.

"Kenapa Aisha tak mati je? Hidup pun buat apa? Aisha dah tak suci, dara pun dah tak ada. Aisha dah hilang dah mahkota yang selama ni Aisha jaga." tutur Aisha mendatar.

Amsyar cuma diam.

"Jangan cakap macam tu Sha, Allah takkan uji hamba dia tan-"

"Tanpa melebihi kekuatan hambanya sendiri? Abang merepek apa ni? Yang dirogol, Aisha. Yang dipukul, Aisha. You should be proud that I still choose to life, kalau tidak memang Aisha dah terjun bangunan. Jangan pandai bercakap abang, bukan abang yang kena..." Aisha berjeda seketika. Dia beralih memandang wajah abangnya.

"Lagi satu, abang tu lelaki. Abang mana faham apa yang perempuan rasa. Abang pernah fikir tak apa yang Aisha akan rasa nanti? Kalau Aisha kena rogol, masyarakat akan salahkan Aisha! Orang akan cakap Aisha ni pakai seksi sebab tu orang lelaki bernafsu dan rogol Aisha! Padahal, jantan binatang yang tak boleh nak tahan nafsu dia! Aisha pakai tudung! Pakai baju kain semua cukup!"

"Aisha..." Amsyar hilang kata-kata apabila mendengar setiap butir bicara yang keluar daripada mulut Aisha.

"Kenapa? Abang terkejut ataupun abang nak membantah? Aisha tak pakai seksi. Aisha bertudung, tapi kenapa kena rogol?" soal Aisha lagi seolah-olah tidak berpuas hati dengan apa yang terjadi.

Amsyar bangun dari duduknya dan duduk di atas katil. Wajah Aisha diusap perlahan.

"Abang..."

"Aisha tutup aurat... Aisha tak pakai seksi-seksi pun tapi kenapa Aisha masih lagi kena rogol? Aisha pakai tudung abang, tudung Aisha labuh, tutup dada."

Amsyar cuma diam. Dia hilang kata-katanya.

"Aisha kena rogol, salah Aisha ke?"

.

.

DARIPADA tadi, mata Aisha tidak lepas daripada memandang dua orang Inspektor yang bertugas untuk mengambil keterangan daripada dia. Masing-masing mula mengeluarkan buku nota untuk mencatat.

"Cik Aisha, rasanya kita dah boleh mula untuk ambil keterangan." tutur Inspektor yang bertugas. Aisha cuma  mengangguk tanda setuju. Sebuah kamera berada betul-betul dihadapannya untuk merakam detik-detik dia memberi keterangan.

"Cik Aisha, boleh Cik Aisha cerita dari A sampai Z kejadian pada malam tu?"

Aisha mengangguk perlahan.

"Boleh..."

"Kejadian itu terjadi dalam pukul berapa kalau tak silap Cik Aisha?" soal Inspektor tersebut.

"Dalam pukul 11 malam hingga ke 12 tengah malam."

Kedua-dua Inspektor tersebut mengangguk.

"Selalunya kedai makan tutup awal, tapi haritu saya tutup kedai lebih lambat daripada biasa sebabnya kedai ramai orang. Kira-kira dalam pukul 12, baru saya selesai closing kedai. Waktu tu, saya nak hidupkan enjin motor saya. Lepas tu tiba-tiba ada seorang lelaki yang juga merupakan kawan satu sekolah datang dan tegur sa-saya..." Aisha berjeda seketika. Air mata mula mengalir. Inspektor yang bertugas cuma diam sahaja, lagipun dia sendiri tahu yang Aisha akan trauma.

"... Mula tu dia tegur saya, tapi saya buat endah tak endah sebabnya saya rasa tak selamat dah waktu tu. Tambahan pula, waktu tu dah pukul 12 tengah malam. Bila saya mengelak, le-lelaki tu terus pukul saya s-sampai saya tak berdaya n-nak melawan dia."

Kedua-dua tangan Aisha mula berketar, nafas ditarik dan dihembus berkali-kali.

"Sebelum itu boleh saya tanya Cik Aisha satu soalan?" soal Inspektor tersebut. Aisha cuma mengangguk perlahan.

"Cik Aisha kenal ke dengan lelaki tersebut?"

Aisha mengangguk.

"Kenal. Kenal s-sangat."

"Cik Aisha rasa, ada ke apa-apa motif yang membuatkan dia sanggup buat perkara terkutuk dekat Cik Aisha?" soal Inspektor itu lagi. Aisha mengangguk laju kali ini.

"Na-nama lelaki tu Mamat. Dia sukakan saya, tapi saya dah banyak kali tolak dia sebabnya saya nak fokus SPM dan saya ta-tahu perangai dia macam mana. Ka-kalau dia sukakan saya sekalipun, dan dia nak bercinta dengan sa-saya, saya sekadar pemuas nafsu dia saja..."

  Aisha berjeda seketika. Kepalanya ditunduk, sementara kedua-dua tangannya naik mengenggam satu sama lain. Melihat keadaan Aisha yang seakan-akan menghadapi anxiety attack, Inspektor yang menyoal Aisha sebentar tadi berdiam seketika.

"Cik Aisha okay? Kalau Cik Aisha rasa macam tak boleh nak teruskan sesi mengambil keterangan ini, jangan risau kita boleh sambung balik esok." tambah Inspektor itu lagi. Aisha menggeleng.

"Tak-tak apa. Saya okay."

"Selepas suspek tersebut memukul Cik Aisha, apa yang dia buat dekat Cik Aisha kalau Cik Aisha masih lagi ingat?"

Aisha mengangguk. Dia ingat, dia ingat sangat-sangat apa yang terjadi sebaik sahaja Mamat memukul dia sehingga hampir separuh mati.

"Boleh Cik Aisha cerita?" soal Inspektor itu lagi.

"Suspek tarik saya masuk ke dalam samak. Dia pukul dan tampar saya, ke-kemudian..."

"... Dia rogol saya."

  Inspektor tersebut mengangguk tanda faham. Selesai sahaja menceritakan kejadian pada malam itu, Aisha terus menggapai segelas cawan yang berisikan air kosong. Air kosong diteguk tanpa henti. Kepalanya cuma memandang ke bawah, perasaan takut, trauma dengan lelaki semakin lama semakin membuak-buak. Ada kalanya juga, Aisha rasa sangat benci dengan semua lelaki walaupun orang luar.

Kerana semua lelaki cuma memandang perempuan sebagai pemuas nafsu. Bukannya seseorang yang perlu dilindungi dan dikasihi.

  Kadang kala, Aisha sendiri tertanya-tanya sebaik sahaja dia sedar. Macam mana penerimaan masyaramat terhadap dia? Masyarakat akan salahkan siapa, dia atau Mamat? Dan Aisha sendiri yakin yang 70% masyarakat akan menyalahkan dirinya sendiri. Ataupun lebih tepat, menyalahkan pemakaiaannya pada malam itu.

Dia bertudung labuh dan menutup airat dengan sempurna. Tapi masih lagi dirogol.

Salah Aisha ke? Ataupun salah Mamat sebab tidak pandai menjaga nafsu?

Bagi masyarakat, dalam kes rogol. Tidak kira bangsa dan agama, wanita yang salah walaupun mereka yang menjadi mangsa. Beralasankan, memakai pakaian yang menjolok mata, jadinya orang lelaki tidak dapat menahan nafsu.

Alasan jenis apa itu?

Orang perempuan yang me jsdi mangsa kerakusan nafsu lelaki, malah mereka juga dituduh tidak pandai menjaga diri? Memakai pakaian yang menjolok mata?

Habis itu, macam mana pula dengan nasib mereka yang bertutup litup bahkan ada juga mereka yang berniqab tetapi masih lagi menjadi mangsa gangguan seksual?

"Cik Aisha, terima kasih ya atas kerjasama Cik Aisha pada hari ini. Dalam beberapa hari lagi kami akan memulakan siasatan." tutur Inspektor yang bertugas menyoal Aisha. Aisha cuma mengangguk dan tersenyum tipis.

"Sebelum itu Cik Aisha, boleh saya tanya Cik Aisha satu soalan?" soal Inspektor seorang lagi. Aisha mengangguk.

"Pada malam kejadian itu, Cik Aisha mengenakan pakaian yang macam mana? Adakah pakaian yang menjolok mata dan terdedah?" soal Inspektor yang bertugas menulis keterangan Aisha sebentat tadi. Aisha tersentak.

"Saya memakai tudung labuh dan baju yang menutup aurat. Kenapa?" soal Aisha pula.

"Bukan apa Cik Aisha, kebanyakkannya kes rogol ni sebabnya salah mangsa juga. Yelah pakai baju menjolok mata, seksi pula tu. Memanglah orang lelaki tak boleh nak tahan nafsu..." Inspektor tersebut berjeda seketika.

"... Apa yang saya boleh cakap, orang perempuan kalau diberi peluang untuk tengok macam mana mata lelaki berfungsi, mesti pakai baju yang menutup aurat." tambah Inspektor itu pula. Aisha tersenyum sinis.

"Dan saya juga yakin Inspektor, kalau orang lelaki diberi peluang untuk rasa betapa takutnya orang perempuan untuk menghadapi lelaki, saya yakin yang lelaki pasti tak akan menjadikan wanita sebagai bahan pemuas nafsu mereka lagi."








Continue Reading

You'll Also Like

89.9K 3.6K 40
Mereka menyerahkan kuasa kerana ingin melindungi yang tersayang. Mereka membawa diri ke Light Kingdom. Setelah 4 tahun peristiwa tersebut berlalu, me...
2.7K 604 60
﷽ Cover by: @PutraRize_ - SYUHADAH 5th BOOK Tema: Gabungan tema moden dan klasik. Mencari kebebasan yang menghilang asbab perang yang menawan bumi Ku...
361K 21.9K 53
-Wattys2017- -Senarai Cerita Istimewa- Kayna Silveria ialah gadis yang ingin memasuki umurnya yang ke-16 tahun. Pada hari kelahirannya, dia menyang...
41.4K 1.6K 22
Dear Mr. Pringles, namaku Yana. Aku lebih tua darimu 5 tahun. Tetapi yakinlah, aku mampu menjagamu! 👑 1 #zine kategori 23.2.2019