bab 55

304 49 2
                                    

AISERA duduk di atas kerusi kerjanya. Tab diambil dan dibuka, tiada apa-apa perkara penting. Baru sahaja mahu menyandarkan badan di kerusi, tingkah laku Aisera terhenti apabila Marina yakni pembantu peribadinya mengetuk pintu pejabat. Masuk sahaja Marina, Aisera terus mengambil kaca mata dan disarung.

"Ya ada apa Marina?" soal Aisera. Marina membongkokkan sedikit tubuhnya sebagai tanda hormat terhadap Aisera.

"Maaf menganggu Tuanku, tapi Menteri Pendidikan dan Menteri Luar dan Dalam Negeri nak berjumpa dengan Tuanku segera." Marina membongkokkan sedikit tubuhnya. Aisera mengangguk.

"Come. Panggik diorang masuk." arah Aisera. Marina keluar dari pejabat Aisera, sementara itu Aisera pula bangun dari duduknya dan duduk di atas set sofa. Masuk sahaja Menteri Pendidikan dan Menteri Luar dan Dalam Negeri, Aisera bangun.

"Maaf Tuanku..." Menteri Pendidikan dan Menteri Luar dan Dalam Negeri menundukkan sedikit tubuh mereka.

"... Tetapi sekarang ni ada hal penting yang perlu kami bincangkan dengan Tuanku."

"Duduk." arah Aisera.

"Ada apa kamu berdua nak berbincang dengan saya?" soal Aisera. Menteri Pendidikan berdehem seketika, tablet yang menunjukkan senarai nama pelajar Malaysia di United Kingdom dan juga senarai bayaran yuran. Tablet tersebut bertukar tangan.

"Setakat ini, seramai 17000 pelajar Emerald yang mempunyai masalah dengan pihak pendidikan United Kingdom. Senarai nama yang Tuanku sedang baca itu adalah senarai nama pelajar-pelajar Emerald yang menghantar surat untuk pulang dan sambung belajar dan ada juga daripada mereka yang buat permohonan terhadap kedutaan Emerald untuk berhenti belajar. Antara faktor utamanya adalah pihak United Kingdom menaikkan yuran bagi pelajar Emerald sebanyak 3 kali ganda dan itu sangat memberi kesan kepada mereka."

Aisera menyerahkan semula tablet tersebut kepada Menteri Pendidikan.

"This is so wrong, dalam agreement between Kerajaan Emerald and Kerajaan United Kingdom. Dalam agreement, sudah terang lagikan bersuluh yang kalau ada apa-apa perubahan tidak kira dari segi yuran, pelajar yang mempunyai masalah mesti kena refer dekat Kedutaan Emerald. Bukannya buat keputusan macam ni, kalau pihak United Kingdom masih lagi berkeras tidak mahu menurunkan harga yuran, ini bermakna kita ada peluang untuk bawa kes in ke PBB." tambah Menteri Pendidikan itu lagi.

"Jumlah yuran meningkat untuk semua pelajar ataupun pelajar Malaysia sahaja?" soal Aisera pula.

"Hanya kepada pelajar Malaysia. Apa yang saya boleh katakan sekarang ini adalah, Tuanku juga perlu lakukan sesuatu secepat yang mungkin kerana kalau kita memilih untuk terus berdiam diri saya boleh jamin Tuanku yang Emerald International Airport akan dipenuhi dengan pelajar Malaysia yang balik daripada United Kingdom beralasankan tidak mampu bayar yuran..."

"... Kerana boleh dikatakan majourity pelajar Malaysia yang sambung belajar di United Kingdom adalah mereka yabg kurang berkemampuan dan ditaja oleh Kementerian Pendidikan. Lagi-lagi mereka yang hantar nama untuk berhenti belajar adalah pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang. Jadi saya harap Tuanku dapat pertimbangkan."

Aisera mengangguk.

"Boleh, tapi untuk bawa kes ini ke PBB bukanlah satu perkara yang mudah. Tambahan pula, apabila melibatkan United Kingdom saya berani jamin yang PBB akan berpihak kepada United Kingdom. Saya boleh buat sesuatu, tapi akan makan masa sedikit. " tutur Aisera. Sementara itu Menteri Pendidikan pula mengangguk tanda setuju dengan kata-kata Y.M Tengku Aisera Qafiyya.

Aisera beralih memandang Menteri Luar dan Dalam Negeri.

"Kamu pula?" soal Aisera.

"Berkenaan dengan United Kingdom juga. Sewaktu Tuanku hantar saya untuk pergi ke United Kingdom a few weeks a go, saya ada juga kemukakan beberapa cadangan dan idea which is untuk kebaikkan pihak United Kingdom juga. Antara contoh idea yang saya maklumkan ialah idea pembangunan negara yang berkait dengan aset British di Emerald. Bahkan semua idea ditolak, malah pihak British juga boleh dikatakan tidak serius, dari tingkah laku sahaja cukup. Jujur daripada pandangan saya Tuanku, pihak British cuma nak hasilkan untung semaksimum mungkin dan tak berniat langsung pun untuk tolong Emerald dari segi ekonomi dan juga hubungan diplomatik..."

"... Dan baru-baru ini juga pihak Emerald International Airport menghantar laporan dimana pesawat Emerald Airlines yang dijadualkan untuk mendarat di Heathrow International Airport, tidak dibenarkan untuk mendarat atas arahan kerajaan United Kingdom. I'm so sorry Tuanku but this is too much. We need to do  something, as soon as possible. " tambah Menteri Luar dan Dalam Negeri itu lagi. Tengku Aisera mengangguk sebaik sahaja mendengar laporan daripada kedua-dua menteri kabinetnya.

"Kalau kita tidak lakukan sesuatu walaupun sekadar memberi amaran terhadap British, saya berani jamin Tuanku yang British akan lakukan lebih lagi. Tidak mustahil kalau suatu hari nanti British akan memutuskan hubungan diplomatik di antara Emerald. Apa yang saya boleh katakan, British memandang terhadap kebolehan  Emerald. Bahkan tidak ada niat untuk membantu Emerald langsung. We need to do something Tuanku. This is so wrong, apabila pihak British menekan mahasiswa Emerald dengan menaikkan yuran ini sangat-sangat memberi kesan kepada Emerald. Dan ianya juga akan menyebabkan taraf pendidikan Emerald jatuh dengan menjunam."

  Sebuah fail yang berisikan nama-nama pelajar Malaysia yang terkesan akibat kenaikan yuran diberikan kepada Aisera. Fail tersebut bertukar tangan.

"Dengan tingkah laku British sekarang ini, saya sendiri dah perasan yang British cuma main-main saja dengan Emerald. Jelas, British memandang rendah terhadap Emerald." Aisera bangun dari duduknya, begitu juga dengan Menteri Pendidikan dan Menteri Luar dan Dalam Negeri.

"Its okay, benda ni ambil masa. Yang penting, nanti kalau ada apa-apa I'm gonna inform both of you..."

"... Jangan risau, British akan terima padahnya juga nanti."






.

.

JAM di dinding dipandang, tepat-tepat pukul 11 malam. Aisera bangun dari duduknya. Baju sut labuh berwarna hitam yang digantung diambil dan disarung ke tubuh. Aisera berjalan keluar daripada pejabatnya, semasa melepasi beberapa kawalan keselamatan sebelum masuk ke dalam pejabatnya, pegawai polis yang bertugas mengangkat tabik hormat kepada Aisera.

  Keluar sahaja daripada pejabat Perdana Menteri, kereta yang membawa Tengku Aisera mula berjalan menuju ke arah Istana. Sementara mahu sampai ke Istana, Aisera membawa keluar tabletnya terlebih dahulu. Beberapa laporan mengenai British dibuka. Malah terdapat juga laporan bertulis daripada pihak Emerald International Airport mengatakan British menyekat Emerald Airlines daripada mendarat di Heathrow International Airport.

  Kemudian, Aisera membuka pula laporan prestasi kewangan Emerald Airlines. Daripada graf sahaja, jualan tiket dan populariti Emerald Airlines jatuh menjunam dengan begitu teruk. Jari Aisera laju sahaja 'slide' ke page seterusnya. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan sales Emerald Airlines jatuh.

  Antara salah satu faktornya ialah rakyat atau penduduk di negara Barat mula memboikot Emerald Airlines secara 'halus' sejak kebelakangan ini memandangkan terdapat beberapa pesawa Emerald Airlines terpaksa 'delay' apabila tiba di Heathrow International Airport. Kemudian, beberapa syarikat penerbangan barat yang menurunkan harga tiket juga membuatkan Emerald tidak mendapat perhatian, tambahan pula Emerald adalah syarikat penerbangan daripada Asia.

  Satu lagi laporan daripada Menteri Kewangan dibuka, antaranya ialah berkaitan dengan Emerald Airlines juga.  Tetapi kali ini memberi kesan daripada ekonomi Emerald. Walaupun ekonomi Emerald tidak terlalu terjejas tapi sedikit sebanyak akan memberi akibat kalau tiada tindakan daripada kerajaan Emerald. Antaranya ialah mereka daripada negara lain terutama sekali negara barat tidak mahu bercuti ke Emerald atas faktor-faktor tertentu. Terutama sekali pesawat Emerald Airlines yang mempunyai masalah.

Tablet ditutup sebaik sahaja Aisera tiba di Istana. Pintu dibuka, Aisera keluar daripada kereta dan berjalan menuju ke arah biliknya. Jam menunjukkan 11.45 malam, bondanya dan uminya pun dah tidur. Eloklah dia sambung kerja yang tergendala tadi.

Aisera Arsalan: Bermulanya Kekuatan Empayar Islam ( COMPLETE)  Where stories live. Discover now