bab 20: Palestine Talk.

600 99 2
                                    

PESAWAT yang membawa Raja Muhammad Arsalan dan Permaisuri Arya Khadijah selamat mendarat di lapangan terbang heathrow. Raja Muhammad Arsalan dan Permaisuri Arya Khadijah keluar dari pesawat dan mula menuruni anak tangga secara satu persatu.

Cecah sahaja kaki ke lantai, Perdana Menteri United Kingdom berjalan mendapati kedua-dua pasangan yang disegani dunia. Dua jambakan bunga diberi, Raja Muhammad Arsalan dan Perdana Menteri United Kingdom berjabat tangan sebagai tanda salam perkenalan.

"Welcome to UK, sir."

"Thank you for welcoming both of us." balas Raja Muhammad Arsalan. Perdana Menteri United Kingdom tertawa kecil. Permaisuri Arya Khadijah yang berada di belakang cuma memandang dan tersenyum tipis. Tangan naik melambai kepada para wartawan yang sedang mengambil gambar dan membuat liputan.

"That's my job sir."

Raja Muhammad Arsalan dan Permaisuri Arya Khadijah berjalan dan masuk ke dalam kereta yang disediakan oleh kerajaan United Kingdom. Dua buah kereta yang membawa Perdana Menteri United Kingdom, Raja Muhammad Arsalan dan isteri dikawal dengan begitu ketat.

Sepanjang perjalanan, Permaisuri Arya Khadijah tidak lepas daripada memandang ke adah luar tingkap. Lagipun bukannya selalu dia ke luar negara bahkan setiap kali lawatan ke luar negara yang dilakukan oleh suaminya, tak semestinya dia ikut. Kerana baginya, cukuplah sekadar dia menamani suaminya. Itupun kalau Raja Muhammad Arsalan sendiri yang minta. Kalau tidak, memang dia akan duduk di istana sahaja.

Sementara itu Raja Muhammad Arsalan pula turut memandang ke arah luar tingkap. Mindanya daripada tadi tidak berhenti daripada teringat akan kata-kata yang keluar daripada mulut Mariam sewaktu bersarapan.

"Tak gunalah kalau ayah dapat jadi pemimpin yang bagus kalau hakikatnya keluarga ayah sendiri pun ayah tak kawal!"

Tangan Raja Muhammad Arsalan naik meraup wajahnya sendiri. Daripada mula perjalanan sampailah sekarang, otaknya tidak berhenti berfikir. Kejam sangatkah dia dengan Mariam selama ini? Ini bermakna selama ini, Mariam berada di luar negara adalah salah satu cara untuk dia menjauh daripadanya?

"Awak fikir fasal apa?" soal Permaisuri Arya Khadijah.

"Tak ada apa-apalah."

"Awak janganlah fikirkan sangat apa yang Mariam cakapkan tadi. Biasalah, dia masih muda lagi. Kadang-kadang apa yang keluar dari mulut dia tu dia tak maksudkan pun." pujuk Permaisuri Arya Khadijah. Raja Muhammad Arsalan cuma diam, daripada tadi isterinya itu tidak berhenti memujuknya supaya tak mengambil hati apa yang Mariam cakapkan.

"Saya bukan apa, saya takut sepanjang hidup Mariam dia banyak terluka daripada bahagia. Saya tak nak Mariam rasa macam itu. Kalau betullah apa yang Mariam cakap tu, ada benarnya. Berdosa saya, Arya. " balas Raja Muhammad Arsalan. Permaisuri Arya Khadijah cuma diam.

"Arya, boleh saya tanya awak satu soalan?"

"Awak nak tanya fasal apa?"

"Selama ni, saya terlalu kejam ke dengan Mariam? Tapi berlembut pula dengan Malik?"

Permaisuri Arya Khadijah menggeleng perlahan sambil memandang suaminya.

"Awak kena ingat, tujuan Mariam balik ke Alwaritzi sebabnya dia nak luangkan masa dengan Malik, saya dan awak. Lepas tu bila Malik kahwin dengan Aisera lagilah dia suka. Tapi, awak dengan Malik terlalu sibuk dengan kerja. Lagi-lagi awak, lepas subuh dah sarapan apa semua terus awak pergi kerja. Memang marahlah si Mariam itu. Dulu waktu dia kecil dia rapat dengan awak. Bila dia dah remaja, dia pergi je luar negara dah tak rapat sangat dah..." Permaisuri Arya Khadijah berjeda seketika.

"... Awak kena ingat, Mariam tu anak perempuan jadi dia lebih manja dengan awak. Lagi satu, kalau awak rasa tak mampu nak pergi bercuti dengan dia lepas balik daripda United Kingdom, jangan berjanji. Saya tak suka."

Aisera Arsalan: Bermulanya Kekuatan Empayar Islam ( COMPLETE)  Where stories live. Discover now