My AI BodyGuard Twin

By SitiNafisa

38K 5K 1.6K

My AI Bodyguard Twin Kembar BoBoiBoy,merupakan anak kepada jutawan teknologi yang berjaya,yang inginkan kebeb... More

∆Chapter 1∆
∆Chapter 2∆
∆Chapter 3∆
∆Chapter 4∆
∆Chapter 5∆
∆Chapter 6∆
∆Chapter 7∆
∆Chapter 8∆
∆Chapter 9∆
∆Chapter 10∆
∆Chapter 11∆
∆Chapter 12∆
∆Chapter 13∆
BBB_ICE:Log-01
Chapter 14
∆Chapter 15∆
∆Chapter 16∆
∆Chapter 17∆
∆Chapter 18∆
∆Chapter 19∆
∆Chapter 20∆
∆Chapter 21∆
∆Chapter 22∆
∆Chapter 23∆
∆Chapter 24∆
∆Chapter 25∆
∆Chapter 26∆
∆Chapter 27∆
∆Chapter 28∆
∆Chapter 29∆
∆Chapter 30∆
∆Chapter 31∆
∆Chapter 33∆
∆Chapter 34∆
∆Chapter 35∆
∆Chapter 36∆
∆Chapter 37∆
∆Chapter 38∆

∆Chapter 32∆

676 108 50
By SitiNafisa

∆**********∆

Bersama Halilintar,Blaze dan Thorn.

Dalam perjalanan ke rumah,mereka masih memerhatikan sekeliling supaya tak ada lagi pengikut Jason menghampiri mereka.

"Kalau diaorang berani tunjuk muka lagi aku akan smackdown diaorang elok² kali ni." bebel Blaze.

"Ya! Ya! Kita belasah diaorang!" sorak Thorn. Mereka sudah hampir sampai dirumah.

Halilintar yang berada dihadapan tersentak bila nampak pintu rumah mereka ada kesan peluru.

"Mereka cari kita dekat rumah ke...?"tanya Thorn.

"Macam mana dengan yang lain kalau macam tu?"tanya Blaze pula,bersedia dengan penumbuk.

"Hanya ada satu cara je nak tahu."

Sebaik sahaja Hallintar membuka pintu rumahnya,mereka dikejutkan dengan Tok Aba dan Ochobot yang terikat diatas kerusi.

"Tok Aba! Ochobot!"

Mereka bertiga terus masuk kedalam dan cuba nak buka ikatan pada Tok Aba tetapi bunyi click dibelakang mereka buat mereka terus kaku.

"Tangan ke atas dan pusing belakang. Kau pasti tak nak sesiapa tercedera,betul tak?"

Halilintar mengetap bibirnya kuat sebelum mengangkat tangannya dan memusing kebelakang diikuti oleh Thorn dan Blaze.

"Tch- Jason. Apa yang kau buat dekat sini?"tanya Halilintar,cuba mengalih perhatian.

Jason masih lagi menghalakan pistolnya kearah mereka bertiga. Tanpa amaran dia menembak kaki Blaze.

"ARGH!"

"Blaze!!"

Hampir sahaja Halilintar dan Thorn mengalihkan pandangan mereka dari Jason,bunyi klik dari pistol itu buat mereka berhenti

"Kau cuba tolong dia,aku lubangkan kepala atok kau pulak."kata Jason dingin. Halilintar dan Thorn terus kembali pada posisi asal.

Jason memberi isyarat pada orangnya untuk mengikat mereka bertiga. Halilintar memandang tajam kearah Jason yang tersenyum sinis apabila dia diikat.

"Apa yang kau nak buat dengan kitaorang sampai kau hantar orang² tu untuk kejar kitaorang?"

"Oh, Halilintar kan? Aku ada dua benda yang aku nak dari kau."kata Jason dengan selamba sebelum mencengkam rambut Halilintar,memaksanya mendongak.

"Aku nak Crystal. Dan aku nak tengok kejatuhan bapak kau dan aku nak Amato merana."bisiknya.

Jason melepaskan genggamannya apabila terdengar bunyi dari luar. Dari tingkap,dia boleh nampak kelibat Amato dan Crystal

"Dan aku akan dapatkannya hari ini juga."

∆**********∆

Suasana masih lagi tegang di rumah Tok Aba. Amato dah bersedia dengan MechaBlaster apabila mereka masuk dalam rumah. Halilintar,Thorn dan Blaze hanya mampu melihat,mereka tak boleh nak buat apa.

Kalau mereka ada buat satu silap,kemungkinan Tok Aba dan Ochobot yang tak terlibat pun boleh cedera.

Taufan,Ice dan Solar tidak kelihatan dimana-mana.

"Jason,hentikan semua ni. Ini antara aku dan kau saja. Jangan babitkan keluarga aku dalam hal ni!"bentak Amato. Jason hanya tergelak sinis dan meletakkan muncung pistolnya dibawah dagu Thorn.

"Oh tapi mereka dah terlibat lama Amato. Kalau kau ikut apa yang aku cakap,aku tak kan bertindak sampai macam ni sekali."kata Jason dengan sinis. Amato mengetap giginya kuat,cuba menahan amarah.

Dia buntu. Tok Aba dan Ochobot masih terikat dikerusi, Halilintar,Thorn dan Blaze yang masih cedera berada dibawah muncung pistol Jason dan dia tak nampak mana yang lain.

Perhatian Jason mula beralih pada Gempa yang masih memproses apa tindakan terbaik yang dia patut buat sekarang.

"Macam mana Crystal? Masih nak berdegil?"sindir Jason mengalihkan pistol itu pada Halilintar pula.

Tangan Gempa menggigil,bukan sebab takut. Tapi sebab  main command dia arahkan dia untuk bunuh saja manusia dihadapannya.

Tapi itu akan mengaktifkan Reverse Mode-

Reverse Mode akan serang sesiapa saja-

"Macam nilah. Biar aku tunjukkan satu...sebab kenapa kau kena ikut aku."kata Jason. Nada suara dia berubah kepada....menyeramkan.

Jason membaling sesuatu ketanah. Cakera hologram itu terbuka dan memaparkan sebuah hologram yang membuatkan situasi semakin buruk.

Taufan,Ice dan Solar terikat didalam sebuah van yang kelihatan sedang bergerak. Ice dan Solar masih sedar,tapi dari hologram mereka boleh nampak sisi muka Taufan berdarah.

"Tengok? Ini apa yang aku boleh buat kalau kau tak dengar cakap aku,Crystal? Apa jawapan kau sekarang?"kata Jason sinis.

Gempa mengerling kearah Amato yang menggeleng dan kemudian pada kembar BoBoiBoy.

Keselamatan mereka harus diutamakan tak kira apa.

"Kalau...aku ikut kau,kau janji tak akan ganggu mereka lagi?"kata Gempa perlahan. Jason tersenyum sinis dan menutup hologram itu sebelum berjalan mendekati Gempa.

"Aku tak akan ganggu mereka lagi. Termasuklah Amato dan keluarga dia. Macam yang aku cakap,aku hanya perlukan kau. Heh,dan lihat muka kekalahan Amato dah buat aku senang."kata Jason lagi. Gempa merehatkan posture badan dia dan tangan tanah itu mula hilang perlahan-lahan. Lining pada bajunya juga pudar perlahan-lahan.

"Gempa,jangan buat semua ni."rayu Amato. 

Gempa hanya memandang Amato.

"Tak apa. Dia cuma perlukan saya. Lepas ni,semua kegilaan ni boleh berhenti,Tuan Amato."

Amato tergamam dengan nada yang Gempa gunakan untuk sebut nama dia. 

Gempa masih lagi tersenyum walaupun dia tahu keputusan yang dia buat ni pasti akan memudaratkan diri dia sendiri. Tapi nak buat macam mana?

Dia hanya robot. Diri dia langsung tak ada nilai berbanding dengan manusia yang bernyawa.

"Lagipun,inilah satu-satunya cara untuk saya tebus balik kesilapan saya yang dulu....Saya....akhirnya boleh berkhidmat macam mana tuan programkan saya dulu.." Gempa memandang Halilintar,Thorn dan Blaze yang berada di dalam rumah,riak wajah terdesak pada wajah mereka.

"Saya boleh lindungi mereka akhirnya.."

Senyuman sinis Jason makin lebar apabila Gempa melangkah kearahnya tangan dihulurkan.Nervous point shutdown dia ada dipergelangan tangannya.Ia lebih kurang sama macam butang on off pada mesin,cuma ia ada had masa selama satu jam untuk dia hidup balik.

"Pilihan yang bagus,Crystal.Tengok,tak adalah susah sangat kalau kau dengar saja arahan aku?"Jason tergelak sinis sebelum mengenggam pergelangan tangan Gempa dan menariknya dekat supaya dia boleh berbisik pada Gempa.

"Aku akan pastikan yang kau akan ingat bila kau bunuh mereka semua dengan tangan kau sendiri,Crystal."

Jason terus menekan *nervous point shutdown Gempa membuatkan satu badan dia shutdown dan terus berhenti berfungsi.

Dia masih lagi tersenyum sinis melihat mereka semua terdesak untuk lepaskan diri mereka. Dia dah dapat apa yang dia nak. Dia memberikan badan Gempa kepada salah seorang pembantu dia

"Bawa dia ke ke makmal aku.Dan pastikan dia tak terlepas. Kau ada setengah jam."kata Jason.Wajahnya masih lagi mengukir senyuman sinis yang mengejek.

Amato dan kembar BoBoiBoy hanya mampu melihat sahaja orang bawahan Jason membawa Gempa ke sebuah kereta hitam besar dan memandu pergi dari tempat tu.

"Tch-Kau dah menang,Jason.Sekarang lepaskan keluarga aku!"kata Amato.Jason hanya tergelak sinis.

"Sekarang kau rasa apa yang aku rasa sekarang,betul kan Amato?"kata Jason sambil berjalan kearah Amato. Amato hanya memandang tajam kearah Jason.

"Kenapa kau pulak yang acah-acah tersakiti dekat sini? Crys-Gempa adalah ciptaan aku dan isteri aku. Kau tak ada kena mengena langsung dengan dia...Kenapa kau nak dia pulak hah?!"jerkah Amato.

"Haha.Soalan yang bagus,Amato. Kau tahu,aku memang dah lama rancang satu...senjata yang berkuasa.Tapi aku lebih mahir dengan programming. Jadi bila aku dapat tahu yang kau cipta robot AI canggih untuk 'jaga' anak-anak kau,aku buat keputusan untuk gunakan AI milik projek Crystal untuk mulakan projek baru:Reverse."

∆**********∆

Solar tersedar dari pengsan dia bila terdengar bunyi pintu terhempas kuat.Perlahan-lahan dia cuba bangun.

"Ack-..Sakitnya badan aku..."Solar mengetap bibirnya kuat cuba untuk menahan pedih di badannya.Cermin mata dia dah silang kemana dan sekarang dia berada dekat bilik yang dia yakin dia tak pernah nampak selama ni.

"Dekat mana aku ni..?Taufan..?Ice?!" Solar mula panik bila dia tak nampak dua lagi abang dia yang bersama dia balik kerumah tadi.

Baru dia teringat yang mereka diserang betul-betul bila Taufan dah buka pintu rumah.Orang Jason dah ada dalam rumah mereka dan terus menghentak kepala Taufan dengan baton membuatkan dia terus pengsan on the spot. Dia ingat yang ada orang lain muncul dari belakang dia dan Ice dan lepas tu-

"Korang berdua direnjat dengan tazer.Hehe,seriously Baby Solar. You punya mumbling memang selalu nampak comel bagi I."

Kepala Solar terus menoleh kearah sumber suara itu.

Evelyn.

"Kau....Apa yang kau dah buat dengan keluarga aku hah?!"jerkah Solar. Evelyn hanya ketawa sebeum mendekati Solar.

"I tak buat pape pun kat abang-abang you lah sayang~ I mintak daddy I untuk bawa you sorang je kesini.Kalau dia nak ambik yang lain tu,terpulang pada dialah."kata Evelyn sinis.Dia suka lihat muka marah Solar.

Nampak comel.

"You tau tak dear?I sayang you sangat-sangat jadi I nak you jadi boyfriend I.Tapi you ni jual mahal. But it's okay,I like challenge."kata Evelyn.Dia betul-betul nampak macam orang gila tak terurus sekarang yang buat Solar risau dengan keselamatan diri dia sekarang.

Sekarang ni,tangan Solar diikat kebelakang dan rantai besi berat digari pada kaki kanannya.Macam banduan.

"Evelyn,apa pun masalah kau,ia tak ada kaitan dengan abang-abang aku. Baik kau lepaskan diaorang sekarang!"bentak Solar,masih lagi meronta dari ikatannya walaupun dia tahu mustahil untuk dia lepaskan diri.

Evelyn mendekati Solar dengan senyuman yang boleh dikatakan tak waras.

PANGG!

Kepala Solar terteleng bila Evelyn menamparnya kuat.Pipi dia terasa pedih sebab tergarit dengan kuku tajam Evelyn. Dia kemudian mencengkam dagu Solar dengan kuat.

"Tak sayang.Abang you pun terlibat sama dalam hal ni.Robot tu pun sama. Dan I akan pastikan,you akan jadi orang yang duduk barisan depan dengan I bila robot tu bunuh family you.Heh,lepas tu bolehlah you tinggal dengan I selama lama lama lama lamanya~!"

Dah rasmi,Evelyn memang dah gila.

"Kau gila! Kau tak kan dapat Gempa....Ayah aku akan pastikannya!"jerit Solar.Ketawa Evelyn berhenti secara tiba-tiba sebelum dia menggengam rambut Solar dengan kuat,memaksanya melihat sesuatu dari skrin telefon dia.

"I risau yang harapan you tu hanya tinggal harapan jelah sayang."

∆**********∆

.

.

.

.

.

.

.

.

.

~To Be Continued~

Hello? Hai my potatoes~

Decided nak update buku yang ni sebab semalam ada sudden boost of idea sampai takleh tidur hohoho-

Maaflah dah lama tak update yang ni. Berhabuk sudah uhuk uhuk-

Anyway,harap korang suka chapter ni!

Do vote and comment!

Stay safe!💜

Author Kim_Ezra

Continue Reading

You'll Also Like

460 63 6
Dalam remang impian yang memikat, terdapat bayangan kesedihan yang tak terucapkan. Ketika tiga sahabat membangun jalan mereka menuju masa depan, Dani...
42.9K 2.4K 46
Selepas kejadian Galaxy Cosmos, Bbb dan kawan2 nya diberi misi baru. Tetapi, semasa menjalankan misi Bbb tiba2 hilang selepas suatu kejadian tak didu...
1.4M 103K 58
Arash Zayden, salah seorang anggota unit pasukan khas Polis Diraja Malaysia. Pulangnya ke tanah air tanpa sebarang niat untuk menaruh rasa pada sesia...
26K 613 37
[ KARYA PERTAMA ] -Amnesia -Balas dendam Singkat dan padat hehe Total words :