Tempat Sempurna

By Lollysnow

4.8M 272K 39.1K

THAQIF | SAFA Mereka tidak pernah dekat lagikan mahu bercinta. Tidak! Tidak pernah terfikir dek akal Safa unt... More

THAQIF | SAFA
PROLOG
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
60*
61*
62
63
PERSONA TS
EPILOG
EXTRA #1 NS
EXTRA #3 NS

EXTRA #2 NS

65K 3.5K 547
By Lollysnow

"Seriuslah kau mimpi macam tu?" Haris pandang Naufal tak percaya. Tak pernah sepanjang mereka berkawan Naufal cerita tentang mimpinya, alih-alih mimpi Safiya juga yang dia nak cerita.

"Aku serius. Aku rasa aku ni dah tak betul. Kau rasa aku ni pervert ke?" Naufal tak berkelip merenung wajah Haris minta pandangan.

"Kalau kau tengok dia kau ada tertembus ke alam lain tak?" Haris peluk tubuh, tajam membalas tatapan sahabatnya.

"Alam apa tu?" Soal Naufal kembali.

"Alam dosa."

"Tak. Aku tak pernah. Sumpah aku tak berani nak tembus-tembus anak dara orang. Aku bukan tahap pervert sampai macam tu. Tengok video seksi-seksi kat Tik Tok pun dah buat aku rasa bersalah." Sungguh-sungguh Naufal mempertahankan diri. Betul, nakal-nakal dia dari dulu pun dia tak pernah ada hati nak rosakkan anak dara orang. Hidup dia penuh dengan rasa hormat pada kaum perempuan.

Itu yang diajar Datin Syamimi, ibunya.

"Hm.." Haris capai cawan Espresso lalu disua ke mulut. Mata masih tak beralih memandang Naufal yang menunggu jawapannya.

"Kalau ikutkan kategori. Kau ni bawah kategori wajib kahwin." Naufal jenggil mata. Lama dia menunggu, itu sahaja yang boleh keluar dari mulut si Haris ni?

"Dari aku tanya kau baik aku tanya si Faizul tak pun Hazim tu."

"Kau tanya orang dah kahwin, sah-sah dia orang cop kau ni pervert! Kau tu lagi berapa bulan je nak masuk 30. Kau ni tahap angau tau. Kahwin je lah dengan Safiya tu." Tak bersalah Haris mengutuk buat Naufal raup wajah tak dapat menerima itulah jawapan paling bernas boleh diberi oleh Haris kawan paling cerdas yang pernah dia ada.

"Kau ingat kahwin tu macam main guli ke?"

"Dah tu kau ingat kahwin tu datang bergolek tanpa usaha? Sedar-sedar esok honeymoon. Macam tu?" Haris pula membalas tanpa sempat Naufal menyemburnya.

"Kau takut lagi apa abang kau cakap haritu? Kalau macam tu sampai bila-bila lah kau ni bujang tua pervert yang takut nak kahwin."

"Tak baik kau cakap kat aku macam tu. Kau pun bujang tua! Walau aku tahu kau sekarang tengah mengurat janda anak satu."

"Dia bukan janda lah. Macam mana kau tahu aku mengurat dia?" Haris kecilkan mata.

"Lahh aku ingat janda. Aku kan serba tahu." Bangga Naufal membalas.

"Serba tahu tapi tak tahu diri tu dah angau." Bidas Haris kembali.

Belum sempat Naufal membalas bunyi gelak tawa orang memasuki cafe buat perhatian mereka berdua teralih.

"Panjang umur tuan badan watak utama dalam mimpi kau." Haris juih bibir ke arah Safiya yang ralit berborak dengan rakan pejabat tak sedar dia dan Naufal disitu.

"Tak payah panggil." Naufal menghalang Haris yang sudah berura-ura mahu memanggil gadis itu.

"Kenapa pula?" Haris kerut dahi

"Safiya tak suka orang-orang office tahu yang dia rapat dengan aku." Dari gaya perempuan itu mengelak dari bertembung dengannya dia dah tahu puncanya.

"Oh." Haris cuma memandang Safiya ralit berborak dengan rakannya. Memang perangai perempuan itu, kalau dah ralit menyembang, tak tengok kiri kanan.

"Dah lah, jom." Naufal terlebih dahulu bangun diikuti Haris dibelakang.

"Encik Naufal dengan kawan dia lah!" Lengan Safiya ditepuk-tepuk seseorang buat dia angkat kepala, serentak itu juga mata dia dan Naufal bertembung sebelum lelaki itu terlebih dahulu mengalih anak mata.

"Handsome betul kawan dia tu ya."

"Dua-dua sama handsome cuma Encik Naufal tu garang kat office." balas seorang dari mereka

Safiya senyum tipis menyibukkan diri membaca buku menu. Sedikit ralat dengan keadaan dia dan Naufal sekarang. Pengakuan dan dibuat, tapi Naufal masih juga menggantung perasaanya begitu sahaja. Dia perempuan, dia pun ada ego dari terus terhegeh-hegehkan perhatian lelaki itu.

Jangan sampai dia yang masuk meminang lelaki tu pula.

"Safiya nak order apa? Lama tenung menu."

"Oh sorry sorry!" 

BUNYI gelak tawa lelaki dan perempuan bersatu buat langkah diatur Safiya tiba-tiba diperlahankan. Mata tak berkelip memandang Naufal lebar senyumnya berbual mesra dengan seorang perempuan dihadapan pintu pejabat lelaki itu.

"Aish! You sengaja kan nak drag masa I! Sudah-sudahlah tu I nak balik." Di mata Safiya sendiri dia melihat lengan Naufal ditampar perempuan itu tak bersalah.

Dan Naufal yang ketawa besar.

Siapa perempuan itu? Terlalu istimewakah sampai Naufal sanggup menghantar kepergian dia hingga ke muka pintu pejabat CEO itu?

"Oh you datang nak jumpa boss you kan?" Teguran perempuan itu buat Safiya sedikit tersentak. Lambat-lambat dia mengangguk.

"Sorry-sorry. Okaylah Naufal, next time kita borak lagi. I pergi dulu."

"Okay, take care." Naufal senyum membalas lambaian perempuan itu. Mesra di mata Safiya. Agak sakit untuk dicerna di hatinya.

"Harap you bersabar dapat boss otak senget macam dia." Sempat perempuan itu menepuk bahu Safiya dengan tawa mahu mengusik lantas berlalu dari situ.

Safiya pula membalasnya tanpa riak.

"Safiya kenapa?"

"Safiya nak hantar report pasal projek KALILA haritu." Tak bernada Safiya membalas buat Naufal teguk air liur dengan nada dingin perempuan itu.

"Masuklah." Siapa yang bos sekarang? Kenapa dia pula yang gugup nak jemput pekerja sendiri masuk ke pejabatnya.

Masuk sahaja ke bilik pejabat lelaki itu, Safiya kerut dahi memandang Naufal yang berusaha membuka pintu bilik seluas yang boleh sampai dia sandarkan pasu bunga untuk menahan daun pintu dari tertutup.

Tengok dari gaya memang pintu bilik pejabat itu selalu tertutup. Ini dah buang tebiat nak buka seluas-luas alam? Atau lelaki ni takut dia datang nak menggoda?

Berat nafas Naufal terhembus apabila pintu bilik pejabatnya selamat disandar dengan pasu agar tidak terkatup.

"Mana?" Naufal hulur tangan meminta dokumen di tangan Safiya.

Safiya diam menghulur dokumen itu.

"Okay good." Tengok pun sekilas, baca pun tidak. Ini tiba-tiba dah good? Biar betul lelaki ni? Yang dia dengar dari pekerja lain Naufal ini super cerewet dan sekarang benda apa yang ada depan dia ni?

Naufal ke?

"Encik Naufal sure ke?"

Terangkat wajah Naufal apabila Safiya tiba-tiba memanggilnya Encik Naufal.

"Yes." Mata mereka bersatu.

"Oh.. Kalau macam tu, saya pergi dulu.."

"Okay." Naufal tolak dokumen ke tepi menyibukkan diri dengan kerja lain.

"Em kalau Encik Naufal tak selesa dengan saya. Saya boleh pastikan yang saya tak akan ganggu Encik Naufal. Mahu di office atau luar office pun. Saya tak akan ganggu Encik Naufal lagi." Sungguh sabarnya sudah tahap ke akhir. Dia sudah penat dilayan sampah oleh lelaki itu.

"A..apa Safiya.."

"Terima kasih saya pergi dulu." Belum apa-apa Safiya sudah angkat kaki meninggalkan ruang itu. Tinggalkan Naufal yang terkebil-kebil masih mencerna apa yang baru diperkatakan gadis itu.

"Arh kau buat aku gila Safiya!" Naufal longgarkan sedikit tali leher sebelum dia bangun dari kerusi kerjanya. Luas langkah diatur mahu dapatkan gadis itu.

"Cepatlah!!" Safiya tekan tombol lif beberapa kali. Ah dia memang cari maut! Lihat susuk Naufal tak jauh darinya buat Safiya menggigil menekan-nekan tombol turun berkali-kali.

Nak turun tangga? Dia kena melintasi Naufal! Sah masa tu dia dah tertangkap. Ah lif ni pun satu!

"Safiya tunggu!"

Safiya buat-buat tak dengar.

"Safiya abang cakap tunggu!" Safiya gigit bibir bawah.

Ting! Bunyi lif yang baru tiba menunggu masa untuk pintunya terbuka.

Buk! Tak jadi Safiya bergerak menghampiri pintu lif apabila tangan Naufal tiba-tiba menyekat pergerakannya.

Srttr.. pintu lif terbuka.

"Jom kahwin."
.
.
.

Sunyi..

Safiya takut-takut berpaling kebelakang memandang kotak lif yang isinya beberapa orang pekerja. Ada yang membulat mata, ada yang menekup mulut tergamam kerana menjadi saksi penting lamaran seorang majikan kepada pekerja sendiri.

Dan

Srtt..

Pintu lif tertutup tanpa seorang pun berani keluar dari lif itu untuk kembali pada tempat kerja mereka.

"Aku.. aku mimpi ke?" Pekerja perempuan yang masih terkurung dalam kotak lif menyoal.

"Aku rasa nak demam."

"Aku nak balik office aku tapi aku tak berani keluar."

"APA abang buat ni? Kan ramai.."

"Abang serius. Jom kahwin. Abang dah tak boleh nak hidup macam ni lagi. Abang betul-betul cinta mati kat Safiya. Kalau bukan Safiya abang bersumpah abang tak akan kahwin seumur hidup abang!"

Kali ini Safiya yang tergamam. Mata tak berkelip memandang Naufal dihadapannya. Dia salah dengar atau semua ni mimpinya?

"Ab..abang demam ke?" Baru sahaja Safiya ingin menyentuh dahi Naufal, lelaki itu laju menempis.

"Kahwin dengan abang dulu baru Safiya boleh sentuh abang." Safiya tersentap dan tak semena-mena matanya menjenggil.

"Perempuan tadi sentuh abang elok je."

"Perempuan mana ni?" Naufal peluk tubuh. Dia dah tak ingat perempuan mana sebab matanya cuma ada Safiya.

"Perempuan tadi lah! Perempuan yang keluar dari office abang tadi."

"Oh Kak Kaisarah. Dia client. Bini orang, anak dua." Polos mata Naufal pandang Safiya seperti mengatakan tindakannya tak salah. Lagipun Kak Kaisarah tampar bahu dia di bahagian berlapis.

"Sama, dia kahwin ke tak kahwin ke. Saya dengan dia sama. Apa bezanya?" Safiya tak nak kalah.

Naufal diam. Tak tahukah Safiya? Badan Naufal hanya alergik dengan dia seorang. Bukan perempuan lain.

"Ah penatlah cakap dengan abang. Safiya balik kerja dulu!" Safiya kasar menekan tombol lif dan sekali lagi lif yang ada beberapa orang pekerja di dalamnya muncul.

Safiya teguk air liur.

"Encik Naufal.." Takut-takut beberapa orang pekerja keluar cari kotak lif buat Safiya toleh kebelakang memberi jelingan maut pada lelaki itu.

"Berapa lama kau orang duduk dalam lif?" Tak bersalah Naufal menyoal buat semua yang keluar dari lif tu terkebil-kebil.

"A-agak lama. Tapi, harap penantian kami dalam lif tu berbaloi. Good luck Encik Naufal!" Naufal tarik senyum senget. Membulat mata si penjawab dibuatnya.

"Thank you."

"A-aku tak salah tengok kan? Encik Naufal senyum kat aku?"

"Aku pun nampak lah."

"Ah seriuslah, aku rasa nak pitam."

Safiya mendengus sebelum dia bawa diri masuk kedalam kotak lif. Dia peluk tubuh sendiri menunggu pintu lif dikatup.

Senyuman lebar Naufal dibalas tanpa riak.

Dan srrt.. Pintu lif terkatup dan serentak itu lutut yang tadi tak kuat berdiri akhirnya patah. Dia terduduk bercangkung menekup wajah yang sudah membahang.

Apa dia nak buat sekarang? Nak terima? Mestilah! Dah lama dia tunggu saat ni. Tapi apa dia nak buat sekarang!

Satu pejabat mesti heboh yang dia dah Naufal sedang bercinta. Ah yang tu tak penting.

Sekarang apa dia nak buat sekarang?

Safiya hampir gila fikirkan apa yang perlu dia buat sekarang. Dia terlalu teruja sampai dia tak dapat berfikir dengan waras saat itu. Hatinya seperti mahu meletuk dengan rasa bahagia dan teruja yang meluap-luap.

Srtt...

Bunyi pintu lif terbuka buat Safiya yang sedang duduk bercangkung menekup wajah tersentak.

Wajah diangkat memandang Naufal tegak dihadapannya.

"A..apa?" Mata Safiya membulat.

"Safiya yang buat apa? Kenapa tak tekan lif." Naufal masuk ke dalam lif dan menekan  tombol tiga untuk gadis itu. Aras pejabat Safiya.

Tinggal Safiya yang kaku pegun tidak tahu bagaimana mahu beriak. Sempat dia menangkap smirk dari bibir lelaki itu sebelum pintu lif kembali terkatup.

"Arghh!! Kau buat apa Safiya!!"


_______

AFTER LOVE

•Dia bunuh suaminya saat bulan madu mereka dan bertemu kembali dengan lelaki itu setelah tiga tahun•

Jemput baca kisah 'manis' Jiyad dan Salwa di Wattpad saya. 🤍

Continue Reading

You'll Also Like

438K 59.4K 49
Book 1: MAHFUZ Book 2: LUTHFI Book 3: TAQI
532K 14.5K 59
❛ 𝐈 𝐰𝐢𝐬𝐡 𝐲𝐨𝐮'𝐝 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐦𝐞 𝐥𝐢𝐤𝐞 𝐭𝐡𝐞 𝐰𝐚𝐲 𝐈 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐲𝐨𝐮 Beria? Ya, itulah Nayla Atheera. Jatuh cinta pada lelaki itu pad...
168K 10.1K 61
Kata orang, perempuan masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku femini...
215K 9.2K 83
Afaf Adra. Seorang gadis yang berketinggian sederhana dan bertubuh sedikit berisi. Sudah biasa digelar dengan panggilan 'makcik' atau 'puan' dari s...