Mi Esposa (TERBIT)

By Hudanajwa__

6.9M 193K 25.4K

Book 1 "To be loved by me is a privilege"- TENGKU ADREAN RUIZ Pengkhianatan daripada keluarga adalah luka pal... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31

Bab 32

158K 5.1K 1K
By Hudanajwa__

Lamborghini Huracan berwarna hitam itu memecut laju dijalan raya menuju ke markas Black Fire. Tengku Daniel yang memandu itu tersenyum lebar manakala Megat Hafiz disebelahnya pula hanya menayangkan wajah kosong. Sudah terbiasa dengan perangai sahabatnya itu yang selalu memandu kereta seperti ingin cepat berjumpa dengan tuhan.

"Wohoooo!" jerit Tengku Daniel sambil membuat drift di selekoh tajam jalan sunyi itu membuatkan jalan itu berasap akibat dari pergerakkan tayar kereta.

Megat Hafiz di sebelah hanya menggelengkan kepala melihat perangai tidak semengah lelaki itu. Sudah berbuih mulutnya menegur namun seorang Tengku Daniel ini manalah makan saman.

"Habis rosak kereta ini bangang" bebel Megat Hafiz sambil menjeling tajam kearah Tengku Daniel. Dapat dia lihat kesan tayar pada jalan di belakang mereka melalui cermin sisi.

"Beli barulah bro! ini namanya kutip pengalaman, dekat Malaysia susah nak buat macam ni" balas Tengku Daniel sebelum melepaskan ketawa besar. Sejak pulang ke Malaysia dia sudah lama tidak membawa kereta secara berbahaya.

Lagipun di sini siapa saja yang berani menegur mereka sekalipun mereka membawa kereta secara berbahaya? Polis juga hanya akan mendiamkan diri apabila melihat lambang mahkota dan naga yang terdapat pada kereta.

Tengku Adrean memecut laju motorsikal berkuasa tinggi itu menaiki bukit yang agak tinggi diikuti oleh dua buah Ferrari 488 Pista berwarna hitam yang dinaiki oleh Kevin dan Haider manakala anak buah mereka yang lain sudah sampai di markas Black Fire terlebih dahulu.

"I have come to return the favor, bro" sinis Tengku Adrean berkata apabila di sudah dapat melihat markas milik Black Fire yang berada tidak jauh dihadapannya dari atas bukit ini.

"Los guardias detrás del edificio han sido resueltos" (The guards behind the building have been resolved)

Haider dan Kevin tersenyum sinis apabila mendengar kata-kata salah seorang anak buah Holy Dragon yang sudah sampai kesana terlebih dahulu.

"Estamos casi alli" (We are almost there) balas Haider sebelum dia menekan pedal minyak sehingga habis bagi menambahkan kelajuan mereka. Tengku Adrean turut melajukan motorsikalnya apabila mendengar apa yang dibicarakan oleh mereka.

"Mak aii! Buruknya markas, ini markas ke tempat pelacuran?" Kutuk Tengku Daniel sebaik sahaja dia turun dari mereka. Bangunan usang tidak jauh dihadapan mereka dipandang penuh jijik.

"Kalau tempat pelacuran bolehlah aku jual kau dekat sini" sinis Megat Hafiz sambil memasukkan peluru kedalam revolver miliknya.

"Kau panggil aku pelacur?!" Pisau belati ditangannya dihalakan kearah Megat Hafiz dengan pandangan membunuh.

"Everybody is a whore, we just sell different parts of ourselves" Tengku Adrean membuka helmetnya sebelum dia turun dari motorsikal. Mata kelabu itu memandang kosong kearah bangunan dihadapan mereka.

"Vamos" (Let's go) dengan wajah kosong Tengku Adrean terus melangkah kearah bangunan itu. Kelihatan dua pengawal sedang rancak berbual sambil menjaga pintu hadapan. Lelaki dingin itu menuruni bukit itu seperti tiada apa.

"Masalahnya aku bukan pelacur! Aku gigolo! Aku kan lelaki?" Belakang badan sepupunya itu dipandang tajam.

"Aku lelakilah!" Marah Tengku Daniel lagi apabila Tengku Adrean hanya diam mengabaikannya.

Anak-anak buah yang lain sudah memandang hairan kearah ketua kedua mereka itu. Aik? Mengaku?

"Bila orang bodoh bercakap, tutup telinga dan jangan dengar. Takut bodoh dia berjangkit dengan korang nanti" kata Megat Hafiz mendatar kepada anak-anak buah yang dibawa oleh mereka dari Malaysia.

"Kevin mana?" Haider yang sedang tekun memandang kearah laptopnya itu mengangkat kepala memandang kearah Megat Hafiz sebelum dia menunjuk kearah satu bukit tidak jauh dari mereka.

"Is everything okay up there?" Soal Megat Hafiz kepada Kevin yang berada agak jauh dari mereka.

"Okay, bos"

Tengku Adrean melangkah dengan wajah kosong kearah dua pengawal itu diikuti oleh Tengku Daniel.

"¿Quién eres?" (Who are you?) soal pengawal itu apabila melihat dua lelaki dihadapan mereka sebelum mereka memandang kearah kawasan sekeliling untuk mencari dari mana mereka datang. Namun kosong, hanya jalan kecil untuk keluar masuk ke markas dan hutan.

"Ouh, kau cari kereta kami ke? Itu aku kami perking dekat sana" Tengku Daniel menunjuk sedikit kearah bukit dibahagian kiri mereka.

Dua pengawal itu mengerutkan keningnya tanda tidak faham tentang apa yang dibicarakan oleh lelaki bermata coklat dihadapan mereka. Namun mata masih memandang kearah bukit yang ditunjukkan oleh Tengku Daniel.

"What are.."

Krak!

Dengan sekali pusingan leher dua pengawal itu dipatahkan sebelum terkulai layu. Tengku Daniel dan Tengku Adrean memandang satu sama lain sebelum mereka tersenyum sinis.

"Mana bilik itu?" Soal Tengku Adrean sebelum dia melangkah masuk dengan penuh berhati-hati. Manakala Tengku Daniel sudah berlari menaiki tangga yang terdapat diluar bangunan itu menuju ke atas bumbung bangunan.

"Just go straight and turn left. You will find the stairs there later.
You just have to follow the stairs down to the basement"

Tengku Adrean melangkah kearah yang dikatakan oleh Haider dialat pendengar sebelum dia menjumpai tangga yang agak buruk pada pandangannya.

"Disgusting" bisik Tengku Adrean perlahan. Tempat itu memang ketinggalan jauh dari markas Holy Dragon yang bersih, mewah dan penuh dengan kelengkapan dan kecanggihan teknologi.

"I want the one who destroy our headquarters, take him with us" kata Tengku Adrean lagi sebelum dia melangkah menuruni tangga dihadapannya.

"Shit!"

"What happen?!"

Langkah Tengku Adrean terhenti apabila mendengar suara Kevin yang seperti diserang itu diikuti oleh suara Haider yang cemas. Jantungnya berdegup laju. Takkanlah Kevin diserang sudahlah lelaki itu sendirian diatas sana. Baru saja dia ingin berpatah balik Kevin kembali bersuara.

"Kerengga sial ni nak kena tembak agaknya?! Aku tak kacau kau kenapa kau gigit aku hah?! Sakit tahu tak!"

Tengku Adrean memejam matanya lama mengumpul kesabaran. Kenapalah anak-anak buahnya semua ikut perangai Tengku Daniel?

"Tangkap kerengga yang gigit kau dan masukkan dalam balang. Balik nanti kita buat ujikaji"

Tengku Adrean kembali melangkah turun apabila mendengar lawak tidak kelakar dari Tengku Daniel itu. Malas mahu melayan.

"Okay, bos!"

"Stupid!"

Maki Megat Hafiz dan Haider serentak. Masa-masa macam inilah mereka nak bergurau.

Tengku Adrean yang baru saja tiba ditingkat bawah tanah sudah tersenyum sinis apabila melihat pelbagai jenis senjata seludup yang terdapat dihadapannya.

"Heh, orang nak jual senjata kau pun nak" kata Tengku Adrean sambil tersenyum sinis. Semua senjata itu dipegang satu persatu.

"Beautiful but illegal" bisik Tengku Adrean lagi sebelum dia melekatkan bom kecil pada setiap sudut bilik bawah tanah itu.

"Rean, aku dah settle dekat atas"

"Good" balas Tengku Adrean apabila mendengar kata-kata Tengku Daniel.

"We have already attached bombs in every room"

"Now, get out from this building" arah Tengku Adrean kepada semua anak-anak buahnya. Dia perlu memastikan semua anak-anak buahnya sudah keluar dengan selamat terlebih dahulu barulah dia akan keluar.

"What are you doing here?" Soal satu suara membuatkan Tengku Adrean berpusing sebelum melihat seorang lelaki yang sedang menghalakan pistol kearahnya.

"Me? Oh hm, maybe i'm just pay a visit?" kata Tengku Adrean sinis, sedikit pun tidak gentar melihat pistol yang tepat menghala kearahnya.

"Maybe?"

"Yeah, you know after you blow up my headquarters, of course i would like to pay you back. As a token of thanks for blowing up my place" kata Tengku Adrean Ruiz sambil tersenyum sinis.

"Stop messing around! Who are you?!" Tempik lelaki itu kuat, matanya merenung tajam keadalam anak mata kelabu itu sebeluk dia menelan liur.

"Fearless" bisik lelaki itu perlahan apabila melihat tiada langsung rasa gentar didalam anak mata kelabu lelaki dihadapannya itu.

"You are the one who should stop messing around" sampuk satu suara garau dari belakangnya. Megat Hafiz meletakkan pistol tepat dibelakang kepala lelaki itu.

Tanpa sebarang bunyi lelaki itu rebah kelantai dengan belakang kepala yang berlubang. Megat Hafiz meniup hujung pistolnya yang dipasang silencer dengan senyuman bangga kearah sahabatnya itu.

"Thanks me later" matanya dikenyitkan kearah Tengku Adrean.

"Budak-budak dah keluar semua?" Soal Tengku Adrean Ruiz yang malas mahu melayan perangai makan puji Megat Hafiz. Dua kali lima saja dengan Tengku Daniel.

"Dah kita kena keluar dari tempat ni sebelum lebih ramai budak-budak dia datang." Kata Megat Hafiz sebelum dia terus berpusing untuk naik keatas semula.

"Hm" Mereka menyelinap keluar mengikut tingkap belakang apabila kedengaran bunyi beberapa buah kereta yang baru saja tiba disitu. Dia yakin itu adalah kereta anak-anak buah Black Fire.

"Mana Daniel?" Soal Tengku Adrean kepada Haider yang sedang mengaktifkan semua bom yang dilekatkanoleh mereka melalui Macbook miliknya. Wajah lelaki itu hanya tenang.

"Tu" muncung mulut Haider kearah bumbung bangunan sebelum dia kembali fokus kearah Macbook miliknya.

Dilihat Tengku Daniel sedang bergelut dengan dua orang lelaki diatas bangunan itu.

"Korang tengok apa sial, cepat tolong aku! Aku dah penat ni!" Mereka hanya melepaskan ketawa kecil apabila mendengar Tengku Daniel yang marah melalui alat pendengar.

"Kevin! Tembak dia sial! Aku penat ni!" Marah Tengku Daniel lagi sambil memanggil Kevin namun lelaki itu hanya diam membisu langsung tiada balasan.

"Mana budak sial itu pergi?! Kevin!" Jerit Tengku Daniel sambil mengelak setiap serangan dari dua musuhnya itu.

"Alah bila lagi nak tengok kau berlawan" ejek Megat Hafiz sambil ketawa.

"Kau ketawa apa syaitan, aku turun nanti mati kau aku kerjakan!" Terdengar nafas Tengku Daniel yang semakin laju kerana penat.

"Kevin! Tembaklah celaka!" Jerit Tengku Daniel lagi.

Tengku Adrean menarik satu beg senjata dari dalam kereta yang dinaiki Tengku Daniel dan Megat Hafiz tadi. Didalam beg itu terdapat sniper yang dibawa oleh Tengku Daniel sebentar tadi.

"Kenapa dia bawa benda alah ni?" Soal Tengku Adrean. Megat Hafiz hanya mengangkat bahunya tanda tidak tahu.

"Lantaklah" kata Tengku Adrean sebelum dia melompat naik keatas bumbung kereta mewah itu. Silencer dipasang pada muncung sniper sebelum dia meniarap menghalakan sniper itu kearah lelaki yang sedang bergelut dengan Tengku Daniel diatas bangunan.

Tengku Daniel berada di tengah antara dua lelaki itu. Sebelah matanya dipejam manakala sebelah lagi dirapatkan pada scope, sasaran dicari.

"Tunduk!" Arah Tengku Adrean kepada sepupunya.
Tanpa menunggu lama Tengku Daniel terus menundukkan kepalanya.

Bang!

Kedua-dua lelaki itu rebah.

"Headshot! Double kill" jerit Megat Hafiz dengan satu tembakan kedua musuh mereka tumpas ditangan Tengku Adrean Ruiz.

"Huff! Huff!" Termengah-mengah Tengku Daniel sebelum dia terduduk diatas lantai. Dua mayat lelaki itu dipandang lega.

"Bos! Saya dah dapat!"

Wajah Tengku Daniel yang merah kerana penat tadi semakin memerah apabila mendengar suara Kevin yang datang entah dari mana.

"Kau pergi mana lakhanat?! Kau tahu tak aku hampir mati!" Marah Tengku Daniel.

"Eh? Tapi tadi bos suruh saya tangkap kerengga yang gigit saya tadi untuk dibuat bahan ujikaji? Ini saya dah tangkap, banyak juga"

Polos saja Kevin bersuara menyebabkan Megat Hafiz dan Haider sudah melepaskan ketawa besar. Selalunya Tengku Daniel yang kenakan orang, hari ini dia pula yang terkena.

"Memang kau yang aku jadikan bahan ujikaji balik nanti!" Marah Tengku Daniel sebelum dia terdiam apabila mendengar bunyi derapan tapak kasut yang sedang berlari menaiki tangga.

"Kevin! Now!" Arah Haider apabila dia melihat beberapa orang anak buah Black Fire yang sedang berlari naik ke tingkat atas menuju kearah Tengku Daniel.

Tanpa menunggu lama Kevin terus mengambil satu senjata didalam kereta, satu anak panah yang terdapat kabel keras berwarna hitam dimasukkan sebelum dia meniarap mencari sasaran.

Tengku Daniel turut bangun sebelum dia membuka jacket hitam ditubuhnya. Tanpa menunggu lama dia terus berlari ke hujung bangunan.

Bahagian tepi dinding itu disasarkan sebelum..

Bang!

Anak panah itu terbenam tepat kedalam dinding konkrit itu sebelum kabel hitam dililitkan pada batang pokok.

"Superman!" Jerit Tengku Daniel sebelum dia terus melompat kearah tali yang menghubungkan bangunan itu dengan tempat Kevin. Jaket hitamnya disangkutkan ke kabel itu.

"Wohoo!" Semua mata musuh memandang kearah Tengku Daniel yang tak ubah seperti sedang naik flying fox itu.

"Lo tenemos, young master" (we got him) kata dua orang anak buah Holy Dragon bersama seorang lelaki yang sudah lemah ditangan mereka. Lelaki itu adalah orang yang bertanggungjawab meletupkan markas Holy Dragon.

"Semua dah selamat keluar" Haider memandang kearah Tengku Adrean menunggu arahan selanjutnya.

"Blow it up" tenang saja suara garau itu memberi arahan.

"Tres" (three)

"Dos" (two)

"Uno" (one)

Boom!

Bangunan itu hancur sekelip mata setelah Haider menekan sesuatu pada Macbook miliknya. Tengku Adrean hanya melihat bangunan itu meletup dari atas motornya dengan pandangan kosong.

"Mission accomplished" kata Tengku Adrean membuatkan kesemua anak buahnya bersorak sebelum masing masing bergerak pulang semula ke markas.

Masing-masing pulang dengan senyuman lebar memikirkan menu yang akan dimakan oleh mereka malam ini. Sememangnya setiap kali mereka berjaya menyelesaikan misi, Tengku Adrean akan memberi black card lelaki itu kepada mereka untuk merayakan kemenangan mereka.

"Joven Maestro" (Young Master) sebaik saja sampai ke markas mereka sudah berbaris sambil tersengih lebar kearah Tengku Adrean.

Lelaki dingin itu yang sudah faham terus saja melemparkan black card miliknya keatas meja.

"Enjoy and get out from here" ucap Tengku Adrean sebelum dia terus menghalau mereka. Tanpa menunggu lama mereka terus mengambil kad itu sebelum berlari keluar dengan wajah gembira.

"Settle hari ini juga. Aku taknak simpan lama-lama bangkai itu" tegas Tengku Adrean sebelum dia melangkah kearah bilik yang menempatkan mangsanya. Megat Hafiz dan Tengku Daniel hanya mengikut langkah jejaka dingin itu.

Tengku Daniel bersandar di meja yang terdapat didalam bilik itu sambil tersenyum sinis melihat mangsa mereka.

Lelaki itu dirantai seperti binatang.

"It's quite fun to blow up the headquarters, now i feel you" kata Tengku Adrean sambil tersenyum sinis kearah lelaki itu.

"Lo siento" (I'm sorry) kata lelaki itu lemah. Dia sudah kehabisan tenaga setelah dibelasah oleh dua orang kanan lelaki itu. Siapa lagi kalau bukan Kevin dan Haider.

"We can't hear you dude, louder please" kata Megat Hafiz sambil berjalan mendekati lelaki itu.

"I said, lo siento" (i'm sorry) kata lelaki itu lagi dengan suara yang semakin lemah.

"And I said, louder!" Tempik Megat Hafiz, rahang lelaki itu dicengkam kuat.

"I'm sorry! I'm really sorry" kata lelaki itu. Suaranya dikuatkan sedikit.

"Kau tahu tak banyak mana kitorang rugi disebabkan kau?" Soal Tengku Daniel. Namun lelaki itu hanya mengerutkan keningnya.

"Er bos, dia tak faham bahasa melayu" tegur Haider.

"Inilah masalah orang zaman sekarang, taknak belajar bahasa ibunda" tambah Tengku Daniel lagi.

"Er bos, dia bukan orang Malaysia" kata Kevin pula.

"Eeee diam lah!" Marah Tengku Daniel. Sebelum berpaling membelakangkan Kevin dan Haider.

Dua jejaka itu hanya menggaru kepala.

'Lah merajuk pula dah'

"Your apology needs to be as loud as your direspect was" kata Megat Hafiz sebelum menikam mata kiri lelaki itu menggunakan pisau belati.

"Arhhhh"

"Hm, pity on you" ejek Tengku Daniel.

"Finish it, it's already 9 o'clock" kata Tengku Adrean Ruiz sambil melihat jam dipergelangan tangannya.

"Then, you do it" kata Megat Hafiz sebelum melangkah menjauhi mangsanya.

"Don't worry, we will send your corpse to your bos as a gift" kata Tengku Adrean yang melangkah mendekati lelaki itu.

Megat Hafiz yang melihat pedang panjang ditangan Tengku Adrean mengambil jarak yang lebih jauh dari lelaki itu.

Risau libasan pedang itu terkena dia sekali, tak pasal-pasal ada yang balik mansion tak berkepala.

"You know what? There's only one rule in this fucking world, when the dragon's hungry, he eats"

Zap!

Terpisah kepala itu dari badannya. Kepala yang bergolek kearah kaki Tengku Daniel disepak kearah Megat Hafiz.

"Sial kau! kotor bodoh" marah Megat Hafiz apabila kepala itu terkena kakinya.

Kepala itu disepak kembali kearah Tengku Daniel.

"Bodohlah kau kalau aku mimpi muka mamat ni malam ini siap kau!"  Kepala yang bergolek akibat disepak oleh mereka berdua itu diangkat oleh Tengku Adrean Ruiz.

Kedua jejaka itu hanya memandang penuh jijik kearah kepala itu.

"Hantar ke markas mereka di Malaysia. As a gift" perkataan gift di tekan sebelum dia melangkah keluar dari bilik itu.

Kevin hanya mengangguk, faham maksud tuan mudanya, lelaki itu ingin kepala lelaki ini diletakkan didalam kotak dan dibalut seperti hadiah untuk diberikan kepada musuh mereka.

"Ahh fuck! Sial Adrean!" Marah Hariz Iskandar. Dia menanggung kerugian yang besar akibat letupan itu, semua senjata haram itu musnah tanpa ada satu pun yang selamat.

"I've told ya, he's not someone we can mess with" kata Rayyan Evan sebelum meneguk air kencing syaitan ditangannya.

Hariz mengenggam kuat rambutnya sendiri, sungguh dia berasa serabut sekarang.

Nazrin Iman hanya termenung melihat telefon ditangannya. Gambar Salsabella itu ditatap penuh minat.

"I miss you, girl" gumamnya perlahan, langsung tidak kisah dengan amukkan dari Hariz Iskandar. Dia seperti berada didalam dunianya sendiri.

(TERBIT)

Continue Reading

You'll Also Like

1.3M 62.5K 28
2020/2021 "Antara rahsia dan kisah silam." *** Naina Hijannah, seorang pegawai penyiasat polis yang direhatkan dari kerja atas faktor penyakit murung...
2.9M 161K 65
Top 1 [Amazing Romance GenreπŸ…] Top [ GOOD STORYLINE πŸ…] HANYA ADA SEPARUH CERITA KERANA SUDAH DIJADIKAN NOVEL "Ini bukan syurga, ini neraka! Kalau d...
662K 25.2K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
165K 10.5K 32
Adam Hirdy | Azalea