Mi Esposa (TERBIT)

By Hudanajwa__

7.1M 196K 25.9K

Book 1 "To be loved by me is a privilege"- TENGKU ADREAN RUIZ Pengkhianatan daripada keluarga adalah luka pal... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 32

Bab 31

126K 5.1K 754
By Hudanajwa__

"We are about to land, Young Master" Arisa Rania mengenggam erat tangan suaminya apabila mendengar kata-kata co-pilot itu. Mata dipejam rapat menahan rasa debar di dada.

Tengku Adrean yang melihat isterinya memejamkan mata itu tersenyum kecil sebelum tangannya naik menekup kedua belah pipi wanita itu. Wajah Rania dipusing menghadap kearahnya.

"Open your eyes, mi esposa" bisik Tengku Adrean lembut.

"Taknak" kepalanya digeleng berulang kali, dia berasa sedikit gugup setiap kali pesawat mendarat.

"Open your eyes and look at mine" arah Tengku Adrean lagi membuatkan Rania membuka matanya perlahan-lahan.

"Mírame a los ojos, esposa" (Look into my eyes, wife) kata-kata Tengku Adrean membuatkan dia terus menatap anak mata kelabu itu lama.

"Be..beautiful" dia bagaikan terpukau apabila melihat kedalam anak mata kelabu cerah itu. Jarak mereka yang tersangatlah dekat membuatkan dia dapat melihat setiap pergerakkan anak mata lelaki itu dengan lebih jelas.

"You like it?" soal Tengku Adrean lembut membuatkan Arisa Rania mengangguk perlahan.

"It's yours, we can swap if you want. Give me your eyes and I will give you mine"

Megat Hafiz yang mendengar kata-kata Tengku Adrean itu sudah memandang pelik kearah pasangan itu.

"Suami isteri, dua-dua gila. Psiko agaknya budak-budak ini" kata Megat Hafiz perlahan. Seram pula dia mendengar ayat mereka.

"Oh abah kau!" terkejut Tengku Daniel yang sedang tidur berlapikkan paha isterinya apabila pesawat peribadi itu bergegar hebat sebaik saja tayar pesawat itu menyentuh landasan.

"Abang okay ke?" Soal Diana, nasib baiklah dia sempat memeluk tubuh lelaki itu yang enak tidur diribanya, kalau tidak memang dah cium lantainya suaminya itu kerana pesawat itu bergegar agak kuat dari biasa.

"Okay, abang okay" dadanya diusap laju. Hampir luruh jantungnya apabila pesawat itu bergegar tadi. Wajah Megat Hafiz dan Salsabella yang sedang menekup mulut bagi menahan ketawa mereka dipandang tajam. Pantas dia bangun berjalan kearah pintu yang memisahkan ruangan mereka dengan ruangan untuk pilot.

Erla Diana yang melihat suaminya mengetuk pintu itu kuat sudah mengeluh perlahan sebelum dia bangun mendekati tubuh itu.

"Hey binatang! Kau tak tahu bawa pesawat ke? Kalau limpa aku bertukar tempat tadi macam mana hah?!" jerit Tengku Daniel kuat.

"Abang, enough" pujuk Erla Diana namun lelaki itu masih mengetuk pintu dihadapannya.

"Hey kau buka! Biar aku yang ajarkan kau cara sebenar nak mendaratkan pesawat. Jangan sampai aku ikat kau dekat tayar bawah sana! Buka!" emosi sungguh dia rasakan. Diana menarik nafas panjang sebelum..

"Tengku Daniel Louis! I said enough!" lantang Diana bersuara mengejutkan Tengku Daniel membuatkan lelaki itu terus tersebik.

"Sampai hati dear marah abang, kalau limpa abang bertukar tempat dengan buah pinggang abang tadi disebabkan cara dia mendarat macam mana?" wajah isterinya dipandang lama.

"Pergi duduk!" tegas Diana sambil menunjuk kearah tempat duduk mereka tadi. Dengan wajah masam Tengku Daniel kembali melangkah kearah tempat duduknya. Sempat dia menyepak kuat kaki Megat Hafiz yang seronok ketawakan dia.

"Argh! Shit!" Kakinya yang disepak oleh Tengku Daniel digosok perlahan. Jari tenagh diangkat kepada sahabatnya itu dan dibalas kembali oleh Tengku Daniel yang mengangkat jari tengah dengan kedua-dua belah tangannya.

"Tengku Daniel Louis!" tegas suara Erla Diana menyebut nama panjang itu sekali lagi.

"Fine" dengan wajah masam lelaki itu terus duduk ditempatnya sebelum matanya mengerling kearah Tengku Adrean dan Arisa Rania yang memandang satu sama lain.

'Dah kenapa denga dua orang manusia itu?'

"Kita dah mendarat" tegur Tengku Adrean perlahan sebelum tangan isterinya dicium seketika. Rania yang mendengar kata-kata suaminya itu terus memandang keluar tingkap.

Seperti yang dikatakan oleh lelaki itu mereka sudah selamat mendarat. Dia langsung tidak sedar sejak bila tayar pesawat itu sudah mencecah keatas landasan. Tahu-tahu saja pesawat itu sudah berhenti bergerak.

"Let's go" tangan isterinya ditarik supaya bangun sebelum mereka melangkah kearah pintu pesawat yang sudah terbuka perlahan-lahan secara automatik.

Megat Hafiz dan Salsabella Irine turut bangun mengikut langkah pasangan itu manakala Tengku Daniel hanya diam memeluk tubuhnya.

"Abang taknak turun ke?" soal Diana apabila melihat lelaki itu hanya diam dengan wajah masam. Merajuk.

"Tadi suruh duduk, dah duduklah ni" wajah isterinya dijeling tajam.

"Abang merajuk ke?"

"Mana ada"

"Bangun atau aku campak kau keluar ikut pintu kecemasan" dingin suara itu mengugut membuatkan Tengku Daniel terus bangun. Dengan orang lain tak apa tapi kalau dengan Tengku Adrean memang tak mustahil lelaki itu akan mencampakkan dia betul-betul.

"Scoot over, biar kami turun dulu" Tengku Daniel menarik bahu Megat Hafiz yang sedang berdiri dibelakang Tengku Adrean menunggu gilirannya untuk turun.

"Abang!" marah Diana apabila melihat perangai tidak budak-budak suaminya.

"Stand off! Kau dah kenapa? Dah lambat itu duduk belakang tak payah nak potong orang bangsat!" marah Megat Hafiz, pinggang isterinya dipeluk erat supaya kedudukan mereka tidak berganjak.

"Abang! Biar sajalah mereka turun dulu. Bukannya pintu pesawat ini akan hilang tiba-tiba pun kalau mereka turun dulu" geram Diana rasakan dengan perangai tidak semengah suaminya itu.

"Mana boleh dear! Selalunya abang yang turun dulu baru dia" Tengku Daniel masih tidak mahu mengalah.

"Abang, bagilah Niel turun dulu, dapat pahala kalau kita bagi prang kurang upaya jalan dulu" selamba Salsabella berkata sebelum dia menarik tangan suaminya supaya berganjak sedikit untuk memberi laluan kepada Tengku Daniel.

"You cakap I orang kurang upaya?" matanya merenung tajam kearah Salsabella sebelum dia memandang kearah isterinya pula dengan bibir yang disebikkan. Mengadu.

"Hah apa? Apa?! Dah benda betul" bidas Diana apabila melihat wajah suaminya yang tersebik kecil itu.

Arisa Rania yang berdiri didepan pintu pesawat itu sudah melopong apabila melihat ramai lelaki lengkap berpakaian forma berwarna hitam dengan tali leher berwarna emas sedang menunggu mereka dibawah sana. Apa yang dia perasan, terdapat lencana kecil berwarna emas pada kot hitam masing-masing. Lambang Holy Dragon.

'Emas betul ke?' soal Rania didalam hati.

"Lencana itu diperbuat daripada emas Scotland, and yes, itu emas betul" kata Tengku Adrean tiba-tiba mengejutkan wanita itu. Lelaki itu seperti tahu apa sahaja yang bermain dikepalanya.

Arisa Rania mengundur sedikit untuk memberi ruang kepada suaminya supaya keluar dari pesawat peribadi itu terlebih dahulu namun lelaki itu hanya diam memandang kosong kearahnya.

"Abang keluarlah dulu" dia malu sebenarnya apabila melihat ramai lelaki berseragam hitam sedang menunggu dibawah sana.

"After you, esposa" lembut Tengku Adrean berkata sebelum dia menolak perlahan tubuh isterinya untuk turun dari tangga pesawat itu terlebih dahulu. Dengan penuh berhati-hati Arisa Rania melangkah menuruni tangga pesawat peribadi itu sambil tangannya dipegang erat oleh Tengku Adrean dibelakang.

"Bienvenida de nuevo, joven maestro" (Welcome back, young master)

Kesemua lelaki itu menunduk hormat menyambut kedatangan Tuan Muda mereka yang sudah lama tidak pulang ke tanah kelahiran lelaki itu. Masing-masing menelan liur melihat wajah dingin itu. Jika Tengku Adrean yang turun sendiri untuk menguruskan masalah mereka, ianya tidak akan berakhir dengan mudah tanpa pertumpahan darah.

Tengku Adrean Ruiz berjalan menuju ke Buggati yang telah disediakan sambil memeluk erat pinggang Rania tanpa menghiraukan anak-anak buahnya. Arisa Rania yang melihat tingkah-laku suaminya hanya memberi senyum kepada orang bawahan lelaki itu.

'Suami siapalah yang sombong sangat ini?' bisik Rania didalam hati, lelaki itu langsung tidak memberikan senyuman kepada anak-anak buahnya.

"Suami sayanglah" kata Tengku Adrean secara tiba-tiba mengejutkan wanita itu.

"I know what's on your mind, mi esposa" kata Tengku Adrean sambil tersenyum manis apabila melihat wajah terkejut isterinya.

Anak-anak buahnya yang lain sudah melopong apabila melihat senyuman Tuan Muda mereka, lelaki itu mana pernah senyum sebelum ini.

"El esta enamorado" (He is in love) kata Megat Hafiz apabila melihat anak-anak buah mereka memandang Tengku Adrean yang tersenyum itu tanpa berkelip. Tahu apa yang bermain di fikiran mereka.

Mereka hanya mengangguk sebelum tersengih kecil.

"What the fish! Takkan satu saja kereta? Habis kami nak naik apa? Jalan kaki?" Soal Tengku Daniel apabila melihat hanya sebuah kereta Buggati Chiron berwarna hitam emas seperti pesawat yang dinaiki mereka tadi.

"Kau layak merangkak saja" kata Tengku Adrean sebelum tersenyum sinis.

Belum sempat Tengku Daniel membalas kelihatan satu lagi pesawat peribadi berwarna putih yang dinaiki oleh Kevin dan Haider bersama beberapa orang bawahan mereka tiba diiringi beberapa buah Lamborghini Avantador dibawah.

"Cis, bukan main budak-budak itu, siap kena iring bagai" sinis Tengku Daniel.

"Abang ni dah kenapa? Macam itu pun nak cemburu ke?" Kata Erla Diana yang memeluk lengan suaminya.

"Bukan cemburu dear.."

"Itu orang panggil dengki, busuk hati, busuk usus dan busuk perut" potong Megat Hafiz tanpa sempat lelaki itu menghabiskan ayatnya.

Tengku Daniel yang ingin melangkah kearah Megat Hafiz segera ditahan oleh isterinya. Erla Diana memeluk erat tubuh tegap itu.

"Boleh tahan juga mulut longkang kau ni, lepas dear lepas, biar abang ajar anak tapir ni. Maju lo anjir, bertumbuk bah kita" kata Tengku Daniel sambil membuat gaya ingin bertumbuk.

Tengku Adrean melihat pergaduhan diantara sepupu dan sahabatnya itu sudah menarik Rania masuk kedalam kereta. Malas nak layan buat sakit otak saja.

"Abang malu lah orang tengok!" Bisik Erla Diana keras. Boleh tahan juga perangai budak-budak suaminya ini.

Megat Hafiz berjalan bersama Salsabella menuju ke arah kereta yang disediakan untuk mereka. Sempat dia berpaling kearah Tengku Daniel sebelum menjelirkan lidahnya kearah lelaki itu.

"Hey babik! Maju lo!" Jerit Tengku Daniel ditengah lapangan itu, Diana sudah memerah mukanya menahan malu apabila semua orang bawahan suaminya memandang kearah mereka, ada juga yang sudah melepaskan ketawa kecil. Itu adalah pemandangan biasa bagi mereka.

"Abang jangan nak buat hal ya" Salsabella memberi amaran, tahu perangai suaminya yang suka mencari gaduh dengan Tengku Daniel.

"Eh tak tak" segera lelaki itu berpaling kehadapan semula.
Kereta yang dinaiki mereka diiringi oleh beberapa buah kereta mewah lain menuju ke Mansion Holy Dragon.

Orang awam di jalan raya hanya memandang kereta kereta mewah itu, melihat lambang mahkota berwarna emas dan dikelilingi oleh tiga ekor naga yang juga berwarna emas pada cermin kereta- kereta mewah itu sudah cukup membuatkan mereka tahu siapa orang-orang itu.

Holy Dragon's Mansion

Mansion yang tersergam indah dihadapan mereka itu dipandang tanpa berkelip. Sepanjang perjalanan menuju ke tempat itu dia hanya dapat melihat hutan dikiri kanan jalan sebaik saja mereka menukar lorong berpisah dari jalan utama tadi.

"Tutup mulut dear, nanti gajah masuk tak pasal kena call bomba" seloroh Tengku Daniel membuatkan Diana segera menutup mulutnya sebelum menjeling tajam kearah lelaki itu.

"Mansion siapa ni abang?" Soal Arisa Rania pula.

"Holy Dragon's"

"Holy Dragon's?" Arisa Rania memandang suaminya dengan muka pelik, ada perkara lain yang bermain difikirannya. Dia tahu itu nama kumpulan mereka tetapi setelah melihat pakaian anak-anak buah mereka tadi yang serba hitam membuatkan dia mula mencurigai tentang identiti kumpulan Holy Dragon yang sebenar.

"Look esposa, kami memang bukan mafia tapi kehidupan kami tetap dikelilingi musuh" jawab Tengku Adrean Ruiz. Faham sangat apa yang bermain di kepala isterinya. Typical novel sangat isterinya itu, Asal nama dragon mesti kumpulan mafia.

"Yup! We are not Mafia, but if they want to see our devil side, dengan senang hati kami tunjuk" kata Megat Hafiz dengan senyuman nipis.

"Kami cuma menjual senjata kepada sesiapa yang memerlukan dan kami juga bekalkan senjata untuk polis dan tentera di Malaysia. But sometimes, ada kumpulan-kumpulan mafia atau gangster yang memburu kami untuk dapatkan senjata-senjata itu" terang Tengku Daniel panjang lebar.

"Betul ke?" Soal Diana dengan mata yang dikecilkan.

"Betul dear. Dear ada nampak abang bawa balik dadah ke rumah ke sebelum ini?" soal Tengku Daniel membuatkan Diana menggeleng perlahan. Lelaki itu selalu membawa pulang senjata sahaja itupun diletakkan dibilik bawah tanah.

"See? Kalau betul kami mafia kami bukan saja kena uruskan senjata, tapi dadah, pelacur, tempat perjudian macam casino semua itu pun kami kena uruskan. Kami boleh jadi mafia kalau kami nak but we don't want to" kepala Diana diusap lembut.

"Kehidupan kami sekarang pun dah cukup bahaya, kalau kami jadi mafia mungkin kami tak akan berkahwin lagi sekarang sebab sibuk uruskan pelacur-pelacur dekat kelab malam" tambah Tengku Adrean pula membuatkan mereka semua terdiam.

"Trust them, sebab I dah berkawan dengan mereka dari zaman sekolah. I pun belajar cara-cara yntuk berlawan dan terlibat dengan beberapa misi Holy Dragon sebelum ini" Salsabella Irine tersenyum kecil kearah Rania dan Diana.
Dua wanita itu hanya mengangguk sedikit.

"Sorry" ucap Rania sambal memeluk erat tubuh tegap Tengku Adrean.

"It's okay" bahagian atas kepala wanita itu dicium lembut.

"Dear taknak minta maaf ke? Dah lah fitnah abang" sinis Tengku Daniel bertanya membuatkan Diana menjeling tajam kearahnya.

"Sorry" pipi lelaki itu dicium laju membuatkan Tengku Daniel tersengih kecil.

"Korang bertiga masuk dulu, kami ada hal yang nak diuruskan" arah Megat Hafiz setelah melihat jam di pergelangan tangannya.

"Take care, esposa. Anything just ask the maids" kata Tengku Adrean Ruiz sebelum mencium dahi isterinya.

"Stop thinking about it, let me handle this" pujuk Megat Hafiz, dia perasan semenjak malam pertemuan isterinya dengan Nazrin Iman, wanita itu banyak mengelamun dan jarang bercakap.

"Please take care of yourself for me. For Hafiy" kata Salsabella sebelum memeluk erat tubuh suaminya.

"I will"

"We need to go" kata Tengku Daniel apabila melihat Kevin dan Haider sudah menunggu bersama beberapa buah kereta mewah itu.

"Don't miss me dear" kata Tengku Daniel sebelum mengenyitkan mata kearah isterinya. Diana membalas dengan cubitan sebelum memeluk suaminya buat kali terakhir.

"Take care" gumamnya didalam pelukan membuatkan Tengku Daniel tersenyum manis sebelum mencium dahi isterinya.

Ketiga-tiga wanita itu hanya memandang sepi kereta yang membawa suami mereka meninggalkan kawasan mansion.
Masing-masing menarik nafas panjang. Mereka hanya mampu berdoa agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini. Faham sangat hal yang perlu diselesaikan oleh tiga jejaka itu.

Mereka tiba di markas untuk menukar pakaian dan mengambil senjata. Tengku Daniel memakai sarung tangannya sebelum beberapa pisau bersaiz sederhana diselitkan dikakinya manakala Megat Hafiz memasukkan beberapa peluru kedalam beg kecil sebelum beg itu digalas. Topi hitam dikepala mereka dibetulkan.

"Remember to destroy every single thing in their headquarters" tegas Tengku Adrean Ruiz sebelum dia memakai helmet hitamnya. Motorsikal berkuasa tinggi yang terdapat dibilik bawah tanah itu didekati.

"Hell yeah, dah lama aku tak sentuh benda alah ni" kata Megat Hafiz yang sedang memegang revolver berwarna hitam.

"You want to play with the evil side of Holy Dragon huh? Then let's play" kata Tengku Daniel sebelum dia melemparkan sniper kedalam kereta yang akan dinaiki olehnya.

"Kenapa kau bawa sniper? Itukan kerja Kevin?" soal Megat Hafiz kehairanan.

"Buat hiasan" selamba saja jawapan lelaki itu membuatkan Megat Hafiz menjeling tajam kearahnya.

"This is gonna be very fun, dah lama kita tak buat kerja ini" kata Haider kepada Kevin yang turut menggalas sniper dibelakangnya.

"Well, it's show time" balas Kevin sebelum tersenyum sinis sebelum mereka bergerak masuk kedalam kenderaan masing-masing.

"Listo?" (Ready?) soal salah seorang anak buah Holy Dragon.

"Listo!" (Ready!) Haider, Kevin dan Tengku Daniel mengenggam erat stereng kereta masing-masing.

Vroom!

Tengku Adrean yang berada dihadapan sekali memulas minyak motorsikal berkuasa tinggi itu membuatkan bilik bawah tanah itu bising dengan bunyi motorsikal itu.

"Tres" (Three)

"Dos" (Two)

"Uno!" (One!) sebaik saja lelaki itu habis mengira, dia terus menekan satu butang sebelum pintu bawah tanah itu terbuka luas.

Vroom!

Tengku Adrean terus memulas minyaknya membuatkan motorsikal itu memecut laju diikuti oleh kereta yang dinaiki oleh Tengku Daniel, Haider dan Kevin. Terowong bawah tanah itu bising dengan bunyi kenderaan mereka.

"Abre la puerta principal para el joven maestro" (Open the front door for the young master) arah lelaki tadi apabila melihat Tengku Adrean sudah hampir sampai di pintu utama yang menghubungkan terowong bawah tanah itu dengan jalan utama bandar Sepanyol. Rakaman cctv dihadapannya dipandang tajam untuk memastikan tiada sebarang kecelakaan yang menimpa ketua-ketua mereka.

Continue Reading

You'll Also Like

926K 33.7K 42
2019 | TERBIT 2022 Sambungan kisah cinta Dhia Irdina dan Farhan Iskandar. Mr.Hoodie Pujaan Hati, telah diterbitkan dalam versi cetak, di bawah syarik...
5.2K 1.4K 19
Disebabkan satu pertemuan yang tidak dijangka membuatkan Tengku Al Qard jatuh cinta buat kali pertamanya di dalam hidup. "Lain kali jalan tu teng...
368K 23.1K 64
๐๐ฎ๐ซ๐ž๐ž๐ง ๐‘๐š๐ฎ๐๐ก๐š๐ก | ๐Œ๐ฎ๐ก๐š๐ฆ๐ฆ๐š๐ ๐™๐š๐ฒ๐ซ๐š๐ง Percaya? Percayakah dia pada namanya cinta. Setelah cinta yang bertahun-tahun lamanya dip...
629K 13K 6
๐‘ด๐’Š๐’™ ๐‘ณ๐’‚๐’๐’ˆ๐’–๐’‚๐’ˆ๐’† ๐‘ด๐’‚๐’๐’‚๐’š๐’”๐’Š๐’‚ / ๐‘ฐ๐’๐’…๐’๐’๐’†๐’”๐’Š๐’‚ Ketika masa sudah berubah Ketika Tuhan sudah memperbaiki segalanya Ketika dosa berat ya...