Mi Esposa (TERBIT)

By Hudanajwa__

7.1M 196K 25.9K

Book 1 "To be loved by me is a privilege"- TENGKU ADREAN RUIZ Pengkhianatan daripada keluarga adalah luka pal... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32

Bab 26

109K 5.3K 505
By Hudanajwa__

Suraya tersenyum lebar sambil berbaring disofa yang terdapat diruang tamu rumah agam mereka. Sesekali kedengaran suaranya menyanyi dan ketawa gembira.

"Gembiranya anak mama ni, ada apa-apa ke?" Soal Puan Suria apabila melihat wajah ceria anaknya. Dia yang baru saja turun dari tingkat atas melangkah menuju kearah anaknya.

"Hi mama!" Ceria saja Suraya menyapa ibunya.

"Kenapa seronok sangat ni? Suraya dah berbaik dengan Hariz ke?" Teka Puan Suria sebelum dia mengambil tempat di sebelah anaknya. Suraya menarik semula kakinya sebelum dia bangun duduk dari pembaringan.

"Ish mama ni, mana ada berbaik pun. Tak luak pun kalau hilang jantan tu" wajah Suraya bertukar masam apabila mendengar soalan mamanya.

Teringatkan Hariz Iskandar itu, memang sakit betul hatinya. Mereka bergaduh besar apabila Hariz meminta untuk berpisah dengan alasan lelaki itu masih mencintai Rania.

"Habis? kenapa Suraya nampak happy sangat hari ini?" Soal Puan Suria kehairanan.

Mata Suraya memerhati keadaan disekeliling rumah mereka sebelum matanya terhenti pada wajah ibunya semula.

"Papa mana?" Bisik Suraya perlahan.

"Papa pergi mana lagi, keluarlah" Puan Suria menjawab malas. Suaminya itu memang jarang berada dirumah. Balik saja kerja dia akan keluar semula malam pula baru nampak batang hidung lelaki itu.

"Rania"

"Kenapa dengan perempuan tu? Bukan dia dah mati ke?" Soal Puan Suria, tidak mengerti dengan apa yang anaknya cuba sampaikan.

"Dia koma sekarang, and you know what mama? She's pregnant but her baby can't survive" kata Suraya dengan tenang.

"What?! Jadi dia belum mati? Macam mana kalau dia bangun nanti dia bagitahu suami dia kamu yang rancang penculikan tu?!" Wajah Puan Suria sudah berubah pucat memikirkan segala kemungkinan yang akan berlaku.

Mati mereka kalau Tengku Adrean tahu perkara sebenar, lelaki itu bukan boleh dibawa main, silap percaturan memang batu dua tempatnya.

"Don't worry, Suraya dah ada rancangan untuk hapuskan dia terus dari muka bumi ini" kata Suraya lagi bersama senyuman sinis dibibir merahnya.

"How?"

Suraya tersenyum sinis sebelum membisikkan sesuatu di telinga mamanya. Puan Suria yang tekun mendengar rancangan anaknya itu mula tersenyum lebar apabila mendengar rancangan jahat Suraya.

"You are a sly fox" Puan Suria tersengih kecil.

"And she is a dumb bunny" jawab Suraya sinis. Wajah Arisa Rania kembali terbayang difikirannya.


"Bila sayang nak sedar? Abang rindukan sayang" bisik Tengku Adrean perlahan sambil menggenggam erat tangan isterinya. Wajah pucat itu dipandang lama.

"Dah tiga minggu sayang macam ni, sayang tak kesiankan abang ke?" Tangan Rania ditekup pada pipi kirinya.

"Sayang marahkan abang ke sebab lambat datang selamatkan sayang dan anak kita?" kata Tengku Adrean lagi walaupun dia tahu bahawa dia tidak akan mendapatkan sebarang balasan dari tubuh kaku itu.

"Despierta esposa" (wake up wife)

"You can do whatever you want to do, hit me sayang, scold me, punch me, but please wake up first" Air mata yang mengalir lesu di pipinya langsung tidak diseka.

"Te echo mucho de menos" (I miss you so much)

"Abang dah kehilangan anak kita, abang taknak kehilangan isteri abang sekali" tangisan Tengku Adrean Ruiz mula kedengaran di dalam wad VVIP itu.

Tengku Daniel dan Erla Diana yang berada di hadapan pintu wad itu hanya menunduk, air mata Diana mula mengalir perlahan. Dia juga merindui sahabatnya itu.

Sebelum ini Tengku Adrean Ruiz yang dikenalinya adalah seorang yang tegas, dingin, dan beku, tapi hari ini dia dapat melihat sisi lain suami kepada sahabatnya itu. Sisi khas hanya untuk seorang wanita bernama Arisa Rania.

Tengku Daniel menggenggam erat tombol pintu itu, niatnya  adalah untuk melawat Rania sekaligus membawa makanan untuk Tengku Adrean. Namun apa yang didengar sungguh meruntun hati lelakinya.

"Just how much more they have to suffer?" Bisik Tengku Daniel perlahan. Andai Rania sedar nanti. Apa reaksi wanita itu apabila mengetahui anak yang dikandung olehnya sudah tiada?

"Assalammualaikum" sapa Tengku Daniel perlahan sebelum dia menolak pintu wad itu.

"Waalaikumussalam" jawab Tengku Adrean perlahan tanpa memandang ke belakang. Air mata dipipinya diseka perlahan.

"Hai Rania, aku datang lagi hari ini" sapa Diana dengan nada ceria sebelum dia mengambil tempat yang diduduki oleh Tengku Adrean tadi apabila lelaki itu bangun menuju ke sofa.

"Ini makan, mak long bungkuskan untuk kau" bekas berisi makanan itu diletakkan keatas meja sebelum Tengku Daniel mengambil alat kawalan jauh televisyen sebelum butang merah di tekan.

"Korang berdua dah makan ke?" Wajah sepupunya dipandang seketika.

"Dah, kau makanlah" Tengku Daniel melangkah kearah mesin kopi kecil yang disediakan didalam bilik itu.

"Kau nak kopi?" Soal Tengku Daniel namun Tengku Adrean hanya menggeleng perlahan.

"Dear, want some coffee?" Soal Tengku Daniel kepada Diana pula. Namun gadis itu turut menggeleng perlahan.
Tanpa berkata apa Tengku Daniel membuat secawan kopi untuk dirinya.

"Macam mana dengan semua senjata yang baru sampai?" Soal Tengku Adrean sambil menyuap nasi masuk kedalam mulutnya.

"Haider dah check dalam sistem dan semuanya cukup. Nanti Kevin akan asingkan untuk pihak polis dan tentera then budak-budak yang akan hantar nanti" terang Tengku Daniel sebelum dia membawa secawan kopi menuju ke sofa semula.

"Pastikan tak ada apa-apa yang salah dan semua kuantiti dan jenis senjata cukup" tegas Tengku Adrean sebelum dia mengerling sekilas kearah sepupunya yang hanya tenang minum kopi.

"Jangan risau, Hafiz ada untuk tolong diorang" Megat Hafiz masih menjaga isteri dan anaknya yang masih kecil membuatkan lelaki itu jarang ke markas. Namun semenjak insiden yang menimpa Rania lelaki itu sudah kembali datang ke markas untuk menyelesaikan hal-hal yang tertunggak.

"Mayat anak tiri perempuan kepada usahawan Permata Holding dijumpai di satu lorong berdekatan sebuah kelab malam terkenal, mangsa yang bernama Puteri Suraya bt Abdullah dipercayai dirogol sebelum dikelar.."

Erla Diana yang mendengarkan itu terus bangun menuju ke sofa untuk melihat berita itu dengan lebih dekat dan jelas. Dia tak salah dengar kan?

Terkedu mereka bertiga mendengar berita yang disampaikan oleh wartawan perempuan itu.

Pfftt!

Tersembur air kopi yang diminum Tengku Daniel. Tepat ke wajah buah hatinya.

"Eee pengotorlah awak ni! Habis muka saya!" marah Erla Diana. Sebelum dia terus berlari ke tandas untuk mencuci wajahnya. Nasiblah tak terlalu panas kalau tidak mahu melecur muka dia.

"Eh dear, awak nak pergi mana?" Kelam kabut Tengku Daniel apabila melihat Diana yang sudah berlari anak ke tandas.

"Pergi samak muka ni haa" kata Erla Diana kegeraman.

'Fuhh ingatkan nak merajuk tadi... tapi' mata coklatnya kembali terarah kearah berita di televisyen. Matanya dikerling pula kearah Tengku Adrean. Mata kelabu lelaki itu turut memandang tajam kearah kaca televisyen itu.

Dapat dilihat Puan Suria yang menangis teresak-esak di dalam pelukan Tuan Rizal sambil dikelilingi wartawan.

"Kau dah suruh budak-budak settlekan dia ke?" Soal Tengku Daniel, tapi tak mungkin Tengku Adrean akan membunuh gadis itu dengan mudah tanpa menyeksa dahulu. Tambahan pula Suraya sudah banyak kali cari fasal dengan Arisa Rania.

"Belum" ringkas saja jawapan Tengku Adrean, mata masih tertancap pada kaca televisyen itu.

"Habistu kalau bukan kau, siapa yang b.."

"I don't know" potong Tengku Adrean dengan suara yang tertahan.

"Shit!" Carut lelaki dingin itu keras sebelum iPhone miliknya dikeluarkan, nombor Haider di dail.

"Hola joven maestro" (Hello young master) sapa Haider dihujung talian.

"Aku nak kau cari maklumat pasal kes pembunuhan Suraya, i'll give you three fucking days to find out about the mastermind" tegas lelaki dingin itu memberi arahan sebelum dia terus mematikan panggilan.

Erla Diana yang baru keluar dari tandas hanya diam mendengar arahan Tengku Adrean kepada anak lelaki itu.

Dia masih terkejut mendengar berita pembunuhan Suraya, dirasakan jantungnya berdegup kencang mendengar perkataan 'dirogol' dan 'dibunuh' itu, terimbas kembali apa yang berlaku kepada dirinya dan Rania.

Tengku Daniel yang perasan wajah termenung Diana segera bangun mendekati gadis itu. Risau jika traumanya kembali apabila mendengar berita tentang Suraya.

"Are you okey dear?" Senyuman manis diberikan kepada gadis itu bagi menghilangkan rasa takut.

Diana yang tersedar dari lamunannya terus memandang kearah wajah jejaka itu, rasa gentar dihati cuba dikawal sebaik mungkin agar tidak terlalu ketara di depan Tengku Daniel.

Perlahan-lahan dia mengangguk sebelum membalas senyuman lelaki itu.

"S..siapa yang b..bunuh Suraya?" Perlahan Diana bertanya dengan suara yang bergetar hebat.

"Kami belum tahu, but don't worry Adrean dah suruh orang untuk cari maklumat tentang kes ni" jawab Tengku Daniel.

"Diana, kau tolong jagakan isteri aku. Aku dengan Daniel nak keluar sekejap, ada hal" kata Tengku Adrean tiba-tiba sebelum dia bangun berdiri.

"Boleh, awak berdua jaga diri" pesan Diana lembut.

"Huh? Hal apa?" Soal Tengku Daniel lurus. Wajah sepupunya dipandang hairan.

'Hal? Hal apa? Asal aku tak tahu apa-apa ni?' Dilihat Tengku Adrean menjegilkan mata kearahnya sebagai isyarat.

Tengku Daniel menjegilkan kembali matanya kearah Tengku Adrean.

'Apahal bagi isyarat mata je mamat ni? dia ingat aku nujum pak belalang ke faham isyarat mata dia?'

Tengku Adrean Ruiz menjulingkan matanya keatas sebelum bertindak menarik kolar baju sepupunya itu untuk keluar dari wad VVIP tersebut.

"Eh eh apa kau ni main tarik-tarik, ingat aku ni kerbau nenek kau ke?!" Marah Tengku Daniel apabila kolar bajunya ditarik kearah pintu secara mengejut.

"Diam iblis, isteri aku tengah rehat"

"Mana ada dia rehat, isteri kau tengah komakan?" Soal Tengku Daniel dengan nada tidak bersalah.

Erla Diana yang mendengar itu sudah membulatkan mata sebelum menepuk dahinya perlahan.

'Apasal la bakal suami aku ni bendul sangat'

Namun apabila melihat tatapan tajam milik Tengku Adrean, Tengku Daniel segera mengangkat kedua tangannya separas bahu tanda mengalah. Sedar dirinya terlepas cakap.

Itulah, mulut lancang sangat, sudahlah yang tengah tarik dia ni selalu buat part time tolong malaikat cabut nyawa.

'Dasar mulut belot tuan, kau tunggu encik mulut, balik ni aku sekolahkan kau pakai berus jamban'

Meremang bulu romanya melihat tatapan tajam Tengku Adrean Ruiz.

Continue Reading

You'll Also Like

31.3K 4.1K 14
"Kau tahu benda paling bodoh yang aku pernah buat? Iaitu lepaskan orang yang aku cinta pada orang lain. Dan selamanya orang yang aku suka itu, takkan...
629K 13K 6
𝑴𝒊𝒙 𝑳𝒂𝒏𝒈𝒖𝒂𝒈𝒆 𝑴𝒂𝒍𝒂𝒚𝒔𝒊𝒂 / 𝑰𝒏𝒅𝒐𝒏𝒆𝒔𝒊𝒂 Ketika masa sudah berubah Ketika Tuhan sudah memperbaiki segalanya Ketika dosa berat ya...
369K 9.9K 32
ARJUNA HANIF x TIARA ADELIA Tiara Adelia, bekerja sebagai pemandu pelancong di sebuah agensi pelancongan. Dia hanyalah seorang gadis biasa yang sudah...
706K 40.1K 59
COMPLETE [1𝓢𝓽 𝓗𝓪𝓽𝓲 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab...