Mi Esposa (TERBIT)

By Hudanajwa__

7.1M 196K 25.9K

Book 1 "To be loved by me is a privilege"- TENGKU ADREAN RUIZ Pengkhianatan daripada keluarga adalah luka pal... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32

Bab 24

110K 5.7K 317
By Hudanajwa__

The Louis Hospital

Pembedahan Arisa Rania sudah berjaya dilakukan, namun wanita itu disahkan koma dengan jangka masa yang tiada siapa ketahui. Dia di tempatkan di wad VVIP yang terdapat di hospital itu.

Tengku Adrean yang menggenggam erat jari jemari isterinya sambil termenung jauh itu dipandang sayu. Kaki melangkah perlahan-lahan mendekati jejaka itu.

"Aku nak pergi lawat Diana, kau jangan lupa habiskan nasi ni. Aku tahu kau tak ada selera dalam keadaan sekarang, tapi kau kena makan, nanti kalau kau sakit siapa nak jaga Rania? Takkan aku pula?" Pujuk Tengku Daniel, sempat dia membuat lawak hambar dihujung ayat.

"Hm" hanya itu balasan Tengku Adrean membuatkan Tengku Daniel tersenyum kecil sebelum melangkah keluar dari wad yang menempatkan Arisa Rania. Kaki panjangnya melangkah menuju ke wad yang menempatkan Erla Diana pula.

Sudah hampir seminggu dia dan Tengku Adrean berulang-alik ke hospital untuk menjaga wanita kesayangan mereka. Satu yang dia perasan, tiada seorang pun ahli keluarga Erla Diana yang datang melawat gadis itu.

"Is she an orphan?" Gumam Tengku Daniel perlahan. Nafas ditarik panjang apabila pintu wad yang menempatkan Diana berada tidak jauh dihadapannya.

Baru saja dia ingin memegang tombol pintu dihadapannya, kedengaran bunyi riuh-rendah dari dalam wad itu menyebabkan Tengku Daniel terus merempuh masuk kedalam.

Katil pesakit yang kosong itu menambah gusar dihatinya, kaki melangkah laju kearah bilik air yang terdapat didalam wad itu.

Terdapat beberapa nurse sedang menenangkan Erla Diana yang sedang mengamuk didalam bilik air itu.

"Arghh lepaslah, jangan sentuh aku!" Jerit Diana kuat sebelum dia terduduk memeluk lutut di penjuru bilik air itu.

"A..aku merayu, jangan ap..apa-apakan aku. I'm sorry. I'm sorry" tersedu- sedu dia menangis sambil meminta maas berulang kali.

Tengku Daniel memandang tajam kearah nurse-nurse disitu. Mereka menggeleng sambil menelan liur. Gerun melihat tatapan tajam pemilik hospital itu.

"Hey, dear" lembut Tengku Daniel memanggil, perlahan-lahan dia melangkah masuk kedalam bilik air itu.

"No jangan dekat, tolong jangan dekat" semakin kuat tangisan gadis itu. Bayangan lelaki dihadapannya dipandang takut dengan mata yang dikaburi air mata.

"Diana, look at me" pujuk Tengku Daniel lagi, bahu gadis itu disentuh lembut.

"Aku cakap jangan sentuh aku!" Jerit Diana sebelum dia menolak kuat tubuh Tengku Daniel sehingga lelaki itu terdorong kebelakang. Belakang kepala Tengku Daniel terhantuk agak kuat pada pili air dibelakangnya menyebabkan air shower itu terbuka membasahi tubuhnya.

Nurse-nurse disitu sudah menelan liur kerana takut. Risau jika Tengku Daniel mengamuk apabila ditolak begitu.

"Argh" Tengku Daniel menggosok perlahan belakang kepalanya yang sakit. Nurse-nurse yang berdiri dipintu bilik air itu dipandang tajam.

"Bring me the towel" arah Tengku Daniel tegas sebelum dia menutup semula pili air itu. Kemeja biru muda yang dipakai olehnya sudah basah lencun. Rambut basahnya disebak perlahan kebelakang, belakang kepalanya yang masih sakit dibiarkan.

Erla Diana yang masih memeluk lututnya dipandang seketika, baju pesakit yang dipakai oleh gadis itu turut basah sedikit akibat terkena tempias. Tubuh Diana kembali didekati.

"Erla Diana" panggil Tengku Daniel lembut namun gadis itu bertindak menekup telinganya. Bayangan Rayyan yang cuba memperkosanya dulu kembali bermain difikiran.

"Hey look at me, it's me Tengku Daniel, i won't hurt you" pujuk Tengku Daniel lembut sebelum mengangkat wajah yang dipenuhi air mata itu agar memandang wajahnya.

Tengku Daniel? Erla Diana mengerdipkan matanya beberapa kali sebelum pandangannya menjadi lebih jelas. Wajah tampan dihadapannya dipandang lama.

"B..bos, sa..saya takut" perlahan-lahan lengan lelaki itu dicengkam kuat.

"Shh, as long as i'm here, no one can touch you" kata Tengku Daniel lembut namun masih terselit ketegasan dalam suaranya.

"Tengku" terketar-ketar nurse itu menghulurkan tuala kepada Tengku Daniel. Tuala itu diambil sebelum dililitkan pada tubuh Diana.

Tubuh Diana di dukung menuju ke katil. Suhu penghawa dingin didalam ward itu dinaikkan untuk kurangkan sejuk. Gadis itu masih menangis. Hampir seminggu peristiwa itu berlalu namun dia masih trauma.

Bayangan peristiwa itu sering berlayar di mindanya, dia tidak dapat tidur dengan tenang, dia merasakan dirinya jijik selepas apa yang berlaku.

Dia sering bermimpi buruk setiap malam, namun dipenghujung mimpi itu, ada seorang lelaki yang menghulurkan tangan kepadanya. Pada awalnya wajah itu samar samar, namun semakin lama wajahnya kelihatan.

"Get out!" halau Tengku Daniel keras membuatkan nurse-nurse itu menunduk sebelum berlalu keluar. Sempat dikerling sedikit kearah tubuh tegap itu. Kemeja yang basah itu melekap mengikut tubuh tegap Tengku Daniel.

Jarang lelaki itu datang ke hospital ini memandangkan dia sibuk menguruskan syarikat The Louis Holding. Selalunya ibu kepada Tengku Daniel yang akan datang kesitu setiap kali wanita separuh usia itu pulang ke Malaysia.

"What are you doing? I said get out" Tengku Daniel mengerling sedikit kearah nurse-nurse yang terkaku di muka pintu. Tanpa menunggu lama mereka terus keluar.

"Nak air?" suara garau itu menyentak lamunan Diana. Dia mengangguk perlahan sebelum segelas air diberikan kepadanya.

Wajah Tengku Daniel dipandang lama. Lelaki ini sentiasa ada disaat dia dalam kesusahan.

'It was him' kata Diana kepada diri sendiri. Lelaki didalam mimpinya adalah Tengku Daniel.

Setiap kali dia hilang kawalan akibat trauma itu, setiap kali itu juga Tengku Daniel akan setia berada disisinya untuk menenangkan dia.

"S..saya nak ju..jumpa Rania" kata Diana perlahan, sungguh dia rasa bersalah apabila Tengku Daniel menceritakan tentang keadaan sahabatnya itu.

"You need to rest, lagipun masa melawat dah tamat, cuma Adrean yang dibenarkan jaga Rania. Esok saya bawa awak jumpa Rania" janji Tengku Daniel sebelum dia mengambil tempat di kerusi.

Erla Diana hanya mengangguk sekali lagi. Dia masih ingat senyuman gembira sahabatnya itu semasa mendapat berita tentang kehamilannya. Tidak sampai sehari bahagia itu datang.

'Aku harap kau kuat Rania'

"It was all my fault, isn't it?" Jari jemarinya menggenggam satu sama lain dengan kepala yang menunduk.

"Nah, it's was qada and qadr" jawab Tengku Daniel ringkas, dia tidak mahu gadis itu terus-terusan menyalahkan dirinya.

"But, kalau saya tak ajak dia food hunting hari itu semua ini takkan terjadi. Kalau saya tak selemah ini Rania mesti dah selamat" sekali lagi air mata mengalir di wajah bersih itu.

"Listen dear, awak dah buat yang terbaik untuk selamatkan dia. It's not your fault at all, semua ini takdir dan ujian untuk Adrean dan Rania"

"But.."

"No but, listen dear, saya taknak awak terus salahkan diri awak dan Rania pun tak suka kalau awak salahkan diri awak. Adrean sendiri pun tak pernah salahkan awak atas apa yang terjadi kepada isteri dia" panjang lebar Tengku Daniel berkata, mata coklatnya memandang tepat keaeah wajah pucat itu.

Dia mengerling sedikit kearah Tengku Daniel sebelum dia perasan tentang baju jejaka itu yang agak lencun.

"Saya minta maaf" tuala yang dililitkan pada tubuhnya diberikan kepada lelaki itu. Mesti dia sejuk.

Tengku Daniel yang melihatkan itu terus berpaling kearah lain. Telinganya mula memerah.

"Awak lebih perlukan tuala itu. Saya okay" tolak Tengku Daniel lembut.

"Nanti bos sejuk, macam mana kalau bos demam?" Tuala masih dihulurkan kearah jejaka itu.

"Erla Diana, look at yourself right now and keep the towel" kata Tengku Daniel tanpa memandang kearah gadis itu. Perlahan-lahan Diana menunduk memandang kearah tubuhnya, baju hospitalnua yang sedikit basah itu membuatkan bajunya jarang. Tanpa menunggu lama tuala itu ditarik semula sebelum dililitkan semula pada bahunya.

"Sorry bos" kata Diana lagi dengan wajah memerah membuatkan Tengku Daniel mengerutkan dahinya. Kenapa gadis itu sering meminta maaf walaupun bukan salah dia?

"Drop the formalities, saya bukan lagi bos awak dan awak bukan lagi pembantu saya" kata-kata Tengku Daniel membuatkan Diana memandang tepat ke wajah lelaki itu.

"Ap..apa maksud bos?"

"Saya dah ada personal assistant baru" kata Tengku Daniel membuatkan Diana menggigit bibirnya perlahan. Dia dipecat. Perlahan-lahan bibirnya menguntum senyuman tawar.

"Saya minta maaf sebab tak dapat menjadi personal assistant yang baik untuk awak" sebak Erla Diana bersuara membuatkan Tengku Daniel terkedu. Nampaknya gadis itu sudah salah faham.

"Saya tak pecat awak sebab awak tak cukup baik, tapi ada sebab lain" Tengku Daniel membetulkan duduknya. Wajah bingung Diana dipandang sekilas.

"Saya ada benda nak bincang dengan awak sebenarnya, but if you are tired then we will discuss it later" kata Tengku Daniel.

"I feel much better now, apa yang awak nak bincang?" Cawan ditangannya digenggam erat menunggu apa yang ingin dibincangkan oleh lelaki itu.

"About us"

"About us?"

"Marry me Erla Diana, saya bukan lelaki yang romantik, saya pun tak pandai bermain kata tapi saya serius nak menghalalkan awak, I've fall for you Erla Diana. From head to toe" Tengku Daniel berterus terang tentang niatnya membuatkan Diana terkedu.

"Saya tak pecat awak sebab awak gagal jadi personal assistant saya. Saya nak awak jadi isteri saya bukan lagi personal assistant saya" jelas Tengku Daniel lagi.

"Saya tak boleh" tolak Erla Diana perlahan.

"Why? Awak dah ada orang yang awak cinta?" Jika benar maka tiada apa yang boleh dia lakukan, bukan hak dia untuk memaksa gadis itu menerimanya.

Erla Diana hanya menggelengkan kepalanya. Air mata mula bertakung di tubur mata.

"Then why?"

"Saya dah tak suci, saya kotor, saya hampir kena ro.."

"I don't fucking care about it Diana, i love you because you are who you are, it's not about your body, your virginity and whatsoever, it's all about you dear" terang Tengku Daniel panjang lebar berusaha meyakinkan Diana.

"T..tapi.."

"Please Diana, let me prove it that i'm not like the other guy you've met before, please let me show you my love and take care of you" rayu Tengku Daniel lagi. Dia sudah tak sanggup kehilangan gadis ini buat kali kedua.

"Ada sesuatu yang awak belum tahu tentang saya" perlahan Erla Diana berkata bibirnya di gigit kuat bagi menahan air mata yang ingin mengalir.

"Then, tell me everything about you. Saya boleh cari tahu sendiri semuanya tapi saya hormatkan privasi awak. Jadi saya nak semua itu keluar dari mulut awak sendiri" tegas Tengku Daniel lagi. Dia boleh saja menyuruh Haider untuk mencari tahu maklumat dan latar belakang Diana tapi dia masih menghormati privasi gadis itu.

"Saya datang dari darah yang kotor, yang jijik" kata Diana perlahan membuatkan Tengku Daniel terdiam. Tidak faham apa yang dikatakan oleh wanita itu.

"Saya datang dari benih haram, saya anak luar nikah" sebaik saja ayat itu meluncur kelur dari bibirnya air mata kembali mengalir laju. Tengku Daniel terdiam lama.

"Saya datang dari dunia yang berbeza dari awak. Awak ada semuanya, awak seorang yang lahir dari pasangan yang berkahwin secara sah tapi saya cuma anak yang lahir hasil dari zina" sebak Erla Diana bersuara. Untung saja dia dibesarkan dan disayangi oleh neneknya dahulu.

"I don't care"

"What?" Wajah Tengku Daniel dipandang tidak percaya.

"I said, I. Don't. Care" ulang Tengku Daniel satu per satu.

Tangannya menggenggam erat tangan gadis itu. Menandakan dia tidak main-main.

"Let me be your husband, and i'll show you what is happiness. Untuk kali ini, percayakan saya" mata coklat itu memandnag tepat kedalam abak mata hitam Diana.

Perlahan-lahan Diana mengangguk, lelaki ini sudah banyak menyelamatkan dia, didalam mimpi ngeri itu juga lelaki itu yang menghulurkan tangan untuk membantunya. Dan lelaki ini juga merupakan cinta hatinya.

"Tapi saya harap awak tak meletakkan harapan tinggi keatas saya. There's nothing i can give you. Saya hidup sebatang kara tapi saya akan berusaha untuk tak kecewakan awak" janji Diana.

Tengku Daniel tersenyum gembira apabila lamarannya diterima.

"Saya minta maaf andai saya tidak sesempurna seperti perempuan lain, tapi saya akan berusaha untuk menjadi isteri yang terbaik untuk awak" janji Erla Diana dengan muka yang memerah.

"Nope, you are more than perfect, just put this in your head, I Love You because of you not because of the other reasons" kata Tengku Daniel sambil tersenyum manis.

Continue Reading

You'll Also Like

6M 312K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...
926K 33.7K 42
2019 | TERBIT 2022 Sambungan kisah cinta Dhia Irdina dan Farhan Iskandar. Mr.Hoodie Pujaan Hati, telah diterbitkan dalam versi cetak, di bawah syarik...
383K 23.5K 64
๐๐ฎ๐ซ๐ž๐ž๐ง ๐‘๐š๐ฎ๐๐ก๐š๐ก | ๐Œ๐ฎ๐ก๐š๐ฆ๐ฆ๐š๐ ๐™๐š๐ฒ๐ซ๐š๐ง Percaya? Percayakah dia pada namanya cinta. Setelah cinta yang bertahun-tahun lamanya dip...
3.9M 50.7K 10
his code name: Alpha (COMPLETE) "Dalam hidup aku hanya ada dua tugas yang patut aku jalankan. Yang pertama, tugas aku kepada Allah dan negara. Yang k...