THE RULES: BRAYAN [Complete]

Da CIK_ZALIKHA

4M 312K 42.3K

"Maaf, Nayra. Saya terpaksa pecat awak." Perkataan pecat itu sudah 20 kali aku dengar. tak tau sebab mengapa... Altro

BLURB
PROLOG
👀
BAB 1
Bab 2
BAB 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
bab 46
47
Bab 48
Bab 49
50
51
52
53
54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
58
59
60
61
62
Bab 63
64
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
77
78
79
80
81
82
83
84
85
TAMAT
APA ITU SPLIT PERSONALITI
The Rules Brayan ada novel?
pilih cover

25

44.8K 3.7K 648
Da CIK_ZALIKHA

                     “ELLY!" Laju kakiku menuruni tangga. Sampai sahaja di tingkat bawah, aku terus berlari ke arah pintu utama. Jantung semakin berdegup kencang. Mencungap nafas aku apabila tiba di pintu. Penat. Tapi apakan daya, aku dah tak cukup masa untuk berehat lagi. Aku perlu keluar daripada sini secepat yang mungkin.

Lantas tombol pintu dipulas lalu di kuak. Muncul figura Mel di hadapanku saat ini. Terus berkerut keningku memandangnya. Macam mana pula Mel yang boleh sampai sedangkan aku whatsapp Elly?

"Mel?"

"I dapat Whatsapp daripada Elly, dia suruh I datang sini sebab you ada hantar mesej pelik dekat dia. Why? Mesti betulkan apa yang I cakap? Dalam rumah ni ada orang lain selain you?"  Dingin Mel berkata sambil pinggang dicekak dengan kedua belah tangannya.

"Ma... Macam kau boleh terlepas masuk sini? Bukan ke lelaki tak dibenarkan masuk?" Aku sedikit bingung. Sedangkan Mel mencorek senyuman sinis dibibir.

"I tipu guard you tu. Dia ingat I rider yang nak hantar makanan. Sesenang itu aje dia lepaskan I masuk. Ah, tak kesahlah! Yang penting sekarang jom kita cari jantan puaka yang tipu you tu!"

"Eh, nanti dulu Mel!" Cepat-cepat aku menghalang Mel daripada melangkah masuk ke dalam rumah. Apa-apa pun, aku masih ingat peraturan lelaki itu. Jangan sesekali benarkan lelaki masuk ke dalam rumah. Aku tak boleh langgar peraturan tu. Yang penting sekarang, aku harus larikan diri bersama Mel. Tentang Tuan Brayan itu, mungkin nanti-nanti sahaja aku boleh selesaikan.

"Lupakan tentang dia. Kita lari dulu, Mel. Please. Kita kena pergi daripada sini. Se... sebab aku dah mula rasa tak sedap hati." Kataku sedikit perlahan.

"Kenapa pula nak biarkan mamat tu terlepas? I tak peduli! I tahu lelaki yang konon misteri sangat tu masih ada dekat dalam rumah ni!" Protes Mel.

"Tak boleh, Mel! Tak boleh! Kau tu lelaki, kau takkan boleh masuk sini. Kalau tak..."

"Kalau tak apa? Dia nak denda you atas alasan peraturan tak masuk akal dia tu? You jangan takutlah. I ada dengan you sekarang. Kita kena ajar lelaki tu cukup-cukup sebab dia perbodohkan you selama ni! Dah, I tak kira. I pasti lelaki tu ada dekat dalam rumah ni lagi. Jangan halang I!" Mel terlebih dahulu memotong kata-kataku dengan amaran. Dia lantas menolak aku ke tepi lalu melangkah masuk ke dalam rumah itu sesuka hati. Aku sudah mula tak keruan saat melihat langkah Mel semakin laju menuju ke tingkat atas.

Aku sudah geleng kepala. Jangan kata dia nak pergi ceroboh bilik Tuan Brayan tu!

"Mel, tunggu Mel!" Tanpa menunggu lama, aku terus mengejar langkah Mel yang sudah berada di tingkat dua.

"Mana kau jantan puaka huh?! Keluarlah!" Jerit Mel seolah-olah sedang mencabar. Anak matanya melintas ke setiap ruang di dalam rumah ini. Tercari-cari di mana lelaki yang kononnya bersembunyi itu dengan amarah. Sekilas anak matanya menangkap satu bilik yang berada di tingkat tiga. Ada papan tanda yang tulis di situ 'Tuan Brayan'. Mungkin di situ lelaki itu menyembunyikan diri.

Laju sahaja kakinya melangkah ke tingkat tiga. Sedangkan Nayra pula masih terhegeh-hegeh mengejar dari tingkat bawah. Perutku sudah terasa senak berlari saat ini. Aku berhenti berlari seketika. Berehat mengambil nafas dalam beberapa detik sebelum kembali mengatur langkah.

"Mel, tunggu aku!!" Jeritku kuat dan jelas. Langkah demi langkah, akhirnya aku tiba juga ditingkat tiga. Nafasku mencungap, penat. Dengan kening berkerut, aku pusing memandang sekeliling tingkat tiga mencari kelibat Mel yang hilang secara tiba-tiba. Suaranya pun sudah tidak kedengaran. Ke mana pula si Mel ini pergi?

"Mel?" Anak mataku melingas ke kiri dan ke kanan. Namanyaku panggil dengan kuat tapi tidak pula dia menyahut. Jantung semakin berdebar keresahan.

"Mel kau dekat mana?!" Aku jerit lagi. Masih tidak menyahut. Sekilas anak mataku menangkap sesuatu. Pintu bilik Tuan Brayan itu sudah terbuka dengan luas. Bermakna Mel sudah ceroboh masuk ke dalam bilik itu. Aku geleng kepala berkali-kali. Tak mungkin!

"Me... Mel..." Menggigil kakiku saat melangkah mendekati bilik Tuan Brayan itu. Jantung berdebar-debar dengan hebat. Gelisah, takut, cemas semuanya bercampur baur sekarang. Semakin dekat jarakku dengan bilik itu, semakin jelas aku mendengar dengusan nafas kasar seseorang yang begitu menakutkan.

Air liurku paksa telan. Menggelabah tak terkata. Dan sekarang, aku sudah berdiri dihadapan bilik Tuan Brayan. Jantung semakin pantas berdegup seakan-akan menandakan suatu yang tidak elok berada di dalam bilik itu. Nafas tertahan sesak di dada. Perlahan-lahan aku tolak pintu bilik Tuan Brayan dengan lebih luas.

"Arghhh!!" Aku menjerit tatkala melihat tubuh Mel sudah terbaring di atas lantai dengan kepala yang berdarah. Lututku yang terasa semakin longlai, menyebabkan aku jatuh terduduk ke bawah. Sebelah tanganku pantas naik menekup mulutku yang terlopong. Terkejut.

Lebih menggerunkan apabila aku lihat lelaki memakai hoodie hitam itu sedang memegang kayu besbol ditangan. Kesan darah ada terlekat dihujung kayu itu. Aku pasti dialah yang menghentak kepala Mel. Wajahnya tak berapa jelas kerana dia membelakangi aku. Bahunya turun naik dengan dengusan nafas yang begitu keras.

Perlahan-lahan dia memusing memandang aku di belakang. Air muka berubah kian bengis dengan mata mencerlung garang. Barisan gigi atas dan gigi bawahnya asyik berlaga dan terkacip-kacip sesama sendiri. Turun naik dadanya berombak dengan kencang.

Dia... benar-benar sedang marah.

"How dare you brake my rules, Nayra!!" Jerkah lelaki itu sekuat-kuatnya hingga bergema ke seluruh rumah yang besar ini.

Aku telan air liur. Menggigil tubuhku tatkala melihat wajahnya dengan begitu jelas sekarang. Sungguh, aku tak sangka Tuan Brayan itu adalah...

"Ya... Yan?" Aku tiba-tiba menjadi gagap. Sedangkan lelaki itu tersenyum penuh sinis. Kepala disengetkan sedikit ke tepi saat melihat mukaku yang jelas ketakutan. Setepak demi setapak dia menghampiri ku malah aku juga turut mengundur ke belakang.

"Are you scared?"

"Mak... Maknanya betul selama ni aku bukan duduk seorang diri!"

"Yes, of course. You stay here with me. With Brayan. Now, come here sweetheart. Kenapa mengundur ke belakang? Come, rapat sikit." Dia memanggil aku dengan lembut. Tapi tak mungkin aku akan percaya dengan lakonannya. Aku pasti, jika aku dekat dengan dia. Dia akan terus menerkam aku dengan kuat. Entah apa yang akan jadi selepas itu.

Aku geleng kepala berkali-kali.

"I said come here, Nayra..." Suaranya masih lembut mengarah. Bibirnya terketap-ketap. Tangannya melambai-lambai ke arahku seperti meminta aku untuk datang kearahnya. Sekilas aku menjeling memandang Mel yang masih tidak sedarkan diri. Cadangku ingin pergi daripada sini bersama Mel. Tapi aku dah tiada masa. Mel pun masih tidak sedarkan diri. Tidak mahu tidak, aku harus selamatkan diri aku terlebih dahulu.

Aku melirik ke belakang. Tiada apa-apa yang menghalang jalanku, jadi aku boleh terus lari daripada sini. Tanpa menghiraukan arahan lelaki itu. Aku terus bangkit. Memecut laju turun ke tingkat bawah.

"I said come here, Nayra Rausa!!" Jerkahnya, kuat.

Sempat aku menoleh ke belakang. Berderau darahku apabila melihat lelaki itu sudah mengejar aku dari belakang. Pantas sekali! Tanpa mempedulikan amaran lelaki itu yang meminta aku untuk berhenti, kaki tetap diayun pergi. Tangan aku berpaut-paut pada pemegang tangga untuk turun ke tingkat bawah. Menjejakkan kaki dituang bawah, suasana di situ agak kelam dan sunyi.

Terburu-buru aku membuka pintu utama dan terus keluar. Nafasku cemas. Jantung juga semakin laju berlari. Langit sudah gelap gelita. Macam mana aku nak terus lari dalam keadaan kawasan yang dipenuhi pokok-pokok dan gelap ini. Hanya ada cahaya lampu jalan yang menyinar. Tapi aku tak boleh guna jalan raya. Kerana aku pasti lelaki itu boleh mengejar aku di situ. Nak tak nak, aku kena masuk ke dalam hutan juga.

Membayangkan lelaki itu mungkin akan menerpa dari belakang bila-bila masa saja, hati jadi semakin gerun. Aku terus meluru ke arah pintu gerbang yang besar itu.

"Pak cik, Tolong buka pintu ni! Saya nak keluar!" Pintaku cemas kepada si sekuriti yang menjaga pagar masuk ini. Sekejap aku toleh ke belakang. Lelaki itu sudah berdiri di pintu utama dengan nafas tercungap-cungap.

Aku sudah semakin tak keruan.

"Cepat pak cik, buka pintu ni!!"

"Ke... Kenapa ni, Cik Nayra?" Pak cik itu menyoal tatkala melihat wajah aku yang sudah pucat.

"Saya tak ada masa nak jelaskan! Buka sekarang! Tolonglah!!" Aku sudah merayu bagai nak gila. Mana tidaknya jika aku lihat lelaki itu sudah mula menyambung langkah menghampiriku. Lantas, orang tua itu terus menekan butang merah yang ada pada alat kawalan jauh. Secara automatik pintu pagar gerbang itu terbuka secara perlahan-lahan.

Tanpa menunggu lama, aku gagahkan diri untuk meredah masuk ke dalam hutan. Gelap dan suram. Demi ingin melarikan diri, aku sanggup ambil risiko masuk ke dalam hutan yang luas ini. Tak tahulah apa yang ada di dalam sana. Sekurang-kurangnya lebih baik daripada aku menggunakan jalan raya kerana lelaki itu mungkin boleh dapatkan aku sekelip mata sahaja.

Melihat Nayra yang sudah hilang masuk ke dalam hutan. Langkah Brayan berhenti di hadapan pagar gerbang. Dia tersenyum menyenget.

"You think you can run away from me? This area is too small for me to get you back, Nayra." Brayan mengerling ke arah kereta Buggati Veyron berwarna hitam miliknya. Lantas, dia terus masuk ke dalam pondok sekuriti itu. Mencapai kunci sebelum menuju ke arah keretanya. Kayu besbol yang masih berada ditangannya terus dicampakkan ke tepi.

Continua a leggere

Ti piacerà anche

5.7K 918 20
𝗇𝗈𝗈𝗋𝗈𝗈 : 𝗐𝗋𝗂𝗍𝗍𝗂𝗇𝗀 𝗍𝗂𝗉𝗌 --------------------------------- Adakah anda orang yang baru masuk Wattpad? Adakah anda penulis? Adakah and...
3.3M 295K 95
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
937K 97.6K 28
"matahari masih indah." > @mintytxt, | 2021 - n.
582 61 9
Book 2 [Teen Fiction Comedy + Action] Di Bandar Lasterd, terdapat 4 buah sekolah, - Esmeray Highschool - Crimsyn Highschool - Ramsey Highschool - Me...