๐“๐ก๐ž ๐Œ๐š๐Ÿ๐ข๐š

Autorstwa MrHazReyz

93.6K 7.2K 2.7K

[๐‚ ๐Ž ๐Œ ๐ ๐‹ ๐„ ๐“ ๐„ ๐ƒ] โ™ก ๐Š๐š๐ซ๐ฒ๐š ๐ค๐ž๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ ๐Œ๐ซ๐‡๐š๐ณ๐‘๐ž๐ฒ๐ณ โ™ก โ˜…๐’๐ž๐œ๐จ๐ง๐ ๐ฌ๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ ๐จ๏ฟฝ... Wiฤ™cej

Sepatah dua kata MrHazreyz
Prolouge
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67 (END)

Bab 46

663 62 42
Autorstwa MrHazReyz

     SEBUAH bilik yang agak besar terletak di bawah tanah dimasuki mereka berenam. Masing-masing terpegun melihat sekeliling ruang yang kelihatan seperti tempat latihan menembak itu. Tidak pernah pula gadis-gadis itu tahu tentang kewujudan tempat ini termasuk Mikayla dan Ferliy yang telah lama tinggal di situ kerana kebiasaannya, mereka berlatih di luar saja.

     "Kita buat apa dekat sini?" bisik Lian pada Miya.

     "Belajar menembak," jawab Miya yang juga dengan nada berbisik.

     "Guna pistol ori ke?" soal Lian perlahan namun soalan itu masih dapat menarik perhatian Enrique.

     "Habis tu kau fikir pistol air? Kalau pistol air baik aku tak payah ajar. Kau tembak je mana-mana, air je pun yang keluar. Sini kau." Enrique memanggil Lian. Lian menghampiri Enrique dengan penuh rasa hairan.

     "Ferliy akan ajar kau orang semua cara guna pistol dan rifle." Enrique menunding ke bilik pernyimpanan senjata.

     "Aik? Kenapa saya?" Ferliy mengerutkan dahi menunjuk diri sendiri.

     "Sebab kau pandai. Pandai sangat, sampai hampir bunuh abang sendiri." Enrique menyindir Ferliy yang mula mencebik itu.

     "Itu cerita lamalah! Sibuk je dia ni. Okeylah semua ikut saya ke bilik senjata. Saya memang suka main-main senjata ni..." Ferliy mendahului mereka menuju ke bilik yang dimaksudkan. Mereka semua ikut kecuali Lian dan Enrique.

     "Kenapa kita kena belajar guna pistol? Macam mana awak boleh simpan pistol dalam rumah? Bukan ke benda tu salah di sisi undang-undang negara ni?" Bertubi-tubi soalan diajukan Lian.

     "Salah ek? Aku tak tahu pun salah..." Enrique mengeluarkan sepucuk pistol yang telah dipasang silencer dari belakang seluarnya.

     "Pandang dinding target." Enrique memusing tubuh Lian sebelum tubuh itu dipeluk dari belakang.

     "Saya rasa saya tak..." Belum sempat Lian menghabiskan ayat, pipi kanannya dicium Enrique.

     "Enrique, kenapa kita perlu belajar ni?" Tangannya yang dipegang Enrique itu sudah bersiap sedia untuk menembak.

     "Untuk keselamatan. Hidup dalam keluarga mafia, kena pandai bertindak macam mafia. Bukan tahu nak hidup selesa goyang kaki dan harapkan orang lain lindungi kau, faham?" soal Enrique lembut.

     "Mafia? Siapa mafia?"

     "Aku mafia." Enrique menjawab lalu melepaskan tembakan membuat Lian tersentak. Walaupun tidak kedengaran kuat, dia masih terkejut dengan senjata itu.

     "Awak boleh tak jawab soalan saya elok-elok? Saya tengah serius ni, mafia tu orang jahat, kan? Takkanlah awak mafia."

     "Apa yang kau nampak pada Ricky, Fred dan Herith?" Enrique melepaskan tubuh Lian. Terus Lian berpusing menghadapnya.

     "Mereka baik..."

     "Agak-agak aku pulak macam mana?"

     "Awak jahat." Lian menjawab selamba sekadar ingin mengusik.

     "Betullah tu. Aku memang jahat." Enrique mengangguk kecil sambil memegang tangan kiri Lian.

     Bunyi tembakan mula kedengaran di seluruh ruang itu. Lian menoleh ke arah Ferliy yang sibuk mengajar Shira, Miya dan Mikayla. Senyuman lebar Ferliy kelihatan seperti gadis itu seronok melepaskan tembakan. Ferliy juga orang jahat? Jadi, mereka semua sedang dilatih untuk menjadi orang jahat? Siapa yang akan menjawab soalannya ini jika bukan Enrique?

     "Kau tak jealous ke tengok dia pandai guna pistol?" Enrique merenung Lian yang langsung tidak melarikan pandangannya daripada gadis-gadis yang sedang bergelak tawa tidak jauh dari mereka.

     "Saya rela mati daripada bunuh orang. Ambil balik pistol awak, saya memang tak nak guna atau belajar. Tak apalah kalau ada orang nak bunuh saya sekalipun, saya terima ajal saya dah tiba." Lian meletakkan pistol itu ke atas meja berdekatan.

     "Lian..." Enrique menghela nafas. Kedua-dua belah tangan Lian dipegang.

     "Kau sayang aku, kan?" Enrique merenung redup ke dalam sepasang anak mata Lian.

     "Mestilah saya sayang suami saya tapi, semua ni salah. Walaupun saya isteri awak, saya tak boleh ikut atau galakkan awak buat benda tak betul macam ni. Awak kena faham..."

     "Kau fikir aku ada masa ke nak kisah semua tu? Suka hati akulah nak buat apa pun, ini hidup aku. Sekarang, kau nak ikut cakap aku ke tak?" Enrique melepaskan tangan Lian. Wajahnya yang redup tadi berubah bengang memandang Lian.

     Suara Enrique yang sedikit tinggi itu menarik perhatian Mikayla, Miya Shira dan Ferliy. Mereka berempat menoleh ke arah Enrique dan Lian. Situasi bilik itu menjadi tegang tiba-tiba hanya disebabkan Enrique.

     "Maafkan saya, saya harap awak berhenti buat semua ni demi saya."

     Enrique mencapai pistol di atas meja lalu diacu tepat pada Lian.

     "Enrique! Jangan melampau boleh tak??" Mikayla mendekati Lian.

     "Berhenti Kayla." Enrique mengalih sasaran pada Mikayla pula. Langkah Mikayla terus terhenti. Riak sinis itu adalah riak membunuh Enrique.

     "Jangan masuk campur urusan aku dengan perempuan ni. Dia dah cukup bersedia untuk mati dalam tangan aku," kata Enrique tanpa nada. Pistol kembali diacu tepat pada kepala Lian.

     Sepasang mata Lian berkaca-kaca membalas renungan tajam Enrique. Sudah lama dia tidak melihat wajah menakutkan Enrique seperti sekarang. Sebelum ini, wajah Enrique sentiasa dihiasi senyuman lebar dan senyuman nakal yang membuat dia tertarik. Lelaki itu boleh membunuhnya jika itu yang terbaik.

     Bang!

     Enrique melepaskan satu das tembakan mengenai dinding sasaran di belakang Lian. Senyuman sinis terukir melihat mata Lian yang terpejam rapat. Tahu takut. Pistol itu dilempar ke atas meja sebelum dia melangkah keluar tanpa kata.

     "Lian..." Mikayla cepat-cepat menghampiri Lian yang mula menangis teresak-esak itu. Tubuh yang lebih pendek daripadanya itu dipeluk erat. Tiga gadis lain juga menghampirinya.

     "Shh... Saya dah bagi amaran sebelum awak terima lelaki gila tu dulu. Sekarang tengok apa yang terjadi." Shira mengusap lembut belakang tubuh Lian.

     "Lian, kami tak bermaksud nak sembunyikan apa-apa daripada awak. Cuma Enrique yang nak bagitahu awak sendiri. Kami tak sangka dia akan bagitahu dengan cara teruk macam ni..." Miya pula cuba menenangkan Lian.

     "Enrique tu baik bila kita tak buat masalah dengan dia. Apa-apa pun awak kena banyakkan bersabar dengan sikap dia. Sekarang, awak boleh terima tak suami awak seorang pembunuh?" Mikayla meleraikan pelukan.

     "Err, suami kita pun pembunuh." Shira memandang Mikayla, Miya dan Ferliy bersilih ganti. Pelik juga mendengar soalan itu.

     "Siapa cakap? Suami saya seorang doktor okey!" Ferliy menjeling Shira. Suka-suka hati saja cakap Firaz juga pembunuh. Shira mencebik menyampah.

     "Macam mana awak semua boleh hidup dengan pembunuh tanpa rasa bersalah?" Nada suara Lian kedengaran bergetar.

     "Mereka tak bunuh orang baik. Kebiasaannya, mereka sasar orang yang cari atau buat masalah." Miya menjawab tenang.

     Yang lain mengangguk setuju kecuali Lian yang masih bersedih dengan keadaan ini. Dia sudah tidak menangis namun masih tersedu-sedu. Membunuh tetap salah di sisi undang-undang dan agama. Tidak bolehkah mafia-mafia itu berubah ke arah yang lebih baik?

*****

     Enrique memerhati setiap mesin yang sedang berjalan di dalam makmal. Hasil daripada mesin-mesin canggih itu adalah sejenis cecair bewarna biru yang akan dijadikan sebagai peluru Brunella-43 Gun. Permintaan yang tinggi menaikkan nama Ahn Destric Company ini.

     Dari pandangan orang lain, syarikat ini hidup sebagai back up syarikat lain di seluruh dunia yang mengeluarkan jenama barangan produk seperti kasut, pakaian dan barang kemas.

     Dari dalam pula, mereka sebenarnya mengeluarkan senjata ciptaan sendiri dan juga menawarkan pinjaman wang kepada syarikat-syarikat lain yang hampir muflis.

     Matanya melihat ke arah skrin televisyen yang menayangkan berita semasa dunia, sudah banyak kes kematian dicatatkan berpunca daripada serangan sakit jantung dan mati mengejut, padahal itu semua adalah disebabkan peluru dari senjata yang dibekalkannya. Bibirnya mengukir senyuman melihat berita itu.

     "Sampai bila kau nak hidup macam ni?" soal Freddy yang berdiri tidak jauh dari belakangnya.

     "Sampai mati." Enrique menjawab bersahaja.

     "Aku tak faham macam mana kau boleh tenang sedangkan kau punca segala kematian yang tak dapat dikesan forensik tu."

     "Relakslah, orang jahat memang patut mampus." Enrique tersenyum sinis sambil mengambil tempat di sebuah kerusi. Bunyi dari mesin-mesin tidak menganggu perbualan tegang mereka.

     "Kau jahat, kenapa tak nak mampus?" Freddy mengambil tempat di kerusi bertentangan Enrique.

     "Aku lain. Kalau aku mampus, orang-orang jahat dalam dunia ni takkan maju. Dia orang cuma tahu guna apa yang ada depan mata. Aku pulak, akan terus mengkaji dan mencipta sampai aku puas. Kan beza tu. Kau nak apa datang sini?" Enrique membalas renungan tenang Freddy.

     "Saja melawat kawasan. Alang-alang aku lalu depan pejabat kau tadi. Herith mana? Aku tak nampak dia pun dari tadi."

     Enrique membuka lappy yang berada di atas meja. Lappy itu dipusing menghadap Freddy. Berkerut dahi Freddy melihat rakaman kamera litar tertutup memaparkan Herith yang sedang menyemak kertas di dalam fail.

     "Budak gila ni degil. Aku suruh pakai cop je untuk tandatangan lepas tu mintak staff semak balik pun tak nak. Macam-macam alasan bangang dia bagi. Sekarang tengoklah, dah jadi bos pun kena buat kerja." Enrique membebel geram. Lappy itu ditutup.

     Freddy kembali merenung riak biasa Enrique. Dia tidak percaya Enrique yang mengarahkan seseorang mengganggu Miya sewaktu mereka di New York. Tetapi selama seminggu ini, Enrique kelihatan sibuk bersama kerja. Langsung tiada tanda yang menunjukkan lelaki itu sedang memerhati gerak-geri Miya.

     "Kenapa kau pandang aku macam tu? Tak puas hati?" soal Enrique bersahaja.

     "Kau ambik dadah ke? Makin kurus je aku tengok."

     "Agak-agak aku ada masa lebih ke nak layan dadah? Come on lah Fred, kalau Ricky bagi aku hisap dadah pun aku tak nak. Kerja aku rosakkan orang lain, bukan rosakkan diri sendiri." Enrique tertawa kecil.

     "Jom pergi makan!" Herith yang baru keluar dari lif itu tersenyum lebar memandang Freddy dan Enrique.

*****

     Di dalam kereta yang dipandu Enrique itu riuh dek suara Enrique dan Herith yang tidak berhenti berbual. Entah apa yang disembangkan. Susah untuk Freddy faham kerana topik berubah-ubah mengikut keadaan. Benda merepek saja banyak.

     "Mesti cicak tu seronok dapat terbang sebab kena campak dengan kau." Enrique melepaskan tawa besar.

     "Tulah tak terfikir pulak nak buat kapal terbang kertas sebab tengah terkejut gila tadi. Aku pun campak je cicak tu luar tingkap." Herith yang duduk di belakang juga tertawa.

     Di dalam kafe pun mereka berdua masih rancak berbual. Freddy langsung tidak masuk dengan situasi itu. Mata dipejam rapat, kepala tiba-tiba terasa sakit.

     "Aku nak pergi tandas kejap, nak tengok muka yang tak pernah tumbuh jerawat ni dalam cermin puas-puas," kata Enrique sambil bangun daripada duduk lalu beredar.

     "Sial je, tak pernah ada jerawat pun nak bangga. Tulah, basuh lagi muka dengan air dalam lubang jamban, kan dah jadi macam patung," omel Herith.

     "Aku rasa nak muntah..." Berkerut-kerut dahi Freddy yang mula rasa mual itu.

     "Eh kau kenapa ni? Kau tak makan dari pagi ke? Okey tak? Nak aku panggilkan ambulans ke?" Herith memegang bahu Freddy yang duduk di sebelahnya itu. Wajah Freddy berubah pucat membuat dia risau.

     "Tak..." Freddy terus bangun untuk ke tandas.

     "Apa yang tak? Banyak sangat aku tanya tadi, maksud kau tak okey? Tak makan? Atau tak payah panggil ambulans? Ha sudah... Fred! Tunggulah kejap!" Herith mengejar Freddy yang berlari ke tandas itu.

*****

     Freddy yang duduk di tempat duduk belakang dengan mata terpejam itu ditegur Miya. Risau dia melihat keadaan suaminya yang tiba-tiba lemah itu.

     "Awak boleh bangun tak?" Miya menyentuh dahi suaminya menggunakan belakang tapak tangan.

     "Boleh je slow slow."

     "Skip makan lagi lepas ni saya sekeh kepala awak. Tengoklah," bebel Miya. Freddy hanya tersenyum mendengar bebelan itu.

     Lian yang berdiri di muka pintu tersenyum memandang Freddy dan Miya yang baru masuk. Bebola matanya diputarkan ke arah Enrique yang duduk di atas bonet hadapan kereta. Sejak semalam lelaki itu langsung tidak menegurnya.

     Tidak lama kemudian, Enrique kembali memasuki perut kereta. Kereta mewah yang mula bergerak keluar dari perkarangan rumah agam itu hanya mampu dipandang sepi. Haih, tiba-tiba rasa sunyi pula.


Selamat malam readers <3

Czytaj Dalej

To Teลผ Polubisz

550K 27.2K 70
Lelaki Untuk Nellya. Nellya hanyalah seorang gadis biasa yang mempunyai crush bad boy Jimmy. Satu sekolah tahu perangai lelaki itu..bad boy yang kera...
1.2M 45.7K 73
"Kau hanya milik aku. Tubuh kau hanya untuk aku. Jadi jangan biar lelaki lain sentuh tubuh kau" - Matheo. Segalanya berubah apabila Aeris tersalah ha...
312K 17.5K 50
watak: Hadden Naufal Nur Raisha Darren Naufal Siti Safiyyah Ain Afiyah Rizky Dariel ___ since ada yang request nak cerita Hadden dan Raisha saya Tuna...
1.3M 62.1K 133
Segalanya adalah sebuah kebetulan.Takdir mereka telah pun bermula dengan pertemuan pertama tanpa sengaja antara mereka. Sejak pertemuan tragis itu...