THE RULES: BRAYAN [Complete]

By CIK_ZALIKHA

4M 312K 42.3K

"Maaf, Nayra. Saya terpaksa pecat awak." Perkataan pecat itu sudah 20 kali aku dengar. tak tau sebab mengapa... More

BLURB
PROLOG
👀
BAB 1
Bab 2
BAB 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
bab 46
47
Bab 48
Bab 49
50
51
52
53
54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
58
59
60
61
62
Bab 63
64
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
77
78
79
80
81
82
83
84
85
TAMAT
APA ITU SPLIT PERSONALITI
The Rules Brayan ada novel?
pilih cover

Bab 20

51.8K 4.1K 1.4K
By CIK_ZALIKHA

                    USAI membuat pembayaran, aku terus melangkah keluar dari kedai runcit serbaneka itu dan menuju ke arah kereta Rolls Royce Cullinan berwarna hitam yang terparkir di hadapan sana. Aku membuka pintu belakang kereta. Baru sahaja hendak masuk ke dalam perut kereta tiba-tiba terasa lengan kiriku ditarik seseorang sehingga aku terundur sedikit ke belakang.

Aku toleh muka memandang wajah lelaki tinggi lampai itu. Yan? Kali ini dia tidak berkaca mata. Padahal selalunya dia lengkap berkaca mata. Pelik.

"Awak kenapa ni tiba-tiba tarik saya? Tadikan dah jumpa? Nak jumpa berapa kali langsung?" Aku menyoal dengan nada tidak puas hati. Dia mendengus dengan muka serius. Haih, lain macam pula perwatakan Yan yang sekarang. Aku ada buat salah ke tadi?

"Let me see it."

"Huh?" Keningku berkerut tidak faham. Dia nak tengok apa? Tanpa sebarang isyarat, tangannya selamba menyelak rambut ku ke belakang. Mataku membulat. Apahal mamat ni?

Pantas tangannya aku tepis dengan kuat.

"Kenapa dengan awak ni?!"

Dia mengetap bibir. Tajam matanya melihat kesan merah di leherku seperti tidak puas hati. Lantas, sebelah tanganku naik menutup kesan merah di leher itu apabila dia memerhatikan dengan lama. Dah macam singan nak terkam si pemangsa sahaja dia pandang aku.

"Apa yang jadi semalam?" Soalnya, keras. Sekali lagi keningku bertaut.

"Jadi? Jadi apa?"

"Leher kau tu. Kenapa?"

"Kena gigit nyamukkah. Takkan awak tak tahu? Padahal tadi awak sendiri yang bagi krim aloevera kat sayakan suruh sapu? Dah lupa ke atau awak sengaja buat-buat lupa?"

Dia terdiam.

"Saya peliklah dengan awak ni. Tadi bukan main lagi awak baik dengan saya. Siap bersaya-awak. Selepas tu sekarang guna 'aku' 'kau' pula? Awak sebenarnya kenapa, Yan?" aku mula menyoal dengan curiga.

Dia nampak terkulat-kulat ingin menjawab soalan yang keluar dari bibirku. Kemudian, dia berdahem membetulkan suara. Pandangan dialih ke lain dengan kedua-dua belah tangan memeluk tubuh.

"Nothing. Just be careful next time." ucapnya tanpa memandang wajahku.

Aku garu kepala yang tidak gatal. Berhati-hati dengan apa? Dengan nyamuk?

"Nyamuk aje kot?"

Dia mengeluh sebelum pandangannya kembali teralih ke arahku. Anak mata hijau tuanya merenung tepat ke sepasang mata bulatku. Terus terkunci mulut aku kali ini. Pandangannya memang boleh buat orang rasa terpukau.  Lebih-lebih lagi pada gadis di luar sana. Kalau lelaki yang bertentangan masa dengan err... entahlah.

Aku tak berani berfikiran jauh sampai ke situ.

"Nyamuk sekalipun... tetap bahaya. Kalau kau kena demam denggi, siapa juga yang susah?"

"Tentulah diri saya sendiri. Tak melibatkan awak pun." jawabku. Dia tersenyum senget. Ada sahaja jawapan yang keluar dari mulut wanita itu.

"Well, kalau kau kata aku tak terlibat pun. Aku akan cuba libatkan diri aku juga."

Nayra menjuih bibir. Ceh!

"Tak apalah, Encik Yan. Terima kasih sangat sudi ambil berat tentang saya. Tak perlulah awak susah payah jadi Romeo saya setiap masa. Rumah Tuan Brayan tu dah terlebih selamat untuk saya duduk. Awak tak perlu risau apa-apa. Setakat nyamuk sekecil-kecil semut tu, saya boleh handle lah. Sekali tepuk dah mati. Saya tak perlukan langsung khidmat dari awak."

"Itu kalau nyamuk kecil, macam mana kalau ada nyamuk besar?"

Aku terdiam. Mataku berkedip-kedip memandangnya yang tersenyum nakal. Nyamuk besar? Wujudkah nyamuk bersaiz besar? Berpuluh tahun aku hidup, tak pernah lagi jumpa nyamuk bersaiz besar. Pasti mengerikan!

Dia mara selangkah mendekatiku yang berdiri kaku. Tubuhnya ditundukkan sedikit menyamai ketinggiannya denganku. Kedua belah tangannya menyeluk ke dalam kocek seluar. Kemudian, dia mendekatkan bibirnya di cuping telinga sebelah kanan.  Gaya seperti ingin berbisik.

"Let me tell you...  it's so big and looks very scary.  Always wandering in silence and you never know of its presence. Then, when it bites, you may not even realize it  because it's too cunning. And you know what would happen if you just let it treat you that way?"

Aku telan air liur. Automatik sepasang keningku terangkat. Ternanti-nanti sambungan darinya. Namun, dia hanya tersenyum sinis sebagai jawapan. Tubuh kembali ditegakkan sebelum dia menjauhkan semula bibirnya dari cuping telingaku.

Aku masih memandang dia dengan penuh tanda tanya.

"Jadi... aku harap kau boleh jaga diri. Jangan bagi muka sangat dengan 'dia'. Atau kau sendiri yang merana. Faham?"

Aku hanya mengangguk kepala. Entah apa yang aku anggukan pun tak tahu. Sungguh, aku masih tertanya-tanya tentang apa yang akan terjadi jika aku membiarkan si nyamuk besar itu terus menganggu. Akan menyebabkan kematiankah? Atau... penyakit yang berbahaya?

Kalau macam itu, aku kena lebih berhati-hati.

Lelaki itu tersenyum kecil. "Good girl." Dia memujiku sambil kepala ditepuk beberapa kali dengan perlahan. Macam budak lima tahun pula cara dia memuji aku. Siap tepuk-tepuk kepala. Terasa diri ini kerdil pula. Mentang-mentanglah dia tinggi!

Tanpa sebarang bicara lagi, dia terus beredar pergi meninggalkan aku sendirian.

"Cik Nayra tak apa-apa?" Pak Mat menegur saat melihat Nayra yang berdiri di luar pintu kereta. Lama juga aku tercegat di situ. Tak sedar yang aku sudah jauh mengelamun.

"Sa... Saya okay, Pak Mat. Jomlah, kita balik. Saya nak sambung buat kerja."

"Baik, Cik Nayra." Dia akur. Lantas, aku terus masuk ke dalam perut kereta. Tak sampai beberapa minit, pacuan empat roda itu bergerak selaras meninggal kawasan kedai runcit serbaneka itu.







 







                          KEMAS dan terus mengemas. Dari tingkat tiga hingga ke tingkat satu, akhirnya selesai juga. Tanpa sedar masa berlalu dengan pantas. Langit pun dah berubah gelap. Kini masa untuk merehatkan diri pula. Habis sahaja tugas mengemas, aku terus mencuci diri. Tak selesa apabila badan terasa melekit-lekit. Lepas mandi terasa lebih segar.

Aku melangkah ke arah ruang tamu. Bosan. Tak tahu ingin buat apa. Nak hubungi Mel dan Elly pun rasa macam menganggu mereka pula. Baik aku layan rancangan tv ajelah.

Kemudian, aku melabuh punggung di atas sofa panjang. Alat kawalan jauh yang berada di atas meja kaca yang berada ditengah-tengah ruang aku capai lalu membuka siaran di tv. Setiap Chanel aku buka, tak sampai lima minit aku tukar ke siaran lain pula. Mencari cerita yang lebih menarik untuk di tonton.

Ting! Tong!

Aku sedikit tersendak apabila mendengar loceng bergema di seluruh ruang. Macam filem hantu!

"Haih, Madam ke?" Aku menyoal pada sendiri. Kenapa Puan Nora Elena nak datang malam-malam buta pula? Atau orang lain?

"Sekejap!" Jeritku. Seraya bangun dari sofa, berlari terhegeh-hegeh menuju ke arah pintu utama. Lantas, tombol pintu dipulas lalu ditarik perlahan-lahan. Tak buka luas. Separuh sahaja. Aku mengintai sedikit ke luar dari celahan pintu. Tiada orang?

Jantung mula berdegup kencang. Jangan cakap rumah ni berhantu pula! Aku telan air liur. Aku memberanikan diri untuk membuka pintu dengan lebih luas. Anak mata mengerling ke sekeliling kawasan. Sunyi. Sepi. Hanya bunyi cengkerik yang menjengah ke telinga. Namun, disaat kepala tertunduk ke bawah. Aku lihat ada satu bekas makanan diletakkan di atas alas kaki yang bertulis welcome.

Sepasang kening berkerut sebelum aku menunduk mencapainya. "Apa benda pula ni? Siapa yang bagi?" Sekali lagi anak mata melilau ke sekeliling. Tercari-cari jika ada kelibat manusia di situ namun tetap kosong.

Aku jongket bahu. Mungkin pekerja di sini yang letakkan. Lantas aku kembali masuk ke dalam rumah. Pintu ditutup dan dikunci sebelum aku melangkah ke arah ruang tamu semula, melabuh punggung di atas sofa.

Bekas makanan itu dihidu. Ada bau-bau manis gitu... Tanpa menunggu lama, aku terus buka. Aku tergamam sejenak.

"Puding caremal?" Jujur, aku sangat terkejut. Macam mana puding caremal ni boleh sampai ke rumah?

"Eh, ada surat!" Baru aku perasan ada sekeping surat yang dilekatkan di bawah bekas makanan itu. Seraya aku mengambilnya dan membaca tulisan berangkai cantik yang tertulis di situ.

"Saya buat special untuk awak. Makanlah. Saya tunggu."

-Madam

Sebaik sahaja terbaca nama Madam terus hati kembali berasa lega. Madam rupanya yang bagi. Aku fikir siapalah tadi!

"Alahai Madam ni... susah-payah aje buatkan puding untuk aku. Tapi macam tahu-tahu pula aku teringin nak makan puding. Hebat betul madam ni! Bau macam sedap." Perut pun dah berkeroncong, nampak sangat tak sabar nak rasa puding caremal buatan Madam. Aku mencapai sudu lalu diceduk sedikit dan menguap ke dalam mulut.

Terpejam mataku saat merasakan kemanisan puding caremal ini. Begitu sedap sekali! Rasa tak puas kalau sekali suap sahaja lalu aku terus suap dan suap puding itu ke dalam mulut sambil melayan rancangan di tv. Tanpa sedar hampir separuh dah masuk ke dalam perut. Laju sungguh aku makan!

Dan tiba-tiba kelopak mata terasa berat. Hampir tertutup. Aku digagahkan juga untuk buka mata kembali. Kenapa rasa mengantuk pula ni? Aku geleng kepala berkali-kali berharap dengan cara ini dapat menghilangkan rasa mengantuk namun makin layu mataku dibuatnya. Berbalam-balam pandangan ku melihat ke kaca televisyen. Sudu yang dipegang juga terus jatuh ke lantai.

Akhirnya kelopak mata tertutup rapat. Bekas puding caremal yang dipegang turut jatuh ke bawah. Kepalaku juga hampir terhantuk ke meja yang berada ditengah ruang, namun ada satu tangan yang lebih pantas menahan bahuku daripada terjatuh. Dia tersenyum.

"Sandar elok-elok, sayang..." dia bersuara dengan lembut. Dia menarik perlahan-lahan tubuh Nayra agar bersandar pada sofa.

"Haih, apa comot ni? Kau ni memang pantang dapat puding caremal, kan? Nayra... Nayra..." Dia geleng kepala dengan tersenyum lebar. Sapu tangan dikeluarkan dari kocek seluarnya lalu mengelap kesan caremal yang berada di hujung bibir wanita itu dengan lembut.

"Kan bagus kalau macam ni." Rambut Nayra disisir ke belakang telinga. Sekarang, dia dapat menatap wajah Nayra dengan lebih jelas. Wanita itu nampak lebih tenang apabila dalam keadaan tidur.

"Nasib baik aku sempat halang Aryan dari keluar. Aku tak sangka dia sanggup bagi kau makan puding caremal ni. Kenapa dia selalu sangat menyibuk? Apa yang aku nak, mesti dia nak. Aku pun tak pernah sentuh kau, tapi dia? Haih... dia memang dah melampau!" Bebelnya seorang diri.

"Habis buruk leher cantik kau... kalau aku dapat Aryan tu, memang aku belasah dia cukup-cukup!" Herdiknya, geram. Dia mendengus. Kemudian, dia melangkah ke arah laci meja. Mengeluarkan krim aloevera yang disimpan di situ sebelum kembali ke arah Nayra semula. Dia melabuh punggung di sisi wanita itu.

"Aku tolong sapukan ya?" Rambut Nayra diselak sedikit ke tepi. Krim aloevera itu disapu pada kesan merah yang berada di leher wanita itu. Setelah siap, dia kembali meletakkan krim itu ke tempat asal.

Dia menarik nafas dalam-dalam dan hembus dengan perlahan. Kepala disandarkan pada bahu kanan wanita itu, sambil lengan Nayra dipautnya erat.

"Kau tahu berapa lama aku tunggu untuk semua ni? Sebelas tahun... adalah waktu yang paling menyeksakan aku. Tapi aku tetap bertahan demi kau, Nayra. Walaupun aku terpaksa dapatkan kau dengan cara yang salah. Aku tak kisah. Janji kau ada selalu dengan aku." Ujarnya.

"Tapi aku tak sangka... kau langsung tak ingat tentang aku? Mungkin sebab perubahan aku terlalu banyak sampaikan kau tak cam. Tapi Nayra... kenapa aku nampak kau macam senang dengan Aryan? Do you love him?" Dia memandang Nayra. Tiada sebarang respon. Dia tahu Nayra tidak akan menjawab soalannya tapi dia benar-benar ingin tahu perasaan wanita itu terhadap Aryan.

"Kau tahu aku takkan boleh terima kalau kau terima Aryankan, Nayra? Aku harap kau tak kecewakan aku... Kau cuma milik aku seorang Nayra. You're mine.... You're mine..." Dia menarik kepala Nayra rapat ke dadanya. Diusap rambut wanita itu dengan penuh kelembutan. Sesekali ubun-ubun Nayra dikucupnya. Mata terpejam dalam beberapa minit dan apabila ia kembali terbuka, dia tersenyum penuh sinis. Automatik wataknya berubah dengan pantas kepada orang lain.

Dagu wanita itu ditarik perlahan, kepala Nayra sedikit terdongak menghadap wajahnya dengan mata terpejam rapat. 

"Aku takkan biarkan kau suka Brayan. You have to love me more." Bisiknya. Dia menatap Nayra penuh dalam.

Continue Reading

You'll Also Like

582 61 9
Book 2 [Teen Fiction Comedy + Action] Di Bandar Lasterd, terdapat 4 buah sekolah, - Esmeray Highschool - Crimsyn Highschool - Ramsey Highschool - Me...
48.5K 1.4K 34
New version ! HAURA KHUMAIRA & AIDEN ElHAQ START : 2.12.2023 END : 7.5.2024
24.9K 3.3K 12
𝖳𝗂𝗉𝗌 𝗎𝗇𝗍𝗎𝗄 𝗌𝖾𝗆𝗎𝖺 𝗉𝖾𝗇𝗎𝗅𝗂𝗌 𝖽𝗂 𝖶𝖺𝗍𝗍𝗉𝖺𝖽. 𝙨𝙩𝙖𝙧𝙩 : 2020 𝙚𝙣𝙙 : 𝗌𝗈𝗈𝗇 𝙨𝙩𝙖𝙩𝙪𝙨 : 𝖨'𝗅𝗅 𝗎𝗉𝖽𝖺𝗍𝖾 𝗂𝖿 𝖨 𝗐...
294K 32K 29
in which i found pure happiness in you. - forever, till death do us apart. [ highschool : au ] warning - lots of fluff, geram, butterflies, cringe...