DENDAM MR DEVIL

By farnazamri

864K 29.6K 2.4K

[Completed] "Maafkan aku, Fasha..." - Iskandar + unedited + cringe + extremely cliche + read at ur own risk More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35 - Part 1
Bab 36
Bab 37
Bab 38 - Part 2
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Bab 70
Bab 71
Bab 72
Bab 73
Bab 74
Bab 75
Bab 76
Bab 77
Bab 78
Bab 79
Bab 80
Bab 81
Bab 82
Bab 83
Bab 84
Bab 85
Bab 86
Bab 87
Bab 88
Bab 89
Bab 90
Bab 91
Bab 92
Bab 93
Bab 95
Bab 96
Bab 97
Bab 98
Bab 99
Bab 100
Bab 101
Bab 102
Bab 103
Bab 104 - Tamat
Thank you.

Bab 94

5.8K 305 47
By farnazamri

Mereka tiba di rumah agam tepat pada jam 8 malam. Kalau tak disebabkan Kalida yang terhegeh-hegeh mahu singgah balai polis petang tadi, pasti mereka sudah tiba lebih awal.

"Seronok dapat jumpa 'abang Adam' tu?" sindir Iskandar selepas melangkah masuk ke dalam rumah.

"Seronok. Abang pun nak jumpa dia tadi kan? Kan?" Selamba Kalida menjawab. Berbunga-bunga hatinya selepas dapat bertemu dengan abang Adam pujaan hati walaupun mereka langsung tidak berbual apa-apa tadi. Dia dapat mengusya pun dikira anugerah terindah tau.

Ko ada? Tak ada!

"Petang esok. Bukannya petang hari ni."

"Samalah tu."

"Tak."

"Sama."

Iskandar malas mahu bertekak dengan Kalida. Kalau dengan adiknya itu, memang tiada langsung peluang untuk menang. Walhal, terang lagi bersuluh tak sama!

"Sedar yang diri dah nak kalah latu." Kalida ketawa sendiri apabila melihat Iskandar sudah memanjat anak tangga naik ke tingkat atas. Puas hati.

Sekarang tatapan Kalida dialihkan ke arah Fasha yang masih diam membisu. Sejak dari dalam kereta, kakak iparnya itu langsung tidak bersuara. "Akak?"

Fasha angkat kepala. Dia tersedar dari lamunannya yang panjang. "Hm?" Terpinga-pinga Fasha memandang wajah Kalida.

"Kenapa akak diam ja dari tadi? Akak okay?" Kalida mengampiri Fasha. Dia jatuhkan punggung ke atas sofa. Betul-betul bersebelahan dengan Fasha.

"Akak okay ja." Fasha senyum kelat.

"Akak masih fikir tentang apa yang Ida cakap petang tadi ke?"

Lambat-lambat Fasha mengangguk. Walaupun sudah berkali-kali dia cuba untuk tidak berfikir, tapi perkara itu tetap melekat dalam fikirannya.

"Ida bagi masa dekat akak untuk fikir dulu. Ni untuk masa depan akak dengan baby." Perut Fasha disentuh lembut oleh Kalida.

"Jom naik atas. Ida nak tunjuk sesuatu dekat akak." Dengan semangat Ida menarik tangan Fasha supaya mengikut langkahnya naik ke tingkat atas. Perlahan-lahan mereka menyusun langkah.

Fasha hanya menurut. Macam-macam hal.

"Datuk mana?" tanya Datin Zarina saat terserempak dengan Mak Senah di dapur. Hampir satu rumah dia berpusing semata-mata mahu mencari kelibat si suami.

"Ada dekat halaman rumah, Datin." Pergerakan Mak Senah terhenti seketika.

"Aik, malam-malam pun duduk kat luar. Tak sejuk ke... Senah, tolong sediakan teh untuk saya. Saya nak pergi jumpa Datuk kejap."

"Baik, Datin."

Datin Zarina mendapatkan Datuk Moktah di halaman rumah. "Abang..." Lembut dia menegur si suami.

Datuk Moktah menoleh. "Tak tidur lagi? Ingat Ina dah tidur." Pandangan Datuk Moktah kembali ke arah bulan yang mengambang. Cantik. Macam isteri dia.

"Belum, bang. Abang kenapa duduk sini sorang-sorang? Tak nak masuk dalam lagi ke?"

"Abang saja nak ambil angin malam. Panas duduk dalam rumah." Sekilas wajah Datin Zarina dipandang Datuk Moktah. Fikirannya penuh.

"Abang... Kalida dah beritahu abang kan tentang tu?" Datin Zarina tarik nafas dalam sebelum bertanya. Sejujurnya hati Datin Zarina berat untuk menerima. Tapi dia sepatutnya menerima keputusan anaknya dengan hati yang terbuka

"Dah. Ida beritahu semalam."

"Jadi abang setuju dengan keputusan Ida?"

"Ni air teh Datin dengan Datuk." Lambat bersuara, Mak Senah menegur dengan dua cawan air teh panas bersama.

"Terima kasih, Senah."

Selepas mendapat kebenaran dari Datin Zarina, Mak Senah membawa diri untuk kembali ke dapur.

Seketika, Datuk Moktah menghirup sekilas air teh yang masih panas. "Abang setuju dengan keputusan Ida."

"Akak! Akak!" Kalida terjerit-jerit dari luar bilik tidur. Laju dia menerjah masuk ke dalam dengan senyuman lebar. Tangannya juga memegang satu bungkusan.

Fasha yang sedang ralit membelek-belek novel Kalida hanya mampu mengerutkan kening. "Kenapa Ida?"

"Barang untuk akak." Kalida rebahkan badan ke atas katil. Betul-betul bersebelahan dengan Fasha. Dia duduk menirap. Bungkusan yang dibawanya tadi di letakkan di hadapan Fasha.

Sekali lagi, kening Fasha berkerut. "Barang? Sapa bagi?"

"Idham."

"Idham?"

"Ya. Petang tadi dia datang dengan mak cik Sakinah." Kalida ubah posisi. Dia membaringkan badan pula.

Fasha membuka bungkusan yang telah dibalut kemas dengan kertas pembalut. Cantik. Dia tersenyum melihat baju bayi yang ada di dalam bungkusan tersebut. Lelaki itu pasti sudah tahu pekera sebenar.

"Wow. Baju baby." Kalida mengerling sekilas. Tak sampai beberapa minit Kalida baring, dia menirap semula. "Sapa Idham? Kawan akak?"

"Haah. Kawan akak masa dekat rumah mak cik Kinah dulu."

"Oh I see. Dia suka akak?"

Fasha tergelak dengan soalan tak bertapis Kalida. "Haah. Dia suka akak." Tanpa teragak-agak Fasha menjawab. Sengaja mahu melayan pertanyaan Kalida.

"Wow. Lain macam."

Fasha ketawa sambil menggeleng. Ish, mengarut je kerja!

"Mak Senah bagitahu tadi, dia jemput kita pergi makan kenduri rumah dia hujung minggu ni."

Fasha angkat wajah. "Kenduri?"

"Yes, adik dia kahwin."

Fasha tercengang. "Adik dia sapa?"

"Aik, manalah Ida tahu. Akak kata kawan akak."

Fasha hanya diam. Dia sendiri pun tidak tahu yang Idham mempunyai seorang adik. Ingatkan lelaki itu anak tunggal.

"Akak... Minggu depan..." Tangan Kalida bermain dengan cadar katil. "Minggu depan Ida dah kena berangkat ke sana. Hm..." Berat hati Kalida untuk meneruskan kata-kata. Tidak yakin dengan keputusan sendiri.

"Minggu depan? Bukan bulan depan?"

"Bukan. Bulan depan daftarkan diri. Kalau boleh, Ida nak sampai sana lebih awal."

Fasha hanya mengangguk. Fikirannya kembali penuh. Dia juga perlu membuat keputusan. "Kejap, akak nak cari handphone akak." Fasha perlahan-lahan turun dari katil. Ibu jari kakinya masih sakit.

"Biar Ida tolong carikan. Handphone akak dekat mana?"

"Kalau tak silap, ada dalam bilik Iskandar. Tak apa, akak boleh cari sendiri." Fasha tidak mahu menyusahkan gadis itu. Dia sudah melangkah keluar dari bilik Kalida.

"Ish, degilnya dia." Kalida hanya menggelenkan kepala. Geram dengan ibu mengandung seorang ni!

Tiba di hadapan pintu bilik Iskandar. Fasha sedikit teragak-agak mahu memulas tombol pintu. Dia berharap Iskandar sudah masuk ke alam mimpi.

"Fasha..."

Mendengar suara Datuk Moktah, Fasha menoleh dengan satu senyuman nipis. "Iya, pa?"

"Kenapa tak tidur lagi? Dah lewat ni." Datuk Moktah datang dari arah tangga. Tak menduga pula akan terserempak dengan Fasha.

"Baru nak masuk tidur, pa. Mama dah tidur?"

"Mama kamu ada dekat bawah lagi. Duduk menyembang dengan Mak Senah," beritahu Datuk Moktah yang sudah siap-siap mahu masuk ke dalam bilik tidur. "Ida dah beritahu Fasha tentang tu?"

"Dah. Ida dah beritahu Fasha petang tadi."

"Fasha dah berbincang dengan Is?"

Fasha menggeleng dengan senyuman. "Belum, pa."

"Tak apa. Bincang baik-baik dengan Is. Papa masuk tidur dulu." Datuk Moktah membawa diri.

Fasha hanya mengangguk. Seraya itu, tombol pintu dipulas. Matanya memandang sekeliling ruang bilik tersebut. Kosong. Atas katil juga kosong. Lega hati Fasha buat seketika.

Tadi dia ada masuk ke dalam bilik Iskandar untuk mencari baju. Tapi tak perasan yang telefonnya boleh tertinggal di atas meja.

Meja yang betul-betul bersebelahan dengan katil dihampiri. Nasib Fasha baik, telefonnya masih ada di atas meja tersebut.

Nasib baik Fasha hanya sementara apabila dia tidak sengaja menyepak kaki meja. "Aaa... Sakit..." Fasha terduduk di birai katil. Ibu jari kakinya bertambah sakit.

"Ehem..." Seseorang berdehem dari pintu bilik.

Fasha mengangkat wajah. Dia telan air liur.

Iskandar sedang berdiri tegak di pintu bilik sebelum lelaki itu mendekati. Sempat dia mengambil ubat gamat dari dalam laci meja.

Iskandar turut duduk di birai katil. Kaki Fasha di letakkan di atas pahanya. Terus ubat gamat disapu pada hujung ibu jari kaki. Sedikit membengkak.

"Sakit." Fasha mengemam bibir. Tertahan-tahan air matanya dari mengalir.

"Lain kali hati-hati." Iskandar bersuara.

Kolam mata Fasha berair. Sakit ibu jari kakinya apabila disentuh. "Sakitlah awak." Dalam beberapa minit, air mata jatuh ke pipi.

"Tahan sikit, sayang."

Selepas selesai menyapu ubat gamat, Fasha menurunkan kakinya dari paha Iskandar ke lantai. Tak sangka Iskandar akan bertindak sebegitu.

"Tidur sini," arah Iskandar. Kemudian, lelaki itu masuk ke dalam bilik air.

Fasha kaku di atas katil. Perlahan-lahan tapak kakinya menyentuh permukaan lantai sebelum dia menarik semula kakinya. Sakit!

Selepas beberapa minit di dalam bilik air, Iskandar kembali semula.

"Awak..."

"Tidur sini. Abang tidur luar. Esok kita pergi klinik." Iskandar ambil bantal di atas katil sebelum dia melangkah keluar dari bilik tersebut. Sempat dia mengusap lembut kepala Fasha.

Fasha masih terpaku. Panggilan abang kedengaran masih janggal pada pendengarannya. Belum sempat dia menghabiskan kata, lelaki itu sudah membawa diri. Fasha mengeluh berat. Esok sajalah dia beritahu Iskandar tentang hal itu.

Continue Reading

You'll Also Like

304K 10.5K 49
Hidup Hanna kucar-kacir bila neneknya, Tok Pah mahu dia berkahwin dengan Hanif, abang sepupunya. Hanna tak mahu kerana dia hanya anggap Hanif sebagai...
6M 312K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...
1.4M 55.9K 50
Dia sentiasa mengejar cinta lelaki itu. Baginya lelaki itu adalah anugerah cinta yang sangat berharga untuknya. Tapi sampai bila? Hati lelaki itu ter...
192K 8.4K 52
#1 Under The Ravenes Series β€’Never play with the king. Tak pernah terlintas di dalam minda Adriana untuk menjadi seorang babysitter sementara. Dalam...