ARABELLA

Od dewihera_

109K 9.5K 1.3K

Hanya mahu jadi yang diinginkan. Hanya itu. *** Love Arabella, nama yang indah tapi sayang...kalaulah hidupny... Více

𝟏.
𝟐.
𝟑.
𝟒.
𝟓.
𝟔.
𝟕.
𝟖.
𝟗.
𝟏𝟎.
𝟏𝟏.
𝟏𝟐.
𝟏𝟑.
𝟏𝟒.
𝟏𝟓.
𝟏𝟔.
𝟏𝟕.
𝟏𝟖.
𝟏𝟗.
𝟐𝟎.
𝟐𝟏.
𝟐𝟐.
𝟐𝟑.
𝟐𝟒.
𝟐𝟓.
𝟐𝟔.
𝟐𝟕.
𝟐𝟖.
𝟐𝟗.
𝟑𝟎.
𝟑𝟐.
𝟑𝟑.
𝟑𝟒.

𝟑𝟏.

3K 291 69
Od dewihera_

PEMANDANGAN bandaraya Itali yang masih dilitupi kabus pagi dan gerimis hujan yang bila-bila masa sahaja akan bertukar menjadi salji itu ditatap kosong. Secawan kopi di tangan yang pada mulanya panas sudah bertukar sejuk. Sejak setengah jam yang lepas, dia hanya menghabiskan masa mengelamun di hadapan cermin besar di dalam pejabatnya, sedikit pun tidak bergerak sehinggalah pintu biliknya diketuk oleh seseorang.

"Masuk."

"Selamat pagi, Tuan Hayden. Saya nak tanya kalau tuan masih tak nak turut serta dalam projek luar negara kita tu dan minta Ace terus gantikan tempat tuan?" Tanya Julia sambil menilik skrin Ipad di tangannya.

Hayden masih di tempatnya, tidak sedikit pun menjeling ke arah Julia. Dia mendiamkan diri, berfikir. Dia tidak lagi ke luar negara setiap bulan seperti dahulu semenjak kejadian yang menimpa Arabella, kerana dia mahu terus dekat dengan wanita itu, tetapi sekarang...dia tidak tahu jika Arabella juga mahu terus berada di sisinya seperti mana dia mahu terus setia di sebelah wanita itu.

"Saya akan bincang dengan Ace." Jawab Hayden mendatar.

Julia mengemam bibirnya rapat ketika mendengar intonasi suara Hayden. Tahulah dia, angin majikannya tidak baik pada pagi itu. Dari jarak sejauh ini pun dia sudah rasa menggigil. Sebelum dia beku di situ, lebih baik dia meminta diri dahulu.

"Baik, Tuan Hayden."

Pintu dibuka dan ditutup semula. Hayden menjatuhkan pandangannya ke arah kopi di dalam cawan. Pantulan wajah dingin di atas permukaan kopi yang sudah hilang buihnya itu direnung lama.

Perbualannya bersama dengan Arabella semalam, memberi impak besar kepada dia. Sudah jelas Arabella mahu pergi daripada hidupnya tetapi dia masih belum bersedia. Dia sudah terlalu sayangkan wanita itu lebih daripada segalanya. Jika dia perlu meninggalkan negara ini, kerjayanya, hidup mewahnya serta semua yang dia ada untuk terus hidup dengan Arabella, dia sanggup.

Tetapi tidak Arabella. Wanita itu mahukan yang sebaliknya.

Tok! Tok!

"Tuan, saya nak minta cuti."

Hayden menoleh. Ace yang sedang berdiri di muka pintu dengan sengihan tidak bersalah itu dipandang dengan wajah yang berkerut.

"Pelik. Sejak bila awak tahu perkataan cuti?" Sindir Hayden dan berjalan ke mejanya. Kopi sejuk yang tidak berusik di tangannya diletakkan di atas meja.

Ace masih tersengih-sengih, tidak membalas sindiran majikannya.

"Berapa lama?"

"Hm...sampai...sampai saya rasa nak balik sini semula?"

Sekali lagi, bicara Ace mendatangkan kerutan pada wajah Hayden.

"Awak ada masalah, Ace?" Tanya Hayden serius. Dia bersandar pada kerusi, mengimbas air muka Ace. Lelaki itu masih mendiamkan diri tetapi senyuman pada bibirnya perlahan-lahan memudar.

"Family commitments."

Kening Hayden terangkat. "You're going back to England?"

Ace lambat-lambat mengangguk. Hayden kembali mendiamkan diri. Matanya masih terus merenung wajah mendung Ace, cuba membaca apa yang sedang disembunyikan oleh pembantu peribadinya itu. Dia tahu ada sesuatu yang besar sudah terjadi di sana sehingga Ace mengambil keputusan untuk pulang, kerana mereka membesar bersama di Itali dan Ace tidak pernah sekali pun bercerita tentang keluarganya di England, pulang ke sana apatah lagi.

"Ace, you know you can tell me everything, right?" Lembut Hayden memujuk membuatkan Ace mendongak, membalas pandangan Hayden. Dia tersenyum hambar.

"Mikayla..." Sebut Ace perlahan.

"Your little sister?"

"She's gone..."

Jeda. Hayden terpana. Dia terpaku saat melihat sepasang mata milik Ace mula berkaca. Pantas dia berdiri dari kerusi dan tubuh Ace didekati. Bahu lelaki itu diusap dengan penuh berhati-hati, seperti takut sentuhannya akan memecahkan cengekerang nipis yang masih cuba bertahan.

"Ace..."

"She killed herself a year ago. Esok, hari memperingati setahun dia pergi. Saya tak nak pergi, tapi keluarga saya perlukan saya dekat majlis tu."

Sekali lagi, sunyi meragut suasana. Hayden terus terkaku. Dia sama sekali tidak mengetahui tentang kematian adik perempuan Ace.

"Ace, I'm sorry..."

Ace mengesat kasar air matanya yang hampir jatuh dengan belakang tangan.

"Maaf, saya tak pernah cerita tentang ni pada tuan atau sesiapa. Saya masih rasa bersalah. I should be there when she—"

"It's not your fault, Ace."

Ace menjatuhkan wajahnya ke lantai. Kedua-dua buku limanya digenggam erat. Sebelum sekali lagi mulutnya dibuka mahu menyalahkan dirinya lagi, tubuhnya sudah ditarik ke dalam pelukan Hayden. Belakangnya diusap perlahan.

"Awak tak perlu cerita, kalau awak tak sedia. Saya tahu saya bukan seorang pendengar dan mungkin awak masih tak selesa dengan saya, tapi awak boleh luahkan semuanya pada Bella. She's the best listener, I promise." Ujar Hayden dan lambat-lambat meleraikan dakapannya. Ace yang mula mencipta satu senyuman kecil itu dipandang.

Ace mengangguk, bersetuju akan bicara Hayden. Sebelum dia ke sini, dia ada mencari Arabella di rumah untuk memberitahu berita ini tetapi wanita itu sudah pun berangkat ke kerja.

"Saya tak tahu kalau saya sempat jumpa Puan Love atau tak. Flight saya tengah hari ni. Kalau tuan tak kisah, boleh bawa Puan Love pergi lapangan terbang hari ini?"

Hayden tersenyum tipis. "Of course."

Ace membalas senyuman Hayden dan perlahan-lahan berundur ke belakang. "Terima kasih. Saya minta diri dulu, tuan."

Hayden memerhati belakang tubuh Ace. Sebelum lelaki itu keluar, dia berpaling buat seketika.

"Mikayla..." Ace berdesis sakit saat nama itu meniti di bibirnya. Mata dipejam sesaat dan dicelikkan semula. Nafas ditarik dan bicaranya diteruskan. "...ada penyakit yang sama dengan Puan Love dan saya tinggalkan Mikayla masa dia perlukan saya, anggap penyakit tu cuma satu cara untuk dia dapatkan perhatian semua orang bila dia betul-betul menderita. Jadi, saya harap tuan faham, kenapa saya selalu minta tuan ikut permintaan Puan Love. Saya tak nak tuan buat kesilapan yang sama."

Ace menyambung semula langkahnya keluar dari pejabat Hayden, meninggalkan lelaki itu sendiri.

Hayden melepaskan keluhan berat. Dia kembali ke meja dan butang interkom yang menyambungkannya ke Julia ditekan.

"Julia, Ace tak akan gantikan tempat saya di luar negara lagi, saya akan pergi sendiri."






























































LANGKAH diatur menuju ke arah sebuah kafe. Senyumannya terukir saat melihat satu batang tubuh yang sedang membuka apron di badannya. Hayunan kakinya mahu dilajukan tetapi pergerakannya terhenti seketika apabila seorang lelaki datang mendekati wanita cantik itu, sebelum mereka berdua beriringan masuk ke dalam kafe yang sudah lengang.

Hayden menyambung langkah yang terbantut tadi dan dia berhenti berdekatan pintu masuk yang terbuka luas, berdiri di sebalik tembok, cukup untuk dia melihat Kai dan Arabella daripada pantulan tingkap kaca di situ serta mendengar perbualan mereka.

"Lukisan awak dah siap?" Tanya suara lembut Kai sambil menghidangkan secawan coklat panas kegemaran Arabella. Arabella mengangguk laju, menjawab soalan Kai.

"Dah! Awak suka atau awak nak saya tambah apa-apa lagi?"

Kai tertawa kecil. "Your works beyond perfect, Arabella. Tak perlu tambah apa-apa, idea asal awak jauh lebih sempurna."

Arabella tersenyum segan dan itu mendatangkan rasa cemburu terhadap Hayden yang sedang menonton drama sebabak yang terhidang percuma di hadapan matanya. Buku limanya dikepal, tidak suka apabila ada lelaki lain yang dapat membuatkan wanita cantik itu tersimpul malu dan pipi gebu itu bertukar merah. Benci. Menyampah.

"Apa plan awak lepas ni? Nak teruskan melukis dekat tempat lain?"

Arabella diam seketika. Coklat panas disisip sedikit sebelum membalas. "Saya nak teruskan melukis tapi bukan dekat sini atau tempat lain. Saya nak ada studio sendiri dan kerja yang tetap, yang tak perlukan saya banyak bergerak. Ace pernah beritahu, kalau saya boleh jadi pelukis grafik buku cerita kanak-kanak. Saya rasa nak cuba. Awak rasa macam mana? Sesuai tak kerja tu untuk saya?"

Kai menompang dagu merenung sepasang mata biru milik Arabella. Dia mengangguk-anggukkan kepalanya.

"Saya dah nampak, nama awak dekat setiap buku yang saya akan beli nanti."

Arabella tertawa suka. "Awak nak beli buku cerita kanak-kanak?"

"Why not? Saya pun ada minat tersendiri, okay?"

Dan gelak tawa mereka bersatu.

Hayden di luar masih memerhati. Berpeluk tubuh dengan sebelah kaki menghentak perlahan lantai di luar, cuba menahan diri daripada menceroboh masuk dan menarik Arabella keluar. Segala-galanya menyakitkan hatinya. Renungan Kai kepada Arabella, cara Kai membuat Arabella ketawa effortlessly dan juga pertanyaan Arabella kepada Kai yang tidak akan wanita itu tanya kepadanya; pendapat untuk menjadi seorang pelukis grafik.

Kenapa semua itu, tidak Arabella lakukan ketika bersama dia? Kenapa? Kenapa?! KENAPA?!

"Arabella, boleh saya tanya?"

Suara sayup-sayup Kai menyedarkan Hayden daripada pertelingkahan antara otak dan hatinya.

"Apa dia?"

"Are you...seeing someone?"

"Hm...no, why?"

Empat patah perkataan, berbalas dua, sudah cukup untuk membuatkan Hayden terus membatu di luar sana. Hatinya bagai ditusuk samurai tumpul, berkali-kali pada bahagian yang sama sehingga hancur, kepada cebisan-cebisan kecil, berdarah, yang akan memerlukan masa yang lama untuk pulih.

"I really, really like you, Arabella. I've liked you since I met you. From the first time I saw you, I've never seen someone so...perfect. I believe you are the one that was made for me and that is why you hold my heart, from the start. Jadi, saya nak, berkenalan dengan awak lebih daripada seorang kawan, Arabella. May I?"

Hayden mengenggam erat kerusi di sebelahnya, menahan diri daripada jatuh melutut di situ. Nafasnya terasa sesak, pantas tali lehernya dilonggarkan kasar. Tidak, dia tidak boleh lakukan semua ini. Dia tidak boleh mendengar jawapan yang akan diberi oleh Arabella. Sebelum wanita itu menjawab, dia mengangkat kaki laju, berlalu pergi menjauhi kafe itu dahulu.

Blazer di tubuh, dibuka. Tali leher yang sudah tergantung di leher, ditarik keras. Masuk sahaja ke dalam kereta, segala-galanya dicampak ke tempat duduk penumpang. Dua butang atas baju kemejanya dibuka, membiarkan pendingin hawa menyejukkan dada yang sedang berombak laju walaupun ketika ini suhu di luar sudah turun ke 26 darjah Celsius.

"Tak adil. Tak adil. Tak adil!" Bentak Hayden sambil menghentak kuat stereng keretanya berkali-kali. Dia bernafas kuat, mengawal rasa amarah, cemburu, kecewa, sedih dan sakit hatinya yang mula berkecamuk sehingga tidak terluah dan digantikan dengan beberapa butir air mata yang jatuh terus ke pipi.

"It should be me! Fuck!"

Dahi disandarkan pada stereng. Matanya dipejam rapat. Dia yang sepatutnya meluahkan perasaan. Dia yang sepatutnya mengatakan betapa dia mahu mengenali Arabella lebih daripada seorang kawan. Dia yang sepatutnya menjadi penyebab wanita itu tersenyum. Dia, dia, dia! Bukannya lelaki lain!

"God...I love her. I love you, Love Arabella. I love you so much that it hurts..." Bisiknya sendiri.

Dada yang masih terasa sesak, digenggam kuat. Nafas yang dihela turut rasa tersangkut-sangkut. Rasa ini jauh lebih sakit berbanding menidakkan perasaan cintanya terhadap Arabella.

Jauh lebih sakit.




































































ARABELLA melangkah ke arah sebuah kereta yang terparkir beberapa meter jauh daripada kafe milik Kai. Keningnya bertaut kerana kereta itu sangat familiar kepadanya. Kepala ditundukkan sedikit dan wajahnya didekatkan kepada tingkap yang bercermin gelap itu.

Senyuman Arabella terukir lebar saat menangkap samar-samar figura di dalam kereta itu yang sedang lena.

"Hayden!"

Hayden di dalam kereta yang terlelap beberapa saat lepas, tersentak apabila cermin keretanya diketuk seseorang dari luar. Melihat wajah cantik yang sedang tersenyum ke arahnya di luar itu, bibirnya lambat-lambat menarik satu senyuman kecil. Pintu kereta dinyahkunci, membenarkan Arabella masuk ke dalam.

"Lama ke awak tunggu saya? Tak elok tau tidur dalam kereta." Arabella mencebik pada akhir ayat membuatkan senyuman Hayden melebar sesaat sebelum lenyap.

Sikap Arabella pada hari ini...tidak seperti semalam. Tahu bahawa memori semalam tiada lagi di dalam kotak ingatan wanita itu. Apa yang Lucia katakan dan yang paling penting, bicara daripada hatinya buat Arabella tengah hari semalam, semuanya sudah pergi begitu sahaja.

"Sakit kepala saya datang lagi. Mungkin nak demam." Dalih Hayden, memberi alasan. Sengaja mahu menguji jika Arabella betul-betul lupa akan apa yang terjadi semalam.

"Sakit kepala? Lagi? Semalam pun sama ke?"

Hayden tersenyum hambar. Wajah polos yang sedang merenung dia risau itu ditatap seketika. Tangannya naik mengusap rambut panjang Arabella.

"Saya dah biasa. Banyak kerja dekat pejabat."

Arabella mengangguk perlahan. "Awak patut ambil cuti. Awak asyik kerja je akhir-akhir ni. Saya tak pernah tengok awak rehat dekat rumah." Balasnya bersahaja tanpa perasan akan wajah Hayden yang sudah bertukar mendung.

"Awak pun tak nak ambil cuti? Tak penat, hm?" Soal Hayden, masih mengelus helaian rambut lembut di tangannya.

Arabella menoleh. Tatapan mata redup milik Hayden dibalas. Jujur, badannya terasa sangat letih, lemah dan apa yang dia mahu lakukan ketika ini adalah tidur, tidur dan tidur. Tapi dia tahu, simptom seperti ini datang setiap kali dia tertekan dan depresi mengambil alih. Cuma dia tidak pasti jika tekanan ini datang kerana luahan perasaan Kai tadi atau ada sesuatu yang terjadi antara dia dan Hayden.

Pandangan dialihkan ke hadapan. Kafe milik Kai direnung.

"Saya dah mula cuti. Kerja saya dekat sini dah siap." Ujar Arabella bersama dengan segaris senyuman tanpa mengalihkan renungan daripada kafe itu. Tatkala matanya tertacap pada figura Kai yang sedang berjalan keluar dari kafenya, senyuman pada bibir merah itu bertukar hambar.

Hayden yang perasan akan ke mana fokus Arabella tertumpu, turut memalingkan wajahnya ke arah Kai. Jantungnya kembali berdegup tidak senada. Laju tangannya menurunkan brek dan pedal minyak ditekan.

"Ace dah dekat airport. Kita akan ikut dia balik England."

"Hah?"

Arabella memandang sisi wajah yang terbentuk tajam itu. Hayden yang beriak serius, ditatap lama. Tiada lagi perkataan yang keluar daripada bibir kecil itu. Lelaki itu kembali membisu dan menumpukan sepenuh perhatian hanya kepada pemanduannya sahaja.

"Baju saya..."

"Saya belikan yang baru." Pintas Hayden mendatar. Hujung matanya mengerling sekilas Arabella di sisi. Dia juga tidak membawa apa-apa dan rancangan untuk mengikut Ace ke England tidak terlintas sehinggalah tadi, sewaktu sepasang mata biru itu tidak mahu lari daripada kelibat Kai.

"He needs you." Sambung lelaki itu selepas beberapa minit membiarkan sepi menyelubungi suasana di dalam kereta.

Kening Arabella terangkat. "Hm?"

"Ace. He lost his sister a year ago and he needs someone to talk about it. He needs you."

Arabella terkedu. Tangannya naik menekup mulut. Kaget dengan apa yang baru sahaja dia dengari.

"Is—is he okay?"

Hayden menghentikan keretanya di kawasan parkir lapangan terbang. Pertanyaan Arabella tidak dijawab. Matanya tegak memandang ke arah satu batang tubuh yang sedang duduk di luar lapangan terbang itu, menunggu seseorang. Wajahnya tertunduk ke bawah dan kedua-dua tangannya digenggam sesama sendiri.

Arabella turut memandang ke arah yang sama. Tanpa membuang masa atau menunggu Hayden untuk keluar bersama, pintu kereta dibuka dahulu dan dia berlari anak mendapatkan Ace.

"Ace." Seru suara kecil itu di antara mengah nafas.

Ace mendongak. Senyumannya terbit diikuti bersama-sama mutiara jernih yang menitis jatuh ke tanah saat matanya mendarat pada mata Arabella yang mula berkaca. Dia bangun dan tubuh kecil itu dibawa ke dalam dakapannya erat.

Arabella membalas kejap pelukan hangat Ace.

"I'm here, Ace."

Ace tertawa pahit. Air mata dikesat kasar dan dakapannya dieratkan. "Thank you."

Hayden cuma menjadi pemerhati dari dalam kereta. Dua figura itu ditatap kosong. Setelah beberapa minit, barulah dia melangkah keluar bersama dengan sehelai kot tebal dan mendekat kepada Arabella dan Ace.

"Saya dan Bella akan ikut awak ke England." Ujar Hayden sambil membetulkan jam pada pergelangan tangannya. Sesekali matanya menjeling Arabella yang sedang mengusap belakang tubuh Ace.

Ace mengangkat muka. Dia memandang Hayden dan Arabella bergilir, tidak percaya.

"Be—betul ke? Tuan tak kisah? Puan Love?"

"Saya kisah ke tak? Soalan ke tu? Saya dah anggap awak macam adik saya, Ace. Jangan buat saya macam abang tak berguna. Saya pecat awak betul-betul nanti." Sinis Hayden menjawab dengan wajah yang mula berkerut, tidak senang mendengar pertanyaan Ace seperti dia pernah berkira dengan lelaki itu.

Senyuman Ace mula terukir diikuti dengan tawa halus. Air hingusnya dikesat dengan belakang tangan sebelum Hayden menghulurkan sapu tangannya buat lelaki itu.

"Terima kasih, Tuan Hayden. Terima kasih, Puan Love. Saya janji, Grasmere lebih baik daripada bandar Itali sampai tuan dengan puan rasa tak nak balik." Ace mengangkat sebelah tangannya gaya berikrar.

Hayden tersenyum kecil. Rambut Ace diserabaikan dan dia menghadap ke arah Arabella pula. Tanpa bicara, kot tebal miliknya yang diambil dari dalam kereta tadi, diletakkan pada kedua-dua bahu wanita itu. Tangannya mengelus pipi Arabella sepintas lalu kemudian dia berjalan masuk ke dalam lapangan terbang mendahului mereka berdua.

Arabella merenung lama belakang tubuh Hayden. Senyumannya terlukis ketika melihat layanan dingin dan dalam masa yang sama hangat lelaki itu. Kot pada tubuhnya digenggam erat. Seperti menyisip coklat panas pada musim salju, dia ibaratkan sikap Hayden seperti itu.

Dan dia sukakan coklat panas serta musim salju.

Satu keluhan berat dilepaskan.

How can I keep my promise?





















































KEPULAN awan di luar, direnung tidak berganjak. Sepasang mata bundar itu tidak berkedip setiap kali kapal terbang persendirian milik Hayden, melintasi setiap kawanan awan yang sedang berarak itu. Dia tidak pernah naik kapal terbang. Dia juga tidak tahu bahawa Hayden adalah seorang pemilik syarikat penerbangan dan lelaki itu memiliki lebih daripada lima pesawat. Dia hanya mampu ternganga saat menonton pertelingkahan kecil antara Ace dan Hayden ketika di lapangan terbang tadi kerana Ace memilih pesawat kelas ekonomi daripada syarikat penerbangan lain dan bukannya milik Hayden. Pergaduhan itu tamat dengan kemenangan Hayden dan tanpa rela Ace ketika dia dipanggil pengkhianat dan diseret masuk ke dalam kelas bisnis kapal terbang Hayden.

"Hot chocolate?" Hayden kembali bersama dengan secawan coklat panas dan segelas wain, menamatkan lamunan Arabella. Dia mengambil tempat di sebelah Arabella sambil menghulurkan coklat panas yang masih berasap. Arabella lambat-lambat mengambil pemberian Hayden.

"Terima kasih."

Arabella menyisip coklat panas di tangan sambil memandang ke luar jendela. Jujur dia masih menggigil sejak awal mereka menjejakkan kaki ke dalam kapal terbang ini, tapi pemandangan dari langit...dia tidak tahu suasananya akan jadi setenang ini.

"Ada lagi 2 jam 30 minit sebelum kita sampai England. Awak boleh tidur dulu." Ujar Hayden dengan wain di tangannya yang dipusing perlahan. Arabella tidak membalas membuatkan dia menoleh hanya untuk melihat wanita itu masih kagum menatap pemandangan langit di luar.

Hayden tersenyum. Tubuhnya dirapatkan pada Arabella dan dagu diletakkan pada bahu wanita itu. Tingkahnya tidak sedikit pun mengganggu kosentrasi Arabella untuk terus menikmati pemandangan. Jadi, Hayden mengambil kesempatan itu untuk merenung wajah Arabella dari jarak dekat.

"You like clouds?"

"They're lovely. Floating and free."

Perlahan-lahan tangan Hayden merangkul pinggang ramping Arabella. Matanya terpejam rapat saat aroma lembut yang datang daripada tubuh itu mengusik deria baunya, membuatkan jantungnya semakin berdegup kencang. Pucuk hidung mancungnya digesel pada leher terus ke cuping telinga Arabella.

Arabella masih mendiamkan diri walaupun kini, perutnya sudah dipenuhi dengan rama-rama. Dia menunduk memandang gelas wain yang masih berada di dalam genggaman Hayden dan melihat coklat panas yang sudah separuh di dalam cawannya.

"Air Ribena awak tu sedap ke?"

Mata Hayden tercelik semula dan terarah kepada wain miliknya yang masih tidak disentuh. Gelaknya terhambur selepas mendengar pertanyan Arabella.

"Nak cuba?" Hayden mendekatkan gelas wain itu ke bibir Arabella.

Wanita itu terkebil-kebil sebelum mencapai huluran Hayden. Wain itu dipandang buat seketika lalu diteguk sedikit. Wajah Arabella berkerut saat rasa pahit wain anggur itu menyentuh tekaknya.

"Erk!"

Hayden tertawa lagi. Tangan Arabella yang masih menggenggam wain anggurnya, dipegang.

"Sedap?"

"It tastes funny..." Tutur Arabella, sesekali menjelirkan lidah, tidak tahu jika dia suka atau tidak akan rasa asing yang baru menyentuh deria rasanya tadi. Coklat panas yang sudah bertukar suam di tangannya, segera dibawa ke bibir dan disisip bagi menghilangkan rasa pahit yang masih membakar esofagusnya.

Hayden meleraikan rangkulannya. Dia tersenyum-senyum memerhati ekspresi Arabella.

"Hot chocolate awak sedap?" Tanya Hayden tanpa mengalihkan renungannya daripada Arabella yang masih meneguk coklat panasnya. Arabella mengangguk laju.

"Nak rasa?"

Baru sahaja cawan mahu dihulur, Hayden lebih laju mendekat dan meragut bibirnya. Arabella terpaku. Rasa hangat bibir lembut dan lidah yang sedang meneroka di dalam mulutnya membuatkan rama-rama yang dirasakan ketika Hayden mendakap tubuhnya tadi, semakin liar dan mahu membebaskan diri mereka. Dia terleka. Matanya dipejam dan kucupan itu dibalas mengikut ritma.

Sebelum air coklat panas di tangannya jatuh ke riba, Hayden pantas merampas dan meletakkan cawan itu ke sisi sebelum tangan Arabella dibawa ke dalam genggamannya, tanpa melepaskan tautan bibir mereka.

Sebelah lagi tangan, mengelus dan mengusap lembut pipi Arabella. Turun ke dagu, leher seterusnya menari pada tulang selangka yang terdedah itu. Semua perasaannya dilepaskan melalui kucupan itu. Liar, hangat dan dalam masa yang sama berhati-hati.

Selepas beberapa minit, mereka berhenti. Hayden melepaskan bibir mungil yang mula kemerahan itu. Arabella terus menunduk. Bibirnya dikemam rapat.

Hayden masih tidak mahu menjauhkan diri. Tangan Arabella tetap diramas perlahan di dalam genggamannya. Pipinya dan pipi Arabella saling berlaga dan matanya masih terpejam rapat dengan dada yang berombak kencang. Nafas yang ditarik tersangkut-sangkut. Apa yang dia rasa terlalu banyak sehingga dia tidak pasti jika dia dapat memendam semuanya lagi.

Mungkin ini waktu yang tepat untuk dia meluahkan rasa cintanya. Ya, sekarang.

"Bella—"

"Awak patut berhenti."

Mata Hayden terbuka luas. Lambat-lambat wajahnya dijarakkan. Arabella yang sedang menunduk itu dipandang dengan kening yang bertaut.

"Berhenti?" Soalnya tidak mengerti.

Arabella mengangkat kepala. Wajah keliru Hayden ditatap dengan satu senyuman pahit.

"We're friends, right? Friends don't kiss."

Hayden terpana. Genggamannya pada tangan Arabella perlahan-lahan dileraikan. Beberapa saat berlalu, mereka hanya berbalas renungan sebelum Hayden tertawa janggal, bagi menutup rasa sakit. Tubuhnya segera dijauhkan.

"Yes. Yes, you're right. I'm sorry."

















































i'm still waiting for "kesian, Hayden. bagi dia chance please. 😭" comments.

but yall seem to enjoy the torture |(3)|

so, kita proceed jelah eh? \(////)\

ps: anyone who affected by the flood, stay safe okay? i love you guys ❤️

Pokračovat ve čtení

Mohlo by se ti líbit

93.7K 4.7K 57
2.0 ❒ Military Series || Sad Romance Raja Jibran Qayyim- seorang tentera berpangkat Leftenan, seperti biasa dingin, beku, dan kasar sudah sebati deng...
935K 30.3K 62
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
655K 25K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
5.6M 302K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...