ARABELLA

By dewihera_

109K 9.5K 1.3K

Hanya mahu jadi yang diinginkan. Hanya itu. *** Love Arabella, nama yang indah tapi sayang...kalaulah hidupny... More

𝟏.
𝟐.
𝟑.
𝟒.
𝟓.
𝟔.
𝟕.
𝟖.
𝟗.
𝟏𝟎.
𝟏𝟏.
𝟏𝟐.
𝟏𝟑.
𝟏𝟒.
𝟏𝟓.
𝟏𝟔.
𝟏𝟕.
𝟏𝟖.
𝟏𝟗.
𝟐𝟎.
𝟐𝟏.
𝟐𝟐.
𝟐𝟑.
𝟐𝟒.
𝟐𝟓.
𝟐𝟔.
𝟐𝟕.
𝟐𝟖.
𝟐𝟗.
𝟑𝟏.
𝟑𝟐.
𝟑𝟑.
𝟑𝟒.

𝟑𝟎.

3.1K 313 28
By dewihera_

SUASANA di dalam kereta hanya dimeriahkan dengan suara Ace dan Arabella yang seronok berbual. Arabella bercerita tentang betapa cantiknya bunga api di pantai dan disokong oleh Ace, manakala Hayden cuma diam, fokus kepada pemanduannya.

"Hayden, seronok tak majlis tari menari tadi?" Soal Arabella, mengalihkan topik kepada Hayden yang hanya membisu sejak tadi.

Hayden mengerling cermin pandang belakang, mencuri pandang Arabella dari situ.

"It was...good." Jawabnya mendatar.

Arabella mengangguk dan beberapa saat kemudian, sepi mengambil alih sehingga mereka tiba di rumah.

Ace meminta diri untuk pulang dahulu. Arabella dan Hayden pula berjalan beriringan masuk ke dalam rumah. Hayden di sisi, sesekali mengerling ke arah Arabella. Saat matanya menangkap senyuman yang masih menghiasi bibir mungil itu, air mukanya menjadi semakin keruh kerana penyebab senyuman itu semestinya bukan dia.

"Saya masuk tidur dulu. Selamat ma—"

"Saya sakit kepala." Pintas Hayden dengan sepasang mata hazel itu, tertacap terus pada wajah Arabella yang mula bertukar risau.

Wanita itu segera mendekat dan meletakkan belakang tangannya di atas dahi Hayden membuatkan lelaki itu tersentak kerana tindakannya. Matanya membulat, menunduk memerhati Arabella yang sangat dekat dengannya. Arabella menurunkan tangan selepas merasakan suhu badan Hayden masih pada tahap normal.

"Awak tak demam tapi awak kena makan ubat kalau tak, nanti jadi makin teruk. Saya sediakan untuk awak, okay?" Arabella menjauh semula dan mula mahu mengangkat kaki menuju ke arah dapur tetapi satu tangan, menghentikan langkahnya. Dia menoleh dan wajah mendung Hayden dipandang.

"Saya ada kerja malam ni, saya tak boleh makan ubat. Kalau saya baring dan urut sekejap kepala saya, mungkin sakit tu reda."

Arabella diam dan mengangguk-anggukkan kepalanya.

"Kalau macam tu, biar saya yang urutkan. Jom, bilik saya." Arabella mengemaskan genggamannya pada tangan Hayden sebelum menarik perlahan tangan itu, naik ke tangga.

Hayden tersenyum kecil.

Tiba di bilik, Arabella duduk menjulur kaki di atas katil dan Hayden laju mengambil tempat, membaringkan kepalanya di atas riba wanita itu, tanpa sempat dijemput. Arabella hanya tertawa kecil kerana tingkah Hayden.

Jari jemari runcing itu dibawa ke kedua-dua belah sisi dahi Hayden dan mula mengurutnya perlahan sambil sepasang mata biru langit itu, menatap wajah adonis yang tenang, menikmati urutannya.

"Awak tak suka bunyi kuat, hm? Bunyi bunga api tadi." Tanya Arabella membuatkan mata Hayden yang terpejam rapat itu, tercelik semula, membalas tatapan sepasang mata kegemarannya itu. Bibirnya menarik senyuman tipis.

"Pendengaran saya sensitif." Jawabnya lemah. "Mommy dengan daddy selalu bergaduh, baling-baling barang, saling balas maki hamun, jadi bunyi bising macam tu...buat saya sakit."

Senyuman Arabella memudar. Wajah Hayden yang kembali mendung itu dipandang. Dia tidak patut bertanya soalan tadi. Rasa menyesal kerana membuka mulut. Selepas beberapa saat, urutannya diteruskan, tanpa membalas lagi bicara Hayden.

Hayden mendongak kerana tiada lagi suara Arabella yang kedengaran. Tangannya diangkat, menolak beberapa helai rambut panjang milik wanita itu ke belakang telinga supaya pemandangannya pada wajah cantik itu tidak dihalang apa-apa.

"Awak suka bunga api?" Tanya Hayden pula tanpa mengalihkan renungannya. Tangannya masih mengemaskan rambut Arabella yang sudah diselit rapi di belakang telinga.

Arabella mengangguk perlahan.

"Kenapa?" Soal lelaki itu lagi.

Arabella membisu lama. Dia cuma tersenyum pahit. Tidak pasti jika Hayden akan faham bahawa bunyi bising seperti itu membantunya untuk sedar daripada terus tenggelam dengan bisikan-bisikan yang sering dia dengari setiap saat, setiap kali dia berseorangan.

"Bunga api cantik." Jawabnya ringkas dan membiarkan suasana sunyi, mengambil alih selepas itu.

Tangan Hayden yang berada di rambut Arabella, perlahan-lahan beralih ke pipi gebu itu, menyentuhnya perlahan dan mencuitnya sekilas. Hayden tahu, ada sesuatu yang mengganggu fikiran wanita cantik itu. Arabella tidak pandai menunjukkan emosinya tetapi senyuman yang terlukis pada bibir itu, sudah cukup untuk dijadikan sebagai jawapan. Senyuman itu tidak sama ketika dia bersama-sama Kai. Langsung tidak sama.

"What's wrong, Cinta?" Desis Hayden sebelum menjatuhkan tangannya ke bawah.

Arabella terkaku. Darah menyerbu ke pipinya saat mendengar panggilan itu kembali bermain di bibir Hayden. Pandangan dikalih ke arah lain daripada terus bertentangan mata dengan sepasang mata hazel itu. Soalan lelaki itu dibiar sepi.

Hayden tersenyum. Dia bangun dari riba Arabella dan duduk bersila, menghadap wanita itu. Senyumannya melebar saat terpandang akan pipi gebu itu yang mula berona merah.

"Gaun awak? Awak tak nak tunjuk pada saya?" Tanya Hayden, sengaja mahu menguji.

"Erm...oh, saya tak jadi ambil." Balas Arabella tanpa memandang ke arah Hayden membuatkan senyuman lelaki itu memudar. Mata tajam itu mengimbas lama wajah polos Arabella. Rahangnya diketap rapat.

Mengapa perlu menipu?

"Awak boleh jujur dengan saya, Bella." Lembut tetapi tegas ayat yang ditutur.

Arabella kembali menumpukan perhatiannya terhadap sepasang mata yang sedang menatapnya hangat itu. Satu senyuman kecil dilukis.

"Ace ada bagi saya buku tentang galaksi. Saya belajar tentang bintang. Bintang awak, Sagitarius." Ujarnya lalu bangun mencapai jurnalnya di atas meja tanpa menghiraukan bicara atau pandangan kecewa Hayden, dan kembali semula duduk di atas katil.

"Saya belajar tentang awak." Arabella tersenyum manis membuatkan Hayden ikut sama tersenyum walaupun agak terasa dengan sikap Arabella yang masih mahu bersembunyi darinya.

"Awak nak dengar?" Buku jurnal di tangannya diangkat.

Hayden mengangguk laju, melupakan rasa kecewanya tadi serta minit mesyuarat yang perlu dibaca malam ini. Kepalanya kembali dibaringkan di atas riba Arabella.























































SEBELAH tangan didepakan, meraba sisi tilam yang terasa kosong dan sejuk. Mata dicelikkan perlahan hanya untuk melihat Arabella sudah tiada di sisinya. Segera dia bangun dari katil dan berlari keluar, mencari Ace sebelum laluannya dihalang oleh satu tubuh yang sedang berdiri di muka pintu dengan sedulang makanan di tangannya.

"Selamat pagi, Hayden." Ucap suara itu bersama-sama sebuah senyuman manis.

Hayden menghela nafas lega sebelum satu tawa halus terhambur, dia fikir Arabella sudah pergi ke kerja tanpa ucapan 'hati-hati, jumpa awak malam ni.' daripadanya. Hampir dia melepaskan kemarahan kepada Ace.

"Selamat pagi, Bella. Awak pergi kerja lambat ke hari ini?"

"Oh, saya cuti. Saya risau sakit kepala awak tak hilang. Saya dah beritahu Ace yang awak pun cuti sekali."

Arabella menyusun sarapan dan dua biji ubat di atas meja kecil yang diletakkan di atas katil buat Hayden.

"Breakfast?"

Perlahan-lahan Hayden mengatur semula langkahnya kembali ke atas katil. Sarapan yang dibawa oleh Arabella dipandang. Senyumannya terukir lembut.

"Awak masak?"

"Yup!"

Arabella berlalu untuk menyelak langsirnya dan mengikatnya kemas. Hayden yang mula menyuapkan bubur ke dalam mulut itu diperhati. Dia tersenyum gembira saat melihat reaksi positif daripada Hayden.

"Lepas awak dah habis makan, awak turun okay? Ada orang nak jumpa awak dekat bawah."

Hayden mengangkat kepalanya. Keningnya bertaut. Dia tidak menjangkakan tetamu pada awal pagi ini. Belum pernah lagi dia membawa klien ke rumah.

"Siapa?"

"Lucia." Jawab Arabella perlahan bersama dengan senyuman yang sudah bertukar hambar.

Hayden terdiam. Liurnya ditelan. Sudu yang berada di tangan, lambat-lambat diletakkan ke bawah. Lucia sudah berjumpa dengan Arabella? Di sini?

"Lucia dah tahu tentang saya gantikan tempat dia dulu...tapi, awak boleh jelaskan dekat dia yang perkahwinan kita tak sah dan saya tak pernah jadi isteri awak. Boleh, kan? Awak boleh turun bawah, jumpa dia dan jelaskan semua tu, kan?"

"Bella..."

"Lucia,..." Arabella menjatuhkan kepalanya, memandang kaki. "...dia nampak kecewa dan saya minta maaf."

Hayden terus membisu. Bubur yang masih bersisa separuh itu ditatap dengan wajah yang mula berkerut. Dia bangun, mencapai baju pajamanya yang dibuka semalam dan sarungkan ke tubuh sebelum melangkah keluar dari bilik.

"Ikut saya, Bella." Arah Hayden tanpa menoleh dan terus menyambung langkahnya menuju ke tangga.

Arabella di belakang, hanya mampu melepaskan keluhan berat dan lambat-lambat menurut gerak kaki Hayden. Dia mengikut rapat belakang Hayden dan terus menundukkan pandangannya ke bawah.

Hayden berhenti di tengah-tengah ruang tamu dengan mata yang tajam memandang Lucia yang sedang berlegar-legar di sekeliling rumahnya bersama dengan Aryan yang hanya duduk di atas sofa sambil memerhati wanita itu.

"Macam mana awak cari rumah saya?" Soal Hayden dingin.

Lucia berpaling. Dia tersenyum senget dan kelihatan agak jengkel apabila matanya menangkap figura Arabella yang juga berada di situ.

"Mama beritahu." Jawab Lucia selamba dan mengambil tempat di sebelah Aryan. Sementara dia berjalan-jalan di sekeliling rumah agam Hayden seperti rumahnya sendiri, lelaki itu cuma duduk dengan riak yang tidak berapa senang akan keberadaan mereka di sini.

Mata Hayden mengecil saat mendengar gerangan si pemberi informasi Lucia. Dia berdecit perlahan. Tidak sabar menanti hari dia dapat berjumpa semula dengan Amelia dan perlakukan wanita itu seperti mana dia melayan Arabella.

"Awak nak apa?" Tanya Hayden masih dingin.

Lucia mencebik. "Apa kata awak duduk, ajak sekali 'isteri' awak tu, sebab banyak benda yang kita nak bincang."

"Hayden, beritahulah Lucia yang saya bukan isteri awak." Bisik Arabella di belakang lelaki itu tetapi Hayden hanya mengerlingnya sekilas sebelum mencapai tangannya dan membawanya duduk bersama-sama mereka.

Lucia mengetap rahang. Tidak cemburu tetapi benci melihat pemandangan itu. Dengan Hayden serta Arabella yang duduk bersebelahan dan lelaki itu yang masih tidak mahu menguraikan genggamannya.

Arabella yang perasan akan ke mana mata Lucia tertumpu, cuba menarik semula tangannya tetapi Hayden semakin mengeratkan pegangan sebelum melemparkan jelingan tajam kepadanya sebagai amaran untuk duduk diam.

"Make it simple, saya sibuk."

"Simple? Fine. Tapi, sebelum kita pergi dekat tajuk utama, selamat pengantin baru." Ucap Lucia dengan segaris senyuman yang dibuat-buat mesra.

"Hayden..." Desis Arabella dan cuba menarik tangannya sekali lagi, meminta Hayden untuk menjelaskan perkara sebenar bahawa mereka, bukan suami isteri.

Hayden tidak mengendahkan panggilan Arabella di sisinya. Genggaman pada tangan kecil itu dieratkan dan senyuman sarkastik diukir buat Lucia.

"Thanks." Balas Hayden dalam nada sindiran.

Aryan mula menggulingkan mata mendengar sindiran dan kata-kata sinis yang keluar daripada Lucia dan Hayden. Dia tidak mahu berada di sini. Dia ditipu Lucia. Wanita itu mengajaknya untuk makan tengah hari bersama-sama, tetapi lihat di mana dia berada sekarang?

Di dalam kandang serigala.

Pandangannya dialihkan kepada Arabella yang sama seperti dia, yang mahu menghilang menjadi gas. Dia tersenyum kecil saat matanya dan mata biru langit itu bertembung buat seketika tetapi senyumannya tidak dibalas, Arabella kembali menjatuhkan wajahnya ke lantai.

Senyuman Aryan bertukar hambar.

Sayangnya, wanita secantik ini menunduk seperti itu.

Jika Arabella mempunyai keyakinan Lucia, pasti semua lelaki sudah berdiri dengan lutut mereka, termasuk dirinya sendiri. Jadi, tidak hairanlah jika hati Hayden juga boleh berpaling.

"Actually, I don't really care about all of this. Lagipun saya tahu, Hayden, kenapa awak tak tunggu saya dan kahwin dengan Love." Lucia membetulkan duduknya. Senyuman sinisnya semakin tajam terukir.

Hayden memandangnya skeptik.

"Sebab awak cuma nak anak dan saya tak boleh bagi." Sambung Lucia membuatkan Hayden tersentak. "Kita pernah cakap pasal ni. Awak sanggup cari ibu tumpang untuk anak kita asalkan awak dapat kahwin dengan saya. Ingat lagi, tak?"

Arabella mengangkat wajah. Wajah bengang Hayden dan muka jengkel Lucia dipandang bergilir.

"Lucia, we should go." Aryan menyampuk. Tangan Lucia ingin dicapai tetapi ditepis kasar oleh wanita itu.

"Awak cintakan saya, Hayden. Awak rindukan saya dan awak nampak diri saya dalam Love. You're just confused, sayang. You said you were waiting on me for years and I know you're still waiting for me, right?" Wajah sarkastik Lucia berubah mendung. Hayden yang cuma membisu itu ditatap redup. Dia bangun dan melutut di hadapan Hayden. Menggapai dan menggenggam erat tangan itu.

"Hayden, please say something...." Rayunya dengan mata yang mula berkaca.

Hayden masih membatu. Arabella yang cuma mendiamkan diri, memerhati Lucia dengan rasa simpati. Tangannya dari genggaman Hayden, perlahan-lahan ditarik dan kali ini dia berjaya. Lelaki itu tidak lagi menahan dan juga tidak menarik tangannya daripada pegangan Lucia.

"You still love me, right?" Lucia mendongak. Pipinya sudah basah dengan air mata. Hayden masih seperti tadi. Tidak sedikit pun matanya bergerak daripada terus merenung kosong dinding di hadapannya.

"I...don't know..." Desisnya perlahan. Cukup untuk membuatkan dua hati di situ retak. Arabella tersenyum pahit dan menjarakkan dirinya jauh daripada Hayden. Jika sekarang dia menghilang pun, lelaki itu takkan sedar.

"You said, I were there for you when you needed someone, so please, let me always be there for you." Rintih Lucia masih tidak berputus asa meraih perhatian Hayden.

Aryan yang hanya menjadi penonton, sudah tidak betah duduk di situ, memerhati Lucia yang dilayan seperti pengemis. Dia bangun dan lengan Lucia ditarik.

"Lucia, enough."

"No!" Lucia merentap tangannya kasar. Aryan dijeling tajam dan fokusnya kembali kepada wajah dingin Hayden.

"I don't care if you slept with her and if she gets pregnant with your child. Saya tahu Love takkan boleh jaga anak awak, tapi saya ada. Kita ada. Kita boleh besarkan anak tu sama-sama."

Arabella menoleh. Dia terkedu mendengar bicara Lucia sebegitu juga dengan dua lelaki di situ.

Wajah Hayden berubah tegang. Tangannya di dalam genggaman Lucia ditarik kasar. Dia yang keliru dengan perasaannya tadi sudah kembali sedar. Tiada lagi nama Lucia di dalam hidupnya, titik. Lucia yang masih melutut di hadapannya, dicerlung tajam.

"Ulang balik." Tutur suara tanpa perasaan itu membuatkan Lucia tergamam. Air liurnya ditelan kerana pandangan bagaikan hujung belati itu.

Lambat-lambat dia bangun dan berdiri di sebelah Aryan. Nafas ditarik dalam, menyambung kata-kata.

"You know she's crazy, right? There's something wrong wit—"

PRANGG!!!

"Keluar!"

Serentak ketiga-tiga bahu di situ terhinjut. Pasu antik yang sudah berderai di lantai itu ditatap oleh tiga pasang mata. Lucia terundur ke belakang, melindungi diri di sebalik tubuh Aryan.

"Aku cakap, keluar!"

BAM!

Kini, meja kopi pula yang menjadi mangsa tumbukannya.

Tanpa menunggu lagi, Aryan menarik Lucia yang terpana di situ, keluar daripada rumah Hayden.

Arabella pula masih berdiri kaku, matanya tidak teralih daripada hirisan yang berada di betisnya, disebabkan oleh serpihan pasu yang berterbangan ketika Hayden melontarnya ke dinding.

Hayden melabuhkan punggungnya kasar ke atas sofa. Matanya memerah, merenung pintu utama yang sudah tertutup rapat dengan dada yang berombak kencang.

"Awak tak patut menipu." Gumam Arabella perlahan tetapi masih pendengaran Hayden dapat menangkap setiap butir perkataan itu. Buat beberapa saat, ruang tamu itu bergema dengan tawa mengejek Hayden.

"Says the woman who can't be honest with her own feelings. Ironic." Sindir Hayden tanpa memandang ke arah Arabella yang masih setia berdiri di sisinya, seperti amukannya tadi tidak menakutkan sedikit pun.

Wanita itu cuma tersenyum hambar.

"Awak nak air?" Soalnya bersahaja seperti tiada apa-apa yang berlaku tanpa menghiraukan luka pada betisnya yang mula mengalirkan darah.

Hayden membisu. Sedikit pun tidak mengerling ke arah Arabella sehingga wanita itu berlalu pergi.

Arabella masuk ke dalam biliknya. Sarapan Hayden yang masih bersisa, dikemas lalu langkahnya dibawa ke almari, mencari peti pertolongan cemas. Antiseptik, kapas serta pembalut dikeluarkan. Dia duduk di atas katil, mengubati lukanya.

"Sorry..."

Arabella tersentak tatkala mendengar bisikan itu tepat di telinga bersama dengan tubuhnya yang didakap dari belakang. Selepas beberapa saat, dia tersenyum kecil. Tangan sasa yang berlingkar di pinggangnya diusap lembut.

"It's okay. Awak tak sengaja."

"I'm really sorry..."

Dua kucupan didaratkan pada bahu Arabella sebelum kepalanya dilentokkan di situ. Kesal dengan sikapnya sehingga mencederakan wanita itu tanpa dia sedar. Pelukannya pada tubuh itu dieratkan dan satu keluhan berat dilepaskan.

"Maybe, I should go." Tutur Arabella sambil menekap perlahan kapas pada lukanya.

Sepi. Hayden tidak membalas tetapi dakapannya pada tubuh Arabella sudah cukup sebagai jawapan. Dia tidak izinkan.

"Awak betul. Saya minta awak jujur, tapi saya sendiri tak pernah jujur dengan diri saya. Sebab saya tak pernah fikir pasal diri saya. Apa yang saya betul-betul nak, masih bukan tentang diri saya. Apa yang saya rasa, berdasarkan perasaan orang sekeliling saya dan masih bukan tentang diri saya." Bibirnya dikemam rapat. Kapas di tangan digenggam kuat

Sebab saya cuma fikirkan awak, Hayden.

Hayden mendongak. Dagunya diletakkan di atas bahu Arabella sambil sepasang mata hazel itu menatap wajah yang terbentuk sempurna itu dari sisi. Dia tidak akan pernah boleh melepaskan kemarahan terhadap wanita ini. Lihat sahaja wajah itu, dia kembali berasa tenang.

"I shouldn't have said that. You can't be honest because you don't know how to express your true feelings and that's okay, Cinta. I'm the one who in the wrong. I'm sorry."

Arabella menoleh. Seukir senyuman lembut, menghiasi wajah cantik itu.

"You're so perfect." Bisiknya halus.

"Hm? Someone is talking to the mirror." Balas Hayden sebelum mencuit sekilas pucuk hidung mancung itu membuatkan tawa kecil Arabella terhambur.

Hayden terus menatap penuh minat wajah yang sedang tertawa itu. Pandangannya dijatuhkan ke atas luka di betis Arabella. Kapas yang sudah dibasahkan dengan antiseptik di tangan itu diambil.

"What do you really want in your life, Bella?" Soal Hayden sambil menekap perlahan kapas di atas luka itu sebelum membalutnya kemas dengan plaster.

Arabella mendiamkan diri lama. Matanya cuma memerhati kerja Hayden. Dia tersenyum kecil ketika melihat plaster di betisnya kelihatan agak senget.

"I don't know." Keluh Arabella. "I wanna leave, I guess? Jauh daripada semua orang. Mulakan hidup baru dengan Sashimi. Melukis...dan mungkin bela itik."

"Saya boleh beli rumah di negara lain. Kita boleh duduk situ dan awak boleh melukis dan bela itik." Balas Hayden tanpa mengangkat wajah, membalas pandangan Arabella. Tangannya terus mengelus luka Arabella yang sudah dibalut.

"That's not what I mean..." Desis Arabella kecewa. Kecewa kerana Hayden tidak memahami maksudnya.

Hayden cuma tersenyum singkat. Dia mengerti, tetapi dia tidak mahu bercakap tentang itu. Arabella mahu pergi daripada hidupnya dan itu akan membuatkan hatinya lebih merana. Kata cinta masih tidak diucapkan, dia cuba mengeskpreskan ayat itu melalui perbuatan tetapi Arabella masih tidak dapat menangkap semua klu yang diberi.

"Apa yang Lucia cakap tadi betul. There's something wrong with me. I—"

Cup!

Arabella tergamam. Matanya terbutang luas tatkala bibirnya disambar laju oleh Hayden. Lelaki itu hanya melekapkan bibir mereka bersama dalam keadaan mata masing-masing yang masih terbuka, menatap setiap inci wajah itu dalam jarak dekat. Arabella terus terkedu selepas Hayden kembali menjauhkan dirinya.

Suasana menjadi sunyi, sehingga mereka berdua dapat mendengar bunyi degupan laju jantung mereka.

"We've been living together for almost four months, Bella and you're nothing like what she said. You're fine. You will be a good mother. The best mother, even."

Jari panjang itu menolak perlahan rambut Arabella ke belakang telinga. Pipinya masih berona merah kerana tindakannya tetapi dia perlu menghentikan Arabella daripada terus memikirkan kata-kata lancang Lucia tadi.

Bagi Hayden, hanya mental wanita itu yang terkesan tetapi bukan hatinya.

Arabella melayaninya 10 kali ganda lebih baik berbanding ibunya yang lari meninggalkannya sejak kecil.

Alangkah indahnya jika lima tahun lepas dia bertemu Arabella dan bukan Lucia.

Arabella masih membisu. Matanya mula berkaca. Berbanding rasa gembira yang sepatutnya dia rasa kerana Hayden menyebelahinya ketika ini, hati dan isi perutnya terasa dicarik-carik. Dia tidak rasa bahagia tetapi sakit. Sakit kerana Hayden tidak mahu berhenti daripada terus membuat dia jatuh cinta akan sikap lelaki itu apabila dia sudah berjanji bahawa dia tidak akan jatuh lagi buat Hayden.

Dia tidak mahu lelaki itu membuat kesilapan yang sama.

"Apa yang awak nak sebenarnya daripada saya, Hayden?"

Hening. Mata Hayden tertacap lama pada mutiara jernih yang mula jatuh satu per satu di pipi gebu itu.

"Hei, awak cakap apa ni, Bella?" Tangannya diangkat, menghapus butir air mata Arabella.

"Awak layan saya baik sangat. Apa yang awak nak sebagai balasan? Awak setuju dengan rancangan Lucia untuk jadikan saya sebagai ibu tumpang? Sebab tu...awak layan saya baik?"

Hayden terpana.

"Bella, saya tak—"

"Sebab tu masa saya mengandungkan anak Adam, awak layan saya baik-baik? Sebab awak cuma nak...anak saya?"

"Bella—"

"Awak tak izinkan saya pergi, sebab rancangan Lucia tu—-"

"Bella, enough!"

Suara Hayden meninggi, memenuhi pelusuk kamar membuatkan Arabella tergamam. Dia bangun dari katil dan meraup kasar wajahnya dengan kedua-dua tangan. Dengusan kasar dilepaskan.

"Bella! I'm trying! I'm trying so hard to stay in your life, so you can come and find me whenever you need someone! I'm trying to be there for you, Bella! Kenapa awak tak nampak semua tu?! Kenapa awak tak nak berhenti bandingkan saya dengan Adam, dengan Lucia, dengan mama awak?! Saya tahu saya salah sebab saya layan awak teruk dulu, but I'm trying, okay?! I'm trying to make up for it! Why can't you see, Love Arabella? Tak cukup ke? Tak cukup ke semua tu...?"

Sepi. Sepasang mata itu menatap Arabella yang terdiam dengan dada yang masih berdegup kencang. Rahangnya diketap rapat sebelum satu hela nafas berat dihembus perlahan. Tubuhnya ditundukkan sedikit ke arah Arabella dan air mata yang masih mengalir itu diseka dengan ibu jarinya.

"When I saw your tears, all I wanted to do was fooling around and make you smile. I know it's tiring for you. You're mentally and physically tired, but don't let yourself fall. We will fight, I will fight for you. I won't let those demons get to you. I am glad your heart is still beating and you're still fighting, Cinta. And if you can't take it anymore, come find me. You can hold on to me and I won't let you down. I promise."

Wajah didekatkan ingin mendaratkan bibirnya pada dahi itu tetapi Arabella pantas mengelak dan mengalihkan pandangannya ke arah lain. Hayden terpaku untuk seketika sebelum dia tersenyum pahit dan mengangguk perlahan. Mengerti.

"It's too late, right?" Bisik Hayden perih.

Arabella hanya membisu. Tidak menoleh dan terus menyembunyikan wajahnya yang sudah kembali basah dengan air mata. Bibirnya dikemam rapat, cuba untuk menutup esakan.

"Beritahu saya kalau awak dah jumpa tempat baru. Just...don't leave without saying goodbye, okay?"

Continue Reading

You'll Also Like

123K 2.8K 38
[CEO & LAWYER EDITION] " Aku terima nikahnya Anisa Sherryna bt Muiz dengan mas kahwinnya RM10 000 tunai." "Senyum je. Kalau kau tak senyum nampak sa...
5.6M 302K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...
66.5K 3.7K 61
"You drive me crazy, Yara Alyssa. Most people say that the cure for falling in love is marriage. And now I'm in love. Do you want to be the cure for...
94.6K 4.8K 57
2.0 ❒ Military Series || Sad Romance Raja Jibran Qayyim- seorang tentera berpangkat Leftenan, seperti biasa dingin, beku, dan kasar sudah sebati deng...