BOOK 5 | The Little Demons [...

By AmadoXael

174K 23.5K 10.3K

[ Mafia Series ] [ Change Main Characters ] PSYCHOLOGICAL/ THRILLER /ACTION Author Zafrel BOOK 5: FIGHT AMONG... More

PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Epilog
🌷SPECIAL CHAPTER (part 1)🌷
🌷SPECIAL CHAPTER (Part 2)🌷
🌷SPECIAL CHAPTER ( PART 3)🌷
CHAPTER RAYAπŸ’•(part 1)

Bab 34

2.4K 401 138
By AmadoXael

Tangan Ray digenggam kemas. Diusap kekura suaminya itu lembut, cuba menyalurkan sedikit keberanian. Ray sudah pun sedar kembali pada malam tadi. Sepanjang tempoh dia tiada, anak kembarnya dan juga Khayra sudah pun ceritakan kesemua sekali apa yang terjadi dalam keluarganya itu. Semua sekali termasuklah Rayyan diseksa, dibrainwash, ditangkap bawak ke rumah semula. Berkaitan dengan Zea, siapa identiti gadis itu, siapa yang menolong Eriyan, semua sekali tanpa ada satu pun yang tertinggal.

Dan reaksi lelaki itu?

Hanya senyuman pahit yang terlakar pada wajah kacaknya. Nak luah rasa sesak, dipendam merosak.

"Daddy nak jumpa dengan Uncle Rayyan ke?" Soal Alicia mendatar. Rubik cube 20x20 pada tangannya itu lincah dipusing pusing mencari pasangan warna.

"Tapi daddy kena hati hati lah. Jangan fikir yang Uncle Rayyan tu adik kesayangan daddy lagi. Sebab semalam dia hampir bunuh Emiel. Alang anak sendiri pun dia nak bunuh lagikan daddy yang selalu bagi dia kerja syarikat banyak banyak" sempat lagi Rachel menyelit perlian dihujung ayat. Tawa halus terlepas.

"Kalau abang nak sayang teman. Sayang boleh temankan" lembut sahaja bicara Khayra. Bahu Ray ditepuk tepuk perlahan dengan mulut yang mengukir senyuman manis.

Nafas ditarik dalam dalam. Wajah Khayra dipandang lama sebelum dia menoleh pula kearah wajah anak kembarnya.

"Daddy rasa daddy nak jumpa dia sorang, dia adik daddy. D-" belum sempat Ray habis kan ayatnya tiba tiba pintu bilik tidur itu terhempas kuat.

BAM!

"DADDY!! DADDY RAY!" Sebaik sahaja dia melihat muka Ray, Athanasia terus menangis. Pantas kaki kecil itu berlari sebelum memeluk erat masuk dalam dakapan Ray.

Ray tersenyum. Geli hati melihat perangai anaknya sorang ni. Rambut Athanasia diusap lembut.

"Daddy! Daddy pergi mana, daddy dah tak sayang Athy ke. Daddy dah taknak jumpa Athy ke sampai sebulan lebih daddy hilang kan diri. Athy miss you so much..." tangis kanak kanak itu tersedu sedu. Habis basah baju Ray dibahagian dada.

Kepala Athanasia dicium lama. Ciuman yang hanya Ray sahaja menciumnya dengan cara sebegitu. Kalau Louis lebih suka mencium pipi Athanasia. Dan Arthur pula hanya lebih banyak mengusap kepala gadis itu sahaja.

Badan kecil itu dipeluk erat. Mereka yang lain hanya diam sahaja melihat dua beranak itu melepaskan rindu. Lagi lagi Alicia dan Rachel. Mereka dah besar, dah biasa dengan keadaan ini. Malah dulu Louis pernah mengambil alih badan daddynya itu selama 3 bulan berturut-turut.

"Daddy hiks, sampai hati daddy. Athy rindu daddy sangat sangat. Athy ingatkan daddy dah tak sayang Athy. Athy ingatkan daddy dah taknak cium kepala Athy lagi sampai bila bila hiks. Athy ingatkan daddy dah takda..." tangis Athanasia pilu. Sakit. Ya perit apabila ayah sendiri ada di depan mata tetapi itu bukan ayahnya dan itu ayah yang lain. Dan perit juga merindui mereka yang lain saat personaliti lain yang ambik alih. Athanasia terpaksa pendam perasaan rindu itu sendiri.

"Daddy tak pergi mana mana lah" pujuk Ray perlahan. Matanya berkaca-kaca. Rasa serba salah mula mengepung hati.

"Daddy tipu... kalau satu hari nanti daddy pergi dan tak kembali. Athy dekat sini tunggu daddy tanpa jaminan yang pasti. Rindu orang yang tak pasti akan datang balik pada Athy..."

Empangan air mata Ray runtuh mendengar ayat anaknya itu. Ayat Athanasia kedengaran sakit, seolah olah ayat itu adalah perasaan yang selama ini dipendam dalam hatinya.

Ahhh normallah gadis seusia dengannya merindui ayah sendiri. Tetapi mereka yang diluar sana mungkin merindu satu perkara yang pasti. Sama ada merindui ayah yang telah mati atau ayah yang berjauhan dengan keluarga. Tetapi tidak bagi Athanasia.

Dia merindui sesuatu yang tidak pasti. Tertanya tanya setiap detik. Ternanti nanti dengan perasaan gelisah. Nampak di depan mata tetapi bukan itu orang yang dirindui.

"Daddy minta maaf Athy, daddy minta maaf sebab pergi lama sangat" ulang Ray perlahan. Nada suaranya tenggelam dengan tangisan.

"Sanggup daddy buat Athy macam ni..." pelukan makin dieratkan. Menyebabkan tangisan Athanasia semakin kuat meraung. Bukannya dia tak suka daddy yang lain. Semua dia sayang sama rata. Dan tipulah kalau dia tidak rindu dengan Ray. Lelaki yang lebih banyak ada bersamaanya daripada kecik selain daripada Louis.

Melihat mereka menangis, Khayra turut ikut sama memeluk suami dan anaknya itu. Pada dia mungkin dia sudah biasa dengan hal ini, biasa dengan keadaan Ray. Tetapi anak mereka kecil lagi. Mungkin tidak biasa.

"I'm sorry, I'm so sorry. Sorry sebab daddy buat Athy tertunggu tunggu"

"Don't do that again!" Tangis Athanasia lagi.

"Daddy Arthur kata yang daddy sakit. Daddy Louis kata yang daddy tak larat nak keluar lagi. Tapi Athy rindu daddy. Daddy tak faham perasaan Athy! Athy nak peluk daddy tapi daddy bukan Daddy Ray. Setiap hari Athy terfikir, macam mana kalau ciuman daddy haritu ciuman yang terakhir untuk Athy. Macam mana kalau daddy dah tak keluar lagi lepas ni..."

Makin lebat air mata Ray membasahi pipi. Selama ini anaknya itu hanya diam sahaja memendam. Tak sangka ini yang terbuku dalam hati kecilnya itu.

Betullah kata Xavier sebelum dia kahwin dengan Khayra. Kalau dia tidak pulih dari penyakit mentalnya ini, keluarga dia sendiri akan merana dari segi perasaan.

Perasaan rindu dan gelisah. Tertanya tanya, dan menunggu sesuatu yang tak pasti.

"Daddy minta maaf, lepas ni daddy janji daddy tak pergi lama lama..."

"Daddy tipu... daddy suka tipu Athy.." dada Ray ditumbuk tumbuk perlahan.

"Daddy suka tipu..."

Dan akhirnya bilik itu hanya dipenuhi dengan tangisan tiga orang beranak itu.

Alicia dan Rachel hanya diam. Mereka lebih pandai menyorok perasaan sendiri. Sudah terlatih daripada kecil.

Pintu bilik rawatan terbuka dari luar. Lucia angkat muka untuk melihat gerangan yang masuk ke dalam bilik itu.

"Ray?" Iris hijau gelap itu dipandang dengan dahi yang berkerut.

"Yeah it's me. Boleh tak beri aku ruang sekejap. Aku nak jumpa dengan Rayyan" pinta Ray mendatar.

Lucia angguk. Tak lama sebelum dia terus melangkah keluar.

Ray berjalan mendekati katil Rayyan. Lelaki itu masih belum sedar lagi. Kata Xavier dia ada suntik ubat penenang semalam sebab lelaki itu cuba lari sampai sanggup cederakan diri. Mungkin kesan ubat belum hilang.

Nafas dilepas panjang.

Hati Ray bercampur baur saat ini. Sedih, kecewa, rindu, marah semua ada. Terseksa jugak dia melihat keadaan tangan dan kaki Rayyan yang bergari. Tak cukup dengan itu badannya juga dibalut dengan kain yang diikat bersama katil. Sampai macam tu sekali mereka terpaksa buat untuk menggelakkan Rayyan melarikan diri.

Lama dia merenung mata yang terpejam rapat itu sebelum dahinya sedikit berkerut.

Eh?

"Rayyan, bangun kejap" panggil Ray perlahan. Ah dia tahu adiknya itu sudah sedar. Sengaja pura pura tutup mata.

"Rayyan, aku datang lawat kau ni. Bangun lah kejap"

Sunyi.

Badan Rayyan digoyang sedikit.

"Rayyan..."

Perlahan lahan mata Rayyan mengoyak. Tak lama sebelum mata tajam itu menoleh kearah Ray.

"Kau nak apa sial?" Kasar, pandangan mata Rayyan tampak dingin. Seolah olah dia amat benci ingin menatap wajah abangnya itu.

Ray senyum kekok. Kalau ikut hati dah kena tampar dah mulut si Rayyan ni. Sedap mulut kau je panggil aku sial. Nak aku bagi cermin ke apa? Dah kena brainwash pun sial masih tak hilang.

"Aku datang nak selesaikan masalah kita" kata Ray mendatar.

"Masalah apa lagi? Hah? Kau kenapa eh? Kau tak habis habis nak ganggu hidup aku. Kau bunuh parents kita. Kau biar aku merana bertahun tahun. Lepas tu kau cuba bunuh Zea. Kau cuba rampas Zea dari aku. Kau cuba bunuh kitaorang. Sekarang ni kau culik aku pulak. Bawak balik semula dalam rumah ni. Kau nak seksa aku apa lagi hah! Apa lagi yang kau tak puas hati dengan aku!" Nada suara Rayyan mula meninggi dari satu ayat ke satu ayat yang lain. Ingin meronta tetapi badan terikat.

"Itu ke memori yang kau ingat?" Soal Ray tenang.

"Memang ini memori aku! Sepanjang aku hidup kau cuma menyusahkan aku! Kau abang yang sial! Kenapalah bukan kau je yang mati!" Tanpa rasa serba salah ayat itu dilontarkan kepada Ray.

Ray genggam tangan kuat. Menggigil. Jelas urat tangannya kelihatan. Aah sial punya Zea. Sampai macam ni sekali kau rosakkan mental adik aku.

"Rayyan, apa yang kau ingat tu salah. Tu bukan memori kau. Tu memori palsu. Kau memang tinggal dalam rumah ni Rayyan. Kau tinggal dengan aku, dengan anak bini kau. Kita sama sama duduk sini. Takda sesiapa pun yang paksa kau. Aku tak pernah paksa kau. Ini memang rumah kau" kata Ray dengan nada memujuk.

"PENIPU! Kalau betul kau tak paksa aku, kenapa kau gari tangan aku macam ni! Ini bukan paksa ke namanya!" Tengking Rayyan kuat.

"Tak, aku tak tipu Rayyan. Zea yang tipu kau selama ni. Kau memang tinggal dalam rumah ni. Bukan dekat Norway. You live here, at France. With me, with your wife. Kenapa kitaorang gari tangan kau? Kau cuba bunuh anak kau sendiri Rayyan. Kau lupa ke apa yang kau dah buat kelmarin? Hah? Kau cuba bunuh anak kau sendiri. Darah daging kau"

"Memang patut pun dia kena bunuh! Dia tembak adik aku!" Celah Rayyan semula. Turun naik dada berombak marah.

Hah? Emiel tembak Zea? Sejak bila budak tu pandai tembak tembak orang pulak ni.

"Rayyan, tolong lah jangan macam ni. Your wife, she's pregnant tahu tak. Tapi dia tetap nak ikut selamatkan kau haritu even dia dalam keadaan mengandung. Dia sayangkan kau sangat sangat. Emiel Roy Mikayla, dia anak kau. Anak lelaki kau. Keturunan kau. Kau cuba bunuh dia tanpa rasa serba salah Rayyan? Hah? Sanggup kau bunuh keluarga kau sendiri hanya kerana adik kita yang yang tak berakhlak tu? Kau kena lawan memori palsu kau tu Rayyan. Jangan biar dia berlelusa makan diri kau sendiri. Jangan sampai akhirnya kau buat benda yang kau akan menyesal kemudian hari" nasihat Ray masih cuba berlembut.

"Apa kau merepek ni setan? Hah mangkuk? Sejak bila aku kahwin? Sejak bila aku ada anak? Kau jangan nak buat cerita depan aku lah! Kau fikir aku percaya ke?" Marah Rayyan kembali.

Geram punya pasal, Ray terus bawa keluar telefon bimbitnya. Aplikasi galeri dibuka.

"Ni! TENGOK NI! Tengok guna mata kepala bangang kau tu! Ni gambar masa kau kahwin dengan Lucia!" Skirn iphonenya ditayang betul betul depan muka Rayyan.

Rayyan terdiam, gambar itu diperhatikan lama sebelum senyuman sinis terukir.

"Heh, gambar boleh edit. Kau hidup zaman bila? Nak tipu aku pun agak agak lah sial!"

"Edit huh?" Skrin diseret pula ketepi.

Satu video ditekan sebelum dihala semula kearah Rayyan.

"Habis tu video ni pun edit ke hah! Ni edit jugak!?"

Rayyan melihat video yang bermain di skrin iphone itu. Ada dia. Dan ada perempuan yang sama menemani dia dari semalam sambil menangis.

"Lucia! I love you so much. Oh my gosh aku tak sangka sayang mengandung. Tak lama lagi aku jadi ayah lah ni?" Muka Rayyan dalam video itu nampak sungguh ceria, tersenyum bersama mereka yang lain.

Lucia angguk.

"And...surprise! I pun pregnant" celah Khayra pula. Wajah Ray serta merta berubah terkejut. Badan Khayra ditarik menghadap kearahnya.

"Betul ke sayang? Sayang pregnant?" Tanya Ray tak percaya.

Khayra angguk laju.

"You pregnant jugak?" Soal Rayyan mendatar. Sebelah kening diangkat sedikit sebelum senyuman nakal terukir di bibirnya.

"Tapikan Ray, aku buat baby aku made in Thailand. Bukan ke masa dekat Thailand haritu Louis yang ambik alih badan kau. Entah entah tu anak Louis HAHAHAHA"

"RAYYAN SHUT YOUR MOUTH" jerit Khayra yang sudah memerah muka.

"HAHAHAHA" Rayyan terus mencempung badan Lucia sebelum dibawa lari ke arah lift.

"Yahoo bini aku pregnant. Tak lama lagi aku jadi ayah!" Jerit Rayyan sebelum hilang masuk ke dalam perut lift.

Ray pandang kearah kamera.

"Kau tengok tu Keith. Ketua bangang kau tu. Bini pregnant dia ajak lari lari macam tu. Otak karat betul"

"Biarlah, dia tengah happy tu. Selalunya dia kacau anak anak kau je. Mestilah dia happy tak lama lagi dia dapat kacau anak sendiri" suara yang memegang kamera membalas.

"Video ni jangan padam tau Keith, i nak buat kenangan" kata Khayra pula.

"Hahaha, ni kena simpan. Nanti biar anak si Rayyan tu bila dah besar boleh tengok perangai bangang ayah dia macam mana"

Dan hanya sampai situ sebelum skrin menjadi gelap.

Terdiam?

Ya

Terkelu lidah Rayyan sampai tak terkata apa apa langsung walaupun hanya sepatah. Lidah terasa macam berpasir.

Itu dia, dia bersama perempuan yang duduk di sebelahnya tadi. Dan dia memeluk, cium wanita itu dengan wajah yang lebar dengan senyuman.

"Ini edit jugak ke Rayyan! Hah? Kau nak kata apa lagi?"

Rayyan hanya diam. Memori sendiri digali. Namun tiada. Kejadian yang ada dalam skrin handphone itu tiada dalam kotak memorinya.

"Kenapa..."

"Kenapa kau tak ingat langsung?" Celah Ray laju.

"Aku dah kata Rayyan, Zea dia brainwash kepala kau. Untuk buat kau rasa yang kitaorang semua ni musuh kau. Padahal tak pun! Kitaorang family kau!"

"Tapi Zea adik kita"

"Memang lah dia adik kita, tapi tak semestinya dia tak jahat. Kau tahu tak Zea dah buat apa pada kau, hah? Dia-" tiba tiba Ray terdiam sendiri. Bibir diketap kuat.

Ah shit. Dia tidak patut memberitahu tentang trauma Rayyan. Khayra juga sudah berpesan tadi agar tidak mengungkit kembali tentang seksaan yang Zea buat terhadap Rayyan. Risau jika mentalnya kembali rosak.

"Dia apa?" Celah Rayyan semula. Wajah Ray ditenung dalam.

"Dia cuba pisahkan kau dengan Lucia!" Sambung Ray mula reka cerita. Ah lantak kau lah Rayyan. Dah alang alang kau bodoh ni. Biar jelah kau bertambah bodoh.

"Kenapa pulak dia nak buat macam tu?"

"Aku tak boleh bagi tahu sebabnya Rayyan. Aku tak boleh nak tengok kau sakit macam dulu. Aku tak sanggup"

"Aku tak percaya kan kau Ray" dingin ayat itu keluar dari mulut Rayyan.

"Dalam memori aku, kau seksa aku. Kau bunuh parents kita. Kau seksa aku separuh mati. Kau cuba bunuh Zea. Kau cuba bunuh aku. Itu memori aku sekarang. Susah untuk aku percaya cakap orang yang cuba bunuh aku"

Ray meraup muka sendiri. Sakit hati mendengar ayat Rayyan. Ingin sahaja dia menumbuk muka adiknya itu saat ini. Nafas keluh dilepas panjang.

"Ayyan..."

"Ayyan, kenapa kau tak datang meeting harini bahalol"

Mata Rayyan terbuntang. Apa tu? Memori siapa pulak ni?

"Kau sebut apa tadi?" Soal Rayyan kembali.

Ray angkat muka. Dahi berkerut mendengar soalan Rayyan.

"Aku cakap apa? Aku panggil nama kau je" balas Ray kembali.

"Apa kau sebut tadi aku tanya?!" Tengking Rayyan kuat.

Eh kau ni karang. Tengking tengking pulak. Aku pijak saje je.

"Ayyan lah. Kan aku selalu panggil nama kau macam tu" balas Ray kembali.

"Kau buat apa ni Ayyan! Sial anak haram! Kau sini kau! Berani kau bakar kereta aku!"

Mata Rayyan makin membulat. Memori tu datang lagi. Dada serta merta terasa sesak, seperti dihimpit oleh sesuatu.

"Rayyan kau okay tak ni?" Soal Ray yang pelik melihat adiknya yang terkaku sendiri itu. Dengan mata yang membulat. Kena rasuk ke apa?

"Ray," panggil Rayyan sepatah.

"Hmm?"

"Kau sial" kata Rayyan tiba tiba.

Eh kau dah kenapa?

"Yang sial tu kau! Dasar tak sedar diri," jawab Ray geram. Sesuka hati je panggil aku sial. Ini kalau tak sakit memang dah lama kena bantai dengan aku.

"Yang sial tu kau! Bodoh punya adik pungut. Kerja dahlah tak buat, pemalas. Menyusahkan aku je tahu"

Rayyan mengukir senyuman pahit. Cadar selimut yang menutupi badannya itu dipandang dengan tatapan sayu.

"Tinggalkan aku. Aku nak bersendirian"

Continue Reading

You'll Also Like

1.2M 60.1K 132
Segalanya adalah sebuah kebetulan.Takdir mereka telah pun bermula dengan pertemuan pertama tanpa sengaja antara mereka. Sejak pertemuan tragis itu...
767K 45.7K 91
[ COMPLETED ] KARYA PERTAMA Mafia . Bunuh . Darah . Dendam . Segalanya bertukar menjadi gelap setelah kesemua ahli keluarganya dibunuh di hadapan mat...
1.2M 55.2K 76
𝐂𝐨𝐦𝐩π₯𝐞𝐭𝐞𝐝 | π‡πŒ π’πžπ«π’πžπ¬ 𝐕𝐨π₯ 𝟏 "Kalau ini yang boleh bahagiakan ibu, Sara sanggup" - Sara Lyana Erlich "Dia adalah tanggungjawab ak...