BOOK 5 | The Little Demons [...

By AmadoXael

174K 23.5K 10.3K

[ Mafia Series ] [ Change Main Characters ] PSYCHOLOGICAL/ THRILLER /ACTION Author Zafrel BOOK 5: FIGHT AMONG... More

PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Epilog
๐ŸŒทSPECIAL CHAPTER (part 1)๐ŸŒท
๐ŸŒทSPECIAL CHAPTER (Part 2)๐ŸŒท
๐ŸŒทSPECIAL CHAPTER ( PART 3)๐ŸŒท
CHAPTER RAYA๐Ÿ’•(part 1)

Bab 33

2.4K 402 198
By AmadoXael

"Nak pergi mana?" Tanya Athanasia yang bingung melihat tangannya ditarik oleh Daniel daripada tadi. Awalnya dia hendak pergi ke bilik rawatan, tetapi belum sempat dia masuk Daniel sudah tarik tangan dia. Bawa kemana pun tak tahu lah, tarik tapi diam je.

Sampai di bilik gym tangan Athanasia dilepas lembut.

"Kita nak bersukan?" Soal Athanasia pelik. Bilik gym itu dipandang sekeliling. Jarang dia masuk bilik gym dalam rumah ni. Sebab selalunya Athanasia hanya akan masuk dalam bilik kebal yang berada di tingkat -3. Di mana tempat dia berlatih dan membuat pelbagai jenis racun.

"Tak, aku nak tanya kau sesuatu" kata Daniel memulakan bicara.

"Tanya apa?" Soal Athanasia kembali.

"Masa kita dekat markas makcik kau tu wey. Masa semalam tu kau ingat tak kita ada pergi tingkat bawah?" Tanya Daniel serius.

"Ingat, kenapa?" Athanasia angguk kepala laju.

"Kau nampak tak muka lelaki yang masa kita dekat bawah tu?"

"Lelaki? Yang mana satu?" Soal Athanasia hairan. Dahi sedikit berkerut.

"Ada yang masa aku datang tu" balas Daniel mendatar.

"Yang Athy gigit tangan Dani tu ke? Yang ada lelaki nak datang dekat tu?"

"Bukan yang tu wey, yang lepas daripada tu. Kan kita ada lalu bilik bilik kan. Kau perasan tak ada sorang lelaki dalam bilik tu tengah baring?"

Dahi Athanasia berkerut lagi. Cuba mengingati kembali peristiwa semalam.

"Yang mana, kejap bagi Athy berfikir" mata memandang keatas. Cuba memerah otak sendiri. Lima saat, wajah Daniel dipandang semula.

"Hah! Kenapa dengan lelaki tu?" Tanya Athanasia semula. Senyuman lebar diukir.

"Kau dah ingat ke?"

"Dah" kepala diangguk.

"Kau kenal dia?" Soal Daniel lagi.

Athanasia menggeleng laju.

"Tak kenal" jawapan Athanasia mengundang keluhan dari mulut Daniel.

"Kenapa dengan lelaki tu?" Soal Athanasia kembali.

"Aku rasa kan wey," Daniel diam sekejap. Berkira-kira patut ke dia memberitahu perkara itu kepada gadis di hadapannya ini.

"Rasa apa? Dia hensem? Tapi dia memang hensem pun. Sebab dia ayah Dani kan?" Lancar gadis itu berkata sambil tersenyum lebar.

Serta merta mata Daniel membulat.

"Kau, kau tahu ke wey?" Soal Daniel kembali.

"Takda lah. Athy teka je, betul ke dia ayah Dani?" Soal Athanasia kembali. Sengihan lebar semakin terukir. Kalau boleh sampai ketelinga.

Daniel berdecit geram. Aku tengah dipermainkan ke ni?

"Entahlah wey, tapi aku rasa ya. Aku rasa macam dia ayah kandung aku" balas Daniel kembali.

Athanasia diam sesaat.

"Jadi Dani nak buat apa? Nak jumpa dia balik ke? Entah entah dia pun dah kena brainwash dengan Auntie Zea"

Kini giliran Daniel pula terdiam. Ada betul juga kata kata gadis itu. Kalau tidak di brainwash pasti lelaki itu orang suruhan Zea. Kalau tidak kenapa dia ada dekat situ? Dalam markas Zea.

Nafas panjang dihela.

"Kenapa tak jawab?" Soal Athanasia lagi.

"Takda apa lah. Aku tanya je. Kau nak pergi jumpa Emiel eh tadi? Pergilah. Apa yang kita borakkan ni jangan bagi tahu sesiapa tau" sempat Daniel berpesan sebelum dia terus melangkah keluar terlebih dahulu.

Athanasia hanya memerhati melalui ekor mata. Pintu bilik gym tertutup perlahan apabila Daniel sudah melangkah keluar.

Lantai dipandang. Tangan dibawa kebelakang badan sebelum dihayun hayun kecil. Mulutnya kejap dikembungkan kejap dikempiskan dengan laju. Lama otak berfikir.

"Hmmm, lelaki mana yang Dani sebut ni?" Soal Athanasia sendiri. Sememangnya dia tidak nampak sesiapa pun semalam. Tadi tu dia main teka je. Hahaha.

Tangan Rayyan yang bertiub itu dipegang lembut. Dipicit picit, kemudian dilekap pula pada muka sendiri. Lucia rindu. Sangat rindu. Hampir sebulan dia tidak menatap wajah kacak suaminya itu. Sudah hampir sebulan dia tidak mendengar gurau senda dari Rayyan. Pelukan erat setiap malam, ciuman sayang sebelum tidur. Dia rindu akan semua itu.

Namun kenyataan yang diberi tahu oleh Louis semalam sedikit mengoyakkan hatinya yang sudah sedia ada berdarah.

Macam mana kalau Rayyan dah tak ingat pada dia?

Macam mana kalau Rayyan dah benci tengok muka dia?

Macam mana kalau Rayyan dah tak....

Sayang dia?

Setitis demi setitis air mata mula mengalir lagi. Hanya dengan memikirkan benda itu sahaja air matanya serta merta menjadi murah. Ah emosinya ini, sejak sejak mengandung semakin tak stabil. Mudah sangat menangis. Lebih lebih lagi kalau berkaitan dengan Rayyan.

"Rayyan, awak ingat tak dulu awak pernah kata yang awak nak sehidup semati dengan saya? Awak kata yang awak takkan lupakan saya lagi. Awak kata yang awak akan jaga diri supaya awak boleh jaga saya selalu" muka Lucia makin basah. Tangan Rayyan dicium lama dengan mata yang terpejam.

"Sekarang mana janji awak? Kenapa awak mungkir janji dengan saya?"

"Awak tipu saya, awak tak jaga diri awak, Rayyan..." tangis Lucia lagi.

Kaku tiada balasan. Tangan yang bergari itu diusap lembut.

Bergari?

Ya, Louis yang mencadangkan untuk tangan Rayyan digari. Bila bila masa sahaja dia akan bangun. Masing masing tak boleh nak jangka apa yang dia akan buat memandangkan dia telah di brainwash oleh Zea. Dan Louis sendiri sudah terangkan kepada Lucia kenapa Rayyan tidak disuntik dengan antidote ciptaan Xavier.

"Mummy don't cry, tak baik untuk kesihatan mummy" tegur Emiel yang baru sahaja masuk kedalam bilik rawatan.

Cepat cepat Lucia mengelap air matanya sehingga kering. Wajah Emiel dipandang dengan senyuman paksa.

"Dah makan?"

"Dah, mummy bila nak makan?" Soal Emiel kembali sebelum mengambil tempat di sebelah Lucia.

"Kejap lagi mummy turun" kepala Emiel diusap lembut.

"Terima kasih Emi sebab bawak Daddy balik. Mummy hargai sangat sangat" bibir Emiel yang terkoyak itu disentuh lembut. Sayu hati melihat anak sendiri terluka macam tu. Lebam lebam muka. Dah kurang kacak. Kurang je tapi masih kacak.

"Emi cuma dapat bawak jasad daddy je mummy, Emi tak mampu nak bawak jiwa dia sekali" nada suara kanak kanak itu berubah sayu. Lantai mozek dipandang dengan mata yang sudah berkaca-kaca.

Lucia pegang pipi Emiel lembut, ditarik menghadap kearah mukanya semula.

"No, Emi. Apa pulak cakap macam tu. Daddy Rayyan akan sembuh. Percaya lah cakap mummy, dia akan balik semula pada kita. Kesan brainwash tu tak lama. Kalau dia lupa sekalipun kita buatlah dia ingat balik semula sama sama, okay sayang. Jangan kata macam tu. Emi dah buat yang terbaik" pujuk Lucia sebelum badan Emiel dipeluk erat. Rambut hitam yang sedikit kecoklatan itu dicium penuh kasih.

"Siapa daddy kau?" Soal satu suara garau tiba tiba.

Terkejut.

Serentak Lucia dan Emiel menoleh.

Rayyan sudah buka mata. Perlahan lahan dia bangun cuba untuk duduk. Wajah Lucia dan juga Emiel dipandang bersilih ganti. Namun mata yang dahulunya memandang Lucia dengan pandangan penuh cinta itu kini memandang dia dengan tatapan penuh benci.

"Rayyan aw-"

"Aku dekat mana?" Soal lelaki itu dingin, memotong percakapan Lucia. Lucia sedikit berkecil hati namun cepat cepat dia menepis rasa itu. Dia tak sihat Lucia. Kau kena ingat.

"Dekat rumah. Awak dekat rumah kita" jawab Lucia semula.

Rayyan pandang Emiel lama sebelum mulut ukir senyuman mengejek.

"Heh, rumah kita? Aku salah dengar ke tadi? Sejak bila aku tinggal dengan korang?" Jawab Rayyan dingin.

Sekali lagi hati Lucia bagai direntap mendengar jawapan kasar Rayyan. Air mata yang bertakung pada tubir mata itu hanya tunggu masa sahaja untuk runtuh mengalir lagi.

Emiel di sebelah hanya diam. Entah nak bersuara pun tak terluah apa apa.

Rayyan ingin bangun namun perbuatannya itu terhalang akibat gari yang ada pada tangannya.

"Apasal aku kena gari? Bukak benda ni sekarang" kata Rayyan dingin.

"No, tak boleh awak tak sihat lagi"

"Bukak aku kata..." suara Rayyan mula menekan.

"Rayyan, ta-"

"Hey perempuan! Aku kata bukak binatang ni lah sial!" Tinggi, nada suara itu menengking kasar.

Dan ya, air mata yang tadinya hanya bermain ditubir mata kini sudah mengalir dengan deras bagaikan tiada henti. Sakit hati, berdarah apabila mendengar suami sendiri memanggilnya dengan perkataan sial. Bagai ditikam berkali kali namun tak berdarah, hanya terluka dalam hati. Bibir yang dulunya penuh kata lembut untuknya kini tiada lagi. Dan Lucia sedar tentang perkara itu.

Emiel ketap bibir. Tangan digenggam kuat sehingga menggigil. Pedih telinga dengar ayat Rayyan.

"Mummy pergi keluar kejap panggil Uncle Xavier" arah Emiel mendatar.

Tanpa berkata apa apa Lucia terus bangun sebelum melangkah keluar dengan hati yang retak seribu. Tak guna dia duduk situ lama lama hanya untuk mendengar dirinya dicaci oleh Rayyan. Buat sakit hati je. Sudahlah emosi dia kacau bilau sekarang.

"Ouh tadi tu mak kau? Hurmm no wonder lah. Sama je perangai dua dua sial tak kena tempat. Apasal korang gari tangan aku? Kau bukak sekarang" ronta Rayyan kasar. Bunyi besi kuat bergesal saat besi gari berlaga dengan besi katil.

Gigi diketap makin kuat. Emiel bangun dari duduknya. Makin panas telinga dengar ayat Rayyan tadi. Dia kata apa? Dua dua sial tak kena tempat? Ewah.

"Kalau aku taknak? Kau nak buat apa?" Lawan Emiel berani. Sebelah kening diangkat dengan mulut yang tersengih senget.

"Kau jangan nak sial sangat boleh tak perangai tu?"

Pak!

Rayyan terteleng kekanan. Siapa lagi yang tampar muka Rayyan kalau tak anak lindungan kaabah dia tu.

"Watch your mouth. Tadi tu mummy aku tau. Kau jangan nak panggil dia sial sesuka hati kau. Kalau aku dengar lagi sekali perkataan tu keluar dari mulut kau. Aku takkan teragak agak nak tampar muka kau" keras Emiel memberi amaran. Jari telunjuk tepat ditujuk depan muka Rayyan.

Ya allah berdosanya aku. Aku dah jadi anak derhaka ke ni?

Rayyan tergelak sinis. Muka menoleh semula memandang wajah Emiel yang jelas nampak semakin memerah.

"Mummy kau? Dah tu apa kena mengena dengan aku? Korang memang sengaja kan tangkap aku. Korang sengaja nak pisahkan aku dari adik aku. Lepas tu korang buat cerita, yang wow gitu. Konon nak selamatkan aku lah? Kau fikir ni drama ke? Kalau ye pun aku nak panggil dia sial apa kena mengena dengan aku?" Senyuman mengejek terlukis dimuka Rayyan.

Ayat Rayyan jelas membuatkan darah Emiel mendidih. Ada ke patut dia kata kita pulak yang nak culik dia. Lepas tu reka cerita bagai. Biadap!

Koler baju Rayyan direntap kasar.

"Mummy aku tu bini kau, bodoh! Aku ni anak kau. Kalau aku sial maksudnya kau pun sama je dua kali lima sial jugak!"

Pak!

Sekali lagi pipi Rayyan ditampar, tetapi kali ni lebih kuat. Berbekas jugak lah pipi Rayyan yang putih itu. Bekas tapak tangan anak sendiri. Hahaha.

Suasana menjadi sepi seketika sebelum terdengar bunyi gelakan daripada Rayyan. Agak kuat. Rayyan mendongak kepala memandang syiling atas beberapa saat sebelum wajah Emiel dipandang semula.

"Kau anak aku?" Tanya Rayyan dengan nada penuh sarkastik.

Emiel diam.

Rayyan tersengih namun hanya seketika sebelum senyuman itu mati. Diganti pula dengan mata yang tajam merenung Emiel bagaikan ingin membunuh kanak kanak itu.

"Anak derhaka ke?"

Zup!

Terkaku Emiel. Tangan yang tadinya menampar muka Rayyan kini sedikit menggigil. Koler baju Rayyan dilepas.

"Daddy, Emi..-" Emiel jadi tidak tentu arah apabila Rayyan menyebut perkataan 'derhaka'.

"Kalau betul aku ni daddy kau, kiranya aku ajar kau untuk jadi anak derhaka lah? Gitu?" Tambah Rayyan lagi. Kali ni dengan pakej sengihan sinis pada bibir.

Makin berganda ganda rasa serba salah dalam diri Emiel. Kurang hajar punya daddy! Arghhh aku sentap!

"Daddy..Emi..." suara Emiel jadi gagap.

"Ouh faham faham kiranya memang nak jadi anak derhaka lah ni?"

"Daddy! Maafkan Emi!" Tanpa berkata apa apa lagi badan Rayyan terus dipeluk kemas.

"Daddy, Emi tak sengaja. Emi cuma marah sangat je tadi. Emi takda niat pun nak tampar daddy" kata Emiel mula cuak. Gila tak cuak? Tittle derhaka tu. Masuk neraka sia sia je. Dahlah banyak bunuh orang. Tambah pula dosa derhaka dekat ibu bapa.

"Tak sengaja? Tak sengaja terderhaka lah gitu?"

"Aaaahh daddy janganlah kata macam tu!" Kalut Emiel. Pelukan pada badan Rayyan makin diketatkan.

"Betullah kan? Ni pipi aku kau dah tampar dua kali ni. Masuk neraka tingkat kedua lah kan kiranya?" Usik Rayyan lagi.

"AHHHHHHH DADDYY EMI MINTA MAAF! EMI MINTA MAAF! DADDY JANGAN LAH KATA EMI ANAK DERHAKA! EMI SAYANG DADDY! DADDY SORRY LAH" rayu Emiel yang sedang memeluk Rayyan. Hampir menangis dia mendengar ayat Rayyan melabelnya sebagai anak derhaka.

Rayyan tergelak kecil.

Dan Emiel terdengar gelakan itu.

Cepat cepat dia pelukan ditanggalkan, sebelum wajah Rayyan dipandang dengan dahi yang berkerut.

"Daddy gelak?" Soalnya perlahan.

"Apasal? Tak boleh gelak? Anak derhaka je ke yang boleh gelak?" Usik Rayyan tak berhenti. Sebelah kening diangkat.

"Daddy ingat ke siapa Emi?" Rayyan tidak membalas. Hanya gelakan halus menjadi balasan. Senyuman di bibirnya makin melebar.

"Emi tolong bukak gari tangan daddy ni, sakit. Ada luka dekat situ" pinta Rayyan tiba-tiba.

Emiel melihat kearah luka yang dimaksudkan oleh Rayyan sebentar tadi. Memang betul kain balut putih pada pergelangan tangan Rayyan itu sudah mula bercorakkan dengan darah.

Kelam kabut, cepat cepat Emiel mengambil kunci gari tangan Rayyan. Tanpa berfikir panjang gari itu terus dibuka laju.

Zap!

Terlepas sahaja gari itu kelantai, tangan Rayyan laju mencekik leher Emiel. Emiel ditarik kuat naik ke atas katil sebelum Rayyan menindih badan anaknya itu.

"Da-daddy kof" nafas Emiel tersekat. Cekikan tangan Rayyan semakin kuat mencengkam. Seakan memang niatnya untuk membunuh Emiel saat ini. Tangan Rayyan cuba dipukul, namun dirinya semakin lemah apabila oksigen tidak sampai ke otak.

"Kau, hahahaha" Rayyan gelak syaitan. Bibir mengoyak senyuman sinis.

"Kau yang tembak adik aku kan?" Dingin suara Rayyan menyoal bersama gelakan halus dihujung ayatnya.

"Da-ddy jangan bunuh R-oy" nafas Emiel semakin sesak. Wajahnya mula bertukar warna pucat. Sungguh dia tidak sangka yang Rayyan ingin membunuhnya tanpa sedikitpun belas kasihan.

"Sebab Roy kan anak daddy, study elok elok eh dekat sana. Nanti daddy lawat setiap minggu, okay"

Tiba tiba satu bayangan terlintas di kepala lelaki itu. Bayangan seseorang yang mirip dengan kanak kanak yang sedang dicekik ini. Tetapi dalam bayangannya, kanak kanak itu bertubuh sedikit kecil.

Dahi berkerut. Tangan Rayyan mula longgar.

Ini- memori siapa ni?

Serentak itu kepala terasa bagai diketuk kuat oleh sesuatu dari belakang. Tak lama sebelum tiba tiba Rayyan jatuh rebah atas badan Emiel.

"Haaaaaaaa! Haaaa! Haaa!" Tercungap-cungap Emiel mencari nafas masuk kedalam paru paru. Lehernya diusap. Sakit.

Pasu bunga terlepas kebawah.

"EMI! Emi tak apa apa?" Badan Emiel pantas ditarik turun dari atas katil sebelum dipeluk masuk dalam dakapan erat.

"Mummy," itu sahaja yang dapat disebut sebelum kanak-kanak itu terus menangis dalam pelukan Lucia.

"Dik, kau ketuk kepala Rayyan guna pasu bunga? Kau nak dia mati ke apa?" Tanya Xavier yang baru sahaja melangkah masuk. Sempat dia melihat kejadian tadi. Tetapi belum sempat menolong, kepala Rayyan sudah diketuk dahulu.

"Dia cuba bunuh anak i lah!" Tengking Lucia kembali.

Continue Reading

You'll Also Like

83.1K 10.1K 28
Cerita ini ditulis atas highway sebab tak ada line huhu. Tapi ni cerita Angkatan Tentera DiRaja. Raven ni sniper wanita berjaya yang angkuh dan liar...
224K 8.6K 65
๐‡๐ˆ๐‹๐Œ๐€๐ ๐ˆ๐’๐€๐€๐‚ ๐๐ˆ๐‚๐Š & ๐“๐”๐€๐ ๐๐”๐‘ ๐€๐Œ๐ˆ๐‘๐€๐’๐‡ ๐—๐€๐๐ƒ๐„๐‘ "๐•Ž๐•š๐•๐• ๐•’๐•๐•จ๐•’๐•ช๐•ค ๐•“๐•– ๐•ช๐• ๐•ฆ๐•ฃ ๐•ก๐•ฃ๐• ๐•ฅ๐•–๐•”๐•ฅ๐•š๐• ๐•Ÿ, ๐•„๐•ฃ๐•ค โ„•๐•š...
337K 1.7K 19
complete .
1.5M 64K 60
Vol 1 [ Mafia Series ] He's evil, he's bad boy, he's ignorant, he's arrogant and he's addicted. Addicted with love which is someone who can control...