ARABELLA

Від dewihera_

109K 9.5K 1.3K

Hanya mahu jadi yang diinginkan. Hanya itu. *** Love Arabella, nama yang indah tapi sayang...kalaulah hidupny... Більше

𝟏.
𝟐.
𝟑.
𝟒.
𝟓.
𝟔.
𝟕.
𝟖.
𝟗.
𝟏𝟎.
𝟏𝟏.
𝟏𝟐.
𝟏𝟑.
𝟏𝟒.
𝟏𝟓.
𝟏𝟔.
𝟏𝟕.
𝟏𝟖.
𝟏𝟗.
𝟐𝟎.
𝟐𝟏.
𝟐𝟐.
𝟐𝟑.
𝟐𝟒.
𝟐𝟓.
𝟐𝟔.
𝟐𝟕.
𝟐𝟖.
𝟑𝟎.
𝟑𝟏.
𝟑𝟐.
𝟑𝟑.
𝟑𝟒.

𝟐𝟗.

3.1K 294 51
Від dewihera_

TELEFON bimbit didekatkan ke telinga. Selepas beberapa saat, telefonnya dijauhkan semula diikuti dengan satu dengusan kasar. Untuk kesekian kalinya, nombor yang sama didail dan balasan yang sama juga yang diterima. Lucia berdecit kuat sebelum melemparkan telefon bimbitnya ke atas tilam.

"Masih tak dapat?" Soal Aryan yang hanya memerhati tingkah laku Lucia sejak sejam yang lepas. Dia menompang dagu dengan mata ke hulur ke hilir mengikut gerak kaki wanita itu.

Lucia menghempas kasar punggungnya di atas sofa berhadapan Aryan.

"Tak! Dah berapa ratus kali saya call tapi mama masih tak nak jawab! Apa yang Hayden dengan Love dah buat dekat mama saya, hah?! Kenapa mama macam tu?! Selama ni, dia tak pernah tak angkat panggilan saya! Mesti ada apa-apa yang jadi masa saya koma dulu, takkan awak tak tau juga, Aryan?"

Aryan terkebil-kebil. Ah, sudah. Dia pula yang diserang.

"Saya dengan mama awak, berbual pun tak pernah. Ya, lah. Saya ni siapa? Mama awak pandang ke lelaki macam saya? Jeling pun tak pernah." Balas Aryan dengan suara sedikit jengkel. Dia sendiri tidak suka akan perangai Amelia. Wanita itu memang tidak pernah gemar jika dia terlalu rapat bersama dengan Lucia walaupun hanya sebagai kawan baik. 'Not my level', katanya.

"Love? Awak tak pergi jumpa dia?" Soal Aryan.

Lucia tergelak sinis. "Jumpa dia? Lepas apa yang awak cerita, awak nak saya jumpa dia?! Huh! Perempuan perampas tu! Sampai hati dia, kan ambil kesempatan waktu saya hampir mati dulu?! Dia adik saya, Aryan! Adik jenis apa yang sanggup tikam belakang kakak sendiri?!" Jerkahnya dengan mata yang mula memerah, merenung tajam Aryan yang hanya beriak tenang di hadapannya.

Lelaki itu melepaskan keluhan halus. "Lucia, awak tak fikir ke kalau Love pun mangsa keadaan? Saya tak rasa Love rampas Hayden. Dia bukan jenis macam tu. Apa—"

"Bukan jenis macam tu? Bukan jenis macam tu?! Awak baru kenal Love tak sampai 2 bulan, Aryan!"

"Dan awak tak pernah duduk berbual dengan Love lebih daripada 10 minit, Lucia. Lepas 15 tahun, dia yang cari awak. Awak tak ingat macam mana gembiranya dia waktu jumpa awak dulu? She waited for 6 hours outside the studio, just to say hi."

Jeda. Lucia tersentap mendengar bicara Aryan. Segera pandangannya dilarikan ke arah lain ketika matanya bertemu sepasang mata hijau yang sedang menatapnya dingin.

"Dia yang lari rumah ikut Adam, memang patutlah dia yang cari saya dulu, sebab dia rasa bersalah pada saya dan mama." Balas Lucia mendatar. Kedua-dua tangannya disilang ke dada dengan mata yang tertacap pada pemandangan di luar jendela. Masih ego.

Buat kedua kalinya, Aryan melepaskan keluhan berat. Dia menggeleng perlahan.

"Takkanlah sebab lelaki, awak dah tak nak bertegur dengan adik awak sendiri?"

Lucia berdecit. Wajah tenang itu dijeling tajam.

"Bukan sebab itu je, Aryan! Love hampir musnahkan kerjaya saya! Kerjaya yang saya kerja keras untuk dapatkan dari dulu! Kalau pihak media tahu selama ni Love yang gantikan tempat saya, saya yang kena serang, bukan dia, bukan awak dan bukan Hayden, tapi saya!" Bidasnya lalu bangun dan mencapai telefon bimbit serta beg tangan. Langkah diatur laju menuju ke pintu.

Aryan yang melihat Lucia yang mula mencipta langkah itu, segera bangun dan mengejar wanita itu.

"Where are you going?"

"Bersiap."

Kening Aryan bertaut. "Bersiap? Pergi mana?"

"Majlis tari-menari."

Aryan menjadi semakin hairan tetapi kakinya terus mengikut setiap pergerakan Lucia. "Bukan ke awak suruh Love yang gantikan tempat awak?"

"Tak. Saya yang akan pergi. Saya yang akan menari dengan Hayden. Bukan Love." Jawab Lucia bersahaja, disambut gelakan halus Aryan.

"Saya tak rasa Hayden akan datang. Majlis macam tu, bukan minat dia. You're gonna be alone." Balas Aryan sambil tersenyum senget. Dia berdiri di sisi ketika Lucia sudah tiba di keretanya. Lucia ikut sama tersenyum sinis. Aryan di sebelah, dikerling sekilas.

"Kalau Hayden tak datang. Awak plan B saya, awak lah yang menari dengan saya. Settle." Pintas wanita itu sambil tersenyum sarkastik sebelum masuk ke dalam kereta, meninggalkan Aryan yang masih terpaku di situ memandangnya.

Senyuman pada bibir lelaki beriris mata hijau itu sedikit demi sedikit memudar. Kereta Opel Corsa berwarna merah milik Lucia yang dipandu pergi, direnung kosong.

"Plan B, huh?"





























































PEN di atas meja dipusingkan pada hujung jari. Kaki di bawah meja pula dihentak perlahan. Sejak sejam yang lepas, dia tidak dapat duduk diam selama di dalam bilik mesyuarat itu. Matanya masih pada pembentangan di hadapan tetapi mindanya sudah lama melayang ke tempat lain. Apa yang dipersembahkan oleh pekerjanya di hadapan itu pun dia tidak tahu.

"Itu sahaja daripada saya. Tuan Hayden, ada nak tambah apa-apa?" Soal seorang wanita yang sudah selesai dengan pembentangannya.

Hayden menggeleng laju. "Saya tamatkan mesyuarat sekarang." Pintas lelaki itu mendatar dan laju bangun dari tempat duduknya, meninggalkan dahulu bilik mesyuarat itu tanpa mengendahkan pekerjanya yang masih terpinga-pinga di dalam sana.

"Tuan, laju betul keluar. Tuan pasti tak nak tambah apa-apa? Banyak yang kurang dari pembentangan tadi tu. Sale kita bulan ni pun menurun 10 peratus daripada bulan lepas. Tuan tak nak cakap apa-apa ke?" Tanya Ace meminta kepastian sambil mengejar pantas langkah kaki panjang Hayden.

"Oh? Tapi 10 peratus je kan? Tak apa lah, bulan depan dia naik sendiri."

"Ha...?"

Hening. Ace terpaku sesaat apabila mendengar balasan penuh selamba majikannya itu. Siapa ni?! Mana Hayden Raphael?!

"Tu—tuan? Tuan, okay ke? Tuan tengah serius ke tengah bergurau? Tuan jangan macam-macam, saya takut ni."

Hayden menoleh. Tawanya terhambur saat menangkap wajah cuak Ace. "Maaf, Ace. Saya tak boleh fokus mesyuarat tadi. Awak emel je minit mesyuarat, saya akan rujuk balik malam nanti." Senyuman diukir manis sebelum langkah disambung menuju ke bilik pejabatnya.

Ace terkebil-kebil. Matanya mengecil memerhati Hayden yang bahagia semacam itu. Tidak boleh jadi, dia harus mencari tahu punca kebahagian Hayden yang merisaukan dia itu.

"Hm, tuan tak nak share dengan saya ke apa yang buat tuan bahagia je ni? Sharing is caring, tau."

Senyuman Hayden melebar. Bahu Ace disenggol perlahan. "Malam ni saya jadi pasangan Bella untuk satu majlis tari-menari. Saya akan menari dengan dia. Hehe." Dia tergelak kecil dan berjalan pergi sambil melompat kecil masuk ke dalam pejabat.

Ace yang pada awalnya gundah, akhirnya ikut sama tersenyum. Dia menggeleng perlahan dan terus memerhati Hayden yang mula mengemas barangnya di atas meja.

"Tuan nak balik sekarang?"

"Yes! Bella is waiting for me."

"You should hurry, then."

"Yes, I should." Beg bimbitnya dicapai dan tali leher serta pakaiannya diperkemas. "How do I look?" Tanya Hayden kepada Ace. Ace mengangguk dan mengangkat kedua-dua ibu jarinya ke atas, mendatangkan senyuman pada bibir kecil Hayden.

"Saya akan drive hari ini, jemput Bella. Awak tak kisah ambil teksi balik nanti, kan?"

Ace menggeleng. "Ya, saya tak kisah. Hati-hati memandu, tuan."

"Terima kasih, Ace. Jumpa esok." Tangan dilambai bersama dengan senyuman yang semakin mekar pada bibir merah itu. Tidak sabar untuk acara malam ini. Di dalam kepala, sudah terbayang-bayang figura Arabella di dalam gaun bak permaisuri dan mereka berdua menari bersama-sama, dengan tangannya berada di dalam genggaman tangan lembut itu.

Ah, seronoknya!

"Hayden!"

Hayden menoleh. Senyumannya serta merta menghilang. Satu batang tubuh yang sedang berdiri di hadapan meja setiausahanya itu dipandang dengan satu riak kaget.

"Lucia..."

"Awak nak pergi mana? Nak balik dah ke? Awalnya?" Soal wanita itu sambil mendekati Hayden yang terpaku di situ. Sempat matanya mengerling Ace yang turut terkejut akan kehadiran tiba-tiba Lucia di situ.

"Hm, ya. Malam ni kan saya nak bawa Bella pergi majlis tari menari yang awak suruh dia gantikan tu. Ingat tak?"

"Mestilah saya ingat, sebab tu saya datang sini."

Kening Hayden berkerut. Tidak mengerti.

"Love tak perlu gantikan saya. Saya yang akan pergi majlis tu dan awak yang akan jadi pasangan saya." Sambung Lucia dan mendekatkan tubuhnya kepada Hayden. Kedua-dua tangannya diangkat lalu dilekapkan di atas dada bidang itu.

Air muka Hayden berubah. Lucia yang sedang mendongak, memandangnya dengan segaris senyuman itu direnung seketika.

"Tapi—"

"Saya dah minta pengurus saya beritahu Love. Awak tak payahlah risau. Love okay, je. Dia mesti faham. Lagipun jemputan itu kan memang untuk saya." Pintas Lucia sambil mengusap perlahan dada Hayden dengan mata yang terus menatap, cuba untuk mengimbas ekspresi yang terpapar pada wajah adonis itu.

Kosong.

"Oh..." Hayden mengetap sekejap bibirnya dan pandangan dilarikan daripada terus bertentangan mata dengan Lucia. Tidak tahu apa yang harus dibalas. Dia terkedu. Rasa terujanya tadi sudah lenyap.

Lucia tersenyum pahit saat melihat perubahan riak Hayden. Tangan dijatuhkan semula ke sisi. Dia berdehem perlahan dan senyuman manis cuba dilukis kembali.

"Kalau awak tak ada kerja, teman saya ambil baju untuk malam ni, boleh?"

"Sekarang?"

"Ya."

Hayden melepaskan keluhan berat, tidak peduli jika Lucia mendengar hela nafasnya itu. Ace yang masih berdiri di belakang, berpura-pura sibuk menilik fail di atas mejanya itu, dijeling. Nafas panjang ditarik sebelum dilepas perlahan.

"Okay." Putus Hayden pada akhirnya, membuatkan senyuman Lucia melebar.

"Kita pakai kereta awak, okay? I wanna look amazing on the red carpet tonight." Pesan wanita itu lalu mengangkat kaki, menuju ke arah lif. Masih tersenyum-senyum.

Hayden berpaling menghadap Ace buat seketika. Dia tersenyum hambar kepada lelaki itu. Riak wajahnya mendung. Kecewa, kerana sekali lagi dia memungkiri janji.

"Tell her, I'm really sorry."

Ace tersenyum singkat dan mengangguk perlahan.

"She will understand...as always."












































































PELBAGAI ragam manusia di dalam dewan yang dihias serba mewah itu dipandang tidak berminat. Dari sejam yang lepas, dia hanya berdiri di penjuru dewan dengan segelas wain di tangan yang entah ke berapa kali diteguk untuk malam ini. Cawan di dalam genggamannya itu dipusing perlahan. Cecair berwarna merah pekat itu direnung lama.

Bella minum tak?

Fikirnya kerana tidak pernah lagi dia melihat wanita itu menyentuh alkohol walaupun di rumahnya itu mempunyai bilik khas yang menyimpan segala jenis dan jenama alkohol.

"Agaknya dia pun tak tahu kalau bilik tu wujud." Gumam Hayden sendiri. Dia mula terbayang akan wajah polos Arabella. Tawa kecilnya terhambur.

Mesti comel kalau dia mabuk.

Kepala didongakkan ke atas, memandang lampu candelier yang terletak tinggi di siling. Dia tersenyum kecil.

"You're going to love this, Bella."

"Sayang, buat apa dekat sini? Penat saya cari awak. Jom, jumpa dengan penaja saya."

Pandangan ditundukkan. Lucia yang sedang berjalan ke arahnya itu diperhati. Wajah wanita itu berkerut marah. Mungkin kerana terlalu lama dia berjalan ke sana, ke sini semata-mata untuk mencari Hayden.

Hayden menghela nafas berat. "Ini majlis tari menari. Jadi, kita patutnya menari, bukan bermesyuarat buat duit." Rungutnya, masih tidak bergerak daripada tempatnya berdiri.

Mata Lucia mengecil saat mendengar suara dingin milik Hayden. Pandangannya jatuh kepada gelas wain di tangan lelaki itu.

"Are you drunk?" Soalnya sedikit tidak senang. Bagaimana dia mahu menarik lebih ramai penaja, jika fokus utama penaja-penajanya itu, ahli perniagaan di hadapannya ini, tidak berada di dalam mindanya yang betul. Bagi syarikat di luar sana, menjadi penaja Lucia bermaksud mereka mempunyai peluang untuk bekerjasama dengan syarikat Hayden, walaupun tipis, tetapi itu masih satu peluang yang patut dikejar.

"I'm not drunk. I'm just not in the mood. C'mon Lucia, awak tahu saya tak suka orang ramai macam ni. Lepas tu, awak nak saya bercakap tentang business dekat tempat yang macam ni pula? Seriously?" Gelas wain diletak ke tepi dan sepasang mata hazel itu, menatap tajam Lucia yang sudah berwajah keruh.

"What's wrong with you?! Dulu kita okay je. Awak jumpa semua penaja saya, tak kira dekat mana. You love to talk about business! Sekarang awak nak merungut, mengeluh pasal semua benda yang saya buat! I did this since day one, you should've known me better, jadi tak ada sebab untuk awak jadi macam ni, Hayden!" Bentak Lucia dengan suara ditekan, cuba untuk mengawal jerkahannya. Kesabarannya semakin menipis. Dia masih lagi tidak menyerang Hayden berkaitan berita tentang perkahwinan lelaki itu bersama dengan adik kembarnya dan rasanya dia seperti mahu meletup.

Lucia tersenyum sinis. Rambut panjangnya diselak ke belakang.

"Atau ada apa-apa yang ganggu fikiran awak, yang awak tak nak saya tahu dan saya terpaksa cari tahu sendiri?" Tanya wanita itu sarkastik. Cuba bermain tarik tali dan ternyata dia berjaya menarik perhatian Hayden kerana bicaranya tadi.

Mata itu menatap wanita di hadapannya dingin.

"Apa benda yang awak cakap ni? Kalau awak nak gaduh, saya nak balik." Balas Hayden bersahaja. Gelas wain yang diletak tadi, diambil semula dan diteguk sekali gus sebelum langkah dibawa melintasi Lucia yang hanya berdiri, memerhatinya tajam.

Lucia berdengus kasar. Dadanya berombak kencang, menahan geram kerana sikap Hayden. Belakang tubuh lelaki itu yang semakin menjauh dipandang sehingga hilang dari pandangannya. Mata diguling menyampah dan kaki diangkat, beredar dari situ.

"Aryan." Seru Lucia saat langkahnya berhenti di hadapan seorang lelaki yang segak di dalam persalinan suit mahalnya.

Aryan menoleh dan senyumannya terukir manis.

"So, where's your Cinderella? Left already?" Usik lelaki itu dengan senyuman yang sudah berubah nakal membuatkan wajah cemberut Lucia tadi dihiasi dengan seukir senyuman kecil.

"We had a fight. He's changed. Surprisingly, I'm not disappointed or surprised. What can I say...saya dah agak dia akan react macam tu suatu hari nanti and I'm always ready for that day." Lucia mengambil gelas wain yang dipegang oleh Aryan dan menyisip sedikit alkohol itu.

Aryan membisu. Lucia yang menyisip wain daripada cawan yang sama dengannya itu, direnung lama.

"Saya tak faham dengan awak, Lucia. You said you love him. Awak sepatutnya kecewa bila orang yang awak cinta buat awak macam ni. He left. That's enough of a reason to make a woman cry."

Lucia tertawa halus. "Pft! Saya bayar hampir 1000 euros hanya untuk siapkan muka saya dan awak nak saya menangis? Hah! He needs to try harder."

Matanya dijulingkan ke atas. Lagipula ini bukan kali pertama dia dan Hayden bertengkar, selalunya lelaki itu akan datang semula dan meminta maaf. Hayden pasti akan buat perkara yang sama juga nanti. Dia akan kembali, Lucia yakin akan hal itu.

"Hm, not the reaction I expected but good for you...I guess?" Aryan mengangkat bahu dan merampas semula wain miliknya daripada Lucia. Bekas gincu yang melekat di permukaan gelas kaca itu dipandang sebelum bibirnya dibawa, menyisip di tempat yang sama.

Lucia tersenyum bangga, mendengar pujian berbaur sindiran Aryan tanpa perasan akan tingkah lelaki itu.

"But, please...kalau awak mula terbeban dengan rasa marah dan sakit hati awak tu, awak patut lepaskan. Jangan pendam. Saya sentiasa ada untuk awak. Awak tahu tu, kan?" Aryan mengangkat kening, menatap Lucia penuh prihatin.

Lucia terdiam seketika sebelum mengangguk sekali kepalanya. "Yes, I know." Balasnya dengan senyuman yang dibuat-buat.

"Jangan buat benda yang awak akan menyesal." Tambah Aryan dengan suara yang sedikit tegas.

Lucia cuma tersenyum senget. Tidak mengangguk atau menggeleng. Pesanan Aryan itu dibiar sepi dan pandangannya terus dikalih ke arah pentas tarian yang mula dikerumuni manusia.

"Wanna dance?"

Aryan mengangkat kening. Fokusnya ditumpukan ke arah yang sama di mana perhatian Lucia tertarik. Dia tersenyum lembut.

"Yes."

"Let's go." Tangan Aryan digapai dan mereka mula berjalan beriringan menuju ke pentas tarian.

Aryan tersentak semasa kulit lembut itu bersentuhan dengan kulitnya. Tangan yang digenggam oleh Lucia, direnung lama. Perlahan-lahan genggaman itu dibalas erat dan tubuhnya dirapatkan ke sisi wanita itu.

"Saya tak nak menari dengan orang lain. Jadi, jangan pass saya dekat mana-mana lelaki. Faham?" Pesan Lucia.

Aryan tertawa kecil. Laju dia mengangguk. "Faham, Cik Lucia Aralyn."

"Good."

Lucia tersenyum lalu mencapai sebelah lagi tangan Aryan dan dibawa ke pinggangnya. Aryan cuma diam, mengikut. Sepasang mata hijau itu terus menatap wajah wanita di hadapannya, penuh minat dan membiarkan tangan kecil itu menyentuh tubuhnya.

Senyumannya melebar apabila pandangannya dan Lucia terkunci semasa muzik mula dimainkan. Terima kasih kepada Hayden kerana dia dapat menikmati semua ini.

'And how I wish this night would last forever.'









































































HAYDEN berjalan keluar dari kereta dengan wajah yang berkerut. Suasana di dalam rumah yang gelap itu direnung. Perhatiannya teralih saat melihat figura Ibu Lily yang sedang mengunci pintu utama rumahnya. Tubuh itu didekati.

"Blackout ke? Bella ada dekat dalam?"

Ibu Lily menoleh. Keningnya terangkat apabila memandang Hayden yang sedang berdiri di belakangnya.

"Eh, Hayden? Awalnya balik? Ace cakap Hayden balik lambat hari ini."

Hayden menggosok belakang lehernya. "Hm, ya. Majlis tu bosan jadi saya balik. Erm...Bella ada dekat dalam? Kenapa rumah gelap?" Soalnya lagi.

"Oh, Ace bawa Love pergi tengok bunga api dekat pantai. Rumah tak ada orang sebab tu gelap. Cuba Hayden call Ace sebab dorang pun baru je pergi tadi." Ujar Ibu Lily. Kunci yang berada di tangannya dibawa semula ke pintu yang dikunci tadi kerana Hayden sudah pulang.

"Hayden, nak—"

"Tak apa, Ibu Lily. Saya jumpa dorang dekat sana. Ibu Lily baliklah dulu." Pintas Hayden dan berjalan kembali ke kereta.

Ibu Lily hanya memerhati Hayden yang sudah meloloskan dirinya dahulu ke dalam kereta, tanpa sempat wanita itu membalas. Dia tersenyum kecil dan menggeleng perlahan.

"Semangat betul budak zaman sekarang ni bercinta." Gumamnya sendiri dan mula mengatur langkah pulang ke rumah.

Hayden pula terus memandu pergi menuju ke pantai yang sering dia kunjungi bersama-sama Arabella. Dia tidak tahu di mana pantai yang Ace bawa wanita itu pergi dan tidak terfikir pun mahu bertanya kepada Ibu Lily tadi, tetapi dia hanya mengikut sahaja kata hatinya yang yakin bahawa Arabella berada di pantai itu.

Sampai di sana, dia keluar dari kereta. Matanya melilau mencari figura yang dicari-cari. Bunyi letupan bunga api yang bersahut-sahutan membuatkan dia menutup telinga dan kakinya terus berjalan menyusuri pinggiran pantai.

Sampai di satu kawasan yang agak lengang, dia berhenti dan berpusing setempat. Kelibat Arabella mahupun Ace masih tidak kelihatan.

Salah pantai?

Fikir Hayden. Telinganya masih ditutup kerana bunyi bising letupan bunga api. Sesekali dia berdecit rimas. Dia tidak gemar akan bunyi kuat seperti itu tetapi mengenangkan Arabella, dia gagahkan sahajalah gegendang telinganya.

"Tuan?"

Hayden menoleh. Dia tersenyum lega apabila menangkap figura Ace. Tubuh tinggi lampai itu dihampiri tanpa menurunkan tangannya dari kedua-dua belah telinga.

"Ace, mana Bella?" Soal Hayden dengan senyuman yang terukir lebar.

Ace memandang wajah yang berkerut-kerut itu lama. Tahu bahawa majikannya tidak senang akan keadaan sekarang. Majlis tari menari 10 kali lebih baik berbanding suasana pantai yang ramai dengan manusia dan bunyi bising ini.

"Puan Love ada dekat sana." Jawab Ace sambil menunding ke arah seorang wanita yang sedang berdiri di pasir pantai sambil mendongak ke dada langit, menonton indah letusan bunga api.

Senyuman Hayden melebar. Baru sahaja dia mahu membuka langkah menuju ke arah Arabella, bahunya disentuh oleh Ace. Hayden berpaling.

"Puan Love dah setengah jam berdiri dekat sana. She's having her time. Kita jangan kacau dia, okay? Tuan duduk dengan saya je dekat sini. Boleh?" Ujar Ace sambil tersenyum manis membuatkan Hayden tersenyap.

"Tapi, tak ada siapa teman dia." Balas Hayden, berat hati untuk membiarkan Arabella bersendirian di sana. Fikirnya, mungkin wanita itu memerlukan dia sekarang. Kan?

Senyuman Ace berubah hambar. Pandangan dialihkan ke arah Arabella yang dikatakan sedang 'berseorangan' itu.

"She's not alone." Desisnya perlahan.

Hayden tersentap. Wajah tenang Ace ditatap seketika sebelum perhatiannya difokuskan kepada Arabella semula. Tangan yang menekup telinga, perlahan-lahan jatuh semula ke sisi. Pekak. Tiada lagi bunyi letupan atau suara perbualan manusia yang menembusi pendengarannya. Sekelilingnya terasa kosong kecuali dua manusia yang tampak sepadan, sedang tersenyum sesama sendiri di tengah-tengah pantai itu.

Dia tidak tahu bahawa pemandangan boleh menjadi lebih menyakitkan berbanding bunyi bising tadi.

Figura Arabella yang sedang berdiri di sisi seorang lelaki itu dipandang tidak berkedip. Rahang diketap rapat, menahan rasa sakit api cemburu.

"Kai yang ajak Puan Love ke sini. Tuan tahu kan, puan senang teruja. Just say the words, firecrackers, butterflies, beach and just like that, she's already over the moon." Ace mengambil tempat di atas tembok batu tanpa mengalihkan pandangan daripada Arabella dan Kai. Hayden pula masih terpaku, berdiri di sisinya.

"Tuan tak perlu risau. Puan Love tak sedih tentang majlis tari menari tu. Kalau tuan jadi menari dengan puan sekali pun, puan tetap tak akan pergi."

Lambat-lambat fokus Hayden tertumpu ke arah Ace. Dahinya berkerut, tidak mengerti apa yang cuba disampaikan oleh pembantu peribadinya itu.

"Maksud awak?"

Ace tersenyum senget.

"Cik Lucia batalkan tempahan gaun Puan Love dua hari lepas."

Buat kesekian kalinya, Hayden terbungkam. Nafasnya ditarik dalam dan dihembus berat. Buku limanya dikepal kuat.

"Saya ada kawan. Dia pustakawan dekat England. Dia tengah cari pelukis grafik untuk buku cerita kanak-kanak. Mungkin Puan Love boleh pergi sana dan cu—"

"No."

Ace terdiam sekejap. Rahang tajam yang bergerak-gerak itu dijeling sekilas.

"Ini untuk kebaikan Puan Love. Tuan tahu kan puan sakit? Mungkin hidup jauh dari Itali bo—"

"Shut up, Ace." Gertak Hayden keras dengan mata yang mula mencerlung tajam wajah lelaki di sisinya itu bagai mahu ditelan. Panas hatinya dengan pemandangan di hadapan belum reda lagi, malah semakin membara. Ace pula menambah petrol dengan 'idea' bernasnya itu.

Tidak menunggu lama, langkahnya segera diatur menghampiri Arabella tanpa peduli jika Ace ingin menghalangnya buat sekali lagi. Dia tidak betah melihat Arabella bersama dengan lelaki lain. Dia tidak sanggup.

Ace melepaskan keluhan berat. Dia menggeleng perlahan. Sedikit kecewa dengan sikap Hayden. Lelaki itu tidak pernah belajar dari kesilapan. Dia buat silap pun, dia tidak sedar. Buang masa sahaja rasanya jika dia mahu memberikan nasihat sekarang. Air liurnya juga sudah kering.

"Bella."

Arabella menoleh. Bibir mungilnya automatis melukis senyuman saat mata biru langit itu mendarat pada wajah adonis milik Hayden.

"Hayden! Tengok, bunga api! Cantik, kan?"

"Ya, cantik." Jawab Hayden mendatar. Mata hazel itu merenung tajam Kai yang sedang tersenyum-senyum di sisi Arabella.

"Dekat sini selalu ada sambutan bunga api setiap kali pelancong luar datang. Jadi, saya bawa Arabella datang sini. Tengah malam nanti ada bonfire pula." Sampuk Kai. Arabella sudah tersenyum suka mendengar bicara Kai dan itu mendatangkan ketidaksenangan dalam hati Hayden.

"Bella, boleh saya cakap dengan awak sekejap?" Pinta Hayden lalu mencapai tangan Arabella dan menggenggamnya erat membuatkan tumpuan Kai tertarik ke situ.

Senyuman lelaki itu memudar dan pandangannya segera dilarikan ke arah lain.

"Erm, saya...saya pergi belikan air." Tutur Kai kekok. Dia melemparkan segaris senyuman pahit kepada Hayden sebelum berjalan pergi menjauhi mereka berdua.

Arabella memerhati belakang tubuh Kai yang semakin menjauh. Selepas beberapa saat, mata biru langit itu kembali terarah kepada Hayden.

"Awak nak cakap apa?"

"Saya minta maaf, saya tak dapat bawa awak pergi majlis tari menari tu."

"Tak apa. Saya lebih sukakan bunga api." Arabella menunding ke arah letusan bunga api yang masih diteruskan dengan satu gelak kecil yang menghiasi bibir merah itu.

Boom!

Mata Hayden terpejam rapat. Tangan Arabella yang digenggam automatis dilepaskan dan tangannya dibawa menekup kedua-dua belah telinga. Masih tidak dapat membiasakan diri dengan semua bunyi bising itu. Jika tidak disebabkan Arabella, sudah lama dia pulang.

Arabella yang perasan akan reaksi Hayden, merenung lama tingkah lelaki itu. Perlahan-lahan kedua-dua tangannya diangkat dan diletakkan di atas tangan Hayden.

Hayden tersentak. Matanya dicelikkan semula. Saat matanya dan mata bak langit pagi itu bertembung, dia terpana. Jantungnya yang sedia berdegup tidak senada itu bagaikan mahu terkeluar dari posisinya sekarang.

"Better?" Arabella menggerakkan bibir, bertanya dan dibalas anggukan perlahan daripada Hayden.

Dalam kesempatan itu, Arabella terus menatap Hayden sebegitu juga Hayden yang tidak mahu mengalihkan renungannya dari wajah cantik itu. Mereka terus berdiri dengan tangannya dan juga tangan Arabella saling berkait, menutup pendengarannya daripada bunyi letupan yang menyakitkan telinga itu.

"Kalau saya cakap macam ni, awak dengar?" Soal Arabella.

Kening Hayden terangkat. "Apa dia? Saya tak dapat baca bibir awak." Tanyanya semula dengan wajah yang berkerut. Dia mahu melepaskan tangannya daripada terus menekup telinga tetapi ditahan dengan tangan Arabella.

"Untuk kehidupan yang akan datang, kalau kita berjumpa lagi, boleh awak jatuh cinta dengan saya?"

"Bella, saya tak dengar."

"Saya akan tunggu awak. Saya akan duduk dekat depan tasik, melukis. Saya akan datang dekat awak sebab masa tu awak nampak sedih. Saya akan cakap, 'when you think you have nothing left, you still have the moon, sunsets, cats, butterflies, your favourite music, warm clothes, tomorrow and...your cute self', sebelum cuit hidung awak. Dan...nama saya Love Arabella, bukan Lucia Aralyn."

Hening. Tiada lagi bunyi bising letusan bunga api. Arabella menelan air liur yang terasa kesat, cuba untuk mengurangkan rasa perit esofagusnya. Mata yang mula berkaca dikelip laju.

"Bella..." Hayden berdecit perlahan. Tangan Arabella yang terus menekan tangannya dialihkan.

"Bella, awak cakap apa? Saya tak dengarlah. Awak tekan tangan saya kuat sangat." Rungut lelaki itu membuatkan Arabella tertawa kecil.

"Saya tengah kutuk awak." Tipu Arabella lalu memalingkan tubuh dan mula berjalan meninggalkan Hayden yang sedang menggosok-gosok telinganya yang sudah bertukar merah.

"Kutuk apa? Beritahulah. Saya nak tahu juga." Hayden berlari anak mengejar langkah Arabella.

"Tak naklah, nanti awak marah."

"Mana ada!"

"Tengok tu, belum cakap apa-apa lagi dah marah."

Hayden mencebik. Matanya dihalakan ke dada langit. Tiada lagi bunga api. Belakang tubuh Arabella yang sedang berjalan di hadapannya, ditilik lama.

"Awak nak pergi mana?"

"Cari Kai. Saya nak cari tempat dorang buat bonfire tu."

Hayden tersenyum tawar, tidak gemar nama lelaki lain bermain di bibir itu.

"Saya kan ada. Kita boleh cari sama-sa—-"

"Kai!" Arabella melajukan langkahnya apabila matanya menangkap figura Kai yang juga sedang mendekati.

Langkah Hayden serta-merta terhenti. Arabella yang sudah pergi meninggalkannya untuk mendapatkan Kai itu diperhati dengan hati yang jatuh berkecai.

"Tapi, saya kan ada..." Bisiknya perit.

Продовжити читання

Вам також сподобається

1.6M 52.1K 66
Afiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga meningkat dewasa, mereka berdua tidak pernah '...
51.2K 5.8K 19
RAAIF MATEEN | RAIHANA MIKAILA Peluang tak pernah wujud untuk manusia sejelek dia. Peluang tak pernah hadir untuk manusia yang tak sempurna seperti d...
5.6M 302K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...
66.5K 3.7K 61
"You drive me crazy, Yara Alyssa. Most people say that the cure for falling in love is marriage. And now I'm in love. Do you want to be the cure for...