DENDAM MR DEVIL

By farnazamri

846K 29.4K 2.4K

[Completed] "Maafkan aku, Fasha..." - Iskandar + unedited + cringe + extremely cliche + read at ur own risk More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35 - Part 1
Bab 36
Bab 37
Bab 38 - Part 2
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Bab 70
Bab 71
Bab 72
Bab 73
Bab 74
Bab 75
Bab 76
Bab 77
Bab 78
Bab 79
Bab 80
Bab 81
Bab 82
Bab 83
Bab 84
Bab 85
Bab 86
Bab 87
Bab 88
Bab 89
Bab 90
Bab 91
Bab 92
Bab 94
Bab 95
Bab 96
Bab 97
Bab 98
Bab 99
Bab 100
Bab 101
Bab 102
Bab 103
Bab 104 - Tamat
Thank you.

Bab 93

5.8K 321 40
By farnazamri

Selepas mandi dan lengkap berpakaian, Fasha turun ke tingkat bawah. Semua penghuni di dalam rumah agam ini sedang menunggunya di meja makan.

"Fasha! Turun pun menantu mama ni. Mari, duduk sebelah Iskandar." Dari jauh, Datin Zarina bersuara apabila melihat kelibat Fasha.

Fasha senyum nipis. Dia terpaksa mengambil tempat di sebelah Iskandar dan berhadapan dengan Kalida. Kalida tersenyum lalu menghirup air teh.

"Nak nasi goreng atau mi goreng?" Iskandar yang tadi hanya menjadi pendengar, akhirnya bersuara.

Fasha yang mendengar pertanyaan itu langsung menjawab, "Yang mana pun tak apa."

Iskandar terus menyenduk nasi goreng yang ada di hadapannya untuk Fasha. Datuk Moktah, Datin Zarina, dan Kalida menjadi pemerhati.

"Ehem..." Kalida berdehem apabila semua orang di meja makan hanya diam tak bersuara. Semua mata memandang ke arahnya.

"Kenapa Ida?" Soal Datuk Moktah. Hari ini dia tidak pergi ke pejabat. Katanya, mahu mengikut Datin Zarina ke suatu tempat.

"Nothing, pa." Kalida tersengih. Dia sengaja mahu melihat reaksi Iskandar dan Fasha. "Semalam akak tidur dalam bilik Iskandar eh?"

Fasha angkat kepala. Wajahnya sedikit memerah apabila mendengar soalan itu. Kalau tak dipaksa, memang dia tidak akan tidur sebilik dengan Iskandar.

"Biarlah, Ida. Fasha nak tidur dengan abang Is. Yang Ida tu. Takkan sampai bila-bila nak tidur seorang? Tak teringin nak tidur berdua pula?" Datin Zarina turut menyoal. Sengaja mahu mendengar jawapan gadis itu pula.

Kalida tersedak. Terbatuk-batuk gadis itu.

"Amboi. Sampai tersedak. Susah sangat ke soalan mama ni?" Boleh pula dia buat-buat tersedak, punya semangat kita nak dapat menantu lelaki.

"Apa mama ni. Calon pun Ida tak ada lagi. Macam mana nak kahwinnya, kan papa kan?"

"Kalau macam tu, papa tolong carikan. Boleh?" ujar Datuk Moktah, sengaja mahu mengusik Kalida. Matanya masih tertuju ke arah nasi goreng.

"Papa!" Kalida mencebik. Papanya sengaja mahu berpihak kepada mamanya. Kalau dia seorang, memang tak menang la jawabnya!

"Kawan Is pun banyak yang bujang." Iskandar mencelah. Bukannya dia tidak tahu yang Kalida sedang menaruh hati terhadap kawannya yang seorang itu.

Kalida mengemam bibir. Tajam pandangannya menikam anak mata Iskandar. Matanya seakan memberi isyarat kepada Iskandar supaya tidak meneruskan kata. Tanpa sedar, hujung bibirnya sedikit terangkat. Abang ustaz, sapa je yang tak mahu hehe...

Terperasan dengan hujung bibir Kalida, Iskandar buat-buat tak nampak. Dalam diam, dia turut tersenyum senget.

"Hari ni, akak nak pergi mana-mana tak?" Bahu Fasha ditepuk dari belakang. Kalida cepat-cepat mengambil tempat di sebelah Fasha. Selepas sarapan tadi, Datuk Moktah dan Datin Zarina terus bersiap-siap untuk keluar berjumpa dengan sahabat lama mereka di suatu tempat.

Fasha menggeleng sebagai jawapan.

"Ida nak pergi pantai petang ni. Akak nak ikut?"

"Pantai?" Mendengar itu, wajah Fasha sedikit berubah. Bibirnya mengukir satu senyuman sambil tangannya mengusap lembut perut yang semakin membesar.

"Petang ni, mama bawa baby pergi jalan-jalan dekat pantai tau." Fasha berujar perlahan. Tapi mampu capai ke pendengaran Kalida. Gadis itu turut tersenyum.

"Akak nampak abang Is? Dari tadi Ida tak nampak pun abang Is." Kalida tertoleh ke kiri dan ke kanan seolah mencari kelibat Iskandar di halaman rumah. Wajah Fasha dipandang semula.

"Iskandar bagitahu akak, yang dia nak pergi balai polis tadi."

"Balai polis?!" Kalida terus bangun berdiri. "Alaaa... Kenapa abang Is tak bagitahu awal-awal tadi. Aduh!" Kalida sudah tidak senang duduk. Bermundar-mandir dia di hadapan Fasha. Dia terlepas peluang keemasan!

Huwaaaa... Abang polis...

Fasha yang melihat itu hanya mengerut kening. Kehairanan.

Tangan Kalida digenggam kuat. "Hati-hati akak," pesan Kalida yang sedikit risau melihat Fasha yang cuba memijak batu-batu besar di persisiran pantai.

Fasha masih tersenyum lebar. Sudah lama dia tidak merasa angin sejuk di tepi pantai. Berderu-deru angin merosakan awning tudung bawalnya. Tapi tidak dihiraukan. Matanya tertumpu ke arah batu-batu besar itu. Kalau jatuh ni, memang naya ni.

"Akak, Ida rasa nak pergi beli coconut shake la dekat situ." Jari Kalida ditundingkan ke arah belakang. Ramai pengunjung yang sedang beratur untuk membelinya.

Fasha menoleh untuk melihat.

"Akak tunggu sini dulu. Ida pergi beli." Mereka perlahan-lahan turun dari batu-batu besar itu.

"Tak apa ke Ida pergi sorang-sorang?" Fasha kurang senang.

"Tak apa." Kalida akhirnya meninggalkan Fasha seorang diri di situ. Fasha hanya memandang. Kemudian melihat suasana pantai yang penuh dengan pengunjung. Dia berjalan kerana mahu ke tempat yang lebih teduh.

Tak sampai beberapa langkah Fasha menapak, dia tersepak batu yang ada di atas pasir. Hampir tersandung dia di situ. Selamat ada seseorang sempat memagut lengannya dari belakang.

"Lain kali hati-hati." Satu suara datang menyapa ke gegendang telinga.

Fasha kenal pemilik suara itu. Hampir terkasima dia dengan kehadiran yang tiba-tiba itu. Kemudian, dia menarik lengannya semula dan menahan rasa sakit pada ibu jari kaki. "Darah..."

"Darah?" Iskandar rendahkan tubuhnya untuk melihat ibu jari kaki Fasha yang mula mengeluarkan cecair merah. Kulit di hujung ibu jari kaki Fasha seperti sedikit terkelupas.

"Akak... Kenapa ni?" Belum sempat Kalida membeli coconut shake, dia sudah membawa diri ke arah Fasha dan Iskandar. Dia segara ke sini apabila Fasha hilang dari batu-batu besar yang tempat mereka berdiri tadi.

"Kaki akak darah!" Kalida terkejut melihat ibu jari kaki Fasha. "Abang angkat akak pergi bawah sana."

"Tak apa, Ida. Sikit je ni." Fasha tidak mahu diperlakukan seperti budak kecil. Dia boleh berjalan sendiri. "Jom." Fasha cuba menyusun langkah namun hujung ibu jari kakinya terasa agak pedih.

Iskandar yang baru sahaja mahu mengangkat tubuh Fasha, terus dihalang oleh empunya badan. "Tak apa. Saya boleh jalan sendiri." Fasha tetap dengan pilihannya. Tak mahu diangkat atau dibantu. Tambahan pula, pantai sedang dikunjungi oleh ramai pengunjung. Mahu tak malunya nanti!

"Okay." Iskandar tidak mahu memaksa. Hanya akur dengan pilihan Fasha. Biarkan dia. Biarkan.

Kalida yang mendengar kata-kata dari Fasha hanya menggeleng-gelengkan kepala. Amboi, jual mahal pula cik kak! Kaki sakit pun nak berlagak dengan encik suami yee.

Selepas sepuluh minit, mereka tiba di kedai makan. Betul-betul berhampiran dengan pantai. Pemandangan yang cantik dari arah pantai membuatkan kedai itu penuh dengan pelanggan.

Kalida masuk ke dalam kedai terlebih dahulu apabila dia ternampak meja kosong. Fasha dan Iskandar masih berada diluar kedai makan.

"Boleh tak pijak anak tangga tu?" Tangga betul-betul berada di hadapan pintu kedai makan. Kedai itu sedikit tinggi dari jalan.

"Boleh. Saya bukannya patah kaki," jawab Fasha sedikit geram dengan pertanyaan Iskandar.

"Okay." Sepatah Iskandar membalas. Kemudian, dia terus berjalan ke arah Kalida yang sedang sibuk melihat menu.

"Akak mana?" soal Kalida hairan apabila Iskandar sahaja yang mengambil tempat di hadapannya. Kalida tercari-cari sebelum dia melihat kelibat Fasha yang sedang mendekati mereka. Muram.

Fasha menghampiri dengan wajah yang masam. Sakit hatinya apabila ditinggalkan sendirian oleh Iskandar. Hampir jatuh air matanya tadi. Nasib boleh tahan.

"Akak okay?" soal Kalida apabila terperasan dengan riak wajah Fasha.

"Akak okay."

"Abang yang pergi tinggal akak seorang diri tu kenapa? Jadi apa-apa tadi macam mana?"

"Kaki Fasha bukannya patah," jawab Iskandar seolah sengaja mengulangi ayat Fasha sebentar tadi.

Sedikit terkejut Fasha mendengar balasan Iskandar. Tapi dia cuba beriak seperti biasa. Semakin bertambah rasa sakit di hatinya. Air mata seakan memberi isyarat untuk menitis. Entah kenapa kata-kata Iskandar sungguh tajam pada pendengarannya.

"Boleh saya ambil order?" Tiba-tiba seorang pelayan muncul untuk mengambil pesanan.

"Yang tu ja, cik?" tanya pelayan itu selepas selesai menulis pesanan di atas buku yang dibawa bersamanya.

"Ya, yang tu je." Selepas mendapat kata putus dari Kalida, pelayan itu terus membawa diri.

Fasha masih menahan air matanya. Hampir-hampir saja dia ingin menjatuhkan air mata tadi. Dia perasan yang Iskandar sedang sibuk bermain telefon. Langsung tiada rasa ingin memujuk.

Sekarang pandangan Fasha terarah ke arah seseorang yang menarik perhatianya. Seorang gadis yang duduk sebaris dengan dia dan Kalida. Gadis bertudung. Manis. Tapi agak menyakitkan hati.

Dia perasan yang gadis itu asyik memandang ke arah Iskandar. Bukan sekali dua, tapi beribu kali! Sampai nak terkeluar biji mata tu dik oi! Amboi. Amboi. Amboi.

"Awak?" Fasha memanggil Iskandar yang ralit bermain telefon. "Awak?"

"Ya sayang ya... Kenapa?" Iskandar angkat kepala.

"Awak perasan tak, ada orang tengah tengok awak?"

Kening Iskandar berkerut. Cuba fahami kata-kata Fasha sebelum dia tersenyum senget. "Perasan."

Laju Fasha melarikan anak matanya. Lelaki itu langsung tidak faham apa-apa. "Tak apalah."

Lama-lama Fasha malas mahu berfikir lagi tentang hal itu. Biarlah gadis tu nak tengok sangat. Tengok puas-puas. Biar ketumbit mata tu sekali.

Continue Reading

You'll Also Like

293K 20.1K 53
Under 𝓜𝓲𝓷𝓮 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼: 2 RAID ANAQI | ARALYN ZUHAYRA Bila lelaki beruniform jatuh hati pada pembunuh, ia satu perkara yang agak tidak terjangka...
1M 27.8K 78
"I want to be with you for the rest of my life and if you needed me to i'd jump out of plane for you" Zafriel Love of action will be sweet if there i...
50.7K 2.4K 28
Disebabkan kekurangan diri, Narina sanggup dipergunakan oleh majikannya sendiri, Miqdad Halimi. Permintaan Miqdad Halimi agar dia menjadi 'tunang tip...
5.6M 302K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...