Aisera Arsalan: Bermulanya Ke...

By KudinaKufazly

37K 5.8K 205

Credit cover from: @MochaaQilaa_ (History only, romance around 0.00001% only) "Pemimpin yang bagus ialah pemi... More

Blurb
Bab 1
bab 2
bab 3
bab 4
bab 5
bab 6
bab 7
bab 8
bab 9: Permulaan Segala-galanya
Bab 10
bab 11
bab 12
bab 13
bab 14
bab 15.
bab 16: Royal Simple Wedding.
bab 17
bab 18
bab 19
bab 20: Palestine Talk.
bab 21: Mariam pain
bab 22
bab 23
bab 24
bab 25
bab 26
bab 27
bab 28
bab 29
bab 31: Realiti Akhir Zaman.
bab 32
bab 33: Perang Badar
bab 34
bab 35: Matinya seorang pemimpin yang berpengaruh.
bab 36
bab 37
bab 38: Era Pemerintahan Generasi Baharu
bab 39: Razia Sultan
bab 40
bab 41
bab 42
bab 43
bab 44
bab 45
bab 46
bab 47
bab 48
bab 49
bab 50
bab 51
bab 52
bab 53
bab 54
bab 55
bab 56
bab 57
Buy British Last: Boikot Terbesar Malaysia.
Bab 58
bab 59: Dawn Raid
Bab 60
Epilog: Buy British Last, Dawn Raid, Palestine Topics in PBB.

bab 30

418 87 1
By KudinaKufazly

KERUSI ditarik, Mariam duduk di hadapan Aisera manakala Puan Atul pula duduk di kepala meja. Karipap diambil dan dengan bacaan bismillah, Mariam menyuap masuk karipap tersebut. Sambil mendengar Puan Atul dan Aisera berbual, Mariam mengambil Satar Ikan dan disuap masuk ke dalam mulut.

"Kamu cadang nak balik bila Aisera?" soal Puan Atul ingin tahu.

"Lambat lagi rasanya. Cuma budak-budak dengan Malik je lah nanti balik dulu. Lagipun, diorang kan dah nak sekolah." tutur Aisera. Puan Atul mengangguk.

"Kamu pula Mariam? Nak duduk dekat sini lama lagi ke?" soal Puan Atul lagi. Mariam mengangguk.

"Haah, cadangnya nak duduk dekat sini lama lagi sebab Mariam baru je habis sambung belajar. Ingat nak rehat-rehat dulu. Kenapa umi tanya macam tu?" soal Mariam pula. Cawan yang berisikan air teh tarik diambil dan dihirup perlahan.

"Umi ingat nak carikan calon untuk kamu, lagipun umur kamu pun dah 30 lebih. Kamu tak nak kahwin ke Mariam? Tak ada calon tak apa, jangan risau umi tolong carikan."

Uhuk!

Tangan Mariam naik menepuk dadanya, bila Puan Atul sebut fasal kahwin terus tersedak air teh tarik. Manakala Aisera pula sudah berdekah dia ketawakan Mariam. Hah padan muka, puas hati aku.

"Hah itulah, dulu ketawakan akak sangat. Padan muka." celah Aisera. Mariam menjeling tajam.

"Ni tengah hari nanti kamu keluarkan Aisera? Nak pergi pejabat Tuanku?" Puan Atul menyoal Aisera, tangannya mencapai satar ikan goreng dan disuap masuk ke dalam mulut.

"Haah, kenapa umi?"

"Baju kamu dah iron dah? Ke belum? Kalau belum kamu pergi seterika cepat. Umi dah masak sangat dah dengan perangai kamu, suka buat kerja last minute. Lepas tu lambat, itu tak termasuk lagi bergaduh dengan awning tudung." bebel Puan Atul.

Mariam pula membuat muka seolah-olah menganjing Aisera. Padan muka, tadi gelak dekat Mariam sangatkan? Aisera menjeling tajam apabila mata dia dan mata Mariam bertembung. Tahu sangat dah perangai adik iparnya seorang ni.

"Tak apalah umi, kalau macam tu Aisera pergi bersiap dulu." ujar Aisera dan bangun dari duduknya, baru sahaja mahu pergi dari situ langkah Aisera terhenti seketika. Aisera beralih memandang Mariam.

"By the way, sebelum akak terlupa. Petang ni nanti Darian akan datang."

"Kenapa cakap dekat Mariam pula?" soal Mariam pelik. Sejak bila ketika masanya pula kalau Darian nak datang sini kena bagitahu dia?

"Kan Mariam suka mengintai Darian."

Puan Atul terus beralih memandang Mariam.

"Dahsyat betul budak ni."

"Umi! Mariam tak macam tulah!"

.

.

AISERA mula berjalan masuk ke dalam pejabat Perdana Menteri Emerald. Sambil berjalan matanya memandang ayat-ayat Al Quran yang tergantung di dinding. Kalau nak diikutkan sebenarnya suasana pejabat Perdana Menteri Emerald dan Alwaritzi tak adalah beza banyak sangat pun. Sama je, setiap sudut ada ayat Al Quran, dan setiap pejabat Menteri juga akan ada ayat al quran, kecuali menteri yang tidak beragama Islam.

  Tiba di hadapan pejabat Raja Arshan Imtiyaz, Aisera mengetuk pintu terlebih dahulu. Dapat kebenaran untuk masuk, Aisera membuka pintu. Dapat dia lihat Raja Arshan Imtiyaz dan Tun Muhammad Iskandar yang sedang berbual di sofa. Kaki mula berjalan merapati dua figura yang ditakuti kuasa luar itu.

"Aisera macam mana? Sihat?" soal Tun Muhammad Iskandar seraya membuka bicara. Aisera mengangguk sambil tersenyum tipis dan duduk di sebelah Raja Arshan Imtiyaz.

"Alhamdulillah, sihat je. Tun pula macam mana?"

"Alhamdulillah, saya pun sihat juga. Malik macam mana? Okay ke jadi Perdana Menteri?"

Aisera tertawa kecil.

"Okay. Lagipun jangan risaulah Tun, Malik pun dah selesa dengan apa yang dia buat sekarang ni. Syukur, Allah permudahkan segalanya. Oh sebelum Aisera terlupa, ayah panggil Aisera datang sini untuk apa?"

"Ayah panggil Aisera datang sini sebab nanti, wakil dari Arab Saudi nak datang lagi 2 minggu. Aisera kenalah ada. Boleh kan? Malik pun rasanya tak ada nak cakap apa kan?" soal Raja Arshan Imtiyaz.

"Boleh je ayah. Jangan risaulah, Malik okay." balas Aisera. Sementara itu Tun Muhammad Iskandar cuma memerhati sahaja Y.M Raja Arshan Imtiyaz dan Y.M Tengku Aisera Qafiyya. Tun Muhammad Iskandar bangun dari duduknya dan berjalan merapati Aisera dan Raja Arshan Imtiyaz. Memandangkan tiada urusan untuk dibincangkan lagi, jadi lebih baik dia beransur pulang dulu.

"Tuanku, Aisera." panggil Tun Muhammad Iskandar. Raja Arsalan Imtiyaz dan Aisera terus beralih memandang Tun Muhammad Iskandar.

"Saya beransur pulang dulu ya. Assalamualaikum."

"Baik-baik, Waalaikumussalam." balas Raja Arshan Imtiyaz. Tun Muhammad Iskandar mula melangkah keluar dari pejabat Raja Arshan Imtiyaz. Keluar sahaja dari pejabat, langkah Tun Muhammad Iskandar terhenti apabila disapa oleh salah seorang menteri di situ.

"Assalamualaikum Tun." Menteri tersebut menunduk sedikit sebagai tanda hormat. Begitu juga dengan Tun Muhammad Iskandar. Mereka berdua saling berjabat tangan.

"Ada apa Tun datang ke sini?" soal Menteri tersebut. Lagipun, bukan selalu Tun datang ke pejabat Perdana Menteri. Selalunya kalau ada apa-apa hal mustahak, Tun biasanya akan berjumpa dengan Tuanku di istana. Tapi kenapa hari ni Tun datang sini? Pelik.

"Sajalah saya datang ke sini. Lagipun rasanya dah dekat 2 tahun saya tak datang pejabat Perdana Menteri. Rindu pun ada. Ibrahim pula apa khabar?" soal Tun. Menteri kewangan iaitu, Dato' Ibrahim cuma tersenyum tipis sambil mengangguk.

"Alhamdulillah, saya ni sihat. Cumanya biasalah demam batuk apa semua tu sikit-sikit. Tun pula macam mana? Sihat?" soal Dato' Ibrahim pula. Tun Muhammad Iskandar mengangguk.

"Tun, boleh saya tanya Tun satu benda?"

"Kamu nak tanya apa, Ibrahim?"

"Tun yakin ke yang Aisera tu boleh memerintah negara ni? Kalau saya, saya tak yakin Tun. Aisera tu dahlah perempuan, lepas tu daripada kecil dia tak di didik untuk menjadi pemerintah. Bahkan saya tak nampak langsung jiwa kepimpinan dalam diri dia. Pelik juga saya macam mana Tuanku yakin yang Aisera tu boleh memerintah." ujar Dato' Ibrahim. Tun Muhammad Iskandar cuma diam sambil mendengar saja.

"Saya ni bukannya apa, Tun. Cuma risau, Emerald ni dahlah salah satu negara Islam yang berpengaruh. Andai kata kalau Aisera memerintah, Tun yakin yang dia boleh jaga negara? Tun yakin yang dia mampu kekalkan reputasi negara ni? Buatnya kalau negara kita bangkrup, habis lari semua pelabur. Aisera tu pengaruhnya sikit je kalau nak dibandingkan dengan Tuanku..."

"... Kalau waktu Aisera memerintah nanti, buatnya pelabur lari macam mana? Tu, kilang-kilang Jepun tu. Kita pun kena fikir juga sebabnya pelabur, kilang-kilang Jepun semua tu pun bantu kita dari segi kewangan negara. Satu lagi, cukai. Cukai yang peniaga bayar tu pun income negara juga. Ish, saya tak rasa Aisera fikir. Tu tak termasuk lagi e" tambah Dato' Ibrahim lagi.

"Ibrahim... Cuba kamu fikir, takkanlah Tuanku tu senang-senang saja nak turunkan jawatan Perdana Menteri tu dekat Aisera? Takkan kamu tak nampak setiap hujung minggu je mesti Aisera datang. Ibrahim, Tuanku tu bukannya seperti apa yang awak fikirkan. Tuanku tahu apa yang dia tengah buat. Fasal pengaruh semua tu, macam mana Aisera nak berpengaruh kalau dia tak ada apa-apa jawatan sebagai Menteri? Kamu pun tahu kan, protokol Istana sedikit sebanyak mengehadkan Aisera..."

"... Satu saja yang saya nak pesan dekat kamu Ibrahim. Aisera tu perempuan, tapi itu tak bermakna yang dia tak mampu nak memerintah negara. Kamu kena ingat, orang perempuan ni jangan dicabar. Kalau kamu cabar dia, jangan terkejutlah kalau satu hari nanti dia akan buat sesuatu melebihi jangkaan awak. Orang perempuan ni bahaya, jadi jangan cabar dia."










.

Note:

Hai to all new readers Aisera Arsalan: Bermulanya Kekuatan Empayar Islam! Yang mana datang dari tiktok, terima kasih ya sebab sudi baca cerita yang tak seberapa ni!

Maaf ya sebab saya ambil masa yang lama untuk publish new bab. Insya- Allah kalau sempat esok lusa saya update lagi.

Thanks!

Continue Reading

You'll Also Like

502K 1.7K 13
Dia hanya insan sederhana,jauh dari sempurna. Tapi yang jelas dimata ternyata bukan mengambar segala yang indah di dada . Bahagia,itu bukan dari mata...
Legenda Melayu By erry lapar

Historical Fiction

70.1K 1.2K 13
Kisah-kisah mengenai lagenda yang terdapat dimalaysia diantaranya Mahsuri,Dayang Bunting,Puteri Gunung Ledang dan lain-lain!! Rujukan dari orang-oran...
2.7K 598 60
﷽ - SYUHADAH 5th BOOK Tema: Gabungan tema moden dan klasik. Mencari kebebasan yang menghilang asbab perang yang menawan bumi Kutub Khanah dunia. Benu...
44.7K 5.9K 40
Melody membuat dia terluka. Melody mencipta masa silam yang pahit. Melody juga membuat hidup dia tidak bermaya. Tapi apabila dia tersedar semua itu...