PEWARIS SEBENAR IRIS

Ustaz_Ruzi

6.7K 430 183

Cover Book Make By @Alquransyabila Sinopsis Selepas Ejen Ali telah disahkan tidak dibenarkan lagi menjadi pem... Еще

BAB 1: DJIN KEMBALI
BAB 2: UNDERCOVER FRIEND
BAB 3:DEMONSTRASI
BAB 4: CURIGA
BAB 5:EKORI
BAB 6:ISI TERSIRAT
BAB 7: KE TEMPAT TUGASAN
BAB 8: DOKTOR QARZONE
BAB 9: PERGELUTAN KECIL
BAB 10: ORGANISASI BARU?
BAB 11: MISTERI WASIAT
BAB 12: PERTEMUAN TIDAK DIJANGKA
BAB 13: BOM MASA
BAB 14: BERTEMU TAN SRI
BAB 15: PERCANGGAHAN PENDAPAT
BAB 17: SUASANA GETING
BAB 18: OPERASI BERMULA
BAB 19: SERANGAN MENGEJUT
BAB 20 : APA KAITAN M.A.T.A DAN BLACK HEART?
BAB 21 : WASIAT HILANG?
BAB 22 : BLACK HEART SEMAKIN AKTIF
BAB 23 : WAKIL GENG M.A.R.A MENJELMA
BAB 24 : PENYAMARAN?
BAB 25: HELAH
BAB 26: TIBA DI A.P.D.A

BAB 16: RUDY MENYERANG KETUA-KETUA TERAS

249 14 11
Ustaz_Ruzi

Ahad, Jam 0700 pagi- di HQ M.A.T.A, Rudy bangun awal seperti biasa, dia tiada sebarang kelas kuliah pada hari ini jadi dia menghabiskan masanya di HQ M.A.T.A.

Rudy memakai suit hitam pertandingannya kemudian terus berjalan ke arah pejabat ketua-ketua Teras.

Rudy berjalan perlahan, peristiwa semalam masih lagi segar diingatannya. Dia berfikir apakah tindakan yang perlu dibuat jika apa yang dikatakan oleh mereka itu benar. Betulkah hakikat itu ataupun semua itu hanyalah rekaan semata-mata?

-Flashback-

"Kau tak sedar lagi ke? Kau bekerja di bawah ketua yang salah! Mereka sentiasa menutup kebenaran daripada tersebar, dan kau masih berani menafikannya lagi?"

"Kebenaran apa yang kau maksudkan ni?"

"Kebenaran mengenai I.R.I.S."

-Flashback Ends-

Rudy menggelengkan kepalanya beberapa kali, pergerakannya terhenti seketika, tangan kanannya memegang tiang di sebelahnya. Rudy mengerutkan dahinya. "Tak... Tak mungkin semua tu betul. Semua ni hanyalah konspirasi semata-mata. Sedarlah, Rudy!"

Dia menepuk kedua pipinya dengan sedikiy kuat bagi menyedarkan diri kembali ke dunia nyata. Tiba-tiba, kata-kata Encron mulai terimbas kembali di fikirannya.

-Flashback-

"Kenapa korang ta'asub sangat dengan Ali?"

"Sebab Ali merupakan insan yang teraniaya sama seperti aku... Hanya kami yang mampu membantunya melepaskan dirinya daripada dianaiya. Tetapi... Kami tak mampu lakukannya sendirian..."

"Kebolehan kau sangat mengagumkan, kami amat berbesar hati jika kau sudi sertai kami. Ali juga... Akan berasa gembira apabila dia tahu kau berada di sisinya."

"Kau nak aku... Mengkhianati Agensi aku sendiri? Kau dah hilang akal ke?!"

"Mereka yang mengkhianati seluruh dunia... Dan kau masih nak pertahankan diorang lagi?"

-Flashback Ends-

"Urgh!"

Dush!

Rudy menumbuk kecil ke arah dinding itu bagi melepaskan rasa marahnya terhadap Encron. Dia bernafas dengan laju, jantungnya beedegup kemcang. Kedua-dua tangannya membentuk dua penumbuk yang kuat sehingga dapat lihat urat saraf di tangannya. Selepas seketika, Rudy kembali bertenang semula. Nafasnya kembali normal dan dia mulai dapat mengawal perasaannya.

"Okay, cool down, Rudy! Sekarang bukan masanya untuk kau fikirkan tentang Si Mamat Psycho tu." Kata Rudy sendirian. "Fokus pada tujuan kau, okay!"

"Ejen Rudy!"

"Huh?"

Baru sahaja Rudy mahu berjalan pergi namun, langkahnya terhenti apabila dia terdengar namanya dipanggil dari suatu arah. Kelihatan sekumpulan ejen muda daripada setiap teras M.A.T.A datang ke arahnya. Rudy memalingkan wajahnya ke hadapan dan memandang ke arah empat pelajar itu.

"Ya, saya. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" Tanya Rudy sambil memandang ke wajah keempat-empat ejen muda itu.

"Boleh Ejen Rudy jadi mentor kami?" Tanya seorang ejen muda teras Inviso kepada Rudy.

Rudy terkejut dengan permintaan budak itu, belum pernah lagi ada ejen muda yang memohon untuk menjadi mentinya, ini pertama kali berlaku.

"Ahh! Maafkan kami, lupa pula kami nak kenalkan diri kami." Kata Ejen muda Neuro dengan gelak tawa kecil. "Ehem! Selamat berkenalan, nama saya Muhammad Daniel Ammar, ejen muda teras Neuro."

"Nama saya Salsabila Rofarisya, ejen muda teras Tekno."

"Nama saya pula Nik Hannan Hamimi, ejen muda teras Inviso."

"Dan saya Tengku Najmudin, ejen muda teras Kombat."

"Okay, kenapa kamu berempat nak saya jadi mentor kamu? Saya tak adalah sehebat seperti ejen-ejen yang lain." Tanya Rudy sambil memegang belakang lehernya.

Keempat-empat ejen muda itu menggelengkan kepala mereka serentak kemudian memandang ke wajah Rudy semula dengan penuh keyakinan.

"Ejen Rudy hebatlah! Ejen Rudy pernah berlatih dengan keempat-empat ketua teras, itu sangat hebat!" Kata seorang ejen muda teras kombat kepada Rudy.

Rudy terkejut, "Macam mana kamu semua boleh tahu fasal tu?" Tanya Rudy dengan nada lembut, dia tidak pernah menceritakan perkara itu kepada sesiapa kecuali Rizwan.

"Hihihihi... Kami sebernanya ada buat sedikit research mengenai latar belakang Ejen Rudy." Kata seorang ejen muda Tekno kepada Rudy.

"File rahsia pun kamu boleh buka? Hebatnya kamu..." Kata Rudy dengan gelak tawa kecil sambil mengusap lembut kepala budak Tekno itu.

Ejen muda Tekno itu tersenyum lebar apabila dipuji oleh Rudy, rakan-rakannya yang lain semua berasa cemburu kerana tidak dipuji oleh Rudy.

"Tapi... Saya yang bagi cadangan tu! Saya yang pastikan semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah!" Kata ejen muda Neuro dengan rasa tidak puas hati kerana tidak dipuji oleh idolanya.

"Saya pun sama! Saya jadi pertahanan kumpulan ini di waktu itu!" Kata ejen muda teras Kombat.

"Saya pun! Saya bantu mereka menyelinap masuk ke bilik file HQ M.A.T.A. untuk curi tengok file rahsia tu!" Kata seorang ejen muda Inviso.

Setelah mendengarkan kata-kata daripada ejen muda Inviso itu, terus ketiga-tiga kawannya menutup mulutnya.

Hah, Dah kantoi!!!

Rudy terkaku sebentar, perbuatan yang baru sahaja dilakukan oleh keempat-empat ejen muda itu sebernanya salah di sisi undang-undang M.A.T.A.

Pangkat mereka masih lagi kecil untuk memasuki bilik itu, jika pihak atasan dapat tahu yang mereka berempat menceroboh masuk ke dalam bilik itu, mereka pasti akan dikenakan tindakan tatatertib yang berat!

"Ish! Kau ni..! Tak perlulah bagitahu perkara tu dekat Ejen Rudy..!" Marah ejen muda Neuro kepada rakannya itu.

Mereka berempat tertunduk malu, mereka bersedia untuk mendengar apa yang akan dicakapkan oleh Rudy.

"Hebatnya... Walaupun masih kecil, kamu berempat dapat mengalahkan sistem pertahanan bilik itu?" Puji Rudy, keempat-empat ejen muda itu mengangkat wajah mereka memandang Rudy.

Mereka sangka Rudy akan memarahi mereka dan melaporkan kesalahan mereka kepada pihak atasan, tetapi ini sebaliknya.

"Urm... Ejen Rudy tak marah?" Tanya ejen muda Kombat kepada Rudy. Rudy tergelak kecil sambil menyilangkan tangannya di atas dadanya.

"Perbuatan kamu berempat memang salah, tetapi... Kemahiran kamu berempat amat mengagumkan. Saya kagum dengan kamu semua." Kata-kata Rudy telah membuatkan mata keempat-empat mereka bersinar.

"Betul ke ni?" Tanya ejen muda Neuro dengan nada suara gembira yang teramat sangat. Rudy mengangguk kecil dengan senyuman sinis di bibirnya.

"Kamu berempatkan dah ada mentor masing-masing dengan ejen-ejen remaja yang lain, kamu semua tak perlukan mentor lain lagi dah. Sudah terbukti mereka pandai mengajar kamu semua dan dah berjaya pun." Tanya Rudy kepada mereka semua.

"Tapi... Kami nak Ejen Rudy!" Jawab mereka berempat serentak. Jawapan mereka mula mengejutkan Rudy.

"Ada apa sampai kecoh pagi-pagi ni?" Satu suara mula menarik perhatian Rudy dan empat ejen muda untuk memandang ke arah sang penyuara itu.

"Uno?!!" Kata empat ejen muda itu serentak. Mereka segera bersembunyi di belakang badan Rudy.

"Huh?" Rudy berasa pelik dengan sikap mereka yang tadi berani tetapi sekarang bertukar menjadi takut dan ke yg dengan kebencian.

"Uno jahat!"

"Kami tak nak kawan dengan awak!"

"Ejen Rudy, selamatkan kami!"

"Kami benci Uno! Si pengkhianat M.A.T.A!"

Kata-kata mereka mulai membuatkan Djin berada sedikit sedih, dia tahu, bukan semua orang dapat menerimanya semula di dalam agensi M.A.T.A, tetapi dia tetap akan berusaha untuk membersihkan namanya semula.

Rudy memusingkan badannya menghadap keempat-empat ejen muda itu, Rudy duduk mencangkung kemudian mengusap kepala ejen muda Inviso itu.

"Hei, tak baik cakap macam tu. Walau apa pun yang terjadi, dia tetap senior kamu semua." Kata Rudy dengan nada lembut kepada keempat-empat ejen muda itu.

"Tetapi... Tetapi dia jahat. Dia bunuh Ejen Zain, dia pun nak bunuh Ejen Rudy juga!" Kata ejen muda Inviso kepada Rudy dengan suara tergagap-gagap.

"Siapa cakap saya kena bunuh?" Satu suara mulai menarik perhatian mereka. Satu figura yang sangat dikenali oleh mereka mulai muncul berdiri di situ.

"Ejen Zain!" Jerit keempat-empat ejen muda itu serentak dengan gembiranya apabila melihat wajah Ejen Zain di situ.

"Selamat pagi." Ejen Zain berjalan ke arah Rudy dengan senyuman manis, dia juga mengusap lembut kepala budak-budak itu.

"Ejen Zain okay?" Tanya ejen muda Neuro kepada Ejen Zain dengan nada risau yang teramat.

"Hahahahahha, saya okay je lah. Kamu berempat buat apa di sini? Saya terdengar tadi Ejen Roza, Ejen Chris, Ejen Khai, dan Ejen Moon sedang marah kerana tidak melihat kelibat kamu semua di bilik latihan." Kata-kata ejen Zain mulai membuatkan mereka berempat rasa terkejut.

"Alamak! Kami terlupa!" Kata Hannan dengan rasa menggelabah. Terus mereka cepat-cepat berlari meninggalkan Rudy, Zain dan Djin di situ.

Zain tergelak kecil melihat telatah mereka berempat itu, "Ha, ha, ha, ha, ha... Macam-macamlah budak-budak zaman sekarang."

Zain dan Djin mula berjalan mendekati Rudy, mereka berhenti beberapa inci daripada tempat Rudy berdiri.

"Rudy, kamu buat apa di sini?" Tanya Djin kepada Rudy dengan rasa ingin tahu dan pelik melihat Rudy di kawasan itu.

"Seingat saya, jalan ini hanya menghala ke arah pejabat ketua-ketua teras sahaja, adakah kamu mahu berjumpa dengan mereka?" Tanya Zain kepada Rudy.

"Ya, ada hal penting yang saya nak tanya dengan mereka. Termasuklah tuan berdua." Kata Rudy dengan riaksi tenang namun dingin kepada Djin dan Rudy.

"Hal penting?" Kata Zain dan Djin serentak, mereka saling berpandangan dengan riaksi aneh kemudian memandang ke arah Rudy semula.

"Ya, silakan." Kata Rudy sambil menghalakan tangan kanannya ke arah laluan menghala ke arah pejabat ketua-ketua teras.

Tanpa banyak soal, mereka berdua berjalan ke hadapan dan diekori oleh Rudy dibelakang mereka.

Setelah lama berjalan, mereka tiba di bilik pejabat ketua-ketua teras. Di dalam, Ejen Dayang dan Ejen Ganz sedang berbual santai sesama mereka.

Namun, perbualan mereka terhenti apabila Djin, Zain dan Rudy memasuki bilik itu. Mata mereka memandang ke arah mereka bertiga yang sedang berdiri di hadapan pintu itu.

Zain dan Djin mulai berjalan ke arah Dayang dan Ganz, mereka bersalaman sambil berpelukan sesama mereka. Rudy hanya berdiri di situ dengan riaksi dingin bercampur serba salah terhadap mereka semua.

"Kenapa awak berdua datang ke sini?" Tanya Dayang dengan pandangan memerli ke arah Djin dan Zain.

"Aik? Dah tak boleh ke kami nak datang melawat kawan lama?" Tanya Zain dengan gelak tawa kecil.

"Eh! Boleh je... Cuma, kenapa Rudy juga ada di sini?" Tanya Dayang sambil memandang ke arah Rudy yang masih lagi berdiri di hadapan pintu itu.

"Tak tahu, dia cakap ada benda dia nak tanya pada kita berempat." Kata Djin kepada Ganz dan Dayang. Mereka berempat memandang ke arah Rudy.

"Rudy, apa yang kamu nak tanya?" Tanya Dayang dengan nada lembut dan senyuman manis terukir di bibirnya.

Rudy menghela nafas kecil kemudian berjalan ke arah mereka berempat. Wajah Rudy berkerut, pandangannya seperti orang sedang kecewa bercampur dengan serba salah.

"Sebelum saya mulakan, boleh tak Puan tolong tutup semua kamera CCTV di dalam bilik ini." Tanya Rudy sambil memandang ke arah Dayang.

"Eh? Kenapa pula?" Tanya Dayang dengan riaksi terkejut mendengarkan permintaan Rudy itu.

"Tolonglah... Perkara yang ingin saya tanya ini merupakan perkara SULIT. Biarlah hanya kita berlima sahaja yang tahu." Kata Rudy dengan seriusnya.

Keempat-empat ejen dewasa itu saling bertukar pandangan, mereka bersetuju untuk mematikan kamera litar tertutup CCTV di dalam bilik itu buat sementara waktu.

Dayang menekan butang kekunci di atas kerusi yang sedang diduduki olehnya, terus secara automatik, semua kemara CCTV dimatikan serentak.

Keempat-empat mereka duduk di atas kerusi menghadap Rudy yang masih lagi sedang berdiri tegak tanpa sebarang goyang dan tangan dibelakang.

"Okay, apa yang kamu nak tanya?" Tanya Dayang, semua mata memandang tepat ke arah Rudy.

"Adakah... Tuan Puan ada menyembunyikan sesuatu perkara yang penting diluar pengetahuan kami?" Tanya Rudy dengan pandangan serius dan dingin.

"Sembunyikan sesuatu? Contohnya?" Tanya Zain dengan pandangan serius kepada Rudy.

"Isi kandungan wasiat Ejen Aliya kepada anak tunggalnya... Ali." Apabila mendengarkan kata-kata daripada mulut Rudy, terus riaksi satu bilik itu menjadi dingin serta terkejut.

"Jangan nak mengarut! Kami tak ada kena mengena dengan apa-apa wasiat!" Marah Ejen Ganz kepada Rudy.

"Jadi boleh Tuan jamin dan berani bersumpah atas nama Allah yang Tuan Puan semua tak ada kena mengena dengan kes pengubahsuaian isi kandungan wasiat Ejen Aliya kepada Ali?" Tanya Rudy dengan pandangan serius.

Kata-kata Rudy telah membuatkan mereka semua terkaku, tiada sesiapa berani mahu mengeluarkan sebarang kata-kata kerana takut akan terkata benda-benda yang salah faktanya.

"Jadi betullah..." Kata Rudy dengan riaksi sedikit sedih. Dia tak percaya, ketua-ketua teras akan lakukan perkara seperti ini.

"Macam mana kamu tahu mengenai perkara ini?" Tanya Djin dengan nada sedikit garau.

"Mana saya tahu itu tak penting. Kenapa Tuan Puan sanggup lakukan perkara seperti ini? Perkara ini salah di bawah undang-undang!" Marah Rudy kepada keempat-empat ejen dewasa itu.

Keempat-empat mereka mulai bangun berdiri daripada kerusi masing-masing dan berjalan ke arah Rudy.

"Rudy, dengar sini. Maklumat ini SULIT, tolong jangan sebarkannya." Kata Dayang dengan nada lembut kepada Rudy.

"Rudy, dengar cakap saya. Perkara ini tiada kena mengena dengan kamu. Tolonglah jangan sebarkannya..." Kata Zain dengan nada sayu merayu kepada Rudy.

"Jangan risau, sebab itulah saya minta supaya kamera CCTV ditutup sebentar. Anggap sahaja perkara ini tidak pernah berlaku, kita tak pernah bincangkan perkara ini." Kata Rudy sambil berjalan ke arah pintu keluar.

Namun, belum sempat Rudy keluar, laluannya dihalang oleh Djin yang pantas seperti kilat itu. Dia berdiri di hadapan pintu itu sambil memegang pedangnya di tangan kanannya. "Mana kamu nak pergi? Kita belum selesai lagi."

"Huh! Tuan nak bunuh saya? Hanya kerana saya tahu rahsia besar Tuan Puan semua ke?" Rudy menjeling ke arah belakangnya, kelihatan Dayang, Ganz dan Zain telah bersedia di posisi pertahanan dan sedih untuk menyerang.

"Adakah kamu juga mahu memberontak?" Tanya Ganz dengan sedikit nada marah kepada Rudy.

"Juga? Nampaknya ada orang lain juga yang tahu akan perkara ini..." Kata Rudy dengan gelak tawa kecil. "Adakah semua orang yang tahu akan perkara ini akan dibunuh juga?"

Djin menghunuskan pedangnya ke leher Rudy dengan pandangan tajam, "Cakap, dari sumber mana kamu tahu maklumat itu?"

Riaksi Djin telah membuatkan memori kenangan silam Rudy terimbas kembali. Saat dia bersemuka semula dengan Djin di akademi M.A.T.A. Rudy memejamkan matanya serapat-rapatnya.

Flash back...

Rudy berdiri di hadapan ejen Djin, mereka saling berpandangan sesama mereka. Djin, pada waktu itu mahu menyerang akademi dan menguasai inframe M.A.T.A.

"Tuan, ingat saya lagi tak? Saya Rudy." Tanya Rudy dengan penuh rasa gembira bertemu Djin, dia meletakkan tangan kanannya di dadanya.

"Siapa? Aku tak kenal kau, ke tepi." Djin memandang ke arah Rudy dengan pandangan serius, dia terus berjalan tanpa mempedulikannya.

Rudy berasa sedikit kecewa dengan gelagat Djin itu, dia mahu menarik tangan kanan Djin namun tak sempat. Djin segera menghunuskan pedangnya ke arah Rudy.

Swush!

Gedebuk!

"Urgh..!"

Ali sempat menolak Rudy daripada tempat sasaran Djin, Rudy hampir-hampir dibunuh oleh idolanya. Rudy tercengang, dia terkaku, tidak dapat menerima hakikat ini.

"Kau okay?" Tanya Ali sambil berjalan ke arah Rudy, Ali meletakkan tangan kanannya di atas bahu kiri Rudy.

"Huh! Jangan ganggu." Kata Djin dengan pandangan gerun kepada Rudy, Rudy hanya melihat ke tanah, dia hilang kata-kata.

Flashback End...

Rudy membuka matanya kembali, Djin masih lagi berada di hadapannya dengan pedangnya masih lagi tidak bergangjak daripada targetnya.

Wajah Rudy sudah mulai menjadi pucat, air mata hampir-hampir mahu jatuh namun, dia sempat menghalangnya daripada jatuh ke pipinya.

Zain cepat-cepat berlari ke arah Djin, dia menyuruh Djin menurunkan pedangnya daripada Rudy sambil membisikkan sesuatu di telinga Djin.

"Djin, bertenang. Kalau kau teruskan lagi, budak ni akan trauma teruk..." Bisik Zain di telinga Djin.

Setelah mendengar nasihat Zain, Djin terus menyimpan kembali pedangnya ke dalam poket baju ejennya.

'Aku ingatkan aku boleh lupakan benda tu, tapi nampaknya... Aku tak boleh nak lari daripada kenyataan...' Kata Rudy sendirian. "Betul cakap dia..."

"Rudy?" Tanya Dayang sambil melihat tepat ke wajah Rudy dengan riaksi risau dan sedikiy takut. Wajah Rudy ditundukkan sedikit ke bawah, kedua-dua tangannya digemgam erat.

"KAMU SEMUALAH PENGKHIANAT M.A.T.A YANG SEBENAR! BERANI KAMU SEMUA MASIH MENGAKU DIRI SENDIRI SEBAGAI KETUA TERAS!" Marah Rudy sambil mengerutkan dahinya.

"Hey! Jaga sikit mulut tu! Siapa kau nak nilai kami?! Pangkat kami lebih tinggi dari kamu, hormat sikit kami!" Marah Ganz sambil berjalan ke arah Rudy. Djin, Ganz dan Zain sudah mulai berasa panas setelah mendengar kata-kata daripada Rudy itu. Mereka semua berjalan ke arah Rudy dan bersedia ke posisi untuk menyerang.

"Heh! Dah buat salah tak nak mengaku pula? Korang memang tak layak sandang jawatan ni, siap guna tittle ketua teras lagi untuk back up diri, Lemah... Sepatutnya, korang mati je!!!"

"HIYAARRRRKKKK!!!"

PAK!

"Huh?"

"Kamu okay, Rudy?"

"Ejen Djin..?" Rudy memandang ke sekelilinya, kelihatan dia masih lagi berada di koridor untuk menghala ke arah pejabat ketua-ketua Teras M.A.T.A. Djin memandang ke wajah Rudy dengan wajah sedikit risau, dia menegur Rudy dengan meletakkan tangan kannnya di atas bahu kiri Rudy.

Rudy menggelengkan kepalanya beberapa kali, dia menampar-nampar wajahnya, sekarang baru dia sedar bahawa dia sedang berangan. Syukurlah perkara itu tidak berlaku di realiti, jika tidak, pasti dia akan berada di dalam masalah yang besar!

"Ya, saya okay."

Rudy, kamu buat apa di sini?" Tanya Djin kepada Rudy dengan rasa ingin tahu dan pelik melihat Rudy di kawasan itu. "Seingat saya, jalan ini hanya menghala ke arah pejabat ketua-ketua teras sahaja, kamu mahu berjumpa dengan mereka ke?" Tanya Zain kepada Rudy.

"Saya..." Apabila teringat akan lamunannya sebentar tadi, terus Rudy melupakan hasratnya untuk pergi berjumpa dengan ketua-ketua Teras itu. Dia menggelengkan kepalanya beberapa kali kemudian melontarkan senyuman sinis kepad Djin. "Tak. Tak ada apa. Saya tersilap arah tadi."

"Betul ke ni?" Djin menjeling ke arah Rudy dengan pandangan tidak percaya terhadap anak didiknya itu. Rudy mengangguk kecil.

"Betul. Saya baru teringat, hari ni saya nak kena buat presentation untuk Lab Report Chemistry, saya pergi dulu."

"Okay, jumpa malam ni."

Mereka pun berjalan pergi ke arah yang bertentangan, Rudy menghela nafas lega sambil menucapkan alhamdulillah, syukur terhadap Ilahi kerana mematikan hasratnya untuk menyerang ketua-ketua Teras M.A.T.A sebentar tadi. "Sabar Rudy, jangan tersilap langkah, kalau tak, kau sendiri yang akan terima akibatnya." Katanya sendirian kemudian berjalan pergi ke universitinya.

Продолжить чтение

Вам также понравится

366K 21.9K 78
Y/N L/N is an enigma. Winner of the Ascension Project, a secret project designed by the JFU to forge the best forwards in the world. Someone who is...
Doors open. ash

Фанфик

395K 6.3K 79
A text story set place in the golden trio era! You are the it girl of Slytherin, the glue holding your deranged friend group together, the girl no...
572K 20.7K 95
The story is about the little girl who has 7 older brothers, honestly, 7 overprotective brothers!! It's a series by the way!!! 😂💜 my first fanfic...
122K 3.3K 54
Daphne Bridgerton might have been the 1813 debutant diamond, but she wasn't the only miss to stand out that season. Behind her was a close second, he...