ethereal

By Seungwwanio

4.6K 277 125

No idea More

0
Everyday I Love You
Bestfriend
Revenge
Denda
Random Stuff
Random Stuff II
Random Stuff III (final)
Love
Cafe II (short)
Ice Cream
Attention
Exchange Student
Exchange Student II
Exchange Student III
Exchange Student IV
Exchange Student V
Exchange Student VI
Exchange Student 7
Married To My Best Friend Ex FiancΓ©
My Wife Is A Mafia Leader
My Cute Partner
Chase You
Marriage Contract
Neighbors Couple
Ghost Of You
Treatment
Marrige Contract II
Marrige contract III
Not and update.Promote

Cafe

411 18 15
By Seungwwanio





[intro]
Mengisahkan tiga beradik yang bernama Ali(25), alisa(19) dan Aiman(14) yang bertekad untuk meneruskan perniagaan di Cafe kecil keluarga mereka bagi menampung perbelanjaan hidup selepas mama dan ayah mereka meninggal kerana mengalami kemalangan di jalan raya

Selepas peristiwa ngeri itu berlaku, Ali sebagai anak sulung telah mengambil sepenuh bertanggungjawab untuk memastikan adik-adiknya dapat hidup dengan baik walaupun mereka tidak mempunyai ibu dan ayah untuk menyokong kehidupan lagi

[main story] Ali x iman

Pada suatu hari Isnin, ali sedang menjalankan kerja menjaga kaunter di cafe tiba-tiba dia bertemu dengan pelanggan baru yang di kenali sebagai iman(25) telah mencuri perhatiannya terus membuatkan dia mahu berkenalan dengan perempuan itu

Kehadiran perempuan yang bernama iman itu telah memberikan impak yang besar dalam hidup Ali dan "Ternyata semuanya bermula pada hari Isnin"

--------------------------------------------------------------------------
[WARNING]
- crazy roller coaster story
- tsundere and panic iman

-cover book by Seungwwanio
-Author - Seungwwanio
-story Idea - Amira (adik aku)
-ganre- fanfiction, family, friends, relationships
-Bahasa :Melayu/Inggeris (sikit)

Sebelum bermula, author nak minta maaf banyak-banyak jika ada typo dan kesalahan tatabahasa :D harap readers dapat faham dengan baik jadi tanpa membuang masa lagi selamat membaca
--------------------------------------------------------------------------

6:30 am

Ali pov

Pagi Isnin

Suasana yang sangat nyaman dan segar untuk memulakan hidup dengan penuh bersemangat

Lebih-lebih lagi aku sendiri adalah pemilik rumah Cafe kecil keluarga aku yang agak terkenal di kawasan cyber raya

Agak sibuk jika fikirkan walaupun hari bekerja belum bermula

"aiman, bangun" aku tepuk beberapa kali bahu adik bongsu aku, aiman sampai dia sedar dan selepas beberapa minit akhirnya dia bangun

"sekarang arghh pukul berapa along?" dia tanya aku sambil menguap

Aku tersenyum sikit melihat rupa dia yang agak buruk selepas bangun tidur

"pukul 6, cepat bangun solat lepas tu pergi sekolah"

Dia mengangguk mamai dan bangun dari katil kemudian mengambil tuala dan masuk ke bilik air untuk mandi

Aku tersenyum sendiri kemudian aku menukar pakaian dan turun ke bawah(cafe) bagi berjumpa dengan adik perempuan aku, alisa

"selamat pagi " aku menyambut dia dan berjalan ke arah dia untuk melihat makanan apa yang dia masak untuk sarapan

"selamat pagi along" dia balas aku tanpa memandang aku kerana dia sibuk menumpukan perhatian dia dekat makanan yang dia masak

"alisa masak apa?" aku tanya dia kemudian aku mengambil cawan di sebelah singki untuk membuat kopi

"waffle dan sandwich untuk bekal aiman" kata dia dengan lembut

"oh" aku membalas dia sambil mengangguk dan kembali menumpukan perhatian aku kepada kopi yang aku nak bancuh

Skip

"along!!!angah!!! Aiman dah siap" aku dengar suara aiman dan dia berlari ke arah kami dengan gembira kemudian dia memeluk aku dan alisa dengan erat

Aku dan alisa tersenyum dan membalas pelukan dia dengan erat juga

"selamat pagi angah" kata aiman dengan gembira

"selamat pagi, ha dah pergi duduk makan sarapan" alisa mengarahkan aiman untuk pergi makan dan Aiman akur dengan arahan itu

"baik angah" balas aiman kemudian dia duduk di meja dan makan waffle madu yang berada di dalam pinggan yang disediakan oleh alisa

"along pun pergi makan" alisa memandang aku dan menyuruh aku pergi makan juga dan aku akur dengan arahan dia sebab aku pun perlu mengisi perut sebab kejap lagi aku nak hantar aiman pergi sekolah

Skip
6:50 am

"jaga diri, along pergi hantar aiman kejap je" aku berkata kepada alisa dan dia menganguk faham kemudian dia menyerahkan bekal makanan yang dia sediakan olehnya kepada aiman

"ni bekal, jangan lupa makan" kata alisa dengan tone yang agak garang sedikit sebab dia tahu aiman mesti lupa nak makan sebab budak ni sibuk belajar dekat perpustakaan je waktu rehat

"hehe ba-baik" balas aiman sambil menggaru kepala dia dengan kekok

Aku tersenyum memandang aiman

Adik lelaki aku ni suka habiskan masa belajar je sebab dia tahu kalau dia belajar pandai-pandai nanti dia akan dapat kerja bagus dan dia kata dia nak tolong aku dan alisa kembangkan perniagaan . Boleh di katakan, aku sangat kagum dengan kematangan dia walaupun umur dia baru 14 tahun

Aku bangga selama 5 tahun aku jaga dia (tanpa mama dan ayah) ni aku banyak mengajar dia benda baik

Aku pasti,mama dengan ayah mesti bangga dengan dia

"ha, dah nak dekat pukul 7 tu. Cepat pergi nanti lambat" suara tegas alisa memecahkan ruang mengelamun aku terus membawa aku kembali ke alam nyata

"Ya" aku mengangguk

"baik" balas aiman kemudian dia menyalam tangan alisa

"belajar elok-elok. Ingat. Jangan. Lupa. Makan" kata alisa dengan tone yang tegas tak lupa juga dia menekan setiap perkataan itu dengan jelas agar aiman dengar akan arahan dia itu

"b-baik angah"

Alisa tersenyum "bagus dah shohh pergi cepat"

Alisa mengibas tangannya seperti mahu menghalau aku dan Aiman pergi

"yelah assalamualaikum" aiman melambai tangannya kepada alisa

"waalaikumussalam"

Skip

Aku dan Aiman sekarang berada di depan sekolah aiman

"ha dah sampai"

Aku suruh aiman turun dari motor dulu baru aku turun

Dia mengangguk faham dan turun dari motor kemudian dia membuka helmet dan menyerahkannya kepada aku

"belajar elok-elok" aku berkata dengan nada tegas seperti seorang bapa sedangkan aku adalah abang dia "ingat pesan angah, jangan lupa makan waktu rehat"

"baik along" dia menyalam tangan aku

"dah pergi masuk cepat, nanti petang along datang amik" aku menyuruh dia masuk ke dalam sekolah dan dia akur, tak lupa juga untuk mengingatkan aku untuk ambil dia lambat sedikit daripada biasa kerana dia ada kelas tambahan

"okay assalamualaikum" aku berikan dia fist bump

"waalaikumussalam, bye along" dia membalas fist bump aku kemudian dia berjalan masuk ke dalam sekolah

Aku tersenyum sendiri melihat dia masuk

"tu adik kamu ka?"

aku terdengar macam ada orang cakap dengan aku jadi aku pandang ke arah kanan dan aku di sambut dengan kehadiran pakcik guard yang berbangsa India

Aku mengangguk "ya dia adik saya"

Pakcik guard Itu mengangguk faham
"budak tu, hari-hari saya nampak pergi library. Dia budak baik. Saya tak pernah nampak dia buat masalah di sekolah"kata pakcik guard tu sambil memberikan aku thumbs up

Aku tersenyum bangga seperti seorang bapa selepas mendengar segala kata-kata pujian pakcik guard terhadap aiman

"Ya dia budak yang baik" aku membalas pakcik guard dengan gembira "saya bersyukur dapat adik yang baik macam dia"

Pakcik guard mengangguk setuju "mak dan ayah kamu mesti bangga dapat anak macam kamu dan dia"

Aku mengangguk walaupun ayat itu agak menusuk hati aku

"Ya saya pasti mereka akan bangga"

Skip

Selepas menghantar aiman, aku balik semula ke Cafe

"alisa, jom buka" aku berkata kepada adik perempuan aku, Alisa sambil melihat ke arah jam di dinding kedai yang menunjukkan sekarang sudah pukul 8:56 pagi

"nak start buka?along baru je balik, tak penat ke? " tanya alisa kepada aku sambil memandang ke arah jam juga

"tak ,along tak penat lagipun nak dekat pukul 9 tu jadi hari ni siapa jaga depan?"

"along la, alisa dah jaga semalam " balas alisa sambil menyarung apron hijau yang berlogo cafe iriz dan tak lupa untuk mengikat tali apron di belakang dengan kemas

"okay" aku membalas dia dengan bersemangat kemudian aku berjalan ke depan pintu dan mengalih papan tanda di cermin pintu yang menyatakan perkataan 'we are closed' kepada 'we are open' bagi menunjukkan bahawa Cafe kami telah di buka

Skip
11:25 am

Seperti hari-hari biasa, Bau aroma kopi yang sedap dan kuat selalu menusuk hidung beberapa orang yang berada di Cafe iriz termasuklah aku dan alisa

Setiap hari aroma kopi yang sedap di keluarkan tapi jika di bau setiap hari agak muak juga

"Ya, memang muak tapi aku suka" aku berkata sendiri di dalam hati sambil memerhatikan setiap orang yang berada di dalam kedai

Walaupun cafe ni agak kecil, agak ramai juga yang jejak kerana ada rumor yang mengatakan kopi dan dessert yang di sediakan oleh aku dan alisa di kedai ini sangat sedap dengan harga yang berpatutan

Aku sangat gembira bila dapat tahu Cafe kami di popularkan dan aku sangat berterima kasih kepada semua orang yang pernah datang dan viralkan kedai kami

Aku tak tahu nak gambarkan macam mana meriahnya kehidupan aku, alisa dan Aiman selepas cafe keluarga kami ni mendapat sambutan hangat di kawasan cyber raya

Flashback

"bagus kedai kamu ni. Pakcik rasa semua orang kena datang sini"

"harga cun"

"kalau macam ni saya nak datang selalulah"

"keep it up boss"

"terima kasih" aku dan alisa tersenyum gembira selepas mendengar semua pujian yang keluar daripada ramai pelanggan yang datang ke Cafe kami

End Flashback

Aku tersenyum sendiri mengingati segala kata-kata pelanggan yang datang ke sini , Sebegitu juga aku tak lupa untuk menangkap wajah beberapa orang yang sama menjejakkan kaki di Cafe kami

Boleh di lihat, Kebanyakannya warga tua dan orang dewasa lingkungan 20 ke 40 akan masuk ke Cafe dengan senyuman manis dimuka mereka

Aku dan alisa sangat gembira melihat wajah mereka jadi aku telah bertekad untuk menawarkan mereka sesi bergambar sebagai tanda terima kasih kerana datang ke Cafe dan aku juga akan melekatkan gambar mereka di dinding cafe sebagai kenangan kepada mereka kerana datang dan aku Juga sangat bersyukur kerana semua pelanggan tetap di sini sangat baik dan peramah

Tak lupa juga Ada beberapa pelanggan lama yang berkawan dengan mama dan ayah telah menganggap aku, alisa dan aiman sebagai keluarga dan mahu membantu kami mengembangkan perniagaan tapi kami menolak kerana kami tak mahu membebankan orang luar walaupun hubungan kami dan mereka agak rapat

Aku, alisa dan Aiman tak mahu membebankan orang kerana itu adalah moto kitaorg dalam kehidupan-

"hello?"

Aku tersedar daripada bermain di dalam kepala aku selepas terdengar suara seorang perempuan di hadapan kaunter

aku terkejut kemudian aku membalas perempuan itu dengan simple "hi" yang gagap kemudian aku berasa sedikit panik sebab Perempuan yang ada depan kaunter aku ni sangat cantik dan aku rasa aku tak pernah nampak lagi muka dia jejak dekat Cafe

*pelanggan baru *aku berkata sendiri di dalam hati aku

" ehem selamat pagi, Boleh saya tahu. Cik nak order apa?"aku cuba profesional-kan diri supaya aku tak nampak kekok walaupun sebenarnya aku agak kekok lol

"saya nak ice americano satu, hot coffee satu, cake chocolate cookies satu dan honey pancake " dia nyatakan pesanan dia dengan lembut kepada aku

"okay. Itu saja?" Aku tanya dia selepas Aku siap menulis segala order dia atas kertas

*banyak juga dia order. Dia ada teman ke?*aku berkata dalam hati aku sendiri sambil menenung muka dia

"Y-ya itu saja" balas dia dengan gagap

Kenapa dia gagap? Aku buat dia uncomfortable ke?

Aku mengalihkan mata aku dan memandang touch screen cash register kemudian aku menyatakan harga yang dia perlu bayar "baik.... Semuanya Rm35"

Perempuan manis itu mengangguk dan memberikan kad kredit dia kepada aku untuk membayar segala jumlah harga makanan yang dia pesan tadi

"okay terima kasih , cik boleh duduk dulu, Nanti bila kami dah siap nanti kami hantar dekat cik. Boleh saya tahu nama cik " aku bertanya dia dengan penuh peramah untuk tutup rasa kekok , Selepas itu aku memulangkan semula kad kredit berserta resit kepada dia

"iman, nama saya iman"

Cantik nama dia. Sesuai dengan muka dia. Iman

"baik , terima kasih cik iman" aku memberikan dia sedikit senyuman (friendly)

"sama-sama"

Perempuan yang menyatakan nama dia iman ni mengangguk dan membalas semula senyuman aku kemudian dia beredar dan duduk di meja yang berada di tepi tingkap Cafe

*wow*aku meletakkan tangan aku di atas kaunter sambil mencuri pandang wajah dia semula dengan perasaan cemas yang masih tak hilang sejak dia muncul depan kaunter aku ni

Aku rasa aku tak pernah jumpa perempuan secantik dia-

maaf, aku tahu semua perempuan cantik cuma dia tahap....Bidadari

ke dia betul-betul bidadari?

"along!!" aku terlompat sedikit Selepas telinga aku di sambut dengan suara lantang alisa di sebelah aku

"asal?" aku play cool walaupun sebenarnya aku marah sebab dia terkejutkan aku dan dalam satu masa yang sama Aku hampir terjatuh sebab aku tak dapat kawal keseimbangan badan aku tadi

"alisa panggil along dari tadi tak dengar-dengar Ish ni ada order ke tak?" alisa memarahi aku, tak lupa juga untuk menjeling aku dengan tajam

"oh ada ada" aku berikan dia kertas yang aku tulis pesanan iman tadi

"terima kasih" dia menjeling aku lagi tak lupa juga untuk memberikan aku Warning " jangan mengelamun" lepas tu dia kembali ke tempat dia

"yelah" aku ketawa kosong dan kembali menyibukkan diri dengan mengawasi Suasana kedai

Skip

Selepas 20 minit berlalu , akhirnya pesanan perempuan yang bernama iman ni telah siap

"ice americano, hot coffee ,cake chocolate cookies, honey pancake siap" kata Alicia sambil menyerahkan dulang yang di atasnya ada pesanan yang di minta oleh iman kepada aku

Aku mengangguk dan mengambil dulang itu kemudian membawanya kepada perempuan yang berada di meja tepi tingkap kedai

"hi cik iman right?" aku bertanya dia untuk mengenal pasti sekali lagi yang aku membawa pesanan di meja yang betul

"Ya" dia mengangguk

"okay" Aku meletakkan dulang di atas meja dan mengeluarkan segala pesanan dia dari dulang dan letakkan semuanya di atas meja

"terima kasih er.... Ali?" Dia tengok tag nama aku kemudian dia memandang muka aku dan berikan aku sedikit senyuman(friendly)

Aku mengangguk "sama-sama cik" kemudian aku meminta diri untuk kembali ke kaunter

Iman pov

"ni ke cafe tu?" aku berdiri di hadapan kedai kecil yang aku tak pasti adalah cafe yang aku cari sekejap untuk pastikan aku pergi ke tempat yang betul

"cafe iriz" aku tengok di papan tanda atas kedai kemudian aku mengangguk sendiri kerana aku rasa aku telah pergi ke tempat yang betul kemudian tanpa membuang masa aku masuk dan aku tergamam

"wow"

Aku pandang ke arah sekeliling dan aku tengok cafe ni sangat cantik dan kemas. Terkejut juga bila aku dapat tahu dari kawan University aku yang cafe ni agak terkenal dan cafe ni ada berdekatan kampus je

Berdasarkan maklumat dari Kawan-kawan aku,diorang kata cafe ni memang kecil tapi layanan, harga dan tempat memang best dan awesome macam cafe dekat America dan aku tak tipu bila aku masuk je dekat dalam... Suasana dalam cafe ni memang high class

*Tak sia-sia aku pilih tempat ni untuk anniversary date aku dengan boyfriend aku rudy*

Ya hari ni hari anniversary aku dengan rudy jadi aku teringat nak buat surprise dekat dia sebab tu aku pilih tempat ni dah aku rasa aku dah buat pilihan yang betul (ketawa) tempat ni perfect (chef kiss)

Aku rasa dah lama aku berdiri dan tengok tempat ni jadi tanpa membuang masa Aku pun terus berjalan ke kaunter untuk membuat pesanan tapi aku tengok Encik yang jaga cashier ni macam tak nampak aku datang je

"hello?"

Encik cashier tu terkejut kemudian dia balas aku dengan hi yang gagap

"h-hi"

Aku tersenyum sikit sebab muka dia nampak kelakar bila dia terkejut selepas mengesan kehadiran aku

" ehem selamat pagi, Boleh saya tahu. Cik nak order apa?"dia tanya aku dengan penuh profesional untuk cover kesalahan dia tadi

Aku mengangguk kemudian aku memandang ke arah menu board dekat atas kaunter " uh, saya nak ice americano satu, hot coffee satu, cake chocolate cookies satu dan honey pancake " aku nyatakan semua pesanan untuk aku dan rudy kemudian aku nampak dia tulis semuanya dengan cepat tanpa bertanya semula pesanan yang aku minta

*indeed profesional*Aku berkata dalam hati aku sendiri sambil memandang dia kemudian aku terkejut sikit kerana dia mengangkat kepala dia memandang aku
Dengan mata yang bersinar macam kucing

"okay. Itu saja?" dia tanya aku dengan selamba tanpa mengalih anak mata dia dari aku

"Y-ya itu saja" ya Allah,kenapa aku gagap?

Aku tengok ekspresi muka dia bertukar jadi pelik dan dia alihkan mata dia ke arah lain lepas aku habis bercakap kemudian dia menyatakan jumlah harga yang aku kena bayar "baik, Semuanya Rm35"

Kenapa aku rasa aku buat dia uncomfortable?

Harap tak la....

Aku mengangguk dan memberikan kad kredit aku kepada dia dan membayar segala jumlah harga makanan yang aku pesan tadi

*bila fikir balik boleh tahan murah juga harga makanan dan minuman dekat sini. Aku order banyak tapi Rm35 je. Confirm Cafe ni tempat favourite aku sekarang*

"okay terima kasih , cik boleh duduk dulu, Nanti bila kami dah siap nanti kami hantar dekat cik. Boleh saya tahu nama cik? " dia bercakap dengan penuh peramah, Selepas itu dia memulangkan semula kad kredit berserta resit kepada aku

Walaupun situasi tadi agak awkward , dia masih nampak professional

Aku suka attitude dia

"iman, nama saya iman"aku begitau nama aku tanpa menghiraukan pandangan dia yang nampak comel tu

Haish Kenapa la aku obses sangat dengan benda comel?

"baik , terima kasih cik iman" dia sebut nama aku lepas tu dia berikan aku senyuman manis yang sangat comel sampai aku rasa macam nak menjerit tapi aku tak boleh sebab aku tak nak calarkan imej aku dekat luar lebih-lebih lagi depan dia :)

"sama-sama" Aku mengangguk dan membalas semula senyuman dia kemudian aku beredar dari situ dan duduk di meja yang berada di tepi tingkap kemudian aku mengeluh sendiri dalam hati

Kadang-kadang aku tak boleh berhenti tengok benda comel dan Ni la yang terjadi dekat aku bila aku ambil bidang fashion designer :/ aku jadi obses dengan benda cantik dan comel pastu aku ada attitude yang selalu pentingkan imej dan kecantikan dari semua benda. Apa-apa pun mesti imej aku no 1

Tapi kalau imej vs rudy aku rasa aku pilih rudy sebab dia tak kisah pun pasal imej aku :)

Tapi bila fikir balik, rudy tak pernah lagi puji kecantikan aku waktu aku terserempak dengan dia atau waktu date terakhir kitaorang, aku tak pernah dengar lagi dia cakap baju atau rupa aku cantik

Kadang aku tak tahu kenapa aku couple dengan dia tapi tak apalah aku faham Rudy bukan orang yang suka cakap benda manis

Skip

Sementara menunggu makanan aku sampai, aku scan dulu semua sudut cafe ni dan wow,Aku tak boleh berhenti memuji tempat ni sebab tempat ni cantik. Style cafe ni memang sesuai dengan cita rasa aku(fashion designers taste). Harga murah, tempat high class dan layanan yang baik

*Memang taste aku*

Aku keluarkan telefon aku dari bag kemudian aku ambil gambar aku(selfie) sebab Tempat yang aku duduk ni cantik hehe tak sia-sia aku duduk tepi tingkap (laugh)

*aku terfikir, macam mana aku boleh tak tahu dengan kewujudan cafe ni sedangkan aku selalu je berjalan dekat kawasan luar University *(face palm)

"right" aku berkata kepada diri aku sendiri dengan nada perlahan sambil pandang ke luar tingkap "Mungkin sebab aku ni jenis yang tak pay attention dekat benda yang luar dari bidang belajar kot"

Aku mengangguk perlahan dengan statement sendiri

Aku sendiri mengaku, Aku adalah orang yang selalu busy dengan hal University, lebih-lebih lagi assignment tapi di sebabkan Hari ni adalah hari yang paling istimewa untuk aku iaitu hari anniversary ke 2, aku dengan Rudy bersama... Lepas je habis je semua kelas ,aku batalkan semua schedule (study group) dan Aku ajak rudy datang sini

Aku tak tau la dia ingat ke tak hari anniversary kitaorang tapi aku rasa Mesti dia ingat sebab dia setuju

Aku gembira sangat tapi Aku tak wish dia pun lagi hari ni sebab aku nak surprise dia. Aku tahu dia mesti suka aku pilih tempat ni sebab dia suka coffee

Aku letakkan siku aku dekat atas meja dan support kepala aku yang berat ni sementara tu aku scroll galeri telefon untuk mencari gambar rudy dan Bila aku tengok balik... aku tak ada banyak pun gambar rudy sebab dah lama kitaorang tak ambil gambar dan tak keluar bersama sebab kitaorang selalu busy dengan University

Aku mengeluh perlahan dan pergi ke whatsapp kemudian aku pergi ke chat dia (rudy) dan aku perasan sejak kebelakangan ni Kitaorg pun jarang sangat berbalas chat....cuma wish good morning dan goodnight je tapi kadang-kadang aku tak dapat balasan chat pun dari dia sebab dia selalu cakap yang dia sibuk Tapi Takpe Aku faham-

"along!!!"

aku tergamam selepas mendengar suara lantang seorang perempuan jadi aku pandang ke arah kaunter kemudian aku nampak ada seorang perempuan yang nampak seperti dia berkerja dekat sini sedang memarahi encik cashier

"kenapa tu?" aku bercakap sendiri dan memerhatikan mereka

Aku nampak tadi encik cashier tu hampir nak terjatuh tapi dia pandai kawal keseimbangan badan dia dan riak muka dia nampak kelakar (of course sebab dia terkejut lol)

Aku ketawa sendiri di dalam hati dan mengalihkan mata aku memandang ke arah screen telefon aku semula

Aku tak nak diorang perasan aku curi pandang jadi lebih baik aku mengendahkan diorang dan kembali melayan telefon

Skip

"mana rudy ni?" aku tengok ke arah screen telefon aku sambil mengerut dahi menenung ke arah chat aku yang masih tak di balas oleh dia lagi

_____________________________________________
____

- Rudy♥️-

Saya dah sampai Cafe
[1 tick]
Saya dah order
[1 tick]
Awak dekat mana?
[1 tick]

__________________________________________________

"haih" Dah 20 minit aku tunggu dia tapi dia tak sampai-sampai... Mana dia ni?

"hi cik iman right?" aku mengangkat kepala aku dengan malas dan memandang ke arah orang yang mengeluarkan sumber suara tu dan mood aku automatik jadi okay sebab orang menegur aku tu adalah encik cashier

Dia membawa dulang yang di penuhi pesanan aku sambil tersenyum dan dia nampak comel-

Iman.Bukan. Sekarang!!!!!

"Ya" aku mengangguk dengan tenang walaupun sebenarnya dalam fikiran aku tengah panik macam satu babak dalam cerita kartun nickelodeon TV9 pukul 6 petang spongebob squarepants yang memaparkan banyak mini spongebob berlari ke sana ke sini dengan panik dalam otak spangebob sampai otak spongebob terbakar dan perkara tu berlaku dekat aku sekarang ni lol

AKU PANIK

"okay" dia balas aku dengan selamba kemudian dia letakkan dulang tu dekat atas meja dan mengeluarkan segala pesanan aku dan letakkan semuanya atas meja

"terima kasih er.... Ali?" aku tengok tag nama dia kemudian aku memandang muka dia dan berikan dia sedikit senyuman (friendly) untuk elak suasana kekok sebab aku dah berkelakuan dan berfikiran pelik sekarang

Dia mengangguk "sama-sama cik" kemudian dia meminta diri untuk kembali ke kaunter

"Ya Allah" lepas dia pergi aku tutup muka aku dengan kedua tapak tangan aku sebab aku tak boleh kawal senyuman dan malu aku

Aku tahu aku nampak macam budak sekolah yang teruja teruk lepas nampak crush dan aku tak kisah sebab aku tak boleh kawal perasaan aku sebab encik cashier tu memang comel dan aku ni ada penyakit yang obses dengan benda comel sebab aku perempuan dan aku adalah pelajaran University yang AMBIL bidang fashion tanpa SECOND THOUGHT!!!

"haihhh" Aku menggeleng kepala aku sendiri kemudian aku ambil air aku (ice americano) dan minum air tu untuk tenangkan diri

Gosh. Aku nampak macam orang yang hilang akal dan kenapa Aku berkelakuan macam aku ni single (-_- ) maaf rudy

Skip

1:45pm

Aku tengok ke arah jam dekat telefon dan aku mengeluh sendiri sebab dah 1-2 jam aku tunggu rudy tapi dia tak sampai-sampai dan chat aku pun dia tak balas

"dia lupa ke?" aku bermain dengan straw aku sambil pandang ke arah luar tingkap dan termenung sendiri

Aku tak tahu nak cakap yang bertapa sakitnya hati aku kalau dia lup-

"ding!"

Aku mendengar bunyi notification keluar dari telefon aku jadi aku ambil telefon aku dekat atas meja dan aku terkejut sebab setelah sekian lama aku menunggu akhirnya rudy balas juga chat aku

"finally" aku buka chat dia

__________________________________________________

- Rudy♥️-
(online)

Saya dah sampai Cafe
[Bluetick]

Saya dah order
[Bluetick]

Awak dekat mana?
[Bluetick]

Alamak, maaf iman

Saya tak boleh datang
Sebab saya ada hal
Keluarga

Maaf iman, maybe next
Time saya ajak awak
Keluar

__________________________________________________

"........"aku tak tahu nak cakap apa

Aku speechless

Aku tunggu dia 2 jam, 2 JAM dan dia baru cakap yang dia ada hal keluarga....

Lawak apa ni?

Aku tutup mata aku dan tenangkan fikiran sebelum balas dia

" Tenang iman mungkin hal family tu urgent sebab tu dia tak dapat datang... Bersangka baik iman" aku buka mata aku dan bersedia untuk membalas chat dia SEBAIK-BAIK mungkin walaupun sebenarnya aku tengah marah sebab 'pertama' dia balas lambat, 'kedua' dia tak datang dan 'ketiga' Dia tak wish happy anniversary dekat aku

"Ya Allah kau tabahkan lah aku"

__________________________________________________

- Rudy♥️-
(online)

Oh Yeke? It's okay
[bluetick]

Saya faham
[bluetick]

Apa² pun mesti family
Lagi penting :D
[bluetick]

Terima kasih
Sebab memahami
Iman

__________________________________________________

"haha" Aku ketawa kosong melihat chat dia sangat simple tu

Rasanya kalau aku tanya dia hari ni hari apa, dia wish aku happy anniversary tak? Kalau dia wish.... aku rasa mungkin aku feel batter lepas ni

__________________________________________________

- Rudy♥️-
(online)

Rudy, Hari ni hari apa?
[bluetick]

Hari Isnin?

__________________________________________________

"wha- "jangan cakap dekat aku yang dia lupa

__________________________________________________

- Rudy♥️-
(online)

Ya tu saya tahu tapi hari ni ada
hari penting. Awak ingat tak?
[bluetick]

Hari ibu?

Bukan. Teka lagi
[bluetick]

Hari bapa?

__________________________________________________

"itu jeke yang dia ingat?" yes aku tahu hari ibu dengan bapa tu penting tapi hari ni BUKAN harinya

Haish Apa-apa jelah tapi yang penting sekarang aku tak dapat jawapan yang betul!!!

__________________________________________________

- Rudy♥️-
(online)

Bukan!!
[bluetick]

Birthday awak ke?

........
[bluetick]

Rudy. Birthday saya
dah lepas
[bluetick]

Cepat , Teka lagi!!!
[bluetick]

Saya tak tahu la
Sayang, saya busy
sekarang

Nanti la bila saya
Ingat, saya chat
Awak balik

[-Rudy♥️- offline]

______________________________________________
_

___

"argh" aku menghempas telefon aku dekat atas meja dengan marah. Air mata dah nak mula keluar tapi aku cuba tenangkan diri

*sabar iman*aku memujuk diri aku sendiri kemudian aku ambil makanan aku (honey pancake) dan makan dengan senyap

Hati aku sakit sangat!! Aku dah la batalkan semua schedule aku hari ni pastu dia tak datang

DAN DIA TAK WISH AKU PUN

"haih" aku mengeluh panjang kemudian aku pandang ke luar tingkap dengan sedih

"aku penat " aku bercakap dengan diri aku sendiri sambil meletakkan siku aku di atas meja untuk support kepala aku

Aku dah tak ada mood nak berjalan dan aku malas nak balik dorm jadi aku rasa lebih baik aku lepak dekat sini jelah sampai aku rasa okay

Skip

2:45 pm

Aku tengok ke arah jam di telefon aku yang sudah menunjukkan sekarang sudah pukul 2:45

"rasanya dah lama aku duduk dekat sini" aku setuju dengan statement aku kemudian aku rasa dah tiba masanya untuk aku balik

Aku ambil bag aku dan bersedia untuk bangun tapi tiba-tiba mata aku tertumpu ke arah hadapan dan aku ternampak seorang lelaki membelakangi aku sedang duduk di meja selang tiga meja dari meja aku dan belakang lelaki tu nampak familiar. Rambut dan style pun sama... lelaki tu nampak macam-

"Rudy!!!" tiba-tiba ada seorang perempuan datang ke arah lelaki tu dan mereka berpelukan dan aku terpaku sebab Lelaki yang membelakangi aku tadi tu betul-betul RUDY

"........" aku tergamam tak tahu nak kata apa dan aku pasti hati aku betul-batul sakit

Aku nak marah, aku nak menangis dan aku nak pergi dekat dia tapi aku tak mampu jadi Aku duduk semula dekat kerusi aku dan menutup muka aku sebab aku nak menangis

Hati aku sakit sangat... Sampai hati Rudy buat aku macam ni. Dia tipu aku... Dia-

"tok tok"

aku dengar ada orang ketuk meja aku jadi aku angkat muka aku dan aku ternampak encik cashier

*kenapa dia datang time Aku takde mood ni.. *

"hey" dia melambai tangan dia kepada aku dan dia berikan aku sedikit senyuman dan aku balas dia dengan simple "hi" yang perlahan sambil membalas dia sedikit senyuman dia juga tapi aku rasa senyuman aku nampak tak ikhlas sebab mood aku tak okay sekarang

Kehadiran dia agak.... Buat aku tak selesa sebab aku tengah sedih dan aku bet muka aku mesti hodoh. Aku harap dia pergi cepat

"so kenapa awak datang sini?" aku tanya dia sebab apa dia datang sini kemudian dia menggeleng kepala dia dan duduk di depan aku

Aku terkejut sebab dia betul-betul ada depan aku sekarang

"maaf, Saya tahu saya tak sepatutnya duduk depan awak tanpa dapatkan kebenaran tapi saya uh... " dia berhenti bercakap dan aku perasan dia alihkan anak mata dia dan memandang coffee sejuk yang aku belikan untuk rudy

Dia nampak kekok dan aku bertekad untuk berdiam diri dan tunggu dia habis bercakap

"Awak meeting someone today?" dia bertanya aku dengan nada yang agak friendly dan aku tergamam sikit sebab dia tanya aku ada meeting ke hari ni macam dia dah tahu sebenarnya aku memang ada cuma dia saja je tanya soalan tu

Aku rasa aku dah tahu kenapa dia datang sini... Aku rasa dia perasan aku tengah sedih sebab tu dia datang borak dengan aku

*baik betul encik cashier ni*

Aku mengeluh dan mengangguk. Aku dah bersedia nak balas soalan dia "ya tapi orang tu tak datang...."Nada suara aku tetiba bertukar jadi sedih bila aku teringat dekat rudy

"maafkan saya, mungkin orang tu sibuk"

Aku menggeleng sebab aku menidakkan kata-kata dia "mungkin dia sibuk tapi sebenarnya tak. Dia tak sibuk"

Dia mengangkat kening dia dengan pelik macam dia tak faham apa yang aku maksudkan tapi dia masih mengangguk kepala dia macam budak kecil bagi menandakan yang dia faham aku

Aku ketawa kecil dalam hati sebab dia nampak comel tapi semua ketawa tu terus mati dengan cepat sebab aku masih lagi tak boleh buang semua perkara yang rudy dekat aku hari ni

Aku rasa nak luahkan semua rasa marah aku jadi aku bertekad untuk share segala benda yang terjadi dekat aku hari ni kepada encik cashier

Aku betul-betul perlukan seseorang untuk dengar cerita aku sekarang dan aku tengok dia nampak baik jadi tak salah kalau aku nak share kan?

"orang yang saya nak jumpa tu kata dekat saya, Dia tak dapat datang sebab dia ada hal keluarga dan saya percaya tapi selepas beberapa jam duduk dekat sini untuk tenangkan fikiran... Saya ternampak seseorang dekat Cafe ni dan saya nampak dia" aku halakan jari telunjuk aku ke arah rudy yang berada di meja selang dari aku "dengan perempuan lain"

Aku nampak rudy berikan senyuman manis kepada perempuan tu dan hati aku sakit sangat kemudian sedar tak sedar aku pun menangis

"cik iman okay tak ni, jangan la menangis" aku dengar suara encik cashier macam panik kemudian dia berikan aku sapu tangan dia dan aku mengambilnya tanpa berfikir apa-apa

Yang aku tahu sekarang aku nak menangis je. Hati aku sakit jadi menangis adalah jalan yang paling baik untuk tenangkan diri

"hey takpe....jangan la menangis" dia pujuk aku lagi dan akhirnya aku cuba untuk tenangkan diri sebab aku tak nak nampak teruk sangat depan dia

"ma-maaf.. Sa-saya" aku nak bercakap tapi suara aku sekat-sekat sebab aku tak boleh bernafas dengan baik

"takpe....Tarik nafas ,hembus nafas. Bertenang cik iman" dia berkata dengan nada yang lembut terus membuatkan aku rasa selamat jadi Aku mengangguk faham dan mengelap air di mata aku dengan sapu tangan dia

Dia mengangguk dan dia berikan aku sedikit senyuman yang nampak kesian kemudian tetiba dia bangun dari kerusi dan aku rasa dia nak pergi dekat rudy je jadi aku cepat-cepat tahan dia sebelum dia keluar dari kawasan aku

"a-awak nak pergi mana?" aku tanya dengan gagap sebab aku belum lagi recover dari nangis tadi

"saya nak pergi-

" Awak nak pergi dekat dia ke? "aku tanya dia tanpa menunggu dia habis bercakap sebab aku betul-betul rasa dia nak pergi sana

Dia menggeleng" tak lah, saya nak pergi dapur... Err awak nak makan apa? Saya belanja"

*ya Allah.. Nasib baik dia tak pergi sana tapi kenapa dia nak belanja aku makan? Dia kesian dekat aku ke!!!

Aku menggeleng dan menidakkan offer dia dengan cemas "eh tak payah... Saya okay saya-

" saya belanja, please cik "dia memotong percakapan aku dan dia berikan aku senyuman yang manis macam nak paksa aku terima jadi aku mengangguk kepala aku sebagai tanda setuju kemudian aku menyorok muka aku dengan sapu tangan dia sebab aku malu

KENAPA DIA NAMPAK COMEL BILA SENYUM DEKAT AKU, ASTAGHFIRULLAHALAZIM IMAN SEKARANG BUKAN MASANYA UNTUK FANGIRLING

" okay tunggu kejap lagi saya datang balik cik iman" dia berkata dengan ceria kemudian aku rasa dia dah pergi jadi aku turunkan sedikit sapu tangan tu dari muka aku dan aku nampak dia berlari pergi ke dapur dengan pantas

Aku menghembus nafas lega kemudian aku pandang ke luar tingkap tetiba kepala aku memutar balik segala perbualan aku dengan dia tadi dan tetiba rasa malu mula menguasai diri aku lagi sebab aku teringat yang aku MENANGIS depan dia tadi

*GOSH!!!!!*aku menutup muka aku dengan sapu tangan dia untuk menenangkan diri dan aku perasan sapu tangan yang dia bagi aku ni berbau wangi macam bau pencuci baju downy jadi rapatkan sapu tangan tu dekat dengan hidung aku

Aku tak tahu kenapa aku buat macam tu tapi tetiba aku suka bau downy

Skip

Selepas beberapa minit menunggu akhirnya encik cashier datang balik ke meja aku

"uh kejap lagi pesanan saya untuk awak sampai, saya ada hal ni jadi saya tak boleh teman awak sekarang tapi mungkin kejap lagi saya balik okay" kata Dia dengan tenang kemudian dia berikan aku sedikit senyuman

Aku tak tahu la kenapa dia suka senyum dekat aku.... Mungkin dia being kind (friendly) kot jadi aku pun balas la dia sedikit senyuman sebab aku tak nak rasa kekok lepas tu aku balas dia dengan "Terima kasih " yang akhlas dari hati aku sebab dia baik :D

"no problem miss iman"dia mengangguk dan beredar dari kawasan aku kemudian aku nampak dia keluar dari kedai

Aku mengeluh sendiri . Aku tak tahu la tapi aku terlalu penat hari ni. Penat fikir pasal rudy

aku pandang ke luar tingkap dengan malas sambil merapatkan sapu tangan dia dekat dengan muka aku sebab bau downy tu boleh menenangkan diri aku sekarang

Mungkin pewangi downy ni boleh jadi pewangi baju fav aku lepas ni

Ali pov

3:00pm

Aku menanggal apron dan topi Cafe kemudian aku letak dekat bawah laci kaunter dan tak lupa juga untuk mengambil kunci motor kemudian aku pergi ke dapur untuk berjumpa dengan alisa

" along nak ambil aiman kejap. Kau boleh handle sorang tak? " aku tanya alisa untuk pastikan dia boleh jaga cafe atau tak tapi kalau dia tak boleh, aku stay sampai habis baru aku ambil aiman

"alisa boleh jaga sorang, along pergi la ambil aiman. Kesian dia tunggu lama" balas alisa sambil mengelap meja dapur

Aku mengangguk "along pergi kejap tau, kalau ada apa-apa berlaku. Call along okay" aku berkata dengan nada yang agak tegas sebab aku tak nak ada apa-apa berlaku dekat dia sebab keselamatan dia sangat penting bagi aku

Dia menangguk faham "baik boss, dah pergi cepat" dia menolak badan aku untuk pergi dan tak lupa juga untuk suruh aku berhati-hati semasa bawa motor

"baik alisa" aku berikan dia salute dan ketawa kemudian Aku berjalan keluar dari dapur untuk pergi ke pintu depan tapi sebelum aku nak berjalan keluar dari cafe tetiba aku ternampak perempuan cantik yang bernama iman tadi sedang dia menutup muka macam dia tengah menangis

Kenapa dengan dia?

Aku berjalan pergi ke meja dia kemudian aku mengetuk meja dia dua kali pastu dia mengangkat muka dia memandang aku

"hey" aku lambai tangan aku dan tak lupa juga untuk berikan dia sedikit senyuman

Aku rasa macam ada sesuatu tak kena dengan dia dan aku ingat nak ajak borak

Tak salah kalau aku nak borak dengan customer aku kan? :D

"hi" dia memberikan aku fake smile seperti nak menangis saja "so kenapa awak datang sini?" dia tanya aku dengan suara yang agak serak

Dia menangis ke?

Aku menggeleng kemudian aku duduk depan dia dan dia terkejut

"maaf, Saya tahu saya tak sepatutnya duduk depan awak tanpa dapatkan kebenaran tapi saya uh... " aku alihkan mata aku dan memandang ke arah coffee sejuk depan aku sebab aku rasa kekok lagi "Awak meeting someone today?" aku tanya dia dengan nada friendly agar dia tak rasa uncomfortable

Dia mengeluh dan mengangguk "ya saya tapi orang tu tak datang....".

Aku mengangguk faham dan berikan dia sedikit senyuman "maafkan saya, mungkin orang tu sibuk"

Dia menggeleng dengan riak muka yang sedih "mungkin dia sibuk tapi sebenarnya tak. Dia tak sibuk"

Aku mengangkat kening aku dengan pelik sebab aku tak faham apa yang dia maksudkan tapi aku masih mengangguk kerana aku tak nak dia fikir aku ingat dia ni pelik

"orang yang saya nak jumpa tu kata dekat saya, Dia tak dapat datang sebab dia ada hal keluarga dan saya percaya tapi selepas beberapa jam duduk dekat sini untuk tenangkan fikiran... Saya ternampak seseorang masuk Cafe ni dan saya nampak dia" iman halakan jadi telunjuk dia ke arah lelaki yang berada di meja selang tiga meja dari iman dan lelaki itu membelakangi kami sambil tersenyum dengan seorang perempuan muda "dengan perempuan lain"

*what the!!!*Aku tergamam mendengar luahan hati dia dan aku cuba untuk menenagkan dia tapi aku tak berjaya kerana air mata dah mula mengalir keluar dengan banyak dari mata dia

*oh f* aku berikan dia sapu tangan aku dan dia mengambilnya tanpa berfikir apa-apa

"hey takpe....jangan la menangis "aku pujuk dia lagi dan akhirnya dia cuba untuk tenangkan diri

"ma-maaf.. Sa-saya" dia nak bercakap tapi suara dia sekat-sekat sebab dia tak boleh bernafas dengan baik

"takpe .Tarik nafas ,hembus nafas. Tenang cik iman " aku suruh dia bertenang sebab aku takut dia pengsan sebab tak cukup nafas

Dia mengangguk dan mengelap air di mata dia dengan sapu tangan aku

Aku mengangguk dan berikan dia sedikit senyuman(kesian). Aku tak tau la apa jadi dengan fikiran aku tapi tetiba aku rasa nak belanja dia makan sesuatu yang sedap untuk pujuk dia jadi aku pun bangun

"a-awak nak pergi mana?" dia tanya aku selepas nampak aku bangun

"saya nak pergi-

" Awak nak pergi dekat dia ke? "belum sempat aku nak habis bercakap dia dah potong percakapan aku pastu dia pandang aku dengan terkejut macam dia rasa aku nak pergi dekat lelaki tu lol tapi ikut kan hati aku kalau boleh, aku nak tendang lelaki tu keluar dari cafe aku sebab buat perempuan cantik macam cik iman ni nangis tapi takpelah...aku tak nak cari masalah dan Aku terlalu baik untuk cari gaduh dengan orang :) ecehh gurau je

Aku menggeleng" tak lah, saya nak pergi dapur... Err awak nak makan apa? Saya belanja"

Dia menggeleng dan menidakkan offer aku dengan cemas "eh tak payah... Saya okay saya-

" saya belanja, please cik "aku tak nak dia tolak offer aku jadi aku berikan dia senyuman manis agar dia terima dan tepat sekali sangkaan aku dia terima kemudian dia menyorok muka dia dengan sapu tangan aku

Aku tersenyum sendiri sebab aku rasa dia comel bila dia buat macam tu
"okay tunggu kejap lagi saya datang balik cik iman"aku berlari pergi ke dapur dengan pantas untuk berjumpa dengan alisa

Skip

" Alisa "

"ha cepatnya along balik? Mana aiman?" tanya alisa dengan selamba

"maaf alisa, along tak pergi ambil aiman lagi" aku bagitau alisa sambil menggaru tengkuk aku. Tetiba aku rasa bersalah sebab tak ambil aiman lagi tapi rasanya aiman cool je sebab kadang-kadang bila aku pergi ambil, aiman tak keluar kelas lagi

"aik kenapa tak pergi lagi? Kenapa along masuk dapur ni?" alisa memberikan aku curious look dan aku balas dia dengan awkward look

Kitaorang memang adik beradik sejati :)

"em along nak minta tolong kau sikit boleh tak?" aku tanya alisa dan dia mengangguk kepalanya sebagai tanda setuju untuk membantu aku walaupun dia tak tahu lagi apa yang aku mahukan

"apa yang along nak?

Aku mengangguk dan suruh alisa tengok dekat luar cermin dapur " Kau nampak tak perempuan dekat meja tu "aku halakan jari telunjuk ke arah cik iman dan dia mengangguk

" ha nampak? Kenapa dengan dia?dia nampak macam menangis-eh kejap tu dekat tangan dia tu bukan sapu tangan favourite along ke? " tanya Alisa dengan mata terbeliak sebab dia terkejut" apa yang dah jadi? "

Aku mengeluh" susah nak terang dari awal tapi yang along tahu, Dia lalui sesuatu yang rumit hari ni sebab tu dia menangis jadi along bagilah sapu tangan tu dekat dia dan lagi satu along betul-betul perlukan pertolongan kau sekarang "

"apa yang along nak?" tanya alisa dengan muka yang nampak kesian memandang ke arah cik iman

" Along kesian tengok dia jadi along ingat nak belanja dia. Boleh kau bagi dia special dessert " aku terangkan dekat alisa sambil memandang cik iman kemudian aku pandang alisa semula dan dia mengangguk kemudian dia berikan aku ok sign

"okay apa nama dia?"

"iman, nama dia iman"

Alisa mengangguk lagi kemudian dia suruh aku pergi ambil aiman sementara dia sediakan special dessert untuk cik iman

"sementara tu pergi ambil aiman, kesian dia tunggu" kata Alisa kemudian dia menolak aku keluar dari dapur

Aku tersenyum gembira "baik, terima kasih alisa"

"yelah" balas alisa selamba

Aku berjalan pergi ke meja iman dan dia berikan aku confuse look

Dia nampak comel tapi aku takde masa untuk benda tu sekarang jadi aku straight to the point jelah

"uh kejap lagi pesanan saya untuk awak sampai, saya ada hal ni jadi saya tak boleh teman awak sekarang tapi mungkin kejap lagi saya balik okay" aku berikan dia sedikit senyuman agar aku tak berasa kekok dan dia balas aku dengan sedikit senyuman juga

"Terima kasih " kata dia dengan nada perlahan

Aku mengangguk "no problem miss iman" kemudian aku meminta diri untuk beredar dari situ dan aku keluar dari kedai untuk pergi mengambil aiman

Aku harap aiman tak bising sebab aku lambat hahaha

Alisa pov

"dessert dah siap"aku angkat dulang yang di atasnya ada sepinggan special ice cream cake coklat extra strawberry

Aku saja je bagi dia(iman) extra strawberry Walaupun Aku tak tau dia suka ke tak tapi aku rasa dia mesti suka sebab dia perempuan macam AKU XD

" Dah la jom keluar "aku keluar dari dapur kemudian aku mencari kelibat perempuan tu dan akhirnya aku jumpa dia masih lagi duduk dekat kerusi tepi tingkap dengan tenang

Aku tarik nafas dan hembus nafas aku panjang-panjang dulu kemudian aku membawa dulang tu sampai ke meja dia

" hi, ni untuk awak" aku berikan dia sedikit senyuman dan dia mengangguk terkejut dengan kehadiran aku di meja dia

"uh... Terima kasih" dia balas aku dengan tone suara yang agak kekok

Aku mengangguk kemudian aku duduk dekat depan dia dan aku tergamam sedikit sebab Wow dia memang cantik... Dia pakai baju blouse muslimah berwarna hijau di padankan dengan seluar palazo putih, tudung shawl berwarna coklat dan dia pakai high heels hitam

Dia nampak macam fashion designer atau business woman Tapi semua tu tak penting sekarang lol tapi kalau betul la dia fashion designers atau business woman... Aku speechless

"hi maaf ganggu tapi, Saya alisa " aku hulurkan tangan aku dekat hadapan dia dan dia menyambut tangan aku dengan lembut

" iman" dia berikan aku sedikit senyuman kemudian dia lepaskan tangan aku

"akak okay?" aku bahasakan dia dengan panggilan akak sebab dia nampak tua dari aku dan aku bertanya dia dengan nada perlahan sebab aku tahu dia tak okay cuma aku saja je tanya kot-kot dia nak spill the tea ke?

"Ya" dia mengangguk dengan muka yang ceria tapi mata dia nampak macam dia ni tak okay

Aku tahu dia tipu tapi tak apa. Aku tak nak paksa dia bercakap kalau dia tak nak Jadi aku mengangguk faham dan minta diri untuk pergi sebab aku kena jaga kaunter dan dapur sementara along belum balik ni

"saya kena sambung kerja, kalau ada apa-apa boleh panggil saya" aku berikan dia sedikit senyuman dan bersedia untuk pergi "enjoy your dessert"

"terima kasih "

Aku mengangguk dan beredar dari situ untuk pergi ke kaunter

Iman pov

Lepas perempuan yang bernama alisa tu pergi. Aku layan la diri aku menikmati dessert yang encik cashier belanja ni

Sebenarnya aku rasa bersalah dekat encik cashier....dia tak kenal aku dan kitaorang pun bukan kawan tapi dia belanja aku haih takpelah nanti bila aku jumpa dia next time aku belanja dia pula

Aku tengok makanan yang dia order untuk aku ni nampak macam ice cream cake coklat yang ada extra strawberry

Aku tersenyum gembira sebab aku suka strawberry. Pelik juga macam mana dia tahu aku suka strawberry?

Aku mengangkat bahu aku sendiri dan mula makan dessert tu kemudian aku tergamam

"wow-" aku tutup mulut aku sambil mengunyah dessert tu dengan perlahan "sedap betul"

Aku menyuap lagi kek itu dalam mulut aku dengan gembira

"mood aku dari 0 naik terus jadi 100 lepas makan ni. Wow"

Aku rasa next time kalau aku datang lagi, Mungkin aku order ni XD sedap betul

Skip

Lepas selesai makan, aku tengok ke arah depan dan aku tengok rudy dan perempuan tu dah keluar dari Cafe ni berpegangan tangan sesama sendiri

Aku menjeling diorang dengan tajam sampai la aku nampak diorang dekat luar cafe. Sakit hati aku ni masih lagi tak hilang sejak tadi lagi haish

Aku betul-betul marah dengan rudy dan aku bertekad nak aku tamatkan hubungan aku dengan dia

Aku dah nampak depan mata aku yang dia curang dan kalau dia nak buat cerita yang dia tak curang sekali pun mesti la aku tak akan percaya sebab aku nampak muka dia dengan perempuan tu tadi.

100% Mustahil mata aku nak tipu aku dan aku tak rabun untuk salah tengok muka dia dan telinga aku masih berfungsi untuk dengar nama dia di panggil oleh perempuan tu

Tapi Kalau Rudy masih nak tipu aku pun, takpe aku ada bahan bukti :) Aku ambil kesempatan tangkap gambar diorang senyap-senyap tadi walaupun aku tengah marah :)

"haih" Aku mengeluh sendiri kemudian aku mengerut dahi dengan menyampah bila aku mengingat kembali segala perkara yang rudy buat dekat aku selama kitaorang bersama

Walaupun hati Aku masih ada sedikit sayang dekat rudy tapi bila aku fikirkan balik... Aku rasa aku sorang je yang berusaha pertahankan relationships ni selama 2 tahun kitaorang bersama dan dia tak. Dia langsung tak buat apa-apa. Apa yang dia tahu cuma minta maaf kosong je dekat aku

Aku penat nak layan orang yang macam tu, dah lama aku bersabar dengan sikap dia, aku cuba faham perangai dia tapi dia... Pernah tak dia faham perasaan aku?

Dia selalu kata dia busy dengan family tapi yang aku nampak dia busy dengan perempuan lain

Entah-entah semua excuse yang dia bagi aku sebelum ni tu sebenarnya dia pergi jumpa perempuan lain

"haish" aku mengetap gigi aku dengan marah. Aku rasa macam aku ni bodoh sangat sebab percaya dan masih bertahan dengan orang yang macam dia

Aku ambil telefon aku atas meja kemudian aku pergi ke whatsapp dan block pastu padam nombor rudy

Aku dah malas nak ada apa-apa hubungan dengan rudy lagi jadi aku pergi ke semua media sosial yang aku ada dan aku unfollowed dia pastu aku pergi dekat gallery aku dan padam semua gambar yang aku ada dengan dia

"puas hati aku" aku tersenyum sendiri "mulai hari ni aku dan rudy dah tak ada apa-apa "

Aku genggam sapu tangan encik cashier rapat dengan muka aku kemudian tetiba satu Senyuman tertimbul dekat bibir aku sebab tiba-tiba fikiran aku teringat segala perkara yang encik cashier buat untuk aku hari ni

Dia baik, dia pujuk aku, dia belanja aku dan dia siap bagi sapu tangan dia dekat aku lagi. Cara dia cakap dengan aku pun lembut je

Dia buat aku rasa macam aku ni di hargai dan aku suka perasaan tu

"Mungkin lain kali aku dengan dia boleh jadi kawan"

Aku mengangguk dengan statement sendiri dan aku bertekad untuk tunggu encik cashier balik sebab aku nak berterima kasih dekat dia

Ali pov

3:30pm

"lambat gila along. Lama aiman tunggu" aiman bertanya aku sebelum memakai helmet

"cafe busy sikit hari ni tulah along lambat" aku jawab dia dengan selamba kemudian aku suruh dia naik cepat sebab aku tak nak alisa tunggu lama

Skip

Aku dan Aiman dah sampai dekat cafe. Aku suruh aiman turun dari motor dan masuk cafe dulu sementara aku nak parking

"baik along" balas dia dengan selamba kemudian dia buka helmet dan berjalan masuk ke dalam Cafe

Aku letakkan motor aku dengan baik di belakang Cafe kemudian aku masuk dalam Cafe dan aku tengok dah tak ada orang dalam cafe ni sebab kejap lagi cafe nak tutup (pukul 4:00 pm) tapi aku perasan perempuan yang bernama iman tu masih lagi ada dekat meja dia macam dia tengah tunggu seseorang

"kenapa dia tak balik lagi?Cafe nak tutup kejap lagi " aku bertanya diri aku sendiri kemudian aku pergi ke dapur untuk berjumpa dengan alisa

"alisa,Kenapa cik iman tak balik lagi?" aku tanya alisa dan dia mengangkat bahu tanda dia tak tahu kemudian dia suruh aku pergi tanya sendiri dekat cik iman tu

"apa kata along pergi tanya cik iman tu kenapa dia tak balik lagi" alisa menyuruh aku pergi dan aku mengangguk setuju kemudian aku keluar dari dapur dan menuju ke meja cik iman

"hi, kenapa awak tak balik lagi" aku tanya dia dengan nada selamba "maaf tapi pukul 4 kejap lagi Cafe nak tutup"

Dia mengangguk kemudian dia suruh aku duduk sekejap depan dia sebab dia nak borak dengan aku dan aku terkejut sebab apa yang dia nak borak dengan aku?

Aku duduk depan dia dengan senyap kemudian tiba-tiba dia berterima kasih dekat aku

"terima kasih" kata dia sambil memandang tepat ke arah muka aku "terima kasih sebab belanja saya dan terima kasih sekali lagi sebab pujuk saya dan dengar cerita saya.. Mood saya tak okay hari ni tapi lepas awak borak dengan saya, mood saya dah okay sikit jadi terima kasih encik"

Aku mengangguk "no problem" kemudian aku memberikan dia sedikit senyuman "dah menjadi tugas saya untuk pastikan customer saya sentiasa ceria, lagi-lagi customer yang friendly macam awak ni " aku melawak sedikit dan dia ketawa sambil menggeleng kepala dia kepada aku

"saya tak friendly, awak tu friendly " balas dia sambil ketawa

Aku juga turut ketawa untuk menceriakan suasana dan tetiba aku perasan dia masih pegang sapu tangan aku

Aku tak tahu nak rasa apa dekat hati aku sebab sapu tangan yang aku bagi dekat dia tu adalah sapu tangan yang arwah mama bagi dekat aku dan aku sangat sayang sapu tangan tu tapi tak apalah...sapu tangan tu takdelah sepenting alisa dan Aiman jadi aku rasa okay jelah kalau bagi je dekat dia

"encik?" aku dengar suara cik iman memanggil aku jadi aku angkat muka aku dari sapu tangan aku dan pandang dia

"Ya?

" esok saya datang sini balik tau "dia berikan aku sedikit senyuman sambil mengangkat sapu tangan tu depan aku"sapu tangan ni saya bawak balik dan cuci dulu baru saya bagi dekat awak balik tau"

Aku tersenyum dan menggeleng. Aku rasa dengan kelakuan perempuan yang manis macam cik iman ni... lebih baik aku bagi je sapu tangan tu dekat dia, Lagipun aku tak nak dia susah-susah datang sini sebab nak pulangkan sapu tangan je

"Takpe , awak simpan jelah sapu tangan tu. Susah-susah pulak awak nak datang sini sebab nak pulangkan sapu tangan tu je"

"eh takpe. Tak susah pun" dia menidakkan aku sambil menggeleng

Aku tersenyum dan mengangguk. Aku tak nak berlawan mulut dengan perempuan jadi kalau tu yang dia nak, aku setuju jelah

"okay cik"

"iman. Boleh awak panggil saya iman?"

"......."

Ugh... Dia suruh aku panggil nama DIA TANPA 'CIK' DAN HOLISHIRT KENAPA DIA TERLALU DIRECT??? AKU BARU KENAL DIA HARI NI DAN DIA DAH SURUH AKU DROP PANGGILAN CIK

DIA NI BETUL TAK BETUL NI???

"uh..." aduh kenapa Aku jadi awkward sangat ni

"boleh?" dia tanya aku lagi pastu dia berikan aku mata bulat yang bersinar macam kucing dan tak lupa juga dia nampak cantik macam bidadari bila dia buat macam tu dan aku rasa dia layak untuk tersenarai dalam top 10 worldwide beautiful woman. Ya Allah selamatkan Aku (T_T) Memang tak la aku nak tolak permintaan dia

" b-boleh I-iman" aku membalas dia dengan gagap kemudian Dia menepuk tangan dia dengan gembira macam budak kecil

"terima kasih!!"

Aku menggeleng melihat kelakuan dia yang nampak comel tu. Haih Tetiba aku rasa boyfriend dia tu rugi sebab curang dengan dia

Haish panas pulak hati aku ni bila teringat balik dekat muka lelaki tu

Lelaki macam tu tak layak di panggil lelaki haish memalukan kaum aku je

"Awak dah okay?" aku tanya iman dan dia mengangguk

"Ya saya dah okay, terima kasih dekat awak sebab buat saya gembira hari ni"

Aku mengangguk kemudian aku tengok ke arah jam di dinding cafe yang telah menunjukkan sekarang sudah pukul 3:57 petang

Aku lupa pulak Kejap lagi aku nak tutup cafe

"saya rasa awak kena balik sekarang sebab kejap lagi saya nak tutup kedai"

Dia mengangguk faham kemudian dia ambil bag dia dan bangun dari kerusi

"terima kasih untuk hari ni. Awak baik sangat " kata dia berikan senyuman manis kepada aku

Aku mengangguk "sama-sama" kemudian aku bangun dari kerusi juga dan aku teman dia berjalan sampai depan pintu Cafe

Aku tahu aku gentleman :D

"so em... Jumpa esok" dia melambai tangan dia dengan malu ke arah aku dan aku membalasnya

"Ya jumpa esok iman"

Dia mengangguk dan beredar dari kawasan aku

Aku tersenyum kemudian aku menutup pintu pastu aku pusing papan tanda depan pintu yang menunjukkan "we are open" kepada "we are close" bagi menandakan kedai aku dah tutup

"wow" aku dengar suara aiman dekat belakang aku jadi aku pusing badan aku untuk tengok dia

" apa yang wow?" aku tanya dia dan dia menggeleng sambil tersenyum

"kakak tadi tu lawa" aiman memuji iman dan aku setuju sebab iman memang lawa pun

"ha'ah" aku balas aiman dengan simple kemudian aku pergi ke meja-meja pelanggan untuk mengambil sampah-sampah dan pinggan yang di tinggalkan

"along suka dia tak?" aku terpaku mendengar soalan aiman. Aku tak faham apa yang dia maksudkan dengan suka ni

"ha? Suka apa ni? Along tak faham" aku tanya dia balik dan dia berikan aku pandangan yang nampak macam dia nak menyakat aku (-_-) asal dengan budak ni

"aduh along ni macam tak biasa pula pasal suka-suka ni. Along dah tua takkan tak tahu kan? " balas dia sambil menaikkan kedua kening dia macam nak menyakat aku. Haish budak ni memang sengaja nak cari pasal ke apa?

Aku menggeleng kepala aku dengan malas sebab aku dah faham apa yang dia nak sampaikan

Dia ingat aku suka(cinta) dekat iman (facepalm) aku baru je kenal dengan iman jadi mustahil la aku dah suka dekat dia

Suka kawan pun belum tentu sebab aku dengan iman masih stranger haih apa la yang ada dalam otak adik aku ni sampai dia fikir aku boleh suka dekat iman?

" abende la yang kau merepek ni man, along tak suka dia la"

"yelah tu~alah along ni tak nak mengaku pulak eceh" aiman bercakap dengan nada menyakat lagi kemudian aku suruh dia berhenti

"baik kau berhenti bercakap dan tolong along kemas kedai lagi bagus Man"

Dia mengangguk faham dan tolong aku kemudian tiba-tiba alisa keluar dari dapur dan bertanya aku pasal iman pulak haish

Kenapa diorang ni berminat sangat dengan iman?

"along dengan cik iman tu ada apa-apa ke?" kata alisa sambil mengemas kaunter

"oh nama akak tu iman rupanya" menyampuk aiman sambil membawa pinggan dan cawan masuk ke dalam dapur

Aku mengeluh sendiri dan suruh diorang buat kerja dengan senyap

"along dengan cik iman tak ada apa-apa. Boleh tak korang berhenti tanya dan buat kerja"

Diorang ketawa dan akur dengan arahan aku

"baik along" balas alisa dan Aiman serentak

Aku menggeleng kepala dan pergi mengelap meja kemudian aku ternampak ada sekeping kertas yang di lipat dua berada di sebelah kerusi yang iman duduk

"kertas apa ni?" aku ambil dan buka kertas tu kemudian aku tergamam sebab kertas ni......Iman yang tulis



Hi ,encik cashier

Saya tak tahu kalau awak jumpa atau tak kertas ni tapi kalau awak jumpa, saya nak ucapkan terima kasih banyak² untuk hari ni dan saya harap lepas ni kita boleh jadi kawan sebab awak baik sangat dan Saya suka orang macam awak jadi saya harap awak boleh jadi kawan saya

Ps:kalau awak nak jadi kawan saya boleh awak chat saya supaya saya tahu

Ni no saya (iman) :017-xxx xxxx :)




"......"Aku tergamam dan Hati aku berdegup kencang lepas habis baca surat yang dia tulis ni

Aku-Wow Dia nak jadi kawan aku dan dia siap bagi nombor dia dekat aku pulak

Aku speechless

" along apa tu?"tanya aiman selepas dia melihat aku memegang kertas ni

" tak ada apa"aku mengelak dari jawab soalan aiman dengan betul kemudian aku lipat kertas tu dan masukkan dalam poket seluar

Aiman memandang aku dengan pelik kemudian aku memberikan dia senyuman yang lebar terus membuatkan dia terkejut

"along okay? Kenapa tetiba senyum ni? " tanya aiman dengan nada risau

Aku mengangguk "along okay. Along nak keluar kejap tau"

"nak pergi mana?"

"ambil angin " aku berjalan keluar dari cafe kemudian aku keluarkan telefon aku dan kertas tu pastu aku save nombor iman dan chat dia

Dia kata kalau nak jadi kawan dia, aku kena chat dia jadi aku chat la dia

__________________________________________________

- Iman-
(online)

Assalamualaikum, iman
[bluetick]

Waalaikumsalam
Siapa ni?

Encik cashier
[bluetick]

OMG!!! AWAK JUMPA
SURAT TU

__________________________________________________

Aku ketawa melihat chat dia

"aku rasa...aku dah mula suka dekat dia" aku bercakap sendiri dengan diri aku dan sambung balas chat dia dengan gembira

Tamat

A/N:Cerita ni adalah rekaan semata-mata :) tapi tak mustahil kalau berlaku dekat dunia nyata :D terima kasih kerana membaca

Continue Reading

You'll Also Like

13.3K 191 29
"The Love from Above , Has never really ended ." True love knows no bounds . it cannot be supressed by one's own will . But can someone else's will c...
1M 35.6K 62
π’π“π€π‘π†πˆπ‘π‹ ──── ❝i just wanna see you shine, 'cause i know you are a stargirl!❞ 𝐈𝐍 π–π‡πˆπ‚π‡ jude bellingham finally manages to shoot...
48.1K 1.5K 28
BOYA is officially married. This book is a bunch of fluff set after they married. All of these are oneshots. Please be warned that you will be attack...
11.6K 189 8
P/S : this my oldest fanfic and it is unedited so bear with the cringeness, alright? Whether it is a hero or an agent, anyone who is going undercove...