Tempat Sempurna

By Lollysnow

4.8M 272K 39.1K

THAQIF | SAFA Mereka tidak pernah dekat lagikan mahu bercinta. Tidak! Tidak pernah terfikir dek akal Safa unt... More

THAQIF | SAFA
PROLOG
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
60*
61*
62
63
PERSONA TS
EPILOG
EXTRA #1 NS
EXTRA #2 NS
EXTRA #3 NS

23

63.8K 4K 703
By Lollysnow

Nafas kelegaan terhembus keluar apabila dia dapat menunaikan solat maghrib secara berjemaah dikelilingi orang-orang yang suci wajahnya, senyuman dilempar mereka tidak sedikitpun memandang jengkel pada dia yang sudah meninggal kewajipan sebagai muslim sejak bertahun lama. Malah tadi Safa teragak-agak untuk naik ke saf hadapan tapi ada seorang wanita seusia mamanya menarik dia kehadapan.

Usai solat Maghrib barulah susuk Kak Indah kelihatan bersama anaknya Hanna, segala gugup masih tersisa terus sahaja hilang melihat senyuman wanita itu. Laju Safa bergerak mendekati Indah. Dia tidak pandai beramah mesra tambah lagi orang disekelilingnya diam dalam dunia masing-masing buat dia rasa janggal. Memang orang dalam masjid tak berborak ke?

"Tak sangka Safa datang." Indah tarik tangan Safa duduk bersila disebelahnya. Manis sungguh wajah wanita itu bertelekung solat buat wajah cerah semulajadi Safa menyerlah-nyerlah.

"Nak juga rasa datang masjid." Safa membalas dengan senyum kecil.

"Tak apa, pelan-pelan ya. Jangan paksa diri. Kalau rasa tak sibuk, boleh datang." Untung Syaqil ada isteri lembut bicara seperti Indah ini.

"Hanna pun datang. Comelnya dia pakai telekung." Safa cuit hidung Hanna, anak kecil Indah yang diam duduk disebelah mamanya. Senyuman anak itu terukir, mungkin suka dirinya dipuji Safa.

"Aunty Safa puji macam tu kena cakap apa?" Indah usap kepala anaknya.

"Terima kasih Aunty.." Dada Safa bahu bergelegak pecah mendengar respon comel si kecil itu. Mungkin dia tak pernah dikelilingi budak kecil buat dia rasa teruja.

"Sama-sama Hanna."

"PERNAH TAK rasa perasaan hilang, rasa tak lengkap. Rasa jauh. Kalau saya sendiri pernah!" Kuat dan jelas suara penceramah jemputan bergema di dalam masjid. Masing-masing kelihatan diam dan kusyuk mendengar.

"Saya sendiri pernah tinggal solat Tuan Puan. Terukkan penceramah mana datang jemput ni? pernah tinggal solat. Hahaha tapi ya, saya mengaku saya pernah buat dosa dulu. Saya pernah ke kelab malam. Kalau nak ditulis dosa saya tak cukup nii satu kertas." Tawa si penceramah kedengaran lagi.

"Sampai satu hari saya hilang nikmat seronok, saya bosan. Apa yang mata saya tengok semuanya kosong. Tak ada rasa Tuan Puan. Saya pergi kelab malam pukul 11 malam. balik 11.15 malam!" Tawa isi jemaah pula kedengaran. Mana adanya orang duduk kelab malam 15 minit.

"Sampai saya jumpa seorang kawan saya ni, saya tanya dia. Nak buat macam mana ni. Hidup rasa kosong sangat? Tak sempurna?"

"Lepastu kawan saya tanya saya balik. Kau solat tak? Saya ingat dia nak perli saya. Tapi tengok dari muka dia. Serius! Saya pun takut. Hahahaha. Saya pun jawablah, dah lama tinggal solat. Masa tu saya siap sedia kalau dia nak maki saya pun maki lah. muslim apa tinggal solat lama-lama."

"Tapi dia cakap kat saya. Rasa kosong kau tu mungkin hidayah ALLAH untuk kau kembali padaNYA. ALLAH nak kita dekat dengan dia. Try solat, belajar balik untuk solat dengan sempurna." Safa menunduk memandang jemari sendiri. Entah kenapa ceramah disampaikan malam itu mungkin kena dengan dirinya yang sudah lama meninggalkan kewajipan itu. Hari ini, solat pertama dia setelah sekian lama, solat maghrib berjemaah.

"Manusia paling dekat dengan Allah ketika sujud! Bila tu sujud? Ketika kita solat Tuan Puan. Daripada Anas, katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud 'Sempurnakan sujudmu! Jangan membentangkan siku seperti anjing.' Membentangkan siku seperti anjing maksudnya tidur Tuan Puan."

"Jadi saya yang dulu pernah bergelumang dengan dosa nak kongsi sedikit tips, saya berlatih untuk solat dengan sempurnakan solat subuh. Cuba latih diri untuk solat subuh jangan tinggal! InsyaAllah kalau solat subuh kita lengkap, solat lain pun akan lengkap."

__________

Dari jauh sudah kelihatan sang suami segak berbaju biru gelap dikenakan pula dengan seluar slack bewarna hitam. Thaqif sedang ralit berborak dengan Syaqil dan ada senyuman terukir dibibir lelaki itu buat Safa yang memandang dari jauh turut tersenyum.

"Jom Safa." Melihat Indah yang siap menyarung selipar, Safa mengangguk kepala dan beriringan dengan wanita itu menuju ke arah si suami.

Makin dekat langkahnya ke arah Thaqif makin jantung berdetak laju. Entah kenapa malam ini suaminya kelihatan berganda kacak, walau sebelumnya sudah kacak tapi malam ini lebih dari sebelumnya.

Safa gigit bibir dengan fikiran sendiri. Kalau Thaqif tahu dia fikir macam tu, hampir kembang semangkuk lah hidung laki dia tu.

"Papa!" Jeritan Hanna disebelah buat Safa tersentak dan serentak itu juga Thaqif dan Syaqil berpaling.

Senyuman Thaqif melebar memandang ke arah isterinya. Lihat Safa manis bertelekung solat begitu buat dia tak sabar mahu menarik isterinya merapat.

"Hanna..." Syaqil suami kesayangan Indah mendepa tangan buat si kecil Hanna berlari masuk dalam dakapan papanya.

"Kan papa dah cakap jangan lari. Nanti jatuh." Omel si ayah sambil mendukung lantas mengucup dahi anaknya.

"Papa buat tangan macam tu, papa suruh Hanna larikan?" jawab Hanna tenang.

"Yela yela."

"Hai." Thaqif senyum menyapa isterinya.

"Hai.." Sengihan Safa terbentuk lantas merangkul tangan suaminya.

"Okaylah, terima kasih atas jemputan malam ni. Kami balik dulu ya Syaqil, Indah." Thaqif meminta diri memandang pasangan suami isteri itu.

"Okay. Ada masa datanglah rumah. Boleh kita buat makan-makan." Indah sentuh lengan Safa.

"Boleh ke?"

"Tak payah lah, kita pergi rumah dia orang." Syaqil mencelah buat Indah menjenggil mata memandang suaminya.

"Boleh juga Indah, datang rumah kami pun boleh ajar Safa buat cupcakes tu." Thaqif membalas sopan.

"Tak apa, rumah kita sebelah-sebelah je. Kalau Safa nak apa-apa panggil je akak ya." Indah sentuh tangan Safa buat wanita kelu memandang jauh kedalam mata wanita itu. Adakah orang-orang ini ikhlas? Tak sama seperti mereka yang sebelumnya?

"Oh ya Thaqif, kalau fikir-fikir." Syaqil guna sebelah tangan mencelup masuk ke poket seluar dan sebelah lagi mendukung Hanna. Telefon bimbit dikeluarkan buat Thaqif dan Safa terkebil-kebil.

"Kau sesuai juga kalau aku jadikan AJK masjid." Syaqil sengih tak bersalah dan Thaqif pula tergamam.

"Awak ni! Habis semua orang awak nak jadikan AJK masjid!" Indah mencelah.

"Betul tu, aku baru harini datang masjid, takkan kau nak jadikan aku AJK masjid dah." balas Thaqif dengan senyum hambar. Safa pula diam mengemam bibir menahan tawa dengan respon suaminya.

"Aku memang suka jadikan orang baru nak taubat macam kau ni AJK masjid." Tak bertapis lagikan beriak Syaqil membalas buat Thaqif hela nafas berat.

"Kira jadi lah ni. Alaa kita enjoy-enjoy je. Nanti kau isi form aku text. Kau tak isi malam ni, malam ni juga aku terjah rumah kau." Syaqil jungkit sebelah kening.

"Yelah yelah."

"Maaf Thaqif, Safa. Suami saya ni, sejak jadi ketua AJK memang perangai macam ni." Indah memotong serba salah dengan respon suami isteri itu. Safa baru bertudung mestilah mereka mahu berubah perlahan-lahan. Si Syaqil tak bertamadun ni pula datang memaksa.

"Oh, macam mana dia boleh jadi ketua AJK?" Thaqif menyoal musykil.

"Dia yang volunteer, sebab dulu dia cakap masjid kawasan kita ni sunyi sangat." Indah jeling Syaqil menayang wajah tak bersalah disebelahnya.

"Oh patut pun" Thaqif garu kening, jangan cakap masjid yang penuh malam ni kerja Syaqil semuanya?

"Untung apa jadi AJK masjid, aku bagi sijil tau!" Syaqil pula mencelah.

"Sijil tu guna untuk apa?" Safa menyoal.

"Hm,, berguna juga lah untuk suami kau ni. At least dia ada sijil keagamaan." Jawapan Syaqil buat Safa menhamburkan tawa. Thaqif pula menjuih bibir.

______

"Amboi kau, kemain senyum-senyum balik dari masjid tadi eh?" Thaqif menjenggil mata memandang Safa tersenyum-senyum menghidang makanan dihadapannya.

"Kau ni, isteri bahagia kau patut bahagia sama." Safa membalas buat Thaqif memuncung bibir.

"Alaa,, jadi AJK masjid je Encik Thaqif. Yang kau suruh aku bertudung boleh pula?" Safa cedok nasi kepinggan lalu ditolak kearah suaminya.

"Hmm,,"

"Hahahaha." Safa tak dapat menahan diri dari tertawa melihat respon suaminya.

"Kau bagi aku hadiah malam ni." Kata-kata Thaqif buat tawa Safa terhenti hampir dia tersedak dengan permintaan tiba-tiba suaminya.

"Malas lah aku."

"Kenapa pula, malam ni malam jumaat. Elok tau!" Thaqif senyum nakal memandang telinga Safa sudah kemerahan-merahan.

"Orang malam jumaat buat pahala.."

"Kita buat pahala lah tu!" Thaqif laju memotong buat Safa terdiam memikirkan ada betulnya juga.

"Tapi esok aku kena mandi awal pagi tak nak sejuk."

"Kenapa pula?" Kening Thaqif bercantum.

"Esokkan kita nak solat subuh. Mesti kena mandi dulu.. err"

"HAHAHAHA," kini Thaqif pula yang tertawa tak dapat menahan diri melihat respon comel isterinya.

"Kau tak nak solat subuh ke esok? Tadi ustaz tu cakap kita kena mula dengan jaga solat subuh." Safa menyoal gusar, kalau dia nak solat mesti dia nak heret Thaqif sekali. Tak kan dia nak buat sorang-sorang. Janggal.

"Boleh juga. Kita cuba pagi esok. Tapi tak salah kan mandi awal pagi pun. Baru semangat nak solat Subuh." Thaqif senyum nakal masih tak mengalah dengan permintaannya.

"Yelah, tapi kau janji esok pagi kita subuh sekali. Aku nak try tips ustaz tu.." permintaan Safa buat Thaqif tersenyum.

"Ya, kita cuba sama-sama pagi esok."

TEPAT 6 PAGI mereka berdua bangun dari katil, dan seperti yang dirancang keduanya mandi mengikut kewajipan dan Thaqif sempat membacakan niat solat subuh dihadapan Safa agar mereka menggunakan niat yang betul dan melaksanakan solat subuh yang betul. Tak ada masalah untuk Thaqif bangun awal pagi kerana lelaki itu memang morning person, berbanding Safa, wanita itu masih dipenuhi mamai kepenatan.

"Tak sangka aku boleh ingat doa Qunut dalam 5 minit je." Safa tersenyum bangga dengan masih bertelekung solat sambil berbaring di atas riba suaminya. Selepas solat subuh tadi keduanya kembali menuju ke katil.

"Mungkin dulu kita pernah hafal, itu yang laju je hafal." balas Thaqif tenang. Apa yang diperkatakan penceramah itu betul, dia memang tenang dan ada satu rasa yang terkurung dihati terlepas keluar.

Kebebasan.

"Kan, aku pun rasa macam tu." Safa senyum mendongak memandang Thaqif tenang bersandar di kepala katil. Matanya masih kuyu mengantuk tapi nanti mereka harus bersiap untuk kerja pula.

"Kita ada.. Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak.." Safa mengira-ngira waktu solat dengan jarinya.

"Kita ada 4 waktu lagi untuk solat. Nanti Zohor kita solat dekat office." Safa dongak memandang Thaqif. Lelaki itu senyum dengan anggukan.

"Ya, nanti sebelum solat kau double check niat solat Zohor guna Google dulu ya. Jangan salah guna niat." Tangan Thaqif bergerak-gerak mengusap rambut isterinya.

"Noted!"

"Kau tak mengantuk?" Mata Safa melayu memandang suaminya. Lagi-lagi usapan Thaqif seperti mengulit untuk kembali lena.

"Tak, kau tidur dulu. Kau mesti penat lagi."

"Hmm.." Mata Safa kembali terpejam. Mungkin dia perlu tidur untuk beberapa minit lagi.

Melihat Safa yang kembali terlena, Thaqif angkat kepala wanita itu dari atas ribanya lalu diletak keatas bantal yang lebih empuk.  Beberapa bantal yang lain diambil lalu diletak dikiri dan kanan Safa. Safa sejenis yang suka tidurnya dihimpit sesuatu, dan lama bersama wanita itu, dia sudah tahu persis tabiat Safa yang satu itu.

Giliran dia yang masak sarapan untuk hari itu. Satu lagi perkara yang menyempurnakan mereka berdua. Mereka tidak perlukan pembantu rumah untuk memasak. Jika dia yang masak Sarapan, Safa akan masak makan malam. Adakala wanita itu boleh buat kedua-duanya sekali tanpa rungutan kepenatan. Itupun Thaqif akan menawar bantuan kerana tahu mereka berdua sama-sama penat.

Makin bertambah hari mereka bersama, makin dia selesa dengan kewujudan wanita itu. Tanpa dia sedar hari yang memisahkan mereka kelak.

____
JUNIOR SAFA DAN THAQIF AKAN DATANG😌

Continue Reading

You'll Also Like

1.6M 94.3K 75
"π‘―π’π’˜ 𝑳𝒐𝒗𝒆 π‘ͺ𝒂𝒏 𝑩𝒆 𝑺𝒐 π‘ͺ𝒓𝒖𝒆𝒍 𝒀𝒆𝒕 π‘Ίπ’˜π’†π’†π’• 𝑨𝒕 𝑻𝒉𝒆 π‘Ίπ’‚π’Žπ’† π‘»π’Šπ’Žπ’†?" Tengku Adyan Hayder vs Qaireen Zenia TENGKU ADYAN HA...
167K 10K 60
Kata orang, perempuan masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku femini...
370K 9.9K 32
ARJUNA HANIF x TIARA ADELIA Tiara Adelia, bekerja sebagai pemandu pelancong di sebuah agensi pelancongan. Dia hanyalah seorang gadis biasa yang sudah...
131K 5.3K 65
(complete) ⁺✧ - SIRI CG #1 blurb di dalam.