PEWARIS SEBENAR IRIS

By Ustaz_Ruzi

6.7K 430 183

Cover Book Make By @Alquransyabila Sinopsis Selepas Ejen Ali telah disahkan tidak dibenarkan lagi menjadi pem... More

BAB 1: DJIN KEMBALI
BAB 2: UNDERCOVER FRIEND
BAB 3:DEMONSTRASI
BAB 4: CURIGA
BAB 5:EKORI
BAB 6:ISI TERSIRAT
BAB 7: KE TEMPAT TUGASAN
BAB 8: DOKTOR QARZONE
BAB 9: PERGELUTAN KECIL
BAB 10: ORGANISASI BARU?
BAB 11: MISTERI WASIAT
BAB 12: PERTEMUAN TIDAK DIJANGKA
BAB 13: BOM MASA
BAB 15: PERCANGGAHAN PENDAPAT
BAB 16: RUDY MENYERANG KETUA-KETUA TERAS
BAB 17: SUASANA GETING
BAB 18: OPERASI BERMULA
BAB 19: SERANGAN MENGEJUT
BAB 20 : APA KAITAN M.A.T.A DAN BLACK HEART?
BAB 21 : WASIAT HILANG?
BAB 22 : BLACK HEART SEMAKIN AKTIF
BAB 23 : WAKIL GENG M.A.R.A MENJELMA
BAB 24 : PENYAMARAN?
BAB 25: HELAH
BAB 26: TIBA DI A.P.D.A

BAB 14: BERTEMU TAN SRI

210 14 9
By Ustaz_Ruzi

Malam itu, jam 8.45 malam, Rudy telah mendapat lokasi rumah Iman. Iman memberikan arahan kepada Rudy bagaimana mahu menyambut ibu dan bapanya.

Iman menyuruh Rudy berpakaian formal seperti waktu mereka bertembung di majlis makan malam itu. Ayahnya lebih suka melihat orang yang sentiasa menampilkan dirinya dengan gaya formal.

Rudy hanya mengikut arahan dan memakai suit blezer putih, rompi/vase putih, seluar putih, tali leher hitam dengan pin berwarna emas, stoking hitam dan berkasut kulit hitam berkilat.

Rambutnya disapukan dengan gel rambut agar rambutnya sentiasa kelihatan terurus.

Selepas selesai bersiap, Rudy keluar daripada rumah kecilnya, tanpa disedari olehnya, Mak Yah serta beberapa budak-budak lelaki dan perempuan yang sedang bermain di luar sedang merenung ke arahnya.

Langkah Rudy terhenti seketika, dia memandang ke setiap wajah yang sedang merenungnya itu.

"Urm... Kenapa ni? Ada sesuatu di wajah saya ke?" Tanya Rudy sambil tangannya sedang menyentuh wajahnya.

"Abang Rudy sangat kacak!" Puji seorang budak perempuan berusia dalam lingkungan 13 tahun itu.

Mereka semua mula berlari ke arah Rudy, termasuklah Mak Yah. Mereka semua memandang Rudy dengan mata bersinar-sinar.

"Bila besar nanti, saya nak jadi kacak macam abang Rudy." Kata seorang budak lelaki berumur dalam lingkungan 12 tahun.

"Abang Rudy nampak macam seorang Putera Raja dalam cerita di TV!" Seorang budak perempuan berumur dalam lingkungan 9 tahun memuji Rudy.

"Saya nak kahwin dengan abang Rudy!"

"Hei, mana boleh! Abang Rudy saya punya!"

"Nak juga... Bluwek..!"

"Sini kau..!"

Tap! Tap! Tap! Tap!

Semua budak-budak tu mula berkejaran sesama mereka, Rudy dan Mak Yah tergelak kecil melihat gelagat mereka yang comel dan lucu itu.

"Kamu nak keluar Rudy?" Tanya Mak Yah dengan senyuman manis memandang ke wajah Rudy. Rudy mengangguk kecil kemudian mula membalas kata-kata Mak Yah.

"Ya, kawan saya ajak saya makan malam bersama-sama dengan keluarganya." Mak Yah mula membuat pandangan gatal ke arah Rudy dengan senyuman sinis.

"Kawan? Lelaki ke perempuan?"

"Perempuan."

"Oh... Betul ke 'cuma' kawan..?" Tanya Mak Yah dengan pandangan gatal ke arah Rudy.

Wajah Rudy mula kemerah-merahan apabila diusik sebegitu rupa oleh Mak Yah. Rudy mula menjadi panik sebentar.

"Be... Betullah, Mak Yah! Dia... Cuma kawan satu universiti dengan saya. Kami kawan sejak kecil, Jadi..."

"Oh, ha, ha, ha, ha..! Jangan risau, Mak Yah faham..."

"Baguslah, kalau begitu..."

"Jadi, bila nak bawa Mak Yah berkenalan dengan bakal isteri kamu tu?" Memdengarkan perkataan 'bakal isteri' itu terus membuatkan jantung Rudy berdegup kencang.

"Dia... Kami... Bukan, dengar dulu..." Mak Yah semakin kuat ketawa, tiba-tiba, Mak Yah terbatuk kuat.

"Uhuk! Uhuk! Uhuk!"

"Mak Yah!"

Mak Yah segera menutup mulutnya dengan kedua tangannya, Rudy memegang kedua belah lengan Mak Yah untuk menstabilkan tubuh badan Mak Yah.

Apabila Mak Yah berhenti terbatuk dan melihat ke tapak tangannya, dia terkejut, terdapat darah hitam yang banyak keluar daripada mulutnya.

Mata Rudy juga terbeliak luas, Rudy mula menjadi panik. Dia segera membantu Mak Yah berjalan masuk ke dalam rumahnya.

Tap, Tap, Tap, Tap...

Kreak...

Pintu rumah Mak Yah dibuka secara perlahan-lahan, Rudy membantu Mak Yah berjalan ke sebuah tilam yang sudah tersedia berada di ruang tamu kecil di dalam rumah Mak Yah itu.

Rudy membantu Mak Yah baring di atas tilam yang empuk dan lembut itu. Tilam itu diberikan oleh tiga penyumbang terbesar di Cyberaya kepada kesemua penduduk di kawasan pinggiran, tiga penyumbang utama mereka ialah Dr. Tong, Dr. Mala, dan Dr. Ghazali.

Setelah membantu Mak Yah berbaring, Rudy segera pergi ke dapur rumah Mak Yah dan mengambil segelas air kosong.

Tap! Tap! Tap! Tap!

Rudy berlari laju ke arah Mak Yah dan menghulurkan segelas air ke tangan Mak Yah. Mak Yah minum perlahan-lahan kemudian baring kembali.

Rudy meletakkan cawan plastik berwarna biru itu ke lantai dan fokus ke arah Mak Yah.

Wajah Mak Yah kelihatan sangat tenat dan sayu, hati Rudy mula berasa runsing.

"Mak Yah, keadaan Mak Yah semakin teruk. Nak saya belikan ubat di farmasi berdekatan? Ada farmasi yang menjual ubat-ubatan tradisional di hujung bandar di sana, Mak Yah tunggu sekejab, biar saya pergi belikan ubat itu." Kata Rudy, Rudy cuba berdiri namun tangan kanannya dipegang oleh Mak Yah.

Pergerakan Rudy terhenti, dia melihat ke wajah Mak Yah dengan riaksi sedih. Mak Yah menggelengkan kepalanya dengan perlahan, bibirnya terukir satu senyuman misteri yang tidak dapat digambarkan olehnya.

"Rudy, Mak Yah dah tua. Dah sampai masanya untuk Mak Yah pergi. Kamu tak perlu bersusah payah demi Mak Yah lagi. Teruskan sahaja dengan kehidupan kamu." Kata Mak Yah, Rudy menggeleng kepalanya beberapa kali.

"Mak Yah, jangan cakap macam ni. Masih ada harapan untuk Mak Yah hidup, Mak Yah kena yakin pada diri sendiri. Saya tak akan biarkan Mak Yah sengsara seorang diri." Kata Rudy, matanya mula bergenang dengan air mata.

"Rudy, kamu tak perlu berpegang kepada janji itu lagi. Kamu tak perlu mengehadkan diri kamu hanya kerana janji yang telah kamu buat dengan Niki sebelum ni." Kata Mak Yah dengan wajah sayu kepada Rudy.

Rudy terkejut, matanya mulai menjadi sayu. Rudy memegang tangan Mak Yah dengan erat. "Jadi Mak Yah dah tahu fasal tu..."

Rudy seperti terkaku sebentar, dia mula menyesuaikan kedudukannya dan duduk dengan lebih selesa disebelah kanan tilam Mak Yah. Memorinya dengan Niki mulai terkenang kembali dan bermain semula seperti sebuah pita rakaman di dalam fikirannya.

Flashback...

Di hospital kerajaan, selepas pertempuran yang hebat itu. Niki dimasukkan ke dalam hospital dan ditempatkan di sebuah wad biasa yang dikawal ketat pada setiap masa.

Tangan kanannya digari di katil sebagai langkah berjaga-jaga, pihak polis tidak mahu Niki terlepas di bawah jagaan mereka.

Rudy datang ke sana dengan berpakaian kasual, dia meminta kepada pegawai polis yang berjaya di hadapan pintu bilik sakit Niki untuk melawatnya.

Mereka membenarkan Rudy masuk dan melawatnya selama sejam, Rudy mengangguk kecil kemudian memulas tombol pintu bilik itu dan masuk ke dalam.

Kreak...

Tap, Tap, Tap...

Klik!

Selepas pintu ditutup, Niki menoleh pandangannya ke arah orang yang sedang berdiri di pintu itu.

Niki terkejut, kemudian dia tersenyum sinis apabila melihat wajah orang yang dikenalinya.

Rudy menundukkan kepalanya sedikit di hadapan Niki kemudian berjalan ke arah katil Niki.

Tap, Tap, Tap, Tap...

Rudy menarik sebuah kerusi dan duduk di sebelah kanan katil Niki. Hampir seluruh tubuh badan Niki dibalut disebabkan kecederaannya itu.

Mereka berdua senyap seketika, kemudian, Rudy mula bercakap untuk memecahkan suasana senyap itu.

"Apa khabar, Niki... Sihat?" Tanya Rudy dengan wajah tenang, namun, di dalam matanya jelas menampakkan bahawa Rudy sedang cuba menahan perasaan sedih dan risau terhadap Niki.

"Aku sihat, macam mana dengan keadaan Mak Yah?" Tanya Niki.

"Mak Yah sihat je, cuma, sejak akhir-akhir ni Mak Yah banyak kali terbatuk-batuk." Kata Rudy sambil matanya memandang ke bawah dengan riaksi sedikit risau.

"Apa?! Mak Yah sakit?!" Niki cuba untuk bangun, Rudy segera menyekat Pergerakan Niki dan menyuruhnya untuk baring semula.

"Kau kena rehat, kecederaan kau agak teruk dan kau masih lagi lemah." Pujuk Rudy, Niki mengalah kemudian bebaring semula di atas katilnya.

"Doktor cakap kau akan pulih selagi kau ikut arahan Doktor dan makan ubat ikut jadual. Walaupun aku tak percayakan kata-kata doktor-doktor tu, tetapi kita tiada pilihan lain." Kata Rudy sambil memandang ke mata Niki.

"Macam mana dengan Ali dan Bakar?" Pertanyaan Niki itu telah membuatkan Rudy terkejut. Dia ingatkan Niki terlalu membencikan mereka kerana mereka ada pertalian darah dengan Aliya.

"Kenapa tanya fasal diorang? Bukan ke korang bermusuhan?"

"Heh! Aku yang buta, Rudy." Niki mengalihkan pandangannya ke luar tingkap dengan senyuman sinis di bibirnya.

Rudy hanya mendiamkan diri untuk menunggu Niki menghabiskan kata-katanya terlebih dahulu.

"Diorang sangat baik, diorang cuba bantu aku, diorang cuba sedarkan aku yang jalan yang aku ambil ni adalah jalan yang salah. Tetapi aku degil, aku butakan mata dan pekakkan telinga aku untuk tidak mengendahkan kata-kata mereka. Akhirnya, perbuatan aku sendiri yang memakan diri aku." Niki memandang ke siling pula.

"Buat kali terakhir, aku dapat bertemu semula dengan Aliya. Ali mewarisi kekuatan dan rupa seperti Aliya manakala Bakar mempunyai keyakinan yang sama dengannya. Aku bersyukur aku dapat bertemu dengan mereka." Niki memandang semula ke arah Rudy, Rudy faham apa yang Niki mahukan. Niki mahu mengetahui keadaan sekarang mengenai Ali dan Bakar.

"Diorang dua okay. Bakar dah dinaikkan pangkat dan dipindahkan ke unit Skuad Elite manakala Ali, dia semakin kuat tanpa I.R.I.S. Mereka berdua sihat-sihat sahaja." Balas Rudy, dia melontarkan senyuman sinis sambil mengimbas kembali wajah Ali yang ceria itu.

Niki mengangguk kecil kemudian memandang ke siling semula, "Rudy, aku ada satu permintaan kecil. Boleh kau tolong makbulkan permintaan terakhir aku?"

"Apa dia?" Tanya Rudy sambil memandang ke wajah Niki yang kelihatan semakin pucat.

"Tolong jagakan Mak Yah untuk aku." Niki memandang ke arah Rudy, dia melihat wajah Rudy yang tenang itu, dia sudah tahu apa yang Rudy fikirkan.

Dia sedang berfikir mengenai permintaan Niki, Rudy memandang ke wajah Niki kemudian mengangguk laju.

"Aku janji. Aku akan jaga Mak Yah sehingga ke titisan terakhir aku. Aku tak akan biarkan Mak Yah berasa sengsara selama di bawah jagaan aku." Kata Rudy dengan keyakinan yang amat tinggi dengan semangat yang membara.

"Baguslah, terima kasih Rudy. Kau memang orang harapan aku." Kata Niki dengan senyuman manis kepada Rudy.

"Kau je satu-satunya orang yang masih lagi baik dengan aku. Semua orang disekeliling aku mula memulaukan diri daripada aku, aku rasa sunyi, aku rasa takut, aku rasa risau kalau-kalau Mak Yah akan berasa risau dan mula tidak menjaga kesihatannya, dia akan sakit jika diteruskan begitu. Tetapi sekarang, aku tak perlu risau lagi, aku yakin kau akan buat yang terbaik untuk kotakan janji kau tu." Kata Niki kepada Rudy.

"Aku janji akan buat yang terbaik! Lepas kau keluar daripada penjara, kita boleh pergi berkelah bersama-sama dengan semua orang di pinggiran." Kata Rudy sambil berdiri daripada kerusinya.

"Walaupun aku nak sangat lakukan perkara tu dengan korang, tetapi, masa mencemburui kita." Nafas Niki semakin kecil. Suara Niki menjadi serak.

Keadaan Niki yang berubah secara mendadak itu mula membuatkan Rudy berasa cemas. Rudy segera memeriksa keadaan Niki.

"Niki? Kenapa ni?"

"Terima kasih, Rudy. Terima kasih sebab berada di sisi aku buat kali terakhir. Terima kasih... Terima... Kasih... Rudy."

Tet! Tet..! Tet..!

"Niki?"

Tet...

Mesin pembaca nadi Niki mulai berhenti, suasana di dalam bilik itu mula menjadi panik. Rudy segera memanggil polis yang sedang berjaya di luar pintu untuk memanggil Doktor.

Pang!

"Tolong! Nadi Niki mula menurun secara mendadak!" Jerit Rudy, pegawai polis tu mula panik.

Seorang daripada mereka segera memanggil Doktor manakala bebarapa orang lain terus memasuki ke dalam bilik itu untuk memeriksa nadinya.

Tap! Tap! Tap! Tap!

Bunyi tapak kaki orang sedang berlari mula kedengaran semakin dekat ke arah pintu bilik sakit Niki.

Seorang Doktor, tiga orang jururawat perempuan dan beberapa orang polis mula menerjah masuk ke dalam bilik sakit itu.

Semua hero berbaju putih segera memeriksa keadaan Niki, Rudy dan beberapa orang pegawai polis yang lain semua berdiri sedikit jauh daripada katil Niki untuk membenarkan para pertugas barisan hadapan menjalankan tugas mereka.

Setelah Doktor itu memeriksa keadaan Niki, dia mula meeenundukkan kepalanya ke bawah dengan riaksi sedikit sedih.

"Innalilah wainnalilla rojiun... Masa kematian pada jam 10.30 malam. Punca kematian, gangguan sistem saraf di bahagian saraf tunjang yang disebabkan oleh kecederaan dalaman yang teruk. Bersedia untuk memindahkan mayat ke bilik mayat sehingga ada waris dari keluarganya atau orang terdekatnya datang menuntut mayat ini." Kata seorang Doktor dengan nada lemah, seorang jururawat berambut hitam pendek itu mencatat semua keterangan yang disebut oleh Doktor yang memeriksa Niki sebentar tadi.

Dua orang jururawat perempuan mula berjalan ke arah Doktor itu Dan menyerahkan laporan itu ke arah Doktor yang memeriksa keadaan Niki untuk ditandatangani olehnya sebagai seorang Doktor yang mengesahkan kematian Niki.

Kemudian, seorang jururawat menyerahkan laporan itu kepada seorang pegawai polis yang berdiri di sebelah kiri Rudy.

Pegawai itu mengambil laporan itu lalu ditelitinya setiap keterangan yang ditulis pada kertas laporan itu. Setelah semua keterangan yang dibaca betul dan tepat, dia menutunkan tangannya yang memegang laporan itu ke bawah kemudian berdiri tegak.

"Salam takziah." Kata Syazwan, seorang pegawai polis berjawatan Inspektor sambil menundukkan kepalanya ke bawah. Semua pegawai polis yang lain juga turut berbuat demikian.

Rudy melihat ke wajah Niki dari jauh, wajahnya hanya tenang, tiada sebarang perkataan mampu diungkapkan olehnya sekarang.

Seorang jururawat perempuan mula menutup wajah Niki dengan kain selimut putih, kemudian, seorang jururawat perempuan mula memasuki bilik itu dengan membawa sebuah katil beroda.

Semua hero berbaju putih itu mula bekerjasama mengangkat mayat Niki perlahan-lahan lalu diletakkan di atas katil beroda itu untuk proses pemindahan mayat ke bilik penyimpanan mayat.

Rudy dan beberapa orang pegawai polis itu mulai memberikan laluan kepada mereka untuk membawa mayat Niki pergi dari situ.

Inspektor Syazwan meletakkan tangannya di atas bahu Rudy, Rudy menundukkan kepalanya ke bawah. Insp. Syazwan cuba mahu menenangkan hati Rudy mengenai kematian Niki.

"Awak semua balik dulu ke balai, saya akan menyusul kemudian." Kata Insp. Syazwan kepada orang bawahannya.

"Baik."

Pegawai polis yang lain hanya mengangguk kecil kemudian berjalan pergi meninggalkan Insp. Syazwan dan Rudy sendirian di dalam bilik wad itu.

"Boleh kamu ikut kami ke balai sebentar? Kami perlukan sedikit keterangan daripada kamu sebagai salah seorang orang yang paling rapat dengan si mati." Tanya Insp. Syazwan kepada Rudy.

Rudy mengangguk kecil, "Okay." Insp. Syazwan menepuk lembut bahu Rudy kemudian berjalan keluar daripada bilik wad itu, Rudy mengekorinya daripada belakang dengan senyap.

Flashback end...

"Pergilah jumpa kawan kamu tu, tak baik biarkan orang menunggu lama-lama." Pujuk Mak Yah dengan senyuman sayu kepada Rudy.

"Tetapi, Mak Yah macam mana?" Tanya Rudy dengan sedikit nada sedih dan risau. Mak Yah menyentuh pipi kanan Rudy dengan lembut.

"Jangan risaukan Mak Yah, Mak Yah boleh jaga diri. Lagipun, budak-budak tu ada. Diorang boleh tolong tengok-tengokkan Mak Yah." Kata Mak Yah, cuba menenangkan hati Rudy yang sudah gelisah itu.

"Okay... Tetapi, kalau Mak Yah perlukan apa-apa, cepat-cepat telefon saya dan saya akan terus datang ke sini, okay?" Mak Yah mengangguk kecil dengan arahan Rudy itu.

Lima orang budak berumur dalam lingkungan 12 tahun mula berjalan masuk ke dalam rumah Mak Yah. Dua lelaki dan tiga perempuan, mereka berjalan terus ke arah Mak Yah dan duduk di sebelah kiri Mak Yah.

Rudy berdiri kemudian memandang ke setiap wajah budak-budak kecil itu, "Tolong jagakan Mak Yah, ya? Nanti abang belikan KFC (Keturcy Fried Chicken) kepada kamu semua." Kata Rudy dengan senyuman manis.

Selepas mendengarkan kata-kata Rudy itu, semua budak kecil itu bersorak kegembiraan. Sudah agak lama mereka tidak makan besar. Mereka semua menunjukkan dua ibu jari ke atas dengan senyuman kegembiraan terukir di wajah mereka.

Rudy menghela nafas lega, "Rudy pergi dulu, ya Mak Yah? Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam..." Jawab kesemua budak-budak itu dengan Mak Yah kepada Rudy.

Rudy mula berjalan pergi keluar daripada rumah Mak Yah, langkah Rudy terhenti di luar pintu rumah Mak Yah.

Rudy memalingkan wajah ke belakang dan memandang ke wajah Mak Yah buat kali terakhir sebelum pergi meninggalkannya.

"Ya Allah, tolonglah jagakan Mak Yah. Hanya Kau sahaja tempat aku berserah, aku serahkan nasib Mak Yah kepada Kau. Sesungguhnya, Engkau sahajalah tempat kami bergangtung." Kemudian, Rudy berjalan pergi ke arah motorbike nya dan terus pergi ke arah lokasi rumah Iman.

Setelah beberapa minit berlalu, akhirnya Rudy telah tiba di hadapan pintu rumah Iman. Rudy terkesima apabila melihat rumah banglo yang besar itu.

Rumah tiga tingkat itu mempunyai sebuah laman bunga yang besar dan dilengkapi dengan sebuah kolam ikan dan dua buah kolam mandi. Dekorasi luarannya sudah menampakkan betapa kayanya keluarga Iman.

Rumah banglo yang megah itu sangat cantik, lampu-lampu malam yang hanya menggunakan tenaga Solar daripada matahari itu dapat dilihat di atas setiap tembok disekeliling rumah Iman dan mula menyinari malam hari yang gelap.

Pagar elektrik rumah Iman mulai terbuka, Rudy memarkingkan motorbikenya di tepi pagar rumah Iman untuk tidak menghalang laluan keluar masuk kereta di rumah Iman.

Rudy meletakkan helmetnya di atas badan motosikalnya kemudian berjalan ke arah pagar itu.

Tap! Tap! Tap! Tap!

Bunyi tapak kaki, orang sedang berlari mula kedengaran. Bunyi tapak kaki itu semakin dekat dan menghala ke arah Rudy.

"Awak dah sampai." Kata Iman dengan senyuman manis kepada Rudy. Rudy terkesima sebentar, dia terkejut tidak terkata apabila melihat figura wanita itu.

Iman memakai pakaian jubah labuh berwarna biru, kain labuh jubahnya berterbangan mengikut arus angin seperti gaun puteri. Tudung shawlnya yang berwarna kuning menyerlahkan lagi kecantikannya di malam hari.

Iman berdiri di hadapan Rudy, "Jemputlah masuk, mak dan ayah saya sedang menunggu awak di dalam." Ajak Iman, namun Rudy masih lagi terkaku seperti patung bernyawa.

Iman melambai tangannya di hadapan wajah Rudy beberapa kali kemudian, Rudy berjaya tersedar daripada fantasi ke realitinya.

"Awak okay, Rudy?" Tanya Iman.

"Eh? Urm... Saya... Err..." Rudy mula berkelakuan janggal di hadapan Iman, Iman tergelak kecil kemudian mula memimpin Rudy berjalan masuk ke dalam rumahnya.

Langkah Iman terhenti apabila mendengar Rudy mengungkapkan sesuatu dari mulutnya.

"Awak nampak cantik malam ni, Iman." Puji Rudy, dia memalingkan wajahnya ke kiri sambil memegang lehernya.

Iman memandang ke arah Rudy dengan riaksi malu, wajahnya mulai kemerah-merahan seperti kek Red Velvet. Dengan segera Iman berjalan masuk dengan langkah laju. "Cepatlah, tak baik biarkan orang menunggu."

Rudy mengangguk kecil kemudian mengekori langkah Iman ke dalam rumahnya, Rudy membuka kasutnya kemudian masuk menerusi pintu hadapan.

Pagar automatik mulai ditutup, Iman memimpin Rudy berjalan ke arah laman belakang rumahnya yang kelihatan sangat cantik di waktu malam.

Setelah tiba di lama belakang, Rudy terpegun sekali lagi. Kecantikan mulai terserlah di beberapa bunga yang berwarna warni.

Warna hijau daripada pokok-pokok besar dan redup itu membuatkan suasana kelihatan sangat tenang dan damai.

"Jom." Ajak Iman, mereka berjalan ke arah sebuah meja makan berbentuk bulat yang diperbuat daripada kayu Jati.

Di sana, ibu bapa Iman telah sedia menunggu kehadirannya dengan suasana yang penuh romantik dan formal.

Tan Sri Ibrahim memakai suit formal putih manakala Puan Sri Mazlina memakai jubah labuh berwarna merah menawan dengan tudung labuh sehingga ke paras pusat berwarna hitam yang berkilauan di waktu malam.

Mereka berdua berbual sesama mereka sebentar, perbualan mereka terhenti apabila mereka terlihat Iman dan Rudy sedang berjalan ke arah mereka.

Setibanya sahaja Iman dan Rudy di sana, Tan Sri dan Puan Sri mulai berdiri. Tan Sri bersalaman dengan Rudy kemudian mereka berempat duduk di situ.

Beberapa pelayan yang memakai rompi hitam, seluar slack hitam, kemeja putih berkolar, bow-tie merah, stoking hitam dan kasut kulit hitam berkilat mulai datang ke arah meja mereka untuk menghilangkan makananan.

Beberapa makanan enak dapat dilihat dan dibau di meja itu, makanan yang kelihatan agak mahal juga berada di atas meja itu.

"Disebabkan ini merupakan pertemuan pertama kita, saya sudah menyuruh chef di hotel lima bintang untuk datang memasak di rumah kami. Semoga makanan di sini memenuhi cita rasa kamu, Rudy." Kata Puan Sri Mazlina kepada Rudy.

Rudy mengangguk kecil, selepas pelayan-pelayan itu selesai menghidangkan makanan itu di atas meja kayu itu, mereka berjalan pergi dan menjalankan kerja mereka di dapur pula.

"Silakan." Jemput Tan Sri Ibrahim kepada Rudy serta keluarganya. Apabila Tan Sri Ibrahim dan Puan Sri Mazlina mahu memakan makanan yang sudah tersedia di atas pinggang mereka itu, pergerakan mereka terhenti apabila Rudy mula membaca doa makan.

"Bismillah hirohma nirahhim..." Tan Sri Ibrahim dan Puan Sri Mazlina terkaku sebentar, Iman sudah menadah tangan dengan gelak tawa kecil.

Tan Sri Ibrahim dan Puan Sri Mazlina meletakkan sudu dan garfu semula di atas pinggang mereka dan mula menadah tangan. Mereka semua mengaminkan doa Rudy, setelah selesai membaca doa, mereka mula menjamu selera.

"Apalah ayah dan ibu ni, buat malu sahaja dihadapan Rudy." Kata Iman dengan gelak tawa kecil.

"Ha, ha, ha, ha... Maafkan kami, ya Rudy? Terlupa pula mahu membaca doa makan, maklumlah, dah berusialah katakan." Kata Tan Sri Ibrahim dengan nada ceria kepada Rudy.

"Tidak mengapa Tan Sri, saya faham." Kata Rudy dengan senyuman menawan kepada Tan Sri Ibrahim.

Puan Sri Mazlina mula mendekatkan kepalanya ke telinga Iman untuk membisikkan sesuatu kepadanya, Iman mendekatkan kepalanya ke arah ibunya. "Iman, bertuah kamu dapat berjumpa dengan Rudy. Dia sangat kacak, malah, lebih kacak daripada ayah kamu waktu dia sebaya kamu berdua."

Wajah Iman semakin kemerah-merahan, Iman segera menarik kepalanya semula dan duduk tegak dengan postur badan 90 darjah. "Ada-ada sahajalah ibu ni..."

"Tidak perlu bersikap formal dengan kami, panggil sahaja Pak Cik dan Nenek." Apabila Puan Sri mendengarkan perkataan 'nenek' daripada mulut Tan Sri, dia segera mencubit lengan tangan suaminya itu.

Tan Sri terkejut kemudian tergelak kecil, walaupun sudah berusia, namun, Tan Sri Ibrahim masih lagi suka mengusik isterinya.

"Tua sangat ke saya ni?" Nada sedikit marah mulai kedengaran dalam suara Puan Sri Mazlina.

Rudy dan Iman tergelak kecil melihat gelagat sepasang suami isteri itu. Tan Sri Ibrahim juga ketawa dengan telatahnya sendiri.

"Ha, ha, ha, ha... Saya bergurau sahajalah. Jangan panggil Isteri saya nenek, panggil dia Mak Cik, nanti dia tumbuh tanduk..." Tan Sri Ibrahim membuat gaya berbisik kepada Rudy. Sekali lagi Puan Sri Mazlina mencubit lengan suaminya.

"Awak ni..!"

"Okay, okay... Saya bergurau sahajalah."

Suasana ceria di laman itu membuatkan semua pelayan dan pekerja di rumah Iman mengintai mereka berempat.

"Awww..! Walaupun dah berusia, Tan Sri masih lagi seorang lelaki yang romantik dan gentleman! Saya harap suatu hari nanti saya dapat bertemu dengan lelaki sepertinya." Kata seorang pelayan perempuan yang sedang memeluk tiang di dapur itu.

"Tak perlu cari, saya kan ada." Kata seorang pelayan lelaki sambil berdiri dengan mengcengkak pinggangnya. Hidungnya kembang kempis, beberapa orang pelayan perempuan di sana melihat lelaki itu dari atas ke bawah.

"Awak? Romantik? Gentleman?"

"Yes, that's right my lady."

"Pfft..! Ha! Ha! Ha! Ha..!" Semua pelayan perempuan dan lelaki tergelak kecil melihat gelagat lelaki itu.

"Apa? Kenapa awak semua ketawa?" Tanya lelaki itu, wjahanya sudah mula menunjukkan bahawa dia berasa malu dengan rakan sekerjanya itu.

"Kalau nak dibandingkan awak dengan Tan Sri, Tan Sri sepuluh kali ganda lebih hebatlah..."

"Betul tu! Lagipun, ada ke perempuan nak dekat awak? Walaupun awak bermulut manis, tetapi, pekerjaan awak tak tetap."

"Jangan risau, Adam. Awak boleh cuba lagi." Seorang pelayan lelaki menepuk bahu Adam dengan gelak tawa kecil.

Mereka semua bergelak ketawa beramai-ramai, sehinggalah, ketua bahagian pembantu rumah mereka muncul.

"Ehem! Buat apa di sini lagi? Membawang?

"Erk!"

"Alamak..."

"Sambung kerja masing-masing!!!" Selepas arahan dikeluarkan, kesemua pembantu rumah itu berlari menyambung kerja mereka.

Selepas beberapa minit berlalu, Rudy serta keluarganya sudah selesai menjamu selera. Pelayan-pelayan di rumah itu mula menjalankan tugas mereka dan membersihkan meja itu.

Mereka berbual sesama mereka sepanjang malam, Tan Sri dan Puan Sri banyak bertanya kepada Rudy mengenai pekerjaannya, biodata dirinya, hobinya dan bagaimana dia dan Iman bertemu buat kali pertama. Sedang mereka berbual, tiba-tiba telefon Rudy berdering kuat.

Ring..! Ring..!

Ring..! Ring..!

Rudy memeriksa siapakah yang sedang menalefonnya diwaktu malam itu. What's App video call daripada ahli padukannya sedang menalefonnya.

Rudy minta diri dahulu untuk menjawab panggilannya dan terus berjalan ke suatu sudut laman itu yang sedikit tersorok.

Klik!

Rudy menekan butang hijau kemudian menjawab panggilan daripada keempat-empat Ejen Inviso itu.

Gambar What's App Bro Video Calls Pasukan Inviso.

"Ada sesuatu berlaku ke?" Tanya Rudy dengan wajah tenang sambil memandang ke ke skrin telefonnya.

"Hey, Rudy! Lama tak jumpa, high five bro!" Kata Bobby di skrin kaca telefon Rudy sambil membuat gaya high five kepada Rudy.

Rudy hanya membuat riaksi tenang tanpa sebarang senyuman terukir di wajahnya. Rudy memandang ke arah Rizwan yang berada di skrin kirinya.

"Misi kedua dah keluar ke?" Tanya Rudy, Rizwan hanya mengangguk kecil kemudian mula berbicara.

"Misi kedua kita... Agak susah sikit. Kita perlu berkumpul sekarang." Kata Rizwan sambil memakan lolipop berperisa strawberry.

"Sekarang?" Tanya Rudy sekali lagi.

"Ya, sekarang. Ada apa-apa masalah ke?" Tanya Rizwan sambil menggerakkan keningnya ke atas.

Rudy memegang belakang lehernya sambil menjeling ke arah Iman dan keluarganya yang sedang rancak berbual di meja makan itu.

"Kalau... Saya datang lewat sikit boleh?" Tanya Rudy sambil memandang ke arah empat Ejen seniornya.

"Boleh aku tahu kenapa?" Tanya Rizwan kepada Rudy. Rudy mengetap bibirnya. Dia sedang memikirkan ayat dan alasan yang boleh dianggap munasabah.

"Aku tak kisah, markah kau yang akan terjejas nanti bro. Bukan kami, tetapi kau kena ingat Bro, markah kau masa misi pertama paling rendah berbanding dengan markah kami berempat. Kalau kau lambat datang ke sini, kau yang akan rugi dan kau akan terkeluar serta merta daripada pertandingan ini." Kata Bobby dengan wajah ceria dan senyuman misteri terukir di wajahnya.

Kata-kata Bobby telah membuatkan Rudy tiada pilihan lain melainkan mengikut arahan daripada mereka. Rudy menarik nafas panjang kemudian menghembusnya keluar.

"Okay, lagi sejam saya sampai." Kata Rudy dengan wajah sedikit sedih. Dia menjeling ke arah Iman dan keluarganya. Mereka sangat gembira bersama.

"Bagus, macam ni lah anak murid aku!" Puji Djin sambil memberikan manaikkan satu ibu jarinya ke atas kepada Rudy.

"Jumpa kamu lagi sejam, Rudy." Karya menundukkan kepalanya sedikit ke bawah di hadapan Rudy.

"Heh! Keputusan yang bagus, bro! Tak adalah bosan sangat nanti pertandingan ni." Kata Bobby kepada Rudy.

Rizwan hanya tersenyum sinis kepada Rudy, kemudian. Mereka semua mematikan panggilan mereka.

Rudy menyimpan telefonnya semula ke dalam poket blezernya dan berjalan ke arah keluarga Iman.

Apabila Rudy tiba di meja itu, semua mata mula memandangnya. Riaksi Rudy sedikit sedih, dia menarik nafas panjang kemudian mulai berbicara.

"Maafkan saya, Pak Cik, Mak Cik, Iman. Saya dapat panggilan daripada ketua saya dan dia menyuruh saya untuk datang ke pejabat sekarang." Kata Rudy sambil memandang ke arah ketiga-tiga wajah itu.

Wajah ceria di muka Iman mulai luntur setelah mendengar kata-kata daripada Rudy itu.

Tan Sri Ibrahim berdiri kemudian memegang lengan kanan Rudy. "Tak apa, kami faham. Tengku Rizwan perlukan kamu di sana. Pergilah."

"Terima kasih, Pak Cik." Kata Rudy sambil menundukkan kepalanya seidkit.

"Kalau kamu ada masa lapang, datanglah singgah ke rumh kami sekeluarga." Puan Sri Mazlina juga turut berdiri dan memandang ke wajah Rudy.

"Insya-Allah." Balas Rudy. Kemudian, Iman pula berdiri menghadap Rudy.

"Biar saya hantar awak ke pintu keluar." Kata Iman sambil membuat kontak mata dengan Rudy.

Rudy hanya mengangguk kecil, dia bersalaman dengan Tan Sri Ibrahim kemudian dia berjalan bersebelahan dengan Iman ke arah pintu keluar.

Setelah lama berjalan, mereka berdua telah berada di luar pagar rumah Iman. Rudy duduk di atas motorbikenya sambil memegang topi keledar di tangannya. Dia memandang ke wajah Iman semula.

"Terima kasih kerana sudi datang hari ni. Mak Ayah saya suka sangat dekat awak." Kata Iman sambil melontarkan senyuman manis kepada Rudy.

Wajah Rudy mulai kemerah-merahan, demi mengelakkan Iman terlihat wajahnya sedang merah, Rudy segera memakai topi keledar di kepalanya kemudian menutup wajahnya dengan cermin di topi keledarnya.

"Saya pergi dulu. Assalamualaikum." Rudy mula menghidupkan enjin motosikalnya dan mengundurkan motosikalnya ke jalan raya.

Broom! Broom!

Iman hanya memandang dengan wajah ceria melihat Rudy, "Waalaikumsalam. Jaga diri, elok-elok bawa motor tu."

Rudy mengangguk kecil, dia terus menekan minyak dan pergi meninggalkan rumah Iman.

Malam itu, hati Iman mulai tenang dan gembira. Dia gembira kerana akhirnya sasarannya untuk bersama dengan Rudy bakal direalisasikan. Hanya masa dan doa serta usaha yang dapat menentukannya.

Continue Reading

You'll Also Like

1.7M 57.7K 71
In which the reader from our universe gets added to the UA staff chat For reasons the humor will be the same in both dimensions Dark Humor- Read at...
213K 8.9K 24
Where Lewis Hamilton goes to a cafe after a hard year and is intrigued when the owner doesn't recognise him. "Who's Hamilton?" Luca says from the ba...
1.2M 51.1K 97
Maddison Sloan starts her residency at Seattle Grace Hospital and runs into old faces and new friends. "Ugh, men are idiots." OC x OC
354K 5.9K 78
A text story set place in the golden trio era! You are the it girl of Slytherin, the glue holding your deranged friend group together, the girl no...