[C] SUAMI HIGH CLASS •JK ☑️

By menantuPakcikJeon

115K 12.3K 3.6K

Laki dia si High Class vs Bini dia Si minah dobi. Ahn Yeonha dan Jeon Jungkook dipertemukan didalam keadaan m... More

SHC 1
SHC 2
SHC 3
SHC 4
SHC 5
SHC 6
SHC 7
SHC 8
SHC 9
SHC 10
SHC 11
SHC 12
SHC 13
SHC 14
SHC 15
SHC 16
SHC 17
SHC 18
SHC 19
SHC 20
SHC 21
SHC 22
SHC 23
SHC 24
SHC 25
SHC 26
SHC 27
SHC 28
SHC 29
SHC 30
SHC 31
SHC 32 • BARISAN WATAK •
SHC 33
SHC 34
SHC 35
SHC 36
SHC 37
SHC 38
SHC 39
SHC 40
SHC 41
SHC 42
SHC 43
SHC 44
SHC 45
SHC 46
SHC 47
SHC 48
SHC 49
SHC 50
SHC 51
SHC 52
SHC 53
SHC 54
SHC 55
SHC 56
SHC 57
SHC 58
SHC 59
SHC 60
SHC 61
SHC 62
SHC 63
SHC 64
SHC 65
SHC 66
SHC 67
SHC 68
SPOILER • 69 & 70 •
SHC 69
Season 2 is Coming !

SHC 70 • FINAL •

1.5K 139 323
By menantuPakcikJeon

" Cepat, Tae ! "

" Sabar, Jiyoon. Kita dah nak sampai pun. "
Taehyung cuba menenangkan Jiyoon.

Dia tahu, gadis itu tidak sabar untuk bertemu mata dengan Han Boreum dan dia juga sama.

" Saya tak sangka, dia boleh datang ke rumah sedangkan Yeonha tengah ada dekat hospital. Liciknya dia ! "

" Kau tunggu lah perempuan, aku ajar kau cukup-cukup hari ni ! "

***

Yoongi berlari anak ke arah muka pintu setelah menanti kedatangan Jiyoon.

" Lamanya Cik Jiyoon datang. Perempuan tu ada dekat atas lagi. Cepat ! "
Yoongi pula yang excited lain macam.

" Sorry, Yoongi. Betul dia masih ada dekat atas ? "
Tanya Jiyoon meminta kepastian.

" Betul, dia masih ada dekat atas tak keluar- keluar lagi. Entah apa yang dia buat pun tak tahu..."

" Takpe, awak pergi naik tengok dulu. Saya jaga Jungkook dekat bawah. "

" Awak pasti ? "

" Ya, awak mesti boleh, Jiyoon. Ini demi Yeonha dan Jungkook..."
Taehyung menepuk bahu Jiyoon agar gadis itu lagi bersemangat.

" Baik ! "

***

Jiyoon perlahan-lahan memulas tombol pintu bilik Jungkook dan menyelinap masuk ke dalamnya.

Puas dia mencari bayang Han Boreum namun dia tiada.

Dan tidak lama selepas itu, Jiyoon mula terdengar seseorang sedang bercakap disebelah ruangan wardrobe Jungkook.

Jiyoon berjalan ke arah itu dan benarlah, Boreum berada disitu sambil menilik dicermin sambil menggayakan barang perhiasan milik Yeonha.

" Dasar perempuan tak tahu malu ! Kau main pakai je kan barang orang ! Nanti kau ! "
Detik hati Jiyoon.

Terus Jiyoon mengambil telefon didalam poket seluarnya dan mula merakam percakapan Boreum itu.

Setiap perkataan yang keluar dari mulut Han Boreum itu mengejutkan Jiyoon.

Gila ! Perempuan ni memang gila sungguh !

Dia tidak menyangka, wujud manusia yang jenis tikam belakang kawan sendiri demi kepentingan untuk hidup lebih senang.

Lebih kasihan lagi, orang yang tak bersalah menjadi mangsa.

Dunia ni kejam !

"Tidur atas katil besar bersama Jungkook. Berkongsi wardrobe yang sama. Duduk dalam rumah besar ni dengan anak-anak kami. Mesti kau cemburu kan ? "

" Okay, done save ! "

Boreum terkejut dengan satu suara dibelakangnya. Terus dia berpaling ke belakang.

Mukanya cuak tak berdarah !

" Cubalah buat kalau berani ".

Boreum tergamam tatkala dirinya ditegur dari belakang . Terus dia kaku tanpa suara disitu.

" Kenapa ? Terkejut ke ? "
Soal Jiyoon menghampiri Boreum yang berdiri kaku disitu.

Kau tak boleh lari mana dah.

" Kau siapa ?! Macam mana kau boleh masuk dalam ni ?! "
Jerkah Boreum dengan selamba.

Heol ?!

" Aigoo-kalau aku tampar kau sia-sia je kau hidup atas muka bumi ni. Hey, who i am ? I'm Jungkook noona, get it ? "

" Noona Jungkook ? Err-sorry eonnie . Saya tak tahu Jungkook ada kakak. Maaf tadi saya terkasar bahasa. "

" Akhirnya dapat juga aku jumpa perempuan yang dah hancurkan rumahtangga adik aku sendiri . And plus, pembunuh Kim Taeha ! "

Boreum tak mampu buat apa-apa. Dia auto jadi takut.

" Sampai juga kau ke rumah aku kan ? Welcome home, Han Boreum ..."
Senyuman licik terhias dari bibir Jiyoon.

***


Taehyung duduk menghadap Jungkook yang sedang lena disofa itu. Dia ditinggalkan oleh Jiyoon sementara gadis itu mendapatkan Boreum yang berada ditingkas bilik atas.

Dia cuba untuk berdepan dengan Jungkook . Dia akui, dia terlalu banyak menghukum lelaki itu walhal dia juga antara mangsa keadaan.

Tubuh Jungkook mengeliat sedikit, matanya dibuka perlahan. Ternyata dia terkejut apabila mendapati Taehyung berada dihadapan dan sedang merenungnya.

" Tae.. Taehyung ? Kau buat apa kat sini ? ".
Soal Jungkook dengan bibirnya yang menampakkan sedikit pucat.

Kedengaran juga Jungkook sedikit batuk.

" Uhukk ..uhukk, kau nak pastikan aku dah tinggalkan Yeonha ke ? Aku dah tinggalkan dia macam yang kau minta. Aku dah buat, Taehyung. Tapi , tolong maafkan aku ".

" Aku minta maaf kalau kau sangka aku ni pembunuh Taeha. Tapi aku berani sumpah, Taehyung. Aku tak pernah buat semua benda tu. Sumpah ! "
Airmata Jungkook mula bergenang keluar dari tubir mata.

Taehyung tertunduk mendengar bicara itu keluar dari mulut Jungkook.

Terus dia bangun dan duduk disamping Jungkook.

Jungkook yang masih belum faham , kenapa Taehyung tiba-tiba ada dalam rumah nya.

" Sepatutnya aku yang minta maaf dengan kau, Jungkook. Selama ni aku salah menilai kau. Kalau dulu aku siasat betul-betul, semua ni takkan jadi. Kau dengan Yeonha pun bahagia ".

" Tapi aku dah tinggalkan Yeonha. Aku buat macam yang kau minta, Taehyung. Tu je aku mampu buat. Aku...aku tak sanggup buat yang bukan-bukan, aku sayangkan dia. "

Terus Taehyung mengusap belakang badan Jungkook.

" Aku minta maaf. Aku dah buat korang gaduh. Jujur aku cakap Jungkook, aku menyesal sebab libatkan Yeonha dalam masalah kita. "

" Jadi kau dah maafkan aku ? Taehyung, betul bukan aku buat Taeha bunuh diri. "

" Dah dah. Aku dah tahu semuanya. Kau tak salah, Jungkook. "

" Tapi satu je kebenaran yang kau kena tahu. Pasal Han Boreum..."

" Eo ? "
Jungkook bingung.

" Arghh ! ! "

Jungkook dan Taehyung mendongak ke tingkat atas gara-gara terkejut dengan satu jeritan yang kuat.

Terlihat Boreum berlari laju menuruni anak tangga.

" Han Boreum ? "
Jungkook mengesat airmatanya. Bila masa dia datang. Dia buat apa dekat atas ?

" Ya , Han Boreum ! Jangan lari ! "
Jerit Jiyoon dari belakang sambil mengejarnya.

Jungkook semakin bingung. Apa yang dah berlaku antara noona dengan Boreum ?

" Yoongi ! Cepat kunci pintu depan ! "
Jiyoon mengarahkan Yoongi untuk mengunci nya sebelum Han Boreum berjaya meloloskan diri.

Jungkook hairan, kenapa Jiyoon kejar Han Boreum . Apa dah jadi ?

Wajah Boreum mula pucat tatkala dia terperangkap dengan permainan nya sendiri. Dia cuba untuk membuka pintu namun tidak berjaya.

Yoongi disuatu sudut seperti mengejeknya.
" Padan muka kau ! "

" Boreum ? Awak buat apa dalam rumah saya? Bila sampai ? "
Tanya Jungkook seperti orang dungu tak tahu apa-apa.

" Mana kau nak lari ? Aku takkan benarkan kau keluar dari rumah ni selagi kau tak mengaku perkara yang sebenarnya !"
Jiyoon berkata dengan nada yang cukup keras.

Dah boleh kut nak bagi si Boreum ni kecut perut.

Boreum tak tahu nak buat apa, terus dia berlari mendapatkan Jungkook. Lengan Jungkook dipaut kemas.

" Boreum ? Kenapa ni ? "

" Jungkook ! Noona awak tadi hampir-hampir nak bunuh saya. Saya takut ! "
Suaranya dibuat sedih agar Jungkook terpedaya dan bersimpati terhadap nya.

" Bunuh ? Awak merepek apa ni ? Takkan lah noona nak buat macam tu ? Noona, apa dah jadi ni ? "
Soal Jungkook masih belum faham apa-apa .

Dasar kepala Jengkuk lambat loading.

" Jungkook, kau jangan percaya apa yang perempuan tu cakap. Gila ke aku nak bunuh dia. Kalau negara ni takde undang-undang dah lama la aku toreh-toreh muka dia tu ! "

" Woi perempuan ! Tunggu apa lagi, cepat mengaku depan Jungkook apa yang kau dah buat dengan Taeha. Kau fitnah dia sampaikan Jungkook tak percayakan dia dan dia mati bunuh diri. Semua tu jadi sebab kau ! "
Jiyoon habis geram . Dia harus pastikan Jungkook tahu kebenarannya hari ini.

" Betul tak Han Boreum ? Semua ni berpunca kau, kau bagitahu sekarang ! "

Dia dah tak sanggup nak simpan benda ni lama-lama. Ini amanah dari Yeonha.

" Betul , Jungkook. Semua ni jadi bukan sebab kau . Tapi ni semua jadi sebab Han Boreum, perempuan tu. "
Jari telunjuk Taehyung tepat menunjukkan ke arah Boreum .

" Dialah penyebab kematian Taeha..."

Jungkook terkejut . Apa semua ni !

" Aniya ! Semua tu tipu , Jungkook . Jangan percaya. Takkan saya nak fitnah Taeha. Dia kawan baik sayalah. "

Jungkook memejamkan matanya cuba untuk hadam apa yang mereka cuba sampaikan padanya.

" Betul ke semua ni, Boreum ? Apa yang noona saya dan Taehyung cakap tu betul ke ? Kalau awak tak salah awak jangan takut. "

Tergagap-gagap Boreum untuk mengaku. Dia pandang wajah Jungkook silih berganti.

" Buang masa lah semua ni. Kook, kau dengar sendiri perempuan ni cakap apa. Dia sendiri yang mengaku. Woi, kau tahulah akibatnya nanti ! "
Jiyoon menyerahkan telefon miliknya kepada Jungkook dan menunjukkan rakaman video yang dia sempat rakam tadi.

Nasib baik ada bukti .

Jungkook menonton video itu . Matanya seperti terkejut dengan apa yang dia lihat dan dia dengar.

Jiyoon dan Taehyung masing-masing menanti reaksi Jungkook.

Manakala Boreum disamping Jungkook sudah menggigil gara-gara takut kalau rahsianya selama ini terbongkar.

" Han Boreum , betul ke awak cakap macam ni ? "

Boreum masih senyap. Dia tak mampu nak berkata-kata. Lidahnya kelu dengan tiba-tiba.

" Aku tanya , betul ke apa yang kau cakap ni ?! Kau sebenarnya sebab Taeha mati ?! "
Jerkahan Jungkook mengejutkan semua orang termasuklah diri Boreum sendiri.

" Saya buat semua ni sebab saya cintakan awak, Jungkook ! Apa kurangnya saya , kenapa awak nampak Taeha je ! "

Flashback

3 tahun sebelum kejadian

Taeha berlari keluar dari teksi dan tiba dihadapan rumah Han Boreum.
Airmatanya dikesat laju, dia harus dapatkan Boreum.

Boreum kena tolong dia.

" Boreum , keluar sekejap . Aku nak jumpa kau ".
Tersedu sedan Taeha menangis gara-gara terkejut .
Jungkook bencikan dia bila dapat tahu rahsia yang dia sembunyikan selama ini.

" Aku tahu kau ada dalam rumah. Aku nak jumpa kau, Boreum ! "

Beberapa minit kemudian, Boreum keluar dan menuju ke pintu pagar rumahnya.

Dia memandang Taeha dengan pandangan sinis.

" Boreum , tolong aku ! Tolong yakinkan Jungkook yang aku tak berniat nak buat semua ni. Please..."

" Kau datang sini sebab nak minta tolong aku ? Minta tolong atas penipuan kau ke ? Eh dahlah, Taeha. Jangan jadi bodohlah. Jungkook takkan percaya dah apa yang kau dah buat".

Terkejut Taeha apabila kawan baiknya sendiri mengungkapkan perkataan sebegitu.

" Tapi kau cakap kau nak back up aku . Boreum, kau kawan aku. Kau sendiri yang cakap kalau jadi apa-apa nanti kau sendiri yang akan tolong aku jelaskan pada Jungkook. Wae ?! "

" Yah ! Aku tak tahulah kenapa kau ni lembab sangat. Kau yang buat salah nak sabitkan aku pula ? Pandai buat pandai lah tanggung. "

" Aku tak sangka lah kau sanggup tipu Jungkook macam tu. Dia punyalah ikhlas dengan kau. Tapi apa kau dah buat ? Kau dengar sini, Taeha. Jungkook tu dah benci kan kau. Nak tengok muka kau pun dia tak lalulah ! "

" Aku malu tau tak ada kawan jenis macam kau ni. Tak bersyukur. Perasan baik. Padahal kau lagi jahatlah !"

Taeha menutup mukanya gara-gara tak dapat menahan airmatanya. Dia tak sangka , begini perangai Boreum yang sebenar. Dia musuh dalam selimut !

" Tak payah nak menangislah , Taeha . Buat apa kau nak menangis dengan tindakan bodoh kau tu. Kesian Jungkook kalau dapat kau ni ".

" Boreum, kau sendiri yang suruh aku buat semua ni. Aku ikut cakap kau ! Aku buat sebab aku ingat kau ni kawan baik aku. "

" Hey, yang kau percaya bulat-bulat tu dah kenapa ? Aku cuma cadang bukannya suruh kau buat . Tapi tak sangka kau buat betul-betul. Taeha.. Taeha..kurang cerdik juga kau ni , ye ? "

" Aku ingat kau kawan baik aku. Susah senang aku kau ada bersama. Aku fikirkan kita kawan dah lama Boreum . Tapi ini yang aku dapat . "

" Aku tahu, kau dengki dengan aku. Kau dengki sebab aku lebih daripada kau. Kau tak boleh tengok aku senang, kan ? Kau jangan ingat , aku tak tahu apa yang kau dah putar belitkan pada Jungkook . Kau fitnah aku , cakap yang bukan-bukan pasal aku. Tapi aku tak pernah pun sebut nama kau depan dia. Aku fikir kau kawan aku, Boreum. Aku sayangkan kau ! "

" Memang ! Memang aku tak boleh tengok kau senang. Baguslah kau dah tahu . Senang sikit, aku tak payah nak pura-pura . Sebab apa , kau tu anak orang kaya. Kau cakap nak apa, semua kau dapatlah. Hidup kau mewah, bukan macam aku ! Lepas tu bila kau kenal dengan Jungkook , terus hidup kau bahagia. Kau buat tak tahu je dengan aku ! "

" Boreum ! Tak pernah pun terlintas dalam kepala aku nak abaikan kau lah ! Kau orang susah ke apa ke aku tetap kawan dengan kau. Kau kawan aku ! "

" Arghh ! Pergi matilah dengan kawan baik kau tu. Aku sampai bila-bila pun tak boleh tengok kau bahagia lebih lebih lagi dengan Jungkook . Jungkook milik aku ! "

" Takpe, kalau kau nak teruskan dengan hidup kau macam ni. Tapi kau ingat Boreum . Kalau aku mati pun lepas ni , kau jangan ingat hidup kau akan tenang. "

End flashback

" Puas hati awak Jungkook ! Awak langsung tak nak pandang saya. Awak nak juga pandang Taeha yang tak guna tu. Lepastu bila Taeha dah mati saya ingat saya boleh dapatkan awak macam tu je. Tapi susah ! "

Airmata Jungkook mula bergenang. Dia cuba menahan marahnya seketika.

Andai dia tak dapat mengawal dengan baik, Boreum kena berdoa agar dia tak mati dalam tangan Jungkook .

" Jawablah ! Lepas Taeha tak guna tu mati awak kenal pula dengan Yeonha miskin tu. Awak kahwin dengan dia. Saya cuba ubah hidup saya jadi lebih baik sebab nak suruh awak pandang saya rupa-rupanya tak juga. Awak ni kejam tahu tak ?! "

Pang !

Pipi sebelah kiri Boreum ditampar kuat oleh Jiyoon.

" Ni untuk Taeha, adik kepada bakal suami aku ! "

Taehyung terkejut gara-gara tindakan drastik Jiyoon mempertahankan Taeha, adiknya.

Wow, ini harus dipuji .

Pang !

Sebelah kanan pula penampar Jiyoon hinggap di pipi Boreum.

" Dan ni untuk Yeonha, adik ipar kesayangan aku ! Melampau kau eh ? Kau ingat kau layak ke nak bercakap macam tu ?! Hey, cerminlah sikit diri kau tu. Walau macam mana baik kau ubah hidup kau, adik aku takkan pandanglah perempuan macam kau ni !

Jungkook juga terkejut dengan tindakan berani noonanya itu . Noona sanggup pertahankan nama Yeonha daripada difitnah oleh orang lain.

" Lagi satu , kau kalau berjaya goda Jungkook untuk jatuh ke tangan kau. Kau silap besar, aku takkan sama sekali nak biarkan kau kaut semua kekayaan keluarga akulah. Kau tu bukannya ikhlas pun. Jaga sikit mulut kau tu ! "

" Sampai hati kau buat aku macam ni ! Kau dah gila ke , Boreum ?! Langsung takde hati dengan perasaan ke apa ?! Kawan baik kau sendiri sanggup buruk-buruk kan semata-mata nak suruh aku pandang kau ! Perempuan jenis apa kau ni ?! "

Taehyung mengalihkan pandangannya ke arah lain. Tak sanggup dia lihat api kemarahan Jungkook yang tiba-tiba sahaja meletus itu.

Tapi Jungkook memang berhak buat sebegitu. Itu memang selayaknya.

" Taeha pernah cerita dalam diari dia. Dia fikirkan hubungan sahabat baik dengan Boreumlah dia tak kaitkan nama itu sekali. Dia terlalu sayangkan kau Boreum , dia rela pendam macam tu je sampailah dia pergi untuk selama-lamanya. "
Taehyung menerangkan serba sedikit cerita yang Jiyoon pernah cerita padanya.

Adiknya itu terlalu baik , terlalu menjaga perasaan orang lain sampaikan perasaan sendiri tiada siapa yang peduli .

" Tapi apa yang kau buat ? Kau pentingkan diri kau, adik aku ? Kau langsung tak peduli lah ! "

" Tapi awak lupa satu hal Jungkook, awak sendiri yang pertahankan saya daripada kena serang dengan Yeonha, ingat tak ? Mana dia, dia dah tinggalkan awak ke ? Kesiannya, sebab tu la saya hadir nak hiburkan awak. Awak marah dia kuat sangat, percaya juga awak dengan kata-kata saya. "

" Lepas tu kan, hari yang saya kena tampar dengan dia tu kan, takde lah kuat sangat. Saya saja cakap bibir saya pecah padahal sikit je pun. Tapi saya sukalah, awak tetap pertahankan saya, kan ? Mesti sekarang Yeonha tu dah tinggalkan awak, sebab dia percaya yang saya lepas ni akan ganti tempat dia disisi awak nanti."

Tanpa banyak bicara,Jungkook terus mencengkam leher Boreum dengan kuat lalu mengheretnya keluar dari rumah.

Hatinya sudah panas gara-gara mengenangkan mulut biadap Boreum terhadap isterinya , Yeonha.

" Kau ni memang tak guna ! "
Jerit Jungkook dengan marah yang menguasai minda.

" Selama ni aku percaya kan kau, kau tahu tak ?! Kau tipu aku hidup-hidup, Boreum! "

" Aku akan pastikan kau mati hari ni ! "

Taehyung dan Jiyoon dari belakang cuba untuk menghalang Jungkook dari berbuat demikian. Risau kalau apa-apa jadi pada Boreum nanti.

Silap hari bulan jadi kes polis pula. Naya la kau Jungkook kena duduk dalam lokap !

" Jungkook , dah lah. Jangan buat macam tu. Mati budak tu nanti ! "
Ujar Jiyoon menarik baju Jungkook agar tidak terlalu mengikut perasaan.

Bahaya nanti.

Tangan Boreum mula terkapai-kapai saat dirinya diperlakukan sebegitu rupa oleh Jungkook. Dia bagaikan kurang nafas .

Nyawa nya bagaikan berada dihujung tanduk ketika ini.

" Kau punca semua ni terjadi. Sebab kau lah , Taeha mati. Sebab kau aku tak percaya cakap Taeha. Lepas tu kau buruk-burukkan Yeonha, isteri aku sampai aku tak percayakan dia ! "

" Jungkook, dah-dah. Benda boleh settle . Jangan terlalu ikutkan perasaan . Nanti jadi apa-apa susah pula. Kalau ikutkan hati aku, aku lagi marah tapi kita tak boleh terlalu ikut emosi. "
Nasihat Taehyung cuba menjauhkan Jungkook dari Boreum .

Dengan sekuat tenaga Jungkook masih belum dapat melepaskan cengkamannya pada leher Boreum.

" Tae, tolong halang Jungkook ! Mati kang budak tu ! "
Jiyoon kalut dah susah hati. Aigoo Jungkook , kalau marah sekalipun jangan ikutkan marah tu.

" Aku percaya cakap kau bulat-bulat ! Apa yang kau cakap semua betul ! Aku tak percaya cakap Taeha, cakap Yeonha. Betul la apa yang Yeonha cakap pasal kau, kau memang perempuan hati busuk ! "

Marah Jungkook masih belum reda. Boreum sudah mengalirkan airmata gara-gara terlalu sakit dengan cengkaman Jungkook.

Kalau lama-lama lepas ni boleh tempah kubur jawabnya.

" Berani kau pakai barang Yeonha ?! Siapa bagi hak kau sentuh barang kepunyaan isteri aku ! Arghh ! "
Jungkook menarik rantai yang berada dileher Boruem menyebabkan lehernya sedikit terguris dan kemerahan.

" Kau langsung tak layak kalau nak dibandingkan dengan Yeonhalah. Kau sedar sikit ! "

Jiyoon dan Taehyung risau kalau-kalau Jungkook buat lagi ganas dekat Boreum.

Namun Jungkook mula merasakan dirinya sudah tidak berdaya untuk berdiri. Dia penat !

Boreum mengambil peluang dan terus dia menyiku Jungkook dan berlari masuk ke dalam kereta.

Dia cuba bernafas dengan baik gara-gara cengkaman Jungkook yang terlalu kuat itu.

Boreum terbatuk-batuk sehinggakan kurang bernafas jadinya.

Dengan sekuat tenaga, Boreum menolak tubuh Jungkook dan berlari menuju ke keretanya.

Jungkook terjatuh disitu kerana ditolak kuat oleh Boreum dan dia pengsan tidak sedarkan diri.

Boreum menghidupkan enjin keretanya dan laju meninggalkan kawasan rumah Jungkook.

" Uhukk uhukk...tak guna punya Yeonha. Kau sukakan tengok aku macam ni ? Kau kena mati ! Kau kena mati macam mana Taeha mati !

***


Waktu hampir tiba untuk menjemput malam , Jiyoon menghantar Taehyung ke keretanya.

Kesian Taehyung , seharian teman dia tolong tengokkan Jungkook.
Apa lah nasib kau dik.

" Mian, Tae. Sebab susahkan awak angkat Jungkook tadi. Dia tu boleh tahan berat juga. Kalau nak harapkan saya dengan Yoongi memang tak larat lah . "

Taehyung senyum ke arah Jiyoon dan mengangguk perlahan.

" Gwenchana...takde yang susah pun. Selagi saya ada, saya tolong. Awakkan someone special dalam hati saya ".

Mata Taehyung dialihkan ke arah lain. Blushing pula pipi dia dengan tiba-tiba.

" Someone special ? Maksud awak ? "

Aduh, Jiyoon buat-buat tanya pula. Saja kau ni.

" Someone special la. Awak sorang je special dalam hati saya. Tak percaya ? "

" Tak -"

" Ambik pisau, belah dada saya. Baru awak tahu betapa special nya awak dalam hati saya ".

Jiyoon tersipu malu gara-gara pekena ayat manis Taehyung . Aihh, mudah cair nampaknya.

" Boleh, nanti ada masa saya belah eh. Sebab saya tak larat lah . Sakit tangan saya tadi tau pergi tampar perempuan tu. ".

" Alolo , kesiannya bakal teman hidup saya ni. Saya bangga dengan awak, Jiyoon. Tapi kan tadi, awak cakap saya ni bakal suami awak, kan ? "

Soal Taehyung dengan matanya yang sentiasa nakal .

Dia menundukkan kepala untuk melihat wajah Jiyoon yang pasti sudah merah menahan malu.

" Mana ada. Awak salah dengar tu. Saya takde cakap apa-apa pun ".

Jiyoon cuba menafikan . Segan oii.

" Takpelah kalau macam tu, daddy awak masih ada dekat atas kan ? "

" Ada, dia tengah tengokkan Jungkook. Kenapa ? "

" Boleh saya jumpa dia ? saya nak masuk meminang awak . Tapi lain kalilah, lagipun saya dah minta izin dengan dia dan dia restu... "
Taehyung membisikkan kata-kata itu dicuping telinga Jiyoon.

Jiyoon bagaikan nak pengsan. What ?! Taehyung nak masuk meminang aku ?!

OMG !

Tolong jangan pengsan dekat sini. Please ! Jangan pengsan depan Taehyung !

Taehyung ketawa kecil mengenangkan kecomelan kakak Jungkook itu.
Kyeopta !

" Kereta awak tu nanti saya hantar esok. Tengokkan Jungkook tau. Bye, sweetie ".

Jiyoon masih terkesima dengan Taehyung. Abang Tae buat akak gila bayang siut !

" Opps, bukan sweetie. Bye, bakal isteri . Jumpa nanti ",
Sebelum Taehyung masuk dalam kereta, sempat dia hadiahkan kenyitan mata buat Jiyoon.

DADDY, JIYOON NAK KAHWIN !

***

Tuan Jeon menyelimuti tubuh Jungkook dengan selimut sebelum dia mengusap kepala anaknya itu.

Kesian, seharian Jungkook muntah-muntah dan badannya sedikit panas.

Walaupun dia masih marah, tapi itulah anak. Takkan lama marahnya pada Jungkook lebih-lebih lagi sekarang ini Jungkook perlukan sokongan moral dari dia dan yang lain.

" Anak daddy ni..."
Senyuman nipis terukir dibibir Tuan Jeon.

Jauh dalam lubuk hatinya, dia dapat rasakan Jungkook dan Yeonha akan bersatu kembali.

Pintu bilik Jungkook diketuk perlahan dan muncul lah seketul wajah Jiyoon .

" Daddy..."

" Hmm, Taehyung dah balik ? "

" Dah..."
Tersenyum sahaja Jiyoon ketika Tuan Jeon menyebut nama Taehyung.

Tapi betul ke daddy dia dah restu aku dengan Taehyung ?

Maksud Taehyung tu restu dalam bercinta ke kahwin ?
Alamak, aku lupa pula nak tanya. Cis !

" Kalau rindu, esok-esok pun boleh jumpa kan ? Daddy tengok Taehyung tu baik juga. Yang penting dia gentleman macam daddy..."
Usiknya membuatkan Jiyoon ketawa besar.

" Daddy ni. Biarlah dulu. Hari-hari jumpa kan nanti dia bosan pula. Jungkook macam mana ? Dah okay ? "
Jiyoon duduk disebelah Jungkook yang sedang tidur di atas katilnya itu.

Ditenung wajah adik kesayangannya itu. Lepas satu-satu ujian kau dik.

Tapi syukurlah, kau dah tahu kebenaran hari ini. Kalau tak, entah sampai bila kau kena tipu hidup-hidup dengan Boreum jahat tu.

" Yeonha..."
Jungkook tiba-tiba memanggil nama itu .

Terus Tuan Jeon bangun dan menepuk sedikit tangan Jungkook untuk sedar.

" Jungkook...buka mata."

Terus Jungkook sedar daripada pengsannya.
Matanya memandang sekeliling.

Yang ada cuma Jiyoon dan Tuan Jeon sahaja di biliknya.

" Syukur kau dah bangun, dik. Lama tau daddy dengan noona tunggu kau bangun. "

" Jungkook kenapa ? Yeonha, Yeonha mana ? Jungkook nak jumpa Yeonha..."
Jungkook bangun dari perbaringannya namun ditegah oleh mereka berdua.

" Jungkook nak pergi mana ? Jungkook kena rehat nanti kalau apa-apa jadi macam mana ? "

" Esok je lah kita sama-sama pergi tengok Yeonha dekat hospital."

Sambung Jiyoon terlepas cakap.

Terkejut Jungkook apabila dia diberitahu yang Yeonha masuk hospital.

" Yeonha masuk hospital? Bila, noona ? "
Terlihat air muka Jungkook berubah.
Pada saat ini dia sangat risaukan Yeonha.

Jiyoon menghela nafasnya. Terpaksa juga dia bagitahu.


" Lepas korang bergaduh tu, daddy jumpa dia tak sedarkan diri tepi jalan. "

Jiyoon berasa kasihan pula. Masa nak meneruskan cerita, dia tengok Jungkook dah menangis .

Dan Jiyoon juga hampir menangis bersama.

" Daddy yang bawa Yeonha ke hospital. Maknanya dah 2 hari Yeonha ada dekat wad. "

" Daddy, Jungkook minta maaf. Semua ni salah Jungkook ! Kesian, Yeonha. Jungkook tak patut buat dia macam tu ! Noona ..."
Jungkook terus mendapatkan Tuan Jeon dan memohon kemaafan darinya.

Benarlah kata-kata daddynya. Dia akan menyesal dan sekarang dia memang terlalu menyesal.

Bodoh kerana percayakan orang lain daripada isteri sendiri.

" Jungkook nak jumpa Yeonha. Jungkook nak minta maaf..."
Kali ini Jungkook menangis dengan semahu-mahunya.

Jiyoon menepuk belakang Jungkook agar bertenang.

" Daddy dah maafkan, Jungkook. Dah, jangan menangis. Esok, kita semua pergi tengok Yeonha. "

" Yeonha dah okay dah. Cuma dia demam sikit je. Tak payah risau ..."
Tuan Jeon cuba memujuk Jungkook agar dia sedikit bersabar.

" Tak handsome lah Jeon Jungkook ni menangis. Kalau Yeonha tengok ni , mahu kau kena bebel dengan dia. "
Sempat Jiyoon mengusik adiknya itu.

***

Yeonha keluar daripada bilik air sambil merenung benda alah yang diberikan oleh nurse tadi.

" Dah kenapa aku buat benda ni ? Aku mana reti ..."
Yeonha mengomel sendirian sambil merenung pregnancy test yang berwarna biru putih itu.

" Takde apa pun. Rosak kut. Eh Yeonha, kau berharap eh ? Jangan nak berharap sangatlah. Dengan apa yang dah terjadi, kau ingat dia akan sayang kau ke ? "

" Boleh pergi mimpi lah kau..."
Terus Yeonha meletakkan pregnancy test itu didalam laci meja .

Suasana wad yang sunyi itu membuatkan hatinya terusik sedikit.

Kalau ada Seokjin kan best, boleh dengar lawak bodoh dia tu .

Memandangkan Seokjin pulang ke rumah sekejap untuk masakkan Yeonha makanan kegemarannya, terpaksalah Yeonha melayan perasaan seorang diri sekejap.

Dia merenung ke luar jendela. Dah 3 hari dia berada dalam wad, namun bayang Jungkook langsung tak kelihatan.

" Benci sangat ke kau dekat aku Jungkook ? Sampai kan kau tak nampak yang aku betul-betul nak selamatkan kau daripada Han Boreum. "
Terlahir nada sendu dari pantulan ayat Yeonha.

" Takpe, aku harap kau bahagia dengan pilihan yang kau buat. Mungkin aku bukan terbaik untuk kau. Aku sedar aku ni cuma menumpang kesenangan hidup kau. Macam yang kau cakap tu..."

Saat mengelamun seorang diri, Yeonha dikejutkan dengan kehadiran nurse ke dalam wadnya.

Yeonha sempat tersenyum namun dia perasan yang nurse kali ini memakai pelitup muka dan berkaca mata.

Nurse baru kut, getus hati kecilnya.

" Hmm, nurse. Saya nak tanya boleh ?..."
Yeonha saja nak memulakan perbualan sebab nurse ni nampak pendiam sangat.

" Tadi ada kawan nurse bagi saya pregnancy test tu, saya dah buat tapi takde apa-apa result pun. Kenapa ya ? "

Nurse itu diam tanpa mempedulikan pertanyaan Yeonha.

Uih, peliknya nurse dekat sini malam-malam. Tapi yang seorang ni je pelik sikit.

" Lagi satu, saya rasa badan saya macam lenguh-lenguh sikit. Tak tahu kenapa. Mungkin saya banyak baring kut. "
Yeonha ketawa sambil bercerita.

Aigoo, kena palau lagi.

" Mungkin awak dah nak mati kut..."
Jawapan nurse itu membuatkan Yeonha tergamam.

Gila ! Ada ke patut dia cakap macam tu dekat aku ?
Nurse ni biar betul.

" Aku akan pastikan kau mati malam ni. Sama macam perempuan tu. Korang tak layak rampas kebahagiaan aku ! "

Terus perempuan yang dikatakan nurse itu mengeluarkan sebilah pisau dari poket baju depannya.

Mata Yeonha terus membulat kerana terkejut apabila sebilah pisau itu dikeluarkan betul-betul didepannya.

" Kau kena mati, Yeonha ! "
Pelitup muka itu ditanggalkan serta merta dan terserlah lah wajah perempuan yang dikatakan nurse itu tadi.

" Han Boreum ! "
Yeonha bangun dan mengelak daripada terkena tusukan pisau tajam itu.

Dia mula rasa takut ! Kini dia diancam bahaya.

" Kau dah gila ke ?! Kau nak sangat Jungkook tu kau ambil lah. Bukan ke dia tengah bahagia dengan kau ke sekarang ! "
Jerit Yeonha . Dan dia berharap ada orang yang akan datang membantunya.

" Jungkook tu bodoh ! Kenapa dia tak percaya cakap aku, padahal selama ni aku memang sayang dekat dia. Tapi kenapa dia nampak Taeha, nampak kau ! "

" Aku ingat bila Taeha dah mampus, aku boleh dapatkan dia tapi kenapa kau?! Kenapa kau yang kahwin dengan dia bukan aku ! "
Pisau yang masih berada ditangan Boreum itu terus diacu ke arah Yeonha.

Yeonha mula risau. Dia takut andai Boreum betul-betul buat kerja gila ni !

" Bukan salah aku kalau kami berkahwin. Okay, kau tenang Boreum . Kau letak pisau tu. Kita bincang elok-elok. "
Yeonha cuba memujuk Boreum agar dia sedikit bertenang.

" Kau nak bincang apa ?! Aku nak kau mati Yeonha ! Kau faham tak ?! "

" Kau pun sama macam Taeha. Korang berdua memang tak suka tengok aku bahagia kan ?"

" Boreum ! Aku akan pastikan Jungkook kahwin dengan kau. Aku pasti...tapi kau jangan cuba buat benda ni. Kalau kau buat, kesudahan hidup kau sia-sia, Boreum. "

" Kau nak meringkuk dalam penjara ? Habis,macam mana dengan Jungkook ? Aku tahu kau takkan buat benda macam ni. "

Boreum masih dengan dunia psikonya. Pisau yang berada ditangannya itu langsung tidak dilepaskan.

" Kau ingat aku nak percaya cakap kau ? Sekarang ni Jungkook dah tahu. Kau yang bagitahu dia,kan ?! "

" Kau ni layak mati macam mana Taeha tu mati. Baru aku dengan Jungkook boleh bahagia ! "

Yeonha sudah buntu. Boreum memang dah gila.
Lalu dia perlahan-lahan berjalan menuju ke pintu namun lengannya ditarik kasar sehinggakan dia terdorong ke arah Boreum.

Kini Yeonha sedar, nyawanya berada dihujung tanduk.

Boreum ketawa kerana kini Yeonha berada dalam genggamannya.

Kau dah tak boleh lari Yeonha !

***

" Jungkook..."

Jungkook mencari dimana arah datangnya suara itu. Suara itu kerap memanggil namanya dari tadi. 

Jungkook bangun sahaja dari perbaringan,terlihat Yeonha duduk berada disisinya dengan berpakaian serba putih.

Dalam pada masa yang sama, Jungkook tersenyum melihat kehadiran isteri yang paling dia rindui itu.

Jungkook cuba menggapai wajah Yeonha namun ia bagaikan terhalang.

Tapi dengan tiba-tiba Yeonha menghulurkan tangannya kepada Jungkook dan Jungkook dapat menyambutnya dengan hati yang senang.

Jauh di dasar hati Jungkook, mungkin Yeonha sudah memaafkannya.

Yang menjadikan Jungkook pelik, kenapa Yeonha tidak mahu berbual dengannya.

Matanya seakan-akan seperti ingin mengatakan sesuatu ...

Tidak lama selepas itu, Yeonha melepaskan genggaman tangannya dari tangan Jungkook . Dan bayangnya pergi begitu sahaja.

Jungkook bangun dalam keadaan wajahnya dibasahi keringat.

Dia bermimpi akan Yeonha. Apa maksud mimpi tu ?
Jungkook masih bermain dengan teka teki di dalam fikirannya.

***

" Kau jangan buat macam ni, Boreum ! Kau nak jadi pembunuh ke ?! Aku janji, aku akan pastikan Jungkook jadi milik kau..."
Tergagap-gagap suara Yeonha kerana bilau pisau yang dipegang Boreum itu hampir mahu mencecah kulit lehernya.

" Kau tipu ! Jungkook dah bencikan aku lah ! Kau dengan orang lain sendiri kan yang cakap aku ni pembunuh, jadi biar aku betul-betul jadi pembunuh . Biar kau terus mati malam ni ! "

Yeonha hampir menangis namun dia kuatkan semangat. Dia tak boleh takut dengan kegilaan yang dialami oleh Han Boreum itu.

Dengan kudrat yang Yeonha punya, terus dia menyiku perut Boreum dan berlari menuju ke pintu namun kakinya tiba-tiba tersadung terkena kaki katil.

Yeonha jatuh ke lantai dan dia berasa bahagian bawah perutnya sakit.

Saat ingin bangun dan berlari pergi dari situ...

" Arghh ! "
Boreum mengangkat tinggi-tinggi pisau ditangannya dan membenamkan ia dibahagian belakang Yeonha.

Yeonha dapat merasakan perit dan sakit dibahagian belakangnya pula akibat terkena tusukan pisau oleh Boreum.

Boreum mencabut pisau yang sudah terkena pada badan Yeonha itu. Terus pisau itu dicampak ke lantai.

" Tak, aku tak bunuh kau ! Aku tak bunuh ! "

Yeonha menahan sakit dengan linangan airmata yang mula mengalir itu.

" Tolong ..."
Suaranya tidak berdaya untuk keluar.

Sakit tikaman yang dirasakan itu sangat dahsyat.

Sempat dalam hatinya berdoa agar ada orang datang dan selamatkannya .

Boreum ketakutan lalu berlari keluar dari wad Yeonha itu.

Tinggallah Yeonha seorang diri sambil cuba bangun dan mendapatkan pertolongan namun dirinya lemah tak berdaya.

" Tolong ! ..."
Hanya itu sahaja yang Yeonha mampu ucapkan. Tapi hampa, tiada seorang manusia pun yang datang dan mendengar panggilannya.

Akhirnya Yeonha terjelepuk dilantai bersama darah pekat yang membasahi lantai wadnya.

***

" Annyeonghaseyo—"
Jin sempat bertegur sapa dengan beberapa orang nurse yang bertugas dikaunter hadapan.

" Saya balik sekejap. Adik saya tu teringin nak makan masakan saya, jadi saya kena balik lah masak-masak dulu..."

Amboi, Seokjin sempat tersenyum manis sebelum kakinya melangkah menuju ke arah wad Yeonha.

Dia pasti, Yeonha masih belum tidur. Dia takkan tidur selagi dia belum sempat jamah masakan Seokjin.

Pintu bilik wad Yeonha dikuak.

" Yeonha, aku dah bawa makanan yang kau minta aku masak tu. Mesti kau tak..."

Melihat sahaja lantai yang dipijak oleh Seokjin itu berlumuran dengan darah dan sekujur tubuh yang tertiarap dilantai itu membuatkan plastik berisi makanan tumpah ke lantai.

" Yeonha ! "
Seokjin menjerit lantang tatkala terkejut melihat keadaan Yeonha yang sudah lemah dan penuh dengan darah.

Terus dia menghampiri Yeonha dan memangku kepala adiknya itu.

Darah yang terkena tangan Seokjin itu dipandang dengan perasaan takut .

" Yeonha, siapa buat kau macam ni ?! Kau jangan tinggalkan aku dik ! "
Seokjin terpandang pisau yang berada disebelah Yeonha itu.

Itu juga menambahkan lagi perasaan takutnya.

" Doktor...nurse ! Tolong ! "
Dengan sekuat hati, Seokjin menjerit meminta pertolongan agar bantuan segera datang.

" Seokjin..."
Yeonha memanggil namanya.

Airmata Seokjin mengalir tidak henti-henti. Perasaan takutnya mula menguasai dirinya. Dia takut andai apa-apa berlaku kepada Yeonha.

" Kau sayang aku kan ? "

" Kau cakap apa ni, aku sayang kan kaulah. Kau jangan cakap macam ni. Kau kena kuat Yeonha..."

Yeonha menarik nafasnya yang sedang turun naik. Dia rasa dunia ini hanya sementara untuknya.

" Kau jaga omma dengan appa. Aku sayang korang...aku sayang korang semua..."
Dahinya berkerut menahan sakit yang teramat sangat nsmjn dia sempat menitipkan pesanan untuk abangnya itu.

" Bagitahu Jungkook, aku sayang dia. Maafkan aku..."

" Tak ! Kau tak boleh pergi Yeonha ! Aku akan pastikan kau takkan pergi tinggalkan kami ! Kau kena janji yang kau kena bertahan ! "

" Doktor! Tolong, adik saya sakit! "

" Siapa yang buat kau macam ni dik ? Aku takkan maafkan orang yang dah buat kau sampai macam ni . Neraka tempat dia ! "

" Kalau aku harus pergi, tiada siapa yang dapat halang aku,kan ? "
Yeonha memandang anak mata Seokjin lama sebelum dia perlahan-lahan menutup matanya.

" Yeonha, buka mata kau ! Aku takkan biarkan kau pergi ! Bangunlah Yeonha...Yeonha ! "
Terus tubuh adiknya itu dipeluk erat dengan ditemani airmata.

Ahn Yeonha
dalam kenangan.

***

Semua ahli keluarga kedua belah pihak datang segera ke hospital setelah dihubungi oleh pihak hospital.

Puan Ahn dan Encik Ahn serta Lia berlari ke arah Seokjin yang duduk bercangkung dipenjuru dinding hospital.

" Seokjin~nah..."
Puan Ahn menangis mendapatkan Seokjin . Seokjin hanya mampu menangis dengan bajunya habis terkena darah Yeonha .

" Kenapa boleh jadi macam ni ? Siapa yang tikam Yeonha ? Bagitahu omma ! Aigoo anak aku ! "
Puan Ahn menangis lalu segera  dipeluk oleh Encik Ahn dan menyuruhnya duduk dibangku berdekatan.

Jungkook yang baru tiba bersama Jiyoon dan Tuan Jeon menghampiri mereka berdua.

Mendengar sahaja perbualan antara dua beranak itu terus kakinya lemah .

" Jungkook, sabar..."
Jiyoon turut menahan sebak melihat keadaan Jungkook yang tiba-tiba lemah .

Seokjin bangun dan berlari ke arah Jungkook.

" Jungkook, kesian Yeonha. Kesian adik aku. Adik aku kena tikam dengan pisau..."
Seokjin menangis disisi Jungkook .

Jiyoon menutup mulutnya gara-gara tidak dapat menahan kesedihan.

" Kalau aku sempat tadi, mungkin semua benda ni takkan jadi ! Aku yang salah, semua ni salah aku ! "

" Tak...semua ni salah Jungkook, hyung. Kalau Jungkook tak sakitkan hati Yeonha, Yeonha takkan terima ujian ni. Sepatutnya Jungkook yang patut terlantar bukan Yeonha..."

" Yeonha, aku minta maaf ! "
Jerit Jungkook lalu bangun dan berlari ke muka pintu bilik pembedahan .

Tuan Jeon mendapatkan Jungkook dan cuba menenangkan nya.

Taehyung yang baru tiba terus meluru ke arah mereka semua.

Dia terus menuju ke hospital setelah dimaklumkan oleh Jiyoon yang Yeonha seorang tengah kritikal di hospital.

Terasa dadanya bagai nak meletup setelah menerima berita itu.

Baginya, Yeonha sudah dianggap macam adiknya sendiri.  Bila dia dapat tahu Yeonha sedang bertarung nyawa di hospital, terus hatinya takut dan risau. 

" Aku salah, Yeonha. Aku silap ! Kalau aku percaya cakap kau, semua ni takkan berlaku. "

" Tuhan, kau pindahkan lah kesakitan isteriku kepada aku agar dia tidak terseksa dengan semua dugaan mu. Aku rela...tapi jangan kau ambil dia dari aku ! Aku tak nak dia tinggalkan aku ..."

" Sabar Jungkook, Yeonha pasti selamat, dia kan kuat ! Kita kena doakan dia supaya semangatnya terus kuat. Noona yakin..."
Jiyoon memeluk Jungkook yang duduk bersandar di dinding hadapan bilik pembedahan itu.

" Kook, sabar nak. Kita semua nakkan yang terbaik. Dia dekat dalam tengah bertarung Kook. Kita semua dekat sini doakan dia "
Celah Tuan Jeon dari belakang.

Jungkook menggeleng kepalanya laju selari dengan air matanya yang merembes laju.

" Anak omma tengah bertahan demi kita semua, Kook. Yeonha seorang anak yang kuat. Dia kuat untuk jumpa kamu nanti. "

" Oh tuhan , kau berikanlah kami kekuatan dan kesembuhan kepada Yeonha . Kami semua hanya mengharapkan pertolongan mu. Selamatkanlah anak kami ".
Encik Ahn pula berdoa dan mereka disitu semua sedang menangis sambil menunggu keputusan doktor .

" Makluman semua. Siapa keluarga kepada pesakit Ahn Yeonha ? "
Mereka semua terus bangun dan semua sudah menumpukan sepenuh perhatian kepada doktor perempuan yang baru sahaja keluar dari bilik pembedahan itu.

" Kami semua keluarga dia, doktor . Kenapa ? "
Jawab Jiyoon bagi mewakili semua orang.

" Suami pesakit ? Suami kepada pesakit ada disini tak ? "
Sambungnya lagi.

Tuan Jeon menepuk perlahan belakang badan Jungkook yang masih kaku dengan semua benda ni.

Otaknya tiba tiba tak dapat nak terima semua ni secara tiba tiba.

" Awak ke suami kepada Puan Ahn Yeonha ? Untuk makluman awak , kandungan isteri awak buat masa ini masih selamat dan tidak ada komplikasi yang serius ".

Semua tergamam dan terkejut. Yeonha mengandung ?

Bila ?
Semua masih tertanya-tanya dengan berita gembira ini.

" Isteri saya mengandung doktor ? Doktor tak tipu ? "
Jungkook meminta kepastian andai dia tersalah dengar.

" Ya, Puan Ahn Yeonha disahkan hamil. Dan usia kandungannya baru sahaja lagi. "

Jawapan doktor itu disambut dengan hati yang lapang oleh Jungkook dan semua orang.

Doktor itu menyerahkan kepada Jungkook gambar scan bayi yang baru sahaja dibuat sebelum Yeonha dibawa ke bilik pembedahan.

Jungkook menyambutnya dengan linangan airmata gembira. Dia dan Yeonha akan mempunyai zuriat bersama.

" Saya ingin memaklumkan bahawa pembedahan ke atas Puan Ahn Yeonha selamat dan kami berjaya merawat kesan tikaman yang terkena pada tulang belakangnya. Cuma saya nak sampaikan sedikit berita dukacita...."

Semua orang yang masih berlapang dada tadi mula tak senang duduk bila doktor mahu menyampaikan satu lagi keputusan dan keputusan itu agak kurang sedap untuk didengar.

" Lewat malam nanti kami sekali lagi terpaksa melakukan satu lagi pembedahan ke atas Puan Yeonha kerana kami dapati saluran darah dalam kepalanya tersumbat kerana kesan terhantuk pada lantai dan dia juga kehilangan banyak darah akibat daripada kesan tikaman."

" Saya dan doktor yang lain tadi sudah bertungkus lumus untuk menghentikan pendarahan yang dialaminya. Jadi kami perlu menjalankan pembedahan itu segera.  Namun kami perlu dapatkan darah yang sesuai untuk Puan Yeonha."

" Kalau kami tidak melakukan pembedahan dengan segera, maka Puan Yeonha dan bayi dalam kandungannya akan lebih berisiko . Atau lebih tepat lagi, kedua duanya tak dapat diselamatkan ".

Jungkook hampir rebah ke belakang dan dari itu Seokjin, Taehyung dan Tuan Jeon sempat memaut tubuhnya dari jatuh.

Taehyung membawa Jungkook untuk duduk dengannya disudut kerusi menunggu.

" Aku percaya, Yeonha kuat pun sebab anak yang dia kandung. Anak dia punca semangat dia sebab dia tahu kau ada dengan dia. Anak kau dah selamatkan Yeonha, Jungkook. Kau patut bangga dengan Yeonha... "

Jungkook menekup wajahnya menangis sampaikan dia tak mampu nak bercakap.

Terhinjut hinjut bahunya menangis memikirkan satu persatu ujian yang perlu Yeonha  tempuh.

Apa lagi ujian lepas ni pun dia tak tahu.

" Doktor ! Saya merayu dengan doktor selamatkan anak dengan isteri saya. Saya merayu sekali lagi. Jasa baik doktor saya akan kenang sampai bila bila. Saya perlukan isteri dan anak saya dalam hidup saya, doktor. "
Jungkook melutut dihadapan doktor perempuan itu dan kedua-dua tangan milik doktor itu digenggam erat.

Doktor perempuan itu mengangguk perlahan dan menepuk bahu Jungkook untuk bangun.

" Kami akan usahakan sebaik yang mungkin untuk pastikan Puan Yeonha dan kandungannya selamat. Selebihnya kita sama-sama berdoa agar pembedahan nanti berjalan dengan lancar ".

Sebelum doktor itu melangkah pergi, dia sempat menitipkan sesuatu kepada Jungkook.

" Isteri encik sangat kuat semangatnya. Tak pernah saya jumpa kes macam ni sebelum ini. Isteri encik sungguh struggle untuk hidup walapun kami jangka pada mulanya keputusan bakal menyedihkan namun semangat keibuan dia kuat melawan. Saya percaya, isteri encik akan selamat nanti. "

Jungkook menepis air matanya dan mengangguk perlahan.
Dia percaya semangat Yeonha sentiasa kuat. Kalau tidak, dia takkan bertahan sampai saat ini.

" Dan satu lagi sebelum saya terlupa, Puan Yeonha akan dipindahkan sementara dalam Wad ICU dan ahli keluarga tidak dibenarkan masuk melawat sehinggalah kami selesai melakukan pembedahan nanti. "

" Kalau nak melawat pun kami hanya benarkan melihatnya dari luar sahaja. Kalau tiada apa apa, saya minta diri dulu. Harap semua dapat sabar dan berdoa pembedahan kedua nanti berjalan lancar ".

" Dan saya bagi pihak hospital ingin meminta maaf atas insiden yang berlaku kepada Puan Yeonha. Dan kami tidak menyangka perkara begini akan terjadi di hospital kami. "

" Pihak hospital dah maklumkan kepada pihak polis untuk membuat siasatan lanjut dan kami juga sudah bekerjasama untuk membuat penangkapan atas insiden yang menimpa Puan Yeonha. Sekali lagi saya meminta maaf bagi pihak hospital. "

" Kami berjanji, insiden begini tidak akan berlaku lagi."
Doktor perempuan itu menunduk hormat sebelum berlalu pergi.

" Kamsahamnida , doktor ".
Ucap Tuan Jeon mewakili mereka semua .

***

Jungkook merenung sekujur tubuh Yeonha yang dirawat didalam wad ICU melalui dinding kaca yang boleh dilihat dari luar itu.

Air matanya sekali lagi mengalir membasahi wajah.

Bahunya disentuh dari belakang. Rupanya Taehyung datang untuk memberi semangat untuknya.

" Yeonha kuatkan, Jungkook. Kau tengok lah . Dia langsung tak lemah . Sama macam Taeha..."

Jungkook berpaling sedikit ke arah Taehyung. Benar kata Taehyung, Yeonha seorang yang kuat.

Sampaikan apa yang dia pernah kata macam-macam pada Yeonha dulu pun Yeonha langsung tak melatah.

Cuma dia sahaja yang bodoh tidak reti menilai antara kaca dan permata .

" Kita berdua hampir kehilangan orang yang kita sayang, Jungkook. Dan aku menyesal ..."

" Maksud kau ? "

" Aku hampir kehilangan noona kau, Jiyoon..."

Mata mereka berdua tertumpu ke arah Jiyoon yang sudah lena dibahu Tuan Jeon.

" Kau sayang kan noona ? "

" Ya, aku sayangkan Jiyoon. Aku sangat sayangkan dia sampaikan aku hampir menangis kerana terlalu takut kalau dia pergi terus dari hidup aku. "

Dari ayat Taehyung itu, Jungkook dapat rasakan Taehyung tulus menyayangi noonanya.

" Sebab tu, aku tak nak kita berdua kehilangan orang yang kita sayang lagi, Jungkook. "

" Perit untuk kita terima andai itu benar-benar terjadi lagi sekali. Aku tak kuat..."

Kini mata Jungkook kembali terarah kepada Yeonha.

" Aku pun takkan kehilangan Yeonha lagi. Aku janji, aku takkan seksa perasaan dia . Aku cintakan Yeonha. "

" Yeonha, kau terus semangat untuk aku dan anak kita . Aku doakan kau. Kau kena janji yang kau akan kembali pada aku nanti. "

" Janji tau sayang..."

***


" Yeonha, bangunlah..."

Wajah pucat Yeonha ditatap kesal sebelum tangan sejuknya itu dikucup lama.

Jungkook menahan dirinya agar tidak menitiskan air mata tetapi malangnya ,cecair jernih itu tetap juga bergenang.

Syukur juga, kerana pembedahan kedua serta kandungan Yeonha selamat dan tidak banyak komplikasi yang berlaku.

Cuma dapat dilihat bahagian belakang badan Yeonha dibalut dengan kemas. Dan posisi baringannya sedikit berbeza.

" Yeonha, aku minta maaf..."
Luah Jungkook lalu mengeratkan genggaman dijari  jemari Yeonha
.
Bunyi mesin disebelah katil gadis itu sedikit sebanyak membuatkan dirinya semakin dilambung rasa sedih.

Petunjuk juga bahawa dia gagal melindungi isterinya.

" Kau kena tahu yang aku sayangkan kau sampai bila bila . Semua itu sama sekali takkan berubah. Takkan berubah selagi kau bertakhta dalam hati aku ".
Empangan air matanya pecah sekali lagi.

Jungkook menahan rasa.

Perut Yeonha  yang sudah masih belum menampakkan apa-apa itu diusap lembut.

Dalam sedih pun dia bisa tersenyum mengenangkan benih kecil  didalam rahim isterinya itu .

Dia sayangkan Yeonha dan juga sayangkan zuriat mereka.

Sungguh, dia benar benar memaksudkannya .

" Sayang papa—papa minta maaf sebab gagal lindungi mama",
Ucapnya perlahan seolah olah zuriat kecil itu sedang mendengar.

Anak matanya dilarikan semula ke arah Yeonha semula, masih sama.

Kaku tanpa sebarang pergerakan dan tanda untuk dia sedar.

Ah ! Dia tak kuat !

" Hmm..."

Sayup sayup suara lemah itu memanggilnya.

Anak matanya terus dipusatkan tepat pada wajah Yeonha.

Gadis itu tersenyum kecil dengan cecair jernih mula bergenang dipelupuk matanya.

Jungkook mencapai tangan milik Yeonha dan meletakkan diatas perutnya.

Yeonha seakan akan memahami terus mengalirkan air matanya.

Dianggukkan kepalanya berulang kali, memahami apa yang cuba diberitahu oleh Jungkook.

" Terima kasih...",
Ucap Jungkook dalam sedu sedan.

Tubuh dilonjakkan kehadapan dan dahi yeonha dikucup lembut .

" Kau masih bencikan aku ? "
Tanya Yeonha dengan suara yang perlahan . Sakit akibat kesan tikaman itu masih terasa lagi.

" Shh—"
Percakapan Yeonha terhenti apabila Jungkook dulu memintasnya.

" Aku tak pernah benci kau, Yeonha. Langsung tak pernah..."

" Aku tak patut percayakan perempuan tu. Dia tipu aku hidup-hidup. Sampai kebenaran yang kau cuba sampaikan, aku langsung tak nampak. Aku kesal dengan apa yang aku dah buat pada kau Yeonha..."

Terus airmata Jungkook, Yeonha seka dengan jari runcingnya.

Yeonha tak rela andai airmata Jungkook tumpah kerana dia.

Kerana baginya, dia takkan sesekali membiarkan sesiapa pun sakitkan hati lelaki ini. Itulah janjinya pada Jungkook dulu.

Jungkook tak layak untuk menumpahkan setitik airmata.

" Kau ni macam perempuan lah. Sikit-sikit nak nangis. Aku belum mati lah..."
Dalam tengah menanggung kesakitan, sempat lagi Yeonha mengusik Jungkook.

" Aku tak nak. Kau jangan sebutlah..."

" Ya, kata sayang aku kan. Janganlah menangis lagi. Buruk lah Jungkook. Nanti baby kita tengok,malu tahu tak ? "

" Kan aku dah cakap perempuan tu jahat. Kau yang tak nak percaya. Aku walaupun tak berapa pandai tapi aku tak pernah menipu tau. Kau je yang tak percaya. "

" Ya, aku percayakan kau sayang. Kaulah bidadari aku dunia akhirat. "

" Boreum ? Dia macam mana ? "
Yeonha sempat bertanya bagaimana dengan nasib Boreum.

Dan Jungkook sungguh tidak menyangka yang perempuan itu sanggup bertindak sampai macam tu sekali.

" Dia dalam buruan polis. Sampai sekarang polis tak jumpa lagi jejak dia..."

" Kesiannya. Tapi kesian lagi aku ni. Sampai hati dia tikam aku. Nasib aku tak ma..."

Belum sempat menghabiskan ayat terakhirnya, Jungkook menepuk sedikit mulut Yeonha agar sensitif sikit dengan perasaannya.

" Kau ni mulut tu memang tak padan dengan sakitkan ? Tunggulah kau sihat nanti, aku kerjakan kau balik."

Ugut Jungkook lalu dia ketawa sekali lagi sambil mengucup dahi Yeonha.

Apa yang penting, Yeonha kini selamat didepan matanya.

Itu pun sudah cukup membahagiakan dia.

***


2 minggu kemudian

Pagi itu , Yeonha turun untuk sarapan bersama keluarganya. Hari ini dia berasa semangat dengan tiba-tiba .

Mungkin semangat dari anaknya yang meminta dia untuk terus ceria dan gila-gila macam dulu.

Aigoo !

" Yeonha , meh makan. Kau tu kalau tak makan bising satu rumah. Duduk-duduk. Aku ada masak special untuk kau . "

Seokjin menghidangkan kepadanya pelbagai hidangan yang agak sihat memandang kan dia kini sedang berbadan dua.

Sayang juga kau dekat aku , Seokjin.

" Untunglah siapa dapat oppa ni kan eonnie. Dahlah rajin, pandai masak, pandai kemas rumah. Lia kalau ada kawan perempuan , dah lama kenenkan dekat oppa ni ".

Encik Ahn dan Puan Ahn ketawa dan bersetuju dengan pernyataan Lia. Ada benar juga.

" Kalau ada, ejas satu dekat Seokjin ni. Dapatlah juga seorang menantu perempuan dalam rumah ni. Tak gitu ommanya ".

" Saya setuju. Tapi cari yang kaya ya Seokjin. Baru hidup kita ada jaminan ".

Yeonha yang mendengar nya naik berbulu dengar. Omma dengan 'kaya' nya memang tak dapat dipisahkan.

" Omma, memang taklah Seokjin nak cari yang kaya-kaya. Dia bukan CEO company besar pun. Duduk rumah jadi surirumah je pun. Kalau dapat bini kaya , apalah sangat. "

" Haa, kali ni aku setuju dengan kau Yeonha. Bagus-bagus. Sejak kau pregnant ni otak kau memang sentiasa bergeliga lah. Mantap adikku..."

" Of courselah, ni mama Yeonha kut,kan ? "

" Dengar korang merepek , memang lambatlah nak buka kedai hari ni. Cepat makan. Hari ni banyak baju nak kena delivery. "

" Ye lah, untung juga jadi Seokjin. Duduk rumah pun nanti ada juga orang masuk meminang tu pun kalau tak butalah ".

Hampir seluruh isi keluarga itu ketawa berdekah-dekah . Adoi Yeonha memang buat lawak dipagi hari. Bagus , anda menyebarkan pil bahagia.

***

Jiyoon membuka pintu bilik Jungkook untuk meminta nya turun ke bawah untuk sarapan.

Namun bayang nya langsung tak kelihatan.

" Mana pula pergi budak bertuah ni. Semalam kau tak sihat, hari ni kau keluar pula ? "

" Tak serik-serik betul. Dah tahu ada alahan keluar juga ".

Sempat Jiyoon bebelkannya. Kain langsir diselak untuk melihat kalau-kalau ada nampak kereta Jungkook dekat luar.

" Eh, kereta dia ada pula. Habis dia keluar naik apa ? Aigoo Jungkook Jungkook . Nasib kaulah... "


***


Yeonha memarking motorsikal dihadapan kedai nya. Oleh kerana hari ini dia yang akan buka kedai , jadi dia terpaksalah datang lebih awal dengan Lia.

" Eonnie, customer kita dah tunggu dekat luar. Jomlah ..."

" Sabar, aku tengah cari kunci kedai ni. Nah , kau pergi buka dulu ".

Yeonha menyerahkan anak kunci kedai kepada Lia sementara dia merapikan rambutnya yang diikat satu tocang .

Mama Yeonha nak nampak cantik hari ni. Aura ada baby dalam perut mama Yeonha la ni. Huhuhu....

" Annyeong haseyo-selamat datang ke Dobi Keluarga Ahn. Maaf kami lewat sikit. "
Ujar Lia dengan suara lembutnya.
Patutlah Si Jimin tu cair.

" Sekejap ye saya buka pintu ".

Namun pelanggan itu tidak menghiraukannya. Dia yang memakai hoodie hitam berserta cap berwarna putih itu hanya menundukkan wajah .

Yeonha memandang sekilas ke arahnya dan dia cepat-cepat melarikan matanya dari dilihat.

Malu agaknya.

" Lia, cepat sikit buka. Orang dah tunggu ".

Yeonha berjalan menuju ke pintu kedai dan berdiri beberapa meter dengan pelanggan yang memakai hoodie hitam itu.

Yeonha menundukkan kepalanya sedikit tanda hormat customer.

Dan customer itu turut membalasnya acuh tak acuh.

" Cantik hoodie. Beli mana ? "
Sempat Yeonha bertanyakan mana dapat hoodie macam tu. Cantik !

Pelanggan tu mesti lelaki , tengok body flat je . Malu la Kut perempuan tegur dengan tiba-tiba.

" Nampak hipster duh. Aku dulu pun suka pakai hoodie tapi lepas aku dah glow up aku dah sedekah dekat orang lain. Rindu nak pakai macam dulu ".

Yeonha terpinga sorang-sorang. Hmm, cakap sorang-sorang ni memang best sangat. Free kan !

" Eh, jemput lah masuk. Kedai dah buka ".
Yeonha menjemput pelanggan itu untuk masuk.

Namun customernya itu terus menghulurkan kepada Yeonha beberapa helai pakaian yang dibungkus elok dalam plastik.

Dan dia terus lari.

Terkejut Lia dan Yeonha dibuatnya.

" Laa, lari pula. Kan elok dari tadi dia bagi je terus dekat aku, ni kedai dah buka dia pula dah hilang. Pelik manusia zaman sekarang . "

***


" Good morning Cik Jiyoon. Mana Tuan Jungkook ? Tak turun sarapan ? "
Tanya Yoongi lalu menghidangkan sarapan ke dalam pinggan nya.

" Awak ada nampak dia keluar tak pagi tadi ? "

" Takde pula. Kenapa, Cik Jiyoon ? "

" Dia takde dekat bilik. Tu la saya hairan, kereta dia ada pula dekat garaj. Mana pula dia pergi, saya call tak angkat. Risau lah kalau dia pengsan dekat mana-mana. Dia tu dah lah alahan ".

Yoongi dan Yoonji saling memandang. Apa tadi ? Alahan ?

" Alahan ? Sebab ? Aish, tak pernah-pernah Tuan Jungkook alahan . Selama ni elok je dia makan masakan saya. Dah kenapa alahan pula ? "

" Lupa nak cakap, tak lama lagi akan ada baby dalam rumah ni. Yeonha pregnant ".

Tersenyum mereka semua bila dapat tahu Yeonha hamil. Akhirnya ...

" Betul ke Cik Jiyoon ? "

" Betul lah, masa Yeonha masuk wad hari tu baru kami semua tahu. Tu pun sebab doktor dia yang cakap. Yeonha sendiri pun tak sedar yang dia hamil."

" Nasiblah, bini yang mengandung laki yang alahan ".
Ketawanya menampakkan giginya yang putih itu.

Yoonji membuka helaian surat khabar yang dia terima didepan pagar , dan dia buka untuk membaca .

Ada berita menarik apa hari ni ye ?

" Eh, oppa Cik Jiyoon. Cuba tengok berita ni . "

" Kenapa ? "
Soal Jiyoon lalu mencapai surat khabar yang dihulurkan oleh Yoonji .

" Ha'a lah Cik Jiyoon. Perempuan  ni . Siapa nama tu. Han Boreum ?  Masuk paper ? "

Jiyoon meneliti tajuk akhbar pagi ini dengan mukanya yang serius.

" Seorang wanita yang bekerja di agensi modelling terlibat dengan kemalangan jalan raya ditemui meninggal ditempat kejadian. Mangsa bertembung dengan sebuah lori yang lalu dari arah bertentangan. Mangsa gagal mengawal kenderaan dan merempuh penghadang jalan ".

" Mangsa yang juga menjadi buruan polis hampir dua minggu itu sudah dikenal pasti kerana terlibat dalam insiden menikam pesakit yang sedang dirawat di hospital Seoul baru-baru ini. "

" Mayat kini dibawa ke Hospital untuk bedah siasat dan perlu melakukan pengecaman wajah ke atas mayatnya. "

Jiyoon mengeluh perlahan . Tak sangka, ajal dia sampai .

***


Yeonha menilik bungkusan pakaian yang ditinggalkan customer tadi.

Dia pelik. Pakaian dalam plastik ni dah bersih, wangi pula tu. Aku nak basuh apa ? Celah mana ?

Terus Yeonha campak plastik itu begitu sahaja diatas meja.

" Kenapa eonnie ? Macam marahkan sesuatu je ? "
Soal Lia membawa beberapa pakaian yang sudah kering untuk dipack macam biasa.

" Lia, kau ingat tak customer tadi ? Yang tercongok depan pintu ni. Alah, yang pakai hoodie hitam tu ".

" Ingat, kenapa ? "

" Aku tak faham betul. Dia tunggu depan ni dah lama, bila kita buka je kedai ingatkan nak masuk. Dia bagi aku plastik baju tu terus blah. "

" Aku tak sempat nak tanya lah dia nak basuh apa, nama nombor telefon. Dia main blah macam tu je. "

" Lagi satu, baju yang dia bagi tu dah bersih . Celah mana nya kita nak basuh nanti ".

" Haihh, macam tu la customer eonnie. Macam-macam perangai kita jumpa. Yang lagi pelik dari ni pun ada. Sabar je lah ".
Lia cuba menenangkan Yeonha. Risau Yeonha mengamuk tak tentu pasal.

" Nasib baik kau ada, kalau tak memang kena mamat tu nanti ".

Tidak sampai beberapa saat mereka berbual tentang customer tadi, kini dia datang lagi.

Yeonha terperanjat gara-gara dia datang dengan cara yang mengejut.

" Panjang umur. Ni saya nak tanya, awak nak ambik bila baju ni ? Nama dan nombor telefon ? "
Yeonha cuba bercakap secara profesional dengan pelanggan.

Begitulah etika bila berdepan dengan customer ketika menjalankan perniagaan.

" Ehemm, saya nak ambik dalam masa 15 minit nanti ",
Suara garau pelanggan itu membuatkan Yeonha cuba pasang telinga dengan baik baik.

" Apa ? Tak dengar ? "

" Saya nak ambik dalam masa 15 minit lagi. Pekak ke apa ? "

Lia menjuihkan bibir ke arah Yeonha. Apa kena customer yang datang hari ni ni? Kurang siuman ke apa ?

Yeonha cuba untuk bersikap matang. Mungkin customer ni budak lagi Kut. Budak hingus, kan dia tak tahu apa-apa.

" Sorry awak, kami tak sempat nak siapkan baju awak dalam masa 15 minit. Paling kurang pun esok . Maaf ya ? "
Lia bersuara bagi menjelaskan kepada customer tersebut.

Nak harapkan Yeonha, hmm mau kena jerkah semua orang nanti.

Yeonha cuba untuk mencuri pandang wajah lelaki itu namun tidak berjaya.

Apesal la kau ni malu sangat dengan aku ? Ingat aku heran sangat nak tengok muka kau tu ?
Aku pun ada lakilah.

Cakap pasal laki aku si Jungkook tu, entah hantu apa yang sudah merasuki dia.

Tiba-tiba nak merajuk dengan aku apehal ? Bercakap pun macam nak tak nak.

Yeonha malas layan dia, terus Yeonha mengambil keputusan untuk tinggal di rumah ommanya seminggu dua.

Takkan sebab aku mengandung ?

" Kenapa nak tunggu esok kalau hari ni boleh siap ? "

Suara itu kembali menyedarkan Yeonha dari lamunan panjangnya.

" Ada juga yang makan tapak kerusi hari ni. Adik , maaf ye akak nak cakap sikit. Polisi kedai kami adalah , pakaian customer yang dihantar pada hari ini mungkin tak sempat untuk siap dalam masa yang sekejap. Paling lama pun esok . Tapi baju adik ni memang sikit tapi kalau nak siap dalam masa sekejap memang mustahil ".

Lega Lia apabila Yeonha bercakap dengan ramah. Risau tadi kalau dia nak mengamuk tak tentu pasal.

" Adik ? Sorry okay, aku ni kira tua dari kau dua tahun je tau ".

" Ye ke ? Tahu-tahu pula aku ni muda dari dia dua tahun . "

" Aku tak kira, aku nak baju ni siap dalam masa 15 minit juga. Kalau tak, tahulah nasib apa akan jadi pada kedai ni . Aku nak boikot ! "

Yeonha dah ketap gigi geram.

Ada juga manusia atas muka bumi ni ikut perangai Jongkong dulu. Macam ni lah, sebiji !

" Kau nak boikot ? Kau nak ugut aku . Kau gila ke nak baju ni siap dalam masa 15 minit ?! Kena basuh ada beberapa minit nak kering lagi. Kau ingat sempat ! "

" Ingatkan dobi ni boleh tahan. Rupanya biasa je. Tak boleh lawan dengan dobi lain . "

" Ya ! Kalau kau rasa basuh baju dekat dobi aku ni biasa biasa. Kau carilah dobi yang lagi helokk. Datang sini buat apa ! Bongok punya orang ! "

Marah Yeonha. Kenapalah manusia macam ni masih wujud.
Ingatkan zaman Jungkook dulu dah berakhir rupa-rupanya ada lagi.

Aigoo !

" Tak kiralah . Customer is always right, okay ? Pastikan siap dalam tempoh masa yang aku bagi. Kalau boleh letak harga paling mahal pun aku boleh bagilah. "

" Woi, kau ingat ni kedai bapak kau punya ke ? Kau ambik baju ni balik. Aku tak ingin ada customer bengong macam kau ni lah ! "

Yeonha terus mencampak plastik pakaian itu begitu sahaja dilantai.

Geramnya !

" Eonnie, sabar sabar. Jangan marah customer. Nanti kejap lagi appa dengan omma nak sampai. Rilek okay ? "

" Kau boleh suruh aku rileks. Aku dah lama tak jumpa customer bengong macam ni ? Haihh, menguji kesabaran aku betul lah ! "

" Huhh, kedai ni memang kena boikot terus agaknya. Layan customer pun tak ikhlas. Patutlah..."

" Patutlah apa ?! "

" Patutlah tak maju-maju. "

" Yah ! "

Yeonha terus mencengkam kolar baju lelaki itu dan menggenggam nya kemas.

" Amboi mulut kau cantik sikit ?! Kau ni memang nak cari pasal dengan aku eh ? Dah puas hidup ke apa ? Mana mak bapak kau , tak ajar kau eh ? "

Lia mula kalut, manalah appa dengan omma tak sampai lagi ni .
Risau ni Yeonha tengah gaduh dengan customer.

Beberapa minit kemudian, Encik Ahn dan Puan Ahn berlari mendapatkan Yeonha yang masih berperang dengan customer itu.

" Aigoo Yeonha, kenapa ni ? Kau buat apa ni aigoo ! "
Puan Ahn kalut cuba menghalang Yeonha buat yang bukan-bukan pada customer.

" Ni omma ! Customer terdurjana ni cari pasal tahu tak ?! Dia cakap dia nak boikot kedai dobi kita. Dia ingat kedai ni guna duit bapak dia ke apa suka-suka nak boikot. Aku nak ajar kau ! "

" Jangan Yeonha , jadi kes lain pula . Dah dah ",
Encik Ahn pula melarang Yeonha .

Payah bila dah darah panas macam Yeonha ni. Cakap apa pun dah tak pakai.

Lelaki itu berasa tidak sedap dibahagian perutnya. Dia cuba menahan loya .

" Dah apanya appa. Appa nak menangkan dia lagi. Appa tak tahu dia cakap apa tadi. Dia nak boikot kedai kita. Dia ni kena ajar sikit ! "

Tiba-tiba sahaja ...

" Uwerkk ! ! ! "

Mereka yang lain hanya melopong dan terkejut lebih-lebih lagi Yeonha.

" Arghh ! Kau muntah atas aku kenapa bongok ! Aigoo ! Omma appa ! "
Jerit Yeonha geram.

Yeonha menahan kepala lelaki itu agar tidak dekat dengannya. Eiii , busuk !

Tidak semena-mena , lelaki itu rebah dalam pangkuan Yeonha dan cap yang dipakai nya terjatuh ke lantai.

" Mwo, JUNGKOOK ?! "

***

Jungkook membuka matanya bila terasa wajahnya seperti terkena percikan air.

Bila buka je mata, pandangannya dihiasi dengan Encik Ahn, Puan Ahn dan Lia.

Mana Yeonha ?

" Lama Jungkook tak sedarkan diri . Risau appa dengan Omma ".

Jungkook mengusap belakang lehernya kerana lama baring diatas sofa.

" Appa omma. Mian, Jungkook tadi..."

" Dah , takpe takpe. Omma tak ambik hati pun. Omma tahu Jungkook takde niat, kan ? "

" Jungkook dah okay ke ? Kuat sangat appa tengok Jungkook muntah. Masih belum hilang lagi alahan ? "
Soal Encik Ahn pada menantu nya itu.

Jungkook jadi serba salah. Dia pun lupa apa yang jadi tadi. Betul ke dia muntah lagi ? Aihh, memalukan betul lah !

" Yeonha mana ? Jungkook nak jumpa Yeonha. Jungkook rindu sangat dekat dia..."

" Tu dekat luar. Pergilah tengok..."

" Muncung dia ada sedepa tu. "

***

" Ni dah masuk dua kali dia muntah atas baju aku. Apa dia ingat dia nak flashback kisah lama . Kisah cintan cintun eiii tak kuasa aku ".

Bebel Yeonha sambil merapikan baju yang baru dia salin. Nak pakai baju tadi memang tak la.

Habis kotor kena muntah Jungkook . Yerkk !

" Dia pun satu, takde tempat lain ke nak muntah ? Kenapa kena atas aku ? Memang dah jadi trademark kau ke jongkong muntah atas aku ? Huh, dasar jongkong otak burung unta ! "

" Ingat aku nak kesian dekat dia. Padan muka ! Dia yang alahan, elok lah adil juga. Aku yang bawa perut nanti takdelah penat sangat. Bagus bagus ".

" Kat sini rupanya mama sayang ni. Baby cari dekat dalam takde ", dengan selamba Jungkook mengelarkan diri Yeonha ' Mama Sayang ' ?

Buang terbiat agaknya budak ni.

" Kau buat apa dekat sini ? Siapa pula mama sayang kau ? Aku tak kenal ? "

Jawab Yeonha jual mahal. Eii, saja tau tarik tali dengan papa Kook.

" Eleh-cari mama sayanglah. Aku rindu tau. Lama aku tak tengok bidadari aku ni. "

Yeonha rasa nak cepuk je muka Jungkook tapi mengenangkan Jungkook masih suami dia dan dia sedang mengandung tak elok pula kan.

Ehek !

" Eleh, kata orang tu merajuk dengan kita. Berminggu-minggu tak nak bercakap. Merajuk konon..."
Perlu Yeonha.

Jungkook menundukkan kepalanya dan bercakap dengan perut Yeonha . Seolah olah baby dalam perutnya akan dapat dengar suara Jungkook.

" Hai baby . Baby sihat kan ? Sorry , papa tak jaga mama baik baik. Papa minta maaf sebab buat mama sedih. Papa janji lepas ni papa takkan biarkan mama menangis lagi , okay ? Papa sorry sayang ..."

" Papa bukan merajuk dengan mama pun. Papa saja nak suruh mama pujuk. Tapi hampeh..."

Yeonha terkedu dalam diam . Entah kenapa dia berasa sebak bila dengar Jungkook berbicara sebegitu.

" Lagi satu, mulai saat ni papa nak janji dengan mama. Tapi baby kena jadi saksi papa tau. Papa akan terus segala kesalahan papa pada mama. Papa tahu papa banyak buat silap. "

" Papa akan bahagia kan mama dan kita akan bahagia sampai bila-bila. Papa takkan biarkan mama tinggalkan papa lagi. Papa tak boleh hidup tanpa mama, baby. Baby tahukan papa sayangkan mama sangat sangat. "

Airmata Yeonha tiba-tiba mengalir membasahi pipi. Jungkook perasan Yeonha menangis.

Terus dia mengusap kepala Yeonha dan melentokkan pada bahunya.

" Shh, sorry okay. Dah dah jangan nangis-nangis ",

Pujuk Jungkook cuba untuk menenangkan Yeonha.

Yeonha masih seperti tadi menangis, terus dia capai kedua belah pipi Yeonha dan mengusapnya perlahan agar tiada lagi sisa airmata yang akan tumpah.

" Dah dah, semua dah okay. Aku minta maaf okay ? Okay, mama sayang ? Senyumlah sikit. Kesian baby kita. "

" Sorry juga aku termuntah atas kau tadi. Tekak aku masih tak okaylah, Yeonha. Kenapa kau mengandung sampai kena macam ni dekat aku. Tak nak..."
Pada hujung ayat Jungkook itu disertakan dengan suara yang gedik.

Naik loya telinga Yeonha mendengarnya .

Bila sahaja dia membuat reaksi begitu, terus Jungkook cium bibirnya laju-laju.

Akhirnya Yeonha senyum dan membalas pelukan Jungkook.

Dia ni saja nak cari pasal tau !

***

[ 3 Bulan kemudian ]

" Mana pengantin ni , lambat betul . Orang dah lama tunggu ".
Bebel Jungkook sambil menilik jam dipergelangan tangannya.

" Sabarlah, Kook . Diorang tengah bersiap tu. "
Balas Tuan Jeon menggeleng kepala melihat kerenah anak lelakinya itu.

" Mama sayang ? Okay tak tu ? Sabar sikit eh ? Tunggu kejap lagi tau, noona ni lambat betul. Kesian Yeonha ni dah lapar "

Dia membebel sebab risaukan Yeonha je. Yeonha ni sejak pregnant dan usia kehamilan nya nak masuk 3 bulan, dia tak boleh kalau lapar sangat. Bahaya !

" Okay, sabarlah. Eonnie dengan Taehyung ada hal sikit. Biarlah dia nak buat apa pun. "

" Masalahnya sayang, kita nak ambil gambar family je pun . Lama sangat bersiap. Kita dulu kahwin takdelah lama macam ni kan, sayang kan ? "

" Itu dulu , lain. Sekarang ni lain. Apalah dia ni. "

" Haa , sampai pun pengantin baru. Lama betul bersiap tau. Isteri orang dah lapar tu. Kalau dia lapar sangat, risau Kook. Diterkamnya kita nanti. "
Jungkook buat lawak.

" Aigoo, sorry semua. Tadi Jiyoon dengan Tae ada photoshoot OOTD dekat luar. Maaf tau, Yeonha dah lapar ke ? "
Tegur Jiyoon yang cantik lengkap berpakaian pengantin dan berdiri disebelahnya sang suami, Kim Taehyung.

" Takde apalah, eonnie. Jungkook tu je over . Dah siap ke OOTD ? mesti gambar oennie dengan Taehyung cantik, kan ? Dahlah sama padan. Tak sangka korang ni berjodoh juga akhirnya.

" Terima kasih Yeonha sayang. Akhirnya eonnie tak selamanya single kan ? Ada juga orang nak dekat eonnie ".

Jiyoon tersipu malu sambil cubit pipi Taehyung. Dah halal, bolehlah cubit-cubit kan .

" Of course lah ada. Awakkan sweetie saya. "
Ujar Taehyung membalas cubitan Jiyoon.

Yeonha yang menyaksikan kemesraan mereka berdua itu menggeleng kepala . Haihh, kahwin juga kakak ipar aku ni.

" Amboi, pengantin baru tu sempat eh bergurau sakan . Cepatlah nak ambil gambar sekali. Kita dah lama tunggu dia tau ".

Jungkook dah bercekak pinggang acah acah marah pada dua orang pengantin baru itu.

Taehyung mendekati Jungkook dan acah acah tumbuk di bahagian perut Jungkook. Amboi, dia dah kamceng dengan abang ipar nampak .

" Jom jom . Lepas ambik gambar dengan pengantin baru , pengantin lama pula nak ambik gambar . Palli -"

***

Selesai sahaja mereka mengambil gambar keluarga bersama pengantin, kini giliran Jungkook dan Yeonha pula beraksi dihadapan kamera.

Dulu masa mereka kahwin, mana ada posing posing depan camera macam tu.

Masa tu kan mereka tak berapa nak ngam. Kahwin pula bukan atas dasar suka sama suka.

Saling benci adalah tapi tu dulu, sekarang dah makin sayang.

Tambah tambah lagi, mereka dah nak ada baby pula tu.

Jungkook memeluk pinggang Yeonha dari belakang sambil fokus pada camera photographer.

" Haihh, makin gemuk lah mama sayang ni . Banyak lemak ".
Usik Jungkook sempat mencubit pinggang Yeonha.

" Heol ? Lemak lemak jangan sentuh eh ? Mahal tau ? "

" Agak-agak kalau jual ni mahal tak ? Berapa eh harga dia ? "

" Ntah, tapi mengikut pengkelasan lah. Kalau lemak ni kelas biasa je. "

" Iye ? Bukan perli baby ke ? Kalau lemak sayang ni kelas tinggi ni . Harga kena up ".

Terus pipi Jungkook dicubit Yeonha. Eii dia ni suka tau usik kita .

" Aduh, sakit lah sayang . Tak sayang baby papa ke ? "

" Sayanglah. Geram tahu tak mulut tak duduk diam apatah lagi tangan tu. Besok-besok kalau anak keluar , kalau perangai nakal mesti ikut papa dia ni. "

" Alolooo, jangan macam tu. Tak lah, dia takkan ikut perangai otak burung papa ni. Dia kena ikut perangai mama dia. Mama dia kuat ".

Yeonha tersenyum . Sempat lagi Jungkook memujinya .

" I love you, sayang. Terima kasih sebab mencintai suami mu yang High Class ni. Hehehe.."

" I love you too juga Suami ku yang High Class la sangat . "

Terus bibir Yeonha dicium lembut oleh Jungkook dan mereka sama-sama tersenyum dengan kehidupan mereka hari ini.

Mudah mudahan jodoh mereka berkekalan hingga akhir hayat.

______________________________
TAMAT

bymenantuPakcikJeon 🌼

Alhamdulillah, maka berakhirlah sudah fanfic ciptaan author sendiri.

Story ni dah lama tercipta dari zaman 2018 lagi dan sis tak sangka tahun 2022 menemui jalan penamatnya. Korang yang kalau dah follow dari zaman 2018 tu memang daebaklah.

Masa tu author tak berapa nak percaya fanfic ni boleh pergi jauh, tapi kerana korang yang support author dari belakang maka inilah yang terjadi sekarang.

Terima kasih banyak-banyak ❤️
Korang memang daebaklah. Lagi satu, author bukan author yang banyak pengalaman pun tapi setakat ni banggalah juga sebab dah berjaya siapkan 2 fanfic Jungkook dengan jayanya.

Tu je lah nak cakap, harap korang sukalah dengan final chapter ni 😂

Sorry buat korang susah hati dengan SPOILER mengarut tu. Biasalah nak bagi nampak real sikit perjalanan akhir ni.

Kalau ada yang tak best ke tak puas hati ke author minta maaf sangat-sangat. Author bukan insan yang sempurna.

Banyak lagi kelemahan yang masih perlu diperbaiki.

Insyaallah, kalau umur masih panjang jangan lupa support² author lagi tau.

Doakan author dapat menghasilkan lagi fanfic Jungkook yang lagi menarik. Dapat menghiasi dan menceriakan hari korang nanti. Aamin...

Bye korang,
ASSALAMUALAIKUM ❤️

Continue Reading

You'll Also Like

93.9K 12.3K 12
Tiada jalan pulang jika sudah tergoda. Start : 24/01/2019 End. : 16/04/2019
167K 7.7K 27
" Kau hanya ' mainan ' aku " " Janganlaa seksa saya mcm nii Jungkook!! " Jessica ialah pelajar baru sekolah Haneul Han. Dia telah dikahwinkan dgn cik...
51.8K 5K 23
"Is there any love for me?" Start: 3/12/2019 End: 27/12/2019 Cover:@helloseokim
125K 14.5K 60
[idaekim's romance angst action fanfiction] Completed S1 (2019) Completed S2 (2019) Kim Taehyung X Do Hani Season 1 -aku lebih sanggup jadi anak dar...