PEWARIS SEBENAR IRIS

By Ustaz_Ruzi

6.7K 430 183

Cover Book Make By @Alquransyabila Sinopsis Selepas Ejen Ali telah disahkan tidak dibenarkan lagi menjadi pem... More

BAB 1: DJIN KEMBALI
BAB 2: UNDERCOVER FRIEND
BAB 3:DEMONSTRASI
BAB 4: CURIGA
BAB 5:EKORI
BAB 6:ISI TERSIRAT
BAB 7: KE TEMPAT TUGASAN
BAB 8: DOKTOR QARZONE
BAB 10: ORGANISASI BARU?
BAB 11: MISTERI WASIAT
BAB 12: PERTEMUAN TIDAK DIJANGKA
BAB 13: BOM MASA
BAB 14: BERTEMU TAN SRI
BAB 15: PERCANGGAHAN PENDAPAT
BAB 16: RUDY MENYERANG KETUA-KETUA TERAS
BAB 17: SUASANA GETING
BAB 18: OPERASI BERMULA
BAB 19: SERANGAN MENGEJUT
BAB 20 : APA KAITAN M.A.T.A DAN BLACK HEART?
BAB 21 : WASIAT HILANG?
BAB 22 : BLACK HEART SEMAKIN AKTIF
BAB 23 : WAKIL GENG M.A.R.A MENJELMA
BAB 24 : PENYAMARAN?
BAB 25: HELAH
BAB 26: TIBA DI A.P.D.A

BAB 9: PERGELUTAN KECIL

173 17 8
By Ustaz_Ruzi

Jam 2200 malam, semua ejen-ejen sedang melakukan aktiviti masing-masing. Ada yang kembali ke asrama/dorm masing-masing untuk tidur, ada yang ke Cafeteria untuk makan dan ada yang keluar bersiar-siar di luar pejabat M.A.T.A.

Malam itu, bulan mengembang penuh, burung berkicauan dan jelas kedengaran bunyi cengkerik menyanyi.

Suasana aman itu tidak berkekalan lama apabila penggera kecemasan tiba-tiba berbunyi dengan nyaringnya.

Kring!!!

Penggera berbunyi selama sejam itu jelas menunjukkan bahawa semua para ejen perlu bergegas berkumpul di padang HQ M.A.T.A untuk latihan kebakaran yang diadakan sekurang-kurangnya sekali setahun.

"Cepat! Cepat! Cepat! Turun ke padang semua! Jangan tolak-tolak!" Arah seorang ejen senior lelaki major Tekno.

Tap! Tap! Tap! Tap!

"Ahhhhh! Matilah kita semua! Kebakaran!" Jerit Moon dengan lolongan yang kuat. Gelagat Moon yang kelihatan sangat cemas itu telah membuatkan semua ejen-ejen muda yang lain berasa semakin cemas. Mereka lagi cemas daripada Moon.

"Ya Allah! Mati?!"

"Habislah!"

"Daddy, I still young to die!"

"Mama!!!"

Pak!

"Ish! Moon..!" Marah Jet sambil mengetuk kepala Moon sekali. Moon menggosok belakang kepalanya yang terasa sakit itu. "Janganlah diriuhkan lagi keadaan yang sudah hara biru ini!"

"Kenapa kau pukul aku, hah?! Betullah apa aku rasa sekarang, Aku memang tengah kelam-kabut dan panik ni..."

"Moon, ini cuma latihan kebakaran. Awak sebagai ejen lebih senior sepatutnya tenangkan para ejen muda yang lain, bukannya buat mereka bertambah resah gelisah dan susah hati." Tegur Iman sambil memegang kedua belah tangan Moon.

"Jangan tolak-tolak, ikut laluan kebakaran ini." Arah Roza dan Mika sambil mengetuai segerombolan para ejen muda melalui tangga kecemasan. Begitu juga dengan Khai dan Chris.

"Cepat!" Arah Syafiq, seorang pelajar pertukaran daripada Agensi Bodyguard sempena program pertukaran budaya antara Agensi Bodyguard dan Agensi M.A.T.A.

"Jangan ikut lif, ikut tangga." Kata Ejen Gheeta, cuba menghalang beberapa pelajar perempuan yang cuba turun ke tingkat bawah menggunakan lif.

"Kenapa? Tangga tengah sesak di sana, mengapa kami perlu bersesak di tangga jika kami boleh guna lif yang nyaman? Betul tak semua?" Kata Ejen Remaja perempuan teras Kombat, Thebasri.

"Betul!!!" Jawab rakan-rakan dibelakang Thebasri.

"Lebih selamat jika kita menggunakan tangga untuk turun, jika kamu menggunakan lif, kalau tiba-tiba api sempat membakar wayar lif dari dalam, tidakkah kamu semua akan jatuh bersama-sama dengan lif itu?" Tanya Ejen Gheeta dengan sedikit penerangan ringkas kepada beberapa orang Ejen itu.

Mereka terdiam seribu, kemudian akur dengan kata-kata Ejen Gheeta dan berlari ke arah tangga yang dijadikan sebagai laluan kecemasan.

Tap! Tap! Tap! Tap!

"Bulat! Mana kau?!" Jerit Moon, cuba memanggil Bulat yang dari tadi tidak kelihatan kelibatnya.

"Hah! Tu dia, Bulat!" Tunjuk Khai ke arah Cafeteria yang terletak di tingkat paling bawah. Kelihatan Bulat sedang menikmati makanan ringan, Zass sedang cuba mengajak Bulat untuk turut berkumpul di padang namun tidak berjaya.

"Sempat lagi dia ni makan... Kita semua sedang huru hara di atas dia sedap-sedap je makan di bawah?! Siap kau..." Moon dengan rasa marahnya terus melompat daripada bangunan ke bawah dengan drastik. Gelagatnya telah membuatkan Jet dan Iman berasa terkejut.

"Moon! Awak gila ke?!" Iman menggunakan tudung shawlnya lalu membaling Kristal di hujung tudungnya lalu melilit di sekeliling badan Moon untuk menghalangnya daripada lompat terjun ke bawah.

Swush!

"Erk! Iman! Apa kau buat ni?" Tanya Moon, Moon tidak dapat bergerak kerana Pergerakan ya disekat oleh tudung Iman.

"Jet, pergi!" Arah Iman, Jet mengangguk, dia melompat terjun ke bawah dan kemudiannya terbang menggunakan jetnya ke arah Moon.

"Kau ni Moon, boleh tak jangan nak buat benda-benda pelik?!" Marah Jet, dia memeluk tubuh Moon, lilitan pada badan Moon dileraikan oleh Iman setelah dia tahu Moon selamat dengan Jet.

"Siapa benarkan kau peluk aku, hah?!" Moon meronta-ronta mahu dilepaskan, Jet pula terbang terhuyung-hayang akibat Pergerakan Moon itu. Semua ejen melihat gelagat mereka berdua di udara.

"Hei, Moon! Duduk diam-diamlah! Aku tak boleh nak fokus terbang ni!" Kata Jet, dia memeluk dengan lebih kuat perut Moon.

Pak!

Moon terus menampar pipi kiri Jet, kelihatan jelas di bibir semua orang mengatakan Ouch! Sambil memegang pipi kiri masing-masing.

"Mesti sakit, kan?" Kata Khai yang juga turut melihat gelagat itu.

Moon terlepas daripada pegangan Jet, dia menjerit sambil jatuh menjunam dengan laju ke bawah. Jet berjaya mengimbangkan dirinya kemudian terbang ke bawah menjunam dengan laju untuk menyambut Moon.

"Arrhhhhhhhhhh!!!" Moon menutup matanya, kedua tangannya dihayunkan.

"Urgh..!" Jet menggunakan kuasa jet superspeed.

Pak!

Jet berjaya mencapai tangan kanan Moon, terus dia menarik Moon dan mendukungnya. Tubuh badan Moon hanya beberapa inci sahaja daripada tanah. Mujurlah Jet sempat menyelamatkan Moon jika tidak, hasil tenaga yang akan dihempap oleh Moon pasti akan membuatkan Moon cedera parah!

Jet perlahan-lahan terbang ke bawah dan kakinya berjaya menjejaki tanah. Jet melepaskan Moon dengan keluhan kecil. Moon berdiri satu meter daripada kedudukan Jet dan membuat kontak mata dengannya.

"Alhamdulillah, nasib baik selamat." Ucap Jet sambil menyapu kedua belah tangannya ke wajahnya.

"Apa tadi tu?!" Marah Moon kepada Jet.

"Apa tadi tu? Apa tadi tu?! Lepas apa yang terjadi tadi kau masih tak sedar-sedar lagi ke?!" Tanya Jet dengan meninggikan nadanya tanda dia sedang marah.

"Apa? Aku ni Ejen Inviso, aku tahu cara untuk melompat dari bangunan yang berketinggian tujuh kaki dari aras bumi. Aku dah dilatih jadi aku tak perlukan bantuan daripada kau." Kata Moon dengan perasaan marahnya kepada Jet.

Jet meletakkan tangannya pada wajahnya sementara tangan lagi satu mencengkam pinggangnya. Jet menghela nafas panjang dengan kuat, dia cuba untuk mengawal perasaan amarahnya sekarang ini.

"Kenapa ni?" Tanya Rizwan sambil berjalan ke arah Jet dan Moon bersama-sama dengan Karya dan Bobby dibelakangnya. Jet dan Moon memandang ke arah tiga ejen dewasa itu.

"Jet ni lah! Saya bukannya nak bunuh diri, lepastu dia sibuk-sibuk nak peluk saya." Moon menunding jari ke arah Jet.

"Apa? Saya bukannya saja-saja nak peluk dia, Tuan. Saya cuma nak selamatkan dia, kalau Tuan tak percaya, cuba tanya Iman." Jet menunding jari ke arah Iman yang sedang berlari ke arah mereka.

"Ejen Iman, kamu setuju dengan kenyataan Jet tadi?" Tanya Rizwan dengan serius sambil memandang ke wajah Iman.

Iman mengangguk kecil, "Ya, Tuan. Moon tiba-tiba melompat daripada bangunan ini di tingkat sepuluh, saya dan Jet jadi panik tadi jadi kami bekerjasama untuk selamatkan Moon."

"Iman? Aku ingatkan kau akan back up aku?!" Tanya Moon dengan sedikit nada sedih kepada sahabatnya itu.

"Hmm... Rizwan. Biar saya uruskan." Kata Karya sambil menepuk lembut bahu kiri Rizwan dan berjalan ke hadapan. Karya berdiri di tengah-tengah diantara Jet dan Moon.

"Haih... Budak-budak..." Rizwan mengeluh kecil.

"Relaxlah, Wan. Benda kecil, tak perlulah kecoh-kecoh." Bobby menyangkutkan siku kirinya di atas bahu Rizwan sambil melontarkan senyuman manis kepadanya.

"Jangan panggil aku, Wan." Rizwan menepis lembut siku Bobby dan memandang ke arah Karya yang sedang menguruskan pertengkaran Jet dan Moon itu.

"Jet, boleh kamu jelaskan kepada saya mengapa kamu selamatkan Moon tadi?" Tanya Karya sambil memandang ke arah Jet.

"Menurut rekod prestasi aktiviti ejen Inviso, walaupun mereka telah mempelajari cara melompat dengan selamat ke bawah daripada bangunan yang berketinggian tujuh kaki dari aras bumi, tetapi Moon masih lagi tidak berjaya melepasi ujian simulasi itu dan dia gagal teruk. Sebab itulah apabila Moon melompat turun secara drastik, saya dan Iman menjadi panik dan kami terus menyelamatkan dia." Terang Jet dengan penuh terperinci kepada Karya.

Karya mengangguk kecil, Moon terlalu sebentar, mulutnya terbuka luas seperti pintu gua hirak. Moon terlupa bahawa dia belum lulus lagi ujian simulasi itu tetapi sudah berlagak pandai. Moon tertunduk malu.

"Moon, kamu sudah tahu apa sebab utama Jet buat begitu?" Karya memandang ke wajah Moon pula. Moon mengangguk kecil.

"Ya, saya terlupa pula mengenai itu." Kata Moon dengan nada perlahan.

"Kami cuma risaukan awak, Moon." Iman memusingkan sedikit tangan Moon dengan lembut kemudian memandang wajahnya dengan riaksi sedih.

"Jet, Urm... Sorry." Kata Moon sambil melontarkan senyuman manis kepada Jet.

"Aku pun." Jet membalas senyuman Moon.

"Cepat, kamu semua mesti berkumpul di padang sekarang." Arah Karya sambil menepuk lembut belakang badan Jet.

Ketiga-tiga mereka mengangguk kecil kemudian berlari ke arah padang itu. Karya berjalan ke arah dua sahabatnya itu sambil mengangkat kening sebelahnya dengan senyuman sinis.

"Pergh! Bukan main lagi kau, Karya." Puji Bobby.

"Well, tengoklah siapa." Balas Karya.

Ting!

Bunyi mesej masuk di bahagian notifikasi What's App Bro di Telefon Rizwan, Rizwan mengambil Telefon daripada poket seluar ejennya dan melihat ke skrin itu.

Rizwan menerima mesej daripada sahabat lamanya, Dos.

"Huh?" Bobby cuba mengintai melihat mesej yang tertera di skrin kaca telefon Rizwan namun belum sempat dia membaca mesej yang tertulis di situ, Rizwan sudah menyimpan semula telefonnya.

"Siapa..?" Tanya Karya sambil berbisik kepada Bobby. Bobby mengangkat bahunya tanda tidak tahu.

"Di mana Rudy dan Ejen Alicia?" Tanya Rizwan sambil memandang ke arah Bobby dan Karya.

"Sudah tentulah mereka berada di padang bersama-sama dengan ejen-ejen yang lain." Jawab Bobby sambil menunding jari ke arah padang, kelihatan semua ejen telah berkumpul di sana.

"Oh." Jawab Rizwan sepatah, dia mengambil satu lolipop periksa strawberry susu dan memakannya.

"Kenapa? Misi daripada pertandingan?" Tanya Karya kepada Rizwan.

"Bukan, jom. Kita kena pergi sana." Kata Rizwan sambil berjalan ke arah padang itu. Bobby dan Karya mengikut langkah Rizwan daripada belakang sambil membisikkan sesuatu sesama mereka.

"Hei! Betul ke kau tak sempat nak tengok mesej dekat telefon dia, tadi?" Bisik Karya kepada Bobby, Bobby mengangguk laju.

"Betul! Aku memang tak sempat nak jenguk dengan siapa dia bermesej. Agak-agak kau kan... Siapa yang mesej dia?" Tanya Bobby kepada Karya.

"Mungkin ke..?" Tiba-tiba, Bobby dan Karya memandang sesama mereka, mereka berfikir fikiran yang sama. Langkah mereka terhenti, "Dia ada girlfriend!"

"Hmm? Siapa ada girlfriend?" Rizwan menghentikan langkahnya kemudian memusingkan badannya ke belakang apabila terdengar Bobby dan Karya sedang berbual.

"Eh! Karya ni hah, sempat pula dia cari girlfriend. Kan Karya?!" Bobby menyiku lengan Karya, Karya mengangguk kemudian tersenyum lebar.

"Hah? Ha'ah, ya, betul!" Kata Karya.

"Hmp! Tak sangka orang macam kau pun ada girlfriend, tahniah lah..." Rizwan memusingkan badannya dan kembali berjalan ke padang dengan senyuman sinis.

"Apa maksud kau dengan kenyataan kau tu?! Rizwan! Hei!"

"Sabo bang, sabo..." Bobby menepuk lembut belakang badan dan dada Karya. Karya berasa sedikit tersinggung dekat perlian daripada Rizwan itu. "Jom pergi, nanti tak pasal-pasal kena menjawab dengan Ejen Ganz."

Mereka berdua pun berjalan pergi ke padang tempat semua ejen berkumpul.

Di suatu sudut gelap, kelihatan ada seorang lelaki sedang berdiri dan memerhatikan gelagat Ejen Rizwan, Rudy, Alicia dan Ali daripada jauh. Dia tersenyum sinis kemudian menalefon seseorang.

Tut... Tut... Klik!

"Pisang tak akan berbuah dua kali..."

"Gunung tak akan meletus tanpa sebab..."

"Lautan dalam jangan diduga..."

"Melainkan ada sang pencetus malam." Lelaki itu sedang bercakap dengan seseorang di talian dengan menggunakan kata laluan rahsia yang hanya diketahui olehnya serta beberapa orang.

Kata laluan itu diucapkan untuk mengenal pasti sama ada orang itu merupakan orang 'mereka' ataupun sang penyamar.

"Jadi? Bagaimana progress?"

"Berjalan lancar, dia nampaknya telah menunjukkan minat yang mendalam lebih daripada apa yang kita jangkakan."

"Pastikan dia makan umpan."

"Jangan risau, dia merupakan aset kita. Kami akan melayannya seperti raja."

"Berikan saya update dari semasa ke semasa."

"Roger!"

Klik!

Panggilan terputus, lelaki itu menyimpan telefonnya ke dalam poket seluarnya. Matanya melihat susuk tubuh figura Ejen Tekno yang dicakapkannya tadi kepada kawannya.

"Ali... Tak lama lagi, kau akan dapat semula I.R.I.S. Kami akan bantu kamu untuk dapatkan kembali hak kau sebagai pemegang I.R.I.S yang sah..! Ha, ha, ha, ha, ha..!" Kata lelaki itu kemudian, bayangnya hilang dari pandangan.

Continue Reading

You'll Also Like

550K 17.1K 74
Hiraeth - A homesickness for a home to which you cannot return, a home which maybe never was; the nostalgia, the yearning, the grief for the lost pla...
1.1M 61.4K 38
It's the 2nd season of " My Heaven's Flower " The most thrilling love triangle story in which Mohammad Abdullah ( Jeon Junghoon's ) daughter Mishel...
165K 5.9K 91
Ahsoka Velaryon. Unlike her brothers Jacaerys, Lucaerys, and Joffery. Ahsoka was born with stark white hair that was incredibly thick and coarse, eye...
138K 2.7K 44
"You brush past me in the hallway And you don't think I can see ya, do ya? I've been watchin' you for ages And I spend my time tryin' not to feel it"...