PEWARIS SEBENAR IRIS

By Ustaz_Ruzi

6.7K 430 183

Cover Book Make By @Alquransyabila Sinopsis Selepas Ejen Ali telah disahkan tidak dibenarkan lagi menjadi pem... More

BAB 1: DJIN KEMBALI
BAB 2: UNDERCOVER FRIEND
BAB 3:DEMONSTRASI
BAB 4: CURIGA
BAB 5:EKORI
BAB 6:ISI TERSIRAT
BAB 7: KE TEMPAT TUGASAN
BAB 9: PERGELUTAN KECIL
BAB 10: ORGANISASI BARU?
BAB 11: MISTERI WASIAT
BAB 12: PERTEMUAN TIDAK DIJANGKA
BAB 13: BOM MASA
BAB 14: BERTEMU TAN SRI
BAB 15: PERCANGGAHAN PENDAPAT
BAB 16: RUDY MENYERANG KETUA-KETUA TERAS
BAB 17: SUASANA GETING
BAB 18: OPERASI BERMULA
BAB 19: SERANGAN MENGEJUT
BAB 20 : APA KAITAN M.A.T.A DAN BLACK HEART?
BAB 21 : WASIAT HILANG?
BAB 22 : BLACK HEART SEMAKIN AKTIF
BAB 23 : WAKIL GENG M.A.R.A MENJELMA
BAB 24 : PENYAMARAN?
BAB 25: HELAH
BAB 26: TIBA DI A.P.D.A

BAB 8: DOKTOR QARZONE

213 18 7
By Ustaz_Ruzi

Setelah beberapa jam berlalu, alhirnya Dayang, Ganz dan Zain telah berjaya membantu Djin menyelesaikan tugasannya. Kesemua lima Ejen IMVISO telah berjaya mendapatkan barang yang ditugaskan dalam misi mereka.

Kelima-lima Ejen IMVISO berkumpul di padang semula, di tangan mereka, kelihatan barang-barang penting sedang dipegang erat.

Bobby sedang melambung-lambungkan pen hitam yang diambilnya daripada pejabat perdana menteri sebentar tadi dengan senyuman sinis memandang Karya.

"Setakat pen sebatang kau tak perlulah nak riak sangat." Kata Karya sambil memusingkan iris bebola matanya. Karya mengeluarkan pisau yang dipegang olehnya tadi lalu membuat latihan berlawan dengannya.

Swush!

Karya berdiri tegak, tangan kanannya melambungkam pisau itu ke udara, pisau itu berpusing-pusing, Karya menundukkan kepalanya di hadapan Bobby dengan senyuman sinis dan melompat ke udara gaya gimnastik.

Pak!

Pisau itu berpusing tanpa henti dan bergerak menggelongsor di tangan kiri Karya, berjalan ke belakang bahu Karya dan seterusnya ke tangan kanan lalu di sambut kemas di dalam gemgaman tangan kanannya. Karya berpusing lima kali kemudian mendarat di atas tanah dengan selamat.

Pak!

"Amacam?" Tanya Karya sambil menjeling puas hati memandang Bobby.

"Ouh... Kau nak cabar aku ke?"

"Eh? Why not?"

Rudy memutarkan matanya sambil menghela nafas kecil, dia berdiri di sebelah Rizwan sambil meletakkan artifaknya ke bawah. Matanya terlihat satu susuk tubuh yang sangat dikenalinya.

Figura lelaki itu melambai-lambai ke arahnya dengan senyuman manis, lelaki itu menyuruhnya untuk datang ke arahnya sebentar setelah selesai berbincang.

"Kau okay?" Tanya Rizwan kepada Rudy, matanya melihat pada bahu kiri Rudy yang sedang berdarah sedikit itu.

"Okay." Rudy menutup bahagian bahu yang cedera itu dengan tangan kanannya. Dia tidak mahu kelihatan lemah.

"Lepas ni, pergi bilik kesihatan. Aku dah maklumkan dekat jururawat di sana, nanti Jet dan Chris akan tolong papah kau." Kata Rizwan sambil melihat ke arah jam tangannya.

"Tak perlu, saya boleh pergi sendiri." Balas Rudy, dia memuncungkan bibirnya sambil menyilangkan tangannya.

"Jangan merepek, kalau apa-apa jadi dekat kau macam mana?"

"Saya bukan budak-budak lagi, Ejen Rizwan. Saya remaja."

"Masih bawah umur kan?" Akhirnya, Rizwan memang perdebatan mulut dengan Rudy. Bagi Rizwan, orang yang belum melepasi umur 20 tahun bererti budak bawah umur.

"Baiklah, Ejen Rizwan menang." Kata Rudy, mereka berdua tersenyum sinis sesama mereka.

"Letakkan sahaja barang-barang artifak itu di sini. Nanti ada orang akan ambil." Kata Djin sambil meletakkan artifaknya di dalam satu lukisan bulatan yang besar di atas padang itu.

Semua ejen-ejen INVISO yang lain hanya menuruti tingkah lakunya, kelima-lima mereka berdiri di belakang luar garisan bulatan itu.

Shing!

Garisan bulatan itu mulai bersinar, kelima barang-barang artifak itu di bawa turun ke bawah untuk dilihat kesahihannya terlebih dahulu.

"Mission Accomplished." Kata Djin kepada semua rakan-rakan yang lain. Mereka semua mengangguk tanda puas hati.

"Masih ada beberapa jam sebelum perintah kawalan pada waktu malam, apa kata kita keluar?" Tanya Karya sambil memandang ke arah jam tangannya. Bobby melilit tangan kanannya di sekeliling leher Karya.

"Jom! Hari ni dekat tepi perlabuhan Cyberpunk ada buat jualan makanan dan barang-barang sedikit. Apa kata kita pergi sana?" Ajak Bobby dengan wajah cerianya.

"Hmp! Bagus cadangan kau, aku setuju." Balas Karya, mereka berdua melagakan buku lima mereka.

"Djin, kau join?" Tanya Bobby sambil memandang ke wajah Djin dengan riaksi ceria. Dia dan Karya sedang cuba berusaha untuk berkawan dengan Djin semula.

"Hmm... Not a bad idea after all, aku join." Kata Djin sambil mengangguk kecil.

"Yes! Rizwan? Rudy? Are you gusy come in too?" Tanya Karya sambil memandang ke arah dua figura yang selalu berkepik bersama itu. Rizwan dan Rudy geleng serentak.

"Tak apa, aku ada kerja sikit lepas ni." Kata Rizwan sambil melihat ke skrin telefonnya.

"Saya pun." Balas Rudy.

"Haih... Rugi... Rugi..." Kata Bobby sambil menggelengkan kepalanya beberapa kali. "Korang dua kena ambil masa beberapa minit untuk berehat dan bersantai. Barulah manusia!"

"Oh! Jadi sekarang ni kau nak kata yang kitorang ni alien lah?" Tanya Rizwan sambil tergelak kecil, dia menyimpan telefonnya semula dan memandang ke wajah Bobby yang sudah tergelak besar bersama dengan Karya.

"Pandai kau buat lawak, Rizwan." Puji Bobby kepada Rizwan. "Okay, kami pergi dulu. Apa-apa, Roger." Karya menarik leher Karya dan membuatkan kakinya berjalan mengikut langkahnya. Djin mengikut mereka dari belakang.

Setelah itu, Jet dan Chris tiba di padang itu. Rizwan tersenyum sinis melihat Rudy yang hanya akur akan tindakannya itu. "Bagus, tepat pada masanya. Tolong perhatikan dia, ya?"

"Baik, Tuan." Kata Jet dan Chris serentak sambil membuat tabik hormat di hadapan Ejen Rizwan.

Rizwan mengangguk kecil kemudian berjalan pergi meninggalkan mereka bertiga.

"Rudy, kau okay tak ni?" Tanya Jet sambil memandang ke wajah Rudy yang cool itu.

"Aku okay."

"Bakpo tangan mu berdarah ni, Rudy?!!" Tanya Chris sambil memegang bahu kiri Rudy yang masih lagi mengalami sedikit pendarahan.

"Biasalah..." Rudy menepis lembut tangan Chris daripada menyentuh bahunya yang tercedera itu.

"Jom, pergi bilik kesihatan." Ajak Jet, dia baru sahaja mahu memapah Rudy namun tangannya ditepis lembut olehnya.

"Tak apa, aku boleh berjalan lagi. Nanti kalau aku nak pengsan, aku bagitahu." Kata Rudy.

"Ish! Mu ni gak, Rudy. Demo nok tolong mu jo. Tok soh loh buat ganas lagutu!" Marah Chris dalam loghat Kelantan sebentar.

"Tak apa, aku okay."

"Betul ni?"

"Ya. Korang boleh pergi dulu, apa-apa hal nanti aku call korang." Kata Rudy sambil memegang telefonnya.

Jet dan Chris memandang sesama mereka kemudian mengangguk mendapat persetujuan bersama.

"Ingat! Jangan lupa call!" Kata Jet dengan nada tinggi kepada Rudy.

"Kalau hang dok call kami, lagu mano? Nanti siapo yang kena? Kami juga yang keno menjawab depan abe mu tu mu tahu dok?" Marah Chris, abang yang Chris maksudkan adalah Rizwan. Dia menjaga Rudy seperti adiknya sendiri.

"Ya, ya. Aku tahu, Tak apa. Apa-apa hal, aku handle. Korang tak akan kena tindakan apa-apa dengan jaminan aku." Kata Rudy, memberikan jaminan di dalam kata-katanya kepada dua sahabatnya itu.

"Okaylah, kitorang gerak dulu. Ingat! Call!" Kata Jet sambil membuat tangan gaya call kepada Rudy.

Rudy mengangguk sambil melontarkan senyuman manis kepada dua sahabatnya itu yang telah berlalu pergi.

Rudy berjalan ke arah tembok yang terletak tidak jauh daripada jaraknya sedang berada untuk bertemu dengan seseorang.

"Ali." Tegur Rudy, dari jauh dia sudah boleh tahu bahawa lelaki yang melambainya itu adalah Alia.

"Hey, Rudy! Kawan baik aku..." Ali memeluk erat tubuh Rudy, Rudy berasa sakit pada bahagian bahunya yang tercedera itu kamudian cepat-cepat melepaskan perlukan Ali itu dengan lembut.

"Kenapa kau nak jumpa aku?" Rudy memegang bahu kirinya yang semakin banyak darah keluar akibat daripada perlukan Ali tadi untuk manahan lebih banyak lagi Sarah menglir keluar.

"Macam mana misi pertama kau? Siapa dapat markah lebih banyak? Mesti kau kan?" Teka Alia dengan mata bersinar-sinar melihat Rudy.

"Banyak Betul soalan kau. Keputusan belum di buat, jadi pemenang misi pertama belum diputuskan lagi." Balas Rudy dengan riaksi serius memandang Ali.

"Alahhhhhhh! Agak-agak bila keputusan nak keluar?"

"Eh? Kenapa kau pula yang tak sabar-sabar nak tahu keputusannya?"

"Tak ada sebab. Saja je..." Balas Ali dengan senyuman manis kepada Rudy.

"Ali... Aku janji aku akan balas budi kau suatu hari nanti." Kata Rudy, dia merasakan dirinya terikat dengan Ali disebabkan budi yang dikenangnya itu.

"Arh! Tak perlu fikir fasal tu, kau tolong maklumkan pada aku semua perkembangan misi kau dengan ejen-ejen INVISO yang lain, ya?" Kata-kata Ali telah membuat Rudy berasa sedikit curiga.

"Kenapa? Pertandingan ni bukannya ada kena mengena dengan kau." Tanya Rudy. Ali menepuk lembut lengan kiri Rudy.

"Saja. Tolong tau!" Kata Ali dengan senyuman manis, Rudy mengangguk kecil, Ali mula berjalan pergi meninggalkan tempat itu. "Rudy, walau apa pun yang terjadi, kau mesti kekal berada di dalam pertandingan sehingga akhir!" Kata Ali, pesanan terakhir kepada Rudy.

Dengan rasa curiga, Rudy berjalan ke arah bilik kesihatan. Setibanya sahaja dia di sana, seorang jururawat lelaki cepat-cepat memapah Rudy ke sebuah katil untuk merawatnya.

"Bagaimana hari kamu, Rudy?" Tanya Doktor Qarzone kepada Rudy sambil tangannya sedang sibuk menyediakan peralatan merawat luka itu.

"Fine, as always." Balas Rudy sambil mengangkat bahunya sedikit.

Seorang jururawat lelaki membantu Rudy menanggalkan blezer hitamnya Dan menggantungkannya di tepi kerusi, kemudian Rudy membuka butang rompi hitamnya serta membuka butang kemeja dan tali lehernya lalu dihulurkan kepada jururawat lelaki itu.

Dia meletakkan pakaian Rudy di satu tempat, jelas kelihatan tubuh badan Rudy yang berotot dan sado itu. Rudy duduk di tepi katil itu.

"Kita cuci dulu ya luka kamu?" Kata Doktor Qarzone, dia mengambil satu paip air dan menyiram air itu pada bahu kiri Rudy.

"Urgh..!" Rudy berasa sedikit sakit semasa proses pembersihan luka itu namun dia cuba bertahan. Dia mengetap bibirnya, kedua tangannya digemgam erat, dan kepalanya dihalakan ke lantai.

"Tahan sikit, ya?" Kata Doktor Qarzone, dia meletakkan paip itu kembali. Dia menyinsing lengan blezer putih doktornya sehingga ke parah siku kemudian menyambung kerjanya.

Doktor Qarzone memakai sarung tangan getah berwarna jernih ke tangannya, dia mengambil penyepik besi dan menyepik kapas kemudian dicelupnya ke dalam botol antiseptik.

Doktor Qarzone mula menyapu kapas itu pada luka di bahu Rudy, kecederaan luka Rudy tidaklah serius mana cuma kedalaman luka itu sangat dalam dan perlu dijahit segera untuk mengelakkan daripada darah keluar.

Doktor Qarzone menghentikan proses menyapu ubat, dia mengambil satu kain maslin berwarna putih dan menyerahkan kepada jururawat lelaki di sebelahnya itu.

Jururawat itu seakan-akan tahu apa yang perlu dibuat, dia segera meletakkan kain itu pada bahu Rudy untuk mengelakkan darah daripada terus keluar.

Doktor Qarzone mengambil seutas benang dan sebatang jarum untuk memulakan proses menjahit luka. Dia berjalan ke arah Rudy, jururawat itu mengangguk kemudian melepaskan pegangan tangannya daripada bahu Rudy. Doktor Qarzone mula menjahit luka Rudy sehinggalah luka tersebut ditutup sepenuhnya.

Selepas lima minit berlalu, Doktor Qarzone selesai merawat kecederaan Rudy, Rudy berdiri kemudian mengambil pakaianya semula.

Rudy memakai kemejanya semula, dia membutangkan kemejanya dengan penuh berhati-hati kerana tidak mahu luka jahitan baru itu terbuka.

Doktor Qarzone membuka sarung tangannya dan pergi ke singki untuk membasuh tangannya. Dia mengelap tangannya kemudian berjalan ke arah Rudy.

"Jangan banyak gunakan bahu kiri kamu, kalau boleh, rehatkannya." Kata Doktor Qarzone kepada Rudy, jururawat lelaki itu berjalan ke arah Doktor Qarzone sambil menyerahkan buku laporan kesihatan Rudy.

Doktor Qarzone menulis dan meletakkan tanda tangannya untuk melengkapkan laporan kesihatan pesakitnya. "Saya akan maklumkan kepada pihak M.A.T.A supaya kamu direhatkan selama tiga hari."

"Tak boleh. Saya mesti kekal berada di dalam pertandingan." Balas Rudy, dia memegang blezer dan rompi hitamnya di tangan kanannya.

Doktor Qarzone menyerahkan kembali buku laporan kesihatan itu kepada jururawat lelaki itu, jururawat itu mengangguk kemudian berjalan pergi ke kaunter penyimpanan.

Doktor Qarzone memandang ke wajah Rudy, "Kamu ni memang keras kepala, kamu tiada sebab pun untuk tidak mengendahkan arahan saya."

"Ada. Pertandingan ni sangat penting, dan saya mahu tahu pemenangnya secepat mungkin." Balas Rudy dengan serius. Dia sebernanya mahu kekal di dalam pertandingan hanya kerana Ali menyuruhnya begitu.

Doktor Qarzone menghela nafas panjang, dia meletakkan tangan kanannya di atas rambutnya.

"Jangan risau, beri sahaja nasihat. Saya akan ikut satu per satu selain daripada direhatkan."

"Ubat?"

Rudy menggeleng kepalanya, "Saya tak akan makan ubat hospital." Kata Rudy dengan tenang.

"Rudy, saya tak boleh beri pelepasan kepada kamu jika kamu tak dengar nasihat saya dan makan ubat yang saya akan berikan." Kata Doktor Qarzone kepada Rudy.

Jika seorang Ejen itu cedera dan telah dirawat di bahagian perubatan M.A.T.A, dia perlu mendapatkan kelulusan daripada Doktor yang merawatnya untuk menjalankan misi semula. Tanpa persetujuan dan perlepasan daripada Doktor yang merawatnya, Ejen tersebut tidak boleh menjalankan apa-apa misi daripada pihak M.A.T.A.

Suasana menjadi dingin, kedua-dua belah pihak tidak bercakap Dan hanya merenung sesama mereka. Hanya bunyi angin sahaja dapat didengari seeprti di tanah perkuburan.

Tap, Tap, Tap, Tap.

Bunyi tapak kaki mula kedengaran, semakin lama semakin kuat, pintu bilik mula terbuka dan seorang ejen remaja mula memasuki bilik itu.

"Saya jaminannya." Kata Alicia sambil menyerahkan satu borang yang telah siap diisi kepada Doktor Qarzone.

Doktor Qarzone mengambil borang itu lalu membacanya dengan penuh teliti, Alicia berjalan ke arah Rudy dengan wajah tenang tanpa sebarang senyuman terukir di bibir.

Ada satu lagi cara untuk pesakit mendapatkan persetujuan dan pelepasan daripada Doktor, pesakit perlu mendapatkan seorang ejen Neuro untuk dijadikan penjamin ke atas mereka. Hanya Ejen dari Teras Neuro sahaja yang diberikan kelonggaran itu.

"Lain kali bagitahulah aku awal-awal, tak adalah mengganggu masa aku tengah rancang strategi untuk misi esok." Kata Alicia dengan nada sedikit tinggi kepada Rudy.

Rudy tersenyum sinis, dia sempat mesej Alicia semasa dalam perjalanan ke bilik kesihatan. Mereka berdua saling menjaga antara satu sama lain.

Rudy tidak mempercayai sesiapa yang lebih bersikap waspada sejak kejadian Jenny a.k.a Cinco mengkhianati M.A.T.A. Cerita itu diceritakan kepada semua ejen-ejen M.A.T.A supaya lebih berwaspada setiap masa. Setakat ini, hanya Ali, Alicia dan Rizwan sahaja orang paling dipercayainya.

"Haih... Baiklah. Rudy, kamu diberi pelepasan dengan jaminan Ejen Alicia." Kata Doktor Qarzone sambil menghela nafas panjang.

"Terima kasih." Ucap Rudy kepada Doktor Qarzone dengan senyuman manis.

"Tetapi ingat, kamu akan dipantau selama sebulan oleh Ejen Alicia! Jangan ingat kamu dah bebas!" Kata Doktor Qarzone dengan amaran sekeras-kerasnya kepada Rudy.

"Ya, baiklah." Rudy mengangguk kecil.

"Ejen Alicia, saya serahkan dia kepada kamu." Kata Doktor Qarzone sambil menundukkan kepalanya sedikit ke bawah tanda hormat kepada Ejen Neuro. Alicia menundukkan kepalanya sedikit ke hadapan Doktor Qarzone.

"Baiklah, Doktor Qarzone." Balas Alicia.

Doktor Qarzone berjalan pergi ke pejabatnya meninggalkan dua ejen remaja di situ. Rudy duduk di sebuah kerusi kemudian mengajak Alicia duduk di sebelahnya.

"Apa cerita? Aku dengar kau cedera teruk." Alicia melihat ke bahu kiri Rudy yang sedang dibalut dengan pembalut kain putih itu.

"Sikit je. Ada masalah sikit berlaku semasa misi tadi." Kata Rudy dengan gaya serius.

"Teruskan. I'm listening." Kata Alicia, dia tidak menyandarkan tubuh badannya ke kerusi dan matanya fokus memandang Rudy.

"Ada 'Mastermind' sedang memerhatikan aku, konco-konconya menyerang aku dengan gaya gengster. Aku tak kenal siapa mereka, tetapi mereka kata mereka kawan lama abang aku." Kata Rudy sambil membuat kontak mata dengan Alicia.

"Kawan lama abang kau? Bukan ke kau cakap yang kau sebatang kara?" Tanya Alicia dengan sedikit curiga dengan situasi itu. Sebatang kara bermaksud dia tidak mempunyai sanak saudara dalam hidup lagi.

"Itulah masalahnya. Aku pun pelik juga waktu tu, ketua diorang pun ada sekali masa tu. Dia perhatikan aku daripada jauh." Kata Rudy lagi.

"Kau nampak muka dia?"

Rudy menggeleng kepalanya, "Tak. Tempat dia duduk tu terlalu gelap, aku pula berdiri sangat jauh daripada kawasan dia. Jadi, aku tak nampak sangat wajah dia."

"Pelik..." Alicia meletakkan jarinya pada dagu sambil berfikir. Dia tiba-tiba teringat mahu bertanya sesuatu kepada Rudy. "Kau ada jumpa Ali hari ni?"

Rudy mengangguk kecil, "Ada. Dia minta aku beritahu dia semua perkembangan misi aku dan Ejen-ejen INVISO yang lain. Dia juga suruh aku supaya cuba kekal di dalam pertandingan sehingga ke akhir."

"Hmm... Ali suruh kau buat macam tu? Dan kau cakap apa dekat dia?"

"Okay."

"..." Alicia merenung ke wajah Rudy dengan riaksi tidak percaya. Dengan mudah sahaja dia bersetuju untuk membantu Ali?

"Kenapa kau tengok aku macam tu?"

"Haih... Kenapa kau bersetuju dengan dia tanpa berfikir panjang?"

"Alah, Ali je pun. Dia bukannya minta aku terjun bangunan ke apa ke." Kata Rudy, cuba buat lawak sedikit. Alicia tergelak kecil.

"Aku tahulah, maksud aku. Kau sepatutnya bincang dulu dengan aku. Aku takut kau tersilap buat keputusan." Kata Alicia dengan wajah sedikit risau akan keadaan Rudy.

"Jangan risau, aku sentiasa mendahului kau dan Ejen Rizwan." Rudy melontarkan senyuman manis kepada Alicia untuk menyedapkan hatinya.

"Aku harap kau tak tersilap langkah..." Alicia meletakkan tangannya di kepalanya dengan sedikit keluhan berat.

"Lagipun..." Wajah Rudy mulai pucat, dia teringat waktu Ali menyelamatkannya semasa dia hampir-hampir terbunuh akibat serangan oleh Djin semasa pertatungan di AKADEMI M.A.T.A. Ali menyelamatkannya, sejak dari itulah, Rudy terhutang budi dengan Ali. "Aku terhutang budi dengan Ali."

Alicia mengangkat kepalanya dan melihat wajah Rudy, Alia meletakkan tangannya di atas bahu kanan Rudy dengan senyuman manis. "Aku tahu."

Mereka bertentang mata, senyuman manis terukir di wajah mereka. Bunyi tapak kaki mula kedengaran berjalan ke arah bilik sakit.

Tap, Tap, Tap, Tap.

Klik!

Shush...

Pintu bilik sakit mula terbuka, kelihatan seorang ejen Kombat datang memasuki pintu itu, dia berjalan masuk ke dalam.

"Rudy..." Kata-katanya terbantut apabila dia melihat Rudy sedang bertentang mata dengan Alicia di satu sudut di meja bulat itu. Matanya membulat, dia terkejut.

Alicia terlihat kelibat figura perempuan itu lalu Alicia membuat isyarat mata kepada Rudy untuk menyuruhnya memandang ke belakang.

Rudy mengelipkan matanya tanda dia tahu apa yang Alicia maksudkan, dengan perlahan-lahan, Rudy memusingkan kepalanya memandang ke belakang. Wajahnya masih lagi tenang, dia langsung tidak terkejut dengan kehadiran tetamu tidak diundang itu.

"Iman, ada apa awak datang sini?" Tanya Rudy sambil membuat kontak mata dengan Iman.

Iman menggeleng kepalanya beberapa kali, "Urm... Maaf. Saya tak bermaksud mahu mengganggu awak berdua."

"Apa kau merepek ni, Iman? Kau tak mengganggu kitorang pun." Alicia berdiri sambil berjalan perlahan me arah Iman.

Tap.

Alicia meletakkan tangan kanannya di atas bahu kanan Iman sambil membisikkan sesuatu ke telinganya, "Aku dengan Rudy tiada apa-apa hubungan yang istimewa pun. Kau masih lagi ada perluang."

Tap, Tap, Tap, Tap.

Alicia berjalan keluar daripada bilik kesihatan itu meninggalkan dua ejen itu sendirian. Rudy berdiri dan berjalan ke arah Iman. Dia berhenti hanya beberapa inci daripada kedudukan Iman berdiri.

"A... Awak okay, Rudy? Saya dengar daripada Jet dan Chris... Awak cedera teruk..." Suara Iman perlahan namun jelas kedengaran nada kerisauannya terhadap Rudy.

"Mak Yah ke suruh awak jaga saya?" Teka Rudy, Iman terus mengangkat kepalanya sejurus mendengar kata-kata itu. "Jadi betullah?"

"Bukan macam tu, Mak Yah cuma risaukan keselamatan awak! Saya pun... Risaukan awak..." Iman menundukkan kepalanya ke lantai. Rudy tersenyum sinis.

"Saya okay, terima kasih datang melawat." Kata Rudy cuba menenangkan hati Iman.

"Urm... Saya bawa buah tangan untuk awak. Saya masak sendiri, nanti awak jangan lupa makan ya..." Kepala Iman masih lagi tunduk, tangannya dihulurkan ke arah Rudy.

Rudy memandang ke arah bekas makanan berwarna hitam berjalur emas yang dipegang oleh Iman itu. Rudy mengambil bekas makanan itu kemudian menghidu bau makanan pada bekas makanan itu.

"Hmm... Laksa Penang, favorite saya. Terima kasih, Iman. Awak memang memahami saya." Kata Rudy sambil melontarkan senyuman manis kepada Iman.

Pipi Iman mula bertukar warna menjadi merah pendam semerah Med Red Velvet. "Sa... Sama-sama."

"Saya pergi dulu, tak sabar nak rasa masakan awak ni. Assalamualaikum." Kata Rudy sambil berjalan pergi meninggalkan Iman seorang di dalam bilik itu.

Iman memusingkan badannya Dan melihat kelibat Rudy sudah hilang dari pandangan, Iman menggemgam tangannya ke dada dengan erat.

"Waalaikumsalam..." Balas Iman, jatungnya berdegup kencang. Iman sudah lama menaruh perasaan suka kepada Rudy sejak kali pertama dia berkenalan dengan Rudy di akademi M.A.T.A. Semua Ejen remaja juga sudah tahu akan perkara itu termasuklah Rudy cuma, Rudy mengganggap itu merupakan satu gurauan sahaja.

Iman sedang mencuba untuk mendekatkan diri dengan Rudy, cuma susah sikit sebab Rudy selalu sibuk dengan kerja-kerja luarnya.

Iman juga berasa sedikit cemburu dengan Alicia kerana sejak akhir-akhir ini, hubungan antara Alicia dan Rudy semakin rapat. Namun, Iman tidak akan berputus ada! Dia tetap akan berusaha untuk memenangi hati Ejen Rudy.

Continue Reading

You'll Also Like

392K 6.3K 79
A text story set place in the golden trio era! You are the it girl of Slytherin, the glue holding your deranged friend group together, the girl no...
1.1M 61.4K 38
It's the 2nd season of " My Heaven's Flower " The most thrilling love triangle story in which Mohammad Abdullah ( Jeon Junghoon's ) daughter Mishel...
1M 38.7K 90
๐—Ÿ๐—ผ๐˜ƒ๐—ถ๐—ป๐—ด ๐—ต๐—ฒ๐—ฟ ๐˜„๐—ฎ๐˜€ ๐—น๐—ถ๐—ธ๐—ฒ ๐—ฝ๐—น๐—ฎ๐˜†๐—ถ๐—ป๐—ด ๐˜„๐—ถ๐˜๐—ต ๐—ณ๐—ถ๐—ฟ๐—ฒ, ๐—น๐˜‚๐—ฐ๐—ธ๐—ถ๐—น๐˜† ๐—ณ๐—ผ๐—ฟ ๐—ต๐—ฒ๐—ฟ, ๐—”๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ฒ๐˜€ ๐—น๐—ผ๐˜ƒ๐—ฒ ๐—ฝ๐—น๐—ฎ๐˜†๐—ถ๐—ป๐—ด ๐˜„๐—ถ๐˜๐—ต ๏ฟฝ...
356K 15.5K 39
เชœโ€โžดแกฃ๐ญฉ hidden, various hazbin hotel characters x female reader เชœโ€โžดแกฃ๐ญฉ ๐‘ฐ๐’ ๐’˜๐’‰๐’Š๐’„๐’‰ we follow an angel named y/n, who had her bes...