Tempat Sempurna

By Lollysnow

4.8M 272K 39.1K

THAQIF | SAFA Mereka tidak pernah dekat lagikan mahu bercinta. Tidak! Tidak pernah terfikir dek akal Safa unt... More

THAQIF | SAFA
PROLOG
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
60*
61*
62
63
PERSONA TS
EPILOG
EXTRA #1 NS
EXTRA #2 NS
EXTRA #3 NS

15

64.5K 3.7K 334
By Lollysnow

Dengan sekali lafaz penuh lancar dan yakin, Safa Aqilah akhirnya sah menjadi isteri kepada Mohd Thaqif seperti yang dirancang. Hanya Tuhan sahaja tahu bertapa kosongnya hati dan fikiran Safa saat ucapan tahniah diucap silih berganti padanya.

Perasaan? Suka? Sedih?

Entah, dia terlalu penat dengan persiapan sehingga rasanya hilang.

Persembahan tarian tradisional dengan alunan musik buat mata Safa melayu kepenatan. Siang tadi dinikahkan, malannya pula majlis resepsi.

Dia tidak sempat untuk rehat sedetik pun! Dia tak tahu nikah boleh jadi sepenat ini!

"Kau penat?" Bisikan Thaqif disebelah Safa buat Safa kembali membuka luas matanya. Kepala dipaling mendongak menatap wajah kacak lelaki disebelahnya.

"Sikit, ada cara lain nak balik awal?" Soal Safa lemah. Dia seperti mahu lari dari majlis resepsi sendiri. Kalau dia tetamu dah lama agaknya dia pulang mencari tilam di bilik.

"Em, lepas kita pergi jumpa tetamu, kita terus naik bilik." Thaqif sentuh tangan Safa meminta wanita itu untuk bersabar.

"Can?" soal Thaqil lembut. Safa hanya menghela nafas panjang lantas mengangguk akur. Senyuman palsu dilakar dibibir dihadapan tetamu yang tak lepas memandang ke arah mereka di layar skrin besar dewan hotel terkenal itu.

"TAHNIAH Safa dan Thaqif, Serious I cakap, you nampak cantik sangat Safa." Puji Amanda pereka baju pengantin Safa yang kini menjadi bualan orang ramai.

"I tak akan cantik tanpa bantuan you, terima kasih." Kata-kata ikhls buat Thaqif disebelah isterinya turut tersenyum. Sejak mereka sama-sama bertungkus lumus untuk persiapan, Thaqif sendiri memperkenalkan Safa dengan ramai kenalan dan meminta Safa melayan mereka dengan baik.

Akhirnya ada juga perkembangan baik dari perempuan itu.

"Tahniah Thaqif." Sapaan seseorang dari belakang buat Thaqif berpaling lantas menghulur senyum lebar.

"Terima kasih Harraz, tengok orang busy macam kau sudi datang majlis aku, aku appreciate sangat.." kata-kata sopan Thaqif buat Harraz suami pereka fesyen terkenal itu tersenyum.

"Jangan selalu sangat perli aku orang busy. Soon aku dapat rasa kau pun sama naik busy dengan aku.." Harraz sempat memandang, isteri kenalannya sekadar menghulur senyum tanpa ada niat ingin menyapanya.

"Kau dah predict?" Thaqif senyum tipis.

"Ya, siapa je tak dapat predict. Kau akan dapat tempat tu.." dunia bisnes yang dia ceburi sejak kecil membolehkan dia baca situasi diantara Thaqif dan Safa.

"Bina rumah guna bahan yang kukuh. Jangan melabur untuk perkara yang tak kekal lama." Pesanan Harraz buat Thaqif sekadar menghulur senyum lantas mengangguk kepalanya.

"Hana dan Ammar tak datang? Saya tak nampak Hana.." Soalan Safa mengalih perhatian dua lelaki itu.

"Oh Hana dengan Ammar ada datang, tapi dia orang minta diri tadi sebab Luna anak diaorang tak berapa sihat. Pengasuh jaga kat rumah. Itu dua-dua tak senang duduk lama-lama." Amanda membalas dengan gelak kecil.

"Dia orang sempat titip salam dan ucapan tahniah buat kau orang." Sambung Harraz pula.

"terima kasih, jemputlah makan dulu. Kami terpaksa minta duru dulu." Thaqif tarik tangan Safa sebelum keduanya beredar menyapa tetamu yang lain.

Thaqif lah yang tak kering gusi mesra menyapa dan membalas sapaan dan ucapan tahniah. Wajah Safa pula sudah pudar seri kerana kepenatan. Tumitnya sakit, pinggangnya lenguh.

"Safa,," Genggaman kemas Thaqif buat Safa angkat wajahnya.

"Yes?"

"Kenalkan ini Indah, dia ni lah owner Helen's Cafe, yang buat cupcakes sedap tu.."

Mata Safa serta merta segar bugar memandang kehadapan melihat seorang gadis manis bertudung menghulur senyum padanya.

"Oh, awak lah yang buat cupcakes tu. Saya suka sangat.." Safa tak dapat bendung rasa terujanya.

"Ya saya." Indah bangun menghulur tangan disambut Safa dengan senyuman.

"Kau kenal dia macam mana?" Safa bisik pada Thaqif disebelah.

"Lah.. tu suami dia. Suami dia kawan aku masa zaman-zaman khayal dulu."

"Khayal kepala atuk kau." Syaqil suami pemilik cafe itu jenggil mata buat Thaqif menghamburkan tawa.

"Yang khayal tu kau, yang cerdasnya aku. Kau jangan percaya sangat suami kau ni Safa." Terus terang betul lelaki itu berkata.

"Khayal apa ni?" Si pemilik Cafe menyampuk.

"Tak, jangan dengar." Syaqil tarik tangan Indah untuk duduk kembali di atas kerusi.

"Kau tak cakap pun, aku tetap tak percayakan dia." Safa senyum sambil dia melingkar tangan ke lengan Thaqif. Lain betul ayatnya buat suasana janggal seketika.

Indah dan Syaqil sama-sama terkebil-kebil.

"Sejak bila pandai menyakat ni?" Thaqif tarik tangan bertukar dia yang memeluk pinggang Safa rapat kearahnya.

"I'm not."

"Okaylah, jemput makan. Indah thank you atas cupcakes dan cake yang kau buat untuk majlis kita orang." Sempat Thaqif meninggal ucapan sebelum dia meminta diri pergi bersama isterinya.

•••

Malam itu mereka bermalam di hotel setelah majlis tamat, mujurlah Thaqif mempercepatkan segalanya agar Safa dapat rehat lebih awal.

Siap sahaja bersiap dengan pijamas dihadiahkan pihak hotel, Safa hempas tubuh di atas katil. Kelompak-kelompak bunga Mawar turut berterbangan jatuh ke lantai.

Thaqif geleng kepala sambil kedua belah tangan mengeringkan rambut dengan tuala kecil. "Buanglah bunga-bunga tu dulu kalau nak tidur pun."

"Buat apa nak buang, benda dah ada. Guna jelah." Balas Safa sambil dia pejam mata merehatkan tubuh.

Ketenangan yang tak begitu lama sebelum dia rasa tilam katil rasa dihenyak dan haba hangat terasa dekat dengan tubuhnya.

"Jadi kau nak cakap kita patut guna mood hotel ni untuk agenda kita seterusnya?" suara garau lelaki itu begitu dekat buat Safa buka luas matanya. Hampir jantungnya tercabut melihat wajah Thaqif begitu hampir hingga air basahan dari rambut lelaki itu jatuh mengena pipinya.

Air liur diteguk terasa kesat. Mulutnya terkunci. Mata mereka saling bertatapan. Seperti keduanya dirasuk dengan rasa sendiri.

"Jadi the answer is yes I guess.." bisikan Thaqif begitu hampir sebelum lelaki itu perlahan-lahan menjatuhkan kepala.

Ulas bibirnya diragut lembut buat mata Safa yang tadinya membesar perlahan-lahan melayu membiasakan diri. Tiada bantahan, tiada tolakan.

Aura Thaqif begitu kuat buat dia hanyut dan terus hanyut dalam dunia dicipta lelaki itu. Kehangatan sentuhan bibir Thaqif yang belum pernah dia rasakan selama ini.

Segalanya begitu indah sehinggalah tubuh Safa diangkat Thaqif dibetulkan kedudukan di atas katil sebelum tangan lelaki itu bergerak membuka butang baju pijamas dipakai wanita itu.

"Thaqif!!" Termengah-mengah nafas Safa menahan tangan lelaki itu. Tapi Thaqif sepertinya sudah hilang denfan dunianya dan terus menyelak pijamas Safa hingga tertanggal daripada badan isterinya.

Sekali lagi bibir Safa dikucup buat Safa pejam rapat matanya mengawal diri yang sudah hanyut.

Hampir pakaian dalam Safa dibuka barulah Safa ada kekuatan menolah kuat tubuh lelaki itu berundur kebelakang. Thaqif terkebil-kebil memandang Safa termengah-mengah mencari nafas.

"Kau nervous?" soalnya.

Safa diam memandang lelaki itu, merah wajahnya tak usah dicakap.

Air liur ditelan terasa berpasir. "Kau..."

"Kau pernah dengar pasal IVF?" Soalan dibalas soalan. Thaqif terkedu buat seketika.

"Kenapa dengan IVF?" Suara Thaqif sedikit berubah dan kedengaran sedikit kecewa.

"Sekejap." Safa bingkas bangun daripada katil dan menyarung baju pijamasnya ala kadar tak sempat dibuntang kembali. Buku nota dari beg tangan dibawa keluar begitu juga sebatang pen.

"Macam ni tau.." dia kembali bersila di atas katil dihadapan Thaqif yang kaku dari tadi.

"IVF adalah proses bayi tabung uji, kita cuma perlukan sperm dan ovum aku. Masukkan sperm kau and done! Kita akan ada anak." Sungguh-sungguh Safa memberi keterangan siap melakar di atas buku nota untuk memudahkan Thaqif memahami apa yang ingin dia sampaikan.

"Kita tak perlu buat.. semua ni.. maksud aku, kita tak perlu having s*x normal macam orang lain." Safa hela nafas berat. Takut-takut dia membalas pandangan Thaqif.

Ada senyuman tipis terbentuk di bibir lelaki itu. "Okay, kalau itu yang kau nak. Aku tak paksa kau.." Thaqif tarik buku nota Safa lalu diletak di atas meja disebelah katil.

Kalau itu yang Safa inginkan, ya dia tak akan memaksa. Walau nafsu lelakinya bergejolak dengan aktiviti mereka tadi. Dia masih ada hormat pada wanita itu. Safa berhak untuk hidupnya.

"Jom tidur." Thaqif tarik Safa berbaring di atas katil.

Suara yang begitu berbeza buat Safa serba salah telah memainkan perasaan lelaki itu tadi. Tipulah dia tak mahu meneruskan semuanya tapi.. dia takut untuk menanggung risiko kelak.

"Maaf Thaqif.." sejuk tangan Safa menyentuh dagu Thaqif. Dia betul-betul rasa bersalah.

"Tak apa." Thaqif senyum tipis sebelum menarik Safa dalam pelukan.

"Aku tak suka paksa orang. Tidur. Minggu depan kita boleh fikirkan pasal IVF tu." Kata-kata Thaqif buat Safa senyum kelegaan.

"Kau baik Thaqif." Tapi kau juga jahat..

Mungkin terlalu penat, keduanya dengan mudah terlelap dalam dakapan hangat.

Continue Reading

You'll Also Like

132K 5.3K 65
(complete) ⁺✧ - SIRI CG #1 blurb di dalam.
264K 11.2K 47
Setelah 24 tahun hidup menggalas gelaran sebagai seorang duda, Raz tidak pernah terfikir untuk jatuh cinta lagi, apatah lagi berkahwin. Tetapi lain p...
168K 10.1K 60
Kata orang, perempuan masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku femini...
438K 59.4K 49
Book 1: MAHFUZ Book 2: LUTHFI Book 3: TAQI