Aisera Arsalan: Bermulanya Ke...

By KudinaKufazly

37K 5.8K 205

Credit cover from: @MochaaQilaa_ (History only, romance around 0.00001% only) "Pemimpin yang bagus ialah pemi... More

Blurb
Bab 1
bab 2
bab 3
bab 4
bab 5
bab 6
bab 7
bab 8
bab 9: Permulaan Segala-galanya
Bab 10
bab 11
bab 12
bab 13
bab 14
bab 16: Royal Simple Wedding.
bab 17
bab 18
bab 19
bab 20: Palestine Talk.
bab 21: Mariam pain
bab 22
bab 23
bab 24
bab 25
bab 26
bab 27
bab 28
bab 29
bab 30
bab 31: Realiti Akhir Zaman.
bab 32
bab 33: Perang Badar
bab 34
bab 35: Matinya seorang pemimpin yang berpengaruh.
bab 36
bab 37
bab 38: Era Pemerintahan Generasi Baharu
bab 39: Razia Sultan
bab 40
bab 41
bab 42
bab 43
bab 44
bab 45
bab 46
bab 47
bab 48
bab 49
bab 50
bab 51
bab 52
bab 53
bab 54
bab 55
bab 56
bab 57
Buy British Last: Boikot Terbesar Malaysia.
Bab 58
bab 59: Dawn Raid
Bab 60
Epilog: Buy British Last, Dawn Raid, Palestine Topics in PBB.

bab 15.

645 114 2
By KudinaKufazly

AISERA mengambil alat kawalan jauh televisyen. Hari ini saja, sudah 4 filem di Netflix yang dia dah habis tengok. Antaranya, The Call, The Curse of La Llrona, Mom dan Space Sweepers. Anna disebelah cuma memerhati sahaja.

"Patik dah bagi amaran keras dekat Tengku. Tapi itulah, Tengku buat tak tahu saja. Jadi akibatnya, Tengku tanggunglah." balas Anna lalu duduk di sebelah Aisera. Aisera menjeling.

"Kamu tak lapar ke, Anna?" soal Aisera dan baring di atas katil.

"Tak, Tengku. Kenapa? Tengku lapar ke?" soal Anna pula. Aisera cuma menggeleng. Tak lapar langsung, lagipun dalam bilik dia memang dia sudah sediakan stok makan. Jadi tak adalah kebulur sangat.

"Anna." panggil Aisera sekali lagi.

"Ya, Tengku?"

"Nanti waktu saya kahwin, Tun Muhammad Iskandar akan dijemput juga ke?" Soalan yang diutarakan oleh Anna membuatkan Anna tergamam. Kenapa tiba-tiba Tengku Aisera tanya soalan macam ni?

"Kenapa Tengku tanya?"

"Saya pelik dengan dia..." Aisera berjeda seketika dan duduk dari berbaring. Tudung sarung labuh berwarna hitam dibetulkan supaya menutup bahagian dadanya.

"... Dia macam tak suka dengan saya. Cara dan nada suara dia waktu dia tanya saya sama ada saya yakin ataupun tidak untuk memerintah Emerald, jelas menunjukkan yang dia tak suka dengan saya. Pelik juga saya, apa dia ingat yang perempuan tak boleh nak memerintah negara?" soal Aisera dengan nada yang jelas dia tidak berpuas hati dengan sikap yang ditunjukkan oleh Tun Muhammad Iskandar.

"Yang ini, patik tak boleh nak komen apa-apa Tengku. Tapi, patik rasa nanti waktu Tengku memerintah Tengku kena buktikan yang Tengku boleh dan berjaya memerintah negara dengan betul."

Aisera diam.

"Oh ya Tengku sebelum patik terlupa, malam nanti Tengku boleh keluar sekejap."

"Eh kenapa pula? Bukan saya didenda ke?" Aisera pelik. Dah kenapa pula tiba-tiba dia boleh keluar ni? Bukan ke dia dikenakan perintah berkurung dalam bilik ke? Padahal semalam Bonda dan Umi bukan main lagi suruh dia duduk dalam bilik.

"Sebab ada orang yang nak berjumpa dengan Tengku. Tapi patik tak tahulah siapa yang nak berjumpa dengan Tengku."

  Aisera mengangguk dan bangun dari duduknya. Sofa dituju, Aisera duduk di atas sofa tersebut. Telefon dibawa keluar daripada poket seluar, aplikasi youtube dibuka. Tiada langsung video menarik yang dia boleh tonton. Baru sahaja mahu menutup telefon, panggilan daripada Malik tertera di skrin. Butang digital berwarna hijau ditekan.

"Assalamualaikum." Aisera menyapa Malik di dalam terlebih dahulu.

'Waalaikumussalam. Buat apa?'

"Tak rasa berdosa ke tiba-tiba telefon anak dara? Tak ada hubungan yang halal pula tu." Pedas sahaja kata-kata Aisera. Malik di dalam talian cuma tertawa kecil.

'Janganlah keluar bilik. Tak elok awak langgar perintah Permaisuri.'

Aisera mencebik.

"Ikut suka hati sayalah nak langgar perintah ke tidak, yang awak melebih-lebih ni dah kenapa? Awak tu tak jadi suami saya lagi. Jangan nak mengada sangat."

'Kalau hal kecil macam ini pun awak tak boleh nak ikut, macam mana awak nak memerintah negara? Kita berdua senasib. Tapi bezanya saya ikut arahan bonda dan ayah saya.'

  Kata-kata yang dilontarkan oleh Malik sebentar tadi membuatkan Aisera terdiam. Dalam pedasnya, ada juga unsur-unsur nasihat yang diselitkan oleh Malik. Aisera berdehem.

"Terima kasih atas nasihat awak. Maaf, mungkin saya terlepas pandang hal ni. Tak apalah kalau macam tu saya letak telefon dulu." Butang digital berwarna merah ditekan. Talian di antara dia dan Malik serta merta tamat. Telefon disimpan kembali di dalam poket seluar.

.

.

PERMAISURI Arya Khadijah duduk di atas kerusi. Suasana di dewan diraja diperhati lama sebelum pandangan matanya jatuh memandang rakan baiknya iaitu Permaisuri Aishah Qhairina.

"Cantik." Sepatah perkataan yang meluncur keluar daripada mulut Permaisuri Arya Khadijah membuatkan Permaisuri Aishah Qharina tersenyum sambil mengangguk.

"Tak sabarnya rasa nak tengok Aisera dengan Malik kahwin. Lagi berapa hari saja lagi, kita nak jadi ahli keluarga." tambah Permaisuri Arya Khadijah pula.

"Bonda." Permaisuri Arya Khadijah mendongak memandang Mariam.

"Apa?"

"Abang panggil bonda. Tapi tak tahulah sebab apa." ujar Mariam. Permaisuri Arya Khadijah mengangguk dan berlalu pergi dari situ. Mariam duduk di tempat bondanya.

"Mariam sekarang ni tengah buat apa? Ke Mariam ada rancang nak sambung belajar lagi?" soal Permaisuri Aishah Qhairina terlebih dahulu. Mariam cuma menggeleng perlahan.

"Tak kut Auntie, lagipun sekarang ni Mariam ingat nak spend time dengan bonda dan ayahanda je. Sebab dulukan Mariam duduk dekat luar negara jadi masa dengan keluarga tu kuranglah sikit. Auntie pula? Mesti seronok kan dah nak dapat menantu." Mariam tertawa kecil di hujung ayat, begitu juga dengan Permaisuri Aishah Qharina yang turut tertawa.

  Sementara itu di sisi lain pula, Permaisuri Arya Khadijah sudah mula naik angin dengan sikap anak terunanya seorang ini, Malik. Ingatkan panggil dia ada nak minta ubah apa-apa rupanya nak cakap yang dia terpaksa patah balik ke Alwaritzi sebab ada hal sedikit.

"Kamu tu dah nak kahwin tau, Malik. Boleh tak kali ni saja kamu letak tepi sekejap kerja kamu tu? Kamu tak kesian ke dekat, Aisera?" Nada Permaisuri Arya Khadijah mula tegas. Malik cuma diam sambil menggeleng perlahan.

"Maaf bonda, tapi Malik terpaksa juga balik Alwaritzi sekejap. Jangan risaulah bonda, esok Malik terus datang Emerald balik. Bonda janganlah risau."

"Malik, kamu ni boleh tak berhenti fikir fasal kerja? Eh, kamu tak sedar eh yang kamu tu dah nak kahwin. Lagi satu ini bukan soal bonda risau ke tidak, tapi kamu faham tak adab? Apa bonda dan ayahanda tak pernah ajar kamu untuk beradab ke? Even dalam Islam pun adab adalah satu perkara yang penting bagi setiap individu."

  Malik cuma diam sambil mendengar bebelan yang keluar dari mulut bondanya. Apa yang bondanya katakan sebentar tadi, ada betulnya juga. Dah kalau kita datang tempat orang, orang sambut meriah bagai tiba-tiba nak kena balik. Tak ke tidak beradap? Tapi masalahnya sekarang ini, kerja yang dia kena selesaikan tu perkara yang penting.

"Bonda janganlah risau, nanti Malik datang ke Emerald dengan secepat mungkin. Boleh?"

  Permaisuri Arya Khadijah cuma mengangguk sahaja. Matanya naik menjeling tajam anak terunanya seorang ini.

"Jangan malukan Bonda dengan Ayahanda. Habis sahaja kerja, datang sini terus."

.

.

SUASANA di antara Raja Arshan Imtiyaz dan Tun Muhammad Iskandar mulai tegang. Raja dengan pendiriannya manakala Tun pula teguh dengan pendiriannya. Tun Muhammad Iskandar mengangkat mukanya memandang Raja Arshan Imtiyaz yang duduk di hadapannya.

"Saya bukan apa, saya tak yakin yang Aisera boleh menjadi pengganti kepada Tuanku. Kalau perkara kecil seperti patuh kepada adat pun dia tak boleh nak ikut macam mana dia nak memimpin negara?" Tun Muhammad Iskandar masih lagi teguh dengan pendiriannya yang dia tak yakin akan kebolehan Aisera untuk memerintah negara.

"Jangan macam tu, Tun. Kita sebagai pemimpin yang berpengalaman kena bagi peluang kepada Aisera. Saya yakin, Aisera dapat memimpin dan memerintah Emerald dengan jayanya."

"Tuanku. Tujuan saya datang ke Istama dan menyuarakan apa yang saya rasa ini sebabnya saya tak nak kejadian 25 tahun yang lalu berulang lagi. Saya saksi dengan mata saya macam mana Emerald hampir jatuh dan saya sudah berjanji dengan diri saya yang saya akan mempertahankan Emerald walau apa pun terjadi. Kalau saya kena korbankan nyawa saya pun, saya sanggup."

Raja Arshan Imtiyaz menggeleng.

"Jangan macam itu Tun. Saya tahu yang kamu risau jika Aisera tidak dapat menanggani apa-apa krisis yang akan terjadi di Emerald sewaktu pemerintahannya. Tetapi percayalah cakap saya, Tun. Aisera boleh dan saya pun dah rancang beberapa perkara terhadap Aisera."

"Apa yang Tuanki cadangkan?" soal Tun Muhammad Iskandar.

  Raja Arshan Imtiyaz cuma tersenyum tipis. 4 orang pegawai peribadi yang berada di situ diberi arahan untuk meninggalkan mereka berdua. Keluar sahaja pegawai peribadi mereka, Raja Arshan Imtiyaz mula menceritakan satu persatu rancangan dia terhadap Aisera. Tun Muhammad Iskandar cuma mengangguk tanda setuju dengan rancangan Raja Arshan Imtiyaz.

"Tuanku, saya nak minta izin untuk berjumpa dengan Aisera selepas ini."

.

.

"DUDUK, Tun." sapa Aisera terlebih dahulu. Walaupun dia tak beberapa sukakan Tun Muhammad Iskandar, tapi itu tidak bermakna yang dia perlu kurang ajar dengan orang yang lebih tua.

"Terima kasih, Tengku." Tun Muhammad Iskandar menundukkan sedikit badannya dan duduk di atas sofa. Aisera sedikit tersentak dengan tingkah laku Tun Muhammad Iskandar.

"Patik mohon maaf atas butir bicara yang keluar daripada mulut patik sebelum ini. Dari hujung rambut sehinggalah ke hujung jari kaki, patik mohon ampun beribu ampun." Tun Muhammad Iskandar membongkokkan sedikit tubuhnya.

"Saya maafkan. Dan selepas ini jika ada perjumpaan kita saya mohon kamu tak perlulah bongkokkan badan. Antara Tun dan saya, ibarat datuk dan cucu. Panggil sahaja nama saya, Aisera. Tidak perlu gelarkan saya sebagai Tengku lagi." tutur Aisera. Tun Muhammad Iskandar menggeleng perlahan.

"Tak boleh. Itu dikira melanggar peraturan diraja, setiap rakyat dan ahli kabinet perlu hormat akan Tengku dengan menggelarkan diri mereka sebagai patik. Patik tidak mahu dituduh kurang ajar kerana tidak hormat akan kerabat diraja."

"Peraturan direka untuk di ikut, tapi tak semua peraturan perlu di ikut. Untuk Tun, saya bagi kelepasan untuk Tun panggil saya dengan nama saya. Setinggi mana pun jawatan dan kerabat saya tetap hamba Allah. Lagi tinggi jawatan dan kerabat saya, lagi banyak benda yang saya nak kena jawab dekat akhirat."

Tun Muhammad Iskandar diam dan mengangguk.

"Baik. Baik, mulai hari ini saya akan panggil Tengku dengan nama Tengku sendiri. Aisera Qafiyya."

"Ada apa Tun datang nak berjumpa dengan saya? Ada hal penting ke?" Aisera membetulkan sedikit posisi kedudukannya. Badannya ditegakkan sedikit, kaki kanan naik menyilang kaki kiri. Kedua-dua tangan Aisera mencantum antara satu sama lain.

"Saya ada beberapa perkara nak cakap dan nasihat kepada Aisera. Tetapi, sebagai pembuka dan pemula bicara saya dan keluarga saya ingin mengucapkan tahniah atas perkawinan Aisera dan Malik yang akan berlangsung beberapa hari lagi. Saya yakin, hubungan sah yang terjalin di antara kamu berdua bukanlah sekadar menyatukan dua buah keluarga. Malah ianya juga turut menyatukan dua buah negara islam yang tidak kurang hebatnya."

"Tetapi, Aisera. Saya tahu nanti cepat ataupun lambat kamu akan menggantikan tepat ayah awak iaitu sebagai Perdana Menteri. Saya datang ke sini untuk nasihat kamu, Aisera. Saya tak nak kamu ulang kembali kesilapan besar yang ayah kamu pernah buat."

"Kesilapan besar yang ayah saya pernah buat? Apa tu?" soal Aisera ingim tahu lebih lagi.

"Kamu hilang, salah dia. Emerald diserang oleh kuasa luar, itu salah dia. Pada awalnya, kuasa luar yang ingin menjajah Emerald sudahpun memberi amaran bahawa pertumpahan darah akan berlaku sama ada cepat atau lambat. Itu memberi kesempatan kepada Emerald untuk bersiap sedia dari segi tentera, pertahanan dan juga ekonomi Emerald kerana selepas perang ini terjadi tidak mustahil yang ekonomi Emerald akan jatuh dan saham pun turut jatuh. Jika ayah kamu bersedia siap-siap, percayalah cakap saya Emerald takkan hancur dan kamu takkan hilang."

"Tapi ayah kamu menganggap itu cumalah khabar angin dan ianya juga tak akan terjadi. Jadi waktu itu, bila tiada respon daripada pihak Emerald, kuasa luar meneruskan rancangan mereka dengan menyerang Emerald. Bila Emerald diserang, boleh dikatakam rakyat dan menteri yang lain semua tidak bersedia. Jadinya apa yang jadi? Emerald hancur dan ekonomi Emerald jatuh teruk. Tetapi, kita patut bersyukur apabila Alwaritzi yang ketika itu ekonomi mereka sedang naik menolong kita."

"Alwaritzi banyak menolong Emerald yang waktu itu diibaratkan seperti negara yang sudah mati. Bila Alwaritzi datang, bantu kita dari segi tentera, pertahanan malah pengaruh Alwaritzi juga membantu Ayah kamu untuk melawan kembali kuas luar yang menjajah Alwaritzi. Bila perang sudah tamat, Emerald juga turu diibaratkam seperti negara yang berdarah. Mayat dan darah bergelimpangan, macam tanah. Waktu itu, ayah kamu bercadang untuk letak jawatan sebaik sahaja Emerald pulih."

"Tetapi saya halang. Saya cakap dekat ayah kamu, jangan letak jawatan. Balas balik jasa Alwaritzi, jadi ayah kamu dan juga kerajaan Alwaritzi mengambil keputusan menjalinkan hubungan diplomatik sekaligus menjadikan Alwaritzi dan Emerald negara islam yang berpengaruh dan digeruni oleh barat."

  Aisera terdiam. Dalam masa yang sama juga, dia turut terkesan dengan kata-kata Tun Muhammad Iskandar yang boleh diibaratkan seperti menyedarkan dia ke dunia realiti. Emerald adalah negara islam yang hebat dan berpengaruh. Itu bermakna, jika dia menjadi Perdana Menteri dia juga perlu menjadi seorang yang berpengaruh.

"Jadi Tun nak cakap yang perkahwinan di antara saya dan Tengku Malik Arsalan juga turut menyatukan dua buah negara?" soal Aisera lebih lanjut. Tun Muhammad Iskandar mengangguk.

"Janji dengan saya, Aisera yang awak tak akan menzalimi rakyat. Jadi seorang perdana menteri yang tidak tamak akan dunia. Awak kena ingat Aisera, apa yang berlaku sewaktu era pemerintahan awak, itu yang awak akan jawab dekat akhirat. "

"Saya janji Tun."

Continue Reading

You'll Also Like

361K 21.9K 53
-Wattys2017- -Senarai Cerita Istimewa- Kayna Silveria ialah gadis yang ingin memasuki umurnya yang ke-16 tahun. Pada hari kelahirannya, dia menyang...
502K 1.7K 13
Dia hanya insan sederhana,jauh dari sempurna. Tapi yang jelas dimata ternyata bukan mengambar segala yang indah di dada . Bahagia,itu bukan dari mata...
Legenda Melayu By erry lapar

Historical Fiction

70.1K 1.2K 13
Kisah-kisah mengenai lagenda yang terdapat dimalaysia diantaranya Mahsuri,Dayang Bunting,Puteri Gunung Ledang dan lain-lain!! Rujukan dari orang-oran...
3.9K 491 44
Moga menjadi pembekal di akhirat nanti. Baca lah dengan hati yang lapang dan ikhlas. Beta bukan sesiapa, Beta hanya hamba, Yang ingin askarakan kata...