Aisera Arsalan: Bermulanya Ke...

By KudinaKufazly

38.1K 5.9K 206

Credit cover from: @MochaaQilaa_ (History only, romance around 0.00001% only) "Pemimpin yang bagus ialah pemi... More

Blurb
Bab 1
bab 2
bab 3
bab 4
bab 5
bab 6
bab 7
bab 8
bab 9: Permulaan Segala-galanya
Bab 10
bab 11
bab 12
bab 13
bab 15.
bab 16: Royal Simple Wedding.
bab 17
bab 18
bab 19
bab 20: Palestine Talk.
bab 21: Mariam pain
bab 22
bab 23
bab 24
bab 25
bab 26
bab 27
bab 28
bab 29
bab 30
bab 31: Realiti Akhir Zaman.
bab 32
bab 33: Perang Badar
bab 34
bab 35: Matinya seorang pemimpin yang berpengaruh.
bab 36
bab 37
bab 38: Era Pemerintahan Generasi Baharu
bab 39: Razia Sultan
bab 40
bab 41
bab 42
bab 43
bab 44
bab 45
bab 46
bab 47
bab 48
bab 49
bab 50
bab 51
bab 52
bab 53
bab 54
bab 55
bab 56
bab 57
Buy British Last: Boikot Terbesar Malaysia.
Bab 58
bab 59: Dawn Raid
Bab 60
Epilog: Buy British Last, Dawn Raid, Palestine Topics in PBB.

bab 14

675 122 5
By KudinaKufazly

Lama sangat dah dalam draft, jadi saya decide untuk publish terus.

Enjoy reading!

.

AISERA bangun dan mengambil tempat di hadapan meja solek. Tudung bawal hitamnya yang dipakai dengan stylej melekap ke dahi dibetulkan sedikit supaya selesa dengannya. Anna merapati Aisera. Niqab berwarna hitam diberikan kepada Aisera. Aisera mengambil niqab tersebut, satu senyuman dihadiahkan kepada Anna. Dengan bismillah Aisera memakai niqab tersebut.

  Walaupun memakai niqab bukanlah adat, tetapi atas permintannya sendiri dia nak pakai niqab. Aisera memandang wajahnya melalui pantulan cermin di meja solek. Walaupun wajah terlindung di balik niqab, jelas menunjukkan Aisera tersenyum. Begitu juga dengan Anna.

"Anna, kalau saya nak tanya awak satu soalan boleh tak?"

Anna mengangguk.

"Boleh. Tengku nak tanya apa?"

"Siapa lelaki yang datang berjumpa dengan saya semalam? Cara dia bertutur dan bermain kata betul-betul buatkan saya tertarik. Dia salah seorang menteri juga ke?" soal Aisera. Tangan Anna yang sedang sibuk membetulkan tudung Aisera serta merta terhenti.

"Tak silap saya dia dulu merupakan bekas penasihat ekonomi dan sistem pemerintahan negara untuk Tuanku. Tapi sekarang, dia dah bersara dah dan dia nak berehat dari dunia memerintah. Saya rasa mungkin dia datang berjumpa dengan Tengku untuk melihat dan menilai Tengku." balas Anna sekadar yang dia tahu.

"Nama dia apa?"

"Tun Muhammad Iskandar. Gelaran Tun diberikan oleh Tuanku atas jasa yang dia dah beri kepada negara dan juga Tuanku semasa dia bergelar penasihat kepada Tuanku."

"Anna. Bila saya dah jadi Perdana Menteri nanti saya kena ada penasihat juga ke? Ataupun ianya sekadar pilihan sama ada saya memerlukan penasihat ataupun tidak?" soal Aisera lagi.

"Ianya satu pilihan. Tapi Tuanku mengambil khidmat Tun sebabnya Tun lebih pakar. Tapi sekarang Tun dah bersara, dan kalau ada majlis yang berkaitan dengan Istana memang Tuanku dan Permaisuri akan jemput Tun."

Aisera mengangguk tanda faham.

"Tengku, boleh tak kalau saya nak tanya Tengku satu soalan?"

"Awak nak tanya apa? Tanyalah."

"Macam mana Tengku boleh yakin dengan keputusan Tengku, yang Tengku nak kahwin dengan Tengku Malik? Saya peliklah juga."

Aisera terssnyum tipis dan duduk di atas katil. Tangannya naik menepuk sebagai tanda menyuruh Anna duduk di sebelahnya.

"Eh tak apalah Tengku, lagipun saya okay saja berdiri."

"Duduk sajalah Anna. Lagipun panjang ceritanya, sementata nak tunggu yang lain masuk bilik dulu baik awak duduk sekejap. Nanti awak tak boleh nak duduk dah."

  Anna akur dan mengambil tempat di sebelah Aisera. Aisera tersenyum tipis di balik sehelai niqab yang menutup hampir 80% wajahnya.

"Dulu sebelum saya jadi ahli kerabat diraja ataupun lebih tepat sebelum saya tahu yang saya adalah pewaris diraja yang hilang, kehidupan yang saya lalui macam rakyat yang lain. Bezanya sebab saya tinggal di kampung jadi suasana dia lain sikit. Dan, Puan Atul memang betul-betul menjaga pantang larang. Kalau malam, saya nak keluar rumah susah Puan Atul nak benarkan."

Sampailah satu malam tu, saya minta izin dekat Puan Atul yang saya nak keluar rumah sekeja sebab nak beli makan. Puan Atul pun bagi. Waktu tu, saya cadang nak pergi beli burger sebab saya dah lama tak makan burger dan nak dijadikan cerita gerai yang jual burger dia terletak jauh sikit. Jadi saya pun berjalanlah. Bila dah sampai gerai pula tak buka. Jadi saya pun patah balik."

"Bila nak patah balik tu tiba-tiba adalah seorang lelaki ni tahan saya. Dia tarik beg tangan saya. Saya pun tunggu apa lagi, pegang kuat-kuat beg tangan. Lepas tu entah macam mana, saya sendiri pun tak sedar lelaki tu bawa pisau dan tikam saya."

Anna tersentak.

"Habis tu, kalau Tengku kena tikam siapa yang bawa Tengku pergi hospital? Teruk sangat ke keadaan Tengku waktu tu?"

Aisera menggeleng perlahan.

"Tapi dia tak tikam saya pun sebab waktu tu Tengku Malik muncul seperti superhero. Last-last pisau tu terkena dekat tangan Tengku Malik. Sebab tu bila Permaisuri dengan Raja nak jodohkan saya dengan Tengku Malik saya okay saja. Cuma mula-mula tu terkejut sikit." terang Aisera dan bangun dari duduknya. Anna juga turut bangun dan membuntuti langkah Aisera.

"Tengku nak pergi mana?"

"Saya nak keluar sekejap."

"Eh Tengku! Permaisuri tak bagi Tengku keluar! Tak boleh Tengku. Kalau Permaisuri tahu Tengku keluar ni mati saya." tutur Anna sambil berlari dan menghalang langkah Aisera. Aisera melepaskan nafas berat. Niqab dibuka.

"Habis tu satu hari ni saya kena duduk dalam biliklah?"

"Ya, Tengku."

.

.

MALIK membetulkan sedikit baju yang tersarung di tubuhnya. Darian di sebelah cuma diam memerhati sahaja. Lagipun, dia ditugaskan oleh Permaisuri Arya Khadijah untuk membawa Malik ke Istana Emerald memandangkan mereka yang lain berangkat ke Istana Emerald terlebih dahulu.

"Jom." Malik dan Darian melangkah keluar dari bilik hotel, sudah hampir 3 hari keluarga diraja Alwaritzi menginap hotel di Emerald. Yang pastinya terdapat satu tingkat khas untuk keluarga dan kerabat diraja di hotel yang mereka menginap itu. Mereka berdua masuk ke dalam lif.

"Tengku ada nak singgah mana-mana dulu ke?" soal Darian lalu beralih memandang Malik. Malik menggeleng.

"Tak ada. Kita terus pergi ke Istana sahaja." arah Malik. Darian mengangguk.

  Buka sahaja pintu lif, terdapat beberapa orang pengawal peribadi yang mengiringi Malik. Malik dan Darian masuk ke dalam kereta yang sudah diparkir di hadapan perkarangan utama hotel. Mata-mata yang memandang langsung dia tak kisah, malah ada juga para wartawan yang mengambil gambar Malik. Malik dan Darian masuk ke dalam kereta, Darian memulakan pemanduan sambik diiringi beberapa buah motorsikal dan juga kereta.

  Sepanjang perjalanan ke Istana Emerald, Malik melemparkan pandangan ke luar. Suasana di Emerald tidak ubah seperti di Alwaritzi. Cuma berbeza negara dan sejarah sahaja. Malik membawa keluar telefon dari poket seluarnya. Mujurlah hari ini dia tak perlu berpakaian rasmi, jadi Malik memilih untuk mengenakan kemeja polo hitam dan juga seluar berwarna hitam. Aplikasi WhatsApps dibuka, nombor Aisera ditekan.

Me:
Assalamualaikum bakal isteri.

Malik simpan senyum. Tak boleh senyum lama-lama nanti Darian nampak.

Aisera Qafiyya:

Waalaikumussalam. Ada apa tiba-tiba mesej?

Me:

Saja mesej. Salah ke? Ke awak tengah nervous?

Aisera mencebik sedikit. Tak ada masa dia nervous, gelabah bagai. Dia bosan lagi adalah.

Aisera Qafiyya:

Tak ada maknanya nak nervous. Saya bosan lagi adalah.

Me:
Jangan keluar bilik. Kalau ikut adat Emerald, orang perempuan tak boleh keluar waktu masuk meminang.


Aisera Qafiyya:

(Seen)

Malik menyimpan kembali telefonnya. Dalam hati sudah bersorak gembira apabila dapat berbalas mesej dengan Aisera. Walaupun Malik sendiri tahu ada yang koyak tapi bukan kertas.

.

.

AISERA duduk di atas katil. Wajah Anna dipandang, Anna menundukkan sedikit wajah apabila Aisera memandangnya sebagai tanda hormat. Tanpa segan silu, Aisera berbaring di atas katil. Lantaklah kalau tudung dia nak senget ke apa ke. Malas nak layan. Bosan.

"Tengku, tadi Permaisuri ada suruh saya pesan dekat Tengku supaya tidak terlalu lasak. Takut nanti pakaian yang Tengku kenakan tak cantik pula." tutur Anna. Aisera bangun dari baringnya.

"Lantaklah. Awak tahu tak yang saya ni bosan duduk dalam bilik ni. Saya ni dah tak tahu dah nak tengok cerita apa dalam Netflix. Bila saya nak keluar, awak tak bagi. Awak cakap pantang larang bagi bakal pengantin perempuan bila bakal keluarga mentua datang merisik tak boleh keluar bilik. Kalau tak boleh keluar bilik sekalipun, bagilah saya pergi dapur memasak ke mengemas ke. Ini tak, berkurung dalam bilik." bebel Aisera.

"Tapi Tengku, nak buat macam mana. Dah Permaisuri sendiri yang arahkan, saya cuma ikut sajalah. Kalau saya bersekongkol dengan Tengku, mati saya. Nanti tak fasal-fasal dengan saya sekali Permaisuri bebel."

Aisera mencebik.

"Anna, tolonglah saya. Lagipun Permaisuri nanti bebel saja kalau kantoi sekalipun. Tolonglah Anna bagi saya keluar sekejap. Saya janji, sekejap sjaa tak lama pun. Awak tak kesian ke dekat saya? Daripada subuh sampai nak masuk zohor ni saya duduk dalam bilik sahaja."

  Anna menggeleng. Merayulah banyak mana sekalipun dia tetap tak akan benarkan Tengku Aisera keluar. Kalau keluar nanti buatnya nampak dan kantoi dengan Permaisuri dah satu hal dia kena jawab.

"Anna, awak tolong ambilkan saya punya sunscreen." arah Aisera. Anna masuk ke dalam bilik air untuk mengambil sunscreen. Tutup sahaja pintu bilik air, Anna tergamam apabila figura Aisera tiada di dalam bilik. Anna memandang pintu bilik yang terbuka luas itu.

"Tengku Aisera Qafiyya!"

.

.

MASUK sahaja kereta yang membawa dan mengiringi Tengku Malik Arsalan,  Darian memarkirkan kereta betul-betul di hadapan pintu masuk istana. Masuk sahaja Malik ke dalam istana, pengawal istana yang ditugaskan mula mengiringi Malik. Sampai sahaja di ruang menunggu, atas arahan Malik sendiri pengawal istana pergi dan meninggalkan Malik.

"Duduklah dulu, Darian." arah Malik. Darian duduk di atas sofa yang bertentangan dengan Malik. Mata tidak lepaa daripada memandang setiap sudut di ruang menunggu ini.

"Boleh tahan besar juga ruang menunggu ni, Tengku."

Malik mengangguk tanda setuju dengan kata-kata Darian sebelum bangun dari duduknya.

"Saya keluar dulu." ujar Malik dan keluar dari ruang menunggu itu. Sementara dia tunggu ahli keluarga dia dan Aisera habis berbincang bolehlah dia bersiar-siar dulu di sekitar kawasan istana.

"Tengku, tunggu saya sekejap!" Darian berlari mendapatkan Malik yang sudahpun berada di hadapan. Malik masih lagi berjalan, matanya memandang beberapa potret gambar keluarga diraja Emerald dan ada juga beberapa potret yang ada kalimah suci.

.

.

AISERA tidak lepas daripada memandang arah belakang. Walaupun jarak kedudukan di antara dia dan Anna agak jauh, namun dia masih lagi dapat mendengar suara Anna yang menjerit memanggil namanya. Aisera melajukan lagi lariannya. Lorong kanan iaitu lorong yang menuju ke ruang menunggu dituju.

Dia yakin tiada orang di situ

  Langkah Aisera serta merta terhenti apabila dia terdengar seperti suara orang berbual. Dia berhenti sekejap, cuba untuk mengenal pasti suara siapa. Lama kelamaan, baru dia sedar.

Itu suara Malik!

  Aisera mundur beberapa langkah ke belakang, namun entah dimana silapnya dia terlanggar pasu bunga yang berada di situ. Tangannya naik menepuk dahi tanda bangga dengan kebodohan diri sendiri.

"Tengku Aisera Qafiyya!" Suara Anna yang semakin mendekat membuatkan Aisera lagi gelabah. Kali ini, Aisera kembali ke arah asalnya. Dan sekali lagi langkahnya mati.

"Aisera! Kenapa awak ada dekat luar? Bukan ke awak kena duduk dalam bilik?" Soalan Malik membuatkan Aisera terdiam.

"Tengku!" cepat-cepat Anna menunduk apabila melihat Aisera dan Malik. Aisera mati kutu apabila sekarang ini dia dah tak boleh nak lari. Mampuslah kau, Aisera.

"Tengku! Baik Tengku masuk bilik cepat sebab tadi saya terserempak dengan Puan Atul!"

"Kenapa awak tak cakap dekat saya awal-awal? Susahlah macam ni, awak ni  An..."

"Aisera Qafiyya! Masuk bilik kamu sekarang!"

Deg.

Itu suara Puan Atul.

.

.

DARIPADA tadi, jari jemari Aisera tidak lepas daripada memegang antara satu sama lain. Gelabah punya fasal. Gila kau tak gelabah dah dekat depan ni ada Permaisuri Aishah Qharina dan Puan Atul yang sedang berdiri betul-betul mengelilingi dia. Anna pula diarah untuk berdiri jauh daripada dia.

"Kenapa Aisera keluar?" Suara Permaisuri Aishah Qharina mula kedengaran. Dingin dan seram. Aisera mengangkat muka memandang wajah Permaisuri Aishah Qharina.

"Aisera bosanlah. Lagipun umi dengan bonda tak bagi Aisera keluar." Perlahan sahaja Aisera membalas.

"Ish, kamu ni Aisera degil betul!"

"Bonda sakit! Aduh!"

  Telinga yang ditarik secara 180°c membuatkan Aisera menjerit kesakitan. Sementara itu Puan Atul pula mengambil penyangkut baju dan diberi kepada Permaisuri Aishah Qharina. Penyangkut baju tersebut bertukar tangan.

Zzap!

"Ark! Sakit bonda! Sakit!" Suara Aisera lagi kuat kedengaran apabila penyangkut baju tersebut hinggap di kakinya. Aduh sakit wei, kali terakhir dia kena waktu dia darjah 1 dengan Puan Atul. Itupun sebab dia taknak pergi sekolah.

"Mulai hari ni, selama 48 jam Aisera kena duduk berkurung dalam bilik!" Kali ini suara Puan Atul pula memetir. Aisera tergamam. Seriously? Lagi 2 hari dia kena duduk berkurung dalam bilik?

"Biar betul umi,bonda! Aisera tak nak!"

"Kena ikut juga!" Suara Puan Atul semakin kuat memetir.

"Pantang larang dalam kerajaan Emerald, lagi seminggu sebelum majlis perkahwinan kena duduk daa bilik satu hari supaya tak hilang seri tu. Bonda waktu nak kahwin dengan ayah kamu pun kena ikut juga. Kalau tak ikut, sebagai denda kamu kena duduk berkurung dalam bilik selama 48 jam!"

"Bonda, tolonglah. Aisera tak nak kena kurung."

"Full stop! Atul, jom keluar. Makin kita layan, makin mengada-ngada." Puan Atul dan Permaisuri Aishah Qharina keluar dari bilik Aisera. Pintu bilik dikunci dari luar.




Continue Reading

You'll Also Like

AMITIÉ By E S H

Teen Fiction

1.5K 172 18
Bila 7 otak sel bergabung, bermulalah kisah kanak-kanak ribena. ๑༶----Amitié → Persahabatan ----༶๑ Tahun pertama di Private school tidak mudah sepert...
4.2K 752 40
1st series of Imagination. Mengisahkan tentang seorang remaja bernama Khairul Arash Indera yang menghidap penyakit 'Dissociative Identity Disorder' a...
15K 1.2K 42
Hubungan yang terjalin sejak kecil seakan tiada lagi serinya setelah kejadian hitam yang meragut kebahagiaan Gwangju menyebabkan kedua keluarga diraj...
1.5K 198 11
"The Red String of Fate" Menurut lagenda Jepun, setiap orang ada 'soulmate' yang diikat dengan benang merah dan mereka pasti akan berjumpa walau di...