Pelepah Emas

By Merci_Misha

4.7K 663 128

Noctu Aviary, terbahagi kepada empat kota utama. Kota Flightwest, Kota Northwing, Kota Aveast dan Kota Feasou... More

Pengenalan
|| Prolog ||
|| 1 ||
|| 2 ||
|| 3 ||
|| 4 ||
|| 5 ||
|| 6 ||
|| 7 ||
Perhatian
|| 8 ||
|| 9 ||
|| 10 ||
|| 11 ||
|| 12 ||
|| 13 ||
|| 14 ||
|| 15 ||
|| 16 ||
|| 17 ||
|| 18 ||
|| 20 ||
||21||
||22||
||23||
||24||
|| 25 ||
|| 26 ||
|| 27 ||
|| 28 ||
|| 29 ||
|| 30 ||
|| 31 ||
|| 32 ||
|| 33 ||
|| 34 ||
|| 35 ||
Noctu Aviary

|| 19 ||

79 12 0
By Merci_Misha

"Helena? Inikah gadis yang kita cari tu?" Soal Raeya sambil memandang Taikuri dan Ny silih berganti. Dia mengerutkan dahi kerana wajah gadis yang dicari mereka itu seperti pernah dilihat.

Melaine berpeluk tubuh dengan senyuman senget. Wajah Ny yang resah itu dilihat dengan penuh terhibur.

"Ya, awak cari saya?" Tanya gadis yang baru tiba itu dengan agak ragu-ragu. Mengapa pula dia disebut-sebut ini?

Kawasan pergunungan itu sepi tiada jawapan. Hanya bunyi burung dan serangga di situ sahaja yang dapat didengari mengisi kesepian.

Pakaian yang dipakainya pada hari itu dikemaskan oleh Raeya. Gadis berambut merah itu didekatinya dengan perlahan-lahan. Mindanya sudah mula ligat memikirkan apa yang bakal diperkatakan.

"Melaine." Ny bersuara dalam bisikan yang separa menjerit. Suaranya ditahan agar tidak didengari Raeya yang sedang berjalan melepasinya.

Melaine hanya memandang gadis itu dengan senyuman yang masih tidak lekang dari bibirnya. Kening sebelah dijongketkan bagai mahu memprovok gadis itu. Taikuri di sebelahnya pula sekadar memandang pelik lalu memerhatikan semula Raeya yang menjauhi mereka.

"Datuk saya sebenarnya suruh saya cari awak untuk bertanyakan sesuatu. Katanya awak berada di Kota Aveast dan Cik Catrain kata awak sekarang ini bergerak ke Kota Feasouther. Jadi, bolehkah kami ikut awak gerak ke sana?" Ujar Raeya agak malu-malu. Walaupun begitu, dia berdiri tegak bagi menunjukkan kegagahan.

"Oh, boleh sahaja. Kejap, saya ambil barang saya." Helena bersuara dengan senyuman manis. Raeya yang melihat sudah memerah wajahnya pula.

Mendengarkan itu, pantas sahaja Ny mengambil barang-barang yang terasa perlu itu. "Ah, tak apa Helena. Saya boleh bawakan. Lagi pun awak yang minta saya ambilkan jika saya akan gerak ke sini." Tuturnya.

"Alright, terima kasih Ny!" Balas Helena dengan lambaian tangan mesra. Ny membalasnya dengan agak teragak-agak.

Setelah berkenalan mesra, bertukar-tukar soalan dan bercerita sepanjang perjalanan mereka bergerak turun dari kawasan pergunungan itu, akhirnya mereka tiba di bawah yang mana mengembalikan mereka ke jalan utama. Baiklah, Kota Feasouther menjadi tujuan terakhir mereka kini.

Perjalanan mereka agak kekok tanpa perbualan tatkala munculnya ahli baharu dalam ekspedisi mereka itu. Namun, suasana di situ berasa agak suram apabila Ny berwajah masam dan Melaine pula seperti sedang menyembunyikan sesuatu. 

Nasib baik Helena yang mengetuai perjalanan mereka memancarkan aura kegembiraan dan ketenangan. Dia tidak bersuara, namun hanya bersenandung perlahan demi menikmati perjalanannya. Raeya dan Taikuri pula turut mengamati pemandangan dengan penuh asyik.

Namun begitu, tenang mereka itu tidak lama apabila bunyi ladam kuda dari kejauhan mula mengganggu ketenteraman mereka. Pada asalnya, mereka berada di pertengahan jalan tetapi kini harus bergerak ke tepi bagi memberikan laluan.

"Kenapa... Kereta kuda tu jalan perlahan sangat?" Soal Raeya yang tertoleh-toleh sedikit ke belakang. Jika sudah diberikan laluan, haruslah mereka bergerak pantas agar dapat menyenangkan orang lain, bukan?

"Dia ikut kita." Balas Melaine yang mana mengejutkan mereka kerana nadanya sangatlah serius. "Tapi biar je. Buat-buat tak tahu." Sambungnya lagi sedikit dingin. Ini merupakan satu isyarat buat rakan-rakannya untuk tidak menoleh ke belakang.

Anggukan kecil dapat mereka lihat diberikan oleh Helena yang langsung tidak memandang mereka. Seperti tahu-tahu sahaja apa yang bakal berlaku.

Suasana sunyi, hanya ditemani dengan derapan tapak kaki mereka dan bunyi ladam kuda yang membawa sebuah gerabak tertutup di belakangnya. Janggal benar keadaan mereka di situ pada ketika ini.

"Hey." Panggil seseorang dari kereta kuda tersebut sebaik sahaja ia berjaya menyaingi sekumpulan remaja itu. Seorang jejaka berpelitup muka menjengulkan kepalanya ke luar gerabak. Matanya mencerlung tajam kepada insan-insan yang dipanggilnya.

Mereka tidak menjawab malah meneruskan perjalanan mereka tanpa memandang ke tempat lain. Bibir dikunci rapat, alatan yang dibawa dipegang kuat.

"Kau orang berlima, berhenti sekarang sebelum aku tembak." Jerkahnya pula apabila mula panas hati. Kereta kuda itu berhenti bergerak seiring dengan langkah mereka yang terkejut dengan jerkahan tersebut.

Pemuda berpelitup muka itu melangkah turun bersama dengan dua orang pengikut. Sang pemandu pula sekadar melihat dari tempat duduknya.

"Nama?" Tanya seorang wanita yang bertopeng mata. Dia berpeluk tubuh di sebelah jejaka bertopeng itu.

Semua tidak menjawab kerana masih takut-takut dengan apa yang baru sahaja berlaku. Apabila seorang lagi mahu membuka mulut, Taikuri lantas bergerak ke hadapan dan menyatakan namanya. "Taikuri Randel." 

"Melaine Ryuu." Sambut Melaine pula yang mana bergerak ke sisi Taikuri. Reaksi ketiga-tiga insan yang menghentikan mereka itu agak memberikan sedikit hiburan buat Melaine. Yalah, siapa tak terkejut jika penyanyi terkenal Noctu Aviary berada di hadapan mereka?

"Kau?" Soal seorang lelaki yang berparut pada mata kanannya. Wajah Raeya ditelitinya.

Deheman kecil Raeya berikan lalu membalas. "Raeya Leotric."

Kerutan kening dapat dilihat pada wajah tiga orang manusia asing itu. Mengapa nama itu seperti pernah didengari?

"Kau pula?" Tanya pemuda berpelitup muka itu pada Helena dan Ny. Kedua-dua gadis itu dipandangnya silih berganti.

Helena dan Ny memandang satu sama lain. Riak risau terhias di wajah masing-masing.

"Hele-"

"Tunduk!" Satu suara yang agak dikenali menjerit kuat. Kelima-lima pengembara itu lantas menundukkan kepala atas arahan yang diberi. Serta-merta kepulan asap mula mengelilingi mereka tanpa sedar.

"Apa jadi?! Hoi, kau orang buat apa?!" Suara pemuda berpelitup muka dapat didengari di sebalik asap yang tebal tersebut. Marah, risau dan geram, semua ada pada nadanya. Nampaknya, ada dalang di sebalik apa yang berlaku.

Jantung Raeya berdegup kencang. Sungguh dia tidak tahu apa yang harus dilakukan sekarang ini. Sudahlah dia tidak dapat melihat sesiapa di sekelilingnya terutamanya rakan-rakannya yang lain.

Secara tiba-tiba, tangannya terasa seperti ditarik keras. Tanpa melawan, Raeya mengikut sahaja insan yang menarik tangannya itu. Pada mulanya mereka bergerak secara perlahan namun beberapa saat kemudian mereka mula berlari pantas.

Raeya sedar, bunyi larian di kawasan itu bukan hanya mereka berdua, malah ada juga beberapa larian yang lain. Dia hanya mampu berharap apa yang bersama mereka itu merupakan insan yang dikenali.

"Okey, duduk sini." Arah insan yang menariknya itu tadi. Suara seperti dikenali tetapi wajahnya tidak dapat dilihat akibat kepulan asap yang masih belum reda.

Sebuah batu yang besar menjadi tempat duduk Raeya. Sebaik sahaja dia melabuhkan punggung di atas batu tersebut, belakangnya berlanggar dengan seseorang yang lain.

"Aah!" Jerit mereka berdua serentak.

Perlahan-lahan asap menjadi semakin jernih, maka terlihatlah dua orang remaja lelaki sedang memandang satu sama lain. Terkerdip-kerdip mata Raeya dan Taikuri apabila wajah masing-masing sudah dapat dilihat.

"Lah, kau ke?"

"Yalah, aku. Siapa yang tarik kita tadi?" Tanya Taikuri sambil memandang sekeliling. Tidak lama kemudian, beberapa figura dapat dilihat di sebalik asap yang menghilang.

"Hai hai!" Sapa Melaine riang sambil mengangkat dua belah tangannya yang menggenggam tangan kanan Ny dan tangan kiri Helena. Senyuman manis dia hadiahkan.

Taikuri menghela nafas lega manakala Raeya pula tersenyum senget. Ada-ada sahajalah mereka itu.

"Okey, selamat." Suara seseorang dapat didengari dari atas. Segera kelima-lima remaja itu mendongak ke atas kerana terkejut.

Seorang insan bersayap hitam sedang perlahan-lahan turun ke bawah manakala seorang lagi yang bersayap putih masih berada di atas seraya memerhatikan keadaan sekeliling dengan penuh fokus.

"Weh, Urshia! Macam mana kau boleh ada dekat sini?" Raeya menyoal, terkejut sekali. Matanya membulat manakala jari telunjuknya dituding pada Urshia berkali-kali.

"Zalchria punya pasallah. Aku pun tak tahu kau orang ada dekat sini tahu tak? Mamat tu stalker-lah, ish." Jawab Urshia lalu menarik nafas dalam dan melepaskannya perlahan. Dia kelihatan benar-benar penat.

Taikuri menepuk bahu Urshia beberapa kali bagi menyatakan simpatinya. Jika Zalchria sudah punya kata putus, dia akan jalankan juga tidak kira apa.

"Zalchria? Zalchria Feidlinid?" Tanya Melaine, ternganga. Dia memandang atas, cuba mencari-cari wajah jejaka yang diperkatakan.

"Okey, itu macam mana awak kenal tu?" Taikuri sudah tidak berpuas hati. Bagaimana pula teman wanitanya ini boleh mengenali rakan sekolahnya itu pula? Siap dengan nama penuh lagi. Ini sudah menerbitkan kecurigaan.

Melaine sudah menelan air liur kesat. Pertama kali dalam sejarah wanita itu dilihat seperti sedikit gugup untuk menjawab. "Ah, saya-"

"Raeya, Taikuri, awak berdua okey?" 

Deruan angin dirasai kuat menampar dua wajah insan yang dipertanyakan itu. Zalchria laju sahaja terbang ke bawah di hadapan mereka berdua sebelum melenyapkan sayapnya.

"Kau ni, agak-agaklah nak terkejutkan orang." Marah Raeya. Wajah kelat ditayangkannya pada Zalchria yang tersenyum melihat mereka berdua.

"Alah, saya risau sahaja." Dalih Zalchria dengan cebikan pula. Dia lantas berpaling ke belakang dan melihat setiap wajah yang ada di situ.

Melaine, Helena dan Ny. Terus sahaja reaksinya berubah tatkala tiga manusia itu menangkap perhatiannya.

"Kenapa kalian ada dekat sini?" 

Continue Reading

You'll Also Like

27K 127 5
kisah menceritakan tentang kehidupan aku yang pertama kali kena batang orang lain
98.4K 10.2K 51
Atas dasar rasa ingin tahu, Aleya membuat keputusan untuk menerima satu jemputan misteri ke Perlis. Ezlan pula yang dikurniakan satu kebolehan cuba...
96.7K 6K 21
Angle of light, Dancing on the ground under the sky of justice, Accompanied by stars and red moon light, Who is she? Angle of light, Dancing on the g...
49.4K 5.5K 55
Selama 500 tahun peperangan antara Puak Royal Wall dan Outlanders berlangsung. Satu peperangan ke satu peperangan telah terjadi dan ramai menjadi kor...