[C] SUAMI HIGH CLASS •JK ☑️

By menantuPakcikJeon

115K 12.3K 3.6K

Laki dia si High Class vs Bini dia Si minah dobi. Ahn Yeonha dan Jeon Jungkook dipertemukan didalam keadaan m... More

SHC 1
SHC 2
SHC 3
SHC 4
SHC 5
SHC 6
SHC 7
SHC 8
SHC 9
SHC 10
SHC 11
SHC 12
SHC 13
SHC 14
SHC 15
SHC 16
SHC 17
SHC 18
SHC 19
SHC 20
SHC 21
SHC 22
SHC 23
SHC 24
SHC 25
SHC 26
SHC 27
SHC 28
SHC 29
SHC 30
SHC 31
SHC 32 • BARISAN WATAK •
SHC 33
SHC 34
SHC 35
SHC 36
SHC 37
SHC 38
SHC 39
SHC 40
SHC 41
SHC 42
SHC 43
SHC 44
SHC 45
SHC 46
SHC 47
SHC 48
SHC 49
SHC 50
SHC 51
SHC 52
SHC 53
SHC 54
SHC 55
SHC 56
SHC 57
SHC 58
SHC 59
SHC 60
SHC 62
SHC 63
SHC 64
SHC 65
SHC 66
SHC 67
SHC 68
SPOILER • 69 & 70 •
SHC 69
SHC 70 • FINAL •
Season 2 is Coming !

SHC 61

691 95 27
By menantuPakcikJeon

" Tadi ada barang Seokjin oppa sampai. Lia dah ambilkan cuma ..."

" Takpe, nanti tengah hari, dia datang bawa makanan. Nanti Lia bagilah dekat dia. "

" Nae, omma. Cuma, tadikan masa abang posmen mula-mula hantar dia cakap nama Kim Seokjin. Tapi alamat kedai sini. Lia takut nak ambil sebab takut tersalah nama. Lepastu abang posmen yakinkan nama ni dan alamat dah betul. Omma, bukan ke nama oppa, Ahn Seokjin ? "

Puan Ahn tergelak kecil. Ada juga manusia sesat yang tak tahu asal usul Seokjin ni. Haihh, mari kita terangkan.

" Kenapa omma gelak ? Lia salah ke ? "

" Bukan,betul lah tu. Seokjin tu banyak nama . Kebanyakan kalau isi borang ke memang dia letak marga Kim dekat depan. "

" Yang sebenarnya kalau kau nak tahu Lia, aku dengan Seokjin ni adik beradik cuma kami lain bapak je. "
Celah Yeonha datang tiba-tiba dengan membimbit beberapa plastik dari ruang belakang .

" Betul - betul ",
Celah Puan Ahn pula. Lia mula tergaru-garu.

" Lain bapa ? Jadi Seokjin oppa tu bapa lain Yeonha eonnie bapa lain . Macam tu ? "
Lia masih kehairanan.

" Ya, appa Ahn tu kira bapa tiri Seokjin.  Alah kami tak kisah pun . Sebab appa dari kecil lagi jaga makan minum Seokjin. Walaupun kami bukan sebapa tapi kami kamcing,kan ? Gila-gila lagi..."

" Betul ! Memang gila. Habis tu mana appa dia ? "
Tanya Lia ibarat wartawan bergerak pantas.

" Sebenarnya , appa kepada Seokjin kamu tu dah meninggal dunia masa umur dia lima tahun, lepas tu omma pun kahwin pula dengan Appa Ahn kau lepastu dapatlah si Yeonha ni. Sebabtu lah, kadang-kadang Seokjin lupa yang nama dia Kim bukan Ahn. Tapi takpelah, dua-dua anak omma. "

" Rasanya penerangan omma tu dah lengkap ! Begitulah kisahnya, tak pelik kan ? "

" Oh, barulah Lia faham. Lepas ni Lia takkan keliru dah bila abang posmen hantar barang lepas ni. Terima kasih, omma eonnie bagitahu. "

" Takde apa, kau pun sebenarnya patut tahu pun. Dah alang-alang kau dah jadi anak baru omma. Kena tahu juga, kan ? "

" Heheehe—"
Ketawa Lia. Namun Yeonha seperti tidak mahu ambil tahu hal yang berlaku sekarang . Dia cuma risaukan Jungkook.

Sejak semalam Jungkook tak nak bercakap dengan dia.

Arghh !

Flashback

Yeonha mendekati Jungkook yang duduk termenung di luar rumah sambil menguis-guis rumput menggunakan seliparnya.

Takut untuknya menegur Jungkook setelah apa yang baru sahaja Jungkook lalui tadi. Mesti Jungkook terkejut gila bila dia dapat tahu siapa Kim Taehyung dengan Kim Taeha.
Rupa-rupanya mereka adik beradik .

Semua ni jadi macam kebetulan pula. Teman istimewa Jiyoon eonnie rupanya Taehyung . Dan mungkin sekarang hubungan mereka mesti takkan sama macam dulu dah.

Kenapa semua ni jadi serentak macam ni ?!

Dan aku ? Aku perlu jadi orang tengah ke untuk handle semua ni memandangkan aku dah tahu apa dan sebab apa semua ni terjadi ?

Tiada siapa yang salah dalam hal ni, ini semua terjadi sebab salah faham yang dah dicetuskan oleh orang ketiga.

Macam mana aku nak cakap dengan Jungkook ni pasal isi diari tu dan aku dah tahu semua pasal benda ni .
Arghh aku takut !

" Jungkook..."

" Jom kita masuk. Tak elok duduk lama-lama dekat luar. Angin sejuk nanti perut kau masuk angin. Kau tu dahlah belum makan apa-apa lagi. Kalau kau sakit aku juga yang susah hati ".

Jungkook senyap. Dia masih bermain dengan perasaannya.

" Tak payah ingatlah pasal tu. Kau rehat dulu okay ? ".

" Tak payah ingat kau cakap ?! "

Yeonha terkejut bila Jungkook bersuara tegas dengannya.

" Kau tahu tak sakit kepala aku bila dapat tahu pasal semua ni. Aku ingatkan benda ni akan berakhir macam tu je rupanya tak ..."

" Taehyung mungkin bergurau pasal tadi. Orang tengah panas memang dia cakap yang bukan-bukan. Tak payah risaulah .kau bukan tak tahu, Taehyung tu kan kadang-kadang dia ada gila juga. "

" Aku tak sangka orang yang aku benci rupa-rupanya abang dia. Sumpah,aku langsung tak tahu pasal semua ni ! "

" Dahlah, aku faham . Tapi kau kena ingat, ada hati yang perlu kita jaga sekarang. Aku risaukan eonnie. Mesti dia sedih gila pasal benda ni. "

" Noona...mana noona ? "

" Dia dah masuk bilik. Aku dah tenangkan dia lepastu mungkin dia dah tidur kut ".

" Aigoo ! Satu-satu masalah lah ! Ni aku tak tahu daddy tahu ke tak pasal benda ni ".
Jungkook menekup wajahnya dengan perasaan bercampur baur.

" Aku tak pasti pasal tu cuma aku ada benda nak bagitahu kau . "

Yeonha menarik nafas sedalam-dalamnya.

" Sebenarnya, aku dah tahu Taehyung tu abang Kim Taeha ..."

Yeonha menelan air liur bila Jungkook mengangkat wajahnya dan menghadiahkannya pandangan yang agak seram dari biasa.

" Kau tahu Taehyung abang dia ? "

" Ya...aku baru tahu sebenarnya. Aku nak bagitahu kau tapi aku tak tahu pula benda macam ni akan terjadi..."

" Dan kau lupa nak bagitahu aku ? Kau sebenarnya dah lama tahu kan pasal benda ni sebab tu kau main rapat dengan dia , betul ? Patutlah kau selalu jumpa dia sebab pasal benda ni ke ? "

Kelihatan mata Jungkook mula berair seperti dia mula akan menangis.
Auchh, sesungguhnya aku tak kuat bila melihat air mata lelaki.

" Bukan macam tu Jungkook. Aku baru tahu je . Kan aku dah cakap tadi aku baru je tahu. Memang aku nak bagitahu kau pun tapi aku tak sangka benda ni akan terjadi . "
Yeonha mengulangi balik kata-katanya agar Jungkook tak salah faham.

" Sampai hati kau rahsiakan dari aku...kau tak anggap aku suami kau ke ? Sepatutnya dari awal lagi kau kena cakap dekat aku bukannya kau simpan ! "

Mahu luruh jantung Yeonha bila Jungkook tiba-tiba mengeluarkan suara kuatnya.

" Maaflah,Jungkook. Aku takde niat nak rahsiakan dari kau. Aku baru tahu duh, sebab hari tu aku ada pergi rumah Taehyung . Tu je..."

" Kau pergi rumah dia tak minta izin aku ? Maknanya kau memang belakangkan aku lah selama ni?  Yeonha, kau tak fikir ke apa perasaan aku , kau tahukan aku sampai bila-bila pun takkan lupalah macam mana cara Taeha pergi. Setiap yang berkaitan dengan Taeha aku takkan lupa walau sesaat pun . "

Yeonha senyap dari mengeluarkan kata-kata. Ibarat keluar mulut harimau masuk mulut buaya. Entah, aku dah lupa peribahasa melayu nau.


" Sorry la Jungkook , aku takde niat pun . Aku pergi rumah dia sebab aku pergi...aku pergi hantar baju je."

Jungkook mencerlung lagi ke arahnya. Kau tengoklah muka Jungkook tu seram semacam. Aku nak lawan dia pun dah tak berani.

" Err, sebenarnya aku baru dua kali pergi rumah dia. Sekali tu aku pergi hantar baju lepastu hari tu last dah. Aku tak pergi dah rumah dia ".

Jungkook enggan lagi mendengar alasan Yeonha. Lalu dia bangkit dari duduknya dan meninggalkan Yeonha yang terkulat seorang diri.

" Jungkook..."
Suara Yeonha dalam dengar tak dengar. Dia cuba mencapai tangan Jungkook namun begitulah .
Tuan badan dah merajuk.

End flashback

Yeonha kembali ke alam realiti. Dia harus pujuk Jungkook balik. Dia tak nak Jungkook bermasam muka dengannya gara-gara marahkan hal semalam.

" Omma, orang  nak keluar kejap. Petang-petang sikit orang datang balik. "

" Baik..."
Laung Puan Ahn dari ruangan belakang.

***

Yeonha memberhentikan motornya dikaki lima. Dia mendail nombor milik Taehyung dan mengajaknya untuk berjumpa. Ini sangat penting.

" Aku nak jumpa kau."


" Jumpa sebab apa ? "
Jawab Taehyung seperti manusia yang tiada perasaan.

" Aku nak clearkan benda ni. Aku kena jumpa kau, Taehyung ! "
Bersungguh-sungguh Yeonha mengajak Taehyung agar mereka dapat bertemu mata .

***


Yoongi mengetuk pintu bilik Jiyoon sambil menatang sedulang makanan serta minuman buatnya.

Dia sudah letih dari tadi naik tangga turun tangga sebab nak bawakan makanan untuk Jiyoon yang dari semalam tak keluar-keluar bilik.

Jangan bagi dia mencarut satu rumah sudah.
Sambil itu dia mengeluh apabila makanan yang dia bawa untuk sarapan pagi tadi langsung tak berusik.

Dibiarnya pula macam tu depan muka pintu. Kesian kau makanan.

" Cik Jiyoon...saya ada bawakan makanan tengah hari . Dari semalam Cik Jiyoon tak makan apa-apa. "

Sahutan dari Yoongi langsung dia tak hiraukan. Risau apa-apa jadi kat dia dekat dalam tu.

" Makanlah sikit , Cik Jiyoon. Dahlah sarapan pun tak jamah. Kesian saya masak sedap-sedap tapi Cik Jiyoon tak makan pun "

Yoongi cuba lagi untuk kali ketiga.

" Mesti Tuan Jeon marah dekat saya kalau dia tahu Cik Jiyoon tak makan. Dia dah amanahkan pada saya , minta Cik Jiyoon makan. Kalau dia marah, saya tak tahu ..."

Yoongi hampa. Banyak kali dah dia panggil namun ia langsung tak diendahkan oleh Jiyoon.

" Takpelah, saya bawa turun baliklah makanan ni. Nanti bila Cik Jiyoon lapar, Cik Jiyoon bagitahu saya tau. "


***

"Kenapa kau cakap macam tu dekat Jungkook ? "

" Salah ke apa yang saya cakap? Saya cakap benda yang betul ..."

" Jungkook tak bersalah dalam hal ni. Dia tak tahu apa-apalah."
Yeonha memandang Taehyung dengan penuh makna.

Maksudnya , dia perlu yakinkan kepada Taehyung yang Jungkook bukan penyebab kematian Taeha.

" Sebab ? "

" Sebab aku tahu Jungkook memang tak bersalah. Dia tak buatlah semua benda mengarut tu. Dan dia juga bukan pembunuh macam yang kau cakap tu. Kalau tak, dah lama dia dalam penjara. Kau takde bukti nak sabitkan dia dalam hal ni. "

" Jadi awak dah tahulah siapa Taeha ? "

Yeonha mencarut dalam diam . Bapak lah dia ni, semalam kau cerita depan aku dengan semua orang tu apa benda. Aigoo !

" Aku dah lama tahu. Patutlah appa kau suka jumpa dengan aku. Rupa-rupanya muka aku dengan adik kau seiras. Tapi kami bukan orang yang sama. Dan appa kau ada cerita pada aku yang adik kau Taeha,yang mati tiga tahun lepas . Betul tak ? "

Taehyung ketawa kecil. Dia menghirup air didalam cawannya lalu beralih kembali kepada Yeonha.

" Baguslah kalau awak dah tahu. Saya pun tak payah nak sorok benda ni lama-lama. Yang penting, awak kena tahu Jungkook tu pembunuh . Awak nak ke hidup dengan seorang pembunuh ? "

Yeonha mengetap giginya geram. Apesal dengan mamat ni hah ? Psiko ke ?

" Cuba awak bayangkan, awak yang dah setia jadi isteri kepada  Jungkook, lama-lama dapat tahu  kena hidup dengan seorang pembunuh yang memang ternyata seorang pembunuh. Hahaha ! "
Hujung ayatnya, Taehyung hanya mampu gelakkan Yeonha.

" Awak tak rasa rugi ke mensia-siakan masa depan awak dengan lelaki yang dah hancurkan masa depan adik saya sendiri. Perkahwinan awak dengan dia tu tak sepatutnya berlaku. Jungkook tak layak sebenarnya untuk bahagia dengan mana-mana perempuan yang dia jumpa , bahkan dengan awak sekalipun. "

" Aku dah cakap Jungkook bukan pembunuh ! Dia bukan pembunuh ! "
Jerit Yeonha lantang.

" Kau dengar sini Taehyung ! Aku takkan biarkan sesiapa pun sakitkan Jungkook. Dia bukan seperti yang kau sangka lah ! Adik kau mati bukan sebab Jungkook! Banyak kali aku cakap, kau jangan sampai aku pecahkan muka kau dekat sini, Taehyung !  "

Jari telunjuk Yeonha betul-betul hinggap dihadapan muka Taehyung. Dan ia langsung tak menggetarkan perasaan lelakinya.

Yeonha kembali duduk dan cuba untuk bertenang . Dia akui, dia terlalu ikutkan perasaan. Niat dia datang tadi untuk berbincang secara elok dengan Taehyung.

Tapi dia ni tak bagi cans langsung aku nak cakap . Dahlah aku cepat panas. Kejap lagi kang ada juga meja ni terbalik .

" Okay ! Maaf,aku datang sini aku nak cakap dengan kau pasal tu je. Jungkook bukan pembunuh adik kau. Aku nak kau tarik balik kata-kata kau semalam. Dan pasal Jiyoon eonnie ..."

Taehyung mengangkat wajahnya dan tepat memandang ke dalam anak mata Yeonha.

" Aku tahu kau dengan Jiyoon eonnie rapat. Kau suka dia,kan ? "

Tembak Yeonha tepat namun Taehyung sempat mengawal riak wajahnya.

" Tch! Yeonha...Yeonha. Takkanlah saya nak suka pada Jiyoon tu. Dia tu darah daging pembunuh adik saya. Nonsense..."

" Macam ni lah. Anggap je lah saya tak pernah kenal dan jumpa dengan Jiyoon tu. Kalau dah keluarga dia tu ada darah pembunuh, sampai bila-bila pun tetap pembunuh juga."
Taehyung bangkit untuk pergi namun ayat Yeonha menghentikan langkahnya.

" Tapi eonnie suka kan kau ... Dia cintakan kau, Taehyung ".

Taehyung tidak memalingkan wajahnya pada Yeonha. Matanya dipejam rapat , dia cuba untuk berfikiran terbuka. Kenapa ayat itu terasa menyentak perasaannya.

Ia hadir seperti perasaan yang agak ganjil.

Yeonha berasa lega apabila dia sudah berjaya menyampaikan hasrat dari seseorang kepada Taehyung.

Iya benar, Jiyoon suka kan Taehyung dan dia sendiri yang mengaku dia cintakan lelaki ini.

Kesian eonnie, baru nak belajar mencintai seseorang dah diduga sebegini rupa.

Harap diorang tabah dengan dugaan ini.

" Bagitahu dia , lupakan saya. "

Dan Taehyung berlalu pergi tinggalkan Yeonha.

Abih lah kau Yeonha , memang kau akan bercakap sorang dirilah lepas ni. Lepas satu satu pergi macam tu je tinggalkan kau terkulat kulat .
Coi !

***

Yeonha memarking motornya dibawah garaj . Selesai sahaja melakukan kerjanya itu, dia masuk ke dalam rumah dan bertembung dengan Jungkook di tangga yang menghubungkan ruang tamu dan bilik atas.

Jungkook yang berpakaian agak segak dari biasa tak menghiraukan keberadaan Yeonha disamping nya . Ibarat Yeonha macam tak wujud baginya.

" Kau nak pergi mana, Jungkook ? Hensem pula tu. "
Seperti biasa Yeonha menegur Jungkook macam takde apa yang berlaku antara mereka .

Namun dia pula yang dipalau.

Jungkook macam tu la, tak nak bertegur dengan Yeonha.
Ni yang tak best ni.

Jungkook tak menghiraukan Yeonha malah dia seperti bergegas hendak keluar.
Terburu-buru nampak bang.

" Aishh , dia masih merajuk dengan aku ke ? Aku dah bagitahu benda betul pun masih tak nak percaya juga. "
Omel Yeonha lalu berlalu ke bilik.

Sampai je di bilik, dia perasan telefon milik Jungkook tertinggal di atas katil.

" Tu la, kalut sangat sampaikan telefon pun boleh tertinggal. "

Yeonha mencapai telefon itu dan ingin meletakkannya diatas meja . Namun telefon Jungkook tiba-tiba sampai satu pesanan ringkas.

Yeonha apa lagi , teruslah tengok gerangan siapakah yang menghantarnya.

Han Boreum

Jungkook, nanti kita jumpa dekat cafe semalam, ya?

Setengah jam lagi saya
sampai.

Baik.

Saya tunggu awak kat situ tau, Boreum .

Yeonha membaca setiap patah perkataan yang terhias diskrin telefon itu.

Kenapa Jungkook jumpa perempuan ni ? Bila ?

Yeonha tak puas hati. Dia terus melihat gambar profil gadis yang bernama Han Boreum dikenalan whatsapp Jungkook.

Ternyata benar. Perempuan ni lah yang dia jumpa kelmarin dulu di Sungai Han .

Inilah Han Boreum yang selama ini dia cari ! 

Yeonha mula kalut. Dia harus cari jalan agar Jungkook tak bertemu dengan perempuan ni.

Amboi, kau ajak laki aku jumpa eh ?
Mari kita tengok, siapa yang jumpa siapa.
Lepas ni kau akan bertemu buku dengan ruas, Han Boreum !

Yeonha sudah jumpa jalan yang sesuai. Lalu dia membalas kembali mesej itu.

Ermm, Boreum...

Sorry, tak jadilah jumpa dekat
cafe biasa tu.

Kita jumpa tempat lain boleh ?

Privasi sikit...

Nanti saya send location dekat awak...

Yeonha menanti penuh sabar pesanan balas dari Han Boreum . Dan tidak sampai beberapa saat, akhirnya Han Boreum balas juga. Cantik !


Nae...

Takpe, saya okay je.

Nanti sampai jumpa...


" Yes ! Akhirnya,ikan jerung dah masuk jerat. Kau ingat kau siapa ? Kau tak kenal lagi Ahn Yeonha lah ! Kalau hari ni gigi kau cantik tersusun. Jangan harap esok lusa gigi kau akan cantik macam hari ni. Jangan cari pasal dengan aku ! "

Yeonha tak mahu membuang masa begitu lama. Dia kembali siap-siap untuk meneruskan rancangannya.

Penat pun penatlah asalkan aku puas hati dengan apa yang aku nak buat.

Tak lupa juga sebelum keluar, dia memadamkan beberapa mesej yang dia balas tadi agar tidak kantoi dengan Jungkook nanti.

***

Taehyung memberhentikan keretanya ditepi jalan.
Tiba-tiba sahaja dirinya seperti tidak kuat dengan apa yang dah terjadi.

Dia cuba untuk mengusir perasaan ini jauh-jauh . Dia perlu hapuskan wajah dan perasaan itu dari dalam fikirannya.

Tapi tiap kali dia ingin mengusir ia pergi, dia semakin menghampiri.

" Tapi eonnie suka kan kau ... Dia cintakan kau, Taehyung ".


" Arghh !! "
Stereng kereta itu dipukul-pukul sehingga puas. Tak berhenti disitu dia menjerit sekuat hatinya .

" Bagitahu dia , lupakan saya. "


Taehyung menangis didalam kereta . Kenapa dia berasa terlalu sakit bila mengingatkan apa yang dia kata pada Yeonha tadi.

Tergamak kah kau Taehyung bila kau terpaksa ucap perkataan sebegitu . Kau ego ke ?

Kau cuba nak nafikan perasaan kau padahal itu bukan maksud kau yang sebenarnya,kan ?!

Bangun Taehyung bangun !

Sekali lagi dia menangis kerana memikirkan kebodohannya sendiri.


***

Jiyoon duduk bersandar pada dinding bilik . Entah ke berapa kali dia mundar-mandir didalam bilik itu tanpa arah tujuan.

Bila matanya terpandang cermin meja solek, terus dia larikan dari melihatnya.
Buruk sangat muka, mata pun dah bengkak sebab seharian menangis.

Sebab tu dia malu nak keluar bilik hari ni.
Hari ni sahaja, lebih 10 panggilan dari Tuan Jeon langsung tak dijawab.

Mian daddy, anak mu masih belum stabil lagi.

Macam ni eh bila broken ?
Arghh , sakit sangat !
Kenapa aku perlu jumpa kau Taehyung, namun pada akhirnya kau lakukan begini terhadap aku ?

Sampai hati kau ! Kau curi hati aku lepas tu kau biarkan aku macam ni. Dasar lelaki kejam !


***

" Lama gila perempuan ni nak sampai. Aku dah habis segelas air ni tunggu dia. Kurang asam betul ".
Bebel Yeonha sambil menyisip minuman . Matanya meliar memerhati sekeliling.

Kut-kut perempuan tu dah sampai.

Dan matanya dapat menangkap satu figura perempuan yang rambut pendek paras bahu dengan mengenakan dress bunga .

Tak tunggu lama, Yeonha mendekatinya.

" Weh ..."
Yeonha mencuit bahu gadis itu dan berdiri betul-betul dihadapannya.

Wajah Han Boreum tiba-tiba bertukar reaksi.
Dia terkejut.

" Han Boreum ? "
Sapa Ahn Yeonha dengan gaya acah-acah kak yong kawasan.

Han Boreum seperti tadi. Masih terkejut dengan situasi ini.
Dia terkejut dalam dua keadaan. Yang datang menyapanya kini roh Taeha ataupun perempuan yang bersama Jungkook semalam ?

Okay , dia pening.

" Kau Han Boreum, kan ? Betul tak ? "

" Nae , Han Boreum imnida. "
Han Boreum tunduk hormat pada Ahn Yeonha.

Namun tidak pada Yeonha. Dia masih mengekalkan riak wajah seperti tadi. Biar nampak garang sikit . Baru senang nak gertak perempuan ni.

" Acah ayu konon. Kau ingat, kau pakai cantik-cantik macam ni kau dapat jumpa dengan Jungkook ? Jangan haraplah ! Aku sama sekali takkan benarkan kau jumpa dengan laki aku . Langkah mayat aku dulu lah , dasar perempuan gatal ! "

" Duduklah, ada benda aku nak cakap sikit ".

" Maaf, saya ada hal penting. Nanti jumpa lagi ".
Han Boreum cuba untuk melarikan diri dari Yeonha.

Nampak sangat kau takut . Apesal ?

" Jumpa dengan Jungkook ke ? Tak payah, aku ada urusan lagi penting dengan kau . Duduk..."
Arah Yeonha lalu menolak kerusi dihadapannya menggunakan kaki.

Dengan teragak-agak Han Boreum menarik kerusi itu. Tapi dia cuba kawal riak wajahnya.

" Dia tahu ke Jungkook nak jumpa dengan aku ? Tapi dia ni siapa ? "

" Kenapa ? Apa yang kau pandang ? Ada yang tak puas hati ke dengan aku ? "

" Maaf, boleh saya tahu awak siapa ? Wajah awak seperti..."

" Kim Taeha ? "
Duga Yeonha. Sengaja nak menambah api dalam diri Han Boreum. Kita tengok, sejauh mana kau nak lari dari kenyataan.

Yeonha dapat lihat dari reaksi wajah Han Boreum , dia seperti baru terkena kejutan dan Yeonha tersenyum sinis ke arahnya.

" Tapi dia dah mati . Macam mana dia boleh hidup balik ? Awak jangan main-main dengan saya. "

" Main-main apa? Kenapa ? Kau terkejut aku masih hidup ? Han Boreum ..Han Boreum. Dunia ni ibarat karma. Dosa apa yang kita lakukan dulu pasti akan menemui kita kembali . "

" Tak, Kim Taeha dah mati ! Dia dah mati ! Aku nampaklah polis jumpa mayat dia dekat Sungai Han dulu. Benda dah tiga tahun berlalu . Kenapa sekarang kau nak ungkit lagi ! "

Yeonha ketawa dengan kuat. Dia sudah tidak menghiraukan keadaan sekeliling. Lagilah dia suka. Lawak juga eh perempuan ni. Tak sangka sungguh !

" So ? Kau nak tahu tak sebab apa aku nak ungkit balik benda ni ? Kau nak tahu tak ? "

Han Boreum seperti tidak berpuas hati dengan Yeonha. Dia rasa seperti dipermainkan .

Adakah Jungkook dan perempuan ini sedang mempermainkannya ?

" Kau ni memang kawan berhati busuk eh ? Sanggup kau khianat kawan kau sendiri semata-mata kau ikutkan hati jahat busuk kau tu . Woah , daebaklah kau ni, Han Boreum . Pijak semut pun tak mati weh ! "

" Awak merepek apa ni ? Awak tak tahu apa yang jadi , jangan nak cakap yang bukan-bukan ! "

" Huhu, cakap yang bukan-bukan ? Mana ada, aku ni sedang bercakap dengan fakta serta bukti yang aku ada. Aku mengaku, walaupun aku tak pernah  kenal siapa Taeha tu tapi aku dapat rasakan penderitaan dia bila ada kawan hati busuk macam kau ni lah ! "

" Jadi awak ni siapa sebenarnya ? Kenapa awak bercakap seolah-olah awak tahu semua benda ? "

" Oh, lupa aku belum bagitahu kau siapa aku kan ? Kenalkan, aku, Ahn Yeonha. Isteri Jeon Jungkook. Dapat ? "

" Jadi, Jungkook dah kahwin . Dan isteri dia wajah seiras dengan Taeha ? "

" Kau terkejut kan, kenapa aku perlu ada kaitan dengan Taeha. Sebab wajah kami hampir sama, kan ? Dan kenapa aku kahwin dengan Jungkook. Dan itulah, semuanya macam kebetulan,kan ? "

" Han Boreum, aku nak kau betulkan balik semua ni. Disebabkan kaulah, semua ni dah jadi huru-hara. Kau dah aniaya orang yang tak bersalah. "

" Yah! Jangan nak tuduh sembarangan lah Yeonha~ssi. Awak tak tahu apa-apa dan jangan pernah masuk campur pasal benda ni. Dia dah mati , tak payah nak ungkit lagi benda dah lepas ! "

" Tak, aku takkan biarkan benda ni macam ni je selagi kau tak mengaku dan cerita hal yang sebenarnya pada Jungkook dan Taehyung ! Kau tahu tak , Taehyung dah tuduh macam-macam dekat Jungkook . Dia cakap Taeha mati sebab Jungkook . Dia tuduh Jungkook yang bunuh adik dia, kau tahu tak perempuan ?! "

"Woi, geram pula aku tengok muka kau ni lah ! "
Yeonha habis geram terhadap nya namun dia masih sabarkan hati .

" Kalau lah semua orang tahu yang sebenarnya kau punca semua ni,lebih-lebih lagi Jungkook tu. Cuba kau fikir apa tanggapan dia pada kau nanti ? Dan sanggup kau tikam belakang kawan kau sendiri. Kau ni manusia hati busuk tahu tak ! "



_____________________________
To Be Continue

bymenantuPakcikJeon 🌼

Continue Reading

You'll Also Like

5K 505 43
𝗜 𝗧𝗿𝗶𝗲𝗱 | 𝗘𝗷𝗲𝗻 𝗔𝗹𝗶 . . . Remake From:- 𝗘𝗷𝗲𝗻 𝗔𝗹𝗶 {𝗠𝗶𝘀𝗶:𝗠𝘂𝗮𝗸}(Unpublish) . . . "M..Mama?" . . . "Tetap kuat Ali...
61K 4.9K 62
"Saya isteri awaklah..bukan hamba awak ataupun orang gaji awak" Dia nampak baik,comel,sweet...tetapi sebenarnya dia setan!!_______________ =Nak Tahu...
125K 14.5K 60
[idaekim's romance angst action fanfiction] Completed S1 (2019) Completed S2 (2019) Kim Taehyung X Do Hani Season 1 -aku lebih sanggup jadi anak dar...
93.9K 12.3K 12
Tiada jalan pulang jika sudah tergoda. Start : 24/01/2019 End. : 16/04/2019