My AI BodyGuard Twin

Oleh SitiNafisa

38K 5K 1.6K

My AI Bodyguard Twin Kembar BoBoiBoy,merupakan anak kepada jutawan teknologi yang berjaya,yang inginkan kebeb... Lebih Banyak

∆Chapter 1∆
∆Chapter 2∆
∆Chapter 3∆
∆Chapter 4∆
∆Chapter 5∆
∆Chapter 6∆
∆Chapter 7∆
∆Chapter 8∆
∆Chapter 9∆
∆Chapter 10∆
∆Chapter 11∆
∆Chapter 12∆
∆Chapter 13∆
BBB_ICE:Log-01
Chapter 14
∆Chapter 15∆
∆Chapter 16∆
∆Chapter 17∆
∆Chapter 18∆
∆Chapter 20∆
∆Chapter 21∆
∆Chapter 22∆
∆Chapter 23∆
∆Chapter 24∆
∆Chapter 25∆
∆Chapter 26∆
∆Chapter 27∆
∆Chapter 28∆
∆Chapter 29∆
∆Chapter 30∆
∆Chapter 31∆
∆Chapter 32∆
∆Chapter 33∆
∆Chapter 34∆
∆Chapter 35∆
∆Chapter 36∆
∆Chapter 37∆
∆Chapter 38∆

∆Chapter 19∆

882 128 53
Oleh SitiNafisa

**********∆

Seminggu.

Dah seminggu penuh sejak 'perang dingin' ni berlaku antara Gempa dan Thorn dan kembar BoBoiBoy yang lain dah tak tahan.

Gempa tak keluar lab langsung kecuali untuk ke sekolah ataupun bila Tok Aba panggil dia. Itu pun dia masih tak bercakap. Even dah kena attack dengan muka comel Taufan dan Blaze pun tak jalan.

Thorn pulak,lain ceritanya. Dia banyak kali keluar rumah,sampaikan sehari tu,dia balik pukul 1.30 pagi. Masa tu,Solar yang tengah minum kopi dekat dapur pun terkejut sebab dia fikirkan Thorn ada dalam bilik.

Thorn dah tak sama dalam masa seminggu tu. Mata dia sembam,macam tak tidur. Dan dia dah berani tengking Halilintar dan Taufan. Duo tu pun terkejut sampai jem.

Jem otak tak tahu nak cari dekat mana.

Gempa pulak,dia masih buat apa yang dia selalu buat. Like,masak for kembar BoBoiBoy tapi lepas tu dia terus lari masuk lab. And no single word.

Kawan-kawan mereka pun perasan perubahan yang berlaku dalam kembar BoBoiBoy ni. Sebab itulah harini,mereka disoal siasat. Tapi Thorn tak ada. Dia dah lari awal-awal bila loceng rehat berbunyi.

"Baiklah korang. Korang tahu kenapa kitaorang kumpulkan korang semua dekat sini."kata Gopal sambil buat gaya-gaya detektif. Kembar BoBoiBoy yang lain mengangguk kecuali Gempa yang menundukkan pandangan dia kelantai.

"Okay,soalan pertama. Apa sebenarnya yang jadi dengan korang ni?"tanya Fang. Kembar BoBoiBoy berpandangan sesama sendiri.

"Ada...sesuatu yang berlaku antara Gempa dengan Thorn..Tapi dua-dua tak nak bercakap."balas Taufan. Yang lain memandang Gempa.

"Betul ke Gempa?"tanya Yaya. Gempa hanya senyap.

"Haiya budak ni! Cakap jelah!"marah Ying. Gempa menggeleng kepalanya kuat sebelum bangun dan berlari keluar dari kelas itu.

"Haih...Susahlah macam ni.."kata Fang. Mereka mula memandang kembar BoBoiBoy semula. Halilintar mengetap bibirnya kuat.

Dia penat.

Dia penat nak kena fikir semua ni.

Taufan meletakkan tangan dia diatas bahu Halilintar cuba untuk tenangkan dia.

"Hali,kau okay?"tanya Taufan lembut. Dia tahu panas baran Halilintar macam mana. Sebab dia je pernah tengok. Halilintar menarik nafas dalam,cuba nak tenangkan diri sendiri.

"Aku okay. Aku masih boleh tahan dengan semua ni. Aku cuma harap yang Gempa jadi lebih terbuka dengan kita. Kalau dia ada masalah,kenapa dia tak tanya je kita?" gumam Halilintar.

"Mungkin sebab dia yang sulung dia tak nak korang rasa terbeban sekali?"teka Ying.

Haha,kalaulah diaorang tahu yang Gempa ni robot.

"Weh,tapi kan?Ada satu benda baik yang aku notice sepanjang minggu pergaduhan korang ni.."kata Fang.

"Baik?Kau gila ke? Apa benda kebaikkannya?" kata Solar.

"Kau tak perasan? Satu minggu penuh ni si Evelyn tu tak ada ganggu kau pun."

Penyataan Fang membuatkan mereka semua mengimbas beberapa hari yang lepas.

Bila diingatkan balik,betul apa yang Fang cakap. Evelyn tak ada menggedik dengan Solar macam selalu. Dan tak ada tarik-tarik or paksa Solar macam selalu.

"Eh,eh..Ya tak ya jugak kan?" kata Gopal.

"Wow,aku dah ada seminggu kebebasan daripada minah tu rupanya..."gumam Solar.

"Kau rasa ni ada kena mengena dengan kelakuan pelik Thorn dan Gempa ke?"tanya Yaya.

Yang lain menggeleng tidak pasti.

"Entahlah..aku tak tahu..Tapi tengoklah dulu macam mana. Dah,jom pergi rehat. Kang nanti tak sempat."saran Halilintar. Yang lain mengangguk sebelum bersama-sama keluar untuk ke kantin sebelum masa rehat tamat.

                                                             ∆**********∆

Bila dah habis masa rehat,mereka kembali semula ke kelas seperti biasa. Tapi yang jadi kepelikannya..Gempa dan Thorn masih belum kembali. Tapi cikgu-cikgu yang masuk tak cakap apa-apa pun.

Halilintar risau. Macam nak patah pensil yang dia pegang tu sebab dia rasa macam ada sesuatu buruk yang berlaku. Dengan sekarang mereka pun dah tahu rahsia Gempa dan Tuan Jason yang tengah buru dia,dia risau kalau-kalau ada apa-apa jadi pada Gempa ataupun Thorn.

Sampai waktu kedua sebelum tamat sesi persekolahan,bunyi interkom sekolah mengejutkan mereka semua.

"Perhatian kepada BoBoiBoy Halilintar dan BoBoiBoy Solar dari kelas 2 JUJUR,sila datang ke bilik pengetua sekarang."

"Ha,Halilintar,Solar. Kamu berdua boleh pergi."kata cikgu yang mengajar pada masa itu. Halilintar dan Solar berpandangan sesama sendiri.

Kenapa ni?

Halilintar dan Solar meminta diri sebelum keluar dari kelas mereka dan berjalan menuju ke bilik pengetua.

"Weh,Hali..Aku rasa tak sedap hatilah.."kata Solar. Halilintar mengeluh perlahan. 

Kalau adik dia nervous,dia lagilah nervous.

"Alah,maybe tak ada apa-apa pun. Cuba fikir yang positif je okay?"kata Halilintar sambil menggosok kepala Solar perlahan.

Kuat mana pun diaorang gaduh,Halilintar masih abang kepada Solar. Jadi,wajarlah dia buat macam tu untuk tenangkan adik dia yang bongsu tu.

Ehek,jangan jealous.

Sebaik sahaja mereka sampai di bilik pengetua,Halilintar mengetuk perlahan pintu tersebut.Lepas dah dapat kebenaran masuk,baru dia buka pintu.

Dia expect dia dengan Solar cuma kena jumpa pengetua saja.

Tapi yang buat Halilintar dan Solar terkejut adalah pengetua ada dimeja mereka,kelihatan kecewa,guru disiplin...

Dan juga Gempa dan Thorn.

Halilintar terus menutup pintu bilik tersebut dan pergi ke Gempa manakala Solar ke Thorn.

Tangan kanan Gempa berada dalam keadaan yang abnormal. Terpusing kebelakang macam nak tercabut dari soket bahu dia. Tak campur lagi dengan torehan dekat muka dan tangan dia.

"Gempa! Apa jadi dengan kau?Siapa yang buat kau macam ni?!"tanya Halilintar kuat. Gempa hanya memandang dia,dengan senyuman kecil.

"Gempa ni bukan masa untuk kau senyum,tahu tak?! Siapa yang buat kau macam ni?!"tanya Halilintar lagi,tapi kali ni dengan lebih kuat. Kemudian,dia pandang kearah Thorn dan Solar.

Thorn tengah cuba nak tahan tangisan dan Solar masih cuba pujuk Thorn. Muka Thorn comot,dia perasan. Tapi apa yang buat Halilintar tak boleh tahan kemarahan dia lagi...

adalah subang kecil yang ada dekat telinga Thorn.

Halilintar menolak Solar ketepi dan memegang telinga Thorn. Memang betul,telinga Thorn bertindik dan ada subang hitam pada telinganya.

"Apa ni Thorn..? Apa ni?!" jerkah Halilintar. Thorn masih diam tapi airmata dia dah tumpah bila Halilintar jerkah macam tu. Solar menarik Halilintar jauh dari Thorn.

"Sabar Hali! Mungkin ada penjelasan-!" Solar ditolak oleh Halilintar.

Ini yang dia tak nak tunjuk,sifat pemarah dia.

"Penjelasan apa lagi?! Oh,selama ni inilah kerja kau Thorn?! Keluar rumah lepas pagi buta baru balik! Ni,telinga ni..Siapa suruh kau tindik?!" tanya Halilintar kasar. Dia dah mula tolak Thorn kedinding sebab Thorn diam membisu. Gempa terus halang Halilintar tapi Halilintar mengugut Gempa.

"Kau diam.Aku tak tanya kau lagi.Jangan sampai aku cabut tangan kau!"ugut Halilintar membuatkan Gempa berundur dari Halilintar.

Tekanan darah dia makin meningkat,itu yang Gempa risau.

Melihatkan situasi makin memburuk,guru displin menjauhkan Halilintar dari Thorn dan memaksa Halilintar untuk duduk.

"Bertenang Halilintar. Semua ni tak kan selesai kalau kamu marah-marah macam ni.."tegur guru displin. Halilintar menarik nafas dalam berkali-kali cuba untuk tenangkan diri.

Solar disebelahnya mengurut belakang badan Halilintar macam selalu Taufan buat untuk tenangkan abang dia ni.

"Cerita penuh.Sekarang." kata Halilintar tegas. Mata merahnya tajam memerhatikan guru displin dan pengetua. 

Melihatkan suasana yang sedikit tenang,guru displin mengeluh kecil. Kemudian dia keluarkan sesuatu dari beg Thorn.

Jantung Halilintar dan Solar macam nak terjatuh bila nampak stok rokok dan vape didalamnya.Halilintar memandang Thorn yang masih memandang lantai.

"Thorn...Apa semua ni...?"

"Kami jumpa benda-benda ni dalam beg Thorn masa kami tangkap dia memukul Gempa."kata guru displin.

Thorn....pukul Gempa.

Mungkin itu menjelaskan kenapa keadaan Gempa macam tu sekarang.

Tapi...

" Kami perasan yang Thorn selalu menyelinap kebelakang sekolah dengan beg. Bila kami cuba tahan dia harini,kami nampak dia dengan batang kayu hoki yang dia curi dari stor sukan dan Gempa dah terbaring dekat atas tanah. Ada kelibat lain juga yang kami nampak,tapi mereka sempat lari." jelas guru displin lagi.

Tangan Halilintar menggigil sebab menahan amarah yang amat sangat.

Tanpa sesiapa dapat halang,Halilintar bangun dan sekilas menampar Thorn.

"HALILINTAR!"

Semua dekat dalam bilik itu tergamam. Lebih-lebih lagi Solar.

Sepanjang 14 tahun dia hidup,abang dia tak pernah tampar mereka. Langsung tak pernah. Melihatkan sifat Halilintar yang satu ni membuatkan dia....takut.

Thorn terteleng disebabkan tamparan Halilintar tadi.Pipinya sakit,tapi tak sesakit hati dia yang sekarang. Airmata yang berjujuran dari tadi dah macam air terjun dah pun. Laju dan tak berhenti.

"Tak cukup lagi ke kasih sayang yang ayah,atok dan kitaorang semua bagi untuk kau hah Thorn? Sampai kau buat benda macam ni..? Sampai kau buat Gempa macam tu sekali?! Kau tahu Gempa ni lain kan? Kenapa?! Ni,telinga ni. Siapa yang ajar kau bertindik ni hah?! Jawab aku!" bentak Halilintar kuat. Pengetua dan guru displin yang ada dekat situ pun dah macam tak wujud bagi dia.

"Abang Hali tak faham..."akhirnya Thorn mengeluarkan suaranya...Perlahan dan serak.

"Apa yang aku tak faham Thorn? Aku ni bukannya ahli nujum boleh tahu semua masalah kau. Aku dah tanya kau sejak dari minggu pertama lagi,tapi kau mengelak,lari sampai tak nak balik rumah! Kau yang halang kitaorang dari tolong kau! Ni,siapa aku ni untuk kau hah?! Tunggul kayu dekat rumah je ke?!" bentak Halilintar lagi.

Kali ni,Gempa halang Halilintar. Dia berdiri dihadapan Halilintar. Tangannya yang masih elok didepankan dan menghalang Thorn dari pandangan Halilintar.

"Kau. Apa alasan kau hah Gempa? Larikan diri dari kitaorang,tak bercakap, senyap! Kau pun nak cakap yang aku tak faham jugak ke?"tanya Halilintar dengan nada yang sinis.

Dia memang dah marah gila. Memang tak ada apa dah. Solar menarik Halilintar menjauhi Gempa dan Thorn.

"Hali,cukup!Kau dah melampau!" kata Solar.Halilintar mencebik kesal.

"Aku dah lama sabar..Dengan semua yang ada dekat sini..Aku tak rasa aku boleh tahan lagi hahahah-!"kata Halilintar lemah dan terduduk kelantai. Ketawanya perlahan bertukar menjadi tangisan.

"Ha..Hahaha...Thorn...aku ni abang yang teruk ke..?Aku ada buat salah ke..?Kenapa kau buat macam ni Thorn..?"

Semua orang kaget bila bahu Halilintar mula terhincut menahan sendu.Tak tahan dengan semua tekanan ni,Thorn melutut dan terus memeluk Halilintar.

"Abang tak salah! Abang memang tak salah! I-I-Ini semua salah Thorn...Gempa..Beg tu...Semuanya Thorn yang buat!"

Thorn memeluk Halilintar kuat,even Halilintar cuba nak tolak dia jauh.

"Jadi kenapa Thorn..?Kenapa kau buat semua tu.?"

"Thorn buat semua ni untuk Solar!"

.

.

.

.

.

.

.
~To Be Continued~


Ah,another day,another cliffhanger~

Hehe,hi potatoes~Author Ez is here~
So,macam mana part kali ni? Okay?
Hehe....Identiti Gempa sekarang macam dalam bahaya je sekarang-

So,meh. Kita berbincang konspirasi lagi- Korang punya konspirasi semua best²- *baling kotak*

Anyway,harap korang suka part ni~

Do vote and comment,okay?~💜

Stay safe!

Author Kim_Ezra

Lanjutkan Membaca

Kamu Akan Menyukai Ini

HOT DADDY Oleh Lyaluvrr

Fiksi Penggemar

23K 482 14
"Kahwin dengan daddy jom"? -Alex Danial "You dh gila ke ape?"you are my lecturer!"-Raisha Qistina "I tak gila,I gila...
1.4M 103K 58
Arash Zayden, salah seorang anggota unit pasukan khas Polis Diraja Malaysia. Pulangnya ke tanah air tanpa sebarang niat untuk menaruh rasa pada sesia...
39.1K 2.9K 157
BoBoiBoy dan kawan-kawan menjalani hari yang biasa di stesen TAPOPS. Sehinggalah power sfera perentas dimensi Gigabot tiba. Gigabot: Urgh.... BoBoiBo...
93.2K 4.9K 59
Cerita ini dibuat selepas Boboiboy movie 2. Pastikan korang dah tengok semua musim Boboiboy dan movie... Semua watak dari Monsta kecuali nama2 watak...