DENDAM CINTA IRIS: The Untold...

By najihazzz3_

25.9K 2.4K 245

"Jodoh itu ibarat seperti ( Alif, Lam, Mim ) ayat pertama surah Al-Baqarah. Maksudnya, hanya Allah yang tahu... More

PART 1
PART 2
PART 3
PART 4
PART 5
PART 6
PART 7
PART 8
PART 9
PART 10
PART 11
PART 12
PART 13
PART 14
PART 15
PART 16
PART 17
PART 18
PART 20
PART 21
PART 22
PART 23
PART 24
PART 25
PART 26
PART 27
PART 28
PART 29
PART 30
PART 31
PART 32
PART 33
PART 34
PART 35
PART 36
PART 37
PART 38
PART 39
PART 40

PART 19

572 67 20
By najihazzz3_

Sepertinya mengikhlaskan adalah jalan keluar yang terbaik »

•••••

KEADAAN didalam rumah Tuan Ishan riuh rendah dengan kehadiran anak angkatnya. TheRose dan juga Cammora sejak tadi sibuk menggubah hantaran untuk majlis perkahwinan Aaryan dan juga Iris.

Iris mencebik bosan. Inai ditangan nya masih lagi basah. Aaryan yang duduk disebelah dijeling sekilas.

"Aaryan." Meleret sahaja suaranya.

"Yes?" sahut Aaryan lalu menoleh ke arah Iris. Ototnya diregang sedikit. Lenguh satu badan bila duduk dalam posisi yang sama sahaja.

"Bosan."

Aaryan tersenyum kecil. Nasib baik hanya Iris seorang sahaja yang disuruh untuk memakai inai. Dia duduk disebelah gadis ini pun atas arahan Puan Nurin. Buat teman katanya.

"Nak aku buat apa?" soal Aaryan.

Iris mencebik. Tak reti nak hiburkan orang langsung.

"Cerita lah apa-apa, pasal kisah silam awak ke, makanan favourite awak ke. Saya kena tahu."

"Takde apa yang menarik pasal life aku," balas Aaryan selamba. Malas sebenarnya nak buka cerita lama. Nanti-nanti je lah dia ceritakan semua benda pada gadis ini.

Iris terdiam buat seketika sebelum kembali bersuara. "Tell me about your family," pintanya mengejut.

Aaryan terdiam. Perlu ke?

"Kau nak tahu pasal apa?" soalnya acuh tak acuh. Matanya beralih pada ahli Cammora yang lain bagi mengelakkan pandangan mata Iris.

"Eee awak ni! Esok kita kahwin tapi awak tak pernah bawa saya jumpa family awak." Iris mendengus geram. Pelik juga, tak pernah sekali pun lelaki itu bercerita tentang keluarganya. Tak serius kah Aaryan?

"Family aku takde dekat sini. Diaorang semua jauh dari aku. Nanti aku bawa kau jumpa diaorang ya sayang?" Aaryan tersenyum tipis.

"Jauh sangat ke?" tanya Iris dengan muka yang polos.

"Yes, my dear." Terpancar riak kesedihan di dalam anak mata Aaryan.

Iris mengangguk faham. Tak mahu membantah lagi.

"Nama mak ayah awak apa? Awak ada adik beradik?"

Aaryan berdecit geram. Dari tadi, Iris sahaja yang banyak tanya pasal dia. Dia pun ada benda nak tanya juga.

"Ni mulut ni kan. nak kena cium dulu baru nak senyap agaknya."

Iris mencebik. Tanya salah, tak tanya pun salah.

"Cepatlah, awak tak bagitahu lagi."

"Nama walid, Firash Lutfan. Nama umi, Ayana Zafira. And yes, aku ada adik perempuan, Adele Haelynna Xavier."

"Wah, mesti diaorang cantik kan? Tak sabar betul nak jumpa family awak," kata Iris teruja.

Aaryan tersenyum pahit. Apa agaknya reaksi Iris bila dapat tahu yang keluarga Aaryan sudah dijemput Ilahi?

"Tapi kan, saya macam pernah dengar je nama umi."

Jantung Aaryan mula berdebar tak keruan. Tak, Iris tak boleh jadi perempuan yang mereka cari selama ini.

"Maybe orang lain kut. Bukan umi sorang je yang nama macam tu," ujar Aaryan cuba menyedapkan hati sendiri.

"Hmm."

Mereka terdiam.

"Bagi aku tanya kau pula."

"Awak nak tanya apa?" soal Iris.

"Haritu aku ada nampak gun dalam kereta kau. Is it yours?"

"Haah," jawabnya tanpa ragu-ragu.

"Buat apa kau dengan pistol tu? Jangan cakap kau mafia?" tuduh Aaryan. Matanya sengaja dikecilkan.

Terbuntang mata Iris mendengarnya.

"Awak jangan fitnah saya eh," balas Iris.

"Habis tu? Buat apa kau dengan benda tu? Or you're in danger? Setahu aku family kau mana ada musuh."

Iris mengeluh kesal. Banyak tanya pula jantan ni. Aku calit inai kat muka baru reti nak senyap agaknya.

"I'm not in danger, cause I'm the danger." Dingin sahaja suara Iris ketika ini. Tidak bermain-main dengan kata-katanya sebentar tadi.

"Why?" soal Aaryan ingin tahu.

"Sebab saya nak balas dendam dekat orang yang dah langgar Ayra."

"By killing them?"

"Mungkin," kata Iris dengan jujur.

Bagi Iris, dia tidak kesah jika Aaryan tahu semua perkara. Lagipun dia jenis yang selalu berkata jujur, and berharap Aaryan akan buat benda yang sama.

"No, Iris. Aku tak suka diri kau yang macam ni. Stop berdendam dengan orang, kau takkan dapat apa-apa pun," nasihat Aaryan.

Iris tersenyum kelat. Dah dapat agak reaksi Aaryan macam mana .

"Kita kenal tak sampai setahun lagi. Jadi awak jangan nak arahkan saya macam tu. I hate it. Lagipun, sekeras mana pun awak menghalang, saya tetap akan balas dendam. I do what I said."

"Dont you dare Iris Rosabella." Sepasang anak mata hazel lelaki itu menatap Iris dengan pandangan yang tajam.

"Why? Ke sebab awak ada kena mengena dengan hidup saya dulu?" duga Iris.

Aaryan terdiam. Begitu juga dengan semua orang yang dari tadi mendengar perbualan mereka. Tiada seorang pun yang berani membuka mulut.

Iris tergelak kecil. 

"Hey, saya gurau je lah. Kenapa sampai pucat muka awak ni?"

Mereka menghela nafas lega, begitu juga dengan Aaryan. Tak tahu kenapa, tuduhan Iris tadi buat dia berdebar.

"Buat takut aku je lah kau ni." Iris dijeling geram.

"Nak takut kenapa? Lain lah kalau awak memang ada kaitan dengan kes kembar saya."

"Aku nak tanya something, boleh?"

Gadis itu mengangguk. Anak matanya kini beralih kepada Aaryan yang tampak ragu-ragu untuk berbicara.

"Andai kata, aku ada kena mengena dengan kematian Ayra..." Aaryan terjeda seketika sebelum menyambung ayatnya.

"Apa yang kau akan buat?"

Keadaan hening buat seketika. Mereka yang lain saling berbalas pandangan. Hati Iris berdegup kencang. 

"Its not you, isn't it?" soal Iris dengan penuh berharap.

"Answer me, Iris Rosabella." Aaryan merenung anak mata gadis itu dengan tatapan yang sukar ditafsirkan. Ada rasa takut disebalik wajah tenang itu.

Tangan dikepal kuat. Mengapa lelaki ini seolah-olah mencabar dirinya?

"I'll kill you, with my own hands."

Aaryan mengangguk. Matanya masih tak lepas dari memandang wajah bakal isterinya.

"Even though I'm your husband?"

"Yes," balas Iris tanpa perasaan.

"So you prefer revenge over love?" soal Aaryan lagi.

"Definitely, yes."

"Apa yang kau dapat dengan hidup dalam dendam?"

Iris terdiam. Perasaan marah dan sedih bercampur-baur.

"Awak takkan pernah duduk dekat tempat saya Aaryan. Awak takkan pernah rasa perasaan yang macam ni. Kembar saya mati depan mata saya sendiri. What do you expect huh? Saya akan hidup dengan tenang lepas kejadian tu? Bullshit!" Berombak dadanya menahan marah.

"Bukan pilihan saya nak hidup dalam keadaan macam ni." Air mata yang mengalir diseka kasar.

"And please, jangan tanya seolah-olah awak memang ada kena mengena dengan kematian Ayra. I really hope that its not you," kata Iris sebelum menghilangkan diri ke dalam bilik.

Aaryan mengeluh perlahan. Iris bukan jenis yang senang menerima kenyataan.

"Shit," umpatnya perlahan.

Tuan Ishan mengusap perlahan bahu lelaki itu. Dia faham perasaan Aaryan. 

"Sabar ya? Iris memang degil sikit."

Aaryan tersenyum tipis sebelum mengangguk lemah. Pandangannya beralih ke arah pintu bilik Iris yang tertutup rapat.

"Aku pun alami perkara yang sama, sayang. Cuma yang bezanya, aku tak tahu siapa yang lebih terluka. Kau yang kehilangan Ayra, atau aku yang kehilangan semua ahli keluarga aku," desis hati Aaryan.



Lelaki itu menatap seseorang dengan tatapan yang dingin. Dia berdehem perlahan membuatkan gadis di hadapannya itu tersentak.

"Dah bagitahu Fiya?"

"Dah. Tapi macam biasalah, dia suruh tangguh dulu."

Lelaki itu mendengus kesal. "Apa yang susah sangat nak setuju ni? Sampai bila dia nak tangguh? Rasanya maklumat yang kita cari dah complete kan, bagitahu je lah."

Si perempuan pula yang mengeluh. Susah nak berbincang dengan manusia yang tiada kesabaran ni.

"Awak kena faham, Fiya suruh tangguh dulu sebab taknak Iris buat keputusan melulu nanti. Cuba awak bayangkan, kalau tiba-tiba je Iris nak cancel kan semua benda, tak ke susah nanti. Family awak juga yang dapat malu."

"Pergi mampuslah malu ke apa ke. Yang sakit hati nanti adik aku, bukannya orang lain." Keras nadanya ketika berbicara.

"Awak pun kena prepare diri awak sendiri..." Terlakar senyuman pahit dibibir gadis itu.

"What do you mean?"

"Ingat sikit, yang tahu pasal perkara ni ialah family awak sendiri, kecuali Ara dengan Iris. And rahsia yang kita simpan ni akan sampai dekat telinga Rose dengan Cammora. Awak sendiri bagitahu saya, Iris benci penipu." Perkataan penipu sengaja ditekan sedikit.

"Kau-"

"Siap sedia, Iris mungkin akan bencikan kita semua. Kematian Ayra betul-betul dapat ubah diri dia. Kecewa yang dia akan terima nanti, bukan rasa kecewa yang biasa," potongnya laju.

Terkedu.

Tanpa sedar, air matanya mengalir perlahan. Tangisan tanpa esakkan.

Bersediakah dia? Ya Iris mungkin akan bencikan mereka semua. Lagi-lagi ahli keluarganya sendiri yang menyimpan segala rahsia.

"Aku takut..."

"...kalau Iris dah tak anggap aku sebagai abang dia lagi..."

Gadis itu tersenyum kelat. Begitu besar peranan Iris dalam diri semua orang sehingga membuatkan mereka takut dibenci gadis itu.

Iris, kau akan terima rasa kecewa yang sangat dalam...

Continue Reading

You'll Also Like

1.3M 62.5K 57
SYED ZARIF IZZHAN jatuh cinta pandang pertama kepada NUHA QISRINA, adik kembar NURA QISTINA. Dia sanggup merendahkan egonya untuk meminta bantuan dar...
568K 21.8K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
76.3K 6.6K 25
𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐃𝐢𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟐 𝐍𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 | 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚𝐧 "𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐧𝐠𝐠...
366K 13.9K 44
1st Teenfiction Story Tengku Hakimi Bin Tengku Mikael seorang jejaka idaman para gadis diluar sana.Seorang yang kacak dan bergaya malangnya dia terp...