Aisera Arsalan: Bermulanya Ke...

By KudinaKufazly

38.1K 5.9K 206

Credit cover from: @MochaaQilaa_ (History only, romance around 0.00001% only) "Pemimpin yang bagus ialah pemi... More

Blurb
Bab 1
bab 2
bab 3
bab 4
bab 5
bab 6
bab 7
bab 8
bab 9: Permulaan Segala-galanya
Bab 10
bab 12
bab 13
bab 14
bab 15.
bab 16: Royal Simple Wedding.
bab 17
bab 18
bab 19
bab 20: Palestine Talk.
bab 21: Mariam pain
bab 22
bab 23
bab 24
bab 25
bab 26
bab 27
bab 28
bab 29
bab 30
bab 31: Realiti Akhir Zaman.
bab 32
bab 33: Perang Badar
bab 34
bab 35: Matinya seorang pemimpin yang berpengaruh.
bab 36
bab 37
bab 38: Era Pemerintahan Generasi Baharu
bab 39: Razia Sultan
bab 40
bab 41
bab 42
bab 43
bab 44
bab 45
bab 46
bab 47
bab 48
bab 49
bab 50
bab 51
bab 52
bab 53
bab 54
bab 55
bab 56
bab 57
Buy British Last: Boikot Terbesar Malaysia.
Bab 58
bab 59: Dawn Raid
Bab 60
Epilog: Buy British Last, Dawn Raid, Palestine Topics in PBB.

bab 11

756 139 9
By KudinaKufazly

PINTU bilik ditutup, Aisera membetulkan baju dan tudung sarung yang berwarna hitam agar selesa sedikit. Memandangkan malam ini dia dan Mariam sudahpun berjanji untuk berbual sambil mengelilingi istana, jadi Aisera mengambil keputusan untuk menuju ke bilik Mariam terlebih dahulu.

  Sambil berjalan, Aisera memerhati keseluruhan ruang istana Alwaritzi. Besar. Terlalu besar. Boleh dikatakan kalau nak kemas satu istana ni memang makan hari. Silap-silap sampai 2 ke 3 minggu. Baru sahaja mahu melencong ke arah lain sementara menunggu Mariam, langkah Aisera terhenti apabila mata ternampak satu figura yang sedang berjalan sambil membuka jam tangan.

"Malik!" Aisera separuh menjerit. Langkah Malik terhenti, dia terkaku. Setahunya dalam istana ni tak pernah lagi ada orang panggil namanya. Kalau ada pun, ayahanda dan bondanya. Tapi masalahnya sekarang ni orang yang panggil namanya suara dia macam suara perempuan. Takkan Mariam?

"Malik. Sinilah!" Aisera berjalan menuju ke arah Malik. Jarak di antara dia dan Malik dijauhkan sedikit. Malik terkedu. Macam mana Aisera boleh ada dalam istana? Bila dia masuk? Eh sekejap, dia kan rakyat biasa, mana boleh masuk. Tapi, dah kenapa tiba-tiba dia ada dalam ni? Apa ni? Apa semua ni?

"Awak buat apa dekat sini?" soal Aisera. Malik terdiam. Dia tanya aku, apa aku buat dekat sini? Ni rumah akulah.

"Saya yang patut tanya awak, macam mana awak boleh masuk dalam istana ni. Awak masuk macam mana? Ke awak curi-curi masuk? Eh awak tahu tak saya boleh tangkap dan penjarakan awak!" nada Malik sudah naik seoktah. Aisera tergamam.

"Eh, hello! Sebelum nak tuduh yang saya ni penceroboh, awak tu siapa? Awak tak ada hak nak tuduh saya bukan-bukan. Awak ingat saya ni teruk sangat ke? Kalau saya nak menceroboh masuk istana ni pun, untuk apa? Untuk awak? Memang taklah! Dahlah muka macam biawak!"

"Tak sekarang ni, awak tu siapa? Apa hak awak nak masuk dalam istana ni? Eh awak keluar sekarang! Keluar sekarang ni juga, Aisera!"

"Dah kenapa pula saya nak kena keluar? Awak ni dah ke..."

"Apa ni?" soal Permaisuri Arya Khadijah. Aisera dan Malik tergamam apabila kedua dua ayah dan bonda mereka memandang ke arah mereka berdua. Permaisuri Arya Khadijah mendekati Malik. Mariam keluar dari biliknya dan menuju ke arah Aisera. Pelik juga tadi kenapa ada dengar bunyi bising dan lagi pelik bila keluar saja bilik semua dah berkumpul.

Dia tertinggal bas ke?

"Ada apa ni, akak?" soal Mariam. Lagipun tadi dia macam terdengar suara Malik dengan Aisera bergaduh. Tapi takkan diorang berdua bergaduh?

"Tak tahu kat lelaki ni. Tak ada angin tak ada ribut cakap akak ni penceroboh, lepas tu nak panggil pengawal istana halau akak."

Masing masing tepuk dahi.

"Aisera..." Permaisuri Aishah Qharina mendekati Aisera. Bahu Aisera dipegang.

"Ini, Malik. Tengku Malik Arsalan Binti Raja Muhammad Arsalan. Malik ni anak uncle dengan aunty."

  Aisera tergamam. Maknanya selama ni dia berjumpa dengan putera raja? Lepas tu sekarang ni giliran dia pula jadi puteri raja? Wah. Macam drama korealah pula. Tapi dia masih lagi tak puas hati. Dah kenapa tiba-tiba si Malik ni nak tuduh dia macam-macam?

"Malik. Ini, bonda kenalkan Aisera Qafiyya. Anak kepada aunty Aishah dan uncle Arshan. Ingat tak yang bonda pernah cakap, anak aunty Aishah hilang dan tak jumpa sampai sekarang. Inilah anak dia." Permaisuri Arya Khadijah menunjuk ke arah Aisera.

"Ni?" soal Malik tak percaya. Biar betul Aisera anak kepada Permaisuri Aishah Qharina dan Raja Arshan Imtiyaz?

Dia dah dapat agak apa yang akan terjadi di antara dia dan Aisera selepas ini.

.

.

PERMAISURI AISHAH QHARINA masuk ke dalam bilik Aisera. Aisera tersenyum tipis. Walaupun hari ini sudah masuk hari kedua dia berada di sini, agak janggal baginya. Tetapi dalam masa yang sama juga berat hatinya untuk meninggalkan Alwaritzi. Tempat di mana dia membesar, walaupun bukan sebagai seorang kerabat diraja tetapi susah baginya untuk tinggalkan Alwaritzi.

"Aisera, bonda ada benda nak cakap sikit sebenarnya."

"Bonda nak cakap apa?"

"Esok kita bertiga akan balik ke Emerald. Dan bonda nak tanya satu soalan dekat Aisera. Fasal orang yang jaga Aisera selama ini, Puan Atul."

"Bonda nak Aisera buat apa? Putuskan hubungan dengan umi? Kalau bonda suruh Aisera buat macam tu maaflah, tapi Aisera taknak. Ya, Aisera mengaku memang Aisera marah sangat sebab umi tipu Aisera selama ini. Tapi itu tak bermakna yang Aisera akan bencikan umi. Umi yang jaga Aisera selama ini, bukannya bonda!" Nada Aisera mula naik seoktah. Permaisuri Aishah Qharina terdiam.

  Ya, dia tak boleh nafikan yang apa anaknya katakan itu adalah betul. Atul sememangnya ada hak ke atas Aisera. Lagipun, selama ini Atul yang jaga dan didik Aisera daripada dia kecil sehinggalah besar.

"Keputusan, bonda bagi dekat Aisera. Ikut Aiseralah nak buat apa. Bonda dengan ayah terima saja. Tapi ingat, jangan pernah menyesal dengan keputusan yang awak buat. Semuanya di tangan awak."

"Andai kata lepas ni bonda dengan ayah ada cadang dan rancang apa-apa untuk Aisera. Aisera terima, tapi bersyarat."

"Apa syarat dia, Aisera?"

"Aisera nak setiap masa, umi ada di sisi Aisera."

.

.

TUDUNG bawal dibetulkan sedikit. Aisra beralih memandang Mariam yang sedang duduk di atas katil. Senyuman tipis mula terukir di bibir Aisera sebelum dia duduk di sebelah Mariam.

"Akak." panggil Mariam.

"Apa?"

"Akak beruntung. Akak baru datang sini semua pekerja istana suka dengan sikap akak. Lagipun, pekerja istana ni boleh tahan juga diorang punya judgemental. Dan, Mariam salah satu mangsa."

"Kenapa pula?" soal Aisera pelik. Apa sebabnya sampai nak hukum Mariam?

"Akak. Dalam istana ni, Mariam seorang saja yang tak pakai tudung. Pelik juga kadang-kadang. Tapi tak apa, Mariam dah biasa dah. Akak tolong doakan dekat Mariam ya, supaya Mariam terbuka hati untuk pakai tudung." Tangan Mariam naik memegang tangan Aisera.

"InsyaAllah, Amin. Hidayah ni Mariam, kita kena cari dia. Bukan dia yang cari kita. Mariam kena ingat satu saja, lebih baik dipaksa masuk syurga daripada rela terbakar di dalam neraka. Akak mengaku dulu akak pun tak pakai tudung, tapi bila dah sampai seru daripada Allah, kita kena terima. Apa-apa pun sentiasa mencuba. Jangan pernah putus asa. Baiki solat dulu sebab solat adalah tiang agama."

"Baik akak, terima kasih atas nasihat akak." Mariam dan Aisera saling berpelukan dan keluar daripada bilik Aisera. Keluar sahaja daripada bilik, Malik terus mendekati Aisera.

"Abang nak bercakap dengan kak Aisera sekejap."

"Okay." Mariam berjalan menuju ke arah pintu utama istana terlebih dahulu. Aisera memandang Malik.

"Awak nak bercakap apa dengan saya?"

"Saya tak tahu sama ada awak dah tahu, tapi saya nak tanya satu benda saja dekat awak. Andaikata kita berdua dijodohkan, awak nak tak kahwin dengan saya?" soal Malik direct. Aisera mengangguk.

"Dah kalau berjodoh, terima sajalah. Kenapa?"

"Kenapa awak tanya, awak tahu tak bonda kita dah rancang nak satukan kita. Tapi kalau awak okay, saya pun okay. Malas nak panjang cerita."

"Tapi kalau saya terima awak, awak kena bersyukur." Aisera membetulkan sedikit tudung bawalnya. Langkah Malik terhenti, begitu juga dengan Aisera.

"Kenapa?"

"Sebab saya sanggup terima awak. Awak tu bukannya ada orang nak pun." Setepek Aisera bagi dekat Malik. Malik membuat rolling eyes. Malas nak berdebat dengan orang perempuan, dah tahu dah memang akan kalah.

"Sekurang-kurangnya yang tak ada orang nak ni lah yang selamatkan awak daripada kena tikam. Saya bukannya nak mengungkit tapi sekadar mengingatkan." tutur Malik sebelum berdiri di sebelah bondanya. Aisera mengukirkan senyum tipis.

"Insha-Allah, nanti kami datang lagi. Terima kasih ya sebab layan kami. Dan, saya sangat berterima kasih, kalau tak kerana kalian kami tak akan jumpa Aisera." tutur Raja Arshan Imtiyaz.

"Aisera." panggil Raja Arshan Imtiyaz. Aisera beralih memandang ayahnya.

"Pandang belakang." Tanpa teragak-agak Aisera terus memandang belakang. Dia terkedu. Susuk tubuh seseorang yang amat dia kenal menyapa pandangan mata. Aisera mendekati figura itu.

"Umi."



Continue Reading

You'll Also Like

SELINDUNG✔ By Aîm

Mystery / Thriller

191K 20.2K 50
"Kalau kau boleh berselindung atas nama syaitan, aku akan berselindung atas nama Tuhan," - Hazrel Dalam tidak sedar dia menempah sekelumit dendam pad...
167K 16.8K 57
New age is begin. Sylvania, menjadi dunia yang maju. The world remain in peace. But... Thats the beginning of the disastrous. Keamanan Sylvania menja...
117K 9.2K 28
Mestilah sambungan yang pertama! • ────── ✾ ────── • ᴘᴇʀɪɴɢᴀᴛᴀɴ ᴀᴡᴀʟ, ʙᴜᴋᴜ ɴɪ ꜱᴀʏᴀ ᴛᴜʟɪꜱ ᴍᴀꜱᴀ ꜱᴀʏᴀ ᴍᴀꜱɪʜ ᴍᴇɴᴛᴀʜ. ᴘᴇɴɢɢᴜɴᴀᴀɴ ʙᴀʜᴀꜱᴀ ᴅᴀɴ ᴛᴀᴛᴀʙᴀʜᴀꜱᴀ ꜱᴀɴ...
15K 1.2K 42
Hubungan yang terjalin sejak kecil seakan tiada lagi serinya setelah kejadian hitam yang meragut kebahagiaan Gwangju menyebabkan kedua keluarga diraj...