DENDAM CINTA IRIS: The Untold...

Por najihazzz3_

25.7K 2.4K 245

"Jodoh itu ibarat seperti ( Alif, Lam, Mim ) ayat pertama surah Al-Baqarah. Maksudnya, hanya Allah yang tahu... Más

PART 1
PART 2
PART 3
PART 4
PART 5
PART 6
PART 7
PART 8
PART 9
PART 10
PART 11
PART 12
PART 13
PART 15
PART 16
PART 17
PART 18
PART 19
PART 20
PART 21
PART 22
PART 23
PART 24
PART 25
PART 26
PART 27
PART 28
PART 29
PART 30
PART 31
PART 32
PART 33
PART 34
PART 35
PART 36
PART 37
PART 38
PART 39
PART 40

PART 14

618 73 16
Por najihazzz3_

Sepertinya mengikhlaskan adalah jalan keluar yang terbaik »

•••••

WAJAH anak gadisnya ditenung lama. Begitu juga dengan Aaryan yang masih dalam mood merajuknya. Aaryan mendengus geram. Iris yang tengah sedap makan aiskrim di sebelahnya dijeling sekilas.

Tuan Ishan berdehem kuat, bagi menarik perhatian semua orang yang berada diruang tamu itu. Iris buat tak tahu, macam lah dia taktahu yang Tuan Ishan cuba nak tolong Aaryan sekarang ni.

"Iris Rosabella."

"Aaryan Xavier."

"Yes?" jawab mereka serentak.

Aaryan dan Iris saling berbalas jelingan. Sibuk je cakap benda yang sama, orang yang jawab dulu tau.

Puan Nurin tersenyum kecil melihat perangai kedua-dua anaknya. Yang seorang dah muncung sedepa, seorang lagi sedap melantak aiskrim.

"Daddy nak tanya lagi sekali. Tolong serius sikit. Aaryan setuju ke tak kahwin dengan Iris?"

Aaryan mengangguk laju. Dia dari awal lagi dah setuju. Orang sebelah ni je yang jual mahal.

"Iris? Setuju ke jadi isteri Aaryan?"

Aaryan memandang muka Iris dengan pandangan yang mengharap.
Setujulah, sampai bila nak main tarik tali ni.

"Iris ikut je."

"Setuju kan?" Siapa lagi kalau bukan Aaryan yang tanya. Bersinar matanya memandang muka Iris.

"Eh sibuk je. Orang cakap dengan daddy lah."

"Sukahati lah. Mulut aku kan."

"Eh eh awak ni."

"Ha apa awak awak." Lidah dijulur sengaja. Sekali-sekala main ejek-ejek macam budak zaman sekarang.

Tuan Ishan dan Puan Nurin berlalu masuk ke dalam bilik. Malas nak dengar dua manusia tu bergaduh. Lagipun mereka dah dengar kata setuju dari dua-dua pihak. Nak duduk menyemak dekat situ lagi kenapa.

Yang tinggal ahli Cammora dengan TheRose yang masih setia melihat drama free depan mata. Naura, Nadia dan Ayesha awal-awal lagi sudah pulang.

"Tu awak tengok abang Ilham. Elok je perangai dia bila dengan Indah," kata Iris. Berubah riak wajah Aaryan.

Yang lain dah kemam bibir menahan diri dari ketawa. Tahulah mereka yang Iris sengaja panggil Ilham dengan panggilan abang untuk menyakat Aaryan.

"Kau panggil dia apa?" tanya Aaryan dengan nada suara yang tak percaya.

"Abang, Ilham," sebut Iris satu persatu.

"A-abang?"

"Yes."

"Kenapa kau panggil jantan tu abang?" Terselit nada cemburu disitu. Ilham sudah tersengih seperti kerang busuk. Haih, kenapa nama dia juga yang kena petik. Padahal semua ahli Cammora lagi tua dari Iris kut.

"Why? Tak salah pun kan. Jarak umur kitaorang kan jauh. So, kenalah panggil abang," balas Iris selamba.

"Aku yang sebaya dengan Ilham ni, taknak pula kau panggil abang ke?" Cemberut wajah Aaryan ketika ini. Cemburu juga bila Iris panggil Ilham seperti itu.

"Awak kan future husband saya."

"Apa kena mengena kalau aku ni future husband kau?" potongnya laju. Bengang habis.

Iris merapatkan bibirnya ditepi telinga Aaryan.

"I prefer to call you mine, my dear future husband," bisik Iris perlahan. Cukup Aaryan seorang sahaja yang dengar ucapan manis yang keluar dari mulut gadis itu.

Terkaku tubuh Aaryan mendengarnya. Pandangannya beralih kepada Iris yang tersenyum manis ke arahnya. Jantungnya berdegup semakin kencang.

Aaryan menahan senyum. Bucu bantal dipintal. Bahunya menyenggol bahu Iris dengan gedik. Muka ditekup rapat pada bantal yang berada di dalam pegangannya.

"Ehem! Diingatkan bahawa disini masih ramai yang single. Jadi, tolong eh. Tolong hormat kami yang masih berada disini," ujar Hayden dengan nada yang agak menyampah. Bukan apa, meluat dia tengok Aaryan. Sebelum ni tak pernah pun jadi gedik macam ni.

Hailey menampar kepala Hayden dengan agak kuat. Terkejut Hayden dibuatnya.

"Akh! Kenapa kau tampar aku monyet!" kutuknya selamba. Kepala yang masih terasa pedih digosok beberapa kali. Tangan besi ke minah ni.

"Monyet kepala bapak hang! Biarlah Iris dengan Aaryan nak manja-manja. Yang kau sibuk dah kenapa?"

"Aku jealous. Bila aku boleh kahwin dengan kau."

"Tak hingin aku kahwin dengan kau! Aku nak cari yang set-set sugardaddy. Bukan anak ikan macam kau ni," balas Hailey kejam. Langsung tak fikir perasaan Hayden.

Semua yang berada disitu tergelak melihat telatah Hayden dengan Hailey. Gaduh je tahu. Silap-silap nanti terus dapat kad kahwin. Kalau dah jodoh tak kemana.

"Jangan iri, jangan iri, jangan iri dengki. Jangan, jangan iri, jangan iri dengki, jangan, jangan iri. Jangan iri dengki."

Pap!

Bantal kecil itu selamat mendarat di muka Isyraf. Aathif dengan Harith berguling-guling gelakkan Isyraf. Isyraf mengetap bibirnya geram.

"Choyy! Apa masalah kau ha mamat mata kelabu!"

Terbeliak mata Hayden dengar Isyraf panggil dia macam tu.

"Aku ada nama eh! Hayden Qayyum, bukan mamat mata kelabu. Lagipun yang kau duk jangan-jangan tu dah kenapa? Apa kau ingat ni lagu percaya padaku? Jangan-jangan kau menolak cintaku..Jangan-jangan kau ragukan hatiku." nyanyi Hayden penuh perasaan. Sambil dia nyanyi, matanya menjeling Hailey yang duduk disebelahnya.

"Ada nampak macam aku kesah? Takde kan? Mulut aku bukan mulut kau."

"Halah babi je perangai. Dahlah selama ni single je memanjang! Nadia balik baru merasa pegang tittle taken. Sian eh, siann," ejek Hayden. Matanya dijulingkan.

"Babi! Macamlah Hailey nak sangat dekat kau! And lagi satu aku nak pesan eh encik Hayden Qayyum. Buat apa nak pegang tittle taken diawal usia kalau itu satu hubungan yang belum tentu lagi dapat bahagia pengakhirannya,"

Zzup!

Terdiam semua orang disitu mendengar tutur kata dari Isyraf. Isyraf tersenyum kemenangan. Ha tahu pula nak diam. Ini Isyraf Nazeem lah bro. Bakal imam Nadia Fakhira!



Dua minggu kemudian,

ROSA' GLOBAL

"Dhiya, masuk bilik saya kejap."

Iris menghela nafasnya perlahan. Banyak benda yang dia kena settle kan. Dengan baju nikah tak tempah lagi. Tuan Ishan lah ni, beria-ria suruh cepatkan tarikh nikah. Nasib baik buat majlis di sebelah pihak sahaja. Kalau tak, taktahu lah berapa pasang dia kena tempah.

Tok! Tok! Tok!

"Masuk!" laung Iris dari dalam.

"Ya cik Iris, ada-apa apa yang saya boleh tolong?"

Dhiya Humaira, personal assistant kesayangan Iris. Kerja yang dia buat tak pernah ada yang salah. Sebab itu dia lagi suka jadikan Dhiya sebagai PA dia dari orang lain. Dahlah sopan, cantik, ada anak dua dah.

"Sikit lagi saya ada meeting tak?"

"Lepas lunch cik Iris ada meeting dengan Cammora Global. Tak dapat nak tunda sebab CEO diaorang nak buat meeting tu harini juga."

Iris angguk perlahan.

"Lagi?"

"Buat masa ni itu sahaja. Habis je meeting tu nanti, cik Iris boleh balik rumah, rest."

Iris tersenyum kecil. Macam tahu-tahu je dia tengah stress sekarang ni.

"Nak masuk waktu lunch dah ni, cik Iris nak saya belikan apa-apa ke?"

"No need. Awak boleh keluar lunch terus. And make sure sesiapa yang terlibat dengan meeting karang jangan masuk lambat," tegas sahaja suara Iris ketika ini.

"Baik cik Iris. Saya keluar dulu." Badan ditunduk sedikit tanda menghormati gadis dihadapannya itu.

Iris hanya mengangguk perlahan. Dia betul-betul tak larat nak buat apa-apa sekarang ni. Habis je meeting karang dia nak balik, tidur!



Cammora Global

Kesemua ahli Cammora memandang Aaryan dengan riak wajah yang simpati. Dua minggu ni direct company mereka ada meeting dengan orang luar. Nak taknak Aaryan terpaksa datang semua meeting itu sebab semua CEO mesti ada di setiap meeting.

Lepas ni ada meeting lagi. Dengan siapa lagi kalau bukan company Iris. Cuma mereka sahaja yang taktahu Iris ialah CEO Rosa' Global.

"Aaryan, kau okay tak ni? Muka pun dah pucat," ujar Ilham dengan nada yang risau.

"Aku okay. Semalam aku tidur lambat, tengok bola."

"Ha itulah kau, tengok bola je tahu. Datang office muka macam malaikat maut," kata Harith tanpa rasa berdosa.

"Kau pernah tengok ke macam mana muka malaikat maut?" Dian menyoal sinis.

"Pernahlah. Yang dalam cerita Goblin tu. Apa ke nama betul dia pun? Lee Dong Ngok? Dong Ngak? Ah! apa-apa je lah. Yang aku ingat nama perempuan tu Ji Lan Tak." Bangga Harith bercerita.

Kalau boleh diputarkan masa, Dian takkan tanya lagi soalan macam tu dekat Harith. Niat nak bergurau je, tapi gaya Harith bercerita tu macam dia tengok semua episod.

"Lee Dong Wook, Rith. Bukan Lee Dong Ngak." Perlahan sahaja suara Aathif menegur. Tiba-tiba malu duduk semeja dengan Harith, dahlah diaorang tengah ada dekat caffe sekarang ni.

"And perempuan yang kau cakap tu, nama dia Ji Eun Tak bangang. Bukannya Ji Lan Tak," sambung Hayden. Lama-lama Harith boleh jadi penyebab orang lain masuk hospital gila.

"Ish kau ni! Kalau ye pun aku salah sebut nama dia, janganlah panggil Ji Eun Tak bangang. Kesian mak ayah dia."

Allahu akbar. Maaf semua, masa kecil dulu Harith dah biasa makan kuih raya cicah dengan kuah rojak. Sebab tu bodoh dia lebih sikit je dari Isyraf.

"Tak Harith, takkk. Hayden tak panggil dia bangang. " Ilham pula yang rasa nak menangis sekarang ni. Mengapa engkau kirimkan dia kepada kami ya Allah.

"Ha habistu?"

"Apa lagi Rith, apa lagi?"

"Ji Lan Tak tu siapa?"

"Ji Lan Tak tu makcik kau!" jerkah Aaryan kuat. Tak larat dah dengar Harith tanya benda bodoh dari tadi.

Berkerut dahi Harith mendengar ayat dari mulut Aaryan. Telefon di dalam poket seluar ditarik keluar. Dian hanya memerhatikan tindak-tanduk Harith sebelum menyoal perlahan.

"Kau nak call siapa?"

Semua ahli Cammora memandang Harith dengan pelik. Ni dah kenapa kelam kabut je rupanya ni.

"Ji Lan Tak."

Allahu akbar.

Seguir leyendo

También te gustarán

3.2M 282K 91
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
857K 34.7K 96
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
36.4K 4.1K 15
RAAIF MATEEN | RAIHANA MIKAILA Peluang tak pernah wujud untuk manusia sejelek dia. Peluang tak pernah hadir untuk manusia yang tak sempurna seperti d...
901K 41.6K 52
5 tahun sudah berlalu.. Aylie dan Arrian masing-masing dengan laluan sendiri. Seorang di Malaysia, seorang di Sweden. Kalau di luaran, mereka sepert...