DENDAM CINTA IRIS: The Untold...

By najihazzz3_

25.9K 2.4K 245

"Jodoh itu ibarat seperti ( Alif, Lam, Mim ) ayat pertama surah Al-Baqarah. Maksudnya, hanya Allah yang tahu... More

PART 1
PART 2
PART 4
PART 5
PART 6
PART 7
PART 8
PART 9
PART 10
PART 11
PART 12
PART 13
PART 14
PART 15
PART 16
PART 17
PART 18
PART 19
PART 20
PART 21
PART 22
PART 23
PART 24
PART 25
PART 26
PART 27
PART 28
PART 29
PART 30
PART 31
PART 32
PART 33
PART 34
PART 35
PART 36
PART 37
PART 38
PART 39
PART 40

PART 3

807 81 3
By najihazzz3_

Sepertinya mengikhlaskan adalah jalan keluar yang terbaik »

•••••

DERUMAN enjin kelima audi itu menyentakkan semua orang yang berada di dalam rumah Tuan Ishan. Keenam-enam jejaka itu berpandangan sesama sendiri apabila melihat lima orang gadis yang menuju kearah mereka.

Tuan Ishan dan Puan Nurin sudah mengalirkan air mata tatkala terlihat susuk tubuh seorang gadis yang dinantikan kepulangannya. Dia Iris Rosabella, puteri sulung mereka.

Belum sempat Iris mahu menyalam tangan kedua orang tuanya, tubuh kecil itu terus dipeluk erat oleh Puan Nurin. Tuan Ishan tak henti-henti bersyukur di dalam hati, akhirnya, Tuhan makburkan juga doanya selama ini.

Dalam diam, Iryaz dan Isyraf tersenyum lega apabila adik perempuan mereka itu pulang ke pangkuan keluarga. Kegembiraan jelas terpancar di wajah pasangan suami isteri itu. Cukup gembira.

Alasan apa yang membuat Iris pulang mereka tidak mahu ambil tahu. Cukuplah Iris sudah ada di depan mata mereka, dan itu yang membuat keluarga Tuan Ishan tak henti-henti ucap kata syukur kepada-Nya.

"Iris anak mummy, mummy rindu sangat dekat Iris. Ya Allah, terima kasih kerana sudah pulangkan puteri ku ya Allah."

Keempat-empat gadis itu mengalirkan air mata apabila kepulangan Iris disambut dengan kata syukur yang tak henti dari keluarga angkat mereka. Rintihan sayu kedua orang tua itu membuatkan air mata yang ditahan mengalir juga.

"Kenapa ambil masa lama sangat sayang? Daddy rindu princess daddy ni. Iris tak rindu daddy dengan mummy ke sayang?" soal Tuan Ishan dengan air mata yang masih mengalir.

Iris terkedu. Pemergiannya selama 2 tahun hanya menambah luka di hati keluarga tercinta. Iris sedar yang selama ini dia ego, terlalu ikutkan perasaan, tapi hanya dengan meninggalkan rumah agam itu sahaja mampu membuat dia tenang dari dihimpit kenangan lama.

"Iris minta maaf, daddy, mummy. Iris tahu Iris anak yang tak berguna. Iris tinggalkan keluarga, Iris abaikan family Iris, Iris ego. But there's nothing that i can do,"

"Iris takut kalau Iris duduk dalam rumah ni, Iris akan fikirkan pasal arwah. Iris tak kuat mummy. It hurts," rintih gadis itu.

Mengalir lagi air mata Tuan Ishan dan Puan Nurin. Besar ujian buat puteri sulung mereka.

Tuan Ishan tidak salahkan takdir. Dia tahu, semua benda yang terjadi, pasti ada hikmahnya. Cuma Iris sendiri yang masih belum belajar menerima perkara yang telah berlaku 10 tahun yang lalu.

Tanpa mereka sedar, Aaryan dari tadi mendengar perbualan mereka. Iryaz awal-awal lagi sudah menyuruh mereka memberi ruang untuk Iris dan kedua orang tuanya, tapi dah terdengar kan? Nak buat macam mana.

"Who are you, Iris Rosabella?"
bisik hatinya lalu meninggalkan ruangan itu.



Irish merengus bosan. Dah dekat dua jam dia tunggu Iris. Tapi sampai sekarang tak nampak batang hidung.

"Hm mana akak ni. Lama nya nak sampai. Bukannya jauh sangat pun," rungut Irish.

Lalu Irish dengan santainya berjalan menuju kearah ruang tamu. Dia memandang pelik ke arah enam jejaka kacak yang berada di rumah ibu bapanya itu.

" Siapa ni, tak pernah nampak pun," gumam hati Irish.

Sepasang anak mata Dian melilau melihat ruang tamu yang agak besar itu. Tak banyak yang berubah. Keadaannya masih sama seperti dulu.

Secara tidak sengaja, matanya terhenti pada seorang gadis yang berdiri tegak di atas tangga. Dian tersenyum manis menampakkan lesung pipitnya.

Merah padam pipi Irish bila terpandang akan senyuman lelaki itu. Bidadara mana yang terjatuh ni?

"Beautiful," bisiknya dalam hati.

Dian tergelak suka apabila melihat gadis itu lintang pukang masuk kedalam biliknya semula. Ada yang naik pelamin juga ni.

Irish bermundar-mandir di dalam biliknya. Kenapa dari tadi hati dia berdegup kencang?

"A-allahu akbar. Bakal imam aku ke tu?"

"Jangan manis sangat senyuman tu bang. Debar hati Ara kalau macam ni."

Patung pororo dipeluk erat. Teruja dia lain macam. Dian milik Ara!

Mummy! Ara dah jumpa menantu mummy!



"Along, kau rasa kan, apa yang mummy dengan daddy cakap dekat Iris? Lama betul sembang," kata Isyraf sambil tangannya bergerak membuat air milo panas untuk tetamu mereka.

"Kau ingat aku boleh dengar ke apa yang diaorang sembang?" Iryaz membalas dengan muka yang agak menyampah.

Dah tahu dari tadi dia berdiri dekat dapur ni, lagi ditanya soalan macam tu. Di mana akal fikiran yang diberikan oleh Allah SWT, jika anda tidak menggunakannya.

Isyraf mengeluh, kenapa lah Izzreen takde sekarang ni. Kalau tak mesti dia layan Isyraf. Bukan macam Iryaz. Hati keras macam batu nisan.

"Assalamualaikum brother-brother sekalian."

Terus mereka menoleh ke belakang. Izzreen yang lengkap beruniform pilot tersenyum manis ke arah mereka. Panjang umur. Tak dapat dinafikan, keturunan Tuan Ishan memang handsome-handsome belaka.

"Awal betul kau balik?" Iryaz menyapa sebelum berjabat tangan ala-ala brotherhood dengan Izzreen.

"Ara call tadi. Dia cakap Iris nak balik. Aku pun apa lagi, terus pecut lah," cerita Izzreen lalu tersenyum bangga.

"Pecut-pecut pun, kerja kau siap tak Ngah?" Isyraf pula yang menyoal. Dia tersenyum nakal apabila raut wajah Izzreen bertukar pucat.

Izzreen tersenyum kelat apabila mata Iryaz tak lepas dari merenung wajahnya. Berdebar jantung.

"Eh, m-mesti lah siap. Kan Long?" gurau Izzreen. Gugup yang dia rasakan ketika ini.

"Kalau kau balik tapi kerja tak siap, kau tahu kan apa balasannya nanti?" ujar Iryaz mendatar. Tiada masa nak bergurau jika dikaitkan dengan soal kerja.

Air liur ditelan pahit. Aura dari si abang betul-betul menggerunkan. Terdiam terus Izzreen dengan Isyraf. Niat nak bergurau, tapi mereka lupa yang dalam kamus hidup Iryaz tak pernah wujud perkataan bergurau.

"Dah siap nanti hidang air dekat depan, jangan main siram-siram pula," kata Iryaz dengan tegas dan terselit perlian disitu.

"Kau nak pergi mana? Tak reti nak tolong dah?"

"Aku nak suruh Ara turunlah bodoh."

"Kena bodoh setepek," celah Izzreen lalu ketawa kuat.

Terhibur agaknya bila Isyraf dilabel bodoh. Abang yang paling mithali, Izzreen Nathaniel.

"Diam babi. Kau pun sama je macam aku," balas Isyraf geram.

"Celah mana aku sama dengan kau? Kau bodoh, aku pandai," kutuk Izzreen selamba.

"Kalau kau pandai, asal masa spm dulu tak dapat straight A?"

Izzreen mengetap bibirnya geram. Apa masalah Isyraf ni? Nak ungkit-ungkit pula. Simbah air milo ni karang.

"Kau kena faham, Isyraf. Aku tak dapat straight A sebab kesian dekat huruf yang lain. Semua orang berebut nak A. B ke, C ke, takde siapa yang nak. Sebab tu aku taknak straight A. Kesian dekat yang lain."

Isyraf ternganga mendengar alasan dari abangnya. Jelas lagikan nyata, Izzreen lagi bodoh dari dia.

"Kenapa kau diam? Tak logik ke alasan aku tu?" tanya Izzreen.

"Tak Ngah. Sekarang aku mengaku, kau lagi pandai dari aku," ujar Isyraf sambil senyum terpaksa.

Izzreen tersengih suka. Macam ni lah baru adik dia. Ni yang sayang Isyraf ni.

"Thank you, thank you. Aku tahu aku pandai. Takyah lah puji lebih-lebih."

Dalam diam Isyraf mengutuk Izzreen tanpa henti. Isyraf melangkah perlahan keluar dari ruangan dapur tanpa pengetahuan Izzreen. Dia dari tadi tak henti bercakap. Dahlah senyum-senyum pula tu.

"Kau tahu weh? Aku takde lah bodoh mana dulu. Tapi sempat lah juga merasa dapat E dalam ujian sains. Lepastu kan- "

Serta-merta senyuman dibibir Izzreen mati. Mana Isyraf? Dia cakap seorang diri dari tadi ke?

"Sial kau Isyraf!" jerit Izzreen penuh rasa dendam.

"Yang milo ni pun tak siap-siap dah kenapa! Aku baru balik kut. Aku juga yang kena buat. Dasar Isyraf sampah!"

Panjang lebar dimakinya adik tu. Air milo yang tak bersalah pun kena sekali. Allahu akbar.

Izzreen Nathaniel, orang bodoh yang tersakiti.

Continue Reading

You'll Also Like

253K 12.8K 60
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
77.7K 3.1K 58
We never lose by loving. We only lose by holding back while waiting for the impossible to happen. πŸ€ kandungan mungkin tidak sesuai dengan ibu mengan...
771K 25.5K 45
Cry. Forgive. Learn. Move on. Let your tears water the seeds of your future happiness. Hubungan yang sudah terjalin lama terputus ditengah jalan kera...
3.3M 295K 95
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...