ARABELLA

By dewihera_

109K 9.5K 1.3K

Hanya mahu jadi yang diinginkan. Hanya itu. *** Love Arabella, nama yang indah tapi sayang...kalaulah hidupny... More

𝟏.
𝟐.
𝟑.
𝟒.
𝟓.
𝟔.
𝟕.
𝟖.
𝟗.
𝟏𝟎.
𝟏𝟏.
𝟏𝟐.
𝟏𝟑.
𝟏𝟒.
𝟏𝟓.
𝟏𝟔.
𝟏𝟖.
𝟏𝟗.
𝟐𝟎.
𝟐𝟏.
𝟐𝟐.
𝟐𝟑.
𝟐𝟒.
𝟐𝟓.
𝟐𝟔.
𝟐𝟕.
𝟐𝟖.
𝟐𝟗.
𝟑𝟎.
𝟑𝟏.
𝟑𝟐.
𝟑𝟑.
𝟑𝟒.

𝟏𝟕.

3K 288 64
By dewihera_

BEG yang berjenama mewah itu ditilik lama. Selepas satu beg, dia ke beg yang lain pula. "Saya nak beg yang ni, yang tu dan yang tu." Tunding Amelia ke arah beg-beg yang telah dia pilih tadi. Gadis yang hanya mengikutinya dari belakang mengangguk dan membawa semua beg itu ke kaunter.

Amelia tersenyum lebar. Tangannya yang penuh dengan beg kertas yang tertulis pelbagai jenama mahal itu dipandang dengan rasa bangga. Tidak sia-sia dia mengahwinkan Arabella dengan Hayden. Tiada satu sen pun duitnya keluar sepanjang dua bulan ini. Semua perbelanjaannya dibayar sepenuhnya dengan kad kredit Hayden.

"Hati-hati sikit ya, dengan beg-beg tu. Calar nanti, tak terbayar awak." Sinis Amelia bersuara. Gadis yang berada di kaunter itu hanya menghantar pandangan jengkel kepada Amelia. Sudah biasa dengan sikap orang kaya seperti wanita itu.

Selesai membuat pembayaran, Amelia berjalan keluar dari kedai itu dengan penuh angkuhnya. Dia menuju ke arah lif. Selepas beberapa minit menunggu, pintu lif terbuka dan dia masuk ke dalam sebelum tiga orang lelaki berbadan sasa yang entah muncul dari mana turut melangkah masuk ke dalam lif yang sama dengannya.

Amelia berdehem perlahan, cuba menenangkan hatinya yang tiba-tiba gusar dengan keadaan itu. Sudahlah dia seorang sahaja wanita di situ, dikelilingi pula lelaki-lelaki berwajah bengis dengan badan yang penuh tatu. Siapa sahajalah yang tidak takut.

Skrin yang menunjukkan nombor tingkat yang terletak di atas pintu lif itu dilihat. Lambat pula lif ini bergerak.

"Banyak duit kau. Seronok belanja?"

Bahu Amelia terhinjut apabila mendengar suara garau milik salah seorang lelaki tadi. Dia menoleh, memandang lelaki yang sedang tersungging sinis itu.

"Ka—kau nak apa?! Nak merompak?! Tak nampak CCTV tu?!" Tengking Amelia. Beg kertas berjenama mewahnya dibawa rapat ke tubuh.

Mendengar jerkahan Amelia, semakin tajam senyuman yang terukir pada bibir lelaki-lelaki di sekelilingnya. "Nak merompak buat apa? Aku datang nak kutip hutang. Dah dapat menantu kaya, senang je kan, kau lupa dekat orang yang pernah tolong kau waktu susah dulu."

Wajah Amelia berkerut. Matanya berkali-kali menjeling ke arah skrin di atas lif itu. Dua tingkat lagi sebelum pintu lif terbuka. Wajah bengis lelaki di belakangnya dipandang semula. "Kau siapa ha?! Bila masa aku berhutang dengan kau?! Seumur hidup aku, aku tak pernah berhutang dengan orang lah! Aku nak duit, aku usaha sendiri!" Bentak Amelia dengan penuh berani. Tercebik-cebik mulut wanita itu semasa berbicara.

"Adam." Sebut lelaki itu ringkas.

Mendengar nama itu, mata Amelia terbeliak besar. Tiga orang lelaki di sekelilingnya dipandang dengan riak terkejut.

"Love Arabella tu cagaran. Sekarang cagaran dah lari, duit tu bayarlah balik. Kau orang business, takkan kau tak tau macam mana business tu berjalan." Sindir lelaki itu sambil mengeluarkan sesuatu dari poketnya. Sebilah pisau rambo dimainkan di hadapan mata Amelia.

Amelia terus tersenyap. Tidak berani lagi melawan kata-kata lelaki yang merupakan anak buah Adam itu.

"Adam bagi kau satu juta. Ganti rugi nyawa Adam campur sekali bunga, hm..." Lelaki itu mengira dengan jari sambil tangannya yang satu lagi terus menunjukkan mata tajam pisau rambo itu kepada Amelia.

"Lima juta. Aku bagi kau masa dua hari. Bayar, atau aku bawa kau jumpa Adam." Sambungnya lalu menghunuskan mata pisau itu tepat ke leher Amelia. Lemah lutut Amelia saat merasakan betapa tajamnya hujung mata pisau itu pada kulitnya.

"Call nombor ni bila kau dah ada duit tu. Ingat, aku bagi kau dua hari je. Call. Jangan, sampai aku yang datang cari kau." Sekeping kad dimasukkan ke dalam salah satu beg Amelia.

Ting!

Pintu lif akhirnya terbuka. Tiga orang lelaki tadi keluar dengan langkah yang tenang , meninggalkan Amelia yang terkedu dengan mata yang terbutang luas di dalam lif itu. Hilang sahaja kelibat ketiga-tiga orang lelaki tadi, Amelia jatuh terduduk di atas lantai. Nafasnya berhembus kencang kerana ketakutan.

Dia segera bangun semula dan berlari laju menuju ke keretanya.














































































DOKTOR Deanna masuk ke dalam bilik Hayden bersama dengan Ace. Mereka berdua saling berpandangan saat melihat Hayden yang sedang berbaring di atas katil dengan sebelah tangan dibawa menutup mata.

"Tuan Hayden, Doktor Deanna dah sampai." Beritahu Ace.

"Hm." Balas Hayden malas kemudian membetulkan posisinya, bersandar pada kepala katil. Doktor Deanna mendekati Hayden dengan peralatan perubatannya. Dia mengambil tempat di sebelah lelaki itu. Tangan Hayden yang sudah berbalut itu dicapai kemudian dibelek lama. Senyumannya terukir kecil saat melihat betapa rapinya balutan pada tangan lelaki itu.

"Kemasnya balutan. Hayden buat sendiri?" Tanya Doktor Deanna sambil membuka semula balutan pada tangan Hayden. Dia perlu memastikan jika kecederaan pada tangan lelaki itu teruk atau tidak.

Hayden cuma mendiamkan diri, tidak menjawab pertanyaan Doktor Deanna. Doktor Deanna mengerling sekilas wajah mendung Hayden sebelum fokusnya jatuh semula pada tangan lelaki itu.

Selepas beberapa minit merawat dan membalut semula luka Hayden, Doktor Deanna bangun dan mengemas peralatannya. "Kalau Hayden nak tukar balutan tu, ulang je macam mana mula-mula Hayden buat tadi, okay?" Pesan Doktor Deanna sebelum membawa langkahnya keluar dari bilik Hayden sambil diiringi oleh Ace.

Sepasang mata Hayden merenung lama balutan pada tangannya. Macam mana dia mahu mengulangi balutan ketika mula-mula tadi, jika yang mengubatinya ialah Arabella.

"Tuan."

Pandangan Hayden teralih ke arah Ace yang masuk semula ke dalam biliknya.

"Tentang Cik Lucia, saya dah buat apa yang tuan suruh tadi. Tapi saya beritahu dekat pihak media yang Cik Lucia cuma berehat buat sementara waktu bukannya berhenti terus." Ujar Ace. "Saya fikir, kalau nanti Cik Lucia sedar, mestilah dia nak teruskan kerja dia. Kan? Betul tak?" Wajah tidak beriak Hayden dipandang dengan sebelah kening terangkat. Terkejut juga dia tadi selepas mendengar arahan Hayden kepada Julia. Lelaki itu memang tak berfikir panjang. Apa lagi lah yang memprovok amarahnya kali ini.

"Esok, tolong hantar Bella balik rumah Amelia." Arah Hayden mendatar, tidak peduli akan kata-kata Ace tentang Lucia tadi.

Kening Ace berkerut. "Tapi, tuan tak ada apa-apa urusan dekat luar negara. Ada kecemasan ke?" Soal Ace. Dia menyeluk poket, mengeluarkan telefon bimbit untuk memeriksa jadual kerja Hayden.

"Saya dah tak nak tengok muka dia." Balas Hayden dingin.

Diam. Ace menatap lama wajah tidak berperasaan itu. Telefon bimbit kembali disimpan dan keluhan berat dilepaskan. Dia mengangguk perlahan.

"Baik, Tuan Hayden." Ace menurut. Tubuhnya dibalikkan, melangkah ke pintu. Ketika pintu dibuka semasa dia mahu melangkah keluar, Ace terpaku seketika saat melihat Arabella yang sedang berdiri tegak di hadapan bilik Hayden. Dia tersenyum kepada wanita itu. Pasti Arabella terdengar akan kata-kata Hayden tadi.

Arabella membalas senyuman Ace hambar. Dulang yang berisi sepinggan kek coklat, sepasu bunga matahari dan juga sekeping nota dihulurkan kepada Ace. "Boleh tolong bagikan dekat Hayden?" Pinta Arabella lembut. Ace mengangguk laju kemudian menyambut huluran itu.

"Awak jangan makan pula." Pesan Arabella dalam nada mengusik sebelum tertawa kecil. Ace ikut sama tergelak.

"Okay. Terima kasih." Arabella mengerling sekilas ke arah Hayden di dalam bilik yang juga sedang memandang ke arahnya. Dia menghadiahkan senyuman tipis sebelum berjalan pergi.

Ace membawa pemberian Arabella tadi ke meja di sebelah katil Hayden. Pasu yang berisi bunga matahari diletakkan di tepi tingkap supaya mendapat cahaya mentari yang secukupnya. Fakta bahawa Arabella meletakkan bunga matahari di setiap penjuru rumah dan di setiap bilik, membuatkan dia tersenyum.

Hayden yang kekal diam membisu di atas katil, dipandang. Apa lah yang membuatkan lelaki itu tidak suka akan Arabella. Dia sahaja sudah jatuh sayang kepada wanita itu. Melayan perangai kebudak-budakan dan sikap manjanya, membuatkan rindu Ace kepada adik-adiknya di England terubat. Jika Arabella pergi, bosanlah hari-harinya nanti.

"Anger doesn't solve everything. It builds nothing, but it can destroy everything." Tutur Ace sambil melangkah ke pintu. Tanpa memandang ke arah Hayden lagi, dia terus membawa diri keluar.

Hayden memandang lama pintunya yang sudah tertutup rapat. Pandangan dialihkan kepada pemberian Arabella di atas meja di sisinya. Fokusnya lebih tertumpu ke arah nota yang terletak di sebelah pinggan yang berisi kek coklat. Tangannya dipanjangkan, mencapai nota itu.

Cara-Cara Membalut Luka ( 'ω')

Senyumannya terukir.

































































BUKU jurnal di tangan digenggam erat. Buku ini sudah tiada gunanya lagi. Buku yang sepatutnya menjadi tempat dia menulis segala memori indahnya, dimasukkan ke dalam laci. Dia tidak akan membawa buku itu lagi kerana mulai hari ini, tiada lagi memori indah yang akan dia nukilkan.

Buku lukisannya dicapai dan dimasukkan ke dalam beg mini berbentuk arnabnya kemudian bagasi ditarik keluar dari bilik. Pintu bilik Hayden yang tertutup rapat dijeling sekilas dan langkahnya diteruskan sehingga ke pintu utama.

Ace mengambil bagasi daripada tangan Arabella dan masukkannya ke dalam kereta.

"Hayden tak ikut hantar saya?" Tanya Arabella sambil menjijitkan sedikit kakinya, mencari kelibat Hayden. Ace tersenyum pahit dan menggeleng perlahan membuatkan Arabella mencebik. Dia menoleh memandang Sashimi yang sedang makan di dalam sangkar.

"Ace, boleh awak tolong jagakan Sashimi untuk saya?" Pinta Arabella. Ace mengangkat kening.

"Awak tak nak bawa dia sekali?"

Arabella membisu. Kalau dia bawa Sashimi balik, habislah dia dibelasah oleh ibunya nanti. Lebih teruk, jika Sashimi yang menjadi mangsa.

"Saya nak cari kerja dulu. Lepas saya dah dapat kerja, dah ada duit, saya ambil dia semula. Boleh?"

Ace mengherotkan bibirnya, berfikir. "Hm, bolehlah."

"Ace."

Ace menoleh ke arah suara yang memanggilnya. Senyuman Arabella terukir apabila melihat figura Hayden yang baru memunculkan dirinya. Tali beg mininya dimainkan sambil matanya terus merenung wajah Hayden semasa lelaki itu sedang berbual tentang sesuatu yang serius bersama dengan Ace.

Selepas mereka habis berbicara, Arabella melangkah ke hadapan mahu mendekati Hayden.

"Hayden, awak—"

Bicaranya terhenti. Arabella tersentap. Hayden terus berjalan masuk ke rumah tanpa menghiraukan panggilan Arabella, malah dia buat wanita itu seperti tidak wujud di situ.

Arabella mengalihkan tumpuannya kepada Ace pula. "Hayden, cakap apa?" Tanya Arabella teruja mahu tahu. Ace melarikan jarinya ke rambut. Sehelai kertas di tangannya diserahkan kepada Arabella tanpa bersuara kerana dia sendiri berat hati untuk menjelaskan bicara Hayden tadi.

"Tuan Hayden cakap, ini ganti rugi sepanjang perkahwinan palsu puan dengan dia. Lepas tu, tuan cakap, puan tak perlu risau tentang penceraian sebab...bukan nama puan yang Tuan Hayden daftarkan untuk perkahwinan tu, tapi nama Cik Lucia. Jadi, perkahwinan Puan Love dengan Tuan Hayden, tak pernah sah." Jelas Ace seringkas mungkin.

"Oh." Balas Arabella sebelum mengetap rapat bibirnya. Helaian kertas yang dihulurkan oleh Ace disambut. Kertas itu adalah sehelai cek yang bernilai dua ratus ribu. Cek itu direnung kosong, tidak tahu reaksi apa yang harus dia ekspresikan ketika ini kerana sekarang, dadanya terasa seperti dihentam berkali-kali.

Perkahwinan mereka tidak pernah sah?

"Saya...saya ada tertinggal barang." Alasan diberi. Tanpa mempedulikan Ace di hadapannya. Arabella terus berlari masuk ke dalam rumah untuk mencari kelibat Hayden. Bilik lelaki itu dituju tetapi kosong, kakinya menukar arah ke bilik kerja Hayden pula.

Pintu terus dibuka tanpa diketuk dahulu menyebabkan Hayden yang sedang berdiri tenang menghadap tingkap itu menoleh. Dia kelihatan terkejut saat melihat Arabella yang meluru masuk ke dalam biliknya secara tiba-tiba.

"Kenapa tak balik—"

"Selama ni, saya bukan isteri awak?" Pintas Arabella dengan mata yang mula berkaca. Cek di tangan sudah renyuk kerana genggaman eratnya, menahan rasa sakit yang semakin mencengkam tangkai hati.

Hayden tergamam mendengar pertanyaan itu. Sepasang matanya merenung lama mata berbinar milik Arabella. Tubuhnya dipalingkan menghadap wanita itu. "Awak bukan perempuan yang saya nak kahwini. What did you expect, Bella?" Soal Hayden semula dalam nada sinisnya.

Arabella memejam seketika matanya. Genggaman tangan semakin dikuatkan, menahan air mata daripada mengalir. "Kenapa awak tak terus terang je masa hari pertama kita berkahwin yang perkahwinan kita tak sah?"

Hayden menguak rambutnya ke belakang. Arabella di hadapannya dijeling tajam "Bella, please! Bila awak nak sedar?! It was a mistake! I would never marry you!" Bentak Hayden geram.

Arabella terdiam. Mendengar jerkahan Hayden, empangan air matanya akhirnya pecah dan satu per satu mutiara jernih itu mencemari pipi gebunya. Cepat-cepat wajah ditundukkan ke bawah.

"Pelik, bila tiba-tiba awak boleh ingat balik benda dua bulan lepas tapi tak ingat apa yang awak buat dengan kad kredit saya." Hayden tersenyum tajam sebelum tawa sarkastiknya terhambur.

Arabella mengesat perlahan pipinya yang basah. Lambat-lambat kepalanya diangkat semula. "It was the happiest day of my life, how could i forget?" Tuturnya lirih menyebabkan senyuman sinis pada bibir Hayden memudar.

Hayden memandang lama wajah yang basah dengan air mata itu. Rahang diketap kuat. Kenapa? Kenapa setiap kali melihat air mata itu, hatinya harus berasa sesakit ini?

Arabella menarik sedikit hujung bajunya dan terus mengeringkan air matanya di pipi. Untuk kali terakhir, bibir itu menarik satu senyuman kecil

"Selamat tinggal, Hayden."

Dengan langkah yang lemah, Arabella berlalu pergi. Hayden kekal membatu di muka pintu bilik kerjanya, merenung belakang tubuh Arabella yang semakin menjauh sebelum hilang daripada pandangan matanya.

Hayden menunduk memandang cek yang diberi kepada Arabella tadi kini sudah berada di atas lantai. Keluhan berat dilepaskan dan dirinya kembali dikurung di dalam bilik.






































































































SKRIN telefon bimbit di tangannya direnung lama dengan bibir yang tidak berhenti menyumpah serana. Berita berkaitan Lucia yang akan berehat buat sementara waktu daripada dunia peragaan membuatkan darahnya mendidih. Tidak cukup dengan berita itu, Hayden pula menghantar pesanan bahawa dia tidak mahu meneruskan lakonan sebagai suami Arabella lagi.

"Bodoh! Menyusahkan aku! Mana aku nak cekau duit, bayar hutang Adam?! Semua perangai macam bangsat!" Cemuh Amelia sambil menekan kasar skrin telefon bimbitnya dengan mulut yang terus menghina dan memaki hamun.

Fokusnya teralih ke arah jendela bilik apabila terdengar bunyi enjin kereta di luar rumah. Tahulah dia bahawa Arabella sudah pulang. Telefon bimbit digenggam erat dan lengan bajunya disinsing, bersedia mahu mengerjakan Arabella habis-habisan.

"Siap kau!" Desis Amelia kemudian berlalu keluar dari biliknya. Dia berpeluk tubuh di tingkat atas sambil memerhati Arabella yang sedang terkial-kial mengangkat bagasinya menaiki tangga.

"Kau memang berani, eh? Apa yang aku buat dekat kau bulan lepas tak cukup ke? Nak lagi?"

Langkah Arabella terhenti di tangga yang terakhir ketika suara Amelia tiba-tiba memetir dan ibunya itu mula mendekatinya di tangga.

"Hayden...Hayden suruh Love balik sini. Di—dia dah tak nak jaga Love dah." Ujar Arabella takut-takut. Kepalanya terus ditundukkan ke lantai apabila Amelia sudah berdiri di hadapannya dengan wajah yang bengis.

"Sebab kau tu menyusahkan! Adam tu sanggup beli kau, kau pergi bunuh! Dapat Hayden pula, kau tak reti nak melayan dia! Apa?! Kau ingat bila kau dah dapat lelaki macam Hayden tu, kau boleh berhenti jadi pelacur lah, eh?! Diri tu memang dah sundal daripada dulu, tak payahlah tiba-tiba nak jadi suci pula! Aduh, kau ni, Love! Sekarang, tak pasal-pasal aku pula yang kena hadap muka kau dekat sini!" Jari Amelia menunjal kuat kepala Arabella berkali-kali. Arabella cuma diam, menghadam semua hinaan ibunya.

"Kau buat apa ha, dekat sana?! Kau tahu Hayden tu pergi beritahu satu dunia yang Lucia berehat sekejap daripada jadi model?! Dengan Lucia tu pun entah bila nak bangun! Sekarang ni bila aku dah tak ada duit, anak buah Adam tu pula datang balik, minta hutang!" Amelia terus membebel dengan tangan yang tidak berhenti menarik rambut dan menunjal kepala Arabella.

"Tapi sekarang ni, kau pun dah balik. Aku kira hutang aku dekat Adam tu, settle lah." Dia tersenyum penuh makna. Telefon bimbit di tangannya dibuka dan nombor telefon salah seorang anak buah Adam yang pernah menyerangnya tempoh hari dicari.

Arabella perlahan-lahan mengangkat kepalanya saat mendengar bicara kiasan Amelia itu. "Love tak faham..."

Amelia menggulingkan matanya. "Aku jual kau balik dekat dorang lah, bodoh!"

Mata Arabella membulat. "Love, tak nak!" Bentak Arabella dengan nada suara yang tinggi dan tanpa dia sengaja, telefon bimbit Amelia ditepis kasar dari tangan wanita itu. Amelia tersentak dengan tindakan Arabella. Wajahnya kembali menyinga.

Pak!

"Bodoh! Kau memang suka menyusahkan aku kan?! Perempuan macam kau ni, lebih baik mati!" Tangannya menarik kasar rambut Arabella selepas menampar kuat pipi wanita itu. Arabella menjerit kesakitan.

"Perempuan gila! Sial! Pembunuh! Sebab tu semua orang benci kau! Hayden pun tak lalu tengok muka sial macam kau ni!"

Pak!

Pipi Arabella ditampar lagi dan kali ini lebih kuat menyebabkan dia hilang keseimbangan dan tergelincir dari tangga yang sedang dipijak.

"Mama—"

Buk! Buk! Buk! Thud!

Amelia tergamam. Tubuh Arabella yang sudah tertiarap di lantai tingkat bawah rumahnya selepas jatuh tergolek dari tangga itu, dipandang dengan mata yang terbeliak. Telefon bimbitnya yang berada di lantai diambil sebelum dia berlari mendapatkan Arabella di bawah.

"Love, kau dah mati ke?" Tanya Amelia dengan muka cuaknya sambil menendang perlahan tubuh Arabella. Mendengar erangan halus wanita itu, dia melepaskan nafas lega.

Segera telefon bimbitnya dibuka dan nombor seseorang di dail. Selepas dua deringan, panggilan mereka bersambung.

"Aku nak bayar hutang kau. Datang rumah aku sekarang." Amelia mengerling sekilas Arabella yang cuba bergerak untuk bangun.

"Uhuk!" Darah tersembur keluar dari mulut Arabella. Dia mengerang kesakitan. Tangannya cuba mencapai kaki Amelia, meminta bantuan tetapi ibunya hanya menayangkan muka jijik dan menendang jauh tangan Arabella daripada kasut mahalnya.

"Tapi aku tak bayar guna duit." Sambung Amelia sebelum mematikan panggilannya. Dia menjeling sekilas Arabella yang sudah nyawa-nyawa ikan di atas lantai itu.

"Itulah, siapa suruh jadi anak derhaka." Sindir Amelia kemudian mengangkat kakinya pergi dari situ, meninggalkan Arabella begitu sahaja tanpa mahu membantu.

Arabella merenung sayu Amelia yang buat tidak peduli akan dirinya. Tangannya dikeluarkan mahu mencapai kaki yang semakin menjauh itu. Air matanya mengalir bersama-sama darah, menahan kesakitan yang tidak terperi di seluruh badannya. Nafasnya menjadi tersangkut-sangkut. Menarik nafas hanya menambah rasa sakit pada bahagian rusuknya.

"Uhuk!" Dia terbatuk darah lagi. Mata kuyunya merenung lama kolam darah di atas lantai itu.

Sudahlah, buat apa lagi dia mencuba?

Perlahan-lahan matanya dikatup rapat. Dia tidak tahu bahawa kematian akan sesakit ini. Tetapi biarlah, asalkan esok bila dia buka mata, bukan dunia ini yang dia lihat lagi.

Selamat tinggal, Love Arabella. Semoga tidak berjumpa lagi.

Continue Reading

You'll Also Like

663K 25.2K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
3.4M 304K 97
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
402K 14.2K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
862K 85.6K 73
COMPLETED ✔️ BLURB ❝Maaf maaf, itu je yang kau tahu?❞ - Ziyad Hayder Pertemuan yang tak dijangka. Pertama kali, jejaka itu menyelamatkan dia daripad...