Tempat Sempurna

By Lollysnow

4.8M 272K 39.1K

THAQIF | SAFA Mereka tidak pernah dekat lagikan mahu bercinta. Tidak! Tidak pernah terfikir dek akal Safa unt... More

THAQIF | SAFA
PROLOG
1
2
3
4
5
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
60*
61*
62
63
PERSONA TS
EPILOG
EXTRA #1 NS
EXTRA #2 NS
EXTRA #3 NS

6

59K 3.9K 551
By Lollysnow

"Akak, buat apa?" Safa yang duduk bertinggung bermain batu kecil di tepi pagar rumah sedikit tersentak. Kepala laju menoleh memandang Safiya menghampiri menyuluh lampu telefon pada wajahnya. Mata serta merta menyipi.

"Silau lah Safiya." Safa menutup mata.

"Akak tu buat apa kat sini? Seram orang tengok tengah-tengah malam macam ni."

"Dah yang kau turun kenapa? Tak takut pula?" Safa memandang adiknya yang turut bercangkung di sebelahnya.

"Baru habis marathon cerita korea. Lepastu tengok akak kat sini. Tu Safiya turun temankan akak." Safiya menguap memandang ke jalan raya.

"Akak tunggu orang, haih mamat Thaqif ni." Safa merengus, penat dah pinggang dia duduk bertinggung kat situ.

"Akak nak keluar dengan abang Thaqif?"

"Haah? Entah kemana dia nak bawa akak."

"Wow." Tak berkelip Safiya pandang kakaknya.

"Bukan dating ya! Kalau bukan sebab hutang budi yang dia tabur pada akak malam yang akak terkunci kereta tu. Memang akak tak akan ikut dia!"

"Oh.."

Safa mengeluh. "Thaqif nii.." baru sahaja mahu mengomel kelihatan sebuah kereta mewah milik Thaqif memberhentikan kereta tepat dihadapan Safa dan Safiya yang bertinggung.

"Dua beradik ni dah kenapa?" Thaqif laju menanggal tali pinggang sebelum menolak daun pintu.

"Kenapa duduk bercangkung depan pagar macam ni. Aku ingat apa lah tadi." Omel Thaqif. Salah orang tengok boleh kemalangan tahu tak!

"Kau lambat sangat." Safa bangun memegang pinggang terasa lenguh.

"Hai Abang Thaqif." Safiya menyapa hambar.

"Hai Safiya, tak tidur lagi? Dah lewat.."

"Esok cuti." Laju Safiya memintas buat Thaqif mengangguk kepala. Apa dia ingat orang dewasa je ke boleh tidur lewat.

"Okay lah akak, aku masuk dulu nak sambung tengok cerita Korea. Good Night Abang Thaqif." Safiya melambai pada Thaqif sebelum berlalu meninggalkan dua orang itu.

"Good night.." Mata Thaqif menyinggah pada Safa yang mencuka.

"Kau tunggu awal-awal nak pergi mana?"

"Kau lewat-lewat nak bawa anak dara orang kemana?" Soalan dibalas soalan oleh Safa. Thaqif garu kening.

"Haa masuklah." Malas mahy membesarkan pergaduhan, Thaqif masuk ke dalam perut kereta diiringi Safa yang turut merengus menghempas kasar pintu kereta mewah lelaki itu.

"Kau akan berterima kasih pada aku nanti. Jangan nak moody sangat." Thaqif memulakan pemanduan.

"Sorry?"

"Accepted." Thaqif senyum sumbing.

"Erghh!" Safa juling mata melempar pandang keluar tingkap kereta.

Dalam 10 minit di dalam perut kereta, Safa sedikit mengerut dahi melihat jalan dilalui Thaqif betul-betul menuju ke arah cafe kekasihnya.

"Kau nak bawa aku pergi cafe Adri ke?" Safa menoleh memandang Thaqif di sebelah.

"Ya."

"Tapi sekarang rasanya dah tutup.." Safa pandang jam di telefon bimbit. Dah 12.30 malam, sah-sah cafe dah tutup.

"Aku tahu."

"Habistu?"

Thaqif diam, tidak mahu menjawab soalan itu. Akhirnya Safa yang akur merengus di tempat duduknya. Ikut je lah Safa, asalkan dia tak bawa ke tempat bukan-bukan.

"Kenapa kau ikut jalan belakang? Ini ke pintu belakang. Pergi jelah ikut depan. Rasanya Family Mart tepi Cafe ada buka lagi.." Tak lama berdiam diri Safa kembali menyoal.

Thaqif tidak membalas selain memberhentikan kereta seraya menaikkan handbreak. Berlapis-lapis kerutan di dahi Safa melihat raut wajah lelaki itu.

"Kenapa?"

"Pergilah." Balas Thaqif tenang.

"Apaa? Aku tak faham? Kau bawa aku jumpa Adri?"  Dan sekali lagi persoalan Safa tidak dibalas Thaqif.

"Ah apa-apa je lah." Safa lepas keluhan berat seraya menolak daun pintu meninggalkan Thaqif di dalam perut kereta. Mungkin lelaki itu kena rasuk mana-mana jembalang malam-malam ni. Pelik betul perangainya. Baik dia beredar cepat-cepat cari Adri ke apa.

Lihat lampu bilik belakang masih terbuka Safa tarik nafas lega. Langkah diatur laju menuju ke arah pintu. Tapi belum sempat tangannya meraih tombol dia kaku didepan pintu.

"Adri stop hahahaha!!"

"I can't stop Dila, kau betul-betul buat aku hilang waras.." Safa teguk air liur. Dia kenal suara kedua-duanya. Itu suara manusia yang paling rapat dengannya. Mustahil dia tidak kenal suara itu.

"Hahaha Adri geli!"

"Cantiknya.."

"Kau cantik Dila. I can't get enough of your body." Mata Safa membesar, turun naik nafasnya mendengar bunyi-bunyi desahan yang tidak sepatutnya.

Tak mungkin.. Terketar-ketar tangan naik menekup mulut. Mata Safa kaku memandang daun pintu. Dunia seakan terhenti. Apa yang dia dengar sekarang ini? Tak mungkin! Dila dan Adri lakukan perkara terkutuk itu dibelakangnya.

Sakitnya...

Safa ketap gigi. Menitis juga air matanya mendengar desahan dua manusia itu begitu jelas kedengaran. Kepala digeleng beberapa kali cuba berfikir baik tapi..

"Adri.."

"Adrii.."

Suara Dila yang begitu menggoda menyeru nama itu. Safa kemam bibir, dia sudah tidak tahan lagi! Pintu itu harus dibuka dan dia perlu lihat semua itu dengan mata sendiri!

Hampir tangannya memulas tombol pintu, ada satu tangan menghalang. Safa sedikit tersentak ada tubuh tegap berdiri dibelakang. Perlahan-lahan dia menoleh mendatar raut wajah mendatar Thaqif memandang ke pintu.

"Bagi aku.." Safa membisik dengan getaran.

Thaqif geleng kepala lantas mengheret Safa menjauhi pintu itu. Tubuh Safa dibawa masuk ke dalam perut kereta kembali.

Safa kaku di tempat duduk, mata masih tak berkelip. Terngiang-ngiang suara itu dalam memorinya.

"Like I said, he's not a decent man..."

"Tak mungkin!!" Safa menjerit menekup telinganya. Air mata berjuraian turun membasah pipi.

"Tak mungkin.. tsk tsk.. tak mungkin."

"Jangan cakap kau tak kenal moaning tu macam mana Safa?" Thaqif jenggil mata. Hilang sabar dibuatnya dengan kenaifan Safa ini.

"Tak mungkin.." Bahu Safa bergegar.

"Fine! Still don't believe that??" Thaqif meraup rambut.

Tangan Safa naik mencengkam baju Thaqif di dada. "Adri lelaki baik.. Thaqif.. please cakap semua ni bohong. Please cakap aku cuma salah faham.. Pleasee. Aku cintakan dia.." Melihat keadaan Safa merayu seperti itu, Thaqif kelu. Tak pernah dia melihat Safa menangis meraung seperti itu selama ini?

Adakah dia sudah terlebih?
Tak.. kau tak salah Thaqif.

"Lelaki tu yang kau cakap beribu lebih baik daripada aku Safa.."

Esakan Safa kuat kedengaran, tertunduk wajah gadis itu.

"At least I can control the urge to make love at work.."

"Not to mention, that girl is your best friend."

"Arghh sakit.." Akhirnya kepala Safa jatuh menekup wajah di dada Thaqif.

"Kenapa semua orang.." Nafas Safa sedikit berat buat tangan Thaqif naik mengusap belakang  gadis itu.

"Kau okay?" Thaqif leraikan pelukan seketika sebelum dia keluarkan botol air mineral. Penutup dibuka lantas dihulur kepada Safa.

"Minum."

Tak membantah, Safa teguk air mineral rakus. Dia dapat rasakan nafasnya sedikit terkawal.

"Relax. Take a deep breath, Safa." Thaqif usap perlahan bahu Safa. Bengkak wajah gadis itu dibuatnya. Lihat lampu pintu belakang cafe sudah terpadam, Thaqif tolak tubuh Safa bersandar pada kerusi sebelum dia menghidupkan kereta lalu masuk ke lorong pintu hadapan.

Kelihatan Dila dan Adri berbual mesra siap Dila merangkul tangan Adri begitu intup sehingga keduanya masuk ke dalam perut kereta yang sama. Sekali lagi air mata Safa berair.

"Safa.." Thaqif menegur Safa yang menunduk pandangan, tahulah dia gadis itu
kembali menangis. Melihat kekasih yang selama ini dicintai sepenuh hati curang dengan kawan baiknya sendiri. Bukan mudah.

"I'll help you find out the truth if you still don't trust me, Safa.." Dingin mata Thaqif memandang kereta milik Adri tak jauh darinya.

"Sekaligus aku akan balas setiap perbuatan yang mereka buat pada kau kalau mereka betul-betul pergunakan kau selama ni." 

"All I need is your permission.."

Thaqif pandang Safa disebelah. Gadis itu tak bodoh kalau masih tak percaya dengan apa didengar dengan telinga dan lihat dengan mata sendiri.

"Safa.."

"Go ahead, Thaqif.." Safa cengkam kusyen kereta. Hanya tuhan sahaja yang tahu macam mana sakitnya dia berperang dengan diri sendiri sekarang.

"Just do it!" Safa angkat wajah memandang Thaqif di sebelah.

"Tapi bersyarat.."

Wajah Safa berubah, "Syarat?"

"If that guy is really cheating on you, marry me.."

"This is not the right moment to ask me to marry you!" Suara Safa bergetar.

"Aku tahu, kau ingat aku buat semua ni for free Safa?"

Safa raup wajah. "Fine! Fine! I do! Do whatever you want!" Dia betul-betul berserah dengan kehidupannya. Selama ini satu-satunya kawan yang dia ada hanya Adri dan Dila. Mungkin selepas ini dia tiada sesiapa lagi kecuali keluarga sendiri.

Orang-orang di dunianya betul-betul tak dipercayai. Dia lelah dengan semuanya.

"Sure.." Thaqif capai telefon sebelum dia toleh memandanf Safa disebelah.

5
.
4
.
3
.
2
Tubuh Safa ditarik lalu dipeluk kemas.
"A-apa ni?"  Safa teguk air liur.
.
1
.
"Let's get married when this is over." Sebaik bisikan halus terhembus di telinga perempuan itu. Thaqif tarik senyum tipis.

"BANG!!!" Safa tersentak mendengar bunyi detuman kuat dari belakangnya. Mata membulat dan serentak itu juga tubuh Thaqif ditolak kasar.

Saat dia menoleh dan saat itu matanya menangkap cafe milik Adri dan Dila bahagian belakang separuh terbakar hingga apinya marak naik ke atas.

"Thaqif.." Bulat mata Safa pandang Thaqif yang tersenyum sinis di sebelahnya. Sumpah! Lelaki ini menyeramkan.

"Arghh!!" Mata Safa menangkap tubuh Dila dan Adri yang tadi duduk di dalam perut kereta keluar menjerit memandang api.

Itu ke balasan yang Thaqif cakapkan?

"Itu belum cukup Safa. Aku akan ajar kau.." Thaqif tenang memandu meninggalkan kawasan itu.

Continue Reading

You'll Also Like

167K 10K 60
Kata orang, perempuan masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku femini...
438K 59.4K 49
Book 1: MAHFUZ Book 2: LUTHFI Book 3: TAQI
528K 14.4K 59
❛ 𝐈 𝐰𝐢𝐬𝐡 𝐲𝐨𝐮'𝐝 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐦𝐞 𝐥𝐢𝐤𝐞 𝐭𝐡𝐞 𝐰𝐚𝐲 𝐈 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐲𝐨𝐮 Beria? Ya, itulah Nayla Atheera. Jatuh cinta pada lelaki itu pad...
Some By Jiyan

Teen Fiction

78.8K 5.7K 18
[MALAY TEEN FICTION] 7th Wattpad Story by _ljskwb. Kisah Alif dan Ara, yang bagaikan Tom and Jerry. Tapi itulah...orang dah kata kalau benci tu ja...