ARABELLA

By dewihera_

109K 9.5K 1.3K

Hanya mahu jadi yang diinginkan. Hanya itu. *** Love Arabella, nama yang indah tapi sayang...kalaulah hidupny... More

𝟏.
𝟐.
𝟑.
𝟒.
𝟓.
𝟔.
𝟕.
𝟖.
𝟗.
𝟏𝟎.
𝟏𝟏.
𝟏𝟐.
𝟏𝟑.
𝟏𝟒.
𝟏𝟓.
𝟏𝟕.
𝟏𝟖.
𝟏𝟗.
𝟐𝟎.
𝟐𝟏.
𝟐𝟐.
𝟐𝟑.
𝟐𝟒.
𝟐𝟓.
𝟐𝟔.
𝟐𝟕.
𝟐𝟖.
𝟐𝟗.
𝟑𝟎.
𝟑𝟏.
𝟑𝟐.
𝟑𝟑.
𝟑𝟒.

𝟏𝟔.

3K 278 52
By dewihera_

BEBERAPA buah majalah fesyen di atas mejanya dipandang lama. Sudah menjadi kebiasaan dia akan menyuruh setiausahanya membeli setiap koleksi majalah yang mengambil Lucia sebagai model muka hadapan mereka. Dia akan menatap foto wanita itu dalam pakaian daripada pereka fesyen terkenal dengan rasa bangga, walau apa pun pos yang wanita itu buat atau dengan siapapun model lelaki yang digandingkan bersama-sama Lucia, dia tetap bangga akan wanita itu.

Tetapi kali ini berbeza.

Arabella yang menjadi model muka hadapan majalah-majalah itu tidak sedikit pun mendatangkan rasa bangga dalam dirinya. Tiada satu pun rasa positif yang hadir sewaktu dia melihat Arabella menggayakan baju ketat yang mengikut tubuh badannya yang mengiurkan itu. Tidak bergaya seksi seperti Lucia, wanita itu cuma tersenyum menampakkan lesung pipit dan giginya yang tersusun sahaja tetapi dadanya sudah berombak menahan rasa cemburu.

Salah satu majalah yang memaparkan foto model lelaki terkenal, Aryan Mosses yang sedang memeluk pinggang Arabella diambil, kemudian direnyukkan muka hadapan majalah itu dengan sebelah tangannya sehingga terkoyak.

Tok! Tok!

"Masuk."

Pintu terbuka dan Julia, setiausahanya masuk dengan senyuman lebar. "Tuan, tuan ada tetamu."

Hayden mengangkat keningnya. "Siapa?"

Senyuman Julia sudah tersimpul-simpul dengan gaya gediknya sambil matanya menjeling ke luar, mencuri pandang si tetamu Hayden. Mulutnya dimuncungkan dengan jari telunjuknya menunding ke arah seorang lelaki kacak yang sedang duduk di luar sana. "Model terkenal, Aryan Mosses. Dia kawan tuan ke? Boleh saya minta nom—"

"Saya tak nak jumpa sesiapa." Pintas Hayden mendatar. Fokusnya dialihkan pada skrin komputer, malas mahu melayan Julia atau sesiapa sahaja. Julia mencebik dan memalingkan tubuhnya, berlalu semula ke pintu.

"Selamat tengah hari, Hayden Ahyoka Rapha—Oops!"

Langkah Julia tergendala apabila Aryan dengan tiba-tiba sahaja muncul, menghalang jalannya di muka pintu itu. Mata Julia membesar ketika dia hampir sahaja tersebam pada dada bidang Aryan tadi. Aryan tersengih dan beralih sedikit daripada kedudukannya, memberi laluan buat Julia.

"Sorry." Ucap lelaki bermata hijau itu.

Julia tersenyum malu dan segera berlari keluar, sambil menutup mukanya yang sudah merah dengan buku di tangan.

Aryan tergelak halus memerhati keletah Julia itu. Dengan selambanya, dia masuk ke dalam bilik Hayden dan menutup pintu. Punggung dilabuhkan di atas kerusi kulit mahal di hadapan Hayden, tanpa mengendahkan renungan tajam lelaki itu yang seperti mahu membunuhnya.

"Lama tak jumpa. Kau sibuk sangat ke sekarang?" Tanya Aryan mesra. Dia tersenyum manis kepada Hayden yang berwajah tegang itu.

"Bukan urusan kau." Balas Hayden dingin. Aryan terdiam. Wajahnya berkerut memandang Hayden yang endah tidak endah melayaninya. Mereka bukannya musuh tetapi sahabat sepermainan sejak kecil. Dia ada buat salah ke sebelum ni?

Aryan mengangkat bahu, tidak kisah akan layanan Hayden. Dia sudah biasa menghadap perangai ribut taufan Hayden yang ini. Lagipun, dia datang ke sini bukannya mahu bertanya khabar dan beramah mesra dengan lelaki itu tetapi ada topik penting yang dia mahu bicarakan.

"Lucia, okay?" Tanya Aryan memulakan topik perbualannya.

Hayden mengangkat wajah, mengerling Aryan sekilas. "Hm." Jawab lelaki itu dengan anggukan kecil membuatkan Aryan tersenyum sinis.

"Kau ada melawat dia semalam?"

Hayden mengangguk lagi. Senyuman sinis Aryan semakin tajam terbentuk. Tipu. Hayden tipu. Aryan menggeleng perlahan. Tawa sarkatiknya tercetus. "Dah sebulan aku tidur dekat hospital tunggu Lucia sedar, Hayden. Aku tak pernah nampak kau pun." Aryan mengangkat kedua-dua belah keningnya, memandang Hayden.

Hayden terdiam. Pandangannya terus ditumpukan pada skrin komputer.

"Semalam Lucia mula tunjuk reaksi masa aku berbual dengan dia. Doktor cakap mungkin dia akan sedar dalam masa terdekat ni." Sambung Aryan sambil tersenyum kecil. Dia gembira mendengar berita itu. Lucia akan sedar dan dia akan mendapatkan semula rakan baiknya. Mata hijaunya menjeling Hayden, mahu melihat tindak balas lelaki itu selepas mendengar khabar ini tetapi sedikit pun tiada reaksi teruja pada wajahnya.

Hayden masih membisu. Tangan kanannya menggenggam erat tetikus di atas meja. Kenapa dia rasa gelisah selepas mendengar bicara Aryan tadi? Kenapa Arabella yang muncul di fikirannya dan bukannya Lucia?

"Kau dengar tak, Hayden? Lucia akan sedar tak lama lagi. Kenapa kau tak happy? Kau tak nak melawat dia lagi ke? Hayden—"

"Kau diam sekejap, boleh tak?!" Jerkah Hayden

Aryan tersentak. Senyumannya mati, diganti dengan wajah serius menatap Hayden tajam. Matanya mengerling sekilas ke arah majalah yang sudah terkoyak muka hadapannya di atas meja itu. Senyuman sinisnya kembali terukir.

"I see..." Aryan mengangguk-anggukkan kepala. "You're becoming like your father."

Bam!

Permukaan meja dihentak kuat. Hayden berdiri merenung tajam Aryan yang sedang tersenyum mengejek di hadapannya. Nafasnya kencang, cuba menahan rasa marah.

"You don't talk about my family like that!"

Aryan ikut berdiri. Dia tenang berpeluk tubuh, menentang berani mata helang milik Hayden. Sedikit pun dia tidak gentar dengan lelaki yang dianggap 'bom jangka' oleh orang yang mengenali lelaki itu. Baginya, melihat Hayden 'meletup' saat ni sangat memuaskan hatinya.

"So, jangan jadi macam ayah kau! Jangan buat aku menyesal sebab kenalkan kau pada Lucia lima tahun lepas! Lucia is not your mother, Hayden. She's nothing like her. Don't you dare to hurt her when there's someone who treats her better!" Suara Aryan naik, melawan tengkingan Hayden tadi. Rahangnya diketap kuat. Kedua-dua tangannya dikepal erat.

"No one tells me what to do." Desis Hayden geram.

Mendengar jawapan Hayden, Aryan tertawa sarkastik. Tawanya semakin galak sehingga bergema pejabat Hayden itu dengan gelaknya sahaja. "We are really fighting over a woman now." Sindir Aryan bersama dengan sisa tawanya.

Hayden cuma memerhati Aryan dengan ekspresi kesal. Dia berdengus kasar dan memalingkan muka ke arah lain.

Aryan berhenti ketawa, sedar bahawa kata-katanya tadi tidak sedikit pun membuatkan Hayden tergugat. Pandangan dialihkan ke arah muka hadapan majalah yang sudah renyuk tadi.

"But I'm considering we are even...for now." Aryan membetulkan helaian majalah yang mempamerkan dia dan Arabella sedang berpelukan itu. Dia tersenyum kemenangan saat melihat air muka Hayden yang semakin berang.

"Berambus sebelum tangan aku naik ke muka kau."

Tawa Aryan kembali menghiasi bibir. "I hope you think about me when you're kissing her.
And that she takes you to the places we've already been. La, la, la..." Aryan menyanyi kecil sambil membawa langkahnya keluar dari pejabat Hayden.

Hayden mengepal buku lima. Semakin berombak dadanya mendengar bicara Aryan yang berjaya mengapi-apikan semula hatinya. Semua majalah di atas mejanya dicapai dan dicampak kasar ke dalam tong sampah. Tubuh dihempas ke atas kerusi. Dia bersandar sambil menarik dan menghembus nafas berkali-kali, cuba untuk bertenang semula.

Selepas nafasnya kembali teratur seperti sedia kala, butang interkom ditekan. "Julia, beritahu Ace, saya nak Lucia berhenti jadi model. Batalkan semua penggambaran dia dan pastikan berita ni tersebar dekat media sosial. Lagi satu, buang semua gambar, majalah, iklan dan poster Lucia. Ganti rugi, saya bayar tiga kali ganda. Terima kasih." Dingin suara Hayden memberi arahan kepada setiausahanya di luar. Dia kemudiannya berdiri dan melangkah keluar dari pejabatnya. Tiada rasa mahu meneruskan kerjanya hari ini. Semua ini salah Aryan.

"Eh? Tuan Hayden, pasal Lucia—"

Hayden mengangkat tangan kanannya, serta-merta menghentikan bicara Julia dan terus meloloskan diri ke dalam lif. Julia menelan liur ketika menangkap wajah tegang Hayden. Perlahan-lahan dia kembali duduk semula di tempatnya.

Di dalam lif, Hayden menghantukkan perlahan belakang kepalanya pada dinding cermin di situ. Matanya dipejam rapat. Fikirannya menjadi serabut. Tentang Lucia dan tentang Arabella.

'I see, you're becoming like your father.'

Kata-kata Aryan kembali berputar di dalam kepalanya bagaikan kaset rosak. Hayden mengerang perlahan. Tidak suka dengan apa yang sedang dia rasakan sekarang. Tak. Tak. Dia bukan seperti ayahnya. Dia tidak akan pernah pun menjadi seperti ayahnya. Itu sumpah seorang Hayden dahulu.

Ting!

"Kau dah tengok yang tu?"

"Oh, edisi baru tu ke?"

"Dia hot gila dalam tu."

Hayden mencelikkan sebelah matanya apabila tiga orang pekerjanya masuk ke dalam lif itu. Lif yang tadinya sunyi, bertukar bising dengan suara mereka yang seronok berbual tentang sesuatu. Hayden kembali memejamkan matanya, tidak mengendahkan pekerja bawahannya itu dan mereka bertiga juga seperti tidak perasan bahawa majikan mereka ada di dalam lif yang sama.

"Yang ni, yang ni. Kau tengoklah badan dia. Fuh! Kalau aku dapat ni, memang tak keluar bilik. Haha!"

"Kau rasa apa saiz dia? Aku teka, B cup?"

Hayden membuka matanya apabila mendengar perbualan tiga orang lelaki itu yang semakin kedengaran mencurigakan. Dia memerhati lama mereka dari belakang yang sedang melihat sesuatu di tangan salah seorang rakan mereka. Kepalanya dijengukkan sedikit untuk melihat sesuatu itu.

Mata Hayden terbutang luas tatkala melihat mereka yang sedang menatap gambar milik Arabella di dalam sebuah majalah. Hayden mengetap rahang. Bagaikan pemasa pada bom yang kembali aktif, ini adalah tiga saat terakhir sebelum ia meledak.

Tiga.

"Muka innocent macam Lucia ni, agaknya macam mana rupa dia masa dia...cum?"

Dua.

"Shit! Aku baru terbayang dah turned on!"

Satu.

Tap!

"Eh?" Ketiga-tiga mereka kaget apabila lif tiba-tiba berhenti bergerak tetapi pintu tidak pula terbuka. Pandangan mereka serentak teralih kepada Hayden yang menekan butang kecemasan untuk menghentikan lif itu. Serta-merta, air muka mereka berubah cuak.

"Tu—Tuan Hayden."

"Tuan...bila tuan masuk?"

"Tuan Hayden..."

Hayden merenung tajam satu per satu wajah pucat tiga orang lelaki itu. Tag nama yang dipakai mereka diperhati. Jawatan yang tertera pada setiap tag nama itu membuatkan senyumannya terukir senget.

"Chief Marketing Officer, Chief Human Resources Officer and Chairman. Thank you for your cooperation and contribution. Enjoy your last day—"

"Tuan! Tolong jangan pecat saya! Saya ada keluarga! Saya merayu!" Seorang pekerjanya melutut dengan kepala tertunduk ke lantai diikuti oleh dua kawannya yang lain.

Hayden tertawa sinis. "Oh, I'm not talking about your last day working."

"Huh?"

Buk!

"Argh!"

Hayden menghela nafas berat. Cincin perkahwinan di jari manisnya dibetulkan. Seorang lelaki yang sudah jatuh terbaring di atas lantai lif itu dengan hidung yang berdarah, ditatap kosong. Tidak cukup dengan satu tumbukan, kolar baju lelaki itu ditarik kasar sebelum buku limanya dilayangkan lagi, lagi dan lagi di tempat yang sama tanpa belas kasihan, sehingga yang keluar dari mulut lelaki itu adalah darah dan gigi berserta kulit pipi dan dahi yang terkupas.

Puas mengerjakan satu, pandangan dialihkan pula kepada dua orang lelaki yang sudah terduduk, bersandar di dinding dengan muka tidak berwarna, melihat rakan mereka dikerjakan kejam oleh Hayden.

"Muka bangsat macam kau ni, agaknya macam mana rupa dia bila mata tu tak ada?" Sindir Hayden bersama dengan senyuman yang terukir tajam.

"Tu...Tuan Hayden..."

"Shh! Suara kau...jijik. Aku tak nak dengar." Bisik Hayden sambil jalan mendekat kepada mereka dan duduk bercangkung di hadapan dua orang lelaki itu. Dengan ekspresi psiko, kepala disengetkan, merenung kedua-dua wajah pucat itu.

Majalah yang sudah berada di atas lantai, diambil dan gambar Arabella pada helaian itu ditunding berkali-kali. "She's my wife and no one messes with my wife. No. One. Messes. With. Mrs. Raphael." Satu persatu perkataan ditekan, memastikan lelaki-lelaki berperangai syaitan itu mengerti akan kata-katanya.

"Don't talk shit, when you look like a shit. Got it?"

Laju mereka berdua mengangguk. Hayden diam seketika, mencerlung tepat pada dua pasang mata itu. Tepi bibirnya dijilat sebelum kepalanya digeleng perlahan.

"No, no you don't..." Hayden berdiri. Cincin pada tangan kanannya dibuka dan disarungkan pula pada tangan kiri.

"Tu—Tuan! Saya minta ma—"

Buk! Buk! Buk!




































































































BADAN Sahsimi yang sedang duduk di atas ribanya dibelai lembut sambil dia bernyanyi kecil. Buaian yang menjadi tempatnya bersantai pada petang itu dihayun perlahan. Fokus Arabella teralih kepada sebuah kereta mewah yang masuk ke dalam perkarangan rumah itu. Dia segera berdiri dan senyumannya terukir lebar apabila melihat Hayden yang pulang dari pejabat lebih awal daripada kebiasaan.

Sashimi diletakkan semula ke dalam sangkar, kemudian dia berlari mendapatkan Ace dan Hayden yang baru keluar dari kereta.

"Hayden—"

"Puan." Ace menahan tubuh Arabella daripada mendekati Hayden. Arabella mendongak, memandang wajah serius Ace sebelum pandangannya terarah kepada Hayden yang berjalan laju masuk ke dalam rumah. Matanya membesar apabila menangkap baju kemeja putih Hayden yang sudah comot dengan tompok-tompok darah dan tangan lelaki itu pula penuh dengan kesan lebam dan luka.

"Hayden...kenapa?"

Ace menggeleng. Tidak tahu bagaimana mahu menerangkan kepada Arabella. Hanya keluhan dilepaskan pada akhirnya.

"Saya nak call Doktor Deanna sekejap." Ace mengeluarkan telefon bimbitnya dan berlalu pergi untuk membuat panggilan. Arabella cuma memerhati belakang tubuh Ace. Dia menoleh ke arah pintu rumah sebelum berlari masuk ke dalam.

Langkahnya diatur ke dapur. Sehelai kain, semangkuk air dan juga kit pertolong cemas diambil kemudian bilik Hayden dituju. Tanpa ragu-ragu, pintu bilik Hayden dibuka dan dia terus meluru masuk ke dalam.

Hayden yang sedang duduk di atas lantai dengan kepala tertunduk ke bawah itu dihampiri. Arabella melutut di hadapan Hayden dan terus membasahkan tuala lalu tangan Hayden dicapai. Hayden yang tersentak dengan sentuhan itu, menepis kasar tangan Arabella.

"Go away." Dengus Hayden.

Arabella tidak bergerak. Dia merenung Hayden yang masih menundukkan wajahnya ke lantai. Sekali lagi tangan itu cuba dicapai.

Pak!

"Fuck, Bella! I said go away!" Jerkah Hayden sebelum menepis kuat segala bekas air dan ubat-ubatan, jatuh ke lantai. Wajahnya diangkat, merenung tajam wajah tenang milik Arabella.

Arabella terkedu apabila melihat pipi Hayden yang basah serta mata lelaki itu yang tampak kemerahan. Kain di tangannya digenggam kuat. Dia bangun dan mengemas air yang tumpah serta kit pertolongan cemas yang bertaburan di atas lantai kerana tepisan Hayden tadi.

Hayden memerhati seketika Arabella yang sedang mengemas itu. Dia berdecit. Mukanya diraup kasar dan wajahnya kembali disembunyikan.

Habis mengemas, Arabella kembali mengambil tempatnya di hadapan Hayden. Untuk kali terakhir, tangan Hayden diambil. Kali ini tangan itu digenggam kuat sebelum Hayden berjaya menepisnya.

"Bella!"

"Awak boleh marah saya nanti. Sekarang, bagi saya ubatkan awak dulu, okay?"

Hayden terdiam. Arabella yang sudah mula mengubati tangannya dipandang lama. Wanita ini...langsung tidak takut ke dengan keadaannya saat ini?

Sepasang mata hazel itu tidak teralih sedikit pun daripada merenung wajah lembut yang sedang ralit merawatnya itu. Rahangnya diketap rapat. Tumpuan segera dipalingkan daripada terus memandang Arabella.

"Saya jadi macam ni sebab awak, Bella." Tutur Hayden perlahan membuatkan Arabella mendongak dan tangannya berhenti bekerja buat seketika.

"Kalau saya tak kenal siapa awak, kalau saya tak jumpa awak dan kalau saya tak selamatkan awak dulu, benda ni takkan jadi. Saya takkan jadi Hayden yang dulu. Saya takkan jadi macam ni." Sambung Hayden lirih. "Saya tak nak jadi macam ayah saya..."

Arabella tersenyum pahit dan menyambung semula mengubati tangan Hayden dengan telinga yang masih setia mendengar luahan lelaki itu.

"Daddy tinggalkan mommy sebab perempuan lain dan mommy tinggalkan saya sebab daddy. Saya tak ada sesiapa dalam dunia ni selain mak ayah saya, Bella. When she left, I've got nothing." Hayden memejam matanya seketika, mengelak daripada air matanya terus bergenang.

"Lepas mommy pergi, mak tiri saya layan saya macam anjing kurap. Bila saya mengadu pada daddy, dia tak percaya, dia tak nak dengar. Saya tak boleh tidur setiap malam. I'm afraid of my own dreams."

Hayden diam seketika. Dia mendongak, merenung kosong siling putih biliknya.

"One day, daddy tangkap mak tiri saya curang dengan lelaki lain dan daddy terus ceraikan dia hari tu juga. Hari tu, hari paling bahagia dalam hidup saya—No, no. Hari tu, hari kedua paling bahagia dalam hidup saya. Hari pertama, bila saya puas tengok daddy menyesal, merayu, mengesot macam pengemis dekat kaki mommy, minta mommy balik pada dia. I was smiling, Bella. It felt so great to see him like that." Senyuman sinis terukir pada bibir merah Hayden. Teringat semula bagaimana ayahnya menangis di kaki ibunya, dia rasa puas.

Selepas beberapa saat, senyumannya mati diganti dengan mata yang kembali berkaca. "Tapi semua rasa tu tak lama. Mommy tak terima daddy dan masa tu baru saya sedar, bila mommy buang daddy, mommy buang saya juga, anak dia sendiri."

"Months later, daddy jatuh sakit dan dia meninggal. Saya tak sedih, daddy layak terima semua tu. Sebenarnya, saya tak rasa apa-apa. I became this one person that everyone hates. He's a time bomb. He is me...right now."

Arabella mula membalut tangan Hayden. Wajahnya tidak sedikit pun diangkat memandang lelaki itu. Dia terus fokus merawat tangan Hayden, lebih tepat lagi, dia sedang menyembunyikan wajah mendungnya.

"Tapi, Lucia Aralyn. Dia datang waktu saya rasa putus asa dengan dunia. Depan tasik, dia tengah melukis sebelum dia datang dan cuit hidung saya." Hayden tertawa halus sebelum pandangan ditumpukan kembali kepada Arabella yang sudah mengemas semula kit pertolongan cemas selepas selesai mengubati tangannya.

"Saya cintakan Lucia, Bella. Saya tak nak ulang kesilapan ayah saya."

Arabella terus membisu. Tangannya sibuk mengemas. Dia mula mengerti ke mana arah cerita Hayden akan pergi.

Hayden mengemam bibir sekejap, mencari kekuatan untuk meneruskan bicaranya. "Lucia akan sedar nanti. Mungkin ambil masa berminggu atau paling lama berbulan. Tapi saya dah buat keputusan." Nafas ditarik dan dihembus perlahan.

"Saya akan lepaskan awak sekarang."

Ayat itu keluar dalam nada yang lembut tetapi hentamannya kuat ke dada Arabella. Hentaman yang tidak meninggalkan apa-apa kecuali satu nafas yang membuatkan dia sesak.

"Sekarang?" Tanya Arabella bersama pandangan yang mula berbinar dengan air mata. "Boleh saya stay sini lagi seminggu? Saya nak ajak awak pergi pantai esok. Boleh awak pergi dengan saya?" Senyuman cuba dia ukir semanis yang mungkin. Tangannya mencapai tangan Hayden yang sudah dibalut rapi dan menggenggamnya hangat.

Hayden mengeleng dan membuang pandangannya ke arah lain. "Sorry, I can't...be with you anymore. Meeting you was a mistake. Marrying you was the biggest mistake. Saya tak patut setuju dengan rancangan mama. You always make me feel, Bella...you always make me feel..." Bicara Hayden terhenti seketika.

Dia menggeleng lagi. Kepala ditundukkan ke lantai semula. "I don't like this feelings. I want it to stop. Now."

Senyuman Arabella mati sebelum satu per satu air matanya jatuh ke pipi.

"Apa salah saya?"

Hayden merentap perlahan tangannya dari genggaman Arabella dan berjalan menuju ke balkoni. Kotak rokok dan pemetik apinya dikeluarkan.

"You terrify me, Love Arabella."

Arabella merenung kepulan asap rokok yang dihembus oleh Hayden. Air mata di pipinya dikesat dengan belakang tangan.

"All I did was smile..." Gumamnya lemah.

"Saya dah batalkan semua penggambaran Lucia dan awak takkan gantikan tempat dia lagi. Esok Ace akan hantar awak balik rumah mama."

Arabella terdiam. Lambat-lambat tangannya mencapai kit pertolongan cemas. Dia berdiri dan melangkah ke pintu tanpa sebarang bicara lagi. Sebelum dia keluar, cincin di jari manisnya dibuka dan ditinggalkan di atas katil Hayden.

Hayden mengerling pintunya yang sudah tertutup rapat selepas Arabella keluar dari situ. Pandangannya dialihkan kepada sebentuk cincin yang ditinggalkan oleh Arabella tadi. Dia melihat pula cincin yang sudah sedikit remuk di tangannya.

Mata dipejam rapat seketika. Dia tidak tahu jika ini adalah keputusan terbaik atau tidak. Tapi apa yang dia tahu, dia perlu jauhkan dirinya daripada Arabella kerana semakin lama dia bersama dengan wanita itu, semakin mudah dia melupakan perasaan cintanya terhadap Lucia.

Dan itu adalah satu berita buruk. Dia tidak mahu menyesal seperti ayahnya nanti. Dia tidak mahu kehilangan sesuatu yang dia sayang lagi.

Rokok yang berada di tangannya dibuang. Tangannya yang berbalut dipandang lama. Sentuhan Arabella semasa merawatnya tadi masih terasa hingga sekarang. Hujung jari runcing lembut yang menari pada kulitnya serta genggaman hangat wanita itu, semuanya masih dapat dirasakan. Keluhan dilepaskan.

"These are just feelings, Hayden. They'll go away."

Continue Reading

You'll Also Like

51.2K 5.8K 19
RAAIF MATEEN | RAIHANA MIKAILA Peluang tak pernah wujud untuk manusia sejelek dia. Peluang tak pernah hadir untuk manusia yang tak sempurna seperti d...
5.6M 302K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...
657K 25.1K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
58K 3.7K 48
" 𝐈 𝐰𝐢𝐬𝐡 𝐲𝐨𝐮'𝐝 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐦𝐞 𝐥𝐢𝐤𝐞 𝐭𝐡𝐞 𝐰𝐚𝐲 𝐈 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐲𝐨𝐮 " Beria? Ya, itulah Nayla Atheera. Jatuh cinta pada lelaki itu pa...