[C] SUAMI HIGH CLASS •JK ☑️

By menantuPakcikJeon

115K 12.3K 3.6K

Laki dia si High Class vs Bini dia Si minah dobi. Ahn Yeonha dan Jeon Jungkook dipertemukan didalam keadaan m... More

SHC 1
SHC 2
SHC 3
SHC 4
SHC 5
SHC 6
SHC 7
SHC 8
SHC 9
SHC 10
SHC 11
SHC 12
SHC 13
SHC 14
SHC 15
SHC 16
SHC 17
SHC 18
SHC 19
SHC 20
SHC 21
SHC 22
SHC 23
SHC 24
SHC 25
SHC 26
SHC 27
SHC 28
SHC 29
SHC 30
SHC 31
SHC 32 • BARISAN WATAK •
SHC 33
SHC 34
SHC 35
SHC 36
SHC 37
SHC 38
SHC 39
SHC 40
SHC 41
SHC 42
SHC 43
SHC 44
SHC 45
SHC 46
SHC 47
SHC 48
SHC 49
SHC 50
SHC 51
SHC 52
SHC 53
SHC 54
SHC 56
SHC 57
SHC 58
SHC 59
SHC 60
SHC 61
SHC 62
SHC 63
SHC 64
SHC 65
SHC 66
SHC 67
SHC 68
SPOILER • 69 & 70 •
SHC 69
SHC 70 • FINAL •
Season 2 is Coming !

SHC 55

770 104 12
By menantuPakcikJeon

Yeonha menilik sekeping gambar yang dia ambil dari fail lama Jungkook.

Dia masih belum dapat percaya yang gadis dalam gambar itu mirip dengan wajahnya.

Gambar itu diterbalikkan dan disitu tertera nama Kim Taeha.

Dan dia sebenarnya dah terdengar perbualan antara Jimin dan Jungkook petang tadi.

Kerana hatinya terlalu ingin tahu siapa perempuan yang dikatakan oleh Jungkook dan Jimin itu, dia nekad untuk cari tahu siapa sebenarnya gadis dalam gambar ini .

Kenapa Jungkook tak pernah berterus terang dengan aku pasal gadis ini ?

Dan kesimpulan nya , Yeonha sudah mula berfikir yang bukan-bukan.

Bunyi tapak kaki seseorang mematikan lamunannya , lalu dia cepat-cepat menyorokkan gambar itu didalam poket seluar.

" Ya..."
Dengan muka teruja Yeonha hampir terpeluk seseorang dimuka pintu.

Dan ternyata orang itu adalah...
Kus semangat aku, nasib baik tadi jantung aku ni tak terkeluar .

" Eh eh..."

" Ni mesti ingat Jungkook yang masuk,kan ? Eleh, takkan dah rindu ..."
Usik Jiyoon yang datang ke bilik Yeonha.

Yeonha malu sekejap bila kena usik macam tu dengan Jiyoon. Tahu lah aku dengan adik dia sekarang ni dah berbaik.

Tapi janganlah selalu usik macam tu, kita mudah malu tau awak.

" Mana adalah. Hari-hari tengok muka dia takkan lah rindu. Ada apa eonnie datang bilik ? Ada makan-makan ke ? "

Tanya Yeonha yang mula dapat meneka air muka Jiyoon yang sentiasa tersenyum itu.

" Ala, Yeonha ni. Eonnie baru nak suruh dia teka. Sekali dia boleh jawablah..."

" Lah, ya ke ? Hahaha! "
Ketawa Yeonha yang tidak menyangka jawapannya betul.

Bijak juga aku ni.

" Jom! Semua dah tunggu kita. Malam ni kita makan ayam goreng ! "
Dengan terujanya Jiyoon menarik tangan Yeonha untuk turun ke bawah.

" Jungkook ? "
Tanya Yeonha . Mesti dia ada jugakan ? Aku baru nak merajuk dengan dia.

Cis !

" Jungkook tak join kita. Dia kalau demam tak suka makan bergoreng. Daddy pun tak join juga. Dia on diet ..."

" Oh, daddy on diet pula. Takpe, yang penting kita kena makan untuk teruskan hidup. Jom, eonnie ! "

" Jom, eonnie tahu Yeonha suka makan-makan..."

" Oh, mesti..."

***

" Masuk...

" Jungkook nak kacau daddy,boleh ? "
Jungkook masuk dalam keadaan tersengih dalam bilik kerja Tuan Jeon.

Dan terlihat daddynya itu sedang menulis sesuatu pada buku kerjanya.

" Ya, Jungkook. Ada apa ? Tak join noona dengan yang lain ke ? Kata ada makan-makan ..."
Terus buku dihadapannya itu ditutup dan menumpukan kepada anak lelakinya.

" Tak join pun, kan Jungkook tak berapa sihat. Jadi, Jungkook dah belanja diorang makan ayam goreng. Bolehlah makan puas-puas. "
Senyumnya lalu menarik kerusi dan duduk menghadap Tuan Jeon.

" Aii, daddy tengok Jungkook ni lain macamlah. Ada apa-apa yang daddy tak tahu ? "
Usiknya.

Mana taknya, dengar cerita orang tu baru jatuh cinta lepas balik dari honey moon.

Kan dah cakap, diorang ni ada jodoh yang kuat. Jungkook je yang tak nak percaya.

" Mana adalah, daddy. Biasa je..."
Jungkook menundukkan wajahnya segan bila kena usik dengan Tuan Jeon.

" Jungkook nak kongsi apa dengan daddy malam ni ? Anytime, daddy sedia mendengarnya."

" Aigoo, Jungkook malulah. Hmm, sebenarnya..."

***

" Cuba cari movie best sikit, Yoongi. Saya dah tengok cerita ni hari tu. Tak best pun..."
Jiyoon menyedut air cola yang berada dalam gelasnya.

Manakala, Namjoon dengan Yoongi sedang mencari channel movie yang best untuk mereka semua layan malam ni.

" Cik Jiyoon nak layan movie apa ? Action, romantic, comedy ? "
Tanya Namjoon yang sentiasa tahu dan update dengan cerita terbaru.

" Movie romantic tu best tak ? "

" Nampak macam best, Cik Jiyoon. Buat masa sekarang, cerita ni rating yang paling tinggi. "

" Sejak bila Cik Jiyoon suka layan movie romantic ni ? Ke dah ada buah hati? "
Soal Yoongi yang sentiasa ingin mengorek rahsia anak majikannya itu.

Dia dah biasa bergurau macam tu dengan Jiyoon. Dia baik.

" Kenapa eh kalau nak layan movie romantic mesti kena cop ada buah hati lah, namchin lah. Biasalah tu, kadang-kadang layan pun best juga. Betul tak, Namjoon ? ".

Jawab Jiyoon bagi menyembunyikan perasaannya.
Padahal memang betul tekaan Yoongi tu, dia memang dah jatuh hati pada seseorang. Tapi...

" Betul-betul. Saya yang single ni pun layan je apa pun janji best !"

***

" Banyaknya dia order. Siapa nak habiskan ? "
Yoonji dan Yeonha membibit beberapa plastik makanan yang baru sahaja sampai dimuka pintu rumah.

Dan mereka terus membawanya  ke bilik pawagam .
Yang specialnya dekat rumah Jungkook ni, ada bilik pawagam.

Kalau diorang ada masa free, bolehlah set masa layan movie sama-sama. Siap order makan dari luar lagi.

Syok juga duduk dalam rumah ni. Tak payah nak keluar dah .

" Dia tu siapa ? "
Tanya Yeonha siap mengambil bau ayam goreng yang berada dalam plastik itu.

Tak sabarnya nak makan. Aku dah lapar ni!

" Yoonji ingat eonnie dah tahu siapa. Ini semua Tuan Jungkook lah yang belanja. Tak pernah-pernah dia belanja kami ayam goreng banyak macam ni. "

" Eonnie, rezeki jangan pernah ditolak. Kita makan puas-puas malam ni ".
Ketawa Yoonji yang memang sedia sudah berjangkit dengan Yeonha.

Suka makan !

" Oh ya ke ? Ala, mungkin noona dia yang suruh kut. Dia kan takut dengan noona dia tu. Takkan kau tak tahu. "
Kata Yeonha selamba badak. Dia pun buat pertama kali dengar pun terkejut.

Takkan lah perangai Jungkook dah berubah perangai dia 100 peratus ?

Ajaib !

" Mungkinlah... mungkin. Tu la, tiba-tiba dia belanja,kan ? Tak kisahlah, yang penting malam ni kita enjoy puas-puas ! "

" Haa, boleh je. Kau pun kena habiskan ayam ni malam ni. Kau kena makan banyak, nanti belajar senang nak masuk ilmu. Jomlah, nanti diorang tertunggu-tunggu kita."

***


" Ayam dah sampai ! "
Yoonji berlari ke arah mereka bertiga dan ditemani Yeonha bersama.

" Banyaknya. Siapa belanja ? "
Tanya Namjoon yang membantu  Yoonji membawa keluar ayam goreng dari plastik dan diletakkan di atas meja.

" Tak payah tanyalah siapa yang belanja. Yang penting kita melantak kenyang-kenyang malam ni. Kau pun suka, Namjoon kan ? "

" Oh, mesti. Saya memang suka ayam goreng. Yoongi, pergilah ambik popcorn kau tu. Tadi kau cakap, kau buat popcorn kan ? "

" Cakap pasal popcorn, nasib baik kau ingatkan aku.  Kalau tak, tak syok aku nak layan movie malam ni ".

Yoongi berlari keluar untuk mengambil popcorn yang dia sendiri masak petang tadi.

Jiyoon hanya tersenyum melihat telatah mereka. Kalau diorang takde, alamatnya memang sunyi rumah ni.

Nak harapkan Jungkook, dia mana kisah.

" Dah, sambil tengok movie sambil kita makan. Yeonha dengan Yoonji, makanlah. Ambik pizza dengan ayam tu sekali. "
Pelawa Jiyoon sambil menggigit nugget itu.

" Nae, jemput makan semua ! "

***

" Wey, Yeonha...duduklah dulu. Cerita dah nak habis ni. Ayam ni banyak lagi . "
Panggil Yoongi kepada Yeonha yang sudah mahu lari dari situ akibat kekenyangan yang sangat melampau.

Dahlah tengok movie dalam gelap, eloklah sambil makan lepas tu tidur.

Macam mana aku tak gemuk.

" Betul tu, ayam dengan pizza ni siapa nak habiskan? Yeonha..."
Panggil Jiyoon juga.

" Korang habiskanlah. Aku dah kenyang gila ni. Lagipun mata aku ni dah tak boleh nak buka. Mengantuk ..."
Yeonha menguap seluas-luasnya untuk memberi alasan untuk lari dari situ.

 " Tak sportrim lah kau ni. Pergilah naik bilik kau..."
Yoongi acah-acah marah .

" Bye semua, selamat malam ! Kita jumpa esok, okay ? "

Terus Yeonha keluar dari bilik itu dan menuju ke tangga untuk naik ke bilik.

***

" Mana pula aku letak ni. Tadi masa aku tunjuk dekat Jimin ada je, sekarang dah hilang pula ? "
Jungkook terduduk mencari barang didalam almarinya . Habis dia selongkar agar barang dia ingin itu ditemui .

" Tak, benda tu tak boleh hilang. Aku ada satu je gambar tu...aigoo ! Memang aku letak sini tadi. "

Yeonha membuka pintu bilik dan melihat Jungkook sedang mencari sesuatu didalam almari.

Dia terus berpaling ke belakang agar Jungkook tidak perasan dia masuk ke dalam bilik.

" Alamak ! "
" Jungkook ada dekat bilik pula dah..."
" Mesti dia cari gambar tu ? "
" Macam mana ni ?! "

Jungkook perasan, seperti ada seseorang dibelakang nya.
Terus dia berpaling...

" Yeonha, kau ada nampak..."

Belum sempat Jungkook menghabiskan ayatnya, terus Yeonha berlari turun ke bawah.

Cis, nampak sangat kau ni penakut Yeonha.

" Yeonha ..."
Jungkook berasa pelik dengan perangai Yeonha yang tiba-tiba sahaja dingin dengannya.

Dia ada buat salah ke ?

Terus Jungkook berlari mengikut langkah Yeonha yang sudah laju turun ke bawah.

Kenapa Yeonha nak lari ?

Yoongi, Yoonji, Namjoon dan Jiyoon yang baru sahaja keluar dari bilik pawagam memandang pelik ke arah Yeonha yang tiba-tiba sahaja berlari keluar dari rumah.

" Aikk, tadi cakap mengantuk sangat. Ini sah kaki kencing ..."
Dengan selamba Yoongi mengata Yeonha.

Tak sampai beberapa saat selepas itu, mereka memandang pula ke arah Jungkook yang turut berlari mengikut Yeonha.

" Ada pertandingan lumba lari ke dalam rumah ni ? Tadi Puan Yeonha sekarang Tuan Jungkook pula ? "
Celah Namjoon bersuara diantara mereka bertiga.

" Ini tak lain tak bukan, ulat bulu naik daun..."
Jiyoon ketawa memikirkan perangai adik dan adik iparnya itu.

" Lantaklah, asal diaorang bahagia..."

***

" Dah, janganlah kejar aku . Aku dah penat ! "
Yeonha cuba mencuri nafas gara-gara penat berlari membawa perut yang sudah kekenyangan.

Akhirnya, dia terduduk di atas rumput diluar halaman rumah Jungkook.

Manakala, Jungkook mengelap peluh di dahinya. Huh, marathon dari tingkat atas sampai bawah. Nasib baik tak semput.

" Kenapa kau lari ? Aku kejar lah..."
Termengah-mengah Jungkook bercakap lalu duduk disamping Yeonha.

Yeonha cuba mengelak sedikit agar Jungkook tidak rapat dengannya.

Hati dia masih merajuk tau.

" Kau kenapa ni ? Macam nak mengelak dari aku je ? "
Soal Jungkook ingin kepastian dari isterinya itu.

Malah Yeonha mendiamkan dirinya. Dia malas nak bersoal jawab dengan Jungkook malam ni.

Biar Jungkook kebiolan seorang diri.

" Yeonha, aku ada buat salah ke ? Kau makan ayam banyak tak tadi ? Sedap ? "
Itu sahaja modal Jungkook ada untuk cuba memujuk Yeonha.

Dah kenapa Yeonha tiba-tiba dingin dengannya. Ini sengaja mahu mencari perang.

" Aku tahu kau mesti makan banyak,kan ? Kau kan suka ayam. Sebab tu aku beli banyak, nanti kau boleh makan puas-puas. "

" Bila kau makan banyak, nanti pipi kau ni naik lemak. Senang aku nak cubit-cubit pipi kau tu ".
Jungkook mencapai pipi Yeonha yang gebu itu lalu dicubit geram.

" Sebab itu adalah punca kecomelan kau , aku pun lagi bertambah sayang ..."

Yeonha menepis perlahan tangan Jungkook dari menyentuh pipinya.

" Kau bukan sayang aku pun..."
Ujar Yeonha memalingkan wajahnya dari melihat Jungkook.

" Siapa cakap aku tak sayang ? Aku sayanglah..."

" Kalau kau sayang aku, kenapa kau perlu simpan gambar perempuan lain ? "

Jungkook pelik dengan soalan Yeonha. Ini bau macam ada orang cemburulah. Hehehe!

Jungkook ketawa dengan pertanyaan Yeonha. Pertama kali Yeonha cemburu dengannya. Dah kenapa ?

" Kau gelak ? Kau gelak kan aku ?! Kau ni ! "
Yeonha terus cubit dada Jungkook dan Jungkook menjerit kesakitan.

" Memanglah aku gelak, soalan kau merapu kut, Yeonha. Soalan tak logik langsung..."

" Tak logik ? Memang kau ada simpan gambar perempuan lain pun kan ? Tak payah nak berahsia lah, Jungkook. "

" Cuba kau bagitahu aku gambar perempuan mana ? Gambar mommy , noona ? "

" Sampai hati kau kan tak berterus terang  dengan aku ? Takkan benda macam tu pun nak aku siasat pula ".

Senyuman Jungkook mati apabila kedengaran ayat Yeonha seperti serius.

" Kau merajuk dengan aku ke sayang ? "

" Takde masa lah nak merajuk. Siapalah kita ni merajuk dengan dia. Dah lah hidung tak mancung, pipi pula terlebih lemak. "

Dah lama hidup atas muka bumi ni lah kali pertama Jungkook dengar perumpamaan sebegitu dari Yeonha.

Agak savage.

" Kalau aku ada salah aku minta maaf, tapi betul sumpah ! Aku tak tahu apa-apa pun. "

"Bagitahulah , jangan buat aku insecure macam ni. Aku tak suka lah tengok mulut kau panjang macam tu, rasa macam nak gigit je "
Dengan penuh perasaan Jungkook berkata.

Yeonha meraba kawasan mulutnya. Aik, bila masa mulut aku pernah panjang ? Sah, Jungkook sewel.

" Takpelah, tak penting pun kalau aku merajuk . Kau bukan kisah pun. Takpe, aku nak naik tidurlah. Nanti bangun pagi esok aku okaylah tu."

Mendengar sahaja ayat sebegitu terpancul dari mulut Yeonha , terus Jungkook merangkak ke arah Yeonha yang duduk disebelah nya .

Yeonha panik ! Jangan buat apa- apa !

" Kau cakap macam tu lagi , jangan harap aku dengan kau selamat malam ni ..."

Yeonha bertentang mata dengan Jungkook yang sudah memandangnya dari atas hingga bawah.

Nampak je rilek macam ni, kalau boleh rasa nak terjun je dalam kolam renang hujung sana tu.

Memikirkan semua orang dalam rumah mungkin sudah tidur , mesti diorang fikir pelik natang apa Yeonha dengan Jungkook tengah buat malam-malam buta dekat luar.

" kau nak buat apa ni ? "
Tergagap Yeonha dibuatnya. Dia masih belum bersedia. Huwaa ! Aku takut !

" Kalau kau tanya aku , aku nak buat apa ? Of courselah aku nak..."
Tangan Jungkook mula menyusuri paha Yeonha hingga ke atas.

Yeonha mula geli !
Jungkook , kau nak buat apa ni seton !
Matanya dipejamkan rapat.

Dan akhirnya Jungkook ketawa melihat muka Yeonha yang sudah naik biru.

Gila !
Kecut perut dibuatnya, Yeonha mengurut dadanya kerana terlalu suspen dengan kelakuan Jungkook tadi.

" Kenapa ? Kau ingat aku nak bukan-bukan ke ? Kalau aku nak aku minta la, tak mainlah terjah macam tu ",
Kata-kata Jungkook itu membuatkan Yeonha menepuk dahi malu.

Suka betul fikir yang bukan-bukan.

" Ni siapa ? Takkan pasal benda ni pun kau tak nak bagitahu aku ? Sebab aku tak penting dalam hidup kau ? "
Yeonha membawa keluar sesuatu dari poket seluar tidurnya.

Dan mata Jungkook membulat. Yeonha dah tahu ke ?

" Mana kau tahu pasal benda ni ? "
Tanya Jungkook cuba memandang ke dalam anak mata Yeonha.

" Dari mana aku tahu kau tak payah risau. Aku cuma nak tahu pasal dia ni je..."

Jungkook teringat kembali akan kata-kata Jimin pada nya petang tadi.

" Kau tak tipu kan dengan perasaan kau ? Aku tak nak nanti kau anggap Yeonha tu Taeha. Aku risau, kau meletakkan harapan palsu gara-gara nak melupakan kisah lalu. "

" Jangan mainkan perasaan Yeonha, Jungkook. Dia lah orang yang terbaik dan layak untuk bersama kau. Aku tak nak suatu hari nanti dia kecewa bila dia dapat tahu. Better kau bagitahu dia lepas ni . Jangan pernah berahsia, walau sekecil mana pun benda tu. "

Jungkook melepaskan keluhan kecil. Aku dah sayangkan kau, Yeonha. Tak pernah terdetik dalam hati aku nak main-mainkan kau. Aku janji, aku akan mencintai kau sampai bila-bila.

" Oi..."

Jungkook masih seperti tadi.

" Oi, abang jebon... "

Dan baru lah kali ini Jungkook tersedar, bila dia berpaling sahaja , muka Yeonha sudah menghiasi pandangannya.

" Kau marah kan aku pasal gambar ni ke? Sebab aku tak jujur dengan kau siapa dia ni ? "

Yeonha menarik nafas panjang.  Dia cuba untuk fokus dengan soalan Jungkook.

" Kau suka dekat aku sebab muka aku dengan Taeha sama ke, Jungkook ? Ataupun kau kahwin dengan aku sebab kau nak tebus rasa bersalah kau pada dia, macam tu ? "
Ayat Yeonha mula kendur tidak seperti sediakala. Terasa sebak dihujung kerongkongnya.

Andai telahan nya benar, dia memang tertipu dengan Jungkook.

" Kau nak aku jujur sampai tahap mana ? "

" Tak tahu, aku ikut kau je ",
.

Jungkook menarik Yeonha untuk bangun . Lalu dia mencapai  tangan Yeonha menuju ke arah ruang santai berhampiran taman bunga  sambil menghadap langit malam .

" Kata nak ikut aku , tadaaa dah pun sampai ",
Jungkook sempat buat lawak menyebabkan Yeonha memukul dadanya bertalu- talu.

Takpe Yeonha, pukul la. Memang dada abang yang bidang ni tempat untuk kau pukul pun.

" Okay-okay, sorry. Aku gurau lah tadi. Nak gurau sikit pun tak boleh dah sekarang ni. "

" Kau tu la nak bergurau pun tak bertempat . Saja kan nak bagi aku sakit hati ",
Yeonha berpeluk tubuh dan membelangkangi Jungkook.

" Aku gurau je , sorry la sayang. Alah, meh sini dekat aku. Aku cerita dekat kau A sampai Z. "

Jelingan dihadiahkan buat Jungkook.

" Tak boleh ke pendekkan sikit. Tak semestinya A sampai Z . Pendekkan ..."

" Dah memang format dia A sampai Z. Aku nak buat macam mana . Kau ni pun, kau nak tahu ke tak ? "

" Naklah , tapi pendekkan lah. Aku mana boleh dengar cerita panjang-panjang. Aku cepat mengantuk. "
Dengan seluas lautannya, Yeonha menguap dihadapan Jungkook.

" Uish, elok sungguh perangai dia ni. Menguap tu biar elok sikit. "

" Haa cepat-cepat. Kau kena cerita dekat aku siapa Taeha ni . Dan kenapa wajah aku boleh tersama dengan dia. Tapi dia lagi cantik dari akulah, Jungkook . Ruginya kau..."

" Mana ada rugi. Malah aku rasa dengan kehadiran kau lebih dari segala-galanya. "

"Aku tak tahu lah kenapa aku boleh berjumpa dengan kau, padahal dari  awal pun aku tak sedar muka kau dengan dia hampir sama . Cuba bagitahu aku, kau ke Taeha yang menjelma sebagai Yeonha ? "

Jari Jungkook menunding tepat pada wajah Yeonha.
Dan Yeonha menepis geram.

" Agak-agak eh, aku kalau jadi Taeha sekali pun aku dah cekik-cekik kau tau. Sebab mula -mula aku jumpa kau pun perangai dah mengalahkan Firaun . Kejam nak mam !  "

Jungkook ketawa kecil sambil menggaru hujung keningnya. Adoi, lawak ayat Yeonha tu.

" Aku pernah cerita dekat kau pasal Taeha tapi tak berapa details. Aku kenal dengan Taeha lebih kurang 3 tahun lepas. Bermakna dah 3 tahun dia meninggal. "

" Dia sebaya dengan aku ke ? Aku tengok macam muda lagi je ? "

" Tak kut. Masa tu dia tengah sambung belajar lagi. Pertama kali aku jumpa dengan dia , masa tu kami berada dekat tanah perkuburan. Dia ziarah pusara omma dia dan aku masa tu macam biasalah ,ziarah pusara mommy. Ada la dekat situ kami mula berkenalan. "

" Banyak kali jugalah kami terserempak, dah rasa macam terbiasa sangat jadi kami pun berkawanlah. Masa tu aku mana ada apa-apa perasaan pun dengan dia. Aku anggap dia sebagai kawan je tak lebih pun ".

Yeonha tekun mendengar cerita dari Jungkook. Walaupun matanya mula hampir layu, tetap dia gagahkan juga untuk mendengar.

Tak cukup dengan tangannya meningkat kepala, matanya dikelepet naik ke atas bagi membolehkan matanya kembali segar.

Nampak sangat tak fokus dengar cerita Jungkook dia ni.

" Dia cakap dia anak orang susah. Keluarga dia bukan orang yang senang. Aku tak kisah pun sebenarnya dia siapa dan keluarga dia macam mana. Tapi dia tipu aku macam tu je. Rupa-rupanya dia anak orang kaya weh. "

" Kenapa dia perlu tipu aku macam tu ? Aku ni nampak tak ikhlas ke kawan dengan dia, sampai dia uji aku macam tu ? "

Yeonha cuba untuk hadam cerita Jungkook . Dia dah terlepas episod. Coi !

" Muka kau kut nampak macam sombong . Mungkin dia ada sebab kut, takkanlah dia anak orang kaya senang-senang nak mengaku jadi orang susah."

" Tengok macam aku, aku bahagia je mengaku aku ni bukan orang kaya. Keluarga aku takde keturunan kaya raya pun. Tapi setakat ni makan pakai cukuplah kami anak beranak. "

Jungkook tersenyum mendengar celoteh Yeonha.

Iya lah tu, Yeonha memang dari dulu lagi bangga dia orang susah.

Sampai benci orang kaya, kaya pun dia tak nak. Tak tahulah Yeonha oi.

" Aku tahulah kau tu dari dulu lagi macam tu. Tapi aku tak boleh tau orang tipu aku macam tu. Aku ni jahat sangat ke, Yeonha ? Aku tak kejam lah, boleh je kan jujur dengan aku. Entah lah, macam tergantung tahu tak... "

Yeonha menepuk bahu Jungkook macamlah Jungkook tu kawan baik dia.

" Aku jujur eh, dia macam ni tau. Muka kau ni aku scan kejap eh, muka kau bapak kaya duh. Lenggok kau berjalan dah tahu dah kau ni darah keturunan apa , anak jutawan. "

" Orang perempuan ni dia insecure tau laki jenis macam ni perangai macam mana. Dia macam takut , andai lelaki yang dia kenal tu jenis yang bukan-bukan. Macam dia takutlah ..tu pun tak faham ke ? "

Panjang Yeonha bermukadimah. Aik, mengantuk tadi dah hilang ke ?

" Aku bukan jenis macam tu la. Kan aku dah cakap benda boleh jujur. Aku tak faham betul. Lepas tu , aku marah gila la dengan dia, dia tipu aku macam tu sedangkan aku percaya kan dia. Aku abaikan teks dia , panggilan dia pun langsung aku tak jawab. Hinggalah pada suatu hari tu dia voice note aku, dia cakap dia nak jumpa aku untuk kali terakhir ".

" Dan kau pun cuak. Betul tak ? "
Teka Yeonha.

" Pandai kau eh ? Tak sangka aku..."

" Ni Yeonha la, kau je suka cakap aku bodoh dulu. Mungkin bodoh aku dah berpindah pergi dekat kau tak ? "
Yeonha ketawa bagi mengusir rasa mengantuknya kembali .

Dia ni tak bagi can tau kita nak bergosip dengan laki kita.

" Aku jumpa dia lepas tu , dan aku tak sangka hari tu jugalah dia pergi depan mata aku sendiri ".

Jungkook menyelak lengan baju tidurnya sampai ke bahu. Lalu dia menunjukkan parut yang masih ada disitu.

" Parut ? Parut apa ni ? "
Soal Yeonha . Dia menyentuh parut itu dan Jungkook seperti menahan sesuatu .

" Kau pehal ? Parut je pun. "

" Geli tahu tak . Kau ingat kulit aku ni plastik tak rasa apa-apa. "

" Mesti peritkan bila ada parut macam ni . Kesiannya kau Jungkook , jatuh saham kau ada parut macam ni ".

" Parut ni terjadi sebab aku cuba selamatkan dia dari terjun dari jambatan . Kau boleh bayang tak jambatan Sungai Han tu dia boleh terjun dari situ . Aku dahlah tak boleh tengok air dalam. "

" Dah-dah. Aku seram duh dengar cerita kau ni. Nanti sambung lagi, aku nak tidur. "
Yeonha berlari anak untuk menuju ke pintu rumah . Dan tinggal lah Jungkook seorang diri yang terkulat-kulat disitu.

" Wey, aku tak habis lagi Kut . Kata nak dengar sampai Z. "

" Esoklah, aku mengantuk gila ni. Kalau kau nak cerita juga kau record lah. Nanti esok kau send dekat aku punya whatsapp, eh ? "

" Banyak cantik muka kau. Eloklah tu, tidur tak tunggu suami. Woi ..."

Jungkook memflip rambutnya ke belakang. Dia melepaskan nafas lega.

Dapat juga dia membuka rahsia lamanya. Nanti takdelah Yeonha fikir yang bukan-bukan .

______________________________

To Be Continue

bymenantuPakcikJeon 🌼

Continue Reading

You'll Also Like

108K 3.3K 20
Special Edition Faizul x Hafiz Hafiz Zafrin lari dari Zafrin Family sebab taknak uruskan syarikat family hey!aku masih 19 tahun kot!aku nk happy2 t...
12.6K 806 23
▪The Watty Awards Winner 2019 - Fanfiction Category▪ [Status : Completed] Dek kerana kematian orang tuanya, Kang Daniel telah menanam satu rasa denda...
818K 27.9K 19
"Aku terima nikahnya Wafa Nur Zara Binti Abdul Malik dengan mas kahwin RM250 tunai." -Taufiq Danial Jeon ••• - Isl...
167K 7.7K 27
" Kau hanya ' mainan ' aku " " Janganlaa seksa saya mcm nii Jungkook!! " Jessica ialah pelajar baru sekolah Haneul Han. Dia telah dikahwinkan dgn cik...