[S1] TRF: Slice Of Love • Par...

By loveydescent

3.7K 563 52

[enhypen's malay fanfiction] This girl gets a hereditary curse, love spell. In which all men will be attracte... More

1. Beginning
Cast
2. Senior
3. Rumor
4. Suspicious
5. Weird
6. Dodge
7. Winter
8. Her Husband?
9. Being Extra
10. Our Day
12. The Curse Of Descent
13. In The Soop
14. Everland
15. Lacy and Seohyun First Met
16. (っ.❛ ᴗ ❛.)っ
trf cast random tweet
17. Speak Now
18. Blood
19. The Blooming Sakura
20. Palace

11. Beautiful View In The World: Someone You Love

157 28 0
By loveydescent

Setelah Jake menghantar Lacy pulang ke rumah, Lacy membersihkan diri. Melakukan skincare routine nya.

Membiarkan telefon nya dicas dan di tinggalkan mandi. Kini, baterinya sudah hampir penuh. Dia mematikan sambungan elektrik dan berbaring di katil.

Dia menghidupkan telefonnya dan terkejut melihat lockscreen. "Aigo! Kamchagiya!" Dia baru teringat tadi Jake menukar lockscreen nya sama dengan dia.

Banyak pemberitahuan dari seorang followers barunya. Orang itu me-like kesemua gambarnya. "rf_sunghoon" Lacy membaca username tersebut. "Park Sunghoon?!!" Lacy terus meng-followback lelaki itu. Dia visit akaun lelaki itu tetapi tidak ada apa-apa postingan. "Biar betul dia ni." Lacy hanya menggelengkan kepala.

Sementara, di sisi lain. Sunghoon terkejut mendapat pemberitahuan bahawa Lacy memfollow-back akaun nya.

Sunghoon bangun tempat tidurnya dan berjalan ke bilik adiknya, Yeji. Dia memasuki bilik adiknya tanpa meminta izin. Dia melihat adiknya sedang belajar di meja.

"YEJI!!"

"KAMCHAGIYA!" Terkejut Yeji. Pen yang berada di tangan nya terlepas dari tangannya. Dia memusingkan kerusi dan tersenyum. "Aku tau kenapa kau datang sini. Dia dah follow-back, kan?"

Sunghoon mengusap wajahnya dan duduk dipinggir katil Yeji. "Siapa suruh. Huft." Dia masih menatap telefonnya.

Ting!

Bunyi pemberitahuan dari telefon Sunghoon.

"Dia dm!!" Pekik Sunghoon. Yeji dengan perasaan ingin tahu-nya, datang mendekat dan duduk sebelah Sunghoon.

rf_lacychoi

|Sunghoon! Sunghoon! Sunghoon!
|ada ig rupanya🌚
|wait! Chat kat ig tak best
|give me your number!
|kita chat kat kakaotalk
|kita boleh jadi bestie!😆
|yeeun dengan sunoo suka punya
|ppalli!
|dah tidur?
|sorry

"Wait-what? Bestie? Sunghoon really?" Heran Yeji.

Sunghoon hanya bergidik bahu.

"Anyways! Cepat reply! Jangan buat perempuan tertunggu lama!"

"Nak reply apa?" Tanya Yeji.

"Meh sini," Yeji merampas telefon dari tangan Sunghoon.

"Jangan reply yang pelik-pelik!"

Yeji tersenyum dan menaip sesuatu. Dia tersenyum licik. Kadang-kadang dia ketawa. Selesai dengan membalas pesanan Lacy, Yeji meng-off telefon Sunghoon. "Ops! Bateri habis!"

"Eh sumpah lah? Perasan macam masih banyak lagi tadi. Sini. Esok aku nak bawa pergi sekolah." Sunghoon mengambil telefonnya. "Ha, jangan tidur lewat. Habis belajar terus tidur." Sunghoon berjalan keluar dari bilik adiknya.

"Okay!" Yeji melihat abangnya keluar dari bilik dan tersenyum gembira.

•••••

"Terima kasih!" Lacy tunduk hormat dan tersenyum pada driver sekolahnya, Lee ahjussi. Dia minta drivernya itu menurunkan dia di depan 7E.

Lacy masih menunggu dengan sabar. Tangannya memegang 2 kotak makanan yang di letakkan di dalam beg kecil.

Dari jauh dia nampak orang yang dia tunggu akhirnya tiba. Lacy lakarkan satu senyuman.

"Lacy? Buat apa kat sini? Nak beli barang juga?" Tanya Sunghoon setelah tiba didepan Lacy.

"Hm?!" Lacy berkerut dahi dengan sedikit marah. "Semalam siapa yang text suruh jumpa dekat 7E?! Lupa?"

Sunghoon berfikir keras. "O-ouh. Lupa pulak. Haha jom masuk." Sunghoon menggaru belakang kepalanya. "Ni mesti Yeji semalam." Kata Sunghoon dalam hati.

Memasuki 7E, Sunghoon terus bertanya pada Lacy "Nak beli apa-apa ke? Saya bayarkan."

"Eung? Tak-eh ada kot," Lacy berjalan mencari barang yang ingin dia beli. Lacy fikir dia boleh dapatkan makanan ringan untuk Sunoo dan Yeeun. Dia mengambil 2 sosej, susu almond dan makanan ringan yang boleh mereka makan di dalam kelas nanti.

"Dah!"

Sunghoon yang tadi memainkan telefon nya, mengalihkan pandangan pada Lacy. Cool. Satu tangan memainkan telefon, satu lagi berada di dalam saku. "Dah? Banyaknya."

Lacy menarik nafas dan mengemam bibir. Dia ingin berbalik untuk meletakkan semula ke tempat asal.

Sunghoon ketawa. "Gurau jelah," Sunghoon mengusap kepala Lacy. Membuatkan gadis itu tersenyum semula. "Letak kat sana," Ucap Sunghoon.

Setelah selesai dengan membayar barangan yang mereka beli, Lacy dan Sunghoon meneruskan perjalanan ke sekolah. Sunghoon bawakan plastik beg barangan Lacy.

"Tak pernah lagi nampak awak bawa bekal pergi sekolah." Tanya Sunghoon.

"Ouh! Baru teringat. Ni bukan untuk saya."

"Hm? Untuk siapa?"

"Untuk Heeseung Sunbae-nim. Semalam dia cakap, dia tak ada masa nak makan sebab dia ada pegang banyak jawatan, jadi ketua tu lah, ketua ni lah. Saya kesian. Saya bukan pandai masak mana pun. Ada lah tengok mommy dengan maid Kang masak."

Dengan Lacy bercakap panjang lebar. Sunghoon yang mendengar nama Heeseung terus tak berminat dengan topik perbicaraan. Dia memasukkan kedua tangannya kedalam saku seluar dan menghela nafas. Hatinya bagai ditekan. Untuk pertama kalinya dia rasa begini.

Lacy melihat Sunghoon yang berada di sebelahnya. Lacy perasan dengan air wajah Sunghoon yang berubah. Lacy memeluk lengan kiri Sunghoon dengan tangan kanannya. "Jangan risau. Saya ada terfikirkan awak juga semalam. Sebab tu saya buatkan untuk awak juga. Ada dua kotak makanan."

Sunghoon yang terkejut, melihat Lacy yang disebelahnya yang sedang tersenyum kearahnya. Setiap kali Wonyoung melakukan itu kepada dia, dia akan lepaskan tangannya. Tetapi sekarang tangannya seperti tidak boleh bergerak.

"Ouh iya! Lupa nak invite awak dalam group kakaotalk. New member New Bestie. Jake dengan Winter baru je masuk group tu. So total member dalam group nanti 6 orang."

Habis dengan berborak panjang. Akhirnya mereka memasuki kawasan sekolah.

Mereka terus berjalan dan berhenti di depan kelas Lacy.

"Semalam awak kata nak rehat sekali kan?" Tanya Lacy.

Sunghoon keliru. 'Sejak bila? Aku? Cakap macam tu-okay aku dah ingat' Sunghoon sudah mengingat siapa punya angkara. Nampaknya di rumah nanti ada yang nak kena.

Sunghoon mengangguk. Dan menyerahkan plastik beg.

"Makanan awak kat saya, waktu rehat baru saya bagi. Okay? Bye." Lacy memasuki kelasnya.

Setelah Lacy memasuki kelasnya, Sunghoon juga pergi ke kelasnya.

Lacy yang memasuki kelasnya, dari depan dia sudah nampak 2 orang kawannya memandang dia dengan tatapan menggoda.

"Kenapa korang ni?" Lacy duduk ditempatnya.

"Lacy bukan main-main pilih lelaki. Rupanya dengan Ice Prince sekolah kita." Goda Yeeun, dan Sunoo pula ketawa menggoda Lacy.

"Mana ada lah!" Protes Lacy.

Yeeun dan Sunoo ketawa. Dan Yeeun membuka suara. "Kau bawak 2 bekal? Mesti untuk aku dengan Sunoo, kan?"

"Ada bau dakgalbi." Sahut Sunoo.

"Eung eung. No. Ni untuk Sunghoon dengan Heeseung Sunbae-nim. Korang punya lain." Lacy memberi plastik beg pada mereka.

"Snack!" Pekik Sunoo. "Ice cream mint choco tak ada?"

"Aku beli untuk kita makan dalam kelas. Takkan kau nak makan ice cream time guru mengajar? Nanti kantoi lah. It's okay. Kita pun dah jarang keluar sama-sama. Nanti aku belanja kau ice cream kat Baskin Robins." Ucap Lacy.

•••••

Waktu makan tengah hari sudah tiba. Lacy sangat tak sabar untuk melihat reaksi Sunghoon dan Heeseung terhadap makanan yang dia buat.

Sunoo yang sibuk berkepit dengan Lacy dari tadi sehingga keluar dari kelas dia merangkul lengan Lacy. "Lacy lambat tho nak tunggu last week." Keluh Sunoo.

"Sabar lah sikit lagi. Besok dah jumaat. Sabtu kita terus keluar lah."

Sampai mereka di kelas Sunghoon. Mereka melihat Sunghoon bersandar di dinding sambil memainkan telefon nya.

"Sunghoon jom." Ucap Lacy. Sunghoon hanya mengikuti mereka dari belakang. Sunghoon berfikir keras melihat Sunoo yang sibuk melekat pada Lacy. Dia rasa ingin yang amat leraikan mereka sekarang. Tapi sejak lama dia perhatikan Lacy, mereka hanya kawan rapat. Tapi setiap manusia mempunyai perasaan, bukan?

Setelah mereka berjaya menemukan meja makan, Yeeun dan Sunoo minta diri untuk mengambil makanan. Lacy hanya mengiyakan.

Sunghoon mengambil kedudukan di sebelah Lacy.

"Tunggu sekejap eh." Kata Lacy dan Lacy mula memandang kiri kanan dan akhirnya orang yang dia tunggu betul-betul muncul. Lacy mengangkat tangan dengan segera orang dapat melihat Lacy.

"Lacy," Ucap Heeseung sambil tersenyum pada Lacy.

Jangan lupakan Sunghoon yang sudah mengalihkan pandangan pada tempat lain.

"Duduk duduk. Saya dah agak Sunbae-nim mesti ada masa untuk saya." Ucap Lacy dan mereka ketawa bersama kecuali Sunghoon. Heeseung duduk di hadapan Sunghoon.

"Ni saya ada buatkan makanan untuk korang berdua. Simple dishes je. Tuna rice ball dengan dakgalbi." Lacy mengeluarkan kedua kotak makanan dalam beg kecil nya. Dia membukakan dan menyediakan chopstick.

Dan di masa itu juga Jake dan Winter tiba. Jake duduk di sebelah Lacy dan Winter di sebelah Heeseung. Begitu juga dengan Sunoo dan Yeeun yang sudah mengambil makanan mereka. Duduk berhadapan. Sunoo disebelah Jake dan Yeeun di sebelah Winter.

Lacy mengabaikan Jake yang merangkul lehernya.

"Saya buatkan untuk Sunbae-nim, Sunbae sesibuk apa pun, makan tak boleh skip, Okay?" Ucap Lacy.

Sunghoon dan Heeseung pun makan.

"Wait; Lacy, kau masakkan untuk diorang? Seriously? Untuk aku tak ada?" Tanya lelaki yang duduk di sebelah kiri Lacy itu.

"Kau kan dah selalu makan kat rumah aku. Balik ni pun mama kau mesti kat rumah aku. Macam tak biasa pulak. Kau pun buat rumah aku macam kau sendiri, kan?"

Winter tak dapat menahan ketawa nya. Dia tersenyum lebar melihat Jake yang terdiam, sangkaan dia betul. Jake sukakan Lacy.

Jake terdiam melihat Lacy. Dia hanya diam.

"Kau ni kenapa Jake?" Lacy mula perasan perubahan Jake. Biasanya Jake akan membalas tapi kali ini dia diam. "Nanti kat rumah aku masak lah pulak untuk kau, Winter boleh tolong sekali. Kan, Winter?" Lacy menggoncang tangan Winter.

Winter yang menahan tawanya hanya mengangguk.

Jake menghela nafas memandang kearah lain.

Lacy memandang Winter. "It's okay. Nanti dia ok lah tu." Ucap Winter. "Lacyyy 2 orang sekali nampaknya." Sambung Winter lagi.

"Mana ada, kawan lah!" Lacy mengalihkan pandangan pada Sunghoon dan Heeseung pula.

"Macam mana? Okay?"

Heeseung mengangguk. "Dah lama tak makan macam ni. Terima kasih, Lacy." Lacy tersenyum mendengar respon Heeseung. "Saya boleh tak ada masalah kalau nak sediakan makan untuk Sunbae-nim setiap hari. Makan tu penting tau."

"Sunghoon?" Tanya Lacy pada Sunghoon pula.

Sunghoon hanya diam. Mood nya tidak baik pada saat ini. Dia makan tanpa hiraukan apa-apa.

"Sunghoon??" Lacy yang mendapati angin Sunghoon tidak baik pun diam supaya tidak menambah lagi masalah.

Apa yang dia nak buat ni, tak kiri tak kanan. Dua-dua dilanda gangguan cuaca.

Waktu rehat sudah berakhir, Heeseung sudah kembali untuk tugasnya.

"Winter, tolong pujuk Jake. Aku bukan tak nak buatkan untuk dia sekali. Kau mesti faham, kan?" Lacy memegang kedua tangan Winter.

"Jangan risau. Nanti dia okay lah tu. Nanti aku try pujuk dia. Okay?"

"Thank you."

"Winter cepat lah!" Tegur Jake.

Lacy memandang Winter. Winter cuma mengangguk untuk meyakinkan Lacy. Winter dan Jake sudah berjalan untuk ke kelas mereka.

"Lacy, Jom" Ajak Yeeun.

"Mana Sunghoon?"

Yeeun dan Sunoo mengangkat bahu mereka. Bermaksud tak tahu.

"Korang masuk lah kelas dulu. Tolong bawa kan beg ni. Aku nak cari Sunghoon."

Yeeun dan Sunoo mengiyakan. Mereka berdua pun kembali ke kelas mereka.

Lacy tahu Sunghoon akan ke ice rink selepas waktu rehat. Jadi dia berniat untuk kesana.

Setelah sampai disana, tekaan dia betul. Sunghoon sedang duduk di kerusi penonton disana. Sedang memasang tali pada kasut skating nya.

Lacy berjalan dan duduk disebelah Sunghoon.

"Sunghoon..." Panggil Lacy dan Sunghoon tidak memandangnya sama sekali.

"Tak sedap ke? Sorry...esok saya buatkan makanan yang lagi sedap. Sumpah!" Lacy mengangkat dua jarinya ✌🏻. "Sunghoon..." Lacy menggoncang lengan Sunghoon melihat lelaki itu tidak menghiraukan keberadaannya di situ.

Lacy putus asa. "Tak apa lah," Dia bangun dari duduknya untuk beredar tetapi Sunghoon menarik tangannya supaya terduduk semula.

Sunghoon sendiri pun tidak sangka, dia terlalu bawa perasaan tadi. Melihat bagaimana Lacy melayani Jake dan Heeseung.

"Saya cuma tak nak orang ganggu saya waktu makan je tadi." Bohong Sunghoon.

Lacy terdiam seketika. "Eyy! Tak baik! Saya gelisah tau! Dah lah Jake buat masalah jugak!" Lacy memukul dada Sunghoon. Sunghoon hanya ketawa kecil dengan perlakuan Lacy.

"Sorry," Sunghoon mengelus rambut Lacy.

"Awak pergi lah masuk kelas, saya nak training." Ucap Sunghoon pada Lacy sambil memakai kasut skating nya.

Lacy menghadap ke hadapan. "Malas lah. Alang-alang saya dah kat sini, saya nak tengok awak skating. Selama saya tengok dekat telefon je. Boleh?"

"Betul ni? Tapi saya nak stretching dulu. Lari 5 pusingan. Boleh tunggu?"

"OF COURSE!!"

"Jangan tidur,"

"Tak lah!"

Sunghoon ketawa dan berjalan ke atas untuk berlari 5 pusingan.

Orang kata, dengar boleh percaya jangan. Sunghoon baru dapat 2 pusingan, Lacy sudah menguap. Di pusingan ke-4 Lacy sudah tertunduk. Tidur.

Sunghoon sudah menghabiskan lariannya dan menghampiri Lacy yang menunduk. "Lacy," Sunghoon memegang bahu Lacy dan kepala Lacy tersandar pada perut Sunghoon.

Sunghoon menahan bahu Lacy supaya gadis itu tidak terjatuh. Sunghoon duduk di sebelah Lacy dan membiarkan Lacy tertidur di pehanya. Sesekali dia tersenyum dan memainkan rambut Lacy.

Tetapi berlatih tetap berlatih, dia mengambil dua tuala putih, satu untuk dilipat dan menjadikan bantal, satu lagi untuk menutupi peha Lacy. Dan memasuki arena untuk berlatih. Sesekali dia melihat Lacy menggeliat dalam tidurnya. Membuat dia tersenyum sendiri.

Tidak pernah dia rasa segembira itu selama ini. Lacy selalu membuat anginnya baik. Dia gembira melihat Lacy gembira. Dia marah kalau Lacy bahas tentang lelaki lain jika bersamanya. Adakah ini...?

Sunghoon bukan jenis yang senang jatuh cinta tetapi secepat itukah dia mula rasa selesa dengan Lacy? Lacy mempunyai aura yang kuat, tidak dapat dijelaskan.

•••••

Bila di ingatkan balik, sungguh malu. Bila dah cakap tak akan tertidur tetapi berakhir dengan tertidur.

Sekarang dalam kereta hening, tidak ada yang memulakan perbicaraan. Sesekali Lacy akan menggigit bibirnya kerana takut untuk memulakan perbicaraan.

"Besok sekolah adakan camping 2 hari 1 malam. Balik ni mandi, lepas tu siapkan apa yang patut. Cukup bawa pakaian dengan peralatan bersihkan diri untuk bangun pagi. Makanan dan tempat tidur sekolah sediakan. Jangan lupa symbolizes. Ada apa-apa pertanyaan, tanya guru dalam group." Kata Jake tanpa memandang Lacy.

Lacy suka kan camping tapi dengan mood Jake sekarang ni, dia tak boleh gembira dulu.

"Jake kau marah lagi ke pasal makanan tu? Kat rumah kita boleh buat lebih tau, kita boleh masak sama-sama dengan Winter lepas tu tengok movie kat bilik aku, boleh makan dekat royal garden. Yang kau nak jealous sangat ni kenapa?"

"Jake please lah, kau seorang je yang paling take care kat aku, siapa nak tengok kan aku besok?"

"Satu syarat kalau kau nak aku maafkan kau," Ucap Jake.

"Apa dia?" Lacy memusingkan badan kekanan dan memandang Jake dengan tersenyum lebar.

"Kau kena suapkan aku makan."

"Ha?! Pelik. Yang lain tak ada?"

"Swimming pool dengan aku.”

Kalau swimming pool dengan Jake, mesti nanti leher dia jadi mangsa. Biasa lah lelaki suka main kasar 😌

Lacy memandang Jake dengan tatapan 'im done'. "Okay lah! Yang pertama!"

Jake tersenyum gembira. Jake membuka tangannya. "Sini," Panggil Jake.

"Apa dia?"

"Peluk,"

"Tak nak lah. Eyy!"

"Aku pun tak ingin. Ingatkan nak kena kan kau tadi."

Lacy mengigit bibirnya menahan amarah. Dia menghembus nafas perlahan-lahan.

To Be Continued...

Note:-

-sorry for long chapter. Kalau sambung chapter lain nanti banyak pulak nanti.

-yeji tu bukan yeji itzy ye, yeji yang betul ii adik sunghoon. Tapi suka hati korang lah nak imagine siapa pun😌

Continue Reading

You'll Also Like

35.5K 2.1K 56
"Kau lebih dari sekadar adik, Hannie." -LMH-
155K 4.4K 60
[Was Antara Kau, Dia & Dia] Saat Mateen melihat Elisa buat kali pertama, hatinya sudah mula menyukai gadis ini. Dalam masa yang singkat, dia berusaha...
445K 19.5K 47
Zawana ialah gadis berumur 22 tahun. Cubalah teka. Dia tersuka dekat abang kawan dia, Akmal. Akmal ni pulak abang sulong daripada 3 orang adik beradi...
151K 4.2K 20
Special Edition Faizul x Hafiz Hafiz Zafrin lari dari Zafrin Family sebab taknak uruskan syarikat family hey!aku masih 19 tahun kot!aku nk happy2 t...