King Haidar (PUBLISHED)

נכתב על ידי AnjellHomosapien

681K 27.1K 3.5K

Kisah Raja Haidar x Suria Andreana -- Seperti biasa, cerita tak akan habis di wattpad. Bacaan di sini adalah... עוד

PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 20
BAB 21
BAB 22
TEASER

BAB 19

19.4K 980 59
נכתב על ידי AnjellHomosapien

~ not-edited~

BAB 19

What is past is prologue – William Shakespeare

Aku memusingkan kerusi plastik itu ke kiri dan kemudiannya ke kanan. Merenung ke depan. Pada dua tangkai bunga tulip yang dah kering itu. Tapi fikiranku bukan berada di situ. Sedang tenggelam dalam pemikiran sendiri.

Forgive me for now. One day, you will understand everything.

Ungkapan terakhir daripada Haidar ketika dia menyelamatkan aku dulu. Beberapa kali bermain-main dalam kepalaku, merungkai maksud tersiratnya. Tapi, sudah jenuh aku berfikir, tetap juga tiada jawapan yang aku temui.

Haidar masih belum tahu yang aku ingat. Aku juga tak berniat untuk memberitahunya. Sebab dia terlebih dulu sudah memberi amaran.

Not now!

Bukan sekarang untuk aku tahu. Dan andai aku bertanya lagi, jawapannya masih sama. Jawapannya tetap..

Forgive me for now. One day, you will understand everything.

Dia akan meminta maaf. Tapi hanya setakat itu. Tanpa penjelasan lain. Kerana akan tiba masanya, aku sendiri akan faham semuanya.

Dan untuk menanti sehingga tiba waktu itu, hatiku disapa gundah. Rasa bagaikan ada sesuatu bergayut hingga ke dasar perut. Entah mengapa. Aku tak tahu harus menjangkakan apa. Kata-kata itu bagaikan memberi amaran awal tentang sesuatu agar aku bersedia.

Calm before the storm?

Bunyi deringan telefon itu terus mengganggu sesi aku menjadi Sherlock Holmes itu. Sedikit tersentak. Terus aku tunduk ke arah meja kerjaku itu. Telefonku diletakkan di sebelah beberapa kertas A4 putih yang sedikit berselerakan itu. Skrin telefon berwarna hitam menunjukkan ada yang sedang menelefonku. Jeling nama si pemanggil.

Minnie Mouse.

Mengeluh perlahan. Sebelum telefon itu ditarik mendekatiku. Terus aku gesek ikon putih hijau itu. Ikon pembesar suara pula ditekan.

"Helo, assalamualaikum, little sun!" Haidar terlebih dahulu menegurku.

"Waalaikumussalam. Ya, ada apa?" soalku kembali.

Sudah dua hari kami tidak bertemu walaupun perjanjian kami dulu adalah date untuk seminggu. Bukan aku mengelak, tapi masa tak mengizinkannya. Aku punya kursus prosthetic makeup atau lebih dikenali dengan nama special effect makeup. Saja nak belajar benda baru walaupun minatku lebih cenderung pada mekap pengantin dan fesyen.

"Jom!" Aku mendengar sang jejaka di hujung talian mengajak. Terus mengundang kerutan di bahagian antara dua keningku itu. Sangat tiba-tiba.

"Jom apa?"

"Awak tak dah tak sibuk hari ni, kan? Jom kita keluar jalan-jalan."

Aku mengeluh perlahan. Haidar kembali untuk menuntut janjinya.

"Awak nak pergi mana?" Daripada panjang akal untuk mengelak seperti selalu, aku memilih untuk ikutkan saja. Aku pun tengah stres ni. Dapat berjalan-jalan, seronok juga. Walaupun aku tak tahu, berjalan-jalan dengan Haidar nanti bakal meningkatkan kadar kortisol dalam darah aku atau sebaliknya? Aku harap sebaliknya.

"Central Park. Pergi bersiap, little sun. Sejam lagi, saya muncul. Is it okay or do you need more time to get ready?"

Hatiku tanpa sedar tersentuh mendengarnya. Haidar selalu begini. Dia tahu aku kalau bersiap memang lama. Tapi, dia tak merungut. Malah, dia akan bertanya berapa lama masa yang aku ambil untuk bersiap sebelum keluar?

"Little sun? Awak dengar tak?" Suara Haidar di hujung talian mengembalikanku ke alam nyata.

"Ya.. saya dengar! It's more than enough," jawabku.

"Okey, jumpa awak nanti. Don't forget to wear comfortable shoes too." Sempat lagi dia turunkan pesanan sebelum mematikan talian.

Lupakan dulu tentang kata-kata Haidar yang masih jadi misteri itu. Sekarang harus kembali menunaikan janji. Ambil marker dari bekas alat tulisku itu, pangkah nombor satu pada kalendar itu.

Three days left!

-----

Aku dan Haidar hanya berjalan-jalan di Central Park, sebuah taman dalam bandar terbesar di Manhatttan ini. Salah satu tempat tarikan pelancong yang datang ke New York. Setiap hari memang dibanjiri orang ramai, tak kira musim.

Sekarang ini tengah penghujung musim bunga. Suhu sangat selesa. Tak terlalu panas, dan tak juga terlalu sejuk. Memang sesuai dengan pakaianku yang hanya berbaju blaus kapas berwarna merah jambu dan seluar jeans. Sepasang kasut Nike dan juga beg galas kecil Gucci. Kedua-duanya juga berwarna merah jambu. Santai.

Ini bukanlah kali pertama aku datang ke sini. Namun, setiap kali datang tak pernah berpeluang untuk meneroka sepenuhnya. Sebab taman ini sangat luas. Kira-kira lapan ratus empat puluh tiga ekar. Jadi, kebiasannya kalau bukan sebab semput dan malas dah nak berjalan, mesti sebab masa tak cukup. Tapi hiikmahnya, setiap kali datang pasti rasa seperti kali pertama datang gara-gara menemui sesuatu yang baru atau terlepas pandang sebelum ini.

"I love this place. It's so green. And peaceful." Haidar tiba-tiba berkata.

Aku hanya mengangguk. Bersetuju. Ketika itu kami hanya menyusuri laluan pejalan kaki yang dikelilingi oleh pokok-pokok yang menghijau. Untuk bandar besar yang sibuk seperti New York ini, berada di sini buatkan kami berasa sangat tenang. Terasing daripada kesibukan lalu-lintas dan bunyi bising yang menjadi norma. Hanya alam semula jadi. Short escapism!

"Kalau datang masa awal bulan April dulu lagi cantik. Boleh tengok cherry blossom. Sangat cantik kalau bergambar," kataku pula. Kemuncak musim bunga. Pokok-pokok di laluan ini dirimbuni oleh bunga sakura yang lebat. Boleh nampak ramai pengunjung yang datang semata-mata untuk bergambar.

"Awak patut aktifkan balik Instagram awak, little sun. I bet you miss it. And I bet your followers miss you too." Kata-kata Haidar itu sangat tiba-tiba, buatkan langkah kakiku terkaku sesaat. Harus saja dia tahu.

Baru sedar aku memang sudah lama tak aktif di mana-mana media sosial. Anehnya, dah lama aku tak ingat sehinggalah Haidar membangkitkannya tadi. Dan tiba-tiba apa yang Haidar kata itu menjadi benar. Aku rindukan gaya hidupku seperti dulu. Bergambar, ber-OOTD dan berkongsi dengan para pengikutku.

Aku diam tanpa memberi komen apa-apa. Kami sambung berjalan.

"Macam mana awak jumpa saya dulu?" Aku bertanya kepada Haidar.

Salah satu sebab kenapa aku nyah aktif segala media sosialku adalah kerana tak mahu dijejaki oleh sesiapa terutama sekali Haidar. Nombor telefon pun aku dah tukar. Telefon pun aku dah beli baru. Tapi Haidar tetap menjumpaiku. Aku jadi tertanya-tanya.

Haidar cuma senyum misteri. Petanda dia mungkin tak akan berkongsi denganku. Dan semuanya disahkan apabila dia membuka mulutnya.

"I had my way. Tapi apa yang saya boleh cakap, awak memang hebat menyorok. Saya tak pernah expect yang awak akan ikut Aunty Muna. In fact, I never expected you ran away in the first place."

"Apa boleh buat? Patah hati mampu mendorong seseorang untuk melakukan kerja gila," kataku pula. Mendatar suaraku. Tak peduli langsung andai dia rasa tindakanku itu bodoh.

Nak malu apa? Semua dah lepas.

"Kenapa ya awak putus tunang dengan Lufya?" Tiba-tiba bibirku tanpa sempat dikawal melontarkan pertanyaan itu. Suaraku masih seperti tadi. Mendatar.

Tiada marah. Tiada juga sakit hati. Hanya tertanya-tanya.

Haidar nampak sedikit tersentak. Pasti tak menduga aku bakal menanyakan soalan seperti itu. Maklum sajalah, sejak kami bertemu kembali, topik itu seakan-akan taboo. Agak lama mata Haidar tertancap pada wajahku. Mungkin sedang menebak kacau-bilau emosiku.

Tapi aku hanya tenang. Dan tetap serius. Bermakna aku betul-betul mahu tahu. Hati aku sudah bersedia untuk menerima apa-apa jawapannya. Aku selalu tahu cepat atau lambat, isu ini akan berbangkit juga. Selama ini mungkin hati pengecutku rasa mahu mengelak. Dan aku tahu Haidar pula seusaha mungkin untuk tidak membangkitkannya sehinggalah aku sendiri yang membangkitkannya.

Dan sekarang adalah masanya. Aku dah dapat kekuatan. Aku hanya mahu pengakuan jujur Haidar.

"Sebab itulah yang terbaik." Akhirnya Haidar menjawab.

"Bukan sebab dia curang dengan awak?" dugaku. Teringat cerita Atisha ketika kami berada di Amsterdam dulu.

Aku menoleh ke sebelahku. Mahu melihat ekspresi wajahnya. Mana tahu Haidar tak pernah tahu sebelum ni?

Tapi dia hanya tenang.

"Well.. saya tak peduli. Bukannya saya cintakan dia. Perempuan yang saya cinta berada di sebelah saya sekarang ni." Serius. Hilang segala riaknya yang selalu nakal dan suka bergurau itu.

"So, you made me the third person. Dia tahu pasal kewujudan saya?" soalku lagi.

Haidar geleng kepala.

"Awak bukan orang ketiga. Saya dan Lufya, let's just say.. we had an agreement."

"Awak pura-pura bertunang dengan dia?" Berkerut keningku ketika bertanya. Separuh hatiku mahu dia mengeyakannya.

"Technically.. kami memang betul-betul bertunang. Cuma.." Kata-katanya tergantung di situ. Haidar kemam bibir. Senyap.

"It still made me the home-wrecker then." Aku angguk faham. Anehnya, suaraku juga tenang.

"I'm not hers. We aren't married. Kami sama-sama setuju untuk putus tunang bila semuanya dah berakhir."

Bila semuanya dah berakhir? Apa yang berakhir? Agreement mereka? Apa yang Haidar rahsiakan daripada pengetahuanku?

"Semuanya di luar kawalan saya. Saya tak pernah merancang untuk jatuh cinta dengan awak, little sun. But I did. Did I regret? Never."

"Jadi awak pilih untuk menipu saya?"

Aku nampak halkum Haidar bergerak.

"Ya.. Saya tahu saya salah. Saya hanya mampu meminta maaf dengan awak," ujarnya. Hanya itu. Kenapa aku rasa itu bukanlah jawapan yang mahu diberinya. Bagaikan ada sesuatu yang menahan dirinya daripada berkata lebih.

Atau semua itu cumalah diriku yang mengharap? Sepi setelah itu.

----

"Tempat ni cantik. Nak saya ambilkan gambar awak?" Kami sambung berjalan, bagaikan tiada apa-apa yang berlaku. Beberapa detik hanya senyap, sehinggalah Haidar membuka mulutnya. Ketika itu, kaki kami berhenti di hadapan satu kolam air pancut yang sangat besar.

Bethesda Fountain. Terletak di tengah-tengah Bethesda Terrace yang penuh kesenian itu. Bertentangan dengan satu tasik yang besar. Kelihatan ramai orang sedang mengambil gambar. Ada juga yang hanya duduk bersantai di birai kolam air pancut itu.

Teringat kembali dengan soalan Haidar tadi. Kenapa tiba-tiba?

Aku kecilkan mata ke arahnya. Musykil. Haidar sejak akhir-akhir ini selalu buatkan mod Sherlock Holmes aku aktif. Apa yang keluar daripada bibirnya buatkan sel-sel otakku terus mencernanya sebagai satu teka-teki untuk diselesaikan.

"Why so serious, little sun? Bagi telefon awak. Saya tolong ambilkan gambar. No funny businesses. Promise." Haidar sambung lagi. Faham agaknya dengan muka berkerut-kerut aku yang macam baru lepas dapat soalan peperiksaan SAT itu.

Akhirnya, aku memberikan saja telefonku kepadanya. Dah alang-alang dapat cameraman percuma, buat apa lepaskan peluang lagi? Aku mungkin dah tak berkongsi gambar-gambarku di Instagram. Tapi tak bermakna aku dah tak suka bergambar. Aku masih Suria yang dulu. Gambar-gambar di galeriku yang hampir mencecah tujuh ribu itu menjadi bukti nyata.

Aku mencari sudut yang akan membuatkan gambarku kelihatan cantik dan fotogenik. Beberapa kali menjadi model tak bertauliah sehingga aku puas hati. Aku kembali mendekati Haidar untuk mengambil kembali telefonku itu. Mahu melihat setiap gambar yang diambil Haidar. Sungguh puas hati.

"Siapa Minnie Mouse?"

Nak terkehel tulang cervical aku bila berpaling ke arahnya. Ekspresi wajahku yang gembira tadi terus bertukar masam.

"Awak check telefon saya? Tak tahu erti privasi ke?" Aku agak marah. Mendidih rasa darah mengenangkan dia yang sudah mencerobohi privasiku.

Namun, ekspresi wajah Haidar hanya tenang.

"I didn't. Saya perasan ada notifikasi missed call dekat lock screen masa saya nak slide kamera," balas Haidar tanpa rasa bersalah. Menunjukkan yang dia tak menipu.

Terus aku tekan skrin iPhoneku dan slide ke atas. Bersusun segala jenis mak nenek notifikasi yang aku malas nak padam sebelum ini. Ternyata Haidar tak menipu. Yang paling atas adalah notifikasi panggilan tak dijawab.

Dari Minnie Mouse.

"Who's she?" Aku mendengar suara Haidar lagi.

Aku mendongak kepala ke arahnya sekali lagi. Wajahnya nampak tertanya-tanya siapa gerangan si Minnie Mouse itu.

Aigoo.. aku tak pernah menyangka akan kantoi dengannya! Berdehem dulu. Kemudian ekspresi wajah yang penuh yakin aku tayang.

"Well.. I'm talking to that she now," ejekku. Alang-alang dia dah nampak, aku tak rasa pun nak menipu. Jujur saja. Malah, rasa puas hati sungguh kalau dia tahu!

"Me?" Haidar yang ternyata bijak terus menangkapnya.

"Awak simpan nombor saya dengan nama Minnie Mouse? Kenapa?" Wajah Haidar di antara dua. Mahu ketawa tapi pada masa rasa tak percaya dan tertanya-tanya kenapa nama itu yang aku pilih.

Jadi, aku memilih untuk membawanya keluar daripada rasa ingin tahunya itu.

"She was a cheater. Just like you. That's why! Tak tahu ke Mickey Mouse hampir bunuh diri sebab Minnie Mouse curang dengan dia?" jawabku.

Dan ketawa jantan Haidar lepas juga. Terbahak-bahak.

Aku masih serius. Dia ingat aku bergurau ke? Memang betul okey! Dalam komik Mickey Mouse pada tahun 1930, memang ada adegan Mickey Mouse cuba untuk membunuh diri beberapa kali setelah melihat Minnie Mouse curang dengan tikus lain.

Hmm.. Tikus pun kena curang, manusia apatah lagi. Sigh!

"Awak kelakarlah, little sun." Ketawanya sudah mati, tapi sengihnya masih bersisa. Geleng-geleng kepala pula. Langsung tak nampak tersinggung atau terasa hati.

"But, taking it positively, I think mouse is a lot better than other animals. Terutama sekali kalau spesis yang haram tu. Who knows you were tempted before?" Haidar sengih lagi sesudah berkata.

Yeah.. extremely tempted!

----

Malam itu, tubuhku rasa sungguh letih. Agaknya kesan berjam-jam berjalan pada waktu siang tadi baru nak terasa. Gila tak penat? Central Park itu bukan kecil. Lebih lapan kilometer aku berjalan. Kali ini, aku berjaya meneroka ke seluruh tempat. Mungkin kerana pergi berteman dengan orang seperti Haidar, masa yang berlalu rasa sungguh sekejap.

Badan dihenyakkan perlahan pada tilam katilku yang empuk itu. Bilikku itu diterangi oleh lampu LED oren yang sengaja dimalapkan. Bersedia untuk tidur tapi mata masih enggan lelap lagi. Aku capai pula telefonku. Tekan ikon Photos. Entah berapa keping gambar yang diambil di Central Park tadi.

Bila melihat gambar-gambar itu, aku jadi teringat kembali apa yang kami lalui tadi. Banyak tempat yang kami pergi. Setiap gambar ada ceritanya. Sesekali membuahkan senyuman di bibir sendiri. Banyak gambar aku sendirian yang bergaya mengalahkan model profesional.

Tapi, ada juga gambar Haidar menyelit sama. Dengan tak tahu malu mengambil selfie menggunakan telefonku. Hati yang berang dan ego mahu memadamkannya. Namun, entah kenapa jariku pula rasa tak mampu mengikutnya. Sudahnya aku biarkan saja.

Awak patut aktifkan balik Instagram awak, little sun.

Terngiang-ngiang kembali apa yang dikatakan Haidar tadi. Termenung aku beberapa saat. Tiba-tiba aku jadi sangat rindu pada akaun Instagramku itu. Apa la agaknya yang dah jadi pada kawan-kawanku? Selalu aku melihat perkembangan mereka di Instagram.

Lalu aku keluar ke home screen. Gesek ke tepi sehinggalah tiba di paparan yang mempunyai lambang Instagram. Beberapa saat aku hanya diam. Berfikir masak-masak sebelum nekad akhirnya. Aku akhirnya mendaftar masuk akaun Instagramku itu. Muncul segala post daripada akaun yang aku ikut.

Melihatkan mereka yang berkongsi tentang apa yang ada di Malaysia, buatkan aku rindukan tanah air. Keluargaku terutamanya. Kawan-kawanku juga. Ada yang dah kahwin. Ada juga yang baru mendapat anak. Seronok aku melihat kegembiraan mereka semua.

Aku tekan pula profilku. Masih sama seperti dulu. Post terakhirku adalah hampir lima bulan yang lepas. Ketika malam bersejarah itu. Rasa macam agak canggung juga untuk memuat naik gambar baru. Macam.. dah berkurun sepi tanpa khabar berita, tiba-tiba muncul seperti tiada apa-apa yang berlaku?

Namun, aku tepis semua itu. Aku tetap Suria Andreana. Dah tiba masanya untuk aku melakukan debut, kan? Senyum bangga dalam hati. Pergi ke Photos untuk mencari gambarku yang paling cantik.

Aku memilih gambar yang ditangkap Haidar secara kandid. Pada mulanya aku agak marah sebab dia mengambilnya secara curi-curi. Tapi bila melihatnya, rasa macam lebih lawa daripada gambarku yang beria-ia nak jadi model. Gambar itu nampak lebih natural. Sesuai dengan persekitarannya di taman Shakespeare yang kehijauan itu.

What is past is prologue – William Shakespeare

New life.

Itulah kapsyen yang menemani di bawah gambar itu sebelum aku tekan butang share. Beberapa saat saja, tak putus-putus notifikasi dari Instagram muncul di skrin. Ada yang like, ada yang komen. Aku agak pelik juga memandangkan jam sekarang dah sebelas empat puluh lima malam. Sehinggalah aku teringat perbezaan masa di sini dan Malaysia. Maksudnya sekarang ini di Malaysia baru pukul sebelas empat puluh lima pagi.

Sempat aku skrol komen yang ditinggalkan pada gambar itu. Ramai yang bertanya ke mana aku menghilang selama ini? Ramai juga yang teruja sebab aku dah kembali. Ada rupanya yang merinduiku. Terlalu penat untuk menjawab semuanya, aku hanya biarkan saja dulu.

Satu komen menarik minatku.

salinaariffin OMG! It was really you. You are so beautiful. I saw you and a man in Central Park this afternoon. Are you already married? Sebab tu ke you dah pindah NYC?

Aigoo.. kecik betul dunia ni! Dan kenapa harus dia nampak aku bersama Haidar? Ada ke cakap Haidar suami aku? Jalan pun tak pegang tangan, nak bermesra-mesra apatah lagi. Tiada langsung ciri yang menunjukkan kami dah kahwin. Tak faham sungguh!

Aku keluar dari aplikasi Instagramku itu. Menguap sekali. Mata juga mula melayu. Aku berura-ura untuk mengaktifkan mod Do Not Disturb pada iPhoneku itu sebelum satu notifikasi dari WhatsApp masuk.

Aku akan berpura-pura sudah tidur atau memilih untuk membacanya pada besok pagi kalau bukan sebab nama si penghantar itu.

Minnie Mouse. Aku tak dapat menahan diri daripada rasa ingin tahu. Jariku laju saja membukanya tanpa sempat aku halang.

I have seen roses damasked, red and white

But no such roses see I in her cheeks

And some perfumes is there more delight

Than in the breath that from my mistress reeks

I love to hear her speak, yet well I know

That music hath a far more pleasing sound

I grant I never saw a goddess go

My mistress, when she walks, treads on the ground

And yet, by heaven, I think my love as rare

As any she belied with false compare

– William Shakespeare

Automatik bibir menguntum senyum tanpa sempat kutahan. Petikan daripada My mistress' eyes are nothing like the sun. Salah satu puisi terkenal daripada William Shakespeare yang menceritakan tentang cinta itu unik dan tak mengenal erti kesempurnaan.

Ini petanda Haidar sudah tahu aku kembali aktif di Instagram. Laju betul dia buat kerja. Macam mana dia tahu? Masih misteri sejak dari dulu lagi.

Geleng-geleng kepala sendiri. Kemudian telefon kembali diletakkan di sebelah katil. Tak berniat pun untuk membalasnya. Mata dipejamkan. Namun, hatiku masih berbunga-bunga dek falsafah Haidar Shakespeare itu.

Malam itu, lenaku bertemankan mimpi indah.


21/6/2021

המשך קריאה

You'll Also Like

3.1M 275K 90
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
833K 33.6K 95
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
5.1K 338 13
Yoorin or Seungrin (reader), seorang perempuan yang dikelilingi oleh jejaka tampan kegilaan readers hoho. mereka ialah SEVENTEEN, BTS dan NCT DREAM. ...
298K 9.4K 30
Kerana terlalu sakit hati dipermainkan dengan bekas kekasihnya, Daniel, Ayra nekad utk menggoda bapa Daniel, Dato Zakery. Namun, ia terperangkap d...