under control. (discontinue)

By sumistay

352 49 22

"Aku di kawal oleh sesuatu, tapi aku tak pasti ape" "PERGI!! JANGAN GANGGU AKU LAGI!!" "Aku perlukan pertolon... More

1
Not an update
3
4
5
6
Read this pls
7
8
Read this please

2

32 5 3
By sumistay

( Edited )
                                

Soomi's POV

Dah 5 hari aku sekolah dekat sini, aku ada kawan baru hehe, nama diorang Aemy, Hyunnie, and Liyoon.... Semua layan aku macam aku ni dah lama berkawan dengan diorang, especially Liyoon, dia layan aku macam adik dia sendiri.... Sumpah kalau ade apa2 terjadi dekat diorang, aku takkan maafkan diri aku

Sejak kebelakangan ni, aku asyik terserempak (aku fail bm, so klau terslh eja tu jgn tegur hshshs) dengan satu pintu lama ni, pintu tu betul-betul dekat tepi library, aku ni boleh dikatakan kerap jugak la pergi library, yela dah jadi pengawas perpustakaan kan ofc la kena pegi selalu heh-

Tapi pintu tu buat aku curious and nak tahu apa di sebalik pintu tu, hmmm takpe la, aku gi tanya kawan-kawan aku je la...

"Wei korang, aku nak tanya satu soalan ni" aku cakap

"Soalan ape??" Hyunnie tanya aku

"Ermm korang tahu tak ade ape di sebalik pintu lama yang dekat tepi perpustakaan tu??" aku tanya, semua orang diam, lepas dalam 4 minit macam tu, akhirnya Aemy bersuara

"Kau nak tahu ke ade ape di sebalik pintu lama tu??" dia tanya aku, ofc la aku nak tahu hshshs, jadi aku hanya mengangguk kepala

Aemy mengeluarkan keluhan besar dan mula bercerita "ok, sekolah ni ade satu kes pembunuhan yang agak kejam, kes ni dah berlaku 6 tahun yang lalu, and pintu yang kau jumpa tu pulak bilik stor, cerita dia macam ni... "


~ Flashback 6 years ago ~


3rd person's POV

Seorang gadis bernama Alexxa merupakan pelajar cemerlang di sekolah ini

Alexxa adalah seorang gadis yang sering dibuli oleh pembuli di sekolahnya

Pada suatu hari Alexxa tidak pulang ke rumah kerana ingin mengulang kaji untuk peperiksaan minggu depan di perpustakaan sekolah

Sedang Alexxa mengulang kaji tiba-tiba Alexxa di tarik keluar oleh sekumpulan lelaki dari perpustakaan dan di tolak masuk ke dalam bilik stor di tepi perpustakaan itu, siapa lagi kalau bukan si pembuli Alexxa

Alexxa jerit meminta tolong tetapi malangnya semua pelajar dan guru sudah pulang ke rumah kecuali Alexxa dan sekumpulan lelaki itu

Alexxa lalu dijadikan bahan pelepas nafsu dan dibunuh oleh mereka

Keesokkan harinya, seorang pelajar pergi ke bilik stor di tepi perpustakaan tersebut untuk mengambil barang yang di minta oleh gurunya

Lalu terkejut dan menjerit memanggil guru apabila ternampak jasad Alexxa yang penuh dengan darah, badan penuh dengan luka yang besar dan kepala Alexxa yang hampir tercabut akibat di kelar di leher oleh pembuli, atau boleh di panggil, pembunuh tersebut

Setelah beberapa hari selepas kematian Alexxa, pelajar-pelajar di sekolah tersebut sering di ganggu oleh roh Alexxa yang berkeliaran itu

Selepas beberapa bulan, bilik stor tersebut telah dikunci dan roh Alexxa masih terperangkap di dalam bilik itu, roh Alexxa makin lama makin kuat akibat penuh dengan dendam di dalam hati....

Dan polis juga sudah berhenti menyiasat kes pembunuhan Alexxa ini 4 tahun selepas kematian Alexxa...


~ Back to present ~


"Jadi begitu lah cerita nya.. " kata Aemy yang dah habis bercerita lalu minum air kerana haus

"Ohh macam tu cerita dia, seram jugak ehh" aku cakap sambil memeluk tubuh aku kerana rasa seram sejuk

"Kann, kadang-kadang kitaorang terdengar bunyi orang menangis dekat dalam bilik stor tu, ada orang cakap roh Alexxa tu makin kuat sebab dendam, sampai dekat luar bilik stor pon dia ganggu, harap-harap jangan sampai pintu bilik stor tu terbukak dengan sendiri la, eeeee takleh bayang" kata Hyunnie sambil memeluk dirinya

"Eeeee seramnye, tapi aku curious la ade ape dekat dalam bilik stor tu, mana tahu kot la ada barang berharga ke" aku cakap dengan nada teruja dan terus aku di pukul oleh seseorang

"Aduhhh sakit la!!" aku cakap dan tengok Liyoon dengan muka tak puas hati

"Kalau aku dapat tahu kau curi-curi masuk dalam bilik stor tu, siap kau aku kerjakan, bahaya kau tahu tak" kata Liyoon dengan nada risau dan tegas, huwaaaa cakit la dia pukul hiks

"Nak buat macam mana wei?? Aku kan pengawas perpustakaan, mesti la aku kena lalu dekat tepi bilik stor tu kalau nak pegi perpustakaan, doa yang baik-baik je la supaya takde ape2 yang berlaku, korang jangan la risau sangat ok??" aku cakap supaya diorang tak risau sangat pasal aku

"Macam mana la kitaorang tak risau, ramai yang kena ganggu setiap kali diorang lalu dekat tepi bilik stor tu, ade yang sampai demam wei, so ofc la kitaorang risau" kata Liyoon, aigoo jangan la risau sangat pasal aku, aku akan ok la, I hope so...

"Dah dah, makan cepat, lagi berapa minit waktu rehat nak habis" kami semua diam dan sambung habis kan makanan, lepas kitaorang habis makan, tepat2 loceng dah bunyi, kami pon masuk la kelas

Aku baru je nak masuk kelas tiba-tiba ada orang panggil aku, aku toleh ke belakang and nampak classmate aku "Soomi, Pn. Lily nak jumpa kau dekat library, katanya nak mintak tolong kau susun buku2 yang ade dekat library tu" dia cakap dan kemudian masuk ke dalam kelas

Kalau korang nak tahu, Pn. Lily ni la yang pilih aku untuk jadi pengawas perpustakaan, katanya sesuai, aku pernah tolak tawaran untuk jadi pengawas perpustakaan ni, tapi aku kena marah dengan dia so i have no choice but to accept her offer

"Owh ok, thanks" aku bercakap seorang diri dengan rasa berat hati, jalan ke perpustakaan walaupun terpaksa, haihhh

"Aduhhhh kenapa la Pn. Lily pilih aku jadi pengawas perpustakaan, orang lain kan ade asal aku jugak yang kene, huwaaaa" tengah aku membebel sorang2 tu, ade la satu manusia ni muncul depan aku "BOO!!" and guess what?? Aku terkejut beruk buat kali ke berapa tah aku tak tahu sampai terjatuh terduduk dekat lantai, kau tahu tak betapa sakit nye punggung aku ni hshshs

"Eh eh, alamak sorry Soo, tak tahu pulak kau terkejut sampai jatuh hehe, sorry" lelaki itu cakap, aku angkat kepala nak tengok sape manusia tu, ternyata Hyunjin yang buat aku jatuh heh- dia hulurkan tangan dekat aku untuk tolong aku bangun dan aku terima

"Kau tahu tak punggung aku sakit sebab jatuh tadi eeeee" aku cakap dan Hyunjin bantu aku bangun, sakit siak bontot aku hiks

"Hehe sorry, btw kau nak pegi mana sorang-sorang ni" Hyunjin tanya

"Nak pegi library, Pn. Lily panggil aku sebab nak mintak tolong susun buku-buku dekat sana, kenapa??" aku cakap sambil membetulkan baju aku

"Ohhh, nak aku teman tak?? Sebab ye la sekolah ni kan keras sikit" Hyunjin tanya

"Ehh takyah la, kau ade kelas kan, aku boleh je jalan sorang2" aku cakap

"Betul ni??" Hyunjin tanya lagi tetapi nada dia lain sikit, dia macam risau...hmm pelik

"Iyeeee, dah shuh shuh" aku cakap sambil menolak tubuh dia dengan perlahan-lahan

"Eeee tak baik tau halau aku macam tu" Hyunjin berkata sambil mencebik bibir

"Aku nak cepat ni, dah la byeee" aku lambai dekat Hyunjin sambil ketawa dengan gelagatnya itu

Aku pon sambung jalan, akhirnya aku sampai jugak dalam library, setakat ni aku tak kena ganggu lagi, fuhhh selamat

"Ha Soomi, datang pon kamu, ni cikgu nak mintak tolong kamu susun buku-buku ni sekejap, cikgu ade hal nak kene buat, thanks Soomi bubye" kata Pn. Lily sambil cepat2 kemas barang dia dan keluar, haihhh nampak nya aku sorang jela dalam library ni, eeeee takut aku, takpe Soomi kau buat kerja ni cepat2 astu dah settle, you can do it!


~ 30 mins later ~


HUH akhirnya, done susun buku, HUH penat siak, berpeluh-peluh aku hshshs TOK TOK TOK

Sape pulak yang ketuk pintu ni?? "Masuk la" aku cakap sambil simpan handphone aku dalam pocket hoodie aku

Eo?? Takde sape masuk pon?? TOK TOK TOK ishhh sape yang ketuk ni, jangan la takutkan aku

"Masuk la!" aku cakap dengan suara yang kuat untuk bagi dia dengar....

Still takde sape masuk, aku dah tak sedap hati ni, tapi aku berani kan diri untuk keluar and tengok sape yang ketuk tu, aku bangun dari duduk and bukak pintu

Aikkk takde sape pon?? Ha sudah, bye aku nak cauu dulu... Aku ambil kunci pintu library, dan kunci, tiba-tiba aku terdengar suara perempuan menangis dekat dalam bilik stor

Aku terus teringat balik apa yang Liyoon cakap, huwaaaa aku takut, tapi aku nak tahu ade apa di sebalik pintu tu, memang betul roh Alexxa terperangkap dalam tu ke?? Ke tidak??

Aku pun tak sedar yang sekarang ni aku dah berdiri dekat depan pintu bilik stor, and bunyi perempuan menangis tu bertukar kepada bunyi perempuan ketawa

"Hihihi, kau tak takut dengan aku ke Yang Soomi??" ha sudah macam mana dia boleh tahu nama aku ni, aku tak fikir banyak aku lari dari situ, aku lari lari lari sampai terlanggar orang depan aku

"shit, sorry wei, aduh sorry sangat2 aku tak perasan kau ade dekat depan aku, sorry weii" aku cakap sambil tunduk banyak kali

"Takpe takpe- eo?? Soomi?? Kau buat ape dekat sini, asal kau lari macam kene kejar dengan hantu je ni??" lahhh- aku terlanggar Han ke tadi

"t-takde ape la, t-tadi aku baru balik dari library, sorry tau aku terlanggar kau" rasa bersalah siak, aku terlanggar dia, nasib baik tak jadi ape2

"ehh takpe la, tak sakit pon, ni kau nak pegi mana??" Han tanya sambil membetulkan baju nya

"Nak gi beli air kat kantin jap, aku panas duduk dalam library tadi, dah la aircond rosak" aku cakap sambil mengipas-ngipas diri aku

"Ohh, dah alang2 tu, jom la pegi sama-sama, aku pon nak pegi kantin jugak" Han cakap sambil tarik aku

"Ha ok la, jom" kami bergerak ke kantin untuk beli air, terseksa aku dekat dalam library tadi, dia punya panas tu ya ampun, tambah pulak aku pakai hoodie ha lagi panas la jawab nye

"Berpeluh teruk aku tengok kau ni, kau buat kerja ape je dekat dalam library tadi, pastu dengan lari tak cukup tanah lagi, kau tak penat ke??" Han tanya dengan nada risau, asal semua orang asyik risau je ni??

"Ohh tadi Pn. Lily panggil aku sebab nak mintak tolong aku susun buku-buku dekat sana, bila aku dah sampai tu dia terus keluar, katanya dia ada hal nak kene buat, pastu aku susun la buku tu sampai kemas, nak dekat sejam jugak la aku duduk dalam library tu, and then lepas aku dah habis kemas tu, aku terdengar bunyi orang tengah ketuk pintu aku pon cakap la masuk, tapi takde sape pon masuk, pastu dia ketuk lagi, tapi takde sape masuk lagi, aku bukak pintu aku tengok2 takde sape kat luar kecuali aku sorang, aku ape lagi lari la sebab takut hantu ke ape ke" aku saja taknak bagitahu cerita penuh sebab aku taknak siapa-siapa pun risau pasal aku, ehh perasan nye kau Soomi oii sape je yang risau pasal kau nyah-

"Ohh patut pon kau lari sampai langgar aku tadi" Han cakap sambil ketawa kecil

"Hehe sorry" aku cakap sambil menggaru kepala aku yang tidak gatal tu

"It's okay la, tapi kau kene hati-hati tau, jangan pegi library sorang2, takut nanti jadi ape2 kang susah" Han cakap

"Ye ye aku tahu, aku tak paham la teruk sangat ke korang kene kacau dengan hantu tu sampai korang risau macam ni??" aku cakap dengan dahi berkerut

"Ish kau ni, mulut takde insurans" Han cakap sambil menepuk bahu aku dengan kuat "Boleh tahan teruk jugak la, salah seorang dari group kitaorang, demam seminggu sebab kena kacau dengan Alexxa tu" Han cakap

"uishhh, teruk gila, siapa yang kene demam teruk tu??" aku tanya, Han mengeluh besar dan berkata "Hyunjin....dia yang kena"

Mwo?? Hyunjin?? Biar betul

"Asal tengok aku camtu?? Tak percaya?? Ok la kita citer" Han cakap


~ Flashback 1 month ago ~


3rd person's POV

Ketika Hyunjin sedang mengemas lockernya, dia terdengar seorang perempuan sedang menangis

Dia berasa hairan, setahu dia, semua orang dah balik, kawan-kawan dia pun dah balik, tinggal dia sorang je dekat sekolah ni, cikgu-cikgu pun semua dah balik

Kenapa dia masih berada di sekolah?? Sebab harini giliran dia pula untuk mengemas kelas, jadi dia dia tak balik lagi

Pada mulanya, dia ingin mengabaikan suara itu, tetapi oleh sebab sifat degilnya yang ingin tahu, dia serta merta mencari suara tangisan itu

Sedang dia mencari, suara tangisan itu berhenti, dia pun berasa hairan lagi, mungkin khayalan dia je kot

Tetapi ketika dia berpusing, dia melihat seorang gadis cantik bergaun biru berdiri di hadapannya dengan air mata nya mengalir

Hyunjin sebagai lelaki sejati (cewahh laki sejati uolls ahakk-), bertanya kepada gadis itu

"Awak, awak ok tak ni?? Kenapa awak nangis" Hyunjin dengan suara yang lembut bertanya gadis itu, gadis itu hanya menundukkan kepalanya

"T-tolong aku, H-hyunjin..." gadis itu berkata, alangkah terkejut nya Hyunjin ketika itu kerana gadis itu tahu nama dia

"A-awak nak saya tolong ape?? Awak ok tak ni??" Hyunjin bertanya pada gadis itu semula dengan perasaan cemas

Tiba-tiba sahaja, kaki Hyunjin tidak boleh bergerak

"Ehh, asal takleh gerak ni" isi hati Hyunjin, Hyunjin berasa makin cemas kerana kakinya tiba-tiba kaku

"Takut?? Hihihi~" gadis yang menangis tadi itu, sedang ketawa psycho, gadis itu mengangkat kepalanya yang dari tadi dia tunduk

Mukanya yang berubah dari wajah cantik dan bersih, kepada buruk dan seram, membulat biji mata Hyunjin apabila melihat gadis di hadapanya itu

Sedang Hyunjin cuba untuk melepaskan diri, dia terus dicekik oleh gadis itu

Hyunjin cuba untuk menarik nafas, tetapi susah kerana genggaman gadis itu pada lehernya terlalu kuat

"L-lepaskan a-aku.." Hyunjin cakap, gadis itu hanya menggelengkan kepala dengan perlahan sambil tersenyum psycho dan menolak tubuh Hyunjin dengan kuat di locker

"Someone please help me..." dengan itu, semua benda di sekeliling mula menjadi kabur....


~ Back to present ~


"OMG-" itu je yang aku mampu berkata

"Ha sekarang dah percaya??" Han tanya

"Weiii....weii kau serious arhh dia kena macam tu??" aku tanya dengan nada terkejut

"Ye laa, takkan aku nak tipu kau pulak" Han cakap dengan nada annoyed

"Tapi kau jangan risau, dia dah ok dah sekarang, nasib baik tak jadi ape2, cuma ade kesan merah dekat leher dia je" Han cakap

"Ahhh.. " aku mengangguk kepala "Dia ada bagitahu tak sape perempuan yang kacau dia tu??" aku tanya

Han menepuk dahinya dan berkata "Aduhhh kau ni otak lembab betul, Alexxa laa sape lagi"

Aku hanya mampu mengangguk kepala lagi

"Masa tu, kitaorang dah sampai dekat sekolah, kitaorang call dia tak dapat, mesej dia tak reply, so kitaorang risau, and then kitaorang pegi dekat sekolah balik" Han jelaskan

"Ohhh" kesian nya, mesti dia trauma kan

"And btw, lepas benda tu terjadi, dia jadi lagi berani, aku tak tahu la dari pandangan orang lain tapi bagi aku dia nampak lebih berani and manly" Han cakap dengan perasaan bangga

"Berani and manly?? Sebelum ni dia tak berani and manly ke??" aku tanya

Han serta merta gelak terbahak-bahak "Iyeee weii, astaga kalau kau kenal dia dari kecik lagi, dia memang jenis pengecut, pastu dramatic lagi" Han jelaskan sambil ketawa

Aku hanya mampu ikut ketawa sekali

Selepas beberapa minit kami bersembang kami pun sudah sampai di kantin, aku beli la air mineral sejuk, lepas bayar aku terus minum, aku haus so jangan banyak tanya hshshs, wahhh macam air terjun perghhh

"Ok la, aku nak masuk kelas dulu, bubyeee" Han cakap sambil lambai tangan pada aku

"Byeee" aku lambai semula dan terus jalan ke kelas

Aku masuk dalam kelas tengok2 cikgu takde lagi, hoho bagus la tu takde la aku kena denda nanti "weii Soo, kau pegi mana dowh tadi?? Puas aku cari kau, buat aku risau je la kau ni" I. N cakap sambil berjalan ke arah aku

"Ohh sorry aku lupa nak bagitahu kau yang aku pegi library tadi" aku cakap

"Kau pegi library tadi?? Sorang-sorang?!" I. N tanya dengan penuh rasa risau, dah kenapa dengan mamat ni

"Haah sorang2, kenapa??" aku jawab dengan selamba sambil memandang I. N pelik

"Kau tahu tak bahaya pegi sana sorang-sorang, kalau jadi ape2 dekat kau macam mana??" I. N cakap sambil memegang dua belah bahu aku

"Yela yela, sorry... " aku cakap dan menundukkan kepala aku

"Haihhh, lain kali jangan pegi sana sorang-sorang, bahaya" I. N cakap sambil menarik aku pergi dekat tempat duduk, aku pun teringat balik apa yang terjadi sebelum aku lari tadi, tengah aku termenung tu aku tak dengar pun orang panggil aku sampai la diorang sentuh bahu aku

"Wei Soo, kau ok tak??" Aemy tanya

"Ok, cuma penat sikit tadi aku buat keje dekat library" aku cakap dengan senyuman kecil

"Owhh ok" Aemy cakap, aku tengok cikgu dah masuk, cikgu mula mengajar subjek Sains....




(hey guysss, as u guys know I'm rewriting this book AGAIN, BUT I'm not gonna change it to English ver cuz first I didn't get any response from y'all, and sec me being me, I'm too lazy to do it HAHAHAHA, sooo hope u guys enjoy it, and have a nice day, and sorry if there's a misspellings hshshs)

Continue Reading

You'll Also Like

128K 8K 33
Setiap yang bermula pasti akan ada pengakhirannya. Namun adakah dengan pemergian Alif merupakan satu pengakhiran kepada kisah persahabatan ini? Atau...
208K 12.1K 91
20% benar 20%pengalaman 60% rekaan Takut?tapi nak baca jugak?Itu masalah anda bukan masalah saya...jangan baca dalam bilik sorang diri nanti ada yang...
60.6K 4.5K 76
Hai! Assalamualaikum. Koleksi kisah benar Kali ini adalah sambungan daripada koleksi kisah benar yang pertama. Stay tuned
15.3K 540 24
Misteri makhluk berbulu di bawah katil nenek. Amaran telah diberi berulang kali. Namun sifat ingin tahu membuak-buak dalam diri.