[S1] TRF: Slice Of Love • Par...

By loveydescent

3.5K 562 52

[enhypen's malay fanfiction] This girl gets a hereditary curse, love spell. In which all men will be attracte... More

1. Beginning
Cast
2. Senior
3. Rumor
4. Suspicious
5. Weird
6. Dodge
7. Winter
8. Her Husband?
9. Being Extra
11. Beautiful View In The World: Someone You Love
12. The Curse Of Descent
13. In The Soop
14. Everland
15. Lacy and Seohyun First Met
16. (っ.❛ ᴗ ❛.)っ
trf cast random tweet
17. Speak Now
18. Blood
19. The Blooming Sakura
20. Palace

10. Our Day

142 26 0
By loveydescent

"Lacy aku cari kau kat kelas sebelum balik, kenapa kau tak ada? Kau pergi mana?" Tanya Jake.

Mereka sekarang ini berada di dalam kereta, dalam perjalanan pulang ke rumah.

Lacy mematikan telefon pintarnya dan memandang Jake. Jika kalian semua bertanya tentang Winter, dia ada driver sendiri. Idea pergi dan pulang dari sekolah bersama itu, idea Jake. Lacy hanya mampu mengiyakan sahaja.

"Ouh. Aku pergi perpustakaan. Saja, tak ada mood nak belajar."

"Tak cakap dengan aku. Aku boleh temankan kau."

"Tak ingin aku dengan kau."

"Mula-mula cakap macam tu. Nanti malam aku nak ajak kau keluar. Nak?"

"Keluar? Makan-makan?" Lacy tertarik dengan topik perbicaraan.

"Hm boleh dikatakan iya. Aku nak ajak kau pergi funfair. Kat sana pun banyak street food. Nak?"

"Of course!!"

"Malam nanti aku jemput kau. Jangan lupa."

"Kita berdua, je? Win-"

"Haah! Aku nak date dengan kau je. Tak ada sesiapa boleh kacau kita." Laju Jake potong.

•••••

Lacy memasuki rumahnya dengan perasaan gembira. Dia dapat lihat ibunya dan Aunty Tiffany diruang tamu sedang gembira bersembang.

"Lacy gembira sangat nampaknya." Tegur Yoona, Ibu Lacy.

"Haah. Jake ajak Lacy keluar malam ni. Pergi funfair. Dan makan street food, dah lama Lacy tak makan street food"

"Jake?" Tanya Tiffany.

"Eungg"

"Dah pandai dia ajak anak dara orang keluar malam." Tiffany ketawa. "Pakai cantik-cantik malam ni, Lacy." Sambung Tiffany lagi.

"Alright, Aunty!" Lacy berjalan menaiki anak tangga, menuju ke biliknya.

"Diorang dah mula keluar sama-sama," Ucap Yoona.

"Dah boleh tetapkan tarikh pertunangan diorang ni. Mereka dah rapat dari kecil. Tak ada masalah rasanya kalau kita satukan mereka." Sahut Tiffany pula.

"Aku dah tanya Lacy, dia kata dia suka Jake."

•••••

Sunghoon duduk di sofa ruang tamunya. Dia memainkan telefon pintarnya. Mengscroll instagram. Mengskip-skip ig story. Dia berhenti setelah melihat video yang disend story oleh rakan lelaki kelasnya.

Video Lacy yang sedang bersembang ria dengan rakan-rakannya di meja kantin. Sunghoon dapat lihat itu rakannya yang mengajaknya masuk kelas tadi. Kebetulan rakan lelakinya itu meng-tag akaun instagram Lacy, dia mula visit akaun gadis itu. Pengikutnya ramai.

Dia gemas sendiri melihat postingan gambar Lacy. Dia tersenyum sendiri.

"Cantik. Fighting!"

Dengan segera Sunghoon menutup telefon pintarnya selepas ketahuan oleh adik perempuannya, Park Yeji.

Yeji duduk disebelah Sunghoon dengan cawan dipegangnya. "Tengok lah lagi. Yeji nak scan. Baik ke tak? Sesuai ke tak dengan kau. Cepatlahh!"

"Eh sibuk lah."

"Oppa suka dia eh?"

"Ehem! Tak."

"Ahaa tipu muka Oppa dah merah. Buka lah phone. Dia comel tau."

Sunghoon mengalah. Dia membuka semula telefon pintarnya.

Yeji membaca username Lacy. "rf_lacychoi. Okay. EHH! RF?? Dia dari Royal Family juga?" Yeji mengambil telefon milik abangnya itu dan mengscroll kebawah. Dia terjumpa sesuatu. "Yoona? Im Yoona? Miss Korea? Dia anak Miss Korea? Yeji dah lama cari ig dia. Hm jodoh tak kemana."

"Yeji kenal ke dia?" Tanya Sunghoon.

"Kenal. Dia je yang tak kenal Yeji. Masa tu ada majlis birthday daddy dia. Yeji cuai sampai terlanggar pelayan yang bawa champagne, baju Yeji basah dan jarang. Dia bagi blazer jaket putih berbatu belian dihias membentuk bulan. Mewah blazer tu. Ingat tak lagi?" Ucap Yeji panjang lebar.

"Yang Yeji simpan dekat bilik rahsia tu ke?" Tanya Sunghoon.

"Haah. Yeji takut terosakkan blazer jaket tu. Yeji letaklah kat dalam bilik tu. Nanti Oppa bagi dia eh? Kalau nak bawa dia datang sini pun boleh." Goda Yeji.

"Tengok ni. Kulit dia putih susu. Cantik macam mommy dia. Kalau dengan Oppa. Putih campur putih. KIYOWOOO" Yeji bersandar pada bahu Sunghoon dan terus mengstalk instagram Lacy.

"Sunghoon. Yeji." Tegur Seohyun, Ibu mereka dari belakang. "Buat apa tu?"

"Ni eomma. Sunghoon stalk ig anak perempuan Miss Korea. Cantik." Yeji menyerahkan telefon pintar Sunghoon pada Seohyun.

"Eomma dah tau." Jawab Seohyun singkat dengan nada dingin.

"Dia baik. Yeji suka." Ucap Yeji.

"Jangan nak suka sangat. Sunghoon, layan lah Wony banyak sikit kat sekolah. Eomma tau apa terjadi kat sekolah tadi. Jangan kecewa kan eomma." Tegas Seohyun pada Sunghoon.

"Eomma ni dari dulu lagi memaksa Sunghoon buat itu ini. Sunghoon cedera skating eomma bukan rawat elok-elok. Eomma suruh dia cepat-cepat sembuh, berlatih ice skating sampai larut malam. Pasal ni pun takkan eomma nak tentukan jugak" Ujar Yeji.

"Yeji jangan nak menyibuk ya. Pergi masuk belajar sana! Yeji kena masuk Royal College!"

"Eomma selalu paksa kitorang." Yeji bagun dari duduknya dan memasuki biliknya.

"Sunghoon. Kamu cukup dengar cakap eomma. Kamu akan hidup bahagia. Jangan ragukan pilihan orang tua."


•••••

Di sini, Lacy dan Jake sedang beratur untuk membeli sup kek ikan, Sudah berlalu jam mereka menghabiskan masa untuk bermain di Funfair. Lacy memakai cekak telinga kucing yang di belinya tadi dan memeluk boneka unicorn yang bersaiz sederhana, hadiah yang dia menangi permainan pancing itik. Jake turut memegang boneka milik Lacy, berbentuk beruang.

Setelah menunggu dan beratur lama, sup kek ikan sudah berada ditangan Lacy. Lacy sangat senang hati. Mereka berjalan mencari di mana lagi yang belum di mereka kunjungi. Sambil itu, Lacy memakan kek ikan nya, dan menawarkan pada Jake. "Jake, nak?" Lacy menghalakan kek ikan pada Jake. Dengan senang hati, Jake menerima suapan Lacy. "Sedap, kan?" Lelaki itu mengangguk.

Jake mencadangkan mereka mencari tempat duduk dahulu, sementara menunggu Lacy menghabiskan makannya.

Melihat Lacy fokus dengan makanan nya. Jake jadi geram sendiri dengan kecomelan gadis itu. Jake mengeluarkan telefon pintarnya, dan membuka kamera depan. Dia menangkup pipi Lacy dan mengambil satu selfie. Tapi dia tak puas hati kerana Lacy tidak melihat kamera. "Lacy, pandang lah sini."

Dengan wajah yang kesal, tangan yang masih memegang lidi kek ikan dan kek ikan didalam mulut. Lacy memandang kamera. Dengan pantas Jake menangkap selfie yang kedua. "Done!" Jake tersenyum gembira. Dia menset gambar mereka menjadi lockscreen telefonnya.

Tanpa persetujuan Lacy, Jake membuka bag Lacy dan mengambil telefon gadis itu. Dia menghantar gambar mereka tadi melalui kakaotalk. Dia juga menset gambar sama di lockscreen Lacy.

"Cute! Lockscreen kita sama. Jangan tukar!" Kata Jake.

"Suka hati kau lah," Lacy menghiraukan Jake dan menyambung makannya sehingga selesai.

"Last, ni semua orang yang pergi funfare, kena naik." Jake memandang Lacy keliru. Lacy memusingkan badan kebelakang dan tersenyum mendongak memandang keatas. Ferris Wheel.

Lacy menarik tangan Jake dan mereka mendapatkan ticket untuk menaiki permainan tersebut. Menunggu giliran dan akhirnya mereka menaiki Ferris Wheel tersebut.

"Wahh!" Lacy teruja melihat pemandangan bawah. Kemudian, dia memandang langit. "Bulan nampak macam dekat je." Lacy mengeluarkan telefon dan menangkap gambar pemandangan indah tersebut.

Jake, dia hanya mengamati wajah Lacy. Perasaan gembira yang tidak dapat digambarkan, dapat meluangkan masa dengan orang tercinta. Dia hanyut dalam lamunan-nya.

"Jake? Jake!"

Jake tersedar dari lamunan-nya dan berdehem. "Apa dia?"

"Aku tanya ni, pemandangan dari atas cantik, kan?" Tanya Lacy.

Jake mengangguk dan tersenyum. Kemudian, dia mengamati pemandangan dari atas.

"Lepas ni, kita keluar lagi macam ni. Okay?" Kata Lacy tanpa memandang Jake.

"Lepas ni? Keluar lagi?" Kata Jake dalam hati, menunduk dan tersenyum kecil.

Mereka sedang menunggu Ferris Wheel sampai kebawah. Pintu dibuka. Jake dengan cepat mencium pipi kanan Lacy dan keluar dari situ. Dia tersenyum menang.

Lacy memandang Jake dengan kesal, dan keluar mengikuti Jake. "Jake! Tunggu!"

To Be Continued...

Continue Reading

You'll Also Like

264K 23.2K 62
Aleena Raudhah mendapat e-mel dari entah siapa setiap minggu. Isi Kandungan e-mel itu sentiasa membuatkan dia tertunggu-tunggu. Umpama membaca quotes...
28.5K 570 15
"Kahwin dengan daddy jom"? -Alex Danial "You dh gila ke ape?"you are my lecturer!"-Raisha Qistina "I tak gila,I gila...
1.1K 126 14
Hud Qays Zayyan, seorang tentera Malaysia bertemu dengan seorang gadis bernama Ummul Eisya gadis biasa yang tinggal di Lorong Haji Taib. Awalnya Hud...
183K 12.8K 83
" Andai kau bulan , biarlah aku menjadi buminya . " Kahar berkata manis . " Bumi ? Kenapa bukan bintang ? " Aireen pelik . Pick up line si Kahar tak...